Sara leka mengemas barang – barang pejabat. Kotak yang tadinya kosong dah penuh dengan fail – fail rekod pelanggan. Punyalah sakit hati hari Isnin yang disangka bahagia rupanya derita tapi kalau dengan bos yang bernama Mr Boon Praraks ni, apa yang peliknya kan? Malam – malam buta Sara, Ainul dan Sheena mendapat mesej cinta daripada Mr Boon Praraks. Datang kerja esok kena pakai baju sukan. Masing – masing berfikiran positif dan hebat membuat ramalan.
1. Bos nak ajak pergi riadah kot.
2. Bos nak belanja main bowling kot. Kan dia janji minggu lepas.
3. Bos nak kita buat kerja – kerja kat tapak yang luar alam sikit kot.
Pengakhirannya semua ramalan mereka salah. Buat habis kredit telefon berbalas mesej ala – ala Gossip Girls malam tadi. Masuk pejabat pagi – pagi, Mr Boon Praraks dah tersengih menunggu dengan kotak – kotak kosong di tengah ruang pejabat. Rupa – rupanya pagi yang mabeles, osem, super - duper coolio ini bakal dihabiskan dengan mengemaskan barang – barang pejabat atau pun lebih tepat mengosongkan pejabat. Nak berpindah pejabat rupanya Praraks Acoustic ni. Hebat betul perancangan Mr Boon Praraks, kalau dia bagi notis awal – awal nanti ada yang buat – buat MC (cuti sakit) atau EL (cuti kecemasan).
Muka Sheena memang tak boleh blah, marah sangat - sangat. Membebel – bebel sakan dia sambil buat kerja. Pantang Mr Boon ghaib, terus ucapan maki – makian mesra keluar. Mereka bertiga memang sehati – sejiwa bab – bab memberi pandangan dan kritikan manja untuk Mr Boon Praraks sehinggakan datang kerja pun siap janji nak sampai kat tempat parking pukul berapa. Nanti senang, masuk pejabat serentak. Baru aci kalau pagi – pagi dah kena maki, sekurang – kurangnya kena maki serentak. Biasanya Mr Boon taklah masuk pejabat awal sangat dan mereka mempunyai masa yang cukup untuk melalak dan bergosip dan sebaik mendengar bunyi tapak kasut Mr Boon, masing – masing akan mengambil posisi dengan cekapnya dan tiga pasang mata akan pegun di skrin masing – masing. Hehehe....hidup di Praraks Acoustic yang penuh dramatik.
“Stor kat belakang siapa nak kemas?” Ainul berdiri membetul – betulkan pinggang. Tangan diluruskan gaya bersenam dah sekali tengok.
“Osom lah. Siapa nak kemas. Tikus, lipas dan cicak dah sama banyak dengan dokumen kat stor tu.” Sheena memberi rancangan yang amat mementingkan diri sendiri atau rancangan nak mengelak dengan cara terhormat.
“Untuk kesekian kalinya aku nak merungut, kenapalah bos tak upah je orang. Banyak servis pindah pejabat sekarang ni siap van lagi. Lepas tu dorang akan sorted dokumen, barang dan semuanya akan memudahkan seluruh rakyat jelata.” Sara menggunting tape hitam yang dililitkan di kotak. Dah siap empat kotak hasil kerja kerasnya mengemas sepanjang pagi.
“Untuk kesekian kalinya aku nak ulang jawapan Mr Boon, dokumen kita manyak highly confidential. Kena buat sendiri.” Ainul mengajuk suara Mr Boon yang pelat – pelat Cina - Melayu.
Masalahnya tak kan kerusi, meja, stor yang penuh dengan barang pejabat, stok kertas, stok fabrik, fibreglass berkeping – keping kat dalam stor tu pun tak kan rahsia juga. Agak – agaklah kalau nak berjimat – cermat pun. Ni memang spesis bos kerah tenaga pekerja sampai kering. Aktiviti osom berjalan dalam keadaan penuh tragis sebab Sara yang pandai pergi osom burung. Sheena dan Ainul osom batu maka sah – sahlah Sara yang kalah. Nak muncung sedepa pun tak boleh dah sebab mulut kena tutup dalam bilik stor tu, habuk manyakkk. Cis! Amuk Sara dalam hati.
Dah hampir tengah hari barulah Sara keluar dari stor. Muka yang cun gaya barbie doll dah hilang, yang tinggal gaya samdol ada. Habuk habis melekat di t-shirt putih dan seluar track yang tersarung di badan. Ainul dan Sheena tersengih – sengih melihat rupa Sara yang comot. Baru nak berceloteh, telefon Sara berdering nyaring. Skycrapers dah mula berlagu meminta perhatian tuan punya badan yang keletihan.
“Kau boleh tak jangan buat lawak? Aku penat ni.” Bicara Sara yang tegang dan marah memecah suasana hening di Praraks Acoustic.
“Tak betul lah. Balikla tengok Sean. Semalam dia jatuh motor.”
“Teruk sangat. Aku tak laratlah nak jaga sorang – sorang, balikla.” Indah merayu perlahan di hujung talian. Perut yang makin membesar diusap. Semalaman Indah tak tidur menjaga Sean Norman. Ikutkan hati malas nak beritahu Sara tapi Sean nak juga suruh Sara balik.
Sara meletakkan telefon kasar. Tak nak terpedaya dengan Indah. Kalau teruk sah – sah semalam lagi Indah dah telefon. Ini mesti ada udang sebalik batu. Ke betul? Sean ni pun tak serik – serik lagi ke. Motor mana agaknya jahanam kali ni. Sean tu dahlah spesis Iron Man sebab ada titanium dalam badan. Sebatang paku titanium dan dua batang titanium dalam tulang peha atau femur. Selamat kaki aligment masih sama panjang. Kalau jalan tempang, agaknya nak ke si Indah dekat abang aku tu. Sara cepat – cepat menelefon nombor Sean. Tak puas hati dengan berita daripada Indah.
“Hah? Kat Kinokuniya? Buat apa? Kinokuniya tu kedai buku kan bukan hospital?” Sara memicit kepala pening dengan gelagat abang seorang.
***
Sean melangkah masuk ke dalam SS perlahan. Nak jalan laju pun dah tak boleh, sengal sangat kaki kanan ni tapi nak tak nak kena jumpa Jijie jugak hari ni. Banyak benda yang Sean tak puas hati dan bergelodak dalam jiwanya perlu diluahkan. Hari ni memang dia nak cuti pun. Duduk rumah rasa macam menyusahkan Indah pula. Sebelum ke SS, Sean singgah di Kinokuniya. Dia pun tak pasti apa yang menarik kakinya untuk menekan pedal Range Rover tuanya ke KLCC. Kali terakhir ke sana pun ialah sebelum Sara ke Edinburg. Menemani si ulat buku berumah di Kinokuniya. Best deal of the day ialah apabila Sean diberi maklumat bahawa kesemua buku di Kinokuniya sekarang boleh dibeli secara online. Terima kasih atas kecanggihan teknologi sekarang yang memudahkan semua urusan. Tak payah susah – susah nak merentas kesesakan lalu lintas dan membuang masa nak menapak ke kedai buku.
“Jom, lepak pejabat. Kau pesan kat budak jangan bagi kacau kita kat dalam.” Sean menggamit Jijie yang sedang memberi arahan kepada Don di kaunter pembayaran.
Sebentar kemudian Sean dan Jijie duduk bertentangan di kerusi pejabat yang ditarik ke tengah. Meja kecil di tepi rak CCTV juga ditarik untuk dijadikan tempat letak ashtray. Jijie dah boleh agak mesti ada hal penting kalau gaya Sean serius semacam. Kalau tak lain gaya sapaannya tiap kali masuk SS.
“Aku jumpa Zarith semalam.” Sean bersandar di kerusi.
Jijie ternganga. Mahu tak ternganga. Dia kan saksi tak jadi dulu. Kiamat dah nak dekat ke ni?
“Then?” Jijie buat – buat selamba.
Luka di lengan dan muka Sean diperhati ralit. Ni siapa pulak yang dia belasah ni. Semalam belasah budak Wangsa Maju yang datang serang SS. Dia tak pandai jaga pelanggan boleh datang buat kacau kat SS. Berani pulak tu serang Sean di parking lot waktu Don tak ada. Nasib baik buah silat Sean pun boleh tahan kalau tak terpaksalah Sean lepas sedas dua. Bukan tak ada standby dalam poket tu tapi takat hal – hal kecik nak guna buat apa. Susah kalau tak faham bahasa. Kawasan nak bahagi – bahagi dengan adil, jangan sibuk nak kacau kawasan orang pula. Cina kalau buka pusat snooker memang lain jadinya. Pusat judilah pengakhirannya, itu yang ramai yang ingat SS dah jadi sarang nombor satu pada hal dorang tak tahu Sean kerja macam nak gila buat promosi untuk aktiviti sukan semata – mata.
“Kau rasa kenapa sebenarnya Zarith buat macam tu dulu?” Kerusi beroda dipusing ke kiri dan ke kanan.
“Tak kisahlah apa alasan Zarith pun. Yang kau nak kenang kenapa? Anak bini kau nak campak mana?” Jijie cuba berlagak sebagai sahabat yang baik walau pun dia amat tak berkenan dengan sikap Indah.
Nak cakap lebih – lebih pun tak guna kalau pasal Indah ni kerana kalau di hadapan Sean, Indah dah bertukar watak daripada syaitan yang direjam kepada bidadari dari syurga. Kehebatan Indah membelai Sean itu terpaksa Jijie akui. Pandai benar mengambil hati Sean. Kalau tak, tak kan Sara adik kandung sendiri pun Sean boleh tolak tepi. Nasib baik Sean tak bodoh sangat bab Sara. Dicari jugak Sara. Tak lah bodoh jugak Sean apabila tak memaksa adik sendiri membayar kerugian SS. Kalau dengar suara Sara memetir dulu, jelas Sara menunding kesalahan kepada Indah.
Semalam pun Indah memberi arahan kepada Jijie untuk menghasut Sean agar menyuruh Sara memulangkan duit seratus ribu tu. Apabila diajukan kepada Sean, laju sahaja Sean menggelengkan kepala. Katanya tak payah. Duit tu memang hak Sara. Sean mengamuk dulu sebab kebiadapan Sara terhadap Indah dan sikap tidak jujur Sara bukannya sebab duit. Duit itu hanya alasan agar Sara pandai berfikir macam mana nak cari duit bukannya ada ijazah dari luar negara tapi peram dalam fail. Bab tu Jijie puji Sean tapi padanya tetap bebal sebab tak percaya cakap Sara. Jijie, Don dan Hanim yang memang orang lama di SS memang mempercayai Sara seratus peratus. Indah tu watak sampingan dalam hidup keluarga Saidin memang nak kena Sean cuci dulu baru layak nak menjadi watak utama. Setakat ni kau beranaklah dulu Indah, nanti tahu lah aku macam mana nak celikkan mata Sean.
“I mean at least it’s good to know her reason.”
“Tak cukup – cukup kena maki dengan orang suruhan Daddy dia? Kau nak makan kasut lagi sekali?” Jijie mengingatkan peristiwa Sean dikerjakan oleh orang suruhan ayah Zarith Sofea. Marah konon – konon anaknya diperalatkan tapi Sean sendiri tak tahu menahu apa dosa dia dengan Zarith Sofea. Seingatnya Zarith Sofea yang patut memberi penjelasan kenapa di belakang Sean dia boleh bermesra dengan lelaki lain. Sean siap ada bukti lagi tapi Sean pun satu, sengal terus kalau masuk bab Zarith Sofea ni. Sekarang ni masuk bab Indah pun dia sengal jugak. Susah kalau spesis lelaki yang terlalu menghormati hak perempuan ni. Alih – alih kepala sendiri kena pijak tak sedar. Jijie membebel sendiri.
“Ishh...kau ni. Ke situ pula. Itu sebab aku tak nak melawan cuba sekarang cari aku kalau berani.” Sean memandang Jijie serius.
“Dia dengan laki dia ke?” Teruja pula nak mengetahui perkembangan terkini perempuan yang berjaya mengacar – ngacirkan hidup Sean Norman.
Kalau bukan kerana tindakan tak masuk akal Zarith Sofea, minta maaflah, Indah memang tak akan ada peluang. Teringat peristiwa Sean melamar Indah di tangga SS sebab rumah keluarga Indah telah disita.
“Hmmm....kalau kau tak ada tempat nak pergi, jom balik rumah aku tapi kena jadi isteri akulah.”
Dan Jijie ternganga sampai dinosaur pun boleh masuk mulut sebab macam burung belatuk Indah mengangguk. Selepas kepulangan mereka dari Australia, Sean mempelawa Indah bekerja di SS sementara Indah mendapat pekerjaan yang sesuai dan sepanjang masa Indah di sana, semua orang perasan akan tingkah laku Indah yang sentiasa menagih perhatian Sean tapi tu lah orang cakap, simpati membawa mati. Kan dah menempah maut kalau kahwin sebab simpati semata - mata. Kalau Sara atau orang lain tahu mereka berdua sebenarnya tak pernah bercinta, harus Sean kena bahan seumur hidup. Buat malu keturunan. Sean siap bagi amaran kalau perkara ni bocor memang perut Jijie boleh terburai.
“Hey, kau sedar tak apa yang kau cakap kat budak tu tadi? Life time commitment tau.”
“Aku sedar. And tell me apa yang aku tak mampu sebagai suami? Nafkah zahir? Nafkah batin? Semua aku boleh bagi so? I am sober enough to decide of marrying her.”
“You don’t love her. That’s the point.” Jijie cuba menyedarkan Sean. Nak cakap tengah mabuk bukannya kaki minum pun mamat ni. Aiseh...syaitan apakah yang sedang merasuk dalam tubuh sahabatnya ini? Jijie hanya mampu menggelengkan kepala apabila jawapan Sean seterusnya tak mampu disanggah lagi.
“Love? I love Zarith Sofea so much but at the end what do I get?”
“Jijie! Jijie!” Sean menjerit melihat Jijie yang berkhayal entah ke mana. Tak guna punya kawan. Punyalah beria dia cerita trip pergi PD dengan Que alih – alih sepatah haram pun Jijie tak dengar. Nampak mata macam tengah pandang dia.
“Eh, sorry bro. Aku pergi Cambodia jap.” Jijie baru tersedar apabila Sean menyepak betisnya kuat. Sakit tak usah cerita. Jijie megadu kesakitan.
“Kau memang nak kenakan.” Sean memandang ke arah monitor CCTV.
“Tadi kau cakap Zarith dengan siapa?”
“Kau ni aku baling ashtray ni sedap ni.” Sean mengacah bekas abu rokok di tengah mereka kemudian menyambung.
“Dengan kawan dia. Perempuan jugak jadi tak tahulah dia dah kahwin atau dah siap dapat kembar tiga.”
“La...dah lupa skrip yang aku ajar dulu?” Jijie saja membuat provokasi, nak melihat sejauh mana Sean berjaya melupakan Zarith Sofea.
“Aku ingat nak pergi cekik dia kat meja tu tapi sampai kat depan dia, tengok muka satu – satunya perempuan yang pernah aku cintai, I was like ‘Hai remember me?’. Can you believe that?” Sean termalu sendiri mengingatkan kisah di restoran mamak NZ tempoh hari dan berdiri di tengah – tengah pejabat. Sakit pula kaki ni.
“Hey kau ni kan. Okay, unbelievable sebab kau telah memalukan spesis jantan kat muka bumi ni. Berapa lama aku dah ajar skrip kalau kau jumpa perempuan tu, kau maki je cukup – cukup lepas tu blah.” Jijie mengingatkan kembali skrip yang pernah diajar kepada Sean dulu.
“Aduh, sakit la pulak kaki aku ni.” Sean mengadu dan duduk di kerusi kembali. Kedua – dua kaki dilunjurkan lurus kemudian Sean membongkok menyinsing slack hitam yang dipadankan dengan kemeja putih lengan pendek.
“Malam tadi jatuh motor.” Sean menunjukkan luka di kaki. Teruk juga tapi tak lah sampai nak kena berjahit sebab dia terus lompat dan Hayabusa selamat mencium pokok – pokok di tepi jalan gelap. Selamat jalan romeo Hayabusa.
“La, habis motor kau mana?”
“Tu lah nak mintak tolong kau ni. Cari lori angkut motor aku lepas tu hantar pergi repair.”
Jijie ternganga untuk kesekian kalinya. Kat rumah Que Zafril? Budak yang asal sejarahnya menggelarkan Sara awek sardin? Sejak bila dorang bonding – bonding siap boleh merempit sama – sama ni? Alahai kawan aku sorang ni pelik sungguh. Jijie pantas mendail nombor Ah How.
“Nanti kau kirim salam kat Que. Dia ada kat rumah. Cakap terima kasih semalam.” Sean melangkah keluar SS dan tersenyum. Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa di dalam plastik dikerling sekilas. Semalam? Hahaha....
“La, abang pun pasang titanium jugak ke?” Que menunjukkan minat.
Kalau kemalangan, pihak hospital kadang – kadang kejam juga. Kalau mereka membuat pemeriksaan pesakit tidak dibiayai oleh insuran atau tidak mampu membayar kos pembedahan, haruslah kena masuk besi sahaja. Setiap beberapa tahun pesakit dikehendaki membuat pemeriksaan untuk memastikan besi yang dipasang dalam keadaan baik. Maknanya dia dan Sean agak beruntung kerana dipasang titanium yang mempunyai jaminan seumur hidup. Syarikat yang membekalkan hospital titanium ini memberi jaminan keselamatan dan ketahanan seumur hidup, sesuai dengan harga yang berganda – ganda mahalnya.
“Apesal, kau pun?”
“Ya la bang. Balik cuti dari UK dulu sempat saya buat akrobatik tengah jalan. Nasib baik panjang umur. Ni kalau tak ada titanium kat celah bahu kiri saya ni, agaknya sampai sekarang tak cukup 5 tiang saya. Insaf bang kalau nyawa dah hujung tanduk tu.”
Sean terdiam lama. Insaf? 5 tiang? Sean taklah jahil sangat untuk mentafsir ayat – ayat selamba jejaka di hadapannya ini.
“Kawan saya semua panggil saya Iron Man. Lawaklah kalau nak ingat kisah bertapa kat hospital tu.”
Adik saya Sara yang awak suka tu pun panggil saya Iron Man. Sean tersenyum apabila projek Mari Mengorek rahsia berlangsung dengan jayanya di tepi pantai Port Dickson malam tadi tanpa Que sedari.
***
Sara sedang menghalakan remote untuk membuka kunci Viva kiutnya apabila mendapat panggilan daripada Shah Ezlan. Beg kerja berisi baju sukan yang kotor hasil kerja keras seharian menjadi kuli batak Mr Boon Praraks.
“Saya nak jumpa awak malam ni. Penting.” Suara Shah keras sahaja di hujung sana.
“Tak bolehlah. Saya nak pergi melawat Sean. Semalam dia jatuh motor.” Sara menolak sopan.
“Sara, lain kali pun awak boleh jumpa Sean. Saya dah nak pergi Mekah berapa hari je lagi.” Shah memujuk. Penting untuk dia membuat Sara faham sebelum Papa membuat sebarang tindakan drastik yang bakal memusnahkan impiannya untuk bersama Sara.
“Tak boleh Shah. Pagi esok awak jemput saya then hantar saya pergi kerja, okay tak?” Sara memberi cadangan.
“Sara, please. Penting sangat ke jumpa Sean? Lagi penting daripada jumpa saya ke?” Shah Ezlan meninggikan suara. Sara jugak yang cakap tengah hari tadi Sean cedera ringan sahaja jadi apa yang pentingnya.
“Never say that. Awak tahu kan pantang saya kalau awak nak banding – banding macam tu. Saya dah cakap jumpa pagi esok.”
Klik.
Sara meletakkan telefon malas nak layan dan mula memanaskan enjin Viva. Sheena dan Ainul masing – masing sudah keluar dari tempat parking. Sara mengeluh. Sikap yang suka memaksa ni yang buat Sara angin sikit dengan Shah. Memang ciri ketua keluarga yang bagus tapi tak lah sampai tak reti menghormati orang lain. Tak faham – faham lagi ke Sean seorang sahaja yang Sara ada. Lagi pun Shah patut faham masalah antara Sara dan Sean yang disebabkan oleh Indah dan patut memberi sokongan kepada Sara untuk memulihkan keadaan. Lagu Skycrapers berbunyi sekian kalinya.
“Awak patut faham yang abang saya amat penting bagi saya. Tolonglah.” Lirih suara Sara merayu agar Shah memahami situasinya.
“Errr...Cik Sara. Saya boleh faham rasanya tapi awak macam salah orang je. It’s me, Que.”
“Oh, crap!” Sara malas nak tengok skrin kalau dah siap handsfree di telinga.
“Okay macam tak kena masa ni. So I will make this quick. Hello and how are you and I miss you. Bye Sara.”
“Que.”
Sara tergamam. Dia letak je telefon macam tu. Memang spesis mangkuk. Eeiii.. malunya. Sara menarik nafas panjang.
p/s: This n3 yg terakhir mgu ni. (exclude kalau ada penyakit meroyan)
Busy beeeeee.
Bersiaran lagi Monday & lepak kat mana ya korang esok?
Hahaha....
hahahahaha
ReplyDeleteque que kelakar je.....
ok i dont mind kalau zarith ngan sean bersama semula, yay!!
assalamualaikum KL..
ReplyDeleteNina suka..:)
~Nina~
Tak sangka yer, ingatkan kawen dengan indah kat NZ...
ReplyDeleteRupanya indah diangkat jadi permaisuri hati dekat SS jer pun...
kena salahkan tukang sita rumah dan ZS lar nih, sampai sean mengambil indah jadi is3...
Nampaknya Que dah tau sara awek sardin kat SS...
Bila masa lak sara nak tau Que tuh la mat rempit yang dia hadiahkan kek 5 tahun lepas...
Untuk luahkan perasaan I LOVE YOU masa tu...
Apasal la SE nih bangang sangat, suka memaksa...
Skang nih x yah bapak dia buat hal, dia pun dah cukup rasanya...
Mentang2 dia ingat x da sapa nakkan sara sardin tu...
~w.t~
yesss.... d best! why? ♥
ReplyDeletebcos Sara starts to show her despise n abhor towards SE yahoooo ...!
well now Sara u can see tat one of SE's bad attitude is he likes to force u n expect u to abide his words! .... SE is a jerk!
Oh Que ..... tat was cute ...
tho' short call but at least u say something tat could tame Sara's heart .... esp at that situation!
droll n dull Indah - she can't look after her husband Sean? huhhh
even if u r preggy - no excuse lass!
this will shrink ur merit as a wifey! plus now ZS resurface will make a comeback!!!!
~ جزمين @ ملور ~
hahaha.que, that is sooooo sweet :)
ReplyDeletebagus la sean nampak macam nak berubah ke arah kebaikan :D
Salah paham skit kat ayat sean korek rahsia tuh...
ReplyDeleteLepas baca kali kedua baru paham kisahnya yang sebenar...
ZS boleh berambus dari hidup sean jauh2...
Cekik jer bagi mati lain kali kalau jumpa...
Anak samseng rupanya ZS tuh...
Sampai hantar orang belasah sean yang x tau apa2...
Terbaik la Que bagi takzirah kat sean...
Terus gi cari buku untuk rujukan...
Nanti kena bagi kuliah subuh jugak kat sara supaya sedar dari lena yang panjang...
~w.t~
First sekali.. KL, please laaa..jgn la last n3 minggu nii.. ade g 2 hari ni mgu nii uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... pity me please!!
ReplyDeletesean xcden? hehehe.. smlm KL da bg hint kan.. (zawani..cpt p melawat, indah da surrender) projek Mari Mengorek Rahsia berjalan lancar..? so, u like Que? i loike it too.. ngee~~
but, bout that propose2 erkss.. i dun like.. heh! seem like u've started ur anjakan paradigma..? good 4 u then..:)
que~ i alwayz like ur style.. hehehe..
''I will make this quick. Hello and how are you and I miss you. Bye Sara.” ~~ how suwitt!!
awak wt sesi luahan perasaan yer.. hehe.. u met the right person bro! i'm proud of u.. :))
SE ni laaa.. kan xpyh susah2 ayah ngko interprem.. ko nye perangai sndiri akan hancurkan ati barbie doll tu.. hurm..
sara..pls n pls.. open ur eyes bebeh!
last, for the first tyme eva.. i lov u jijie! kau lah harapan nusa n bangsa utk betulkan otak sean..!!
p/s : i lev u KL.. *wink wink* ngee~~
entry terakhir??? *ok..hati dah mula meroyan...*
ReplyDeletexpa la sara..xnak que..
mai kira amek que...
;D
eeeeeeeeee...suka paksa org.. shah2.. t hlg sara bru taw..
miss kira
sara..xde mkne nye hari senin ni awesome...ur totally wrong...
ReplyDeleteabe sean = hugh jackman = titanium = wolverine...osemmmm :)
nmpk nye,tips jijie kt sean tuh xdiaplikasi kn dgn jaya nye..mission failed..
lastly...ape ek dlm poket abe sean tuh...aummmm...
pon pon pon.... tepi sikit, nak bgi komen ni...
ReplyDelete1. sye benci org yg sita rmh indah tu, sebab dia la abg sean sye kawen
2. saya benci zs coz abg sean still cintakn die
3. sye benci ayah zs coz dia pernah uph org pukul abg sean sye
4. sye benci Mr Boon Praraks coz dier kedekut giler
5. sye benci SE coz dia ingat diri dier lebih penting dri abg sean sye.. ko ingt ko HOT sngt
6. sye benci jijie coz dia pngecut nk pecah rahsia kjhatan indah dkt abg sean
7. sye benci pkerja2 dkt ss coz dorg takut sngt
dkt indah
8. sye benci sedalam2 hati sye dkt indah pd hri ini coz
- dier merungut jga abg sean yg encem tu.
how dare u! ko mrungut lgi, ako
tarik kpala baby ko kuar awal
- busuk dengki dan sifat terkeji dier
xpernah surut.
-dia ngandung ank abg sean
- setiap malam dia tdo ngan abg sean, sya
sngt benci akn pekara ini
- dier suka blakon ala sinetron dpn abg
sean, sngtlh plastik
9. ayat yg pling sye benci hari ni...Nafkah zahir? Nafkah batin? Semua aku boleh bagi so? I am sober enough to decide of marrying her.” benci tahap gaban.
10. sye snggup jaga abg sean wlpun dier
tempang. machonye abg sean dgn senyuman dia yg menawan tu...
nak tuju lagu bigbang tajuk bad boy dkt abg sean dgn ucapan - I'D BE A GOOD GIRL JUST TO HAVE u MY BAD BOY....
ok babai nak p mlawat abg sean.....
mizz acu
ReplyDeletemtg berderet, x feel bg kalau sy x leh interprem nti bg pun all komen waiting moderation, korg x leh baca kwn2 korg punya komen selagi sy x publish. Kinda selfish tp sy nk jgak privelege jd org pertama baca.
Que sweet & slumberr kan? haiya Sara Sara..dah2la setia tu.
nti kna tgu xcident klakar & PD story plak.
hahahha x pepasal lev Jijie...mmg kena ketatkan skru otak Sean tu x pun msk titanium skali. Sengal.
miss kira
okaylah tu sy x ckp akn dihentikan utk versi cetak, kalau x mkn thn lah awk tgu....hahhaha
kira nk que? aigooo...nti sape nk bimbing Sara?
syira
next Monday osem ada n3!
Ngee~~~
Jijie patut rekod hr2 play kat Sean br igt ni dok teringat mende lain. Fail!
hahahha...apa?
pandai jer awk ni.
Akhirnya...alahai que u memang macho lah i luv u lah que, rin I Sebenarnya tak kisah zs dgn Sean balik Asalkan lepas je indah beranak dia kena tinggal dgn Sean baru padan muka dia nanti jadi gila meroyan hua...hua....SE tu dah jadi meroyan jugak mcm bapak dia nak paksa2 apa kes...lps ni siap ah kau kena tinggal dgn Sara..,
ReplyDeleteSara pls lah tinggalkan SE tu menci I tau dgn perangai u ni tau...rin lambat lagi lah hari isnin tlglah bagi 1 n3 lg dear..wink..wink
Hahaha. Que, lain kali cuba sebut camtu senafas je boleh tak? Practice makes perfect! :p
ReplyDeleteIron man? Elokla tu, dapatla Sara bodyguard free - pakej 2 orang iron man dalam hidup. Hahaha
Bagus ah Que, sekali sound indirect je terus abe Sean masuk kino cari buku Ustaz Azhar ek? Hehe. Lps ni waiting for sessi mengorek rahsia plak.
best le Que ... short & precise tpi boleh mengegarkan jantung Sara!
ReplyDeletex perlu pakse2 mcm SE yg lembik tuh!
proceed with ur mission - it's not impossible
-guest melepak
sentap le SE .. nk pakse2 ....
ReplyDeletebagus Sara - this time jgn nk kalah asyik cakap ya.. ya.. bile sama SE!
dan awak Que ... back up dh makin up tuh - Sean nmpak suke je!
Indah neh x reti jaga suami - nympah!
-lovely lady
Que lebih matured compared to SE!
ReplyDeleteSE x pandai ambik hati Sean - he is only interested kat Sara!
Indah...you are down-grading urself! If Sean is only ur boyfriend mmang dh lama kena tinggalkn - but u are lucky dh kawen & preggy!
-Lysa M R
1st of all sorry reply x ikut susunan. Kalau dh tetinggal ketapi mmg mcm ni, mata juling nk scroll up & down :))
ReplyDeletebut AM HAPPY :)
Eeyta
pastu anak tu agak2 sape nk jaga?
tetiba dlm cter ni heroine Sara & pelakon wanita tambahan Indah dibenci & dihina. Sorg jahat, sorg sengal yg amat. Hishh Saidin punya keturunan ni mmg fail la but2 kapel ni.
Hajar
senafas ala - ala Yusry-Lisa ke? aishh advance. Perlu ke QueSara kawen dlm ni? Best ke cter kawen mesra mcm Arluna?
UAI tu kekala ayt yg x paham pon blh tibai gelak jgak so baca bukulah lg afdal. Baru paham.
I pon ada iron man tp x de titanium, besi buruk jer...hahhaa my boy's robot, aci?
guest melepak
huishhh..chaiyok! Bagus tu semangat yg Que carik, pantas, ringkas & berkesan.
SE lembik? x pepasal...hahaha
lovely lady
kaki sentap, dh Sara duk manje sgt dr dulu. Amik ubat.
Que tgklah cemana nk mengorak langkah, jgn writer gatal nk bg halangan berlebih cukup.
Sbb Indah ni mmg x seindah ghuper.
Lysa MR
Indeed! Tersangat!
SE konfiden x igt dh dpt Sara.
Hahaha..ader ke patut ckp cam tu kat Sara, mcm laki nazak x nk jaga..haishh..
nk tau apa yg jd masa sesi 'mari mengorek rahsia' antara Sean ngn Que..Que da tau ke Sara adik Sean??
ReplyDeletesedih.... hrini komen sye di anak tirikn
ReplyDeleteTak nak komen dah pasal indah kali nih...
ReplyDeleteTakut ada kipas susah mati indah marah2 nanti...
Biarlah sean dulu berubah, sebelum dia mengorak langkah mendidik indah...
Just x puas hati kat sara jer...
Bengap sangat ke dia nih, atau hati dah buta kerana cinta...
Ada ker perangai mcm SE tuh dikatakan calon terbaik untuk jadi ketua keluarga...
Statement yang membunuh diri namanya tuh...
Calon mcm tuh la calon pelingkup rumah tangga...
Hanya pentingkan diri sendiri tanpa hiraukan orang lain...
Hanya tahu mengarah dan nak orang ikut arahan dia jer...
Terima kasih SE, sebab dah mula tunjuk perangai yang sebenar...
~w.t~
hani nazri
ReplyDeletehai hello...
nk tegur ni..nama macam retis la. Ahakss.
sesi tu akan di reveal in the next2 n3.
Wah suspen gitew padahal takder mende pun. boys chit chat jer :p
zawani
ni sbb idea korg yg x nk copy paste wall, juling bijik mata sy nk scroll pastu reply, kalau sy buat keje report & dlm opis konpem, sy blh trus reply..nie syg oiii...nun kat ats langit cemana nk usung gadget bagai.
w.t
hahaha...awk ler yg kipas susah mati Indah, yg lain tu anti kipas susah mati kerr dh terbalik?
adeh pening.
Hahahha...itu bukanke nama dia setia? ke dlm kamus ada perkataan lain yg sesuai mendefinisikan Sara selain sengal dan setia?
hahhahaha...
Sama - sama SE ckp...nk g pinang Sara neh, tepi ..tepi...
zawani .... bkn di anak tirikn ...
ReplyDeleteBut on a special limited edition comment tuh! :)
reply also limited edition! :)✩✩✩✩✩ 5 stars to u zawani
~ جزمين @ ملور ~
kin
ReplyDeletehah cool. x kesah lah dgn saper pun, janji bkn dgn Indah kan?
Yes!!
Nina
waalaikumussaalam. Gigih jwb dgn ejaan penuh. Sebab terharu. KJL sukee :))
w.t
ala level2 Indah tu, kemon, propose kat tangga cukup. Derrr *smbil jungkit kening...hahahha
sapela pagawai bandaraya tu gi sita. ntah2 Indah punya rancangan x sita tipu2 ni..haishhh...keji btul.
SE tu risau smpai salah langkah. Tu yg mudah buka peluang utk Que tu. Moral, man kena cool mcm Que, slow & steady wins the race...
okay meraban bai!
Jazmeen
i nk blaja buat love tu..plssss
yes...finally baru ader hint sara starts showing her loathe. Buta dh hati tu sbb cinta.
Kemon Sara bak kata Ainul, life has so much more to offer. & totally agreed SE the type of man yg sume pompuan zmn sknag would say gud bye. Err ada tokoh ketua keluarga tp kalau duk dlm hutan atau kawen dgn org yg satu keturunan dh pupus. Suit him well then.
Que's word tu I pon melt okay. Mcm so inviting,jual2 mahal & yet buat girl terkejar - kejar lol! Overdose cter romance ape la writer ni smlam. Astagfirullahalazim.
hahhaha thanks my 2nd heroine (GET) arluna (1st)
syakira
u suke x or knal tak mentor yg bg utk Que tu?
UAI tu vry the famous now. kna besarkan cuping telinga je nk paham ceramah dia...
i loikke bnyk2 jgak oke :)
w.t
sara punya kna terbaiklah Que yg kuliahkan. Mesti ala - ala sadis que kenakan. kata sara suke org yg berkepimpinan & leader2 ni. uwekkk head prefect konon. Tu yg sara nk SE tu..kang nti Que jadi head steward..amacam?
ada bran Sara? tp dia x suka la plak steward..potong2...okay stop nti x hbs :)
pon...pon...pon...
nak reply ni? sensitif lg ke lmbt reply?
aigooo x mo la merajuk dgn sy.
karang sy merajuk, Indah jadi heroine nti..hahhaha...no-no-no
1. time kasih tujukan lagu kau ilhamku utk sy..owhh sweet mcm Que :)
2. sy pon ader least org yg sy benci
a. sy benci org yg x pnah tegur sy
b. sy benci org yg x pnah menempel kat SB
c. sy benci org yg syok2 layan hasil kerja sy tp x syg saya (okay ni over)
d. sy benci kalau sy x leh immediate reply. how much i appreciate my readers :))
e. sy benci nk kerah watk jahat mcm Indah ni..eeiiii serabut!!!
f. sy benci sedalam - dalamnya diri sy sendiri yg tetap sygkan semua readers kat sini even silent readers. I know u guys r here btw (oke soo dramatic)
no 8 tu mcm sy suke sedlm2 nya watak Indah
1. berjaya memiliki Sean even cara terkutuk dgn hasutan syitan yg direjam
2. membuktikan usaha itu tangga kejayaan (bg wanita di luar sana yg nk merampas hak org, Indah adalah mentor terbaek, kalah pelakon sinetron)
3. berjaya menghasilkan benih keturunan Saidin..an honour tu..bakal keluar lg keturunan sengal bab2 bercinta ni.
4. membuktikan wanita boleh hidup gembira lpas jatuhkan org..hehhe cubalah korg kalau nk tempah tket ekspres gi neraka.
no 9 ayt yg awk menci tahap gaban tu sy suka gilerr sbb nmpk abe sean teramatlah macho, x lah nmpk dia kawen bodo2 kan..npk gentle habss even bengap nak mamps kawen dgn pompuan gediks itew.
10 tu awk sukelah tempang pun ada titanium dlm bdn..sng keje x yah susah2 nk jaga. Indah jer yg x reti nk menghargai. Take 4 granted jer.
ok babai nk gi mengarang utk n3 mgu depan...hahahha..
x tido lg Pn Jazmeen?
ReplyDeletePuteri2 pun wide awake ke?
ntah zawani sentap lak kali ni.
ZS punya penangan dia risau abe Sean berpatah hati kat ZS.
hey - hey my readers punya komen all special for me...limited edition sume for me, u guys ya lah pilih2 baca. I baca, enjoy & cherish all sbb tat;s my burning inspiration..oke ke laut sudah. Nite bye :))
caya lah sean ni! sesi mari mengorek.. hahaha
ReplyDeleteapalah SE ni. tentulah dahulukan abg dulu. tak suka lah SE memaksa macam tu.
paling funny part que call sara tu! kelakar gilerr. takde break. hahahaha
heee..terima kasih ye puji nama saya..boleh buat nama utk next heroin pulak..hehe=) xsabar nk tggu next entry..love all your stories!! :))
ReplyDeleteSara,, cepatlah bukak pintu hati awk tu and bagilah Que masuk dalam tue..dok diam2..jgn keluarkan Que dr hati tu..=)
and Sean,, tlglah bukak mata dan hati tu supaya dpt melihat dgn terang & nyata perangai xsemenggah bini awk tu..xsanggup teman nk menyebut nama bini awk tu..
hai KL...1st time nk comment hehe... yes yes SE teruskan push sara tu nanti cepat sket saham SE di mata sara ni JATUH merudummm... love que punye words "hello and how are you and i miss you" ringkas tepat dan padat hahaha...
ReplyDeleteKL ... i oweys read all comments 4 every n3 never miss them - vr amusing n entertaining -every1 hav their own ways expressing their thoughts!
ReplyDeletehehee ...i do hav my mission impossible hero together with those charming charlie angels! They are my bestest of d best!
btw ... those luv symbols ... i only can do it if i'm using my Macbook - safari browser - ade kat edit pas tuh insert special character! but i can't find it with Explorer, chrome or firefox!
♥♥♥جزمين @ ملور♥♥♥
ahahhaa..xtau nk gelak ke nk join sentap dgn zawani hahhaa..
ReplyDeleteneway kak rin,xrugi kn de readers yg mind sharing their opinions kt blog ni..sume sbb penangan watak2 yg kak rin create.thumbs up :)
entry next monday???whyyyyyyyyyyyyyy??opsss over lak...back 2 work...
Dear KL,
ReplyDelete-Nape pulak laast n3....hari ni baru Khamis...
kak fadz tak kira, KL busy beee ka, busy body ka..new n3 wajib adaaa....yeaa, kalau tak kak fadz terpaksa berpantang 44 hari ni..hu..hu..hu..
- YESSS...Que dah kata "i miss you" kat Sara...for sure Sara terharu kannn...
- Sean...you have the right the choooseee better person in your life...
- Zs...jangan buat perkara yang bukan2...kita kan dah dewasa..no more childish
- SE...tak payah dok paksa Sara..ok...pompuan mana suka main paksa2 nii...betul tak KL ???
- I'm right here waiting your next222 entry...
-kak fadz-
okay nk tmpang komen jugalah sebelum menyelam ni. haha.
ReplyDeletei know most of the readers comfortable to stay here because of writer yang rajin melayan komen2 yg kekdg agak sengal kat sini. (you know who you are!! lol)and i'm so glad to know each one of you here. =)
memang betul la kata syira, rugi kalau tak join sebab susah ooo nak jumpa writer yang mesra alam camni. hehe.
eh btw, nak smb komen semalam. bab kawen mesra mcm arluna? hoho. tak perlu pun takpe kot? ai budak bwh umo. haha.
ok bai. nak menyelam balik ni.
Hai KL..
ReplyDelete-kenapa Sean tu kuang pandai sangat pi lamar Indah yang x seindah tu...
- Kenapa Shah x mahu faham masalah Sara dan Sean yang baru nak berbaik..... sepatutunya Shah pi lah tengok Sean sama dengan Shah...
- Que kata-kata yang ringkas dan padat .... hehehe....
hahahaha..tu la.. mcm get.. *tgh bersabar menunggu*.. hehehe.. t dah kuaq gtaw kira.. terus kira pecut keta pegi beli.. hahahaha
ReplyDeleteala..sara kan nak se.. dia dgn se ja la..t kesian dkt que nages srg2.. hahahahaha
ni yg beshh sgt - Que best move - x pyah cakap panjang ... satu das tepat k jantung Sara!
ReplyDeletebiar jatuh bgolek & don waste ur time Que cepat pick it up sblum SE!
-ImaAn ar-RahmaAn
Jazmeen & Syira
ReplyDeletemls nk reply sbb syg korg terlebih & u guys know *wink2
kak fadz
-jgnlah pantang..sy syg akak. Being a part time writer mmg mcm ni kak tu yg kna declare awl2 kat column biodata tu kot tgah2 syok bc kna break but i really hope ur support.
-ngaderlah Que ni nk miss you miss you, baru je jumpa pun
-Sean patut dpt sape kak?
-ZS kna penampar Sean agaknya baru sedar
-SE sdg merudumkan prestasinya..jgn risau
-akak plssss...no tgu2..
Hajar
okay glad awk x lemas sbb mampu meriahkan SB smpai ke ptg :p
hahhaha..definitely sbb they r young but i'm thikg of marrying them but mayb nt as per Arluna approach...err..keep thinking ni*
sue
Hai!
-Sean pandai lah tu, namanya pandai tempah lubang kubur sdiri...kan dh merana :)
-btul2...patutnya gi je lah tgk sama2..kan aci, Sean pun dh kenal apa Shah tu
- & I'm waiting :))
Miss Kira
hahhhaa...sy pun segan nk tanya bila..
just tgu dgn sabar. Nk htr Arluna pun mls lagi, nk tgu feedback GET dulu.
ImAn
Que best move? ishh baru ckp dlm tepon tu.
hah Iman bab Don u knw my plot aaa...notti read my mind!
Dear KL,
ReplyDeleteFYI,,kak fadz ni dah la suka membaca..
membaca kan jambatan ilmu...
- hati tak senang ooooo...bikin susah ooooo...
- wa peninggg oooo..tarak baca itu KL punya story...
-kak fadz-
salam..kesian Que kan..mencintai GF org..mana tahu..sara akan tergolek hati kat dia..
ReplyDelete“Okay macam tak kena masa ni. So I will make this quick. Hello and how are you and I miss you. Bye Sara.” Que pny cue, terbaik. Orang gila jer can stay ice cold bila kena macam tu :D
ReplyDeletehahaha... tetiba terlayan pulak bab nih.. kan dah pening nak tunggu lagi 20 bab yang di hide kan oleh akak tuh.. adoyaiiii.. sya ni menempah masalah dunia kan kak? aiiyaaa.. kan dah berjiwa raga skrang.. mujur dah bc last episod.. hmm
ReplyDeleteala... lepas ni susah lah nk baca.. broadband dah kena bawak lari ke pahang. hahahaha..
ReplyDeletebest... padan muka SE. menyampah gila dengan dia sbb dia bukan hero cerita nih. hahaha
alamak ada lagi yg dtg layan JET..hahhaha cter zaman meroyan lpas GET ni...
ReplyDeletehai kak fadz,
hai idA,
hai Anna,
hai sara,
hai ummi...
thanx & lev u guys for reading my comot & comel story :))
hi.. i'm new here.. hehe..
ReplyDeletebest!!! que is soooo sweet.....:)
bila nk update?rindu dh nk tau sambungan
ReplyDeleteayork?????dah habis ke....alaaaaa nak que + sara lagi...cam x cukup je
ReplyDeletewaaaa....
ReplyDeletesy silent reader yg x mampu nak silent dah. hoho..
besssstttt.. akan publish tak JET ni? :D
Nk lg......
ReplyDeletewaaaaa....'cpat' gilerr kot sy reply ni...
ReplyDeletefirst of all sorry.
JET ni another piece yg sy syg & tgah nk submit manuscript jgak so tatau bila keluar, atau tak keluar, terpulang kepada ketentuanNya.
Terpaksa redha dgn cter yg tergantung kat sini but dont worry, the story is not tat much dramasss tat u cn expect.
Hopefully ada rezeki in printed version just like Usd. Can't wait... Cerita dah makin panas, sayang tak boleh nak follow wats happening next...
ReplyDeletenak JET lg.lg n lg...hihi
ReplyDeleteaduhai sweet mueeit nya c Que..
Aduhai... ssh jgak bila dah jth chini ngan citer dlm blog nie. X sbr nk tngu jd buku n letak kat mak buku akak yg da muat 600 buat novel. Serious akak rasa kl mmg ada bkat coz bru 1 novel klr dah mcm penah tulis byk novel!!! Teruskn usaha coz citer yg Klein tulis bkn taraf picisan. Ada byk pengajaran. Luv u!!!
ReplyDeleteHi i'm a new lepakers (erk ada ke perkataan itu? Sukahatiku je hehe) @karya lepak. Sy ada beli USD baru bbrp hari yg lepas dan dah ulang baca utk kesekian kalinya sbb suka sgt. Saya bagi 10*/10*. Sy dah baca GET dan JET @karyalepak. Sukalah hehe..mmg kompom borong semua kalau dah publish. Teruskan usaha.
ReplyDeletePS: Tak sabar nak tunggu n3 JET & GET pls pls pls
Tak sabar nak dapatkan printed version untuk JET..bila ye.. sangat-sangat puas hati dengan USD, setuju dengan Nurshirley Kamilia bagi 10*/10*
ReplyDeletecepat.cepat~~ tk sabar nk tnggu entry baru JET <3
ReplyDeletecpt ar sambung..xsaba ni....
ReplyDeletebila nak sambung lagi... tak sabar nak tau next entry.... hope que ngan sara.. hehe.. cam betul jek.. harap indah mati waktu lahirkan anak die then sean boleh kahwin ngan zarith.. cam kejam giler je ayat.. hehe... keep up the good work... nice entry by the way...
ReplyDeleteby : me
hehe....all love & pelepaks (sy wujudkan istilah ni, x per...hahaha)
ReplyDeleteJET ni hajat hati nk smbg and hantar utk penilaian jadi sy pending kat blog. Sy bg laluan utk GET dulu...hehhe...
Kalau x de rezeki x lpas penilaian, sy update semua kat sini. Jgn risau :)
Tapi doa lah yg best2 k.
salam.
ReplyDeletenak JET versi cetak. please, please, please. (ok, sampai 3 kali tu)
nak sangat2 tahu sambungan dia.
adakan versi cetak please. (ok, please lagi. hahah)
huarghhh....bila nak keluar printed version ni?? Tolooooonglah!!
ReplyDeleteAnyway, nak puji sikit ni - Jejaka Edisi Terhad ini adalah sangat awesome sekali, 2 thumbs up!!
kl mmg ter..baek..klau JET dh dibukukan sila inform kay..
ReplyDeletexde n3 baru ke???? nak tau kesudahan cite...
ReplyDeleteseriously rinduuuuuuuuu Que ngan saraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
ReplyDeleteBila JET nak published?...dah lama tunggu asyik ulang baca 20 entries ni jeee..really love it ♥♥♥♥♥♥...
ReplyDeletebila nak releaseeeeeee ni? stresssss nk tau cerita dia!!!
ReplyDeleteT..T