Monday 6 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 6

            “Kenapa Sara sedih je sejak aku amik dia kat sekolah tadi?” Sean memandang Sara yang sedang berkhayal di atas batu jauh daripada kumpulan mereka.
            Sara yang beria ajak Sean datang sini. Sungai Sendat ni dah jadi port mereka. Maklumlah tempat ni taklah terlalu komersial atau menjadi tarikan pelancong sangat seperti Ulu Yam. Sungai Sendat ni atas lagi dari Ulu Yam dan agak ke dalam. Yang paling penting, tingkat paling atas adalah tempat untuk membuat aksi somersault. Tempat untuk buat lompatan maut. Berdiri sejuk – sejuk sambil peluk tubuh kat atas batu dan gedebush terjun ke dalam air yang dalamnya hapus kepala.
            “Indah cakap masa dia tinggalkan Sara jalan sorang – sorang kat pintu pagar sekolah tadi dia ada nampak 3 orang budak ikut Sara dengan motor. Tak tahulah kalau jadi apa – apa lepas tu sebab Indah terus balik.” Jijie memberi laporan senafas.
            Sara yang suruh Jijie angkut Indah kat rumahnya di Pantai Dalam. Penat Jijie berkejar dari SS nak angkut kawan Sara yang tak berapa baik pada pandangan mata kasar Jijie tapi dia tak pernah komen apa – apa setakat ni. Ikut rentak dan arus. Fikir Jijie. Sara nampak macam senang mendampingi Indah. Sean pun tak kata apa – apa. Jijie tengok dari tadi Indah tengah ralit mandi – manda di hadapan Sara tapi Sara langsung tak kena air. Kerjanya dari tadi dok melipat kapal – kapal kertas.
            “Hmm...pelik. Kau check nanti apa jadi.” Arah Sean ringkas.
            Sean yang tidak berbaju dan hanya memakai bermuda bercorak matahari dengan warna hijau – biru terang menarik pandangan beberapa gadis di sekitar air terjun. Gerak langkahnya yang tegap dengan loket sempoa menghiasi dada Sean yang bidang menari mengikut rentak kakinya menambah perisa untuk menjulingkan lagi mata para gadis. Tak terkecuali dengan pandangan mata Indah yang mengekori setiap jejak langkah Sean meniti batu – batu besar di tepi kawasan air terjun untuk melompat ke bawah. Tinggi juga jarak batu yang paling tinggi yang dijadikan tapak lompatan. Lebih kurang 12 meter dari paras permukaan air terjun. Kalau berdiri di atas batu tersebut terasa juga gayatnya.
            “Sara, jom kita lompat kat sana macam Sean dan Jijie.” Indah mengajak Sara kea rah Sean.
            Malulah nak pergi sorang – sorang. Dia datang atas tiket menemani Sara, bukannya atas pelawaan Sean. Tak kan nak jadi dayang Sean pula. Haruslah jadi dayang pengiring puteri bongsu Sean ni. Puteri bongsu yang menyakitkan hati. Tersengih lebar Indah tengok Danial and the gang buli Sara kat tempat menunggu bas tadi. Bukan dia tak nampak tapi buat – buat tak nampak. Pagi dah seronok – seronok dapat surat cinta daripada Shah Ezlan, petang bagilah kena buli sikit. Tak tahulah pula Indah tadi Sara menangis ke tak. Kalau ikut sejarah, ayat Danial kalau buli orang boleh buat pecah ulu hati tapi hati Sara yang kadang – kadang sukar ditebak ni tak tahulah. Yang nyata Indah yakin mood Sara yang merudum saat ini pasti kerana kejadian tadi. Kalau tak Sara tak akan macam ni kalau berada di samping Sean. Sean je yang boleh buat Sara tersenyum riang.
            “Kau pergilah. Aku nak relax kat sini. Ni baru nak mula baca buku ni.” Sara menunjukkan buku Glory of Path karya Jeffrey Archer ditangannya.
            Sesi buat kapal dengan kertas surat khabar yang dijumpainya di bawah pokok tadi dah tamat. Novel ditangan dah berkurun Sara beli. RM 16.90. Murah sebab Sara beli masa jualan murah siap buku kulit keras lagi tapi selalu berada di rak paling bawah kerana kisah benar mengenai George Mallory tidak mampu menarik minat Sara walau pun hasil karya penulis hebat Jeffrey Archer. Lainlah kalau suruh baca Sophie Kinsella, Alexandra Potter atau Dorothy Koomsom. Lajulah sikit.
            “Seganlah. Tak apalah. Aku turun mandi kat bawah.” Indah mula bosan.
            Kat atas ni dalam sangat airnya. Nak mandi kenalah cekap berenang. Indah tak pandai berenang. Kalau Sara turun mandi jugak harus mata Sean akan tajam mengawal setiap langkah adiknya. Kira tengok dia sekalilah kan? Indah meninggalkan Sara sendirian.
            “Apa nak segannya. Orang tak ramai pun. Kawasan ni hak milik awam. Tak ada nak malu kat sapa – sapa pun.” Bidas Sara sambil menyelak rambutnya yang menutupi mata.
             Nak baca buku pun dah tak nampak. Angin tiba – tiba menderu laju. Nasib baik tak mandi. Kalau tak harus mencucuk ke tulang kering sejuknya. Mata Sara mengekori langkah Indah yang terkedek – kedek menuruni tangga buatan yang menjadi jalan dari tingkat atas air terjun dan tingkat bawah. Kat tingkat bawah lagi ramai orang mandi. Maklumlah tak lah dalam mana.
            Sara bergerak dari bawah pokok dan melangkah ke tengah – tengah batu yang menjadi pusat air turun dari tingkat atas ke tingkat bawah. Sara memandang ke bawah. Ada beberapa orang anak muda sedang bersandar di batu. Mesti seronok menahan badan dengan terjahan air yang laju dari atas. Macam shower bocor pun ada. Sara tersenyum sendiri dan membelek muka pertama novel ditangan.
            CHAPTER ONE
            ST, BEES, CUMBRIA, TUESDAY, JULY 19TH, 1892
            Seriously buku ni nak membawa aku ke alam 1892? Sara mula mengesan bahawa buku ini sebentar lagi layak dikapal-terbang-kertaskan atau dikapal-kertaskan Namun digagahkan jua untuk menghabiskan bab satu yang hanya tiga muka surat.
            “Chak!” Sean tiba – tiba duduk di sebelah Sara dan memercikkan sedikit air ke muka Sara.
            “Sean!!!” Jerit Sara kuat namun tenggalam timbul dengan deruan air terjun. Nasib baik sikit je air yang terpercik ke muka. Sejuk sangat air terasa menyimbah muka.
            “Kenapa tak nak mandi?” Sean menarik novel ditangan Sara.
            “Sebab merajuk.”
            “La...kan dah cakap mana boleh bawak R6 datang sini. Kan kat sini kena parking kat luar, jauh tak nampak. Ni tempat mat rempit. Motor tu macam goreng pisang panas. Kalau parking buat tayangan perdana kat mat rempit jawabnya kita balik jalan kaki Sara.” Panjang lebar Sean menerangkan kenapa mereka kena naik kereta datang sini walau pun Sean yakin hampir 100% mood Sara begini disebabkan oleh perkara lain.
            Sara buat idea luar alam nak datang sini naik superbike. Memang cari nahas jawabnya. Dahlah motor baru beli tak sampai seminggu. Bukan sayang motor sangat pun. Sayang kaki kot patah kena balik jalan kaki. Kat rumah siap ada 2-3 buah lagi motor kesayangan Sean. Hayabusa, Ducati dan Harley Davidson pun dia ada tapi mengenangkan Yamaha R6 ni baru beli jadi haruslah menjadi tumpuan Sara. Co- rempit Sean.
            “Indah mana?” Sean sengaja bertanya pada hal dia nampak Indah turun. Itu yang saja nak mengacau adik kesayangannya ni dan kalau berjaya boleh korek sikit – sikit apa sebenarnya yang terjadi.
            “Kat bawah.” Sara berpaling ke bawah dan menunjukkan ke arah Indah yang seronok layan diri mandi di celah – celah batu. Sean hanya menjeling sekilas.
            “Jeffrey Archer ni British or American writer?” Sean mula membelek novel kulit tebal setebal 372 muka surat. Zaman dia layan novel dah lama berlalu. Memang hobinya dengan Sara sama tapi sudah lama ditinggalkan.
            “Not sure but Sara cuma distinguish the writer by tanda baca yang dia guna.”
            “What?” Penjelasan Sara bunyi teramat asing di telinga Sean.
            “Kalau British biasanya mereka guna single quotes dan American guna double quotes.”
            “Really? I’ve never notice that.” Sean mula mancari tanda baca yang digunakan di dalam buku di tangannya.
            “He used double quotes. Must be an American.” Sean membuat kesimpulan.
            “Err... but he might be an Australian, Canadian or New Zealander. Author from these countries uses double quotes too. Kadang – kadang penulis mungkin British tapi kalau publish di US then they will follow the regional preference.” Tambah Sara lagi.
            “Hmm..kalau macam tu kena baca biografi penulislah senang. Terus tahu asal mereka dari mana.” Sean malas nak fikir.
            Saja tanya sebab Sean lagi suka membaca buku tulisan British. Rasa macam membaca tulisan seseorang yang menulis dari hati dan penuh jiwa. Kalau dulu buku yang ditulis oleh American baginya lebih bernilai komersial. Sekarang tak tahulah. Sara lebih mengetahui mungkin.
            “Jom, balik.” Sara mengajak Sean balik. Dah bosan bertapa di batu ni. Hajat datang konon nak berendam tapi hantu tiga ekor di sekolah tadi telah menghancur – lumat semangat Sara nak bersuka – ria.
            “Jap, last nak jump 3 kali lagi.”
            “Ala....” Panjang Sara mengeluh tapi Sean dengan pantas meninggalkan Sara dengan muncung yang panjang. Sara merenung novel Jeffrey Archer yang sedikit basah. Alang – alang basah meh sini aku kerjakan.

***

            “Jomlah naik atas. Apa macam budak kecik mandi kat bawah ni?” Goku mengusik Que yang sedap bersandar di batu menahan air yang turun dari atas laju menerjah ke badan. Rasa macam massage free pulak kena hempasan air ni.
            “Naiklah. Aku nak feel kat bawah ni jap.” Que yang menyarung sleeveless Nike berwarna putih dan seluar pendek Nike yang berwarna merah menjenguk kat atas.
            “Aduh! Potong. Awek mana dok bertenggek kat batu tu? Aku kena mandi air bontot dia ke?” Que mengeluh tapi tetap buat tak tahu.
            Teori otak singkat je tu. Mana ada hal kalau air lebih daripada dua kolah haruslah suci. Abaikan sahaja air bontot awek kat tingkat atas tu. Que memejamkan mata dan berpeluk tubuh. Wah! Nyaman tak terkata. Tiba – tiba Que perasan seorang gadis sedang memerhatikan segala tingkah lakunya.
            “Hai.” Sapa Que ala – ala menjerit. Kalau tegur nada biasa harus tenggelam dek bunyi air terjun.
            Indah tersipu – sipu apabila ditegur oleh jejaka kacak yang sedang bersandar di batu sambil menikmati air terjun yang mengalir deras dari atas. Tak sangka jejaka kacak tersebut menangkap perbuatannya yang mencuri – curi tengok. Malu! Tadi Indah sedang memandang Sara yang sedang rancak bercakap dengan Sean betul – betul kat atas kepala jejaka tu jadi sebaik Sean bergerak meninggalkan Sara mulalah matanya gatal mencari makhluk ciptaan Allah lain yang kacak untuk ditatap. Pandangannya dari atas batu yang Sara duduk di tingkat atas air terjun jatuh betul – betul kat bawah, kat celah – celah batu yang mana seorang jejaka yang tinggi, dengan badan yang sedap – sedap tapi yang penting amat kacak sedang bercekak pinggang sambil memejamkan mata menikmati keseronokan mandi air terjun. Jejaka ni nampak macam lebih kurang umur dia dan Sara tak pun hanya tua beberapa tahun. Nampak masih muda. Senyuman yang dihadiahkan kepada Indah tadi boleh mencairkan iman betul. Kalah senyuman Sean yang sipi – sipi je. Indah malu. Terus dia melangkah ke tingkat atas. Mahu menemani Sara.
            Melihat gadis yang ralit memandangnya telah beredar, malu barangkali membuat Que terasa bebas untuk bergerak.
Dance like no one is watching.
Mandi air terjun like no awek is watching.
Baru best! Que mula menanggalkan sleeveless Nike yang dipakainya dan dicampakkan ke atas batu tempat dia meninggalkan topi tadi. Selipar masih tersarung di kaki. Kalau pakai Croc tak payah tanggalkan pun tak apa, lagi grip bagus kalau nak memanjat batu – batu yang licin. Kalau nak lagi bagus pakai selipar Asadi. Hahaha....Que tersengih sendiri.
            Seronok menikmati saat – saat terakhir di bumi bertuah Malaysia sebelum menyambut pelajaran nanti. Semua penangan Joe, si sepupu punya pasal. Lepas SPM, Joe ajak pergi bercuti kat tempat belajarnya. Bukan Que jatuh cinta kat bangunan Coventry uni lama yang pada pandangan Que amat usang dan tak memberangsangkan tapi pada persekitaran yang amat hidup dunia snooker kegemarannya. Kat mana – mana jalan pun ada pusat snooker. Kan indah dunianya. Boleh asah skill secara professional kalau ada peluang.
            Que duduk bertenggek di atas batu. Dah sejuk nak mandi. Matanya meliar memandang kawasan Sungai Sendat yang menghijau. Tak ramai orang. Mungkin sebab bukan hari cuti. Kat tempat parking tadi pun lengang sahaja. Yang ada cuma beberapa buah kereta sahaja termasuk kereta Lancer Goku dan sebuah Range Rover tinted habis yang menarik perhatiannya. Sebab macam pernah tengok Range Rover warna hitam tu sebelum ni. Kat depan SS lah rasanya. Sebab Range Rover tu parking kat tempat VIP.
            Mata Que jatuh kepada kapal – kapal kertas yang tiba – tiba banyak memenuhi permukaan air. Que memandang atas pula. Sah awek rambut panjang mengerbang macam hantu tu yang buat sampah. Dia ingat kapal kertas tu boleh bertahan ke? Sah – sah sekejap je jadi sampah. Tak ada sivik punya olang. Dengus Que dan mula menapak ke kawasan air terjun di tingkat atas.
            Sedang elok Que nak memulakan langkah, perut mula memulas. Tak jadi ke atas. Que melangkah ke jalan keluar. Tandas terletak di bahagian pintu masuk kawasan air terjun. Potong betul. Rungut Que.

***

            “Jom balik.” Jerit Sean kepada Sara dan Indah yang sedang bertenggek di atas batu. Dari tadi Sean tengok Sara tak bergerak. Risau pun ada tengok Sara pegun kat situ. Sekejap dia lompat, sekejap dia berenang tapi matanya tak pernah lepas dari memerhatikan keselamatan Sara.
            “Eh, jom jalan. Sean dah panggil.” Indah bangun dan mula berjalan dengan mendahului Sara. Berhati – hati sahaja langkahnya. Licin ni batu – batu kat sini.
            “Indah, tolong pegang novel ni jap.” Sara cuba menghulurkan novel Jeffrey Archer yang sudah hilang 7 bab.
            Semuanya selamat dikoyakkan dan dijadikan kapal kertas. Seronok melayan perasaan. Sean punya 3 kali jump rasanya macam 30 kali jump ada. Bosan tak terkata. Lagi best bila Sara jumpa port kat celah – celah batu untuk dijadikan muara tempat kapal – kapalnya berlabuh. Apabila muara ciptaannya penuh, Sara tolak kuat – kuat air di hulu muara ciptaannya dan kapal – kapal tersebut jatuh menuruni deruan air terjun. Tersengih – sengih Sara tengok kapal kertasnya mendarat di kepala orang dan memutih di permukaan air tingkat bawah.
            “La..nak buat apa lagi tu? Bak sini.” Indah menarik novel tersebut kasar apabila melihat sebelah tangan Sara mneghulurkan novel dan sebelah lagi sibuk mencari sesuatu.
            “Sara!!!” Sean menjerit nyaring apabila melihat kedudukan Sara di tengah – tengah batu yang menggerunkan.
            Rasa macam tengah tengok orang buat drama aksi pula melihat tangan Sara tergawang – gawang di air dan sebelah lagi tangannya berpaut di batu. Buat apa dia berhenti kat tengah – tengah tu pula? Aduh! Jantung Sean mula berdegup kencang menahan debaran.
            “Aku nak amik kapal aku tersekat kat celah batu ni, Indah kau to....”
            Ayat Sara tak sampai ke penghujung diselangi jeritan Indah berkumandang melebihi bunyi deruan air terjun yang mengalir deras membawa Sara bersama.
            “Sara!!!!”

***
           
            Suasana hingar – bingar di kawasan letak kereta mengundang perhatian Que yang baru melangkah keluar tandas. Pelik apabila melihat orang ramai mengerumuni Range Rover yang pernah dilihatnya sebelum ini di hadapan SS.
            Que pelik apabila dia kembali ke kawasan air terjun, suasana sunyi sepi. Lama sangat ke aku kat tandas tadi sampai semua orang dah kesejukan. Rata – rata duduk melepak kat tepi dan bertenggek di atas batu.        Goku, Syed dan Dino melambai – lambai menyuruh Que berjalan ke arah mereka.
            “La..cepatnya surrender.” Que memerli kawan – kawannya. Datang Sungai Sendat jauh – jauh buat penat je setakat mandi tak sampai setengah jam. Fikir Que dan duduk di sebelah Syed.
            “Semua orang tengah trauma la.” Dino memecah keheningan.
            Maklumlah yang kedengaran sekarang hanyalah bunyi deruan air terjun dan kicauan burung dan cengkerik sahaja. Nak dengar orang bergelak – ketawa macam tadi pun susah. Sekali – sekala je pecah suara – suara pengunjung lain berbual.
            “Trauma apa?” Mata Que tertancap pada kapal – kapal kertas yang berlabuh di celah batu tidak jauh dari tempat mereka duduk.
            Lagi banyak ni. Tadi tak lah banyak macam ni. Que memandang ke atas batu tempat awek rambut panjang si tukang melipat kapal kertas duduk. Dah ghaib. Dah balik lah tu.
            “Ada budak perempuan lemas tadi. Drama bro, dia jatuh dari atas batu tu. Nasib baik kepala tak terhentak kat batu. Jatuh bawah pula jatuh kat atas orang. Kalau tak tak tahulah.” Dino menunjuk ke arah batu tempat Sara melepak dari tadi tanpa menyedari pandangan mata Que yang sememangnya masih lagi tertancap di tempat yang dimaksudkan oleh Dino.
            “Hah! Betulke? Itu yang kecoh kat luar tu?” Que terkejut.
            “Ya lah. Lagi kecohlah kalau tu budak – budak SS.” Sampuk Syed.
            “Berianya cakap. Apesal awek yang kau suka kat SS tu ke yang lemas tadi?” Que memerli Syed pada hal dah tiga kali mereka ke sana tak pernah pun nampak.
            Feena pelayan kat situ cakap awek Syed dah berhenti kerja. Tepat jugalah sangkaan Que, Range Rover yang dia nampak tadi siap penuh dikerumuni orang tu memang dia pernah nampak di hadapan SS. Sama ada Sean punya atau siapa – siapa yang berkenaan dengan SS punya. Apa nak dihairankan kalau setakat owner SS pakai range Rover. Kalau pakai airbus tu mahu juga pelik.
            “Jom mandi lagi. Nanti entah bila aku boleh merasa air terjun kat tanah tumpah air ku.” Que mula bergerak ke dalam air.
            Apa yang nak ditakutkan. Kalau mati lemas lain lah. Risau jugak kot kena badi tapi kalau setakat lemas – lemas biasa, apa nak kisah. Langkah Que diekori oleh Dino, Syed dan kemudiannya Goku. Keriangan harus diteruskan. Tak kan nak buang masa main aci tengok – tengok pokok pula kat sini. Setengah jam kemudian barulah suasana mula kecoh. Dah ada orang mula maka ramailah pengungjung lain pun menyertai.
            “Eh, kau macam mana? Jadi pergi Ireland?”
            “Jadi kot. Kau pun bukan ada kat sini. Dino dan Goku pun sama. Fikir – fikir balik tak payahlah aku nak jadi perajurit Malaya. Nak jugak aku merasa berkampung kat tempat orang.” Balas Syed.
            “Hahhaa...macam tu lah baru rock. Pergi belajar je bukan apa pun. Nanti kita tengok lah sape sudi fly tempat sape dulu ya.” Que tersengih. Dah mula merancang untuk berjalan pada hal masing – masing masih kat bumi Malaysia.
            Que memang tak kisah langsung pun mana – mana pun pilihan Syed Azfi. Tak payah nak tersumbat otak nak bangkang cakap orang tua, buat hidup tak berkat je. Que melangkah ke arah batu untuk berehat. Sejuk bhai! Bibir dah mula biru – biru. Tangan kecut tak usah cerita. Rambut yang basah diusap ke belakang. Que bersandar di batu. Tangannya disilangkan menjadi pelapik kepala. Tiba – tiba kakinya yang masih di dalam air terasa seperti terpijak sesuatu.
            Perlahan Que membongkok nak menarik sebuah novel yang basah kuyup dan hampir lunyai tapi judul novel tersebut masih boleh dibaca. Paths of Glory? Que mengerutkan dahi. Bertambah hairan apabila muka surat buku tersebut hanya bermula di bab 8. Novel yang lencun dikepit ke ketiak. Otak Que ligat berfikir seiring dengan kakinya yang melangkah ke arah kapal kertas yang dia nampak bersepah tadi. Sah tekaannya tepat. Que merungkai salah satu kapal kertas yang tersadai di celah batu dan mendapati kapal kertas tersebut dilipat daripada novel ditangannya. Sebijik sama dengan kapal kertas yang dia dapat dulu. Geng - geng Sean?
            Sah! Awek sardin?
                       
***
            Sara terkejut apabila dia melangkah keluar SS, Danial, Hafiz dan Kimi sedang menunggunya di kereta. Jijie yang berada di tempat memandu tersenyum sumbing.
            “Sara.” Danial memanggil tapi Sara menonong buat tak tahu.
            “Sara.” Suara Kimi pula bertingkah dengan suara Hafiz.

            “Sara, jangan sombong sangat. Orang panggil nama Sara tu. Kena menyahut tau.”
            “Tapi Mama. Budak tu nakal.”
            “Nakal pun, Sara tanya dulu dia nak apa.”
            “Biar Sean je lah tanya.”
            “Tak baik Sara. Allah marah orang yang sombong.”

            “Apesal ni?” Sara bertanya perlahan dan bergerak ke arah tempat penumpang.
            Baru keluar hospital semalam. Hari ni Sara nak jugak singgah SS. Sean bagi masuk jengah pokok Azalea kesayangannya sekejap pun jadilah. Nasib baik umur panjang.
            “Kitaorang nak mintak maaf.” Danial bersuara.
            “Okay boleh tapi korang duduk kat belakang kereta ni jap.” Balas Sara ringkas.
            Malas nak panjangkan cerita. Dah sah – sah budak ni baru lepas kena sekolah dengan Jijie tak pun Sean sendiri. Siap pipi bertanda, baju siap keromok sana – sini. Tu lah siapa suruh cari pasal dengan adik Sean Norman. Sara masuk ke dalam kereta dan menutup pintu. Sara memberi isyarat kepada Jijie. Jijie tersenyum.
            Vroom! Vroom! Vroom! Asap kereta buruk Jijie mengaburi rear mirror. Sara yakin harus Danial, Hafiz dan Kimi bertaubat nasuha selepas ini. Kalau tak cukup lagi makan asap kereta jawabnya lain kali Sara suruh Don hantar orang fogging depan muka dorang. Sembur asap macam orang nak bunuh nyamuk tu.
            “Bye!!” Sara menjerit mengeluarkan kepala daripada tingkap dan melambai – lambai. Puas hati.
            “Naughty.” Jijie berkata sepatah.
            “Jangan bagitau Sean.”
            “Ya lah.”
            “Sean pergi mana tadi?”
            “Buat marketing lah Sara. Kalau tak mana nak penuh table kalau tunggu orang datang. Saingan pun hebat sekarang.” Jijie memberhentikan kereta di drive thru Mc Donalds.
            Sara menganggukkan kepala. Mengakui bahawa Sean terpaksa bekerja keras untuk menaikkan nama SS. Bukan kerja senang nak menempatkan SS sebaris dengan pusat snooker yang ternama lain.
            “Boleh makan bubur je tau. Ada orang bagi kupon free ni.” Jijie menayangkan kupon Mc Donalds di tangan.
            “Siapa bagi?” Sara pelik.

Que:    Bang, yang lemas semalam awek yang tumpahkan air hari tu ke?
Jijie:    Ha, mana kau tau? Kecoh ya kat table tu?
Que:    Saya ada kat Sungai Sendat lah bang semalam. Teruk ke bang?
Jijie:    Taklah, lemas sikit je. Sekarang dah okay. Tunggu nak keluar hospital.
Que:    Nanti abang bagi novel dia ni. Saya dah keringkan. Saya tahu ni novel dia sebab saya nampak dia buat kapal kertas kat sana. Gerak dulu bang. Dalam ni ada kupon Mc D, saya belanja dia. Tolong bagi ya bang.
Jijie:    Lusa tournament datang tak?
Que:    Taklah bang. Kirim salam kat Sean. Kalau umur panjang lusa saya dah selamat mendarat kat bumi England.

            Mata Sara tumpah kepada novel Paths of Glory yang sudah kering tapi teramatlah lunyai dihulurkan Jijie. Panjang umur kau duhai buku.
           

22 comments:

  1. kenapa cerita nya mcm pusing2...
    jap future jap backward....hahaha

    ReplyDelete
  2. Hah mmg x da jodoh la Que ngan Sara masa muda...
    Walaupun dah dekat sangat2, tapi ada jer halangan...

    Terima kasih untuk N3 kedua hari nih, kejap lagi boleh dapat x n3 ketiga dan keempat...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  3. indah jahat demmit...
    jgn ckp clash btween sean+sara dalang die si indah kabar dari rupe n

    3jimbit kene tiau??hahaa taugeh pnye smseng..

    ReplyDelete
  4. Kenapa que sweet sangatttt. Ok,maybe biasa je, tp nak kata dia sweet juga! >_<
    Heee, thanks bg entriessss bnyk2! Ada lagi ke?:P

    ReplyDelete
  5. oittss .. apesal double n3 within a few hrs! meroyan kot! anyway tq!
    wawaa ... tot que hav a chit-chat wit sara - looks like they are still far apart tho near by a few meters hehee!!

    impressive striking Que-gave McD coupon to Sara! - shows sign n hint tat there will a 'unique bond' between d two:QueSara!
    btw - d 'paper ship' tat sara gave que previously[message] - mesti que still keep it kan! and could it remind n hark back sara of que when sara visit que again at his house???

    ~Jazmeen@melor

    ReplyDelete
  6. Anonymous
    sbb sy mmg buat pusing2 dgn sengajaly..pening ke? sorry but I did remind kat n3 JET 5.
    kena catch up mana past & present. Oooo sorry againnnn


    w.t
    awk blanja sy beef prosperity sy bg lg n3 okay?
    Aci x? hahha...nti n3 bnyk2 sy x dpt collect feedback readers. Readers shout important to improve my story lines. semangat utk menulis & memberi the best tat I can ada kat situ tau *wink2

    syira
    jimbit tu awk yg nk bg pembalasan kan? okay la asap kete, bdak skolah lg. penumbuk sudah.
    Indah khabar dr rupa buat apa Syira? Jahat mcm mana?


    kira
    hahha boleh tarik2 blk compliment? x boleh..x boleh..Que sweet okay. Good boy version.
    entriess bnyk2 pastu cter hbs korg nk melepak amna plak? Jgn lupa ajk saya.. hhahha


    Jazmeen
    haha meroyan...confirm! & cpat catch up?
    yeah..they never hv a chance back then :(

    later will slowly build bonding between them.
    My QueSara bonding :))

    ReplyDelete
  7. Aik, another new entry? Sahla tgh stress nih. :P but anyway tq. Sempatla fill up my leisure time nih. :)

    Ohoh, Indah ni pun tak boleh percaya juga. Adakah dia sengaja tolak sara? Sekarang ni dlm kepala ada question mark besar, apa yg sebabkan sara separated dengan sean? Haha. But surely will wait that moment patiently.

    ReplyDelete
  8. Hajar
    leisure time tu termasuk warm up nk start keje esk ke? *sajerr je kan
    mana ada stress. Tu nama dia meroyan.
    Kalau stress x leh menulis. Hahha...
    Sabar eeh...mgu ni terjawab lah tu.

    ReplyDelete
  9. aiyarkk..sian sara.. herm, hampir pasti indah ni sgt la xindah perangainyaaa.. wlpon xtau lg next cmne citernye..ttp rasa c xindah ni ade menyumbang jugak perpisahan sean sara nih.. nway, baeknyaaa quee~~ :))

    ReplyDelete
  10. kalau tadi baca bab 5, banyaklah question mark timbul. but now kurang dah...
    same Q yg Hajar asked, apa jadi ngan sean and sara? where is Sean? where is he? where is he? ~~~~ Hehehehe

    ReplyDelete
  11. ya allah bencinye dkt indh ni, talam bmuka2... sejahat2 fazreen dia xla talam talam muka, confirm indah ni xcun, hati busuk... nsib abg sean yg macho tu tak jatuh chenta dkt dia... menci btul pompuan mcm indah ni, bgus agi fazreen.... mana sean pergi? dah mati ker dia? msuk pnjara ker or mhilang ke krypton? indah ni busuk hati mcm diya yg gediks dkt fareez tu, alahai fareez i miss u....

    ReplyDelete
  12. ishh ... almost TERskip bace bab 5 -
    hehee ... expect d unexpected double n3 in a day! tq KL
    aduyaaiii .. kesiannya sara yg tpaksa settle hutang SS - wat happen to sean?
    hahah ... boleh gelak x? yg 3 JIMBIT dpt jugak oleh Sara!

    readers dh put lots of speculations regarding sean-sara???
    harap2 jgn lh smpai hubungan adik-beradik ni terputus!

    -Lysa M R

    ReplyDelete
  13. Hahahaha fenin2 weiii baca JET ni, hmmmm nampaknyerr...kena baca dgn teliti ni.....satu pon x masok kepala. ?...ape2 pun dabel n3 ni mmg superb cikpuan kl :-)

    ReplyDelete
  14. ada jugak watak hati busuk yg menempel!
    name x seindah dgn character dia! tersngat gedik-smpai indah perasaan lebih2 bile que tegur! asyiiik ko indah!

    huhuu sume kesian kat sara-p sara mcm x sedih sangat utk melangsaikn hutang sean!

    -hnha

    ReplyDelete
  15. mizz acu
    mcm nak peluk cium awk. rasa mcm ade ayt kat situ yg nk bg full mark. hehhe


    m
    tu la, kna bg 2 n3 skali. Sy yg sedih kalau readers baca tp x paham. Kalau x enjoy tu lain sbb lain org lain preference & taste tp kalau x faham. tats my bad.


    zawani
    alahai Fareez jugak yg dia sebut.
    I pon rindu dgn Fareez tp lg rindu dgn Joe. sob3x
    Sape lg evil?


    Lysa MR
    Hahha yg 3 jimbit tu boleh gelak kuat2 kot nti muncul lg next22 n3. Kna igt tue.
    Sara - Sean air yang dicincang tak akan putus.
    Biaq la dorg nk speculate sekali sekala. Kan best tu. cuti tu, dorang tadak keja.



    TLC
    jgn baca!!! Kan awk pening tgah study. Shooshh tgu hbs flashback ke? Lepak je diam2..singgah je tp jgn baca. Drop a hello je. Hahaha
    Triple pun aklau awk x feel cemana?


    hnha
    sbb bkn nhutang dia pun.
    Watak antagonis kena ada nak naikkan emosi
    korang sekali - sekala. Boleh tak?

    ReplyDelete
  16. -indah jht sbb die wat dono je mse sara kene kacau dgn 3jimbit..

    -indah jht sbb die pnye sara kuar dr umah??

    - indah jht sbb wat sean meluat dgn sara??

    :p

    ReplyDelete
  17. cewah ... dh mula kuar kisah lama-terbongkar!
    kena sabo lh ni nk tau yg seterusnya!
    p suke jugak tengok budak 3 ekor tuh kena oleh sara-padan muka tembok dorang!

    -lovelylady

    ReplyDelete
  18. interesting theory about Indah from Shira!
    thoery yg k 3= sampai sean meluat ngan sara? wooh smpai cmtu!??? ni betul betul betul scarry!
    kesian lh sara if sean meluat tengok adik sendiri! oh noooooo ... :(
    jgn jadikn citer ni citer sedeeyyy xmo!
    nanti kitaorng emo berlebihan - jadi tension
    x ndak le KL!!!!


    -ImAn ar-RahmaAn

    ReplyDelete
  19. Dear KL,

    Amboiiii....baru beberapa hari aje kak fadz tak baca....balik dari bercuti terus aje tengok...dah banyak bab dah...
    kalau boleh tak nak lah Sara ngan SE, nak Sara dengan Que tauuu....
    Kak Fadz yang mereng...ha..ha..ha..


    -kak fadz-

    ReplyDelete
  20. yeayyyy!! fulmark yerk.. so now ade jimbit baru ~ name indah.. ahaks! kalo dlu fazleen eksport ke kanada.. jimbit ni nak wat ape lak ekk??

    ReplyDelete
  21. syira
    awk ni kan!!! saje bikin suspen yg dh x suspen.
    tahniah anda berjaya meneka & menebak dgn baik!
    Tak thrillnya sy ckp tp kemon buat apa nk thrill bkn cter Ramli Awang Mursyid kan?


    lovelylady
    hahhha ramai suker ya 3 jimbit tu kena.
    sikit2 lah terbongkar. Nti cpat habis cerita ni.


    ImAn
    x lah Sara, x sedih pun. sy kan suka buat cerita family. kna ada dimensi sikit. x kan love story all the way & x emo pun.


    kak fadz
    akak ramai x baca bab 5...uwaaa..tgk statistik sume jump ke bab 6 terus. Korg cuti sakan neh.
    Hahha...Que kena work hard.


    mizz acu
    jimbit baru kena fikir later..tgk kesesuain skrip. Nti tgk spekulasi terbaru apa okay.

    ReplyDelete
  22. INDAH JAHAT ! MARAH NI MARAH.
    hahaaa

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...