Thursday, 9 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 8

            Shah Ezlan memandang Sara di sebelah sayu. Kasihan mendengar nasib Sara. Patutlah Indah buat tak layan langsung apabila Shah menjejakkan kaki di SS. Sekolah lima tahun bersama pun Indah boleh buat tak layan. Kalau kat sekolah dulu tersengih – sengih pantang bersua muka, sekarang langsung tak nak bertegur. Sombong tak kena tempat. Apa punya kawanlah macam ni. Kak Hanim dan Jijie hanya menggelengkan kepala mendengar soalan Shah. Masing – masing macam takut melihat jelingan Indah.
            Sean tak nampak muka pula. Kalau Sean ada di SS tapi kalau ditanya dia jawab tak tahu kat mana adik sendiri berada harus tang tu juga Shah cari Sara. Walau pun terpaksa menggeledah satu Kuala Lumpur. Mesti ada sesuatu yang buruk telah berlaku tapi ketika itu syak wasangka dibuang jauh. Tak mungkin Sean akan membiarkan Sara hidup sendiri setelah lama Sara berada di luar negara tapi sebenarnya selagi bernama manusia, semua yang tak mungkin boleh sekelip mata menjadi realiti. Kehidupan Sara sekarang pasti penuh penderitaan.  
            Akan dicipta sebuah magik untuk menghadiahi Sara sebuah kehidupan yang manis. Shah tersenyum memandang Sara yang berjalan dengan pop corn di tangan. Serius je muka Sara ni 24 jam. Nak tengok Sara senyum memang kena gigih buat lawak. Itu pun senyuman tak sampai 5 saat. Pap! Padam. Kalau dia pelawak antarabangsa macam Mr Bean bolehlah nak buat lawak setiap minit semata – mata nak senyuman menghiasi wajah Sara masalahnya dia pun man of few words. Memang teramat padan dengan Sara. Hanya dengan Sara sahaja Shah tega menjadi diri sendiri. Sentiasa riang. Selama berjauhan dengan Sara, hanya sayangnya yang mendalam terhadap Sara membuat Shah mampu menepis segala godaan yang mendatang. Selagi Sara tidak mahu mengikat hubungan ini, selagi itulah Shah akan berusaha keras. Sara satu dalam seribu. Bagi Shah senyuman Sara yang menjelma sekali – sekala lah yang boleh buat dia gila bayang. Senyuman seumpama bulan purnama, menjelma sesekali tapi cukup untuk memberi cahaya ke seluruh jiwa.
            “Nak apa – apa lagi tak?” Shah dengan murah hati mempelawa.
            Sara cepat – cepat menggelengkan kepala. Tadi Shah dah belanja makan di Madam Kwan. Sekarang nak belanja tengok wayang pula. Seganlah. Selama mereka berkawan masing – masing bayar sendiri. Shah dah penat nak bertekak dan Sara tak pernah penat nak menang tapi berlainan dengan malam ini. Sara terpaksa mengangguk konon tak kisah apabila Shah yang membayar segala – galanya malam ini. Mesti Shah ingat hubungan mereka meningkat setakuk lagi tapi sesungguhnya saat ni poketnya memanglah teramat kering.
             Cukuplah setakat Shah mengetahui yang dia disisihkan oleh Sean dan cuba untuk bertapak sendiri. Sekurang – kurangnya Shah mengenali Indah dan Sean dan Sara senang untuk berkongsi cerita. Betullah Shah cakap. Indah ni nama je Nur Indah tetapi sebenarnya manusia yang ada mata, tidak boleh nampak, ada telinga tidak boleh dengar, ada hati tetapi tidak boleh memahami, ada ijazah tetapi tiada iman dan ada ilmu agama yang tinggi tetapi tidak ada nur dihati. Tidak seindah nama.
            “Sara, are you okay? You look haggard.” Shah berjalan di samping Sara bertanya perlahan. Mereka menyusuri kerusi – kerusi di dalam panggung wayang untuk mencari tempat duduk mereka yang betul – betul berada di tengah.
            “Okay je. Pening sikit. Tadi redah hujan.” Balas Sara separuh berbisik apabila masing – masing melabuhkan punggung di kerusi.
            Mana tak pening apabila Sara redah hujan sebab lari daripada mamat psiko. Lepas tu boleh kunci kereta dia tak perasan tercampak kat depan pagar masa kena tarik dengan Que. Dah sampai kereta, kena patah balik ambil kunci. Basah kuyup tak usah cerita. Gila punya orang. Terbawa – bawa sangat perangai ramah tamah dan senyuman manis pramugara sampai dah mendarat pun layan orang terlebih mesra macam kat dalam kapal terbang lagi. Dia ingat dia siapa nak main tarik – tarik anak orang. Sumpah Sara tak suka dengan perlakuan Que petang tadi. Tak kiralah niat dia baik atau serong sekali pun tapi sah Que memang kena blacklist dalam senarai pelanggan terpilih. Sekarang siapkan studio cepat – cepat lepas tu bye –bye Mr Steward. Sara menjeling ke atas. Black tissue! Arghh!!! Esok ada temujanji lagila dengan Que. Harunya.
            “Kenapa sampai juling tengok atas Sara?” Shah berbisik.
            “Oh. Tu kat atas, tengok balutan black tissue kemas je.” Sara berdalih.
            “Mana? Apa tu?” Shah turut memandang ke atas.
            “Semua panggung wayang kalau jenguk atas kan berbalut macam kertas hitam, tu namanya black tissue. Material akustik fiber glass yang murah, jimat tapi bagus untuk menyerap bunyi.” Sara menurunkan ilmu ringkas. Kantoi tengah keluar jalan pun boleh ingat bab kerja. Mr Boon Praraks punya penangan. Tak nak mengaku Que Zafril punya penangan.

***                 

            Que mula gelisah. Dah nak petang ni. Pukul berapa Sara nak sampai. Dari semalam tak boleh nak tidur. Lepas Subuh terus Que bangun bersenam. Layan TV dan duduk je kat sofa dari pagi sampai sekarang. Langsung Que tak keluar rumah. Nak telefon Sara tanya pukul berapa nak datang segan pula. Wajah Sara yang masam mencuka dah melekat dalam memori. Tak kira lagi aksi mereka tengah – tengah hujan. Dah macam tengah bikin filem Kuch – Kuch Hota Hai Part 2 dah.
            “Jangan balik dulu please. Hujan lebat sangat. Bahaya.” Que terkejut apabila kepala Sara hampir tersasar ke dadanya. Tak sangka tindakan refleksnya menarik Sara tanpa berfikir panjang begitu sekali. Nasib baik Sara tak tergolek di lantai yang licin. Kalau tak macam mana nak menjawab dengan Mr Boon Praraks. Kena bayar fees tiga kali ganda agaknya.
            “Hey, lepas tangan saya. Are you crazy!” Jerit Sara tenggelam timbul dengan hujan yang makin melebat.
            “Okay sorry. Saya bukan nak biadap tapi saya risau awak drive sekarang. It’s raining heavily.” Muka Que yang ikhlas langsung tidak dipandang oleh Sara.
            “I appreciate your concern but don’t you think lagi bahaya saya kat sini dengan awak berdua macam ni? Gila!” Terpacul juga ayat biadap kesekian kalinya daripada bibir mungil Sara. Tak tahan. Marah Sara dah memuncak tak dapat dibendung.
            “Sara, okay fine. Let me walk you to the car.” Que berlari ke dalam rumah, menarik sekaki payung dari sebalik pintu utama.
            Sempat Que menyambar bomber jacket D&G berwarna hitam yang tersangkut di coat hanger dan disarungkan ke badan. Apabila Que menjengah porch, Sara sudah menghilang tapi Que sempat menangkap bayang Sara tengah berlari menuju ke kereta yang diparking di seberang jalan. Punyalah jauh Sara parking pada hal kat bawah porch rumah ni sebuah kereta pun tak ada. Yang ada cuma sebuah motor Yamaha R6.
            “Sara!Sara!” Que menolak pagar kasar dan berlari mengejar Sara.
            Que berhenti di sebelah Sara yang sedang menggeledah handbag di tengah hujan. Que mendekatkan diri ke arah Sara, cuba memayungi Sara yang sudah basah kuyup.
            “Kunci kereta saya mana? Tepilah sibuk!” Sara menyinga dan menolak dada Que sehingga tersandar ke keretanya. Dahlah basah kuyup. Mana pergi kunci kereta aku ni. Mamat ni bolehlah pulak dok berpayung kat sini. Sara mengeluh kasar. Nak menangis pun ada.
            “Awak letak kat mana? Cuba ingat balik.” Que tetap setia berdiri di sebelah Sara.
             Kasihan melihat rupa Sara yang basah kuyup dan masam mencuka. Rambut Sara yang selama ini menutupi dahi sudah basah melekat di dahi. Que memerhati sahaja Sara melepas geram sambil tangannya galak menyelak rambut depannya yang basah ke belakang. Pertama kalinya boleh nampak wajah penuh Sara tanpa fringe. Putih melepak kulit Sara. Kalau cakap darah campuran macam dia pun orang percaya. Ke betul Sara pun berdarah campuran? Tak kot. Muka Sara teramatlah kemelayuan cuma segala – gala yang ada pada Sara nampak serba sempurna di mata Que.
            “Jatuh kat porch masa awak tarik saya tadi kot. Dah keluarkan dari handbag tadi kot.” Semuanya kot. Sara terus berlari semula ke dalam rumah Que dalam hujan yang makin menggila. Langsung tidak dipedulikan Que yang turut berlari memayunginya. Mata Sara ligat mencari kunci keretanya di lantai. Tolonglah ada. Tolonglah. Doa Sara dalam hati.
            “This is your key Sara.” Que tunduk mengutip kunci kereta Sara yang terpelanting ke hujung pagar.
            Sara menarik tanpa mengucapkan terima kasih. Menyusahkan orang je. Sedang Sara menarik pintu kereta terasa Que meletakkan sesuatu di bahu.
            “Take it.” Que meletakkan jaketnya di atas bahu Sara dari belakang dan sebelah tangan lagi masih setia memegang payung.
            Belum sempat Sara menolak jaket dibahu, jari telunjuk Que yang mengarah ke baju kemeja pinknya yang basah kuyup membuat Sara terdiam. Que pandang ke lain. Sara rasa macam nak menjerit sampai pecah anak tekak kalau boleh. Baju kemeja warna pink yang tersarung di badan tersangatlah transparent sampai Sara rasa macam nak menangis kat situ jugak.
            “Assalamualaikum.” Salam berselang dengan loceng pagar menarik perhatian Que. Sara? Que mula tersengih lebar. Nasib baik budak tu tak demam.
            “Encik Que Zafril?” Suara Ainul yang lembut merudumkan semangat Que.
            “Ya saya. Cari siapa?”
            “Oh, saya Ainul dari Praraks Acoustic.” Ainul menghulurkan kad.
            Que menjemput Ainul dan kontraktor yang dibawanya masuk. Sopan sahaja Ainul meletakkan kasut di rak. Tak macam Sara yang boleh dengan selambanya masuk rumah pakai kasut. Que menunjukkan bilik atas yang hendak dijadikan studio. Nak ikut naik atas pun dia malas. Langsung tak ada mood. Baru dua kali dia jumpa gadis bernama Sara Nabila tetapi rasa macam dah lama kenal. Que boleh tersenyum sendiri hanya dengan mengingati muka Sara yang sentiasa masam, kadang – kadang serius dan selalunya tenang tanpa reaksi. Selama bertugas sebagai pramugara, setiap gadis yang ditemuinya di awan biru apabila dihadiahkan senyuman pasti balasannya meleret – leret tetapi Sara, jangankan nak senyum balik kat kita, dijeling lagi kita ada.
            Sebentar kemudian Ainul turun kembali dengan kontraktor yang dibawanya. Que Zafril meletakkan beberapa kotak air soya di atas meja. Nak buat carbonara? Jangan harap. Karang ada yang tak nak balik rumah. Ni pun sekadar berbahasa dengan tetamu. Walau pun dia pelanggan tetapi dalam jiwanya sentiasa tebal dengan adat. Sudah diasuh agar menghormati sesiapa sahaja yang melangkah ke dalam rumah mereka. Err..kecuali perompak ya.
            “Encik Zafril nak konsep macam mana?” Ainul bertanya.
            “Boleh tak awak suruh je Sara pilih. Saya dah bagitau dia apa yang saya nak semalam. Memang saya cakap nak tengok material tapi bila dah tengok sekarang, pening pula nak pilih. I trust her choice.” Que menjawab panjang lebar. Malas nak pilih – pilih. Beberapa jenis rekaan di hadapan dan jenis material di meja dipandang sepi.
            “Okay. I’ll tell her that. Sara memang pandai mengambil hati pelanggan.” Ainul memuji ikhlas. Kadang – kadang tak faham jugak, muka comel yang masam macam tu pun pelanggan suka. Ramai yang suka bekerja dengan Sara. Mereka cakap Sara is girl with straight vision. Pujian yang membuatkan Ainul dan Sheena lebih – lebih lah lagi mengagumi Sara.
            Que mengiringi Ainul dan kontraktor Cina yang dibawanya ke pintu utama. Segan nak tanya kenapa Sara tak datang. Bukannya ada perjanjian pun dengan Mr Boon Praraks siapa konsultan untuk projek ni. Mestilah Mr Boon Praraks boleh hantar sesiapa sahaja. Que hanya memandang Ainul memberi beberapa arahan kepada kontraktor Cina yang dibawanya sebelum mereka beredar. Baru disedarinya Ainul datang berasingan. Ainul kemudiannya berpaling ke arahnya.
            “Encik Zafril, nanti Sara akan datang tengok progress kerja. Saya tolong je hari ni. Projek ni akaun dia tapi dia cuti sakit hari ni. Demam.” Ainul meminta diri untuk beredar.
            “Sara demam?” Itu je yang telinga Que tangkap. Lain – lain yang Ainul cakap langsung tak melekat di kepala. Ainul berhenti melangkah.
            “Ya, demam. Teruk juga suara dia pagi tadi.” Ainul memandang pelanggan di hadapannya ini pelik.
            Kalau Ainul masih belum bertunang harus dia boleh cair tengok tahap kekacakan pelanggan di hadapannya ini. Orangnya tinggi lampai, badan yang tegap tak kurus sangat, tak besar sangat, rambut yang kemas tapi santai bergaya, rupa jangan cerita memang boleh meruntun jiwa, nak – nak dengan senyumannya yang lembut tapi macho okay! Cukup Ainul. Cukup. Bawak – bawak ingat Encik Tunang kat Perak nun. Ainul beristigfar dalam hati.
            “Okay. Dah lama kerja dengan Sara?” Tanya Que menahan debaran. Buat – buat macho sebenarnya pada hal dalam hati sungguh dia rasa bersalah. Kalau dibiarkan Sara pergi dengan sopan dan pelawa pinjamkan payung sahaja mesti Sara tak demam.
            “Baru je kerja sekali tapi dah lama kenal. Kenal masa sama – sama main pool. Encik Zafril pun saya tengok pandai main pool dan snooker kot sebab berderet cue dalam almari tu.” Ujar Ainul beramah.
            “Sara pandai main pool?” Que terkejut tapi mengangguk menjawab soalan Ainul. Patutlah beria tanya macam polis Que pandai main snooker ke tak dulu.
            “Bukan setakat pandai. Champion lagi tau.” Puji Ainul bersungguh.
            Tak hairanlah kot. Sara pun belajar di Edin. Budak yang terlepas di bumi asing kalau bukan layan clubbing, layan minum harus layan sukan cue. Tu normal. Kat sana pemain snooker perempuan bersepah. Adakah Sara hebat bermain seperti Allison Fisher, pemain snooker professional yang banyak kali mengungguli gelaran juara dunia kategori wanita? Que dah macam polis tanya Ainul itu dan ini. Langsung dah macam kawan. Maklumlah Ainul peramah, tak macam Sara yang lokek hendak bersuara.

***

            Sara berbaring seharian. Kepala pening, batuk dan selsema. Nasib baik demam dah hampir kebah. Lepas tengok wayang semalam, Shah berkeras juga nak membawa Sara ke klinik. Sean tak ada, Shah ada pun jadilah. Sekurang – kurangnya Sara patut bersyukur masih ada seseorang yang  sudi mengambil berat tentang dirinya. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Seharian berkurung di rumah yang langsung tak ada kelengkapan macam rumah normal memang membosankan.
            Sara mandi dan menukar kepada jeans dan t-shirt Roxy. Kejap lagi Shah nak datang melawat. Tak kan nak jumpa muka tak mandi macam ni. Tak sampai setengah jam kemudian, loceng apartment Sara berbunyi.
            “Dah sihat sikit?” Shah yang berdiri di hadapan pintu grill rumah tersenyum.
            “Dah okay. Esok dah boleh pergi kerja.” Sara membuka kunci grill dan turut berdiri di luar. Tak kan nak pelawa Shah masuk pula.
            “Nak keluar makan tak?” Pelawa Shah dan menghulurkan bakul berisi buah kepada Sara.
            “Tak payahlah. Nak rehat je malam ni. Tadi dari pejabat terus datang sini ke?” Sara memandang Shah yang sedang melonggarkan ikatan tali lehernya.
            Shah memang memenuhi ciri – ciri lelaki idamannya. Tall, dark, handsome. Macam dalam novel tu. Sara mula berangan tapi cuba Shah ajak couple, mahu Sara lari sampai hujung dunia. Selagi masalahnya dengan Sean tak selesai selagi itu Sara selesa begini. Bukan dia tak sayang Shah tapi takut untuk mengheret Shah dalam masalahnya. Lagi pun calon kekasih atau calon suami harus orang yang di approve oleh Sean. Itu syarat wajib! Sebelum ni Sean kenal Shah setakat kawan je.
            “Saya kena balik ni. Dah nak maghrib.” Shah meminta diri.
            “Take care and thanks for coming.”
           
***

            Que meninggalkan kereta di luar pagar. Blok paling hujung. Rumah tingkat satu. Memang terlebih peramahlah Ainul ni. Semua maklumat pasal Sara senang je meluncur masuk dalam poketnya. Kalau bawak motor Yamaha R6 harus dah lama sampai tapi mengenangkan Puchong ni memang black area, seminit dia berpaling pun motor kesayangannya ada harapan nak kena songlap. Terpaksa dia tumpangkan motor kat rumah Joe di Mutiara Damansara, lepas tu pinjam Audi R8 Joe sekejap. Que bukan tak ada kereta tapi G35 miliknya selalu peram kat rumah Daddy  dan Mommy. Malas nak pergi ambil kat Hulu Klang sana. Rumah Joe dekat sikit dengan Puchong.
            Que sempat drive thru Mc Donalds di Destina untuk membeli bubur ayam yang terletak berdekatan dengan rumah Sara. Kat tangan dah penuh barang gaya nak pergi jumpa kekasih pada hal nak pergi menempah maut ada. Sia – sia kalau kena maki dengan Sara satgi tapi kalau tak mencuba mana nak tahu. Cuba dulu, kenal kemudian. Hahaha....orang tak suka, cabut.        
            Que mendaki anak tangga. Ainul cakap rumah Sara paling hujung. Tingkat 1 buat apa naik lif. Senyuman Que melebar sebaik sampai ke anak tangga terakhir tapi mati apabila dia menangkap suara Sara dengan seseorang. Que merapatkan telinga ke di dinding. Praktik ajaran cikgu akustik semalam. Sah suara Sara.
            Suara lelaki      :Saya kena balik ni. Dah nak maghrib.
            Suara Sara       :Take care and thanks for coming.
            Que maju selangkah lagi. Dia nampak seorang lelaki yang segak dengan pakaian kerja siap slack hitam dan kemeja belang – belang warna biru dan kuning air. Kekasih Sara ke? Ainul cakap Sara tak ada kekasih. Sebentar kemudian lelaki segak itu hilang dalam perut lif. Sara pula mula menutup grill. Que melangkah dan berdiri di hadapan rumah Sara. Loceng pintu di pandang sepi. Bunga, teddy bear dan bubur Mc D yang dibawa diletakkan di hadapan grill. Penat bimbit dari tadi lagi. Nak tekan ke tak loceng ni?


26 comments:

  1. hahaha, Que ni memang over okeh? baru kenal je kot? tapi agaknya Que ni memang jenis lelaki yang suka cabaran eh? sila jgn berputus asa ya Que?

    tengah pk lagi apa gelaran nak bagi kat indah yang tak berapa nak indah tuh. haha

    ReplyDelete
  2. why feel like to cry n heartbreaking??? *wow mcm ayat tengah berchenta!
    really feel for Sara-but amazingly sara appeared to b so cool n does not express her sufferings(?)- or is she really upset to wat happen to her n sean?

    and for Que-so compassionate-xcair ke sara?
    Shah-??? -... sara's taste but kinda don like him hehee....

    ok bunga, teddy bear n McD bubur??? fancy those anyone??? sape x cair bila kena bagi all these stuff?????

    tq KL for this n3 .... actually have been refreshing & load the current page for more than 50X since morning?? caye x? obsess ngan QUESARA!

    ReplyDelete
  3. Hajar
    over gila. Que niee kan. Kita tgklah cabaran ke tak bg dia ni.

    Sy pun tgah pikir gak. bende yg terauto kluar waktu readers tgah emo drop komen baru best sbb masa tu tagh emo masalhnya sy x bomb lg ape kejadah Indah tu buat & sean buat, caner nk emo?



    Jazmeen
    hahaha..married lovers fall in love everyday dear!
    Not yet to express her real feeling. Baru kot re-kindle balik dgn Shah. R u wishing to make her cry & upset everyday? Cn be done, no hal.

    hahhha i tau, org gilak je tak cair nanti but Sara?

    2mrw don't refresh, I'll be attending numerous appmt 2mrw. hehhe..
    Berjimba lg next wk.

    ReplyDelete
  4. hailaa.. ciannyer que.. xpe2, biasala gentleman kna la work hard sket yer..sara tu kn protective orgnye.. hehe
    er, indah tu ape kes? yg jijie pon takot ngan dia? aiyo..gaya cm dia lak tokeii SS tu.. (pls la KL jgn kata c xindah ni kawen ngan sean..pls) kalo kapel xpe g anytime leh tendang sampai afrika. hehehe..
    ekceli saya pon sm cm jazmeen dr pg asik type Karya Lepak jer..tutup n pastu bukak balik haha..

    ReplyDelete
  5. mizz acu

    Que - que ramai support suruh berusaha keras tuh.
    Indah....hahaha doa lah awk punya ayt tu x jadi kenyataan...hahhaa..solving family matters would be a good plot & something tat we can learn. hahhaha...
    Jgn penatkan jari comel anda refresh sbb sy ni x blh diharap. sekian :p

    ReplyDelete
  6. Langkah kanan la Que sebab sara ada kat rumah tu...
    Tapi harus kena tebalkan muka, kalau nipis mmg melepas...

    Que kena buat mcm joe, cepat2 tangkap nina...
    Jangan ikut cara farezz yang sengal dan lembab...
    Memang x da harapan la nak dapatkan sara...

    Peluang Que masih luas sebab SE bukan apa2 di hati sara masa nih...
    Kena pandai sulam kat hati sara nama QUE...

    Dengan sean harus x da masalah, sebab dah kenal jugak dulu2...

    Dulu sara lemas, dapat bubur McD, skang demam pun dapat Bubur McD lagi...
    Mmg hantu McD la Que nih...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  7. Huhuhuhu baru jumpa dh tagkap cinta....hmmmm love at da 1st side kot si que ni......shah ni sape pulok?huhuhuhu kompius dehh kitak..... Teruk ke konflik sara dgn sean? Tertanya2 bila baca n3 ni.... Wah baiknyerr que sia bg teddybear,bubur ayam mcd lagikk...x lupe ade munge? Hmmm nk tau jugakk si sara suke munge ape yup :-)

    ReplyDelete
  8. scene hindi quesara remind me scene fareez jadi hero tamil mse kt pd dgn my meen :)

    cite jet neh rse mcm susun puzzle..gigih nk cntum kn part by part..

    xpe que,if sara cair pasni,kompom pasni leh joget lagu aint nobody dgn riang ria :)

    ReplyDelete
  9. alahai..why stop kt depan pintu nie...saje je wat suspen...Que tu mesti cuak nk tekan loceng tu, mesti balik mcm tu je..pastu Sara mesti igt Shah yg letakkan barang2 tu kt depan rumah dia..hehehe

    anyway, sgt suka gaya KL menulis. santai but still can touch your feelings. x terlalu berat/ konflik melampau mcm sesetengah writer..:)

    ReplyDelete
  10. dengar nama indah muka btalam2 jer, terus stress.... dengar nama sipi2 dia pun dah nyampah, apa dia dh buat, please jgn kta sean dgn dia.... alahai sara ni. kesiannya dier.... demam pula. ala setiap hari nama joe kuar dlm cerita ni... hmmmphh. que ni kdg2 gi la jaln2 jmpa jasmin pula, untng2 fareez trselit sikit... aww angau dkt fareez ni.

    ReplyDelete
  11. w.t
    yesza
    i kinda like ur sequences.
    Part ikut joe dpt, ikut Fareez melepas tu mmg x leh blah.
    BOLEH X KL NK JERIT, APESAL KORANG RINDU SGT KAT FAREEZ NEH? SAYA POONNNNN......UWAAA

    TLC
    awk ni haruklah..baca ke jeling last2 n3? ada ke x tau sape Shah. Sah awk terlebih mkn cheese cake. Tak pun aasignment bnyk sgt. hehehe

    syira
    yeah Syira. Fareez over, langsung angkat Meen. Tak leh blah. Gaya lebih tp lembap!
    hidup awk berjimba je..neh complete the puzzle.
    wats next?

    Cici
    hhhah cici ur theory tu i loikke okey.
    tak de lah smpai Sara igt Shah. Dh bawak buah tu. Tak molah Shah over baik karang susah nk get rid of him.


    zawani
    sape kata? Sy kata ke? Tak sy tulis je. hahha bikin awk lg stress.
    owh really Joe ada in every n3..owh next n3 sy kn tukar skit ni sbb meen x rapat dgn Que. Susah jgak nk menyelit tp boleh diusahakan.

    ReplyDelete
  12. pls que jgn tak tekan loceng tuh..... tekan ....
    tak nk letak di luar - wat f sara x bukak pintu --- kitaorng meroyan nanti!!

    Shah-jgn le ko baik sangt to Sara- we all x larat kot nk layan awak- g main jauh-jauh syuuu syuuu

    sedih pon ada jugak bace n3 ni - sedih coz sean tk kisah!!!

    -NuR

    ReplyDelete
  13. IWK masih ada kat SS yer, dah jadi mem besar ke dia kat sana...

    Dah kena bomohkan dek indah ker tokei SS tuh...
    Atau saja dia buat trick, tersangkut dengan indah...
    Sebab nak tunjukan kat sara rupa sebenar kawan baik dia tuh...
    Selain nak suh sara berdikari, selama nih asyik menempek di bawah ketiak sean jer...

    Melepaslah Que kalau dia x tekan loceng rumah sara...
    Tebalkan muka, kuatkan semangat...
    Takkan hero dah mengalah awal...

    Kalau nak tips mcm mana nak tebalkan muka, sila hubungi datuk K...
    Dia mesti ada banyak tips2 berguna...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  14. puzzling all the way .... but like this approach KL!! wat readers meroyan terus!
    this guy SE - a sort of caring person but as some readers said - x nak lh sara layan bagai ngan dia!
    kemon KL nape suke sangat wat kitaorng saspen at d end!!!!
    Que susah sangat ke nk press the door bell .....???

    -Lysa M R

    ReplyDelete
  15. Ok bingo dh taw sape shah itew! Huhuhu.....kita haruk wok huhuhu lame btol x dgr perkataan haruk hahaha......cheese cake baru jep baked last weken oreo flavour :-) hmmmmm best gak dok teasing cikpuan kl ni :-) hehehe luv u beb

    ReplyDelete
  16. NuR
    alaa...kna ltak pistol kat kepala br Que tekan tu. Kalau Que tekan, Sara x bukak? adoi smpai ke situ imaginasi awk eh. Ganeh tul.
    Shah baikla..bg Sara serba salah, x pun Que ngalah ke....amacam?


    w.t
    komen yg boleh buat air mata sy meleleh.
    Sila hubungi Dato' K utk dptkan tips berguna? Adoi sakit perut gelak.
    HAHAHAHAHA...
    KAHKAHKAHKAH...


    Lysa MR
    SE mmg sweet kan. Sajer kot ada readers tetiba nk SE jd hero. Cam best tu.
    Que...eeiii kalau sy pun takut, 2 kali jmpa dah meroyan pg dpan rumah org..ishhh2 dhla Sara tu kerek.


    TLC
    jgnlah wat lawak..awk gi baca blk ke last2 chaps..Kite gurau je larh...haha
    awk kena paste la kat next n3 resipi tu, ada readers nak. i lev u too beb!

    ReplyDelete
  17. apa title si indah tapi tak berapa nak indah ni pegang eh?

    SE not bad. but still prefer Que. SE tu bagi kat indah je lah.

    alololo kesiannya sara. jgn lupa makan bubur tu ya. special tu. hehehe

    ReplyDelete
  18. after re read d n3:
    KL - don't tell us that Indah is a sort of 'someone special' in sean's life now???
    NO! NO! cannot be accepted - totally agonising n unbearable for readers! arrgghhh- BUT ok lah let Sean learnt d truth along d way! hehee

    anyway - excited n thrill to see readers sume nya nk que tekan je loceng!!!! jeng jeng

    ~jazmeen@melor

    ReplyDelete
  19. m
    SE tu my dream guy okeh, tall, dark, handsome...hahaha...gilakk KL nie.
    so far ketua panel Jazmeen belum memutuskan apa gelaran rasmi Indah. Dorg tgah tgu wat happening nie actually br boleh gasak bg nama



    Jazmeen
    cter baru 1/5 dh repeat..hahha..& seriously ramai neh yg risau Indah dgn Sean but reality isn't always preety rite?
    Waaa....
    If Que press the bell, they will like smiling reading but Sara. Mesti mcm nk sepak2 jer Que tuh. Ishhh...

    ReplyDelete
  20. Takmo! Takmo! Takmo! Plss jgn la indah tu wifey sean..xleh trime. Mudah2an bukan..amin

    ReplyDelete
  21. mizz acu
    mampu gelak je di pagi jumaat yang mulia ni.
    HAHAHA
    KAHKAHKAH
    agonizing ah!

    ReplyDelete
  22. Dear KL,

    Alaaaa...baru aje nak feeling....
    Minta2 Sara layan Que elok2...tak mo laa Que dalam blacklist...
    Hoping Sean approved Que.......


    -kak fadz-

    ReplyDelete
  23. pity sara...naper ek sean sisih die...

    ReplyDelete
  24. ape ek yg dah dibuat dek nur indah yg indah khabar dr rupe tu kat sara....


    -MWR-

    ReplyDelete
  25. kak fadz
    tgu ya Sean approve Que. Kot apa jadi sebenarnya neh.

    Anonymous
    Sean sisih sbbb...er sbbbb..next epi plsss

    MWR
    Nur Indah yg x der cahaya & x indah tu? Dia buat....next epi plsss

    ReplyDelete
  26. mmg over la que nih...siap teddy bear n bunga bagai muahhahaha

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...