Tuesday, 14 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 11

            Suasana dalam SS kelam – kabut. Semua Indah punya pasal. Tahulah tengah memboyot tapi tak payahlah nak meroyan sana – sini. Dekat tengah malam agaknya itu yang mak buyung ni dah penat. Patutnya duduk rumah diam – diam. Habis semua orang dimarahinya hari ni. Sean pula sibuk kat luar hari ni. Kalau Sean ada di SS kuranglah sikit ragam Indah. Bukannya Indah berani sangat nak tunjuk lagak di hadapan suami. Nanti ada yang kena makan pelempang Sean. Budak – budak SS pun semua tak sampai hati nak mengadu perangai meroyan Indah kepada Sean. Semua mengambil jalan selamat. Tunggu dan lihat sahaja.
             Puncanya kecil sahaja, Indah mahu menukar kesemua pokok Azalea di dalam kawasan SS. Teruk Kak Hanim bangkang. Bukan apa, pokok – pokok Azalea yang sedang berkembang cantik sekarang adalah hasil penat – lelah Sara menjaganya sejak dari dulu. Dah lama dah. Dah bertahun – tahun kesemua pokok Azalea ni menjadi sebahagaian daripada SS. Dah sinonim dengan gaya hiasan dalaman SS. Bah kan ada je yang datang ke kaunter nak bertanyakan nama pokok ini. Bukan menjadi kebiasaan pun di Malaysia ni pokok Azalea dijadikan pokok hiasan dalam bangunan. Memang leceh nak jaga tetapi Sara gembira dengan hasil penat – lelahnya.
            Indah memuncungkan muka. Kalau dia tak mengandung mesti dia sendiri yang menghumbankan kesemua pokok ini. Sakit hati tengok. Ramai betul orang puji pokok tu pagi tadi. Cikgu – cikgu perempuan yang membawa segerombolan pelajar dari Pulau Pinang tak henti – henti memuji. Apabila Hanim menyebut pokok ni pilihan Sara Nabila, Indah perasan ekor mata Sean yang menyoroti sekeliling SS. SS berubah rupa sejak Sara balik dari Edin. Susun atur meja dikekalkan tetapi hiasan dalaman ditukar seratus peratus. Sara membuat renovasi major dengan memasang dinding kayu dan semua perabot ditukar dengan konsep moden kontemporari. Bingkai – bingkai gambar baru yang memaparkan pemain professional dunia diletakkan di dinding. Menu kalau dulu cheese cake yang menjadi signature cake di SS juga ditukar. Sara Nabila mula mempromosi kek Red Velvet yang tengah mendapat perhatian semasa dan cubaannya berjaya.
            Rindukah si suami kepada adik yang tak guna tu? Kan senang kalau Sara hanya diamkan sahaja perkara tu. Bukannya banyak sangat RM100k tu bagi Sean. Lagi pun Indah isteri Sean, Indah berhak juga. Yang Indah tak tahu mungkin sebenarnya SS adalah perkongsian Sara dan Sean.
            “Kak Hanim nanti belajar lah buat Red Velvet tu. Tak payah nak order kat orang. Mahal sangat.” Arah Indah sambil memilih makanan yang bersusun di kafe. Sekejap – sekejap dah lapar balik. Berat dah bertambah pada hal kandungannya baru mencecah 4 bulan.
            “Kenapa suruh Hanim. Kan saya suruh awak belajar buat. Resipi kan Sara ada tulis kat buku resipi dia. Minggu lepas lagi saya suruh awak cuba.” Sean menyampuk dari belakang. Tin coke dicapai dan Sean terus bergerak ke pejabat tanpa menanti jawapan Indah. Malas nak bertekak.
            “Sean ni tak tahuke orang tengah mengandung ni. Nak sangat homemade pergilah cari adik sendiri bawa balik. Ini entah hidup entah mati si Sara ni. Bukannya reti nak balik rumah.” Indah merungut sakit hati.
            Kak Hanim mengucap dalam hati. Tak patut doakan Sara macam tu. Di hadapan Indah, Kak Hanim diam sahaja. Dasar perempuan tak tahu diuntung. Dari dulu Sara angkut ke hulu – ke hilir, sekarang tempat Sara dalam hati abang sendiri pun nak dikebas. Simpati Kak Hanim untuk Sara memang tumpah selautan. Sara dah lah anak yatim piatu, adik – beradik pula hanya Sean yang Sara ada. Tergamak kakak ipar sendiri memisahkan mereka berdua. Kata – kata Indah tadi langsung tak boleh pakai. Lagi dia suka agaknya Sara langsung tak balik rumah. Yang Kak Hanim pelik Sean langsung tak berikhtiar membawa Sara balik.
            Indah hanya memandang sekeliling SS dengan hati yang berbuku. Sara Nabila telah berjaya dilenyapkan dari pandangan mata semua orang tetapi hakikatnya dalam hati mereka, Sara Nabila tetap mendapat tempat istimewa. Indah berjalan ke pejabat. Mahu mengambil hati Sean. Hati Sean harus dibelai kalau mahu rancangannya untuk mengenepikan hak Sara secara mutlak berjaya.
            “Bi, tengok apa?” Indah melihat Sean yang sedang khusyuk menatap laptop di meja besarnya tak berkelip.
            “Tengok blog Sara ni. Dah aktif rupanya. Hari tu dia cakap nak buat blog Genius Factory ni. Tak sangka dah berjaya. Ramailah tu agaknya pelajar dia sekarang.” Sean tersenyum dan menutup tetingkap blog.
            “Ya ke dah berjaya? Entah – entah duduk melingkar dengan jantan mana kat luar tu. Orang tak pernah hidup susahlah katakan.” Indah duduk di sebelah Sean tapi skrin telah bertukar kepada thestar online. Tak nak bagi orang tengok lah tu. Desis Indah bertambah sakit hati.
            “Sara tak macam tu.” Sean mula berkira – kira untuk keluar.
            Malas nak duduk SS lama – lama dengan Indah. Sejak akhir – akhir ni bontot dia memang panas dengan ragam Indah. Nasib baik mengandung kalau tak ada yang makan penampar free hari – hari. Orang balik kerja mesti nak membebel. Dia ingat kita ni pelayan kat SS ke tak payah kerah otak nak cari jalan nak majukan bisnes. Belajar tinggi – tinggi pun cara berfikir Indah jauh kebelakang. Memang tak boleh harap langsung idea si isteri untuk mengembangkan sayap SS. Nak melingkupkan adalah.
            “Habis tu Sara macam mana? Nak biar je merempat kat luar?” Indah berpura – pura mengambil berat. Bukan senang nak main wayang dengan Sean.
            “Sara tak merempat. She lives happily. You bet.” Sean berkata dengan yakin walau pun kata hatinya berbeza.
            “Kalau dah ada orang bela, mana nak merempatnya.” Indah menyemarakkan lagi kemarahan Sean.
            “Awak, dengar sini. Ni amaran terakhir saya. Jangan masuk campur urusan Sara lagi. Tak kira apa pun niat awak. Saya yang halau dia keluar, saya juga yang akan bawa dia balik. Masanya saya yang akan tentukan bila.”
            “Nak tunggu Sara dah rosak kat luar sana baru nak bawa balik?” Bergetar hati Indah menahan marah dan cemburu. Sangkanya Sean betul – betul membuang Sara dalam hidupnya rupa – rupanya tidak sama sekali.
            “She has my trait. Benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Nothing that I should worry about her. Saya balik lambat malam ni. Awak balik rumah sendiri.” Sean menutup pintu pejabat kasar.
            Sean berdiri di hadapan pejabat dan meraup mukanya. Sungguh dia tak pasti di mana Sara saat ini. Kalau dia nak tahu, suruh sahaja budak – budak pergi cari, tak sampai 12 jam Sean yakin dia dah tahu di mana Sara tetapi sengaja mahu dibiarkan Sara bertenang walau hakikat sebenarnya dia sendiri yang perlu bertenang. Susah menjaga dua wanita. Dulu jaga Sara tak lah susah macam ni. Jaga Indah macam jaga lembu sekandang. Susah benar nak meneka tingkahnya. Loket sempoa yang masih terikat di leher dipegang kejap. Hadiah pemberian Sara. Naik pelamin pun pakai walau pun ditentang hebat oleh Indah dulu. Sara sentiasa dekat dengannya. Itu Sean pasti.
            Di luar bangunan Wisma Sri Rampai yang menempatkan SS, Sara memuatkan Vivanya yang comel di petak parking yang paling jauh. Bukan tak ada parking di basement tetapi Sara sengaja parking jauh. Bukan nak masuk SS pun. Sekadar nak melepaskan rindu pada SS dan Sean semata – mata. Sara menutup pintu kereta. Langkah dihala ke arah tangga pintu masuk utama. Range Rover milik Sean gah terletak di petak parking VIP. Sara memandang ke langit. Bulan terang – benderang. Sara tersenyum. Nak sangat tengok Sean biarlah dari jauh pun. Sara berharap sangat permintaannya terkabul malam ini.
            Langkah Sara terhenti apabila melihat bayang abang yang dirindui segak dengan khakis warna krim dan jaket hitam yang setia tersarung di atas t-shirt putih. Sean mana nak pakai t-shirt warna lain. Semua putih. Kalau berbeza pun potongan atau jenama sahaja. Sean sedang menuruni anak tangga menghala ke kereta tiba – tiba Sean berhenti di tengah jalan. Sara terkejut melihat Sean melilau memandang sekeliling. Alamak! Mana nak menyorok ni. Sara membelakangkan badannya. Kalau nak mengundur harus Sean perasan. Nasib baik memang jalan tempat dia berdiri ini ialah laluan utama pejalan kaki. Bolehlah menyorok kat belakang orang yang lalu lalang. Sara berjalan rapat – rapat dengan sekumpulan lelaki yang baru melintasinya. Jalan je lah sampai ke stesen minyak Shell kat depan ni. Matanya masih memandang Sean yang masih melilau seakan – akan mencari seseorang. Sara tak sedar langkahnya makin menghimpit sekumpulan lelaki di hadapannya ini. Sara memeluk sling back di dada erat. Tergamam melihat orang yang sedang bersalam dengan Sean ialah Shah Ezlan!
            “Hey....apehal ni jalan macam tak ada mata?” Seorang lelaki yang berjalan paling hampir dengan Sara berhenti. Matanya garang memandang Sara yang terlanggar tapak kakinya. Maklumlah mata Sara ke lain, kaki je yang ke depan.
            “Apesal kau berhenti ni?” Seorang lagi lelaki yang jauh ke depan berpatah ke arah lelaki di hadapan Sara ini dengan diekori oleh seorang lagi kawan mereka.
            Sesaat Sara terkaku apabila dikelilingi oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenalinya. Sara memandang sekeliling. Memang ramai orang sekeliling tetapi semua dalam kereta di jalan utama dan sah hanya akan melihat sahaja. Nak jerit ke apa ni? Sean dan Shah sumpah boleh dengar kalau Sara menjerit. Bukan jauh sangat jarak mereka sekarang cuma mungkin Sara terlindung dengan tiang stesen minyak Shell sahaja.
            “Awek ni jalan main himpit – himpit. Nasib baik aku tak jatuh.” Adu lelaki yang hampir dilanggar Sara tadi.
            “Saya tak sengaja bang. Minta maaf. Saya jalan dulu.” Sara melangkah laju meninggalkan tiga lelaki yang mengelilinginya.
            “Hey..hey..hey..senang je kan. Sini!” Sling bag Sara ditarik kasar.
            Sara terdorong ke belakang sehingga terjatuh di jalan yang berturap kasar. Sakit jangan ceritalah. Dahlah pakai Capri pants paras betis je. Sah luka. Sara menahan sakit dan pedih. Sean, tolong! Sara cuba berdiri dan sudah berkira – kira untuk menjerit.
            “Ikut aku.” Kawan lelaki tadi menarik tangan Sara yang tengah cuba berdiri. Sara menutup mata menahan silau apabila cahaya lampu tinggi dari depan sambil cuba berdiri.
            “Sara, sorry lambat sayang.” Tangan Sara ditarik kasar dan pintu kereta di sebelah penumpang yang terletak di tepi jalan dibuka. Sara duduk tak bersuara tetapi matanya masih berkelip – kelip. Drama dua saat apakah ini? Sayang? Yuck!
            “Kalau korang rasa nak bermalam kat jail 2-3 malam, meh sini.” Que memetik jari. Dalam hati geram tengok Sara bergolek kat tepi jalan macam nangka busuk. Dari Sara keluar daripada Viva lagi Que dah perasan. Kebetulan memang Que nak pergi Shell. Kereta Nissan Infinity G35 yang baru diambil di rumah kedua orang tuanya nak diisi minyak. Tiba dari Shanghai petang tadi, Daddy yang ambil di lapangan terbang. Jadi krew senang, mendarat, pax keluar, kerja terus habis. Keluar kapal terus balik. Mana ada nak kena buat paperwork ke apa – apa lagi. Memang tak kan dipilihnya kerja yang nak kena pakai otak banyak – banyak ni.
            “Itulah lain kali jangan nak merayap malam – malam macam ni.” Que masuk ke tempat pemandu dan melarikan keretanya laju.
            Nasib baik mamat 3 ekor tadi terus blah. Rasanya mereka lagi berumur daripada Que tapi mungkin sebab tengok gaya bukan orang jahat pun tapi lebih kepada mengambil kesempatan. Siapa nak tolak rezeki kalau awek yang datang menyerah. Que pun nampak memang salah Sara. Sekejap berhenti lama kat tepi jalan. Lepas tu jalan tak tentu hala. Kaki ke lain, mata ke lain. Nasib baik dia perasan kereta Viva Sara. Punyalah dia tak sedap hati, kat depan Shell dia pusing dan sedang elok nampak Sara bergolek kat tepi jalan. Terus Que brek kat tepi jalan. Haishh...Sara...Sara.
            “Eh, hello. Bagi salam pun tak. Apa hal nak ceramah orang ni.” Sara mencebik.
            Dalam hati lega tak usah cerita. Mata Sara sempat menjeling Wisma Sri Rampai di saat kereta Que melintas laju. Range Rover milik Sean sudah tiada di tempat parking. Shah dan Papanya tadi pergi mana pulak?
            “Tak payah bagi salam. Bagi penumbuk boleh lah kat mamat 3 orang tu. Orang dah tolong bukan nak cakap terima kasih. Kalau tak confirm awak jadi lauk malam ni.” Rungut Que tetapi sempat menjeling ke arah Sara.
            “Terima kasih. Boleh tak patah balik  kat kereta saya?” Sara serba – salah.
            Nak ikut mamat ni pergi mana? Sara menarik nafas dalam. Denyutan di kaki makin terasa. Pedih. Tisu dikeluarkan daripada sling back. Sara menunduk membelek kaki kanannya yang luka. Merah tisu menyerap darah yang mengalir keluar.
            “La, berdarah ke?” Que membuka lampu dashboard. Tangan kiri memegang steering dan tangan kanan menarik kaki Sara.
            “Ooii...sakitlah. Mana boleh nak angkat – angkat kaki macam ni.” Sara menampar tangan Que kasar.
            “Singgah klinik kejaplah. Bagi doktor check. Kot bengkak ke apa. Ni nak tanya. Buat apa kat sini malam – malam?” Mata Que melilau mencari klinik yang berdekatan. Pergi je lah klinik Seri Melawati.
            “Awak tu, buat apa pula? Kata kat Shanghai.” Sara menjawab soalan Que dengan soalan.
            Kalau tahu nak jumpa harus dia angkut sekali Mr Blue or Mr Whatever kat rumah tu. Boleh pulangkan sekali dengan jaket hari tu. Buat menyemak je kat rumah. Nak peluk dah segan, tengok je lah mampu.
            “Baru sampai. My parent lives nearby. I came to take my car.”
            “Saya nak jumpa kawan tadi. By the way nice car.” Sara menipu.
            Tak kan nak cakap datang sini nak skodeng abang sendiri. Nanti bunyi macam orang hilang akal pula. Pujian Sara bab kereta Que memang ikhlas. Kereta sport dua pintu yang berwarna hitam memang nampak bergaya dan sesuai sangat dengan Que. Taste orang kat sebelah ni boleh tahan.
            “Elok sangatlah tu jalan sorang – sorang malam macam ni.” Que membebel.
            Badan dah lah penat. Ingat tak penat senyum 24 jam kat atas awan biru tu? Balik ingat nak berehat dan tidur tapi kena pulak melayan awek masam ni. Susah sangat nak masuk line si Sara ni. Karang curi hati cara extreme berdosa pula. Kalau boleh nak orang tu bagi hati dia suka rela. Rasanya Que yakin di saat dia tengok Sara bergolek jatuh tadi, hatinya turut bergolek jatuh. Que mula melalut sendiri. Otak dah penat jadi harus tak mampu nak berfikir secara suci murni. Hahaha....Que memberhentikan kereta di hadapan Klinik Seri Melawati.
            “Boleh jalan tak?” Que memandang Sara di sebelah.
            Sara diam. Memanglah boleh jalan tapi sakitlah. Tanya lah soalan pandai sikit. Sara menolak pintu kereta tapi tangan kanannya ditarik oleh Que.
            “Tak apalah. Tunggu sini. Saya register dulu. Bak sini IC.” Que menadah tangan.
            Sara menarik IC keluar daripada sling bag dan menyerahkan kepada Que. Sara mengekori langkah Que tajam. Malanglah aku ni. Kenapa dalam banyak – banyak orang, pelanggan yang dah masuk dalam kategori blacklist ni pula yang hadir di saat – saat kritikal tadi. Kenapa bukan Sean? Kenapa bukan Shah? Baru Sara teringat untuk menelefon Shah. Saja nak pastikan yang dia nampak kat depan Wisma Sri Rampai tadi betul. Nak tanya jugak Shah dan Papanya buat apa kat situ sebenarnya.
            Sara meletak telefon hampa. Shah cakap dia kat rumah langsung tak keluar. Papa dan Mamanya pun ada kat rumah. Sara yakin Shah tipu tapi kenapa? Matanya belum rosak lagi. Memang dia nampak pun Shah tengah bersalam dengan Sean. Papa Shah, Tuan Sazali pun ada kat sebelah. Kenapa Shah tipu?
            “Sara, ramai orang. Malas nak tunggu. Blah gi tempat lain.” Que masuk ke tempat pemandu dan meninggalkan perkarangan Klinik Seri Melawati.
            “Mana – manalah.” Sara hanya mengikut.
            Terus mood Sara hilang. Sampai hati Shah tipu. Tuan Sazali ni pandang hina sangat ke kat SS sampai nak pergi buat spot check. Kalau Sean tahu tujuan sebenar Shah memperkenalkan Tuan Sazali kepada Sean mesti Sean terasa hati. Tak pun Sean buat bodoh. Abangnya bukan jenis sensitif sangat tapi yang nyata hati Sara benar – benar terasa.
            Sara memandang Que Zafril yang buat muka tak berdosa di sebelah tajam. Kalau boleh telan mamat kat sebelah ni, sebulan Sara puasa, kenyang. Kereta Que masuk ke pagar automatik dan  terus di bawa ke bahagian belakang rumah dan berhenti di sebuah pintu kayu yang besar dengan kiri – kanan bergayut pokok – pokok segar yang merimbun dan amat cantik. Daripada nak tanya ‘hey bahlol ni klinik apa kat tengah – tengah hutan’ terus jadi ‘hey mangkuk ni rumah siapa?’.
            Sara memerhatikan Que yang keluar dari kereta dan menekan butang di dinding. Pintu kayu terbuka dan Sara terpegun. Unik sangat rumah ni. Masuk pagar, memang ada tempat parking di porch hadapan rumah tetapi Que memandu sekeliling pagar sehingga ke belakang rumah. Kat depan tu memang Sara nampak sebuah Porsche Cayenne dan Mercedes SLS elok terparking. Kat belakang ni rupa – rupanya pintu kayu yang terus masuk ke bilik Que. Tempat parking sekali dengan bilik?  Makk kau macam kat Edin la. Sara melilau melihat bilik Que yang terbuka luas. Katil bersaiz King yang kemas, cadar keemasan macam hotel. Set bilik yang sebijik macam rekaan bilik hotel Mandarin Oriental. Okay nasib baik tak jakun sangat sebab Sean pernah bawak Sara menginap di situ semalam walau pun penthouse mereka di Jalan Kia Peng jaraknya sepelaung sahaja dengan Mandarin Oriental, hotel 6 bintang tu. Ada tangga turun terus ke parking dan kiri – kanan dinding parking penuh dengan gambar Que Zafril. Macam retis la pulak mamat ni.
            “Turunlah. Nak sapu ubat. Ke nak kena dukung.” Que berdiri di muka pintu sebelah penumpang. Alahai...ni ke klinik yang tak ramai orang tu.
            “Kereta tak masuk dalam?” Tanya Sara teruja.
            “Masuk dalam apanya. Jap lagi nak hantar awak balik.” Que memapah Sara ke dalam biliknya.
            “Ishh..boleh jalan sendirilah.” Sara mengerutkan dahi. Kena setepet kat muka. Buat malu je.
            Sara didudukkan di sofa. Kawasan parking kereta yang siap dengan set sofa ni sahaja dah sama luas dengan rumah sewa Sara di Puchong. Rumah kat Seremban 2 tu taklah meriah sangat macam rumah ni. Biasa je. Okay tak nak fikir. Tak nak fikir. Sara menggelengkan kepala.
            “Mana your parent?” Tanya Sara mengalih topik apabila Que datang membawa First Aid Kit.
            “Que, why you bring your guest here? Sara, hai.” Sapa Datin Annie mesra. Sempat menegur anak bujang yang tak senonoh bawa anak dara terus masuk bilik.
            “Tadi Mommy dan Daddy dah tidur. Que malas nak buka pintu depan. Lagi pun nak cepat. Jap je ni.” Que menghulurkan cotton yang sudah dicelup dettol kepada Sara. Lap lah sendiri. Tak kan aku nak lapkan pula. Karang elok hati ni jatuh bergolek – golek terus terbang melayang - layang pula.
            “Auntie.” Sara menghulurkan salam dan cuba berdiri. Panjangnya umur. Baru sebut dah muncul. Bisik hati kecil Sara. Terkejut juga macam mana mulut Mommy Que ni boleh lancar menyebut namanya. Eh, kenalke?
            “Sit down Sara. Let me help you.” Datin Annie menyambut salam Sara dan duduk bersimpuh di hadapan Sara. Tangannya cekap membersihkan dettol ke tempat luka, menyapu ubat dan terus menutup luka tersebut.
            “Done...siap.” Datin Annie berdiri dan menutup kotak First Aid Kit.
            “Hah, jom balik.” Que bangun dan mula melangkah ke kereta. Kasihan juga melihat Sara dah macam Barbie doll masam kat sofa tu. Tiap kali Datin Annie memandangnya barulah Sara senyum. Nasib baik nampak ikhlas.
            “Sara, kaki you bengkak sikit. Boleh jalan tak? Kita pergi dapur, Auntie nak tuamkan sikit lepas tu, I’ll give some great tea for refreshing and then you are ready to go.”
            “Alaaa....ni malas nak bagitau Mommy ni. Tak bagitau nanti nampak kurang ajar bawak anak dara balik rumah.” Que merungut dan kembali duduk di katil. Dahlah badan penat.
            “Err...” Sara serba salah. Nak tolak tapi tak sampai hati.
            “Okay come.” Datin Annie memapah Sara ke dapur. Ikut short cut, belakang bilik Que Zafril. Kalau ikut pintu depan parking kereta tu harus berpusing – pusing ikut taman baru sampai. Esok pagi kot baru sampai.
            Sara muka dah kelat – kelat menahan rasa geli di kerongkong tiap kali dia menelan lemongrass tea yang dihidangkan. Yuck! Langsung tak boleh nak masuk tapi terpaksa juga minum. Nak ambil hati. Datin Annie nampak teramat sporting dengan anak lelakinya. Katanya Que telefon nak minta izin bawa balik Sara sekejap. Sempat Datin Annie bercerita mereka sekeluarga baru balik dari bercuti. Itu yang Dato’ Abdullah dah selamat dibawa mimpi. Masing – masing penat terutamanya Dato’ Abdullah kena menjemput Que di lapangan terbang tadi. Pemandu dan pembantu rumah mereka masih bercuti dan akan mula bekerja esok jadi masing – masing kepenatan. Sara rasa bersalah kerana mengganggu waktu rehat mereka tetapi cepat – cepat ditepis oleh Datin Annie.
            “Okay, jom. Esok Sara mesti okay.” Datin Annie menemani Sara ke bilik Que. Sampai di bilik Que Zafril, Sara ternganga melihat mamat mangkuk ayun ni selamat terbongkang dengan air cond terpasang, selimut sampai kepala tetapi pintu kayu masih ternganga dan G35 masih di luar bilik.
            “Que!!!” Datin Annie menjerit. Datin Annie menarik selimut yang membaluti tubuh Que Zafril. Dah siap dengan jeans dan t – shirt baru lengan panjang membaluti tubuh tapi mata berkatup rapat.
            “Sara, Que ni susah nak bangun. Nanti minta Uncle hantarkan Sara balik ya. Kejap Auntie pergi kejutkan Uncle.” Datin Annie kasihan melihat Sara yang dah pucat.
            Melihat anak sendiri yang nyenyak tidur lagilah Datin Annie simpati. Kerja macam Que memang penat. Berdiri lagi banyak daripada duduk. Pada pandangan Datin Annie, hubungan Que dan Sara masih terlalu baru.  Mata Sara langsung tak bersinar memandang anak lelakinya. Macam nak telan adalah.
            “Hey..mangkuk. Bangun! Bangun!” Sara menjerit geram tapi matanya tetap memerhatikan pintu masuk dari dalam rumah. Kot tiba – tiba Datin Annie masuk.
            Sara berdiri di atas katil dan menyepak kaki Que kuat.
            “Aduh!” Sara terduduk. Nasib baik tak jatuh di atas badan Que. Kaki sendiri yang sakit ada hati nak sepak orang. Sara geram. Laju sahaja Sara mengambil botol spray deodorant Dunhill Desire di atas almari dan mengetuk kepala Que.
            “Bangunlah mangkuk! Bangun!!!!” Sara menjerit sekuat hati.
            Que Zafril mula membuka mata. Gila betul Sara ni. Kalau pecah kepala aku ni ingat ada jual kat kedai spare part ke? Baru Que nak menyerang balas dia terdengar suara Mommy memanggil Sara.
            “Sara, boleh tak malam ni Sara tidur sini? Uncle pun sama tidur mati macam Que. Let me talk to your mother. I’ll tell her you are safe with me.” Datin Annie menghampiri Sara dan tersenyum.
            Sara tunduk. Nak cakap apa?
           
           
           
           

43 comments:

  1. you go sean! serves you right indah meroyan! hehe

    kl, tak pe la kalau tak ceraikan indah, buat dia meroyan mcm tu lg ok kot, biar tersiksa jiwa..haha

    ReplyDelete
  2. ala bestnye,,,, cepat2la ade new n3.....tunggu n3 setiap 1jam, he..he..

    ReplyDelete
  3. kin
    Yesza, serve him rite!
    ok ke buat meroyan smpai perut tembus?


    Anonymous
    aigoo..x mo lah check every hour, tu sy dh ada saham -ve contribute sbb awk membuang masa. Kalau nk lepak gak make sure baca part2 ilmiah sikit yea?*okay mood suci murni di sini.

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak menerjah ke sini.

    Rasanya Sean tunggu masa je nak ceraikan indah tu, tak lama lagi sedar la sean tu. Tapi antara Que ngan Shah, siapa pilihan sara? kesian shah..kan kan KL..

    Tapi, rinduku masih pada Fareez...waaa

    ReplyDelete
  5. Hah habislah syah, dah kena tangkap menipu dengan sara...
    Peluang mcm dah berkecai dah pun...

    Dua2 dah bawak balik rumah dah...
    Tunggu sara pilih jer nak rumah mana...

    Nampaknya mmg betul pun sean suh sara kuar sebab nak redakan keadaan...
    Cuma indah jer yang bodoh piang, x tau menilai keadaan...
    Dia x tau ker, is3 boleh dipilih2 dan diganti...
    Adik mana nak cari ganti kalau dah x da...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  6. ok cik puan muda KL... hahaha.... cumel pula que ni. first nk komen tentg musuh tradisi sya, hmmm aritu ada org komen sruh indah mati, xmau la bgi indah mati, mati mana best, xnmpak dier trseksa, bgi jer dier hidup n trseksa, geram btul la. entah ngandung tu ank abg sean sya or ank laki lain.. meroyan nanti sean kena bela pula, nyushkn abg sean sya jer.... rasa mcm nk ikat indah, gulung2 dlm tikar n then pos laju gi israel... menci taw... awat la buleh tersuka abg sean lbih dari que ni... hahaha. que gi blajar ngorat dari fareez ok, sekeras2 jasmeen pun dier leh lmbutkn, seswai la tu sara pun keras ati gak. xmau blajar dri joe, dia kasanova mulut manis jer.. sara ni xbaik menci2 sngt, nanti que tu juga yg dia nk cari....

    ReplyDelete
  7. kak Izan
    waaaa....rindu!! Sy rindu akak lg dr Fareez okeh. Cun tak side bar tu?
    hahahha..soon agaknya GET tue.

    Akak minat Que ke Shah ni?



    w.t
    peluang dah berkecai? No-no....hati Sara tetap milikmu Shah. Ahaks!

    Sara nk rumah mana? Mana lg best Sara? Datin Annie ke Puan Idura? Pick Sara.

    Sean pun kesian jgak sbb ingt Indah baik. Kna tgu la saat2 Sean beromen dgn Indah..hahahha*lariks

    ReplyDelete
  8. Sebelum nih boleh kata peluang syah tuh 90% la...
    Tapi skang nih rasanya dah tinggal 10% jer kot dah...

    Ni Que belum masuk gear 5 lagi nak pikat sara...
    Bila dah masuk nanti, Langsung lenyap sisa2 peluang yang ada tuh...

    Sara balik ker dia tido rumah bakal mentua dia malam nih...
    Best la dia kan, dapat cuba dulu rumah sebelum melangkah masuk secara rasmi nanti...

    Esok pagi jumpa bakal bapak mentua plak, emak dan jumpa...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  9. huh~~ rasa nak lempang2 je si indah ni! kesian Sean ada isteri mcn ni.. nak indah disingkirkan boleh tak, KL? hehehehehe

    sporting gilerr mama que ni! merasa la jugak Sara tidur kat rumah family que. hehehehe sambung lagi lagi lagi~~

    ReplyDelete
  10. zawani
    haha..first komen mestilah Indah.
    ok 2nd abg Sean, apesal Sean lg pjg drp Que komen dia nie? Adoyai..kna matikanlah watak Abg Sean ni :p
    Pastu ke3 Fareez jgak yg best. Adeh pnat pikir ni.
    Awat Fareez jgak yg tetap di hati kita ni? Berguru dgn Joe cpat dpt, dgn Fareez hampeh, lembap, siap kna ada org push br jln.
    hehehe*iklan, sila dptkan GET di pasaran Krypton segera!

    ReplyDelete
  11. oh my, All 4 One my fav! hihi..

    bila baca part siblings bonding ni rs sayu lak. hoho. kesian Sara. mcm kata w.t, Sean suh Sara keluar utk redakan keadaan, bukannya nak halau terus. rasanya Sean tu kalau nak cari Sara memang sekelip mata je kot?

    ai, si Shah ni awal-awal lagi dah meng'reject'kan diri sendiri kenapa? Baru je nak puji tapi mujur tak puji lebih2. haha.

    ReplyDelete
  12. alooooo..suka ader new n3 tp sakit ati betul bace (giler emo!)
    1st~indah ni mmg nak kna tonyoh la dia..cili xbesh sgt! tonyah ngan lesung batu terus sng sket! sesedap rase je kata sara rusak..xpnh idup susah xbmakna xleh survive k..yg penting hati! da la awak tu merempat sara yg kutip..adeyyy..! nak meletop ati nih..KL, tlg bg indah ni berambus n kna tinggal ngan sean bley?
    2nd~que u r my feberet bro! da great savior..ngee~~ cepat2 g jumpe joe blajar ngayat..fareez xyah sbb sloww..:p
    3rd~saraa.. jgn la grg sgt darling..sian que tau..marah2 sgt nti sayang giler lak kang..loike!haa..lupe je la shah tu yer..awal2 da xjujur..
    4th~tq KL.. nak lagi tau..;))

    ReplyDelete
  13. erks~ sara..da tido situ kang jgn berebut tv ngan que lg tau.. basuh sndiri pinggan.. ngee~~
    mama mmg terbaekk!!

    ReplyDelete
  14. w.t
    peluang Shah 10%..ya ke? no-no-no
    sy duk bayang Que punay gear 5 macam mana ni.
    Harus kna cair otak sy pikir.
    best ke boleh cuba2 dulu rumah mana nak?
    Aikss...pelik ni.


    m
    lempang jerk Indah tu. tgk cermin pastu lempang, buat2 lempang Indah. Hahhaha..*jahat
    Kita akn singkirkan Indah. Jgn risau.
    mana lg sporting Mommy Que dgn Mama Shah?
    hehehe

    ReplyDelete
  15. Hajar
    Sean-Sara part touche sikit jelah Hajar. Teaser baru tu.
    kat hjg hati ada rasa nk puji Shah kan? X leh, x leh. Kalau sume start rasa Que lembap, pnat sy nk memachokan Que.


    mizz acu
    4th welcome
    3rd ala x grg tu, belasah dgn botol spray jer...hahaha. Bahasa terkawal lagi.
    2nd hehhe mmg harus kna hantar Joe cpat2 nk didik Que. Fareez x yahlah, hrp Meen je yg jln lurus...hahhaha*provoke
    1st Indah kna bako je. Pggil Usop Wilcha bako idup2
    boleh plak awk teringat part berebut TV & x basuh pinggan plak. hahhha kalau mcm tu nipislah harapan Que kalau Mommy pun reject Sara.

    ReplyDelete
  16. dear KL ~ sara xkan wat cmtu..hehehe..tgk xsuke lemongrass tea pon telan jugak! :P wajib nanti mommy jatuh sayang ngan sara.. hehe
    dia garang ngan que jer..romeo xkna gaya! haha

    ReplyDelete
  17. X baiknya Indah kan.... Nama saja Indah tapi perangai dan hati, Indah kabar dari nama..... Ini jenis mausia yang x sedar diuntung.... Part ni kasihan Sara dan Sean .... Rasanya kalau Indah x mengandung, rasanya Sean cakap selamt jalan Juliet....hahaha..... GERAMNYA DENGAN INDAH....
    Hat Que dah tergolek-golek jatuh pada Sara.... Hati Sara dah terluka kerana Shah x berterus terang..... sedihnya.....
    Apakata hati yang tergolek Sara tolong letakkan semula elok-elok... dan hati yang terluka Que tolong ubatkan ok kan....hahaha....
    Lama x comment rindu pulak....

    ReplyDelete
  18. tuh dia wira angkasa muncul in the right place at the right time..woohooooo...

    kak rin,create watak org ke 3biar indah gile meroyan,bwk kete laju2..trjun gaung kt genting hikhikhik..

    yeahh all4one..rase mcm cek2 balik kaset lame my mum :)

    ReplyDelete
  19. mizz acu
    Bingo! x de lah dia nk buat x senonoh kan.


    Sue
    Hrus kna n3 menyayat hati campur emo baru tgal tapak kaki kan?
    okeh. kalau ada FB pastu status GERAMNYA INDAH. Mesti sume readers like. Agaknya like dkat dua ribu tue status tuh. Hahahha...
    Hati Que yg tergolek - golek tu kita kasi teamroll gelek dulu baru Sara angkat.
    Hati sara yg Shah lukai tu, kita bg Shah siram mawar dulu br Sara siram balik. Pastu br ape eh?


    syira lalink
    Wira angkasa? hahaha...
    org ke -3 tu apa kata Dato K je. Sbb Fazleen x nk pastu dia kejar bini org plak. Sy rasa mcm best nih.
    Check2...ur mom ni ganeh, bnyk koleksi. Sy thanx to utube je lah. Nk bg lagu baru hr2 dgr kat Fly so carik dgn gigih lagu2 lama yg sy suke.

    ReplyDelete
  20. kalau ade pie chart neh,kompom 99.99% readers vote dato k jadi org ke 3 :) tp jgn lak si sean neh rse nk trjun gaung lak. yg 1% geng2 3jimbit tuh je..

    ReplyDelete
  21. hehee...brutal nye sara main sepak2 ketuk2 kepale Que lagi...

    ReplyDelete
  22. cmna indah bule kawen ngn sean?
    ka sy da miss some part?

    [hawa]

    ReplyDelete
  23. eeee...tak suka laa indah nie...menyemak je lebih....
    hehe...sara tido rmah que...

    ReplyDelete
  24. saya rasa mcm lagi ramai anti indah drp anti diya si nyamuk dulu. hahaha.

    eh, saya mmg xnak puji pun. sebab saya ada sket alergik dengan org nama shah ni. :P

    okay, saya tunggu sorang lagi yang belum komen ni.

    ReplyDelete
  25. eyyyyyyyyyyyy..geramnya dgn indah..

    ReplyDelete
  26. syira
    100% agreed. Kna buat pool. Nti dato K dtg beli SS, beli pakej dgn Indah skali. Spekulasi lagie...hahahha..adeh pening.


    Anonymous
    kata adik gangster. kuat buli tuh. 3 jimbit dia bg makn asap, Que ni kena ketuk2, sepak2. Shah jer Sara bela...heheh


    hawa
    awk tertinggal ketapi. Last epi yg dorg gaduh tu kan Indah ckp dia preggy buat2 skt perut dpn Sean.


    auni
    Indah mmg nama je indah tapi lalang, menyemak je. hehehe nti dorg berebut TV lagi x?

    Hajar
    Diya nyamuk tu macam sakai je, ni ipar busuk yg ramai org jmpa. Ramailah org skt hati.
    Alergi dgn nama Shah? Ahaks! must be something hush2 la ni. let's forget tat. Mana sorg lagi ni. Hibernate jgak kot.


    Miss Kira
    yes like Sue punya status banyk2. GERAMNYA INDAH!

    ReplyDelete
  27. Indah .. oh! x sangka u are really SOMETHING!
    tak tercapai dik akal - yg hati awak sgt jahat! sanggup tuduh Sara smpai mcm tuh!

    SE g brembus je le ....
    oh luv luv u so much Que! dh mau se tapak kot!

    -ImAn ar-aRahmaAn

    ReplyDelete
  28. aduh boleh tak jatuh cinte ngan Que! so sweet-but haila haila Que-penat sgt sampai tido - x ingat Sara g!
    Sukenya Datin Anne ... looks semua emak-emak kat sana dh jatuh sayang kat Sara ni - wlpown muka selalu je masam! Ni kena belajar kat Sara mcm mane nk pikat bakal ibu mertuaku! huhhuuuuu .....
    *avoid dr cakap pasal pompuan xsedar diri - nk sebut nama dia mcm ade duri kat lidah!!!!!!


    -lovely lady

    ReplyDelete
  29. lovely lady hahaa ..... lawak juagk smpai nk sebut nama Indah pown sakit lidah!!!!! ......
    Agak klau nk letak kat scale - berat yg kutuk indah dh smpai 1 tan!

    Sara ur d best!

    -!Uglybetty malaya!

    ReplyDelete
  30. KL - last epi x komen but this time around mesti kena write something-
    hehee ...tak de lah - just wondering why Indah is so evil??

    Tapi kn Sara ni cool jugak mcm Que - or is she?
    so far - SE is still the best choice for Sara ---- aduh.... ade yg kutuk ni nanti ...... !!!!

    Dah bace all comments - mcm ade one person missing-in-action??? nak jugak tau komen si jazmeen yg kadang2 punyer idea luar alam!

    -Lysa M R

    ReplyDelete
  31. mestilah Mommy Que. hehe

    ReplyDelete
  32. Hah sara jangan cakap mcm tuh...
    Segan konon nak peluk Mr Blue skang nih...

    Nanti bukan jer Mr Blue, tuan Mr Blue tuh yang dijadikan bantal peluk untuk tido hari2...
    Jadi kenalah belajar dulu peluk Mr Blue hari2...
    Sebelum diubah kepada tuan Mr Blue...

    Kalau sara x nak tido kat rumah Que, dah Que pun malas nak bangun...
    Suh jer sara bawak balik G35 tuh ke rumah, esok baru kecoh pejabat Mr Boon tuh tengok sara tukar keta baru...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  33. hmm .... seem i am well left bhind but still on the right flight heheee

    worthy of note-everyone has one's own theory-spekulasi liar!-perfect word!
    suke with all these speculations - but our fiddly writer slumber je golek-golek gelak bace! enjoy gak teasing readers kan? lol....

    woww ... Indah ... so brutal n evil! still could not beliv tat she utter those heartless words about Sara right on Sean's face! lucky u indah x kena pangg dr Sean!
    and tat 'loket sempoa' is a gift from Sara! so touching ma!

    hahaa ... agak Indah x pandai buat kek red velvet? Fine coz it's Sara another signature - which i suppose to be only for Que dear sooner yeah!

    Que.... well dah jodoh le tu - come to the rescue- unexpectedly transport terus k rumah n the best part hav d opportunity to meet future mom-in-law! best best
    but KL - nape serve Sara with lemongrass tea - why not green tea more revitalising! hehee no lah jaz kidding!
    You know what KL - i've d feeling tat Que ni actually 'feign' tertido- he wants Sara sleepover at his place giving chance mommy get to know Sara? hahaa
    oittts .... feel like to write more - but getting out of context dh ...

    itulah computer if hibernating once kena jentik will automatically on - cair jugak KL when readers keep on knocking SB - upload n3 baru! TQVM
    *promo genius factory?

    ~Jazmeen@melor

    ReplyDelete
  34. btw ... regarding SE n papa went to SS--
    i think SE bukan nk tipu Sara - but don wan sara think tat his dad s investigating his bro Sean! may b at tat moment he thought tat it best for Sara not to know! coz SE suke sgt2 kat sara? spekulasi lagi!
    KL - sperti Hajar - i oso a bit allergic with anyone yg ade nama Shah!

    Jazmeen@melor

    ReplyDelete
  35. ImAn
    Oh Indah yg x Indah ni mmg!
    Que dah maju ya. Tp jgn lupa, nti dia lagi maju tp Shah bertapak2 lagi maju. Haishhh...macam mana ni.


    lovely lady
    Mak2 jejaka2 sume suka awek masam ni. Kna bergurulah dgn Sara tp keyword dia HORMAT ORANG TUA!
    hahha...sumpah kelakar. Siap avoid x nk sebut nama Indah. Sy punyalah fikir bagai nak rak, nak buat watak jahat tapi nama nk letak yg best2. Terus taruk nama Indah. Bikin hot sikit rupanya terlebih hot Indah ni smpai org nk sebut pun x mo.


    !uglybetty malaya!
    hahha 1 tan weight. Mak kau nmpk sgt berat dosa Indah tu. Setia huruf nama dia carry beratus tan!


    Lysa
    (jgn paksa diri shout)
    This time around, Jazmeen cakap* (eh yea lah tu) dia nk baca komen readers lain dulu. Amik feel org.
    Indah evil. Update status FB anda sekarang!
    Sara x suka Que tapi x de lah kasar kebudak - budakan sgt. Biasa2 je. & I tot the same. Actually heroic character mmg SE so far. Dah lag Sara suka & sederhana serba serbi. me likey too.


    m
    Rock Mommy! Mama stereotype!


    w.t
    peluk Mr Blue dulu baru peluk tuan Mr Blue. Sara advance kot, nak tuan terus.
    Mr Boon jeles lah tgk staff lagi bergaya x pun ehh macam ku kenal kereta ni. Rupanya staf berskandal dgn client sendiri.


    Jazmeen
    Wah!! I know u also hibernating, u said @SB today & 2mrw u gonna hv hectic schedule but still looking forward 4 ur review. & other readers keep on flipping thru to find urs. But I always want to say tat u r not bind to drop comment just bcos everybody r waiting. Just drop whn u really feel into the n3. Anything tat touch ur pure heart only. Five!!! No paksaan.
    I'm enjoying seeing Indah been taught by her hubby. Trying to plot how to teach dungupiang wife in this story. Is either you success or you kill her. Hahhaha...
    I nk bg green tea but nvr ask ur permission so like mcm x molah. Hormat ur fav tea okeh! tabik bos!
    Indeed he did! Kepala dh sakit kna ketuk pastu tdo blk dgr suara Mommy.
    hahhaha cair. Time free trus rasa nk belek SB pastu gelak smpai skt perut. Berbaloi tau menulis & dan berkongsi ilmu. The feeling is speechless rage.

    promo jgn x promo. Baek punya. Nk pgl teach ur doter pun boleh. Ewah mcm dpt percent je.

    ReplyDelete
  36. Sara mmg dah terlebih advance...
    Dah la tetamu, tapi siap disepak dan diketuknya kepala tuan rumah...

    Mmg elok pun Que buat tido balik lepas tuh...
    Biar sara tido kat rumah dia untuk semalam yang terindah...

    Dapatlah nanti mommy tolong2 skit ejas hati sara untuk terima Que cepat2...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  37. terbaik!
    sangat2 teruja dengan que n mommy dier!
    pheeww gila cantik rumah parent Que!
    Indah nk ambik attention Sean tpi hati &mulut dier tu tetap jahat - siap kutuk- x sedar ke dia yg sara tu satu2 nyerr adik sean!
    nak panggil ape Indah neh? gerrrrraaammm!

    -mbt

    ReplyDelete
  38. still hav d time 2 type b4 d seminar start hehee...

    will sara stay for d night?
    what will sara's answer to datin ques: let me talk 2 ur mother?

    speculate: may sara insist to go home?
    Sara stay - anddd prepare morning breakfast-showing her skills - mesti gila suprise que n the parent - serving breakfast of the month!

    mother? - berjurai ayeq mate - mesti gila sedih datin anne?????

    ceria pagi allls .....

    ~Jazmeen@melor

    ReplyDelete
  39. Dear KL,

    Woowwwww......salute to you....
    To Indah : be careful, Sean dah naik muak...ha..ha..ha..
    To SE : see Sara dah macam hilang kepercayaan kat dia....tapi betul ka dia tipu Sara ????
    To lovely Que : You have to extra work hard..
    usaha tangga kejayaan yea...
    To KL : please extra cepat update next n3...
    tak sabar dah ni....
    luv you KL........


    -kak fadz-

    ReplyDelete
  40. Jazmeen
    apesal allergic nama Shah? hahhaa ... nak kutuk kot ada hubby mana2 readers nama Shah ke, bf dorg nama Shah ke? Awk dgn hajar pelik okeh!



    w.t
    Mommy adjust ke buat malu Que jer?
    hahhha rasanya MOmmy msk gear 5, ank masuk gear reverse...hahahha


    mbt
    sgt teruja. Sy pun!!! x sbr nk bg korg tau drama mereka ni.
    hahhha so far nama Indah x der yg snagkut lg sbb emo readers x terlebih angin dah.
    Skng smpai level nk sebut nama Indah pun x sanggup. Mulut mcm ada duri!


    Jazmeen
    x payah jwblah..baca next n3..laju nie back to back n3. Lunch nti baca tau!!

    ReplyDelete
  41. kak fadz
    lmbt nie..dh post dah n3 baru...sila meroyan sbb Que dh tertinggal bertapak - tapak lagi...
    haishhh...
    lev u kak... muahhhh

    ReplyDelete
  42. kahkahkahhh.
    gila selamba badak si sara ni.
    i loikeee

    ReplyDelete
  43. uiks? ada geng! hahaha. tak sangka jazmeen pun allergic juga? haish.(ni penangan tensi kerja, balik rumah dok marathon JET. haha)

    ReplyDelete