Monday, 20 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 15

Nur Indah
            Jam Longiness ditangan dilihat sekilas. Dah hampir pukul 1 pagi tapi bayang Sean langsung tak nampak. Telefon pun tak berjawab. Indah meletakkan kepala ke bantal empuk. Pandangan ditala ke siling. Teringat renungan Sara tadi jelas terukir di memori Indah. Sayu sahaja melihat pandangan redup Sara Nabila yang rindukan Sean. Sejak mengandung, kerap kali perasaan Indah dihimpit perasaan bersalah. Mana mungkin dia tidak mengerti perasaan Sara. Suatu hari nanti kalau ada rezeki, anak yang dikandungnya sekarang pasti mempunyai adik dan sebagai bakal ibu, Indah amat berharap keluarga baru yang bakal dibentuknya dilimpahi kasih sayang dan dikurniakan anak – anak yang saling menyayangi seperti Sara dan Sean.
            Kasih sayang dua beradik Sean-Sara dan keakraban mereka berdua sering mengasak cemburu di dada. Padahnya cemburu akan kebahagian orang, Indah tak mampu membezakan yang mana zahir dan batil lagi. Kasih sayang yang dibaja bersama Sean yang bermula dengan titik hitam yang sehingga kini sering hadir dalam mimpi Indah. Bahagiakah hidup bermula  di atas penderitaan orang lain? Maafkan aku Sara, aku terpaksa.
            Westfield Eastgarden, NSW
            “Danial tolong aku boleh?” Indah berjalan laju menyaingi langkah Danial.
            Nasib baik malam tadi tergerak hati Indah hendak menghubungi Sara di Edin. Walau pun Indah membenci Sara dalam diam tapi kadang – kadang kebaikan Sara mengundang kerinduannya terhadap Sara. Jika bukan kerana Sara, tak mungkin Indah berada di sini. Sara cakap Sean ada di Australia dan siap semua contact number Sean selamat di genggamannya. Sara juga dipujuk agar menyuruh Sean mencarinya di UNSW. Indah tak akan melepaskan peluang ini. Hari – hari terakhir di Aussie akan dimanfaatkan sepenuhnya dan sebelum pulang ke tanah air, Indah akan pastikan Sean menjadi miliknya dan pemergian arwah ibu di saat dia sedang meraikan musnahnya hubungan Sean-Zarith umpama blessing in disguise.
            Bukan dia tak tahu Sean kerap datang UNSW jumpa buah hati Zarith Sofea tapi sengaja didiamkan. Sara sendiri pun tak tahu abangnya yang sedang mabuk cinta dengan anak orang kaya tu. Memang padan pun kalau tengok Sean bergandingan dengan Zarith Sofea yang cantik tu tapi hatinya bagai dihiris sembilu tiap kali melihat mereka berdua – duaan. Paling Indah rasa nak terjun laut apabila melihat Sean melutut di Congee Beach melamar Zarith Sofea. Kecoh kat Hall anak jutawan dilamar siap dengan belon penuh pantai dan ada orang nyanyi – nyanyi mengiringi lamaran Sean. Dan rancangan mereka berdua untuk menikah di Zetland Mosque hujung minggu ini akan Indah pastikan menjadi debu berterbangan.
            Hari ni Indah terpaksa merajinkan diri untuk keluar ke Westfield Eastgarden semata – mata untuk menjejak Danial. Nama je sama – sama di UNSW tapi kalau kursus dah berlainan, memang susahlah nak jumpa. Kali pertama melangkah ke bumi kangaroo ini macam nak muntah hijau Indah rasa apabila melihat kelibat Danial. Jijik berkongsi langit yang sama dengan lelaki yang pernah menaruh hati padanya. Kalau dia pilihan pertama lainlah tetapi Danial ada hati melamarnya selepas cintanya ditolak oleh Sara mentah – mentah. Nak kutip sisa Sara Nabila? No way!
            “What mate?” Danial bertanya ringkas.
            Biasanya kemain sombong Indah ni. Maklumlah sekarang nampak polish dah sikit rupanya kalau nak dibandingkan dengan zaman sekolah dulu. Indah dah pandai bergaya. Duit biasiswa tak habis nak makan kot sampai terlebih – lebih boleh guna untuk membeli – belah. Desis Danial. Indah mengekori langkah Danial yang sibuk membelek jeans di butik Just Jeans. 
            “Kenal Zarith Sofea?” Indah masih mengekori Danial. Beg sandang dibetulkan dibahu.
            “Yo. She’s my senior. Tengah buat Master.”
            “Hah, betul pun. Korang same faculty kan?”
            “Hah. Apa kena mengena dengan dia pulak? Senior pujaan hati tu. Cun tak ingat.”  Mata Danial mula bersinar mendengar nama Zarith Sofea. Pelik melihat telatah gadis sombong di belakangnya ini. Orang nak amik jadi awek dulu ditolaknya mentah - mentah tapi akhirnya cari jugak aku kat sini.
            “Tolong aku.”
            “Boleh. Belanja 2 helai jeans ni dan upah kemudian aku tentukan. Settlekan yang hari ni dulu.” Danial menunjuk ke arah jeans yang sedang dipilih.
            “Pelahap.”
            “Nak aku tolong ke tak?” Danial mengugut. Tolong sambil menangguk ikan di air keruh apa salahnya. Janji dapat ikan.
            “Okay. Nanti kau bla..bla..bla..

            Faculty of Built Environment, Student Centre

             “Kak Zarith lama tunggu?” Danial yang jauh lebih tinggi daripada Zarith Sofea menghadiahkan senyuman kepada gadis yang sedang menanti.
            “Baru lepas solat kat Square House. Kenapa nak jumpa malam – malam ni?” Pelik juga dengan telatah junior di hadapannya.
            Sekali tengok macam sebaya pun ada mereka ni walau pun jarak umur agak jauh. Mungkin kerana ketinggian Danial yang ketara dan wajahnya yang agak matang. Dah berapa hari Danial asyik mengekori langkahnya. Terjumpa di Hall, terjumpa di quad dan terakhir terserempak di kedai makan Ayam Goreng 99. Danial siap belanja makan lagi. Naik rimas juga dibuatnya tapi Zarith Sofea cuba berprasangka baik.
            Zarith Sofea merenung bintang di langit. Tak sabar menghitung hari bersama Sean. Sejak di UK lagi mereka berkenalan maklumlah sama – sama menuntut di universiti yang sama tapi pertemuan setahun yang lalu menebarkan perasaan halus di segenap ruang saraf. Pertemuan secara kebetulan di KLIA. Dan kini mereka hebat merancang masa depan bersama tanpa menoleh lagi.
            Rasanya kedatangan Sean nanti sudah yang keberapa kalinya. Pantang tak sibuk dengan urusan bisnesnya di Kuala Lumpur pasti Sean akan menjengah. Kalau Sean sibuk sangat, Zarith Sofea sendiri yang akan menjengah Sean di Malaysia. Dah macam KL-JB je Malaysia-Australia. Mana tempat yang tak pernah mereka redah bersama di sini. Semua Zarith Sofea dah bawa. Kali ni tempat yang Sean nak minta pergi lagi sekali ialah Congee Beach. Apa yang Sean suka Zarith pun tak pasti. Ikutkan sahaja janji bersama Sean Norman yang telah diserahkan seluruh perasaan cintanya.
            “Nak mintak tolong jadi mentor. Boleh?” Danial menghulurkan sekeping coklat bar ke tangan Zarith Sofea. Buat pengeras buk.
            “I’m not a singer dude.”
            “Jangan buat lawak la.” Danial tersenyum. Pandai pula awek ni buat lawak. Dahla cun, pandai, anak orang kaya bonus lagi dengan sikap merendah dirinya. Tak padan dengan gelaran anak tunggal Tan Sri. Puji Danial dalam hati.
            “Hahhaa....no hal la. Boleh je. Join me during my study time. You are always welcome.” Zarith Sofea tersenyum. Langsung tak menduga perkenalan yang dirancang ini bakal merubah seluruh masa depannya bersama Sean yang sedang indah tercipta.
            “On. Thanks.”
            “May I?” Zarith Sofea bangun untuk meminta diri.
            “Oh lupa nak tanya, your boyfriend Sean Norman tak marah ke kalau dia tahu?”
            Langkah Zarith Sofea terhenti.
            “You know him? And you know ‘bout us?”
            “Yeah...I know his sister, Sara was my classmate and of course kenal Sean, the most wanted bachelor in town. He’s around isn’t it? I suppose you got to take a good sleep tonight ready for your biggie day tomorrow. Bye.” Sedang Danial menghulurkan tangan untuk bersalam tiba – tiba seorang pelajar meluncur laju dengan roller skate ke arah Zarith Sofea.
Bammm!
            Zarith Sofea memandang dahinya yang agak bengkak di cermin di biliknya. Sakit sangat. Tahulah nak cepat tapi tak payahlah langgar orang. Bukan setakat dahi yang bengkak tapi hati pun bengkak. Dari tadi telefon Sean tak berangkat. Betulke kata Danial tadi Sean dah ada di sini. Patutnya dua hari lagi baru Sean tiba. Zarith Sofea merebahkan badan ke katil yang empuk dan sedarnya Zarith Sofea keesokan harinya dengan hati yang parah terluka dengan kehadiran sekeping sampul surat yang penuh dengan kepingan gambar Kekasihku Curang terselit di pintu biliknya.

Sean Norman

            Jam Thierry Mugler ditangan dilihat sekilas. Dah hampir pukul 1 pagi tapi Sean masih melepak di Paragon X3. Kelab yang sentiasa dipenuhi oleh anak muda Kuching untuk bersuka ria. Kalau bukan Chong Kee suruh dia datang kat kelab yang baru dibukanya, tak adanya Sean nak datang. Dah habis zaman dia melepak dan bersuka ria di kelab. Memang havoc betul suasana di dalam Paragon X3. Majoriti memang dipenuhi oleh remaja berbangsa Cina tetapi terselit juga bangsa sendiri yang dengan bangganya mengusung Heineken ke hulu ke hilir. DJ Cowboy memutarkan pelbagai lagu remix terkini untuk menghidupkan suasana.        Hari ni Sean betul – betul tak ada mood. Banyak perkara yang selama ini ditepis dan sengaja dia pejam mata kuat berlegar di ruang ingatan. Rokok dah berpuntung – puntung ditenyeh di ashtray. Chong Kee sibuk melayan dia di ruang VIP ini tadi tapi Sean yang minta ditinggalkan sendirian. Alang – alang dah sampai. Malas nak balik Hilton awal – awal. Rasanya dah lama sangat Sean tidak melayan perasaan begini. Berada di tengah kelompok orang ramai tapi hati jauh terasing.

            Marriot Sydney Harbour, Circular Quay

            “Sara, abang datang sini ada kerjalah. Tak naklah pergi jumpa kawan Sara.” Sean mengelak.
            Malas betul nak berjumpa dengan Indah. Dahlah Sara paksa suruh taja Indah belajar di sini. Katanya nanti lepas belajar, Sara akan pastikan Indah bayar. Bukan Sean kisah sangat kerana sesiapa sahaja yang penting dalam hidup Sara adalah penting untuk diambil tahu. Lagi pun Indah budak baik pada pandangannya. Mungkin nasib Indah malang kerana kematian ayah yang meninggalkan hutang judi yang terpaksa ditanggung oleh emaknya. Sara cakap emak Indah pula tengah sakit di Pantai Dalam.
            “Abang, kasihan Indah. Siapa lagi yang dia ada kalau bukan kita. Abang pergi jumpa Indah lepas tu Abang baru buat aktiviti sendiri. Please Sean.” Sara yang jauh berada di Edin merayu. Kasihan juga Indah yang bosan di sana. Lagi pun Indah dah habis periksa hujung tahun.  Tunggu tiket untuk balik Malaysia bila – bila masa sahaja.
            “Okaylah. Jangan lupa balik nanti ada surprise besar menanti. Sara dapat kakak ipar tau.”
            “Really?” Sara bersorak kegirangan. Siapalah yang berjaya menambat hati Sean Norman. Tak pernah langsung Sean bercerita kisah cintanya, alih – alih nak kahwin. Hebat benar abang seorang ni.
            “Yes, Sara balik next month kita buat reception. Kita buat di Colmar Tropicale okay tak?”
            “Superb. Signature wedding please. Something different. Sara nak involve A to Z.”
            “Of course dear.” Sean mengangguk lega mendapat persetujuan adik tersayang.
            “Tapi majlis akad apesal tak sebut. Curious ni.” Sara mula mengesan idea luar alam Sean.
            “It’s a close matrimony. Special place for us and a surprise for you. Ni yang abang nak mintak restu Sara. Boleh tak?”
            “Sara tak kenal pun, macam mana nak approve?”
            “Sara kenal and you like her so much.” Sean teringat zaman Sara bertandang ke UK dulu.
            Sara datang seorang diri dan masih bersekolah. Dia pula suruh Sara datang tapi sibuk dengan tournament snooker sana – sini. Alih – alih Sara dihantar ke rumah sewa Zarith Sofea yang berjiran dengannya. Minta tolong jaga. Last – last habis tournament, Sara tak nak pun tidur di rumah Sean tapi nak berkepit dengan Zarith Sofea. Maklumlah perempuan kalau berjalan mestilah rancak dengan aktiviti membeli –belah. Mana sama kalau Sara jalan dengannya. Alih – alih dia angkut Sara masuk pusat snooker adalah. Ini kisah dulu, kisah Zarith Sofea tak lebih daripada seorang jiran dan rakan seuniversiti. Manalah Sean nak buang masa dengan perempuan.
            Kisah sekarang, hatinya berdebar menanti hari untuk hidup bersama Zarith Sofea selama – lamanya. Semua ni permintaan Zarith Sofea. Nak kahwin di sini. Tempat cinta mereka kembang mekar setaman. Dan keluarga Zarith Sofea yang  agak kebaratan hanya mengangguk apa sahaja permintaan anak tunggal mereka. Dan Sean yang memang hanya mempunyai Sara dalam hidupnya hanya bersetuju. Semua urusan dengan MSD (Malaysia Stedent Department), ISMA Australia (Muslim Student Society) dan High Commissioner diuruskan oleh Zarith Sofea. Mereka berdua sudah dewasa untuk menentukan pilihan hidup masing – masing. Sebaliknya mereka mungkin belum cukup dewasa untuk menggenggam erti kepercayaan dalam sebuah percintaan.
            “Suka hati abang lah tapi nanti abang buat macam ni, Sara punya turn abang jangan ternganga pulak kalau Sara buat surprise macam abang.”
            “Berani Sara.” Sean mengusik.
            “Okay tak berani. Gurau je. Have fun. Should I wish Congratulation now?”
            “You should.” Sean tersenyum girang.
            Rantai pemberian Sara dileher disentuh. Hmm....I should buy special necklace for Zarith too. Lepas jumpa Indah boleh pergi cari barang sikit. Sebentar kemudian Sean tegak berdiri di Gate 14, Barket St. Niat hati sekadar bertanya khabar Indah. Memenuhi permintaan Sara agar berjumpa dan menanyakan khabar Indah tanpa Sara dan Sean menyedari segala – gala yang bakal terjadi adalah rancangan Nur Indah.
                Bermula pada hari pertama Sean di Sydney tanpa memberitahu kehadirannya kepada Zarith Sofea dan hari kedua sebelum majlis akad mereka semuanya ditemani oleh Indah. Rajin sangat nak mengikutnya membeli – belah beberapa keperluan dan hadiah untuk Zarith Sofea. Indah benar – benar nampak teruja membantu Sean memilih barang hantaran untuk Zarith Sofea.
            “Yang ni cantik.” Indah menarik tangan Sean ke arah meja yang tersusun cincin – cincin emas dan berlian yang berkilauan.
            “I want to buy her necklace. Not ring.” Sean membantah. Alasan kerana cincin pilihan hatinya siap beriben di dalam luggage. Memang Sean tempah khas di Malaysia lagi mengikut citarasanya.
            “But this one can keep any girl by your side forever.” Indah memancing.
            Konon – konon berminat dan bersungguh benar mengetahui majlis pernikahan Sean yang akan berlangsung di Zetland Mosque esok. Sumpah Indah sakit hati tapi mendengar berita daripada Danial bahawa rancangan di pihak Zarith Sofea berjalan lancar hatinya bersorak girang.
            “Then buy this ring and this Claudius solid gold necklace too.” Sean hanya mengangguk.
            Duit bukan menjadi isu. Kalau benar kata Indah apalah salahnya dua cincin sekali dia hadiahi Zarith Sofea. Sean membantu Indah mencuba rantai leher yang dipilihnya. Pinjam jadi model sekejap.
            “Okay, nice.” Sean tersenyum puas.
            Indah sempat mengajak Sean ke Woolies untuk membeli barang keperluan hariannya sementara menanti hari kepulangannya ke Malaysia. Indah sempat berangan. Dengan Zarith Sofea yang masih ada setahun pengajiannya di UNSW, cerah masa depannya untuk memenangi hati Sean di Malaysia nanti. Keluar sahaja dari Woolies, Indah berpura – pura hendak termuntah. Sean pelik dan menolong Indah memegang barang di tangan Indah.
            “Sean helps.” Suara Indah tersekat – sekat.
            “What happened?” Sean pelik melihat Indah yang tiba – tiba lemah.
            “I feel so dizzy. Rasa macam nak pitam.”
            “Hah? Come.” Sean cepat – cepat memapah Indah ke kereta. Indah dengan selamba merebahkan kepalanya ke bahu Sean dan tersenyum. Zarith Sofea yang menyaksikan adegan Kekasihku Curang setelah diajak oleh Danial tergamam.
            “So tomorrow? Am I invited to witness you grande day at Zetland Mosque?” Danial bertanya.
            Zarith Sofea menyeka air mata yang mula menitis. Soalan Danial bukan menyemarakkan amarah di dada yang hanya dipenuhi rasa cinta hanya untuk Sean Norman tetapi umpama air yang memadamkan seluruh api cintanya.
            “I guess not. I don’t fancy betrayal. Once he has betrayed, he will betray once again.”

***

            Sean menghembus asap rokok yang entah keberapa puntung. Pening kepala mengingatkan kisah hidupnya yang lama tak berpaksi di bumi. Hidup yang hanya dibawa arus masa. Seluruh impiannya musnah dengan kehilangan Zarith Sofea. Sean kecewa dengan sikap Zarith Sofea yang langsung tidak mahu berbincang. Sepatutnya Sean yang memutuskan hubungannya apabila melihat gambar aksi mesra Zarith Sofea dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Sepatutnya dia yang menghilangkan diri bukannya Zarith Sofea. Sehingga kini Sean sering tertanya – tanya di mana silapnya dan bagi Sean the cruellest lies are often told in silence.
            Dan kini kehidupannya bersama Indah menyesakkan dada. Rasa cinta yang dipaksa mungkin bercambah tapi takkan mungkin mewangi. Salahnya membuat perhitungan menggantikan tempat Zarith Sofea dengan Indah. Membawa Indah ke dalam kehidupannya yang tidak bererti. Mungkin air mata Indah yang mengalir di Zetland Mosque mendengar berita kehilangan ibunya sama peritnya dengan rintihan hatinya menanti Zarith Sofea juga di Zetland Mosque yang tak kunjung tiba. Kalau ini jodoh, kenapa hatinya masih belum redha dengan takdir ini?





40 comments:

  1. Haha pandai indah buat kerja yer...
    Terbaik la kan, kalau dah nak ada jer jalan...
    Zarith Sofea tuh tipikal hero/heroin biasa dalam novel2 melayu...
    Tanpa penjelasan jer terus buat keputusan...

    Mesti indah yang mng kalau lawan hampeh mcm Zarith Sofea tuh...

    Harap sara x jadilah heroin mcm kakak ipar x jadi dia tuh...

    Semuanya salah sara sampai indah jadi kakak ipar...
    Tak guna kalau dia nak marahkan indah pun...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  2. tahap menyampah dgn indah meroyan mmg tak boleh dimaafkan lagi!

    kl, lg sekali 'mohon dengan sangat 100x' (versi kiamat sudah dekat :P) sean ceraikan indah! huhu

    ReplyDelete
  3. w.t
    amat agree. Watak Zarith tu so annoying.
    Bodoh bangap. Sy make sure nti Zarith menyesal tinggalkan Sean! Wahh gua plak emo kan.

    Hahha...kesian Sara pulak yg salah. Kesian kat org sgt.

    kin
    hahahha..x boleh dimaafkan. Alahai...kata nk bg dia bertobat.
    hahhaha versi kiamat?
    kna buat undian lah tu kalau nk versi tu.
    Kalau permintaan mencecah majoriti, su on jer. Hahhaha...(kelass kau nyahh boleh ubah2 plot gitew)

    ReplyDelete
  4. Zarith menyesal pun dah x guna dah...
    Buat apa lagi nak ambik bekas orang...
    Yang dulu dia sendiri buang tanpa berfikir panjang...

    Agaknya duit2 yang indah songlap tuh...
    Mesti digunakan untuk bayarkan daniel tuh...
    Upah untuk tutup mulut dari bocorkan cerita...

    Untung la daniel, indah buat kerja x pikir panjang...
    Dia plak dapat rezeki terpijak hasil blackmail indah...

    KL, jangan lupa bagi Que jumpa sean kat kelab tu nanti ya...
    Boleh la diorang sembang sampai pagi, biarkan indah sorang2 kat hotel x da teman tidur...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  5. oh my, pity Zarith. tapi sengal ya amat sebab boleh lari camtu jek. belajar tinggi2 tapi akal pendek. hoho.

    takmo kesian kat abe sean, sebab dah ramai yang kesian kat dia. haha.

    ok, mari kita tubuhkan kelab anti-indah!

    ReplyDelete
  6. kemonnn zarith sofea..jgn jadi heroin tipikal la(bak kate w.t) ;)
    w/out knowing the truth,terus nk cha alip bot...

    let say tb2 zarith muncul,agak2 sape yg sean pilih;wifey yg tgh preggy atau my other half.

    cara indah nk dpt kn sean tuh agak potong queue la..

    ReplyDelete
  7. kl, 'mohon dgn sangat' tu - ayat berdoa versi filem kiamat sudah dekat...haha

    betul2 mohon ni minta sean ceraikan indah meroyan! sblm ni ok lg, tp bila tahu kejahatan dia dptkan sean, tiada maaf bagimu indah meroyan!

    hajar, buka page kat fb kelab anti-indah..haha

    ReplyDelete
  8. ceraikan sahaja si indah water tue ataupun mati masa melahirkan anak, menyakitkan hati betul, kalau tak kerana dia, sara mesti dapat kak ipar yang cantik rupawan dan baik budi pekerti bkn macam si indah water tue. minta-mintalah sean cpt tahu perangai indah yang sebenarnya dan harap akhirnya sean kahwin zarith. biarpun sean duda, duda terhangat gitu.

    ReplyDelete
  9. w.t
    x aci ke bg Sean kat Zarith balik? Acilah.
    danial jgak yg untung confirm.
    sempat selitkan permintaan nk jmpa Que tu. Tgah hot dgn Abg Sean ya tetiba nk Que riang - riakan keadaan?


    Hajar
    Pity Zarith & Sean!
    kn cr sapelah yg rajin buat fb page tu, sy mmg x rajinla. Nk buat page sdiri pun x, Twitter tu pun ats kesedaran sivik so tat org x la igt sy ketinggalan zaman sgt.


    syira
    kemon ZS!
    kentang glerr cara Indah dapatkan Sean. last minit tu. Nmpknya perempuan tau kelemahan perempuan.
    Kalau sy Sean, sy pilih 2-2..hahhaha...


    kin
    korg igt Indah dpt Sean cara terhormat ke?
    kemon..namanya evil of the year.
    kelab anti Indah?
    Setuju! Chairman ramai calon neh.
    Follower jgn cerita lah.


    is
    nk ckp ayt terakhir tu seyes best DUDA TERHANGAT GITU
    x leh cpat2 la, nti abes..I'm playing with time ni nk bg ni je projek thn ni.

    ReplyDelete
  10. Cinta telah membutakan mata hati Indah, sgt tidak bermoral tindakan Indah itu itew...hmmmm pity Zarith...dan paling kasihan adalah Sean cinta hati tak kesampaian...dan Sara also berjauhan dgn abg tersayang...Hope Indah akan sedar akan kesilapannyer.... perkara yang kita perolehi dgn cara yang tidak baik for sure tidak akan kekal lama...huhuhuhu, hidup memang kena pentingkan diri tapi tak perlu lah menjatuhkan orang lain, si Indah ni wajib di sekolah kan lagi belajar tinggi2 tapi jahat bertingkat2 huhuhuhu -ok BYE ^_^

    ReplyDelete
  11. Indah buat ape sja nk dpt kn Sean - we'll see later - pasti hidup Indah x senang - kn mase ni pon dia dh rase brsalak kat Sara!
    out le u Indah .... never like u 4ever!

    -lovely lady

    ReplyDelete
  12. Urm.. Hajar, I'll joint ur club shortly..
    Zawani ok kot jd chairman..ngeee~

    Today hr yg xindah k.. Oh my.. Xsangka jahat cenggini rope c iwk ni..sungguh kejam + sadis..
    Pity sara.. Dpt kwn xdak akai gini..

    Kl~saya pon nak mohon2 sgt spya sean ceraikan iwk ni.. Left her wif nothing cm mana keadaan dia memula menempel kt sara dlu (sori ya, dlu ms skul kelas nilai2 murni..ponteng) ngeee~

    Apaa?? Anak danial? Betoi ka speku nih.. Hailaaa.. Kejaammmmm!! Sian sean norman

    ReplyDelete
  13. kl tolong laa....suruh sean ceriakan indah....benci tahap2 gaban rasanya....menyampah laa indah nie..
    lepas tu biar sean pilih zarith je lah..ok sikit..huhuhu

    rindu sara n que..hehe

    ReplyDelete
  14. Indah pun gamble jer tuh nak dapatkan sean...
    Tapi dah mmg ada jodoh dia dengan sean...
    Tuh yang dapat watak heroin tempelan yang kurang akal skit...
    Terus larik tanpa ambik tau hal sebenar...

    Cuba kalau ZS tuh bijak mengalahkan indah, mesti dia dah jadi kakak ipar sara sekarang ni...

    Pelik lar, apasal susah sangat saya nak bencikan indah mcm yang lain2...

    Mmg untung la jadi daniel, ada income tambahan...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  15. Indah yg tak indah buruk btl perangai kau ye...rin nanti bagi pembalasan yg paling sadis kat indah ni tau geramnya, si zarith dungupiang btl main blah cam tu je ....tapi Kali ni tak Ada n3 quesara...frust ah..barulah tahu Nama Sebenar Sean tu ye...tq rin nak lagiiiiiiiii :)

    ReplyDelete
  16. assalammulaikum....

    1) abg seanku, tu bukan jodoh ok... tlg la jgn redha, awatlh abg ni kdg2 bengap sangat. hisap rokok bnyk sangat kot... bukan marah, tegur2 manje jer.
    2) lepas ni xmau la sedih sngt, nanti stress, dpt darah tinggi pula, jln cerita maseh pnjg ni. nanti puan writer tendang abg sean kuar dari sini pula. merana kita. keciannye dia melayan prasaan sowang2.tu la duk jauh sngt dkt kuching, kalo dkt kedah ni saye dah pujuk2 sambil peluk2 ...
    3) x cukup dgn indah, zarith sofea la pula, ada lgi yg nk kaco line sye ni...
    4) cik zarith dah xpyah nk nyesal2,toksah duk hegeh2 nk blik dkt abg sean sye, ikut giliran ok, zaman bahagia awak dgn abg sean sye dh blalu, zaman bahagia suam2 kuku puan indah dgn abg sean sye bakal berakhir, dan tentu sahaja zaman TERamatlh happy sye ngan abg sean bakal mnjelma... hahaahh aigooo, awatlh gatal sangat anak dara haji mukhtar ni...
    5) saye tak kesah kalo abg sean bekas indah pun, nanti saya cuci ngan clorox, sampai bersih n suci
    6) harini nk puji ckit musuh tradisi, good job my friend, ko dah cantas musuh utama kita.....
    7) nsib baik harini punyer entry x sentap sngt, sye tido pun x lena semalam... mungkin indah ni ada pnyakit mental kot.... suka buat org mderita dgn sikp dia, tu ank sapa tu? kalo bukn ank abg sean, sye xmau bela ok.ahhaha perasan
    8)please la, andai kata indah sean bcerai, x pyah la nk sean zarith blik, sangatlh x seswai... wujudkn jer la wtak ank dara muda belia, sopan santun, n kuat ilmu agama ckit. family sean sara ni macam ktandusan ilmu agama ckit, semoga nanti dapatlh abg sean sye tu sedikit hidayah ALLAH, amin....
    9) sara selalu mbuat pilihan yg salah, indah tu contoh trbaik.... dah org taja, lgi nk naik tanduk...
    10) sye konpius la dalam cerita ni, betulker bukan abg sean sye yg hero dlm criter ni???? hahahahah.. bola bola snooker pink abg sean duk trgolek2 dlm hati sye ni.... jdi chairman dlm hati encik sean norman boleh tak?
    sekian terima kaseh......

    ReplyDelete
  17. TLC
    hey ya. X sbuk hari ni?
    Kdg blajar pandai2 pun blum tentu dpt mengukur tinggi rendah peribadi seseorg. Confirm UNSW x der ajr subjek moral neh.
    Heyy jahat betingkat2.. mmg sesuai sgt la Indah Mangkuk Tingkat.
    Setuju, it can never last!


    ImAn
    mmg outla Indah ni.
    cara kejam x hengatt...
    sikit lg karang org x ape2 die yg confess dulu2 sbb nk branak x pon terinsaf awl. Boleh jadikan?


    mizz acu
    x boleh la bg tu ank Danial. Nmpk sgt Sean tu tak der telur nti. Malu I uu ader hero tempelan mcm tu. X mo...bg lain x pon lagi sadis dr tu.



    shahira
    awk x kesian ke Zarith dpt 2nd hand?
    Rindu kat QueSara tengah2 emo bergelodak mcm ni.


    w.t
    awk x benci Indah lagi ke so far?
    Tahniah. Nampaknya hati awk suci murni x pun awk ni spesis Indah x?
    hahahhahha ampun *lariksss smpai Krypton

    ReplyDelete
  18. why so typical ZS reject SE w/o trying 2 know the truth?
    don't have d feeling to sympathise Indah ...

    -guest melepak

    ReplyDelete
  19. Kl.. Saya stuju. Xsyok la kalo tu bkn anak sean.. Da byk sgt kot plot kawen org len anak org len.. Malu la ktua gangster ss xley beza dara ke x {erkssss..sori}
    Cumanya plls kasik kaw2 nye pembalasan kt indah.
    N sy stuju ngan zawani..xperlu zs balik pd sean.. Biar org laen yg lbh tpuji+indah akhlaknya jd bini duda hot tu.. Ngeeee~

    ReplyDelete
  20. Tak baik benci anak yatim piatu...

    Mintak simpang la, x nak jadi spesis indah ni...
    Kalau Que x pa la, walaupun sama jer mcm indah potong queue orang lain jugak...

    Sedikit nasihat untuk Que nih...
    Panjangkan akal skit ya untuk potong queue, jangan pendek akal mcm indah...
    Buta2 jer dapat bala sebab nak tutup rahsia...

    Draf dan jalankan misi sendiri, jangan bagitau orang lain...
    Nanti ikut jejak indah, kena blackmail...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  21. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..................
    geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
    indahhhhhhhhhhhhhh.i'll haunted u..
    grrrr

    ReplyDelete
  22. Eeyta
    nama betul Sean ada kat n3 awl2. Jump n3 la ni.
    Zarith sy kna bg watak org kaya yg selfish & no-nonsense punya org nk bagi sepadan dgn watak Sean yg mantop. Kalau biasa2 nti x nmpk effect sepadan dgn Sean.



    zawani
    w'slm.
    1. haishhh isap kretek ori tu maunyer x bengap. Bukan jodoh eh? Owh ya jerangkap samar tu.
    2. owh nti sy nk abg Sean gi trip Kedahla..bak sini address. Boleh gi buat tournament kat Kedah nun.
    3. hahhaa...Zarith tu saingan hebatla sbb dh sah2 abg Sean layanz..hampir nk kawen u!Indah tu level2 kucing kurap je.
    4. Aigooo...nmpknya watak ke-3 dlm hidup abg Sean mmg kna muncullah. Sbb ank Hj Mukhtar ni dok interprem jer. Gv way to Zarith plss :)
    5. hahaha..rendam dia punya tut2 dlm clorox ke? Ishhh..merepek tuuu. Yuckss x mo lah 2nd hand Zawani. Meh sini sy rekomen lelaki2 gagah di sekeliling sy. Yg ala bad boy sdh pasti.
    6. musuh tradisi? ahahha smpat buat korum kat sini weyhh...
    7. Ank sape? Tgu Mommy Wani dia buat DNA testlah br boleh tau. Pastu Mommy buatla keputusna nk jaga ke x.
    8. Pandailah awk meneka. Dorg ni ala2 sesat sket. Gilo apo kawen suko2 kat obersee. Nti mmg akn ada dimensi utk mentarbiahkan Sara & Sean ni tapi x molah awek baru Sean. Pnat nk build new character neh.
    9. Kali ni kna tgu Sara buat pilihan apa. Hahha...nk kena ni barbie doll ni.
    10. Hahhaha..awk jer yg konpius. Org laen elok je lyn Que.Nasb baik bola2 pink je kalau hitam yg dok bergolek2 harus hati awk jd ala2 Indah tu nti. Tp sy bglah awk jd chairman sementara Abg Sean tgah konpius dgn hatinya sdiri tu. Sila2.
    Kasih diterima.

    ReplyDelete
  23. guest melepak
    typical woman like ZS give ways to many evils like Indah. They r out there & mayb one of us.
    Plss la, wanita kalau yg dh kawen, ade bf, don't bgaduh 4 noting.Check2 dulu. Investigate dulu. (iklan sekejap)
    Yes, pls don't. Keep ur sympathy to those who needs.


    mizz acu
    yesza..totally agreed.
    Kemon apende tu pun x leh beza.
    Ishh x suke btul sy buat cerita org jahat ni. Suka Diya. Jahat2 bodo, kalau over2 sgt ni skt jiwa.



    w.t
    bgus, ptg queue pun agk2la. With some respect.


    Miss Kira
    wordless. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  24. Hi KL and all readers!

    Ohh ini last hasil Kl memerah idea pasal indah time meeting ye? well done sis! hahaha.

    Dah agak dah sejahat2 indah mesti ada baiknya. tp kan KL takmo ah indah stays in this family. Kiteorg dah TAWAR HATI dengan perangai gila kasih sayang dia okay. Nak muntah pulak bila bygkan muka insaf indah. euww.

    dah la tu semua rancangan jahat dia berjaya. aish just mind this indah sepandai pandai tupai melompat jatuh ke tanah jua akhirnya. hahaha

    sokong dgn zawani and miss acu. biar lah ada orang tarbiyah sikit sean and sara ni. kurang eh ilmu agamanya? KL, you said no new character eh susah nak develop kan? saya rasa mesti QUe yg bagi tazkirah free.

    almaklumlah hari tu dia dah fire sara cakap dalam alquran dah tertulis perempuan islam tu wajib berhijab dan menutup aurat. hahaha.

    btw KL, keep up you good work. enjoy JET a lot like previous novels but i do miss meen,fareez, ferhad,nina and joe.hihihhhhiihhh. buat la scene selit dieorg KL. plishhhhhhh *senyum kucing gatal sket :)*

    I bet the other readers pun rindu dieorg. >_<

    ReplyDelete
  25. zawani mukthar..komen no 4 tuh..hahahhaa ;p

    kak rin..kalau sean pilih 2 2 ..meroyan lak zawani..zawani nk jadi no.1 gak ni..cmno??

    *tb2 nk dedicate lagu khayalan (BDB) kt fazleen.kbye..

    ReplyDelete
  26. Kenapalah jahat sangat Indah ni....
    Kasihan Sean dan Sara serta Zarith menjadi mangsa keadaan...
    Sean bila anak itu lahir buat aja DNA...
    suka sangat bila Sean dah tahu perangai Indah yang x seindah tu....
    Semoga Sean jumpa Que ...... Sean memang suka dengan Que kan....
    Sean suruh ja ... Que tolong jaga Sara ya...... hahaha....

    ReplyDelete
  27. it happened already - Sean kawen ngan Indah
    nak wat cemane? - pregnant but not sure if betul anak sean!
    so sean carry on je le kn!- wlpon ati sakit gak neh ... eeeiiiii
    so tinggal kenangan le ye sean????

    -NuR

    ReplyDelete
  28. I am sure Indah bawak anak sean - xkan danial kot
    sebab - mase kat U wlpown indah n danial same dorang tak rapat kan? so speku anak tu anak danial dh out! tatau lh indah ni ade skandal nagn org lain! sebab dier kn dizzy mase shopping with sean? ....
    eehhhh actually x mo indah kawen dgn sean tpi dh jadi ... aduiiiiii ...

    -ImAn ar-RahmaAn
    p/s KL nape ade reply utk sye - lum g wat komen! KL mesti slah org dh...serabut dah penulis ngan komen pmbace yg TERbrilliant!

    ReplyDelete
  29. komen under ur name ImAn actually for lovely lady. Oh man. Sorry Cik Lovely Lady!
    Lebiu & ImAn hint tu len kali komen awal sikit :p

    ReplyDelete
  30. jahatnyer indah..x baik rosakkan hubungan org lain..name jek indah, tp hati x indah langsung

    ReplyDelete
  31. Hi Kay,
    Sibuk pon smpt drop komen.
    No-no Mommy u mrh nti. (jari telunjuk angkat gerak2 oke)
    Hahha..manis ayt awk Kay, x sebut nk dorg cerai tp x nk stay dlm family. wahhh...psiko writer ni. Tawar hati dh dgn Indah? Tgu sy bg Sean btul2 tawar hati dulu.
    True! The bigger the chaos created, the harder Indah falls.
    x susah sgt nk develop tp x nk nti mix character.
    now & then akn ader all our fav heroes & heroine interprem, jgn risau just kna sesuai dgn plot.


    syira
    sy pun pecah perut baca no 4 tu siap bygkan muka Hj Mukhtar cemana. Aishhh..lawak glerr.


    Sue
    hehehe....Indah ni mmg menyusahkan keturunan Saidin. 2-2 ank Saidin kna dgn dia. Mmg x leh blah la. Siap ko aku ajr psiko skit. Wah! Emo.
    Que Sara cpat lah bonding2...


    NuR
    Dear Sean,
    Tinggal kenangan...
    Gagal segala impian...
    (Wings on the blog!)


    ImAn
    Dizzy tu kn buat2 snn nk bg ZS nmpk. Ayt sy samar2 je kot ckp Indah pura2 dpn Wollies tu.
    Sbb pembaca sy sume brilliant. Once dh post n3, sy mmg kna find time & expressly reply, kalau x sy akn hanyut dgn keje2 kat ofs. Hah kn dh ke laut jd nya.


    aisy
    Lamanya awk x drop comments.
    hahha..ramai oke org akn copy paste ayt awk ni. 'Nama je Indah tapi hati x Indah langsung.'

    ReplyDelete
  32. KLLL...boleh dak kak nak bunuh indah tu...kalo tak dapat tetak 18 kali...gelek sama stemroll pun okeh gak...sean sila buka mata luas2...tulun la nyahkan indah jauh2 dari idup sean n sara...sean berhak dapat pompuan baik2 okehhh..

    ReplyDelete
  33. kak nora
    x mo la emo2..akak lagi daring, nk bunuh Indah trus tue...mesti x thn nk shout neh. Emo glerr dgn si perompak tu.
    Sean berhak dpt perempuan baik2 mcm Zawani kan? Ahakss!! Tak pun mcm akak pun okay :)

    ReplyDelete
  34. Ramai betul emo dengan ep. nih...
    Sampai ada yang nak suh bunuh jer indah tu ya...

    Bahagian nih baru kuar pasal indah punya plan jer...
    Yang musykilnya, apsal sean ambik keputusan gantikan ZS dengan Indah...
    Simpati dengan indah yang kehilangan ibu atau sakit hati sebab ZS hilang...

    Dalam ep nih, terdedah kesilapan indah yang paling besar...
    Melibatkan Danial dalam rancangan dia, merupakan perbuatan membunuh diri...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  35. Dear KL,

    -Sean - tak payah susah hati, kan ke Sean still ada 3 more kuota..so apa lagi ajar sikit si Indah tu...dah dia buat jahat...ha..ha..
    - Zarith Sofea...do not worries ok..one day Sean will be yourssss........ha..ha..ha..
    pandainya kak fadz buat story..ha..ha..ha..
    KL, jangan marah yeee...
    - So the moral of story is...jangan buat kat orang, nanti orang akan buat kat kita balik...
    - Indah - dia dah susah hati dah...bahagia atas penderitaan orang...

    -kak fadz-

    ReplyDelete
  36. since there no new n3 yet - wanna 2 drop a note of late remarks ...

    okaysss....another character ZS crops up as an ex to Sean - portrays a rich young lady supposed 2 b an intelligent scholar but failed when it comes to love n feelings matters!
    ZS failed 2 find d truth n weakly fall to dim-witted trap set up by immatured, greedy n ravenous Indah & Danial!

    so pity indah won d battle by means of a villain - desperado
    as mentoned in d first para indah feel so guilty n this may haunt her 4 d rest of her life *mesti indah nangis bile dengar a song "for the rest of my life - maher zain - coz she is not!

    ~ جزمين @ ملور ~
    p/s ystrday was so tired n abit bz - not until dis morning baru dpt bace n3 - after reading d above comments ➪ SB must b boiling hot with continuous wild specu n mesti teruk Indah kena kutuk hahaaa .... luv ♥ u all guysss ...

    ReplyDelete
  37. apa yang penting now....
    sean mesti tahu hal sebenar nya tentang indah..
    dari a - z....
    tentang zarith...tentang sara..semualah yang telah indah buat sampai apa yang dibuat nya dekat kelab sean...
    and then baru fikir apa sean patut buat after that...
    tapi kalau sean ceraikan indah ok wut padan muka dia yang tidak menghargai kebaikan keluarga sara pada dia...

    ReplyDelete
  38. w.t
    hahhaha..part nape Sean pilih Indah ganti tu tanya Sean la ekk...


    Dear kak fadz
    -3 kuota tu satu utk ZS, satu utk zawani, lg satu akak nak? hahaha....
    -hahha..story akak best!! ZS Sean 4ever.
    -setuju sgt2...jgn buat org nti padah diri sdiri kan?
    - Bahagia ke atas penderitaan org?


    Jazmeen
    hahhha...tu la awk lmbt, sy merajuk bg n3 lmbt. Kalau awk x shout sy rasa sy peram dulu..hahahha
    teruk x Pn Writer ni? heh?

    Ayt awk komen part ZS, Indah & Danial dh level komen english e-novel okay. Always mesmerized me wit the choice of words.

    anti-fan fan then shuld dedicate tat song for her! Seyes neh...bagi tangkap leleh & nak tobat cpat2.

    Jazmeen, readers are all waiting for ur sincere comments but pls..there shuld be no comitment towards this okay! Just enjoy urself lepaking here.


    wuteva
    (tq mcm 1st time shout jer but sorry kalau sy tlupa)
    ayt 1st awk gaya ayt cikgu besar tue...takut makkk!!
    hahahha..shuld there be a pengajaran 1st b4 the climax? hehhehe amat agree tang Indah langsung x menghargai kebaikan 2 beradik tu.

    ReplyDelete
  39. TAK KIRA. NAK CAKAP JUGA.
    INDAH KEJAM YANG TERAMAT-AMAT SANGAT.
    APA SEBAB DIA JADI MACAM TU HAAAA?
    GGGGRRRRR

    ReplyDelete
  40. sbb hati bususs je

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...