Sunday, 26 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 18


            Sara masih berselimut. Malas nak bangun. Bangun pun bukan ada aktiviti nak buat. Menyesal batalkan kelas tuisyen hari ni. Sangkanya hari ini dia akan melepak dengan Sean setelah lama tak bersua tapi kejadian semalam buat menyakitkan hati sahaja. Susah – susah hidup kat luar pun Sara lagi sanggup lah duduk rumah hasil titik peluh sendiri daripada duduk sebumbung dengan Indah yang jelik. Elok – elok nak baik dengan Sean boleh jadi perang dunia pula kalau wujudnya spesis perempuan macam Indah. Suka memporak – perandakan keadaan.
            Kadang – kadang terdetik di hati Sara, apa sebenarnya salah Sara sehingga Indah tergamak menabur derita begini dalam hidupnya. Tak kan sebab duit tu semata – mata? Seratus ribu bukannya banyak sangat bagi Sean dan SS. Kalau setakat Indah nak berjoli sekali pun, rasanya kalau betul caranya, dua ratus ribu pun Sean boleh bagi masalahnya kenapa begini jadinya. Dah puas Sara fikir tapi menemui jalan buntu. Kalau Indah semata – mata mahu merangkap dirinya, kenapa hanya setelah Sara membongkarkan rahsia kehilangan duit tersebut baru Indah tunjuk belang? Kalau tak elok sahaja Indah melayannya. Menyesal menyokong Sean mengahwini Indah.
            Sara sering tertanya – tanya, sejak bila Sean dan Indah sebenarnya bercinta? Tengok gaya Sean selama ni macam melayan Indah sekadar menghormati Indah sebagai sahabatnya sahaja. Pelik bin ajaib tapi Sara hanya merestui sahaja saat Sean memberitahu berita perkahwinan mereka. Jauh di sudut hati Sara amat berharap Indah menjaga Sean dengan baik walau pun Sara dilayannya macam kucing kurap. Biarlah Sean bahagia. Sean berhak juga untuk hidup normal. Dah berapa lama hidup Sean hanya untuk Sara dan SS. Kehadiran bayi dalam kandungan Indah nanti juga harapnya akan menambah kebahagiaan dalam hidup Sean. Bahagian Sara, bahagia itu rasanya pandailah dia cari sendiri. Kalau betul apa yang Shah cakap maka bahagialah dia tapi kalau Shah bohong dan Indah yang benar, di mana kebahagiaan untuknya? Sara memegang rantai tangan Tiffany, tersarung di tangan kirinya yang dihadiahi Sean semalam. Cantik sangat dengan reka bentuk yang moden, ringkas tetapi amat mewah.
            Semalam majlis harijadinya di penthouse yang amat dirinduinya berlangsung dengan  meriah tapi kaku sahaja. Sean seperti tidak menyenangi kehadiran Shah. Sara belum buta lagi mahu menilai tapi mujurlah Shah pandai membawa diri. Sean lebih banyak bercakap dengan Sara daripada melayan Shah. Terpaksa Sara membuat laporan lengkap di mana dia bekerja sekarang dan tinggal di mana. Nasib baik Sean tidak memberi cadangan drastik menyuruh Sara berhenti kerja sebab rasanya memang dari dulu Sean menyuruhnya bekerja dan menggunakan sijil yang ada. Masalahnya kerjanya sekarang pun sebenarnya Sara dah over-qualified tapi terpaksa punya pasal. Apa yang ada di depan mata rembat sahaja.
            “Awak okay ke?” Sara sempat bertanya apabila ditinggalkan berdua dengan Shah di balkoni.
            “Okay. Kenapa tanya macam tu?” Shah Ezlan pelik.
            “Kan ni kali pertama awak datang sini. Kalau layanan keluarga saya terkurang sana – sini saya minta maaf okay.” Sara serba salah. Nak tanya apa yang Indah cakap siang tadi rasa macam tak patut pula. Dahlah rancangan mereka untuk keluar makan malam berdua dah bertukar jadi rancangan makan malam berempat.
            “Sara, apa yang awak nak risau. Saya dulu bawa awak balik rumah saya rasanya layanan my father lagi teruk.”
            “Itu lain. Saya faham perasaan seorang ayah. Mestilah nak yang terbaik untuk anaknya.”
            “Kalau macam tu, saya pun faham perasaan seorang abang, mesti nak yang terbaik untuk adiknya. Dah jangan nak fikir pelik – pelik. We are not teenagers anymore Sara.” Shah Ezlan menyedapkan hati Sara.
            Bukannya Shah kisah kena batalkan rancangan makan malam mereka. Yang penting ialah janji bersama Sara Nabila. Bukannya mereka di zaman remaja lagi yang nak mementingkan diri sendiri. Keutamaan Shah sekarang ialah untuk membawa Sara menjadi suri hidupnya. Sara yang manis berskirt labuh warna merah yang dipadankan dengan blouse bercorak hitam putih ditenung lama. Jarang nampak Sara kelihatan matang seperti malam ini. Biasanya uniform harian Sara ialah jeans dan t-shirt sahaja. Bosan pun ada tengok gaya Sara yang langsung tak feminin tapi kalau hati dah sayang nak cakap apa lagi. Terima sahaja dan dah jadi isteri nanti boleh ubah, boleh buat make over. Fikir Shah lagi.
            “Shah  jom, layan satu game.” Sean menjerit dari ruang tingkat bawah.
            Hmm...tengok Sean nak belasah saya. Mana saya pandai main snooker sangat.” Shah merungut tapi tetap menghadiahi Sara senyuman dan berdiri.
             Lepas makan malam tadi memang Shah dah cakap nak layan snooker dulu. Lepak – lepak dulu kat tingkat bawah penthouse yang menjadi ruang rehat keluarga. Balkoni tingkat bawah memang dikhaskan untuk tempat riadah. Balkoni di tingkat bawah yang luas diubahsuai menjadi tempat riadah Sean dan Sara dan dilengkapi dengan threadmill, elliptical, exercise bike, meja snooker dan meja pool.
            Go, try your best. Tunjuk terror sikit kat bakal abang ipar.” Usik Sara tapi cepat – cepat menutup mulut apabila menyedari bahawa dia jauh tersasul.
            Wow, nice one. Bakal abang ipar? Here I come.” Shah tergelak melihat reaksi spontan Sara dan berjalan beriringan dengan Sara ke tingkat bawah.
            “Sara, saya lupa nak bagitau awak.” Shah menyambung lagi.
            “Apa dia?” Sara pelik.
            “Hadiah awak. Patutnya saya ambil hari ni tapi tak siap lagi.”
            Apabende tu?”
            “Oh, surprise.” Shah tersenyum.
            “Sara, sini.” Indah tiba – tiba mencuit bahu Sara dari belakang. Baru setapak menuruni anak tangga.
            “Ikut aku jap.” Indah memberi arahan. Shah hanya memberi isyarat mata mengizinkan Sara mengikut langkah Indah yang sudah menonong ke dapur.
            Sara pula malas betul nak layan perompak ni. Bagi Sara, Indah memang perompak cuma yang perlu disiasatnya kini ialah Indah menggunakan duit sebanyak seratus ribu ringgit itu untuk apa sampai Sean langsung tidak perasan. Tiba sahaja di rumah tadi, Sara laju mahu ke biliknya. Dalam hati hanya mahu membuktikan bahawa dia tak pernah bersalah dan menunjukkan bukti yang disimpannya di dalam bilik. Sara dah tak kira Indah tengah berbadan dua atau tiga sekali pun janji dia dapat membuktikan kepada Sean bahawa dia tak bersalah tetapi baru sekerat jalan Sara melangkah ke ruang tamu, Sean memecahkan belon yang bergantungan di ruang tamu dan confetti bertebaran keluar menyambut kepulangan Sara. Sean laju memeluk Sara dan terus mengarahkan Indah menyorong troli yang berisi kek comel dengan figura Barbie doll. Cantik sangat. Terpaksa Sara lupakan niatnya tadi terutamanya apabila Sean langsung tak mengungkit tentang duit tersebut. Adakah Sean terlupa kata – katanya semasa menghalau Sara keluar dulu bahawa Sara tidak dibenarkan melangkah masuk ke rumah ini lagi selagi belum menjelaskan hutang SS?
            “Kau dah tanya Shah belum apa yang aku bagitau kau tadi?”
            “Tanya apa?” Sara berpura - pura buat tak tahu.
            “Pasal bapak dia datang cari Sean lepas tu marah – marah anak dia tergilakan kau. Kau kena sedar Sara, kau tu siapa. Shah tu siapa. Korang mana sepadan. Keluarga kita ni mana layak nak bergandingan dengan keluarga baik – baik macam Shah tu.” Indah merendahkan suaranya. Tangannya ligat menyusun biskut Florentine ke dalam piring.
            Sara menelan air liur melihat biskut Florentine yang nampak sangat lazat. Indah buat? Tak mungkin. Mesti Sean yang buat sebab ini satu – satunya resipi biskut yang Sara berjaya mengajar Sean buat dengan jayanya. Biskut kegemaran Sara dan Sean. Biskut Florentine sekali tengok macam biskut oat yang amat krispi dengan lapisan atas ialah lapisan coklat dan lapisan bawah terdiri daripada adunan almond, cherry dan caramel yang dibakar sehingga crispy dan golden brown. Sara memandang biskut tersebut dengan penuh perasaan terharu. Pasti biskut tersebut dibuat khas untuknya. Okay perasan!
            “Eh, kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni?” Indah bengang apabila Sara hanya mendiamkan diri.
            “Dengarlah. Tak payah tanya. Aku percayakan Shah. Shah tak akan tipu aku.” Sara melangkah menjauhi Indah.
            Takut berjangkit aura syaitan dalam diri Indah. Takut juga kesabaran yang tak mampu ditahan bakal merodok perut Indah yang makin memboyot. Baik Sara bertenang. Sara tak mahu membuat keputusan dalam keadaan hatinya tengah berkecamuk dan keliru. Sepanjang perjalanan dari Puchong ke sini Sara mendiamkan diri tanda protes terhadap Shah. Sara bukan tak percayakan Shah tapi apa salahnya menyiasat kebenaran kata – kata Indah. Paling tak kalau Indah tipu, bertambah lagi rekod buruk Indah yang selamanya memang tak akan indah tu.
            “Kau ni memang tak sedar diri nak berganding dengan orang yang tak sepadan.” Indah menutup balang biskut.
            “Mulut kau jangan nak kurang ajar sangat ya. Kau sedar tak yang kau kutuk tu keluarga laki kau? Aku bangga je dengan keluarga aku. Kalau kau rasa keluarga ni jahat sekali pun, aku rasa itu sejak kau jadi sebahagian daripada kami. Faham!” Sara menyinga.
            Marah betul apabila Indah tak habis – habis nak mengungkit tentang status keluarga mereka. Sara tak pernah pun rasa rendah diri dengan segala yang diwarisinya. Kalau siapa – siapa yang mengutuk memang nak kena humban dalam longkang agaknya. Tuan Sazali atau Dr Sazali hari tu pun nasib baik tak kena humban dengannya apabila tak habis – habis mempersoalkan perniagaan Sean tapi Sara tetap bersabar kerana menghormati Shah. Indah pula sibuk menyalakan api keraguan dalam dirinya membuat Sara tak betah berlama – lama menghadap Indah. Sara meninggalkan Indah di dapur dan turun menyertai Shah dan Sean.
            “Hai. Tak habis lagi? Tak nak balik ke?” Sara duduk di hujung balkoni memandang bintang – bintang di langit. Sebentar kemudian pandangannya beralih ke arah Shah dan Sean yang sedang bermain dengan penuh fokus.
            “Sara tak nak tidur sini ke?” Sean bertanya. Cue di tangan disandarkan ke meja. Membiarkan Shah memulakan gilirannya.
            “Tak kot.”
            “Mana dia nak tidur sini. Dia datang ni pun semata – mata nak tanya pasal bakal mertua dia yang kurang ajar tu.” Indah yang menyusul di belakang dengan selamba menyampuk. Suasana sunyi – sepi tiba – tiba. Shah mengangkat kepala.
            “Indah....” Sean menegur.
            Berubah juga air muka Sean. Tak sangka si isteri akan merosakkan malam yang sepatutnya meraikan Sara dengan penuh gembira. Dia sendiri pun tak suka dengan Shah tetapi dia tetap menghormati perasaan Sara. Sara bukan budak – budak lagi yang hati dan perasaannya boleh dipandang enteng.
            “Kau tak percaya cakap kakak ipar sendiri kan? Tanya Shah sekarang. Tanya.” Indah menghulurkan secawan kopi kepada Sean tetapi matanya dihala kepada Sara.
            “Tanya apa Indah?” Shah mula tak sedap hati.
            “Ayah kau ada jumpa Sean suruh larang Sara jangan berjumpa dengan kau lagi. Ayah kau cakap Sara tak sepadan dengan kau. Dia cakap kau layak dapat perempuan daripada keturunan lagi baik.” Indah menjauhkan diri sedikit daripada Sean. Takut juga dengan reaksi Sean sebentar tadi tapi dia tak dapat bersabar. Biar padan dengan muka Sara. Indah cemburu apabila segala – gala yang mahu dimilikinya dimiliki oleh Sara.
            “Betul Sean?” Shah meletakkan cue di meja. Langkah dihala ke meja bulat di hujung balkoni. Matanya memandang Sara dan Sean yang diam tak berkutik.
            “Kau balik tanya ayah kau sendirilah. Aku no comment.” Sean mengambil jalan tengah. Tak sampai hati melihat wajah Sara yang mula mendung.
            “Sara?” Shah memandang Sara tajam.
            “Sepatutnya saya yang tanya awak Shah.” Perlahan sahaja suara Sara. Sean menghulurkan sekeping biskut Florentine kepada Sara. Sean memang tak suka tengok drama seperti ini di hadapan mata. Dia sendiri pernah merasai pahitnya ditinggalkan dan kini Sara pula yang dirundung nasib yang sama? Ikutkan hati nak sahaja diberitahu kepada Shah agar menjauhi Sara dengan cara baik tapi apa pula kata Sara nanti.
            “Saya tak tahu apa pun. Jadi my father did come to SS again? Betul Sean?” Shah mula tak senang berdiri. Sampai hati Papa. Depan dia cakap lain, belakang dia cakap lain.
            “Shah, I think this your internal problem. We shouldn’t interfere this.” Sean bangun. Cue yang disandarkan di meja dan cue Shah di atas meja dikutip dan disimpan. Bola – bola snooker juga disusun dengan teratur.
            “Sara, dah lambat. Kalau tak nak tidur sini, balik sekaranglah. Nak abang hantar ke?”
            No, it’s okay, Shah boleh hantar.” Sara pun gugup. Tahu sangat reaksi Sean. Bukan Sean menghalau tapi Sean memberi ruang kepadanya sendiri untuk menyelesaikan masalahnya.
            Sebaik Sara dan Shah melangkah keluar rumah, Sean melarikan diri ke dalam bilik Sara. Badannya dibaringkan di katil empuk Sara. Teringat zaman remaja Sara yang hanya dihabiskan bersamanya. Agaknya inilah hasilnya. Sara amat pasif apabila bercakap tentang hati dan perasaannya. Dari dulu sampai sekarang hanya Shah yang dipandangnya. Nampak sekali imbas memang Shah langsung tak ada kekurangan tapi segala – galanya akan berubah kalau Sara dibawa masuk ke dalam keluarga Shah tanpa restu keluarga. Tanpa restu keluarga, sesempurna mana Shah pun tak kan mampu menafikan hakikat bahawa hidup mereka bakal sepi dan kosong. Cukuplah diri sendiri yang terlajak membuat perancangan untuk mengahwini Zarith Sofea dengan mengenepikan kehadiran keluarga Zarith Sofea dan kehadiran keluarganya sendiri. Natijahnya semuanya tak menjadi. Sean nampak Sara mengharapkan Sean agar membantunya membuat keputusan tetapi ini masa depan Sara, biarlah Sara sendiri yang membuat keputusan.
            “Sean, susu.” Indah yang tersembul dari pintu menantang segelas susu segar ke arah Sean. Projek menawan hati suami.
            “Awak yang kena minum, bukan saya.” Sean menolak lembut. Pandangannya jatuh kepada si isteri yang makin berisi. Sean mengeluh di dalam hati. Sean amat mengharapkan agar Sara dikurniakan kebahagiaan dan seorang lelaki yang benar – benar menyintainya. Sesungguhnya lelaki yang tidak menyintai si isteri sepenuh hati tak mungkin mampu membahagiakan si isteri dan memakmurkan keluarga. Rasanya rumah tangganya mampu bertahan kerana sikap Indah yang menerima sahaja tingkahnya. Indah yang banyak bersabar.
            “Indah.”
            “Ya.”
            “Lain kali jangan masuk campur masalah Sara.”
            “Saya cuma...” Indah duduk di sebelah Sean dan memegang bahu Sean untuk diurut tetapi ditepis kasar.
            No. I said no!” Sean memejamkan mata. Malam ini Sean mahu bersendirian.
            Dalam kereta, terhambur juga segala keraguan yang berlegar di kepala. Shah mati – mati menafikan bahawa dia sengaja menyembunyikan perkara yang sebenar daripada Sara. Shah langsung tak sangka sejauh ini tindakan Papa. Rupa – rupanya Papa hanya berlakon di hadapannya apabila memuji Sean dan SS. Semuanya hanya untuk mengaburi mata Shah. Patutlah beria benar Papa mahu membawa Shah menunaikan umrah, katanya agar hati Shah tenang dan mampu membuat pilihan yang terbaik apabila kembali ke tanah air. Sangkanya pilihan yang dimaksudkan oleh Papa ialah untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi seperti Papa kerana Shah membantah. Tak minat jadi pensyarah macam Papa. Kalau sambung belajar lepas tu kerja macam biasa lainlah. Ini rupanya maksud Papa. Shah menarik nafas dalam. Kasihan melihat wajah Sara yang mendung di sebelah.
            “Sara, we will work this out together. Hal Papa urusan saya. Awak jangan risau. Nanti saya balik buat umrah, saya akan pastikan majlis pertunangan kita tetap akan berjalan seperti yang saya rancangkan.”
            “Shah, saya percayakan awak tapi jangan sekali – kali awak membelakangkan orang tua awak. Itu sahaja yang saya harap.” Sara mengalihkan pandangan keluar. Kelam malam di luar umpama menyelimuti hati Sara yang kesedihan.
            Sara yakin Sean mengharapkan Sara membuat keputusan yang terbaik. Sean mungkin nampak keras perwatakannya di luar tapi kalau dengan keluarga sendiri memang sifatnya jauh berlawanan. Kalau dengan keluarga, Sean berperwatakan sama, harus Indah dah lama kena Clorox. Tadi bukan Sara tak nampak renungan Sean menghantar isyarat jangan masuk campur kepada Indah tapi memandangkan isterinya itu memang jenis tak makan saman, mana nak hormat perasaan orang.
            Sara menguap. Macam layar peristiwa malam tadi menghiasi paginya yang dikejutkan oleh panggilan daripada Que Zafril.
           
***
           
            Morning Cik Sara.”
            Morning. Ada apa telefon pagi – pagi buta ni dear my ex- client?” Sara menguatkan sebutan ex-client. Tak faham bahasa agaknya orang dah siang – siang reject.
            “Dah pukul 10 la ni. Dah terang benderang, apa yang butanya lagi? Awak tidur lagi ke?” Que tergelak di hujung talian. Sudah dua hari ditahan daripada menghubungi Sara Nabila. Segan sebenarnya tapi hari ni memang Que dah tak boleh nak berkompromi. Boleh lemah pertahanan badan kalau tak dengar suara gadis nun di sana.
            “Biasalah. Hujung minggu ni. Saya bukan ada nak buat apa pun.” Sara menguap. Matanya dibuka besar. Cahaya matahari yang menerjah masuk ke retina membuatnya terpisat – pisat menahan silau tapi Sara masih di posisi baring. Jangan harap nak bangun pagi – pagi.
            “Jom keluar. Nak ajak pergi jalan – jalan. Saya bukan pelanggan awak lagi jadi awak tak payah nak segan – segan.” Que menahan debar di dada. Kalau ikut track record, memang haruslah kena tolak mentah – mentah pelawaannya ini tapi apa salahnya mencuba.
            Sorry. Hari ni kasut baru saya ada another great place to go.” Sara menolak manis. Jangan lupa nada perli di situ.
            Que yang mengesan riak nakal Sara tergelak. Harus Sara dapat menangkap niatnya yang memulakan langkah untuk membawa Sara menuju ke hatinya. Susah sangat nampaknya nak menunjukkan jalan yang benar untuk Cik Sara kita ni. Apa agaknya Dr Reid cakap ya dengan koleksi kasut Sara yang bertambah tiba – tiba. Kalau nak diingatkan memang memalukan betul. Bagi hadiah harijadi kat anak dara orang kasut? Sah usaha gagal. Dah memang dia agak lembap bab – bab Mari Membeli Jiwa Gadis. Gadis yang cuba dipikatnya pula bukan sebarangan. Sara Nabila bukan seorang gadis yang mudah terpedaya dengan pakej paras rupa dan kekayaan yang dimilikinya. Memang susah nak cari kelemahan Sara Nabila untuk dijadikan senjata. Terpaksa try and error sepanjang masa.
            “Hmm...kalau macam tu baguslah. As long as it’s a great place. I granted permission.” Que membalas gurauan Sara tapi dalam hati sumpah frust menonggeng. Tak kan nak tunjuk paksa – paksa pula. Malulah.
            “Jangan nak buat kelakar Encik Zafril, I don’t need your permission okay.”
            By the way do you like the presents? Sorry and firstly I would like to proclaim myself unromantic although I beg to differ.” Rendah suara Que mengubah topik dan menahan rasa dalam dada.
            Thank you. They are great shoes. Nak buang ke laut pun sayang. Jadi simpan buat pekasam pun okay kalau saya tak rasa nak pakai.” Sara membidas lagi.
            Teringat apabila Sara cuba memulangkan Mr Blue dulu. Penat angkut pergi Seremban 2, alih – alih keesokan harinya Mr Blue ada balik di hadapan pintu rumahnya. Que Zafril bukanlah seorang yang boleh menerima kegagalan nampaknya. Degil semacam. Dah cakap pun dia memang dah tak ada peluang tapi masih juga mencuba. Sara tak mampu nak maki lebih – lebih kerana setiap usaha dan cara Que semuanya secara momentous, bersahaja tetapi cukup meninggalkan impak. Tak boleh terima Sara kalau orang tidak disukainya menghargai dirinya lebih daripada orang yang disayanginya. Sakit otak nak fikir cara nak merambuskan Que dalam hidupnya. Ini pun panggilan Que yang entah keberapa kalinya pagi ini. Sakit hati pagi – pagi dah mengacau.
            “Sara, I would like you to consider my pro....”
            And I think people who claimed themselves unromantic are indeed romantic in their on way. They can even catch you by surprise.” Sara mencelah, segan nak mendengar ayat lengkap Que. Terus besar matanya pagi ni. Baru puji – puji sikit Que ni bukan spesis memaksa macam lelaki lain yang selalu menghampiri Sara. Nampaknya Que Zafril sama sahaja cuma cara yang berbeza dan mungkin terkehadapan daripada jangkaan Sara.
            Surprise?”
            Yes and please note that I hate surprise, I hate birthday party, I hate shoes and I hate everything about you but still thank you.”
Klik.
            Sara meletakkan telefon di sebelah bantal. Sebiji lagi bantal diambil dan Sara berbaring dengan menutup mukanya dengan bantal. Sakit hati. Baru bercadang hari minggu begini nak melepak di SS. Rindu sebenarnya nak melepak di SS tapi mengenangkan mulut Indah yang busuk macam tangki septik, rasa loya pula. Nak buat apa pun dah tak tahu. Nak keluar jalan – jalan poket dah makin nipis. Dah hujung bulan katakan. Kat rumah TV pun tak ada. Layan internet pun boring. Hari – hari dah menghadap laptop. Bosan.
            Sementara di hujung talian, Que terdiam. Mana tak terkejut bukan main dia menghayati suara seksi Sara Nabila baru bangun tidur alih – alih talian terputus macam tu sahaja. Kalau orang dah angau, dengar suara orang di sana maki – maki pun sedap bunyinya. Que bersandar di sofa. Kalau nak diikutkan hati, nak sahaja memiliki  Sara Nabila cara ekstrem tapi apakan daya, Que sudah berjanji, kalau tiba hatinya betul – betul terpaut dengan seseorang, akan dimilikinya dengan cara paling terhormat walau pun lambat.
            Sometimes, no matter how much you want for things to happen, all you can do is wait and usually waiting is the hardest part.
            Nak buat apa hari ni ya. Layan snooker pun best ni. Que mula mendail nombor telefon Syed Azfi. Sekurang – kurangnya ada rancangan untuk hari Ahad ni. Melepak sekejap, dari SS boleh jenguk Mommy dan Daddy sekejap. Kalau nak melepak di Seremban 2 ni apa yang ada sangat dan sah – sah budak – budak ni malas nak datang. Dia jugak yang kena gerak masuk KL. Sebelum Que melangkah keluar rumah sempat dititipkan sebuah pesanan ringkas untuk Sara Nabila.
            >sy harap awk x sesat cr jln ke hati sy. Kasut tu ada GPS tau :)
            Sara yang baru hendak melangkah mandi menyambar telefon di lantai dan ternganga membaca tulisan di skrin telefon. Gila!
           




25 comments:

  1. Pity Que..hmmm xpela, byk2 bersabar yup...teruskan usaha memikat hati si barbie doll yg xdep perasaan tu huhuhuhu gambate!...Haishh Indah owh Indah, jgn jaga tepi kain orang boleh tak...nyebuk jep, padan muka kena sound ngan Sean....Shah owh Shah sgt naif..takkan tak perasan kot bapak nyer tak suka kat Sara... Wow shoes ade GPS impressive! ^_^ ok BYE ~ lalalalala

    ReplyDelete
  2. kasut pasang gps...terbaeeek laaa.

    ReplyDelete
  3. ahhaha que que...kesian ek kene try n error,
    nme pon experiment 101:mari memikat gadis :)
    evrything will be alrite in the end kan kan...

    sara?nak meluat dgn die leh x?mata dah bulat,xkn xnmpk lagi kot peel pak mertua tu.

    and u indah,nk kene ikat kt trailer ke,nk kene cmpk dari tgkat patbelas?? u choose.

    ReplyDelete
  4. Mmg nampak ada GPS la kasut sara tuh...
    Jalan2 mencari Que jugak dia nanti...
    Walaupun mulut asyik kata x suka...
    Kaki sentiasa berjalan mencari Que jugak...

    SE sanggup yer nak berperang dengan bapak dia...
    Sebab nak dapatkan adik ketua samseng kg dusun...

    Semua nih salah sean, biarkan sara duduk bawah tempurung...
    Akhirnya habis dia dah x nampak laki lain lagi dah selain sean dan SE...

    Nampaknya mmg Que rajin jalan2 ke SS la yer...
    Sebab tuh sean kenal sangat2 masa kat kuching tu...

    Bagus indah, dajalkan lagi SE kalau ada peluang...
    Sara bukan boleh buat baik sangat dengan dia...
    Kena kejam skit baru dia nak gunakan otak berfikir...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  5. TLC
    dia punya menyibuk ni mmg buat sume org syg kat dia tau.
    Sbb tlg memporak perandakan SE.
    Shah tu dah gila bayang, sama dgn Sara, kna hantuk sikit kat kepala tu baru tahu.

    asen
    terbaekkk!!!

    Syira
    kna bg tips lagi kat Que tu...cian dia. Sara ni bangang agaknya x tercuit langsung.
    hahhaha...of course dear. Kalau mini novel boleh la bg cter sedih2 pun.
    Hahhaa..nanti ramai yg meluat kat Sara neh. Konpem. Tak pe, ikut turn.
    uihh..tetiba tgkat patbelas, apesal x tigabelass? berantu lagie...

    w.t
    hahha..org ckp mulu x sama dgn hati tp Sara ni kaki plak yg buat hal...hehehe..bahaya2..x leh pakailah kasut Que bagi gitu.

    SE kan mmg baik sgt. & super syg kat Sara. harus tp apalah Tuan Sazali punya strategi ya?

    Que mmg kna main jalan pintas kot :)

    Okeh, puji Indah lagi.
    Sampai Sara bukak mata tau Indah...

    ReplyDelete
  6. dear kak rin,
    1. kdg2 sye rasa tahap nyampah sye dkt sara dh nk hmpir sma dgn thap mluat dkt indah. nk sngt biar sara rasa nyesal n insaf ckit.
    2. bukannye mluat dkt sara sebab SE, tpi sebab prgai dier tu, barbie doll edisi terhad ni sngtlh mnguji ksabaran
    3. kesian que, dan kesian jga dkt SE tu, coz jtuh chenta dkt pompuan mcm sara, sara ngan indah memang secocok sngtlh, mnyakitkn hati.. ptutlh bestfren
    4. wahai puan indah, udah2lah nk bdengki bagai, happy ker idup kalo asek bdengki, tngk mcm sye ni, asek dengki dgn indah bmuka talam coz dpt abg sean sye, stiap hari ader jer ayat caci maki keji mngeji untk indah, boleh tension n stress ok....
    5. ala indah stakat susu tu ko ingat abg sean leh trguder ker, lebih dri susu tu pn ako boleh bgi taw.... hmphhhh
    6.ok part pling best nk komen, mstilh part abg sean sye, huhhuhu, kesian abg sean xbhagia, xbhagia2 pun dapat jga hasil brbuah dgn indah tu, sya rsa kalo indh tu xngandung, mesti abg sean dh cerai dia, tu la abg sean, x buat perancangan kluarga, kan dh susah, yg si indah tu subur la pulak. tpi dh rezeki ALLAH
    7. abg sean, indah tu x ihklas bsabar dgn abg sean, dia blakon jer tu, skit lgi nk dpt oscar.. xsuker la bila2 kdg abg sean duk puji2 indah ni. sye rsa mcm nk msuk jer dlm criter ni, jdi org jaat, nk hancurkn hbgn dorg, then ikat abg sean ketat ketat, culik bwa kuar dri cerita ni... ahahhah psycho sunguh
    8. yg sara jdi ktak tmpurung tu bkn slah abg sean sye ok, sara tu yg xreti nk bkawan, brother complex btoi la. aura negatif indah bjangkit dkt dia la tu. xkan la smuanye abg sean nk ngajar, bcinta pandai pula... puihhh
    9. que gi la ambik hati sean tu, dah adik susah nk dpt, kna la pujuk abg dia pula.
    10. syira, awk ikat indah then campak tgkt patblas, kmudian sye langgar dier ngan treler, nak tak? ikat sara skali pun xper, biar tggalkn hero2 jer. awk pilih que, sye semestinyer abg sean, SE, w.t boleh ambik bwa blik

    sekian, makaseh

    ReplyDelete
  7. dear zawani mukhtar,
    sy free je kna balas cpat2 sbb nti dh gelak pecah perut, idea sy boleh ghaib...hahahaha...

    1. Bukan awk je yg mneyampah dgn Sara Setia Tropika tu..ramai..bodoh2 alang yg buat sakit hati tu.
    2. Oh bkn sbb SE eh, kalau sy sbb x terguda dgn Que punya romantika de amour..kalau sy dh cair habess..
    3. Kesian Que ya, kesian SE...yae la kesian jgak sbb Tuan Sazali yg ala2 eh baru perasan, mcm anakku Sazali cter P ramlee la..Tu yg Sara & Indha boleh klik, perangai x supe org normal 2-2nya.
    4. ada naik pimple tak sejak2 awk dlm proses nk mengguda abe sean ni? Sy sejak hr2 melepak, ada gak pimple naik, sbb hormon x stabil, kejap stress, kejap happi giler babun kat sini lol!
    5. hahaha...apa yg awk nk offer yg hmmphh tue???
    6. hahahahahhaha...lelaki kan mmg mcm tu, kata tak suka, tak bahagia..ank berderet - deret..kemon, tu namnya laki normal :p
    7. Agak2 nya Indah ada kot kat Red carpet Golden Globe pg tadi? Patut attend tu mana tau kot2 trecalon. Sean ni bengap sbb dia rasa duk bersalah layan Indah nak tak nak, tak tau si Indha tu bukan main keji lagi.
    8. Ptuii...hahahha..x leh blah betoii..part brecinta tu pandai ehh?
    9. Que otw..jgn risau
    10. baik awk punya rancangan eh..nak team dgn Syira plak..tu nama pun Syira Destroyer..sesuai2 sgt...

    sekian, makaseh

    ReplyDelete
  8. Kalaulah saya jadi tuan sazali tuh...

    Harus x akan aman hidup sara sampai mati saya kerjakan...
    Sebab buatkan anak kesayangan saya melawan cakap...

    Ok bapak ikut cakap awak nak kawen dengan adik samseng tu...
    Tapi awak kena kawen jugak dengan pilihan bapak dulu...
    Adik samseng tuh jadikan is3 kedua...

    Kalau x awak boleh berambus dari keluarga sazali sampai bila2...

    Nak ker sara dengan SE kalau mcm tuh tuan sazali buat...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  9. hahahahhahahhaaa...kak rin,gelak guling2 ke x tuh bce komen zawani?? hahhaaa..

    owhh komen no 6 trbaik la..siap msuk bab subur2 ni..

    saya xnk que..nk sean gak leh x zawani :)

    kak rin,tgkat 13 belas dh de hantu syaitonn die..so tgkat patbelas biar de pontianak lak..mati dgn ank die skli hihihihi...

    ReplyDelete
  10. w.t
    mmg harus bg Sara blah sbb Tuan Sazali lah ni tp bg lah dorg berpisah cara kehormat sikit. Sy rasa dorg punya percintaan ni mcm tulus je..apesal korg x suka eeh?


    syira
    dia siap heret awk skali kay...
    hey bdk bawh umuq ni pon nk blaja gak bab2 nie..haiyakkk

    ReplyDelete
  11. Que, sabar jelah melayan perangai Sara tu...takut nanti dah tak sabar barulah padan muka Sara, tetiba baru nak realize yg suka kat que tapi que dah give up nanti menangis pun tak guna....indah yg tak sedar diri tu memang mulut puaka..germ btl Sean bagilah Penampar kat bini kau yg x sedar diuntung tu..

    ReplyDelete
  12. syira nk juga ker abg sean tu, kalo nak kta kna la bkerjasama hapuskn indah dlu, kongsi2 xper. abg sean kaya raya n bkmampuan, hahaha. sharing is caring. tingkat tiga blas bnyk setan, nanti takut dgn syira skali kot tgolek jtuh, dah xsmpat nk jdi madu sye, maybe w.t pun nk abg sean juga kot... hahahha

    ReplyDelete
  13. Kali nih biar tuan sazali sendiri cari sara...
    Sebab tengok anak dia dah angau tahap kronik dah...
    Sampai main ugut2 dia sebab nakkan jugak sara...

    Buat mcm ibu mertuaku yang x suka kassim selamat...
    Mcm2 cara dibuat untuk pisahkan dengan sabariah...
    Cuma x perlulah butakan mata sara, biarlah hati dia jer yang buta kejap dengan cinta SE tu...

    Nih plak bapak mertuaku...
    Elok sangat la juga anak dia laki sebab dah title bapak mertuaku...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  14. saya dah mcm org x betul dah dok gelak sorang2 bc komen zawani ni. hahaha. adei, advance sungguh pemikiran! nak-nak point no 6 tuh. :P

    kasut ada gps? aww, sweet! Que kena paten ayat tu tau, nanti kang ade yang copy paste bagi kat awek. haha. (ada ke lelaki yg bc blog ni? ada kot..)

    haila indah, you're so pathetic! kalau hidup sendiri dah tak berapa indah, jgnlah mengkucar-kacirkan hidup orang lain. zalim namanya tu tau? korang nak tambat indah kat tkt 14? silakan..lol

    ReplyDelete
  15. Kesian jugak indah hari nih...
    Dia cukup baik layan sara, tapi masih kena marah dengan kekasih2 gelap sean...

    Rasanya hari ni indah dah buka jalan untuk SE keluar dari hidup sara...
    Dengan bagitau apa Mr Sazali dah buat di belakang dia...
    Memberi ruang untuk SE dan Mr Sazali berperang...
    Orang ego mcm tuan sazali tuh x akan insaf punya, dia saja yang betul...
    Kena suh sara ucap bye2 awal2 dengan SE...

    Pastu minta jugak Que blah dari hidup sara jauh2...
    Biar kasut2 yang dihadiahkan tuh jer asyik membawa pemakai kepada tuan dia...
    Que kena jual mahal la lepas nih sebab dia Jejaka Edisi Terhad, sara x akan jumpa kat tempat lain...

    Masih ternanti2 nih...
    Apa yang indah wat dengan duit yang digelapkan...
    Bayar hutang ayah dia atau tutup mulut danial...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  16. alamak.. jantung dah terjatuh dekat atas keyboard.. melantun lantun..siap bunyi kuat2 lagi..

    que.. why soooo lampi but romantik.. hahahahaha

    btw..suka msg tu.. ;D

    miss kira

    ReplyDelete
  17. que - u r so entertaining .... suke lh cara awak tuh
    cuma Sara ni msh jugak nk SE! kejam
    xpe Que kena sabo .... n never give up!

    -guest melepak

    ReplyDelete
  18. Sara .... lupekn je SE
    dh letih tunggu Sara .... tapi bagus gak Que mseh lum letih nk kejar Sara
    lawak sgt Que antar msg pd Sara! ...
    Sean - tlg le bagi nasihat adik yg x pandai pandang lelaki lain selain SE!

    -lovely lady

    ReplyDelete
  19. Eeyta
    harap2 Sara tak terlambat masa Que tgah mengguda ni kan, takut terlambat waktu....kesian Sara.
    One day the day korg nk tgk Sean tampar Indha tu mesti tiba kan?


    zawani
    nakal awk ni tau :)


    w.t
    aigo....Tuan Sazali tu redha ke tak kna panggil bapa mertuaku? Reserve utk Sara ke gelaran tu, ke untuk awek lain?


    Hajar
    hahahha..nombor 6? kahkahkah....
    nak buat mcm mana. Dah zawani die hard fan Sean. Terpaksa terima la.
    Ada ke male baca? hahha..ayat tu kna paten kan, bdk laki slalu masa dating bwk girlfren gi Vincci, blanja kasut. Time tu boleh guna ayt tu.
    silakan ya nk tambat Indah, Hajar dh sokong korg tu zawani & Syira. Apa lagi. Ke kna tgu entry lg hardcore?


    w.t
    kamu yg pro-Indah, hai...
    part pembalasan Indah tu lmbt lagi. Bagi Sean syg2 Indah dulu, bg Indah terbuai - buai dulu baru kick her off okay. Err boleh ke? Takut nto fans Indah marah *wink2


    Miss Kira
    kutip cpat2, nti keyboard rosak, karang susah nk type komen. St counting ni..kalau sy merajuk korg x drop komen, harus seminggu blog sepi, x pun sebulan ke? Ngeee~~
    Proclaimed x romantic, beg to differ yet to realize he is indeed romantic kan???


    guest melepak
    yes..sy rasa lama2 Sara mesti bahagia kalau dpt pak we riang ria mcm ni.
    Sara Setia kan? lol!


    lovely lady
    Sara x boleh lupakan lagi tue...biar dia terkena sdiri.
    Que mmg x kan mengalah la sbb Sara ckp she seeing someone jer, x ckp dh tunang, ketegaq jgak Que ni. Sweet kan kasut ada GPS tu. Scary pun ada.

    ReplyDelete
  20. oh man! Que strategy awak best le! *yg best tuh puan writer!
    siap bagi kasut ade GPS - imagine je le betul2 ade GPS!
    so x le sara dpt lari ke lain.

    Indah teruskn permainan awak supaya Sara x suke SE!

    -ImAn ar-RahmaAn

    ReplyDelete
  21. ImAn
    Que yg best. Writer tkg koya je yea..any words can come fr me but the credit shuld go to Que.
    Komen I buat apa? hahahha...komen cterla.
    Mana tau kot 1 day ada GPS kat kasut. Set je nk gi pavi pandailah dia cr bas mana nak naik, kete nk tekan minyak ke brek bila, how fun! Okay merepek.

    Indah akan meneruskan dgn jayanya :)

    ReplyDelete
  22. haisshh, kesian kat Que.. cabaran betoiii!! xper2 sila cuba lagi ngan sedaya upaya k.. xkan nak suro mummy lak tlg kan? xbesh laa.. hasil usaha sendiri kan lebih suwitt.. ;)
    sara, sara n sara.. awat la ketegaq sgt hang nih? tongkoi kpala br tau..haihh.. tp ai syg kt u ni.. setia gila! nak wat cmne kan kata cinta dr skull.. harusla setia gilos! haha.. dulu2 kurang bekawan ni la kesan dia..hurm
    sean.. sian awak yer? xhappy yer.. tunggu pa lg tinggai je la..xpayah nak sayang sangat la bini hang tu,.xbaek sgt pon..
    indah.. eiii memang penyibuk kan? i hate u from the bottom of my heart.. huh!
    to syira~ awat tingkat 14? up sket tingkat 25.. xdan smpai bwh lg da mati daaa.. ngeeee (astaghfirullahalazim)

    ReplyDelete
  23. mizz acu
    haishhh...ramai ni simpati kat Que. Tak per Que stok relax2....
    tongkoi? hahahha..x pnah dgr. ketegaq la tu maknanya ya..
    I pun suka Sara, setia gila.
    Setia sgt2...nti nk make sure dorg bersama dgn cara yg best...
    from the bottom of my heart tu lgu Britney laaa...dia nk kawen lagi kan...tu yg tetiba teringat eh?
    Ting 25? aigoo....baeknyerr hati (reverse statement)

    ReplyDelete
  24. X pa Que hero selalunya kalah dulu...
    nanti kalau Sara sesat hero boleh tolong kan....
    Que nak kena banyak bersabar ya... Sara pun stock edasi terhad ....hahaha

    ReplyDelete
  25. KAHKAHKAHHH.
    gps ke hatiku.
    wuuwuuu

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...