Monday, 6 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 5

            Sara menyangkut tuala dan robe ke BASTIS hook warna - warni dibelinya di Ikea waktu makan tengah hari tadi dengan harga RM 9.90. Beli BAGIS cloth - hanger pula RM 3.90 sepeket. Dapat 4. Sara beli 3 peket hanger. Dapat 12. Jadilah baju gantung kat hanger. Nak beli almari pun tak mampu. Nak jengah kat Ikea tadi pun rasa macam sesak nafas je tengok harga barang – barang. Ingat nak beli chest drawer 3 tingkat tapi harga mak ngaii, RM 259 tu. Kalau beli harus makan angin sambil hujung bulan.
            Sara duduk bersila di tilam. Bersyukur Sara. Bersyukur. Ramai lagi orang yang susah dan miskin kat muka bumi ni. You’re not alone! Tadi Sara turun ke kolam renang kat blok tengah. Apartment dia ni kat blok paling hujung. Sampai – sampai sahaja, Sara terkejut melihat saiz kolam renang yang macam kolam ikan sahaja. Saiz langsung tak ikut spesifikasi standard atau pun saiz minimum. Baru lima kuak agaknya terus sampai kat hujung. Mahal tu sewa kat sini, RM600. Banyak benda yang dia terpaksa korbankan semata – mata nak menyewa kat apartment yang konon dekat dengan tempat kerja dan rumah anak murid serta terpengaruh dengan gambar kolam renang yang dipaparkan dalam iklan. Nampak lawa dalam iklan tapi teramatlah hampeh.
            Beg kerja bertulis di depan Victoria’s Secret yang berwarna shocking pink ditarik. Calculator dan kertas dikeluarkan. Owh pening! Macam mana nak uruskan kewangan dengan baik ni? Semua nak kena catu.

1.      Viva =  RM 400
2.      Rumah = RM 600
3.      Makan = RM 300
4.      Bil api/air = RM 100
5.      Minyak kereta/tol = RM 300
6.      Bil telefon = RM 100
7.      Hutang SS = ?

            Okay semua perbelanjaan wajib RM 1800, lepas tu tiap – tiap bulan tak payah tengok wayang, tak payah beli baju baru? Kalau sakit nak kena pergi klinik kerajaan ke? Owh epf/socso tak payah tolak gaji pokok Cik Sara? Alamak apa yang nak dikorbankan ni? Sebentar kemudian Sara tersenyum lebar. Lupa, kan dia ada duit lebih sikit yuran mengajar tuisyen budak – budak. Sekarang Sara baru dapat 3 orang pelajar. Itu pun terkejar – kejar macam nak rak. Kerja dengan Mr Boon Praraks ni bukan boleh diharap. Pukul 2 pagi pun dia boleh telefon cerita pasal kerja kalau tiba – tiba dia teringat apa – apa idea bombastik. Tak kira lagi arahan tiba – tiba suruh stay back kat pejabat saat – saat akhir. Baru nak usung beg keluar, dia boleh cakap ni kerja penting, tu kerja penting pelanggan nak esok pagi. Dengan pilunya kenalah letak balik handbag bawah meja. Macam mana nak ambil pelajar ramai – ramai kalau macam tu? Mahu parent mengamuk kalau asyik tunda kelas.  
            Jadi semua duit tuisyen akan digunakan untuk melangsaikan hutang SS. Hutang yang langsung tak ada kaitan dengan Sara, dosa orang lain yang jatuh ke bahunya. Bila nak habis hutang kalau duit nak menyimpan ciput macam ni? Dalam bank dah susut. Bayar deposit rumah 2 + 1 campur utiliti dah RM 1800, bayar deposit Viva RM3000, tinggal dalam bank RM 200 je lagi. Selama ni dia tak pernah tengok duit dalam bank ada berapa rupa – rupanya tak lah banyak mana. Dah hidup sendiri baru Sara tahu rupa – rupanya duit yang dia ada baru RM 5000 dalam bank. Sara mengeluh untuk kesekian kalinya. Rupa – rupanya duit yang arwah tinggalkan semua pada Sean.
            Sara merebahkan badan ke tilam. Tilam yang nipis dan langsung tak empuk. Setahun dia duduk macam ni, tahun depan boleh kena osteoporosis agaknya.
            “Arghhhh!!!!!” Sara menjerit sekuat hatinya.
            Sampai bila nak hidup macam ni. Hidup baru bermula tapi Sara dah rasa macam setahun. Penat dengan hidup berdikari yang dia baru nak belajar. Balik dari Seremban 2 terus Sara menuju ke Pasaraya Ong Tai Kim. Pasaraya yang paling dekat dengan rumah sewa barunya. Beli stok maggi dan roti. Cukuplah. Sara malas lagi nak fikir apa rancangan hidup seterusnya. Setakat ini rasanya biarlah dia hanya mengikut arus. Dunia Sara telah berubah sama sekali.  Rasanya sudah beberapa minggu Sara menahan dirinya daripada mengingati peristiwa pahit itu tapi berada di rumah pelanggannya Que Zafril siang tadi mengimbas segala memori tanpa diundang.


***

            “Eh, apesal patah balik?” Que pelik melihat awek Acoustic Consultant yang bernama Sara ni tiba – tiba berpatah balik. Que baru nak tutup pagar.
            “Awak cakap tadi awak kenal saya? Pernah nampak kat mana?” Tiba – tiba hati Sara tergerak nak tanya. Ayat Que memang bunyi macam stereotype tapi amat ikhlas kedengaran di telinganya.
            “Err...saya cakap macam je tapi sekarang ni otak saya tak mampu lagi nak ingat. No big deal right?” Que tersenyum.
            Jam ditangan dikerling. Aisehh..uniform tak pakai lagi ni. Menyesal aku ayat tadi. Van nak amik krew bila – bila masa boleh sampai kat depan rumah ni. Biasa notis akan diberitahu 6 jam sebelum penerbangan kepada krew tapi Que yang terlupa. Lepas dapat panggilan daripada CDC (crew deployment centre) bagitahu dia ada penerbangan ke Delhi malam ni terus Que terlelap. Sedar – sedar pun sebab dengar azan Asar. Lepas cakap dengan Mr Boon Praraks nak batalkan consultation hari ni, sebentar kemudian telefonnya berdering, Sara sesat jalan.  Alahai awek masam kat depan ni tadi sesat la pulak.
            “Saya ada dua soalan penting.” Sara bertanya.
            “Apa? Tanyalah.” Okay serius Que dah mula rasa nak meremang bulu roma tengok pandangan tajam awek kat depan dia ni.
            Muka dahlah masam je. Que cuba menganalisa wajah di hadapannya. Masam tapi comel. Memang betul air muka awek ni macam ni ke sebab hidup penuh dengan masalah? Atau memang spesis meroyan. Tak kan kena sikit terus buat muka. Maklumlah tak sampai 5 minit Sara masuk rumah dah kena keluar balik. Suara pula tegas semacam. Nasib baik intonasi awek ni masih dalam range yang terkawal. Dengan matahari yang mula bersembunyi malu di balik bukit, mahu Que tak rasa pelik bersoal jawab dengan awek yang baru dikenalinya senja – senja begini. Jelmaan vampire pun mungkin ni. Dengan air muka yang serius dan garang tu, tak peliklah kalau tiba – tiba keluar taring. Que mula melalut. Okay but she’s cute anyway!
            “Satu. Motor Yamaha R6 tu awak punya ke?” Tanya Sara.
            Sean kaki superbike. Sean pun ada sebuah motor Yamaha R6 sama seperti Que punya. Bezanya Sean punya warna merah dan Que punya warna biru. Sara memejamkan mata. Teringat zaman riang dia dengan Sean. Rasa macam baru semalam mereka buat kerja gila naik motor pergi makan malam di San Francisco Steakhouse di Melaka. KL – Melaka Sean rembat tak sampai sejam setengah. Turun kat depan VIP parking San Francisco Steakhouse tu rasa macam kepala lutut Sara nak tercabut. Sampai tiga jenis maincourse Sara makan malam tu dan menunya dia ingat sampai sekarang. Honey Peppered BBQ Lamb Ribs, Grilled Fillet Steak yang saiznya macam kacang pea dan Sara hanya tersandar kekenyangan selepas membelasah Australian Rib Eye Steak.
            “Saya punyalah. Kenapa? Lawakan.” Que tersenyum tapi senyumannya mati melihat cebikan Sara.
            Cehh!! Penat aku bikin superbike ni haruslah lawa. Beli pun semata – mata tertawan masa tengok Valentino Rossi naik podium menang Grand Prix nombor satu sebab bawak motor macam ni. Berhenti kat traffic light mana – mana pun kalau tak ada orang usha memang tak sahlah. R6 milik Que ni motor keluar Special Edition. Haruslah lawa dan lain dari yang lain. Tak kan awek ni minat layan motor besar pulak? Ke stok – stok habuan mamat rempit ni. Que berkerut – kerut membuat teori sendiri.
            “Saja je tanya. Kat dalam tu pula banyak cue. Hebat sangat ke main snooker?”
            “Taklah hebat, saja kumpul sebab nama aku Que. Macam dekat – dekat je sebutan. Kenapa?” Que berdalih.
            Soalan – soalan Sara ni macam pelik – pelik. Buat masa sekarang ni otak Que tak mampu nak comprehend. Nak cepat masuk dalam, tutup pintu, mandi, bersiap. Tu je yang mampu dia fikir sekarang.
            “Tak ada apa – apalah. Bye Encik Zafril.” Sara terus berpaling dan melangkah ke arah Viva yang diparking di luar rumah Que Zafril. Bangang punya jawapan. Ada ke orang buat koleksi cue harga beriban semata – mata sebutan nama sama. Menyesal aku tanya. Sara menjeling rear mirror, bayangan pelanggan barunya yang bernama Que Zafril hilang di sebalik pintu. Pedal minyak Viva ditekan.


***


            Sara dikejutkan dengan bunyi jam loceng yang nyaring di hujung tilam. Dah seminggu hidup Sara riang - ria tak payah nak keluar pergi site. Maklumlah pelanggan terbarunya Encik Zafril dah menghilangkan diri tanpa khabar berita. Kerja – kerja menyiapkan laporan sahaja berlambak kat meja dalam masa seminggu ni.
            Mulut Mr Boon Praraks bising tak usah cakaplah marahkan Sara kerana tak berkeras menyiapkan kerja pada hari yang sama. Bukan Sara tak faham maksud Bos. Sekurang – kurangnya kalau Sara sempat ambil ukuran ringkas atau membincangkan kriteria yang diperlukan oleh Encik Zafril, mereka boleh menyediakan pre-design  sebelum membuat rekaan sebenar. Kononnya ini adalah cara untuk meng’lock’ akaun pelanggan. Masalahnya bilik yang hendak dijadikan studio pun Sara tak tahu kat mana. Dah sah – sah Sara duduk dalam rumah tu pun tak sampai 5 minit dah kena blah. Kat bilik tingkat bawah ke, kat bilik tingkat atas ke atau seluruh ruang tamu hendak diubah menjadi bilik studio? Bukan Sara tak pernah jumpa idea pelik – pelik walau pun baru bekerja. Kalau tahu lokasi pun sekurang – kurangnya Sara dah boleh agak pre-requirement pelanggan tu apa.
            Hari ni kena bangun pagi. Seawal pukul 9 pagi Sara dah kena menghadap Mr Boon Praraks. Hari ni Sara kena ikut Mr Boon Praraks turun tapak projek baru. Yang Sara mengeluh ialah bukan sebab dia kena bangun pagi tapi kerana projek baru ini lebih kepada projek akustik mekanikal. Sara lebih gemar projek akustik arkitek. Dalam setiap projek, rekaan akustik akan melibatkan dua perkara iaitu akustik mekanikal dan akustik arkitek. Akustik mekanikal lebih kepada kerja meminimumkan bunyi yang terhasil oleh persekitaran terutamanya daripada sistem hawa dingin manakala akustik arkitek lebih kepada penataan ruang bilik yang hendak dirawat secara spesifik.
            Sara bersiap ala kadar. Kemeja pink lengan panjang dipadankan dengan skirt paras lutut warna kelabu dan diamond stud earrings yang berkilauan menambahkan seri. Apalah sangat yang sempat Sara cekau daripada biliknya di penthouse dulu. Ulang pakai sahajalah apa yang ada. Fesyen rambut Sara sekarang ialah blunt bob yang dia sendiri dah mula bosan. Rambut budak sekolah. Ni rambut protes. Sara menguakkan rambut hadapannya. Dah mula panjang. Bila nak trim ni? Tak pun tukar fesyenlah. Fesyen short shag nampak seksi sikit tak pun kalau nak lebih kurang boleh buat angled bob. Rambut depan ni sengetkan sikit. Tutup sebelah dahi je. Baru macam retis. Sara mengetipkan bibir. Hair maintenance ni semua nak pakai duit Sara. Pasrah je lah buat masa sekarang ni.
            Sara melangkah keluar bilik. Koleksi kasutnya merudum daripada tidak terkira jumlahnya menjadi tiga? Tiga pasang sahaja? Sara menyarungkan Zara cutwork ballerina berwarna putih. Lantaklah sepadan ke tak janji kaki tak terdera nak jalan – jalan di tapak hari ni. Butang lif ditekan. Pemalas betul. Rumah tingkat satu pun nak naik lif. Peduli apa. Sara menerobos masuk ke dalam lif yang kosong dan 40 minit kemudian Sara sudah tepu di kerusi pejabatnya.
            “Sara, turun. Bos tunggu kat parking. Dia suruh kau bawak kereta sendiri.” Ainul yang baru meletakkan gagang telefon pejabat memberi arahan.
            Musnah harapan Sara nak jimat minyak kereta. Nak tak nak terpaksa jugak Vivanya berjalan jauh hari ni. Baru pukul 9 pagi tapi panasnya ya Allah. Sara merungut hinggalah akhirnya sampai ke destinasi. Sara mencatatkan semua data yang diperlukan. Mr Boon sibuk melayan wakil pelanggan agaknya kat luar. Terpaksalah dia sorang – sorang layan bunyi chiller yang menderum macam bunyi jet tua. Bising tak ingat. Projek kali ni ialah untuk membuat rawatan bunyi bagi sistem hawa dingin di Jabatan Pendaftaran Negara. Bilik yang menempatkan chiller teramatlah dekat dengan bilik – bilik pejabat jadi kontraktor utama Nam Foong melantik syarikat mereka untuk membuat analisis bagi mengatasi masalah ini.
            “Bos, done.” Sara memasukkan clipboard ke dalam beg Victoria’s Seceret di bahu.
            “Sara, come. Meet Shah Ezlan, client’s rep.”

***

            Sara tersenyum sendiri. Kad nama Shah dipegang kejap. Walau pun sakit hati tengah hari macam ni kena meredah lebuh raya PLUS tapi pertemuannya dengan Shah mengubat hati Sara. Lama mereka terpisah. Sara yang memilih untuk tidak memutuskan apa – apa tentang hubungan mereka. Shah selamat menjejakkan kaki ke bumi Amerika selepas menamatkan ADFP di INTEC UiTM. Setahun sahaja mereka sama – sama menuntut di INTEC Shah Alam kemudian masing – masing membawa diri. Patutlah Mr Boon suruh bawak kereta, rupa – rupanya dia dah buat temu janji dengan Encik Zafril. Hantu punya Bos. Dahlah penat, lapar pula.
            Rupa – rupanya pelanggannya seorang paramugara. Patut jadual tak menentu. Kaya sangat ke jadi pramugara? Sara tertanya sendiri. Rasanya gaji dalam lingkungan 5 – 6k je. Hidup mewah semacam je tengok tapi kalau bujang memang bolehlah kot. Sara mengetuk pintu rumah pelanggannya lama. Huh! Suruh datang tapi batang hidung pun tak nampak. Mana pergi Encik Que atau Encik Zafril ni. Sara pun tak tahu nak panggil apa. Panggilan apa yang excites dia? Boleh pilih – pilih nak panggil apa? Pelik betul pelanggan sorang ni. Biasanya pelanggan lain nak dipanggil dengan penuh hormat maklumlah senang nak diarah itu dan ini. Sara memberi salam lagi. Loceng dah berkali – kali ditekan. Pintu dah berkali – kali diketuk. Nasib baik pagar kecil tak berkunci. Masuk je lah. Tak kan nak berdiri di luar pagar pula.
            Sara kepenatan dan kelaparan. Sara duduk bersandar di pintu utama. Sekali lagi Sara melihat kad yang dihulurkan Shah sebentar tadi. Namun ada sesuatu yang membuat Sara tertanya – tanya. Shah nampak gembira bertemu kembali dengannya tetapi sinar mata Shah seolah menyembunyikan sesuatu. Nak tanya lebih – lebih Mr Boon sibuk bercakap tentang hal projek. Hanya mata yang berbicara tapi cukup untuk membuat Sara berdebar sakan. Shah lelaki pertama yang mampu menggetarkan hati Sara dulu dan kini. Debarannya tetap sama. Mungkin Shah masih lagi kecewa apabila Sara hanya memutuskan untuk tidak mengikat apa – apa pertalian sebelum mereka berpisah? Sara tak suka percintaan jarak jauh. Baginya kalau ada jodoh tak ke mana. Berpisah selama mana pun, sejauh mana pun pasti akan ketemu jua. Buktinya kini Shah kembali berada di depan mata atau kembalinya Shah bukan untuk menjadi miliknya? Sara terdiam. Dia tiada jawapan untuk itu. Sara sudah hampir terlelap apabila pintu tempat yang Sara bersandar ditarik kasar dari dalam.
            “Opps.. sorry.” Que tersenyum.
            “Sakitlah.” Sara tergamam tapi sempat merungut.
            Kad nama Shah di tangan terlepas pun tidak disedarinya. Kepalanya jatuh betul – betul di kaki Que. Tengok tuan rumah pun dengan pandangan terbalik. Dia kat bawah, Que terpacak berdiri memandangnya sambil tersenyum.
            “Hmm..tak nak bangun ke?” Que menghulurkan tangan cuba membantu Sara.
            Kesian pula melihat Sara. Minggu lepas datang sekejap dah kena balik. Sekarang ni dia pun tak tahu dah berapa lama Sara duduk di luar rumah. Tertidur punya pasal. Memang Que kalau dah tidur boleh tak ingat dunia. Buka je pintu, badan Sara yang sedang elok bersandar bedebuk jatuh di lantai. Tak sempat nak tahan. Nak tergelak pun ada tengok wajah Sara yang kelat – kelat.
            “Hai.” Tegur Sara sepatah dan meletakkan kasutnya dengan sopan di rak. Siap tunjuk lagi kat Que kononnya dia ingat peraturan dalam rumah tu. Que tergelak.
            “Come in. Let’s start. Nanti asyik tertangguh. Kesian awak Sara.”
            Sara duduk di sofa. Wajahnya tak berubah, tenang sahaja. Terus clipboard dan pen dikeluarkan. Tangannya laju menulis sesuatu di clipboard.
            “Encik Zafril nak buat studio kat bilik mana?” Sara mengangkat muka.
            Eh, mana mamat ni? Sara melihat sekeliling. Tak ada. Ni yang aku bengang ni. Boleh main ghaib – ghaib macam ni. Sara berdiri dan berjalan – jalan sekitar tingkat bawah rumah. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket skirt dan sebelah lagi memegang clipboard.
            “Nak kerja ke nak main – main.” Rungut Sara perlahan.
            “Nak main apa Cik Sara?” Que yang santai dengan t-shirt hitam bercorak tiga kepala kartun dan bertulis Radiohead di dada dipadankan dengan faded jeans biru membalas. Cukup untuk membuat Sara memuncung. Marah dan malu!
                       

p/s: Hope u guys hv a great long holidays! XOXO !!

[sy tgah belajar buat cerita past & present in one pics. bare with me to know the sequence. I knw it's better if it is a book. E-novel u hv to wait the whole n3 into pieces baru cpat feel. Sorry :( ]





14 comments:

  1. dearie sara,readers pon msikin..myvi+petrol+brjimba+bla bla bla
    okey..byk sgt rhsia sara neh..die gaduh2 mnje dgn abe sean ke smpi kene kuar dr umah?

    p/s rse nk melompat smpi krypton latgk de entry baru.weeeeeeeee.... :D

    ReplyDelete
  2. syira
    dearie sara, penulis pun miskin..car+petrol+baby+self maintenance+duit dapur+bla..bla..mana ada bnyk rahsia
    1. apa jadi kat Sara actually
    2. then zmn muda dorg kat SS que-sara
    3. 3 jimbit dpt pembalasan ke x
    4. indah ni jahat ke baik
    ehh..tu je lah. Syira, syira.

    ReplyDelete
  3. Wah banyak kisah sara yang akan dibongkarkan dalam nih...

    Nampaknya Que ada saingan hebat tuh, bukan senang2 jer nak cekup sara jadikan hak milik kekal...

    SS milik sara ker, ingakna sean yang punya...

    ReplyDelete
  4. mmm...bab ni xde apa yg menarik sngat..

    sorry KL, ini apa yg saya rasa..

    betul la tu kot, feel tu xdpt lagi..

    tak sabar nak tunggu GET versi cetak XOXO!!!

    ReplyDelete
  5. Hoho. Betul2 mengingatkan waktu-waktu suffer zaman dulu. Sara, u'll survive. Believe me. ;)

    Biasalah, awal2 cerita haruslah byk persoalan lagi kan? So, chill sajor. Nama pun tempat melepak. :)

    ReplyDelete
  6. questions...questions ... where is sean now???
    looks like ... he is dissapearing somwhere(hope not at krypton!)
    and leaving sara with ALL d burden 2 settle all the loans/finace debt???
    and now sara meet Shah? rekindle their old heart to heart sentiment ahaaksss!

    anticipating que will 'light=up' sara's life pronto! ...from now onwards .....
    cheer up sara!!!

    ReplyDelete
  7. Anonymous
    wahh
    betullah SS sape punya? Eh Sean punyalah tp sara hutang sape?
    saya plak yg x sbr rasa mcm nk bg 4 n3 sekali dlm satu hari, boleh tak? Bg cpat cerita jalan.



    kin
    no hal kin. Keep ur personal view strong.
    hahha kalau penulis sendiri pun tgah sibuk nak amik feel, apatah lagi readers. Sy pun penat nk introduce the whole character b4 jump to the story.
    GET..hahaha..tgu lah.



    Hajar
    okay lah means now dah getting better kan?
    chill saje lah :)

    ReplyDelete
  8. Jazmeen
    okay finally someone understand why Que is in the picture but with little attention at the beginning.
    Pheww!!

    ReplyDelete
  9. Suh jer Que cekup sara cepat2 jadikan hak milik kekal dia...
    Tak perlulah sara pening2 nak bayar sewa rumah mahal2...
    Tinggal bayar utang SS jer...
    Pindah jer masuk rumah Que tuh...

    Kerja pun boleh tukar, pakai kabel Que untuk masuk ke axis atau modenreka...
    Tak pun buka jer syarikat baru dengan Que...
    Bila dia dah tukar kerja dari peramugara...

    Tapi n3 kali nih mmg betul2 meninggalkan banyak persoalan tentang masa silam sara...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  10. okey..indah jht ke baik..de bau2 clue kt sini..sniff sniffff :8)

    ReplyDelete
  11. kenapa dengan hubungan Sean dan Sara???..
    kita tengok siapa yang dapat cairkan hati sara k.... Shah atau Que..... hehehe...

    ReplyDelete
  12. -w.t-
    mak ngaiii..... jgn lh cepat sgt suh sara ngan que etc...
    nanti dh bab 8 end citer JET huhuuu pantasnyer! ..... *jgn mare ya w.t!

    anyway .... xkn indah jd jahat? n sgt2 nk tau apehal ngan sean? smpai sara kena settle hutang dia?
    xkan sraa with shah MUST b QUE ... kan tajuk citer ni JET!

    -!uglybetty malaya!

    ReplyDelete
  13. w.t
    sabar w.t
    sy lg x sbr mcm awk tp kn sbr jgak.
    nk kawen cpat ke? Fareez dgn Meen coolio tahap giler, x nk bg lari2 mcm dorg?
    tgk Que pakai kabel mana.
    HMK tuh Mike-Ayra punya :)


    syira
    sniff smpai dpt..haccumm

    sue
    Sean-Sara akn dikupas soon. nk hbskan zaman muda dorg ni dulu.
    Shah confirm dh dlm hati Sara tp mcm mana Que nk potong queue ni?

    !uglybetty malaya!
    sy suka ok kalau cerita hbs cpat2...
    everybody happy
    w.t x mrh sbb kalau sy pun x sbr nk tau klimaks..hahaha
    nak sgt tahu kan? hmmm...

    ReplyDelete
  14. wah2..makin panazzz..hehehe.. aah kan, hampir tlupa kat indah.. so bla KL ckp br ingat.. kan indah jeles shah suka sara.. pastu indah pon cm suke sean lak.. ape cerr la indah ni.. mcm xbaper baekk jer. hahaha.. herm..tp siannyer sarah.. mst byk stori sean~sara ni..sampai sara yg kna bayar utang.. siannnn..

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...