“Sorry Sara. Saya tak ghaib, naik atas main pondok – pondok. Kemas sikit kat atas. Segan kat awak naik nanti kat atas bersepah sangat. I live here alone so bear with me. This way.” Que mengajak Sara ke tingkat atas.
Sara menjungkit bahu. Whatever.
“Encik Zafril, bilik ni nak transform jadi studio untuk playing music atau recording jugak or anything specific?” Sara melangkah masuk ke dalam bilik yang agak luas di ruang atas. Bilik – bilik lain yang bersebelahan bilik yang hendak dijadikan studio semuanya bertutup kemas.
“Que please.” Que membuka tingkap bilik. Cahaya matahari meyusup masuk ke bilik yang tadi agak gelap.
“Okay Que, awak nak buat studio khas untuk apa?” Sara lagi selesa kalau pelanggan tak nak formal sangat. Soalan boleh bagi straight forward.
“Saya cuma nak guna untuk main alat muzik. Karaoke perhaps and some random singing activities or practising for live band once a while.” Que memandang Sara yang sedang mencatat data di clipboard.
Apa yang dia tulis entah. Tanya, tulis. Tanya, tulis. Que ingat nak buat studio senang. Bungkus je bilik ni dengan panel akustik. Dia ingat konsultan datang cuma nak tanya nak pilih jenis panel macam mana sahaja. Rupa – rupanya semua benda diambil kira. Dah macam – macam soalan Sara tanya. Siap periksa air cond yang nak pasang dalam bilik ni berapa horsepower. Katanya bunyi yang air cond keluarkan akan memberi kesan kepada rekaan akustik. Patutlah bayar mahal. Mr Boon Praraks siap minta bayaran pendahuluan dulu. Kawan – kawan Que cakap kalau setakat panggil kontraktor pasang panel akustik semata – mata kosnya hanya dalam lingkungan RM25k. Kalau panggil konsultan kos dah macam berganda tetapi memandangkan ada kawannya yang mencadangkan agar alang – alang buat biar bagi puas hati maka Que malas nak berkira. Janji puas hati dengan hasilnya nanti.
“Que, bilik sebelah ni bilik apa?”
“My bedroom. Kenapa?” Que mula pelik. Apa kena mengenanya.
“I’ve to consider the use of all the adjacent rooms. Nanti kalau dah siap kot kat sebelah tu bilik TV ke, bilik awak letak washing machine ke, kiraan rekaan saya dah jadi lain nanti.”
“Okay, bagi ayat orang kebanyakan please.” Que menggosok dahi. Tak faham.
“Okay, macam ni. Saya lekatkan telinga kat dinding macam ni.” Sara menyelitkan rambutnya ke telinga kiri dan menekapkan telinga ke dinding.
Diamond stud earring berkilau menarik perhatian Que. Matanya menjalar ke seluruh wajah Sara yang berkulit putih bersih. Jarang tersenyum tapi sentiasa tenang tapi cepat berubah menjadi masam kelat – kelat kalau diusik. Que memegang dada. Check one-two-three. Apesal berdebar ni.
“Awak akan dengar suara kat bilik sebelah sejelas mana berdasarkan material yang akan saya pilih. Kalau saya salah pilih, bilik awak ni maksudnya tak well treated. Kuat ke perlahan atau tak dengar langsung adalah berdasarkan noise travel through structure ni.” Sara mengetuk dinding.
“Err..saya macam nak banyak lagi tanya and dig some info tapi saya kena turun bawah jap.” Que meminta diri. Tak boleh lama – lama kat sini, bahaya!
“Okay. Saya boleh buat pre-design and show you later.” Sara mengangguk dan duduk bersila di lantai.
Yang ada kat bilik ni sekarang cuma drum kit with set cymbals, 2 gitar elektrik dan dua mikrofon. Semua data penting. Biasanya untuk studio acoustic design, Sara akan menganggarkan bilik yang hendak dijadikan studio akan dilengkapi dengan pelbagai alatan muzik yang lain, PA system yang bagus dan akan ada beberapa biji kerusi, set sofa dan juga membayangkan studio ini nanti bakal memuatkan berapa orang. Semua data penting untuk menghasilkan bilik akustik yang baik dan berkualiti.
Sara asyik membuat kiraan awalan. Studio biasanya akan direka agar mencapai NC 15. Baru Sara habis menulis perkataan NC, telefonnya berbunyi.
“Hello.”
“Sara.” Suara di hujung sana garau kedengaran.
“Shah.” Sara meneka.
“How are you? Before that saya nak compliment your new haircut. Nice hair by the way. You look even prettier.” Shah memuji di hujung talian. Maklumlah tak pernah nampak Sara berambut pendek. Nampak comel sangat walau pun air muka Sara tetap serius seperti dulu. Langsung tak berubah.
“I’m fine. Thank you. You look good too.”
“Sara, dinner tonight?”
“Dinner? Hmm..okay. Shah, saya nak sangat tahu kenapa dah lama balik tapi tak cari saya? Saya ingat awak kat sana lagi. Kenapa tak terus cari saya?” Soalan yang ditahan Sara dari tadi keluar umpama peluru.
Sara mula menconteng kertas dengan gambar bulan dan bintang – bintang di clipboard. Jawapan Shah meruntun jiwa. Dah cari tapi tak jumpa. Pergi SS tapi semua orang tak tahu Sara kat mana. Macam mana orang nak tahu kalau semua orang memang tak nak tengok muka dia. Semua orang tak percayakan dia. Mana Sara boleh lupa suara Sean out of range buat pertama kalinya. Kena marah dah biasa tapi kena tampar rasanya itu memang payah Sara nak lupakan.
***
Que menarik clipboard. Bosan tunggu Sara makan. Slow sangat. Ikut sunnah nabi kot kunyah 44 kali. Tak pun mata Sara lebih kepada skrin LCD yang menayangkan Criminal Minds di hadapan dan bukannya makanan di pinggan. Tak luak pun carbonara. Menyesal pulak dia ajak Sara makan kat depan TV. Sara siap bersila. Orang suruh duduk kat sofa dia nak bersila. Ingat nak bagi cepat mesra, nak pecah tembok ke-formal-an yang dibina oleh Acoustic Consultant ni. Siaran awal yang Que pilih pun ESPN supaya gadis seperti Sara akan sibuk melayan dia bercakap dari menonton TV tapi sekejap je dia pergi ambil air kat dapur siaran dah bertukar. Terpaksa melayan. Sepatah Que tanya, sepatah Sara jawab. Bosan.
“Err yang gambar bulan dan bintang - bintang kat kertas ni corak panel akustik yang awak cadangkan ke? Macam childish je?” Komen Que sambil membelek kertas – kertas kiraan dan lakaran Sara di clipboard.
“Uhuk..uhuk..nope. Sorry that was my scribbles. Take that away.” Sara hampir tersedak. Lupa sambil bercakap dengan Shah tadi tangannya laju menconteng. Mana reti tangan Sara duduk diam.
“Okay, kalau tak memang nak kena potong fees ni.” Gurau Que.
“Calton Hill? Nice. Family?” Puji Sara tak berapa nak ikhlas sekadar nak menukar topik apabila matanya tertancap pada bingkai gambar besar yang digantung di ruang tamu.
“Yeah me, my sister and my parent. Mana awak tahu ni Calton Hill?” Que pelik.
Tengok gambar mereka sekeluarga duduk bersila di atas rumput dengan berlatar belakangkan Nelson Monumen Sara dah boleh tahu tempat tu Calton Hill. Mendalami sejarah dunia ke apa budak ni.
“Edinburgh Uni.”
“Oh, belajar kat kampung my grandma. Kampung my mom tu. Balerno. Been there?” Que tersenyum. Sara mengangguk.
Dia pun bukan jenis jalan sangat. Pergi Balerno pun berapa kali je seumur hidup. UK kat sebelah pun dia jelajah dengan Joe, nak tunggu Mommy dan Daddy bawak dulu memang tak lah. Dah duduk Coventry daripada terasa terasing duduk di bumi asing ada juga terselit perasaan selamat konon - konon kampung aku kat sebelah je tapi kalau balik Balerno seorang diri jumpa grandma dan grandpa memang jangan haraplah.
Sara terangguk – angguk macam burung belatuk. Patutlah mamat ni hidung mancung, kulit putih, tinggi lampai dan paling penting jejaka paling sopan pernah dia jumpa. Ada genetik mat salleh rupanya. Mata Sara mula melilau keliling. Ruang tamu Que memang selesa. Set sofa empuk siap dengan set theatre dan TV 52” dengan air cond yang terpasang selesa memang mengundang kerinduan yang mendalam terhadap rumah sendiri. Inilah kali pertama Sara tengok TV setelah sekian lamanya dia keluar rumah.
Dapat kerja senang pun hasil pertolongan Ainul dan Sheena yang dikenali semasa mereka datang SS main pool. Rezeki Sara dapat kerja cepat. Rezeki Sara juga boleh menempel di flat Ainul dan Sheena sementara waktu. Kalau tak dia pun tak tahu nak merempat kat mana. Balik Edinburg, hari – hari dia menempel di SS, mana ada dia keluar. Kawan pun tak ada. Satu – satunya kawan yang dia ada pun dah jadi duri dalam daging. Sara mengeluh.
“Sara, dah nak hujan. Baik awak balik sekarang.” Gesa Que apabila angin mula menerpa kasar ke dalam rumah melalui pintu yang terbuka luas.
Dengan air cond yang terpasang dan angin yang menerobos, sejuknya tak terkata. Que menjeling Sara yang masih tak habis – habis makan. Ni bukan makan ni sah nak mengular nak tunggu waktu kerja habis. Kalau ya pun tak payah buat port kat sini. Dahlah layan tuan rumah hal kerja je. Tanya luar skop sikit terus Sara buat tak dengar misalnya tadi Que ulang 2-3 kali tanya duduk mana? Asal mana? Semua Sara buat derk.
“Kejap cerita ni dah nak habis.” Sara tak pandang pun Que.
Terus mengunyah dan penuh kosentrasi mendengar bebelan Dr Reid dalam Criminal Minds. Dia naik kereta bukannya jalan kaki. Lainlah kalau bumbung Viva yang baru dibeli tu tiba – tiba bocor. Lagi pun saja nak diajar tuan rumah bernama Que Zafril ni. Orang nak balik dia sibuk ajak makan. Sekarang dah sibuk suruh orang balik. Padan muka. Dance with my tune then.
“Awak ni skema.” Que cepat – cepat pandang ke lain apabila Sara menghadiahkan jelingan tajam. Opps! Marah ke?
“I have 3 shoes, so betullah saya skema and mentally disturbed as well and a boring person as well.” Sara bercakap senafas dan menghulurkan pinggan yang dah licin kepada Que. Basuh sendiri. Menyibuk hal orang tak habis – habis. Que memberi isyarat letak je kat meja.
“Siapa ajar awak buat ramalan ikut kasut macam tu?” Que melangkah ke meja di hadapan Sara dan mengambil remote air cond. Tutup lah. Dah sejuk sangat ni.
“Dr Reid.” Selamba Sara menjawab.
“He said woman with less number of shoes indicates her personality. Boring, mentally disturbed. Less is like 4 pairs and I only have three pairs.” Sambung Sara buat muka tak bersalah.
“Tiga je? Perempuan ke apa awak ni? Kasut saya pun sampai seratus pasang.” Que berdiri di muka pintu mengambil angin.
Kasut Sara yang comel tersusun di sebelah kasutnya dijeling sekilas. Kasut comel, kereta pun comel, tuan lagi lah comel. Bisik Que nakal. Hujan dah mula turun. Huh! Betullah budak nama Sara Nabila ni pelik tapi ada kemajuan sebab Sara dah bercakap benda luar skop kerja. Layan je lah walau pun topiknya kasut, ke Dr Reid yang tak berapa nak handsome tu?
Sara mengetapkan bibir. Menyesal keluarkan ayat Dr Reid dalam Criminal Minds tadi. Otak pun dah kena hijack dengan Dr Reid. Kat rumah sendiri memanglah kasut Sara berpuluh – puluh pasang walau pun tak sampai seratus macam mamat penyibuk ni tapi buat masa sekarang yang nyata dia ada memang hanya tiga pasang kasut. Satu ballerina, satu kasut kerja dan satu selipar Ipanema. Teramat sadis.
“I’m perfectly feminine. I’ve three shoes because I couldn’t afford to have more.” Sara berdiri di sebelah Que di muka pintu.
“Hujan. Nak balik sekarang?” Que buat tak dengar kata – kata Sara. Macam bersalah pula perli budak ni. Masam balik dah mukanya.
“Yalah balik sekarang. Esok saya datang bawak kontraktor. Siap draft design dan contoh real material untuk awak pilih. Jangan esok awak fly pula.” Sara teragak – agak untuk melangkah ke kereta.
Macam mana nak bawak Viva dalam hujan lebat macam ni. Seramnya. Bukannya dia takut kilat atau petir tapi matanya ni tak berapa nak boleh diharap. Kalau bawak Range Rover yang tinggi dan cermin yang world class tu lainlah. Ini Viva. Wiper pun gerak ala – ala manja gitu.
“Tak, I’ll be home tomorrow.”
“Bye.” Sara melambai dan terus maju ke pagar.
“Sara!” Tangan Sara ditarik kuat oleh Que. Sara hampir terdorong ke dada Que yang betul – betul di paras kepala Sara. Pandangan Sara melekat pada tulisan Radiohead di baju Que.
“Jangan balik dulu please. Hujan lebat sangat. Bahaya.”
Cik Pinoko ni memang sadisla. Boleh pulak buat rumah orang mcm rumah sendiri. Hahaha.
ReplyDeleteLepas ni mesti ada team anti-Indah pulak kan?
sara wat tv que mcm rete die lak..ahakss..
ReplyDeletesara kene tampar??si indah Darth Maul ke yg hasut abe sean?
aiik ... no wonder there is a clue talking bout criminal minds at sb-sara is watching it! coolz sara watching TV & makan mcm at home!
ReplyDeleteok now understand why sara choose to live on her own coz sean had overreacted n gave her d 'strike' - panggg! sob sob sob ... :(
but still curious n probing want to know why & how it happened?
and tat girl Indah? huhhh
hmmm... luv to see tat sara n que hav a beam conversation
n hahaa Que dh ade accentric feelings towards sara haaahaa!
aww ksian sara ni, indah si bmuka talam tu la punya kerja agaknye, mesti sebab dia , sara ngan sean gaduh... menci menci menci...... alahai sara tv pun xder ke, mai la tumpang tgk dkt rumah saye... hahaahhah. cik writer yg chantek, bila buku GET nak kuar, tahun ni juga ker? windu dgn fareez la
ReplyDeleteHajar
ReplyDeleteCik Pinoko tgah marah tu Que busy body.
team anti-Indah sah ada. nak jadi leader ke? Hahha *joking
Syira
Indah Darth Maul? huk huk...kijam nyer gelaran.
Tgk nti next2 n3 Darth Maul tu tkar jadi Evil Maul ke plak
Jazmeen
hahha kat SB sajer relate bcos dorg tgah speculate wat happen, Sean bla..Sara bla..Indah bla..anjoying the jabber & the babble..hahaha
why & how will flow accordingly, bit by bit in every n3.
Que okay, he's over baru jmpa dah berdebar.
zawani
Jgn menci Indah. Nti sayang pula.
ala..kna bg alamat lah baru Sara boleh pegi.
Macam best je offer tu. cik writer x nk ajak?
GET sy x taula. Baru sebulan hantar...org x de nama kna ikut queue la nampaknya. Sabar okay.
Duri dalam daging x lain x bukan harus si indah water tuh....
ReplyDeleteSara nak tunggu sampai bila agaknya tuh, kalau hujan x berhenti...
Takkan nak tumpang tido kat rumah Que, cari penyakit...
Alang2 dah buat mcm rumah sendiri layan criminal minds...
Apa kata sara cepat2 jadikan rumah Que tuh hak milik bersama...
Boleh layan mcm2 citer tanpa halangan...
~w.t~
Wahh baca n3 kali ni sambil layan adele.....fuhh mmg best...hmmm criminal mind skang dh season 5 ke 6 ekk? Huhuhu dah lame x polow....wah sara tonton tv 52inci yup hehehe.....owh kita dh paham sikit2 cikpuan kl :)
ReplyDeleteO yeah! Dada que bedebar..I like it! N indah water sound nice..hehe.. Hm, curious na tau sbb pe sean mrh kt sara n sume org caye dia..sedey la! Bkn ke jijie tu mcm leh tau c indah water tu cmner.. Awat xbaking sara.. Sian sara..uwaaaaa..
ReplyDeleteaduiiiye.... sediih nya sara!
ReplyDeletesean still living 'a porsche life'(?) while sara is struggling!
very proud of sara- memulakn hidup berdikari sendiri
xpe lh sara ... later ur life senang bila dh ngan Que!
luckily she has friends aina n sheena - x mcm indah yg dh kawan since menengah!
-Lysa M R
ishhh...sikit sangat....tak puas laa KL....sambung2 lagi pliss...
ReplyDeletew.t
ReplyDeleteIndah water yg cas mahal tp x guna tue ke? hahaha
rumah bilik bersama boleh tp harus bnyk duri & rintangan.
Tak molah awl sgt. Bg la Que feeling lebih2 dulu.
TLC
okay I'm glad you cn digest
Dah season 7. Last wk punya yg shoe2 nie.
mizz acu
Hahha Jijie..Jijie..blh tahan pick up jgak awk ni. Indah water sounds okay but let's find yg lg over!
Lysa MR
Go-Go Sara. Let wish her the best of all. Sean mmg x leh harap.
Ainul-Sheena will be a good fren.
Nampaknya x lamalah yer Sara mula hidup sendiri nih...
ReplyDeleteIngatkan dah bertahun2 lamanya berdikari...
Que baru nak rasa feeling, tapi sara dah terlebih rasa dah pun...
Dari awal lagi dah siap pikir pasal anak2 dia dengan Que...
Tapi halangan awal dah muncul, kekasih lama kembali...
Agaknya hal yang Indah Water Keparat tuh buat mesti melibatkan duit nih...
Sebab tuh sara nak bayar balik dengan SS...
Kerana indah kenal dengan SS disebabkan dia...
Mungkinkah sara kuar rumah dan kena pelempang sebab backup si keparat tuh...
Adakah kehidupan sara di luar masih dipantau oleh sean dari jauh tanpa pengetahuan sara...
Saja biarkan sara berdikari dan kenal dunia luar yang lebih mencabar...
~w.t~
KL - boleh jugak apply shoes theory CM kat sini ye-brilliant KL- ade jugak tengok but xkisah sngat! - however tonite after reading this n3 baru perasaan n okay .... hua hua .... patutlah pompuan suke byk kasut!
ReplyDeletelawak pon ade bila sara makan smpai pinggan licin-n xkisah nk cuci!!
n slumber je bila que tanya xnak balik ke? - muke seposen jawap nk tengok smpai habis!!!!
-ImAn ar-RahmaAn
Like d shoe theory!
ReplyDeleteSeem sara is so fond of ES n excited kena ajak dinner! Or sara nk dinner free kot!
-guest melepak
w.t
ReplyDeletemana Sara feeling, dia reject awl2 tuh sbb quality Que x meet her taste so konon2.
ishh all ur theories i wnt to incorporate into plot. Gud!
ImAn
Shoe theory to talk of the day among my fren.
Msg dok kira their nos of shoes & read their personality. Girl can go cuckoo just by ths small thing.
Hahaha...Sara mmg slumber.
guest melepak
me too like the shoe theory
Sara in love with ES. wat to sayyy...
auni shahira
ReplyDeletehai...sikit..ishh 3 entries in 2 days...
aigoo..cukuplah. Dorg tgah pikir nama nk bagi kat Indah tu. Gv them time.
Dear KL,
ReplyDeletecepat-cepat update n3 8.....nak sangat-sangat Sara dengan Que...tolonggg laaaaa...
ini permintaan khas ni.....
by the way akak suka shoe theory....
tak payah nak membazir......ha..ha..ha..
-kak fadz-
indah ke penyumbang kepada hubungan sean sara yg retak tu? sepak lelaju kat muka minah tu!
ReplyDeleteque can read sara's mind. suka suka suka. cukup package lerr mamat ni.
nanti balik nak count my shoes. rasa rasanya more than 4 kot. HEHEHE
hampeh.. with that shoe theory-kena kot dengan ugly betty!!!
ReplyDeleteyeah ...like sgt2 que n sara ni - sempoi je!
Indah kasi nama Indah cacing panas .....
-!uglybetty malaya!
kak fadz
ReplyDeleteQue - Sara way to go.
shoe theory nk ajk org elakkan pembaziran. hahhaa...pada hal br kelip2 tgk SF ballerina tp x mampu nk beli. Ahaks...
m
awk up sikit dr Sara eh. 4 tu tp kira less lagi according to Dr Reid. Hahahha
!uglybetty malaya!
hahha awk ada 3 je ke kasut mcm sara?
Coolio okeh, sy berlambak pun last yg pakai slalu pun 3 jer. Loikkee jgak.
Indah cacing panas mcm cantek gak tu.
eh eh, main tarik-tarik pulak que ni.
ReplyDeletehahaha
hehe..marah tu pegang ank dara org
Deletestill lagi banyak persoalan yang tak terjawab....
ReplyDelete