Thursday 16 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 13


            Que memicit kepalanya yang agak pening. Kepala pening sebab dah berapa hari jadual berterusan. Tambah lagi semalam pergi menjala di Port Dickson. Menjala tengah panas terik pula tu. Mahunya tak pening kepala. Menjala ialah hobi yang memang langsung tak pernah tersenarai dalam hobi budak – budak zaman sekarang tetapi menjadi hobi Que Zafril. Ada geng bestlah. Dah kata minat Que ni memang luar alam. Nak cakap apa lagi.
            Kata – kata Sara Nabila semasa dalam perjalanan menghantarnya ke tempat Viva ditinggalkan tempoh hari betul – betul membuat Que tersentuh. Cuba Sara cakap dia tak suka lelaki tinggi lampai segak bergaya macam dia, esok dia boleh pergi buat pembedahan potong kaki. Kalau Sara tak suka lelaki berbadan sasa dan tegap, sebulan Que puasa bagi kurus kering dan tak payah dah pergi gym tapi masalahnya Sara ni lain pula yang dia nampak. Buat menyakitkan hati sahaja nak fikir. Kalau tengok cermin, mana ada dia putih melepak pun. Biasa je. Cerah sikit mungkin tapi macho wajib.
            “Mamat tu handsome okay. Tall, dark, handsome. My taste. Perfect. Kalau fair mix – mix ni memang out.”
            Semua gara – gara Aiman Hakim Redza yang sedang ditemuramah di stesen radio yang terpasang dalam kereta. Pelakon drama? Minta maaflah drama Melayu memang tak masuk dalam senarai aktiviti harian Que tapi sumpah terasa beb. Main cakap je si Sara ni. Karang kalau hati dah jatuh tergolek – golek, ada nak kira warna kulit lagi? Sempat akal nak tanya hati? Hati kalau berbicara tak kan pernah menyaingi fikiran. Kalau setakat nak menandingi Aiman Hakim Redza yang nama tak komersial langsung tu harus senang – senang Que boleh menang sebab tu retis, takat Sara boleh layan kat TV tapi kalau lelaki yang bertamu di rumah Sara tempoh hari tu benar kekasih hati Sara? Sampai hati ke Que nak cantas jalan orang seperti cadangan Mommy? Tak pernah pula Que buat kerja tak senonoh macam ni. Kenapalah tak jatuh hati dengan pramugari yang bersusun tergila – gilakannya atau perempuan - perempuan yang meminatinya sejak dulu lagi? Kenapa Sara Nabila?
             Que bangun dari sofa. Terlupa nak minta Kak Aisyah keluarkan jala dari bonet kereta. Jenuh juga nak melipatnya. Nasib baik jala dah bersih, tinggal nak  lipat dan simpan sahaja. Alang – alang hari ni tersadai di rumah sebab on stanby, baik buat. Nak pergi merayap pun tak boleh kerana kalau hari Ahad masuk jadual on standby maka cerah harapan nak kena kerja. Sebarang kemungkinan nak ganti krew – krew yang dah berkeluarga dengan penuh imuniti dan masalah memang tinggi. Krew yang bujang memang sentiasa menjadi pilihan utama.
            Petang tadi Mommy datang melawat Que dan pembantu rumah, Kak Aisyah untuk menolong Que membersihkan rumah. Badan yang penat bertambah penat dengan bebelan Mommy yang baru sahaja balik. Mommy datang membawa dan menjenguk anak bujang yang dah seminggu tak menjengah. Kali terakhir menjenguk Mommy pun ialah semasa kejadian yang tidak disengajakan bersama Sara Nabila. Paling parah, Mommy datang membawa pesanan penaja Daddy. Dah macam iklan Colgate berus gigi tiga kali sehari yang keluar hari – hari kat TV dah kalau nak dibandingkan dengan pesanan penaja Daddy ni. Isi pentingnya tiga je dan skema jawapan Que tetap sama dari dulu sampai sekarang.
1.      Bila nak berhenti kerja pramugara?
2.      Bila nak sambung belajar?
3.      Bila nak masuk pejabat?

Jawapan Que pula;

1.      Bila – bila Que rasa dah sampai seru.
2.      Buat MBA buat apa? Hobi bukan kumpul sijil pun. Sijil ijazah yang ada pun tak pernah guna. Setakat nak jadi pramugara, pakai SPM pun cukup janji subjek Bahasa Inggeris C4 dulu atau sekarang C pun dah ukup.
3.      Kalau dah berhenti kerja, masuklah pejabat. Tak ada makna dia nak pura – pura nak berdikari, kerja susah payah kalau platform semua dah tersedia lengkap. Bab ni Que faham perasaan Daddy yang hanya mengharapkan Que menyambung legasi. Nelly dah sibuk membina hidup sendiri jauh di rantau orang. Masanya yang belum tiba.

LG Prada galak berbunyi di meja ruang tamu. Jala yang siap berlipat di letakkan di muka pintu. Dah agak dah mesti panggilan daripada CDC. Pagi esok ada penerbangan domestik. Nasib baik domestik. Tak lah penat sangat. Telefon yang baru dibelinya di Singapura baru – baru ni dilapkan skrin. Tangan kotor pegang jala telah mengotorkan skrin telefon LG Prada. Dah malas nak pakai iPhone dan Blackberry. Jatuh cinta pandang pertama dengan reka bentuk LG Prada 3.0 yang baru di pasaran. Paling penting ialah tak ramai orang pakai telefon yang sama dengannya. Tanpa dilengkapi perisian ice cream sandwich pun, takat kegunaan biasa bagi Que gingerbread dah lebih daripada cukup.


***


            What are you girls gossiping?” Que pelik melihat dari tadi dua orang krew yang bersamanya, Wani dan Hilda berbisik dari tadi. Bosan juga sebenarnya kalau terbang dengan krew yang tidak sekepala. Nasib baik Firash yang sedang melayan penumpang di kelas bisnes, Wani dan Hilda adalah antara krew yang sudah biasa sekabin jadi bolehlah nak kata sekepala.
            “Awek DDG. Seat 20A.” Wani berbisik di telinga Que.
            Maklumlah tengah bertugas, harus nak bergosip pun ayat kena cover. KUL-KCH fleet pun ada awek DDG jugak ke? Macam jarang jumpa. Que menyusun jus oren dan tin beer TIGER di atas troli. Jarang sebenarnya penumpang penerbangan domestik mintak beer atau wine tapi kalau dah mintak, bagi je lah. Kalau untuk pelanggan di kelas ekonomi, beer dituangkan di gelas plastik manakala kelas bisnes disediakan glass tumbler. Seorang amoi cina ni mintak beer. Ambik lagi satulah offer kat awek DDG yang Wani dah Hilda ni kecoh. Tadi masa dia jalan pusing kabin macam tak perasan pun ada awek yang cun. Jadi krew semua kerja kena buat. Orang ingat jadi krew glamour, memang taklah. Que sendiri terjebak pun semata – mata temankan Goku dulu pergi temuduga. Goku tak dapat, dia yang temuduga main – main pula dapat. Ingat nak kerja main – main tapi terus sangkut. Yang penting tak payah kerja dengan Daddy.
            Would you like to have a beer mam?”
            Owh my!

***

            Sara duduk bergolek di atas katil. Penat seharian berada di Sarawak Convention and Exhibition Centre (SCEC) Kuching. Hotel Hilton Kuching tempat Sara sedang berehat sekarang terletak lebih kurang 5km dari SCEC. Tak lah jauh sangat. Yang penting hotel ni amatlah selesa. Praraks Acoustic dilantik oleh PPES (Works) Sdn Bhd untuk membuat rekaan baru bagi menaik taraf sistem Sound Insulation, Room Acoustics, Mechanical HVAC Noise Control and Vibration Control untuk keseluruhan bangunan.
            Perut dah berbunyi. Nak keluar makan malam risau pula nak meredah tempat yang tak pernah dijejakinya sebelum ini. Bukan takut berjalan di tempat baru tapi malas nak sesat – sesat dan malas nak berkomunikasi dengan sesiapa pun. Mood sekarang cuma nak layan perasaan sendiri. Shah dah banyak kali telefon hari ni. Risaukan keselamatan Sara. Bertambah risau Shah apabila Sara memberitahu Mr Boon yang hampeh langsung tak nampak batang hidung. Konon naik penerbangan lain tapi pengakhirannya tak jadi datang dan Sara seorang diri di Kuching. Sara lagi suka bekerja sendirian daripada mendengar arahan Mr Boon yang menyakitkan hati. Kadang – kadang selamba je Mr Boon maki pekerja di hadapan pelanggan. Kalau muka kita ni macam panel akustik boleh serap bunyi okaylah masalahnya, telinga ni masuk ayat caci – maki je terus melekat di otak. Mana tak makan hati hari – hari kerja macam ni.
            Sara bangkit dari katil dan menukar puff mini dress yang masih melekat di badan. T-shirt putih pendek bercorak hati warna merah dipadankan dengan skirt jeans paras lutut. Puff mini dress yang berpotongan menawan memang menyerlahkan gaya Sara. Haruslah lawa kalau dah namanya rekaan Alfred Sung, seorang pereka fesyen antarabangsa. Nak terjojol juga biji mata Sara tengok hadiah dari Datin Annie. Rasanya ramai betul mata yang memandangnya hari ini tetapi pandangan Que Zafril di awan biru pagi tadi memang boleh buat Sara rasa nak bunuh diri. Malu nyerr kantoi pakai baju yang Datin Annie hadiahkan atau lebih tepat yang Que beli. Kenapalah Sara tak tanya mamat ni kerja syarikat penerbangan mana. MAS rupa – rupanya. Paling tak boleh lupa bab bergaduh tadi. Gila punya pramugara. Aku saman MAS baru tahu.

Sara: Who teach you to serve beer to Muslim? Kerja tak senonoh ambil saham pergi neraka serve orang beer. Dah banyak pahala sangat ke?
(Ayat Sara cover malu tak ingat sebab Que tersengih – sengih melihat baju yang dibelinya tersarung di badan Sara)
Que: Cik Muslim ke? Ingat bukan. I’m so sorry. Muslim biasanya menutup aurat dan pakai hijab so I was like confuse especially with your Barbie doll pretty looks. Really taught you’re non-Muslim. I’m sorry again.
(Ayat Que cover malu tak ingat sebab Sara dan masam mencuka tengok dia yang handsome dan tough sedang mempelawa Sara minum beer???)
Sara: Jangan nak mengada. Mana ada peraturan tulis kat mana – mana kalau Muslim nak fly dengan MAS kena pakai hijab dan tutup aurat?
(Ayat Sara cover malu sebab baru perasan 2 x 5 je dia dengan Que ni rupanya.)
Que: Memang tak ada tulis kat mana - mana tapi dalam kitab Al - Quran dah lama dah tulis, awak tak tahuke?
(Ayat Que cover malu sebab baru perasan 2 x 5 je dia dengan Sara ni rupanya.)

            Arghhh! Daripada aku fikir pasal mamat tu baik keluar pergi makan. Sara baru melangkah keluar bilik apabila memandang seseorang yang amat dikenalinya di hujung hallway. Sara menahan pintu dan menjenguk ke luar. Sean? Sara mula berdebar – debar. Lama Sara berdiri di muka pintu. Sara nampak dengan jelas Sean sedang bercakap di telefon dan memandang ke pintu lif. Sean datang seorang diri ke? Sara tersenyum. Mungkin ini saatnya untuk Sara bersemuka dengan Sean. Sean perlu tahu kebenarannya. Tak kiralah Indah tengah mengandung pun, bukan Sara nak suruh Sean halau Indah seperti Sean menghalaunya tetapi Sara mahu haknya di penthouse itu kembali. Dia tak sanggup hidup di luar seorang diri. Dia lemas dalam lautan cinta Shah Ezlan. Baru Sara hendak menutup pintu, tangannya direntap kasar.
            “Hello Sara. Lama tak jumpa.” Indah menolak Sara ke dalam bilik.
            “Indah.” Sara tergamam melihat perompak di hadapannya. Nak panggil kakak ipar pun Sara tak lalu.
            “Kau ada sini buat apa?”
            “Hey, suka hati akulah. Kau ingat hotel ni mak bapak kau punya? Eh, lupa kita sama – sama anak yatim.” Sara menjerit geram. Kalau tak mengenagkan perut Indah yang sudah nampak isinya harus diterajangnya Indah sampai ke hujung hallway. Pedulilah nanti Sean nak mengamuk sekali pun.
            “Kurang ajar kau kan. Aku malas nak buang masa dengan kau. Aku cuma nak bagitau, kau jangan cuba – cuba nak cari Sean. Buruk padahnya. Jangan nak ganggu babymoon kami.”
            “Uwekk.” Sara menjelirkan lidah. Tak guna punya perempuan.
            “Kau nak buat apa kalau aku jumpa Sean. Dia abang aku. Suka hati akulah.” Sara menyambung kata. Sakit hati dengan amaran Indah yang langsung tak berperi kemanusiaan.
            “Aku akan buat Sean merana sampai kau menyesal tak dengar cakap aku. Kau jangan keluar bilik. Duduk diam – diam kat sini. By the way Sean never mentions your name or maybe he forgets he has a sister and that makes me the only love in his world now. Bye – bye little sister.” Indah tersenyum sinis dan menutup pintu bilik Sara kasar tanpa sempat Sara menjawab.
            Nasib baik dia nampak kelibat Sara. Nampaknya kena tukar bilik lah ni. Upgrade suite ke? Tak kan nak bagi Sean dan Sara satu floor. Habislah macam ni. Indah tersenyum melihat Sean yang sabar menantinya bersiap dan tangan Sean dipegang erat. Tak kan sekali – kali membiarkan Sara membuka pekung di dadanya. Silap haribulan anak dalam kandungan ni boleh tak berayah kalau Sean tahu perkara sebenar. Tak kan nak jadi janda anak satu kot. Baru umur 24 tahun.
            Sara terkedu. Langsung perut yang minta diisi tidak dipedulikan. Sara terduduk di belakang pintu. Sara tak mahu menangis lagi. Sekali – kali Sara tak akan menumpahkan air mata untuk perempuan bernama Indah. Tidak sesekali. Sara memeluk lutut dan memejamkan mata. Peduli apa dengan amaran Indah. Yang Sara terkilan cuma benarkah nama Sara Nabila sudah padam dari hati Sean?

Ding!Dong!
           
            Surprise DDG.” Wanie dan Hilda meluru masuk ke dalam bilik Sara tanpa dijemput.
            “DDG?” Sara mengangkat kening dan memandang Que Zafril yang masih berdiri di muka pintu disamping seorang lagi pramugara yang dilihatnya pagi tadi.
            Drop dead gorgeous. Wanie panggil semua awek cun DDG.” Hilda menjawab.
            I’m not.” Sara blur.
            Yes you are sweetie. The dress you wore this morning ranked up your style.” Wanie menghulurkan tangan untuk bersalam. Hilda pun menghulurkan salam. Memang dah kenal dalam kapal terbang tadi tapi apesal depa ni mesra alam sangat? Cuak pula Sara dibuatnya.
            Sorry ambush. Que cakap dia kenal awak jadi kita tanya nombor bilik awak dekat receptionist. Hotel ni memang tempat night stopping MAS crews. Dah biasa.” Jelas Hilda lagi.
            “Err...nak masuk ke?” Sara pening – pening lalat menerima tetamu yang tak disangka.
            “Tak payahlah. Jom. Nak ajak awak keluar makan je. Saya tahu awak bosan duduk bilik sorang – sorang. Nak tak?” Que menghadiahkan senyuman kepada Sara.
            “Jom.” Hilda dan Wanie menarik tangan Sara keluar dari bilik tanpa menanti jawapan.
            Masing – masing terdiam menanti lif berhenti. Tadi bukan main kecoh tanya Sara macam – macam sampai Sara tak tahu nak jawab soalan siapa dulu. Lif berhenti. Hilda, Wanie dan Firash melangkah masuk. Elok Sara melangkah ke dalam perut lif, loceng berbunyi.
            Next lift okay.” Que menarik tangan Sara perlahan.
            Sara tergamam. Lama mata mereka bertaut. Sara cepat – cepat mengalihkan pandangan. Matanya dilepaskan tepat di tempat Sean berdiri tadi. Sayu hati Sara mengingatkan nasib malangnya. Kat Edin dulu walau pun jauh daripada Sean tapi hidupnya mewah. Mana Sara biasa hidup susah begini. Tak pernah pun tapi Sara belajar juga untuk tidak menyusahkan sesiapa. Nasib baik dapat kerja tepat pada masanya. Bolehlah nak hidup walau pun tak mewah seperti dulu. Lain benar sekarang hidupnya kalau nak dibandingkan dengan jejaka di sebelahnya yang sedang menyanyi dan bersiul. Perlahan sangat suara Que tapi menyusup sayu ke sanubari Sara.

Show me the meaning of being lonely
Is this the feeling I need to walk with
Tell me why I can't be there where you are
There's something missing in my heart

            Lif terbuka. Sara dan Que melangkah masuk. Que terus diam. Pelik pula berdua dengan Sara di tempat sempit begini. Tangan diseluk ke dalam poket jaket suede bomber Loro Piana yang berwarna coklat muda. Tengok muka Sara yang tenang bersahaja cukup mendamaikan hati. Janji Sara tak masam mencuka.
            Sara menjeling Que di sebelah. Masing – masing bersandar di dinding lif. Sara sempat menganalisa Que yang nampak segak dengan jaket dan t-shirt berbelang hitam - krim dipadankan dengan washed slim fit jeans. Apesal muka mamat ni macam gelap sikit ke lampu lif yang lain macam ni. Sara tunduk memandang Ipanema yang tersarung di kaki dan bersuara perlahan. Segan.
            “Que.”
            “Yes.”
            “Do me a favour.”
            “What?”
            “Nyanyi sampai habis.”


 TGIF!!!!

36 comments:

  1. Sanggup ya Que gi main panas semata2 dengar sara kata x suka laki putih melepak mcm pondan...
    Sampai sara pun dah mula pandang dah Que yang agak gelap tuh...

    Nampaknya boleh la sara mula kenal2 dengan lelaki lain selain SE dan Sean...
    jangan pening2kan kepalsa pasal indah, biar jer Sean yang cuci dia bersih2 balik, buh klorox banyak2...

    Dah ada peluang nih, kalau Que x guna jugak...
    Biar je SE kawen terus ngan sara, x yah nak tunang2 dah...
    Padan muka hero yang lembab nih...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  2. apsal mcm rase si que dgn cabin crew wat pakatan mari-beramah-mesra/mari-memikat-sara?

    nice job que...nnyi smpi habis...bagi otak sara serap suara merdu que tuh hehehee..

    btw kak rin,xleh blah la tang muke mcm panel akustik..hahahhaaa..

    ReplyDelete
  3. waaa...adakah baby indah bukan hak milik sean? speku nih!

    ReplyDelete
  4. w.t
    Sanggup w.t. Kan Que dh tergolek - golek suka kat Sara. Harus kna berusaha gigih.
    bg Que masa. Nti konpem jadi hero tuh.
    Nak ke SE tangkap trus kawen dgn Sara kalau Que lembap?



    syira
    hahaha...mmg Que tu slow, kna ada pakatan baru brani. Cu Fareez & Joe, harus lone ranger je ke tangkap awek.
    muka panel akustik tu applicable kat sy pon ya jgak, kalau tang dpt kompelin tu...heeee...stress dgr ayt lemak manis clients.

    ReplyDelete
  5. kin
    hahaha...speku jgn tak speku..me likey :)

    ReplyDelete
  6. cik puan writer yg bijaksana....
    1) semestinya nk kutuk muka btalam tu dulu, amboi2 indah water tu, dh la duk gediks ngan abg sean sye, babymoon konon, nk kena sepak perut agaknye... geram ni taw, nk lovey dovey pula....
    2) sye harap bukn ank abg sean sye dlm perut buncit indah tu, i jelesh taw....
    3)perghh indah, kalo bab pitnah mempitnah ni, dia la juara,baik punyer duk burukkn abg sean sye.....
    4)stupid sara, yg nk takut sngt dkt indah tu buat apa, jdi matang skit ok, gi jumpa trus abg sean sye tu, bkomunikasi secara bdepan, abg dier sndri kot, hak dier juga, cuba brterus terang, abg sean terima ker or tak, lain kira.
    5) hari ni pun rsa agk nyampah dgn prgai sara yg naif ala2 bodoh tu, apa yg dia nk lindung sbenarnye, mndiamkn diri,buat makan hati jer, nanti stress pula, then biarkn abg dier sndri dgn si perosak n pemangsa yg bnama indah tu, nanti hbis lingkup abg sean sya.... dah tahu indah tu jahat bebenor....
    6)nak kta sara ni bodoh, blajar smpai luar negara, xkan xyakin dgn kaseh syg sean tu, nk pcaya juga lidah bcabang indah tu, dah tahu pompuan tu jaat n busuk ati....
    7) que arini boleh la tahan, prestasi agak meningkat.... pergilh btapa dgn fareez sye dkt krypton tu..
    8)dear abg sean yg kusayang, xsampai ati nk ngutuk abg, tpi maybe abg ni kena nasi kankang bini abg kot, duk ngikut jer ckp bini abg tu, xnmpak ker kejahatan istri anda tu... duk merosakkn hbgn dier ngan sara, then kutuk2 agi, bila nk sedar ni, wahai abg sean
    8) xsure part mana yg mbuatk abg sean bleh kawen ngan indah tu, hati memang busuk, muka sure xindah punya, abg sean ni nk tggu smpai bila lgi nk pujuk sara tu, apasalh abg sean pun leh jdi lemau ni... xmarah abg sean ok, tegur2 manja jer...
    9)kesian abg sean xder dialog arini, kalo la sye bkemampuan msuk dlm novel ni, akn sye guder abg sean habis-habisan... ala wujudkn la pompuan lain untk abg sean....
    10) ucapan khas untk indah, ku tggu dudamu ok.... sekian terima kaseh

    ReplyDelete
  7. zawani
    sy nak gelak smapi pecah perut dulu. Pastu Asar jap nti sy reply eh.. KAHKAHAKAHKAHKAH

    ReplyDelete
  8. patutla diorang ni emo sakan. ada si indah yg tak berapa indah tu dalam bab ni. enjoy oke layan org emo ni? adei, speechless jadinya. lol!

    cuma nak pesan kat Que, usaha tangga jaya. yang penting style ngorat kena limited edition juga okeh?

    p/s:Zawani: no point no 10 - ROTFL!

    ReplyDelete
  9. Bagi jer kat SE, kalau Wue tuh lembab mengalahkan CC yang mcm siput sedut tuh...
    Tapi kalau dia laju skit dari tuh, x yah bagi...

    Biar la nanti Que beli MC kat kuching lak...
    Temankan sara kat sana sampai habis kerja...

    Sara nih mmg betul2 x pandai la nak kaber line kalau dengan Que jer...
    Sedap2 mulut jer minta anak teruna orang nyanyikan lagu sampai habis...
    Kalau nanti asyik teringat2 suara lemak manis Que dendangkan lagu tuh...
    Naya ler nak kena pulangkan balik cincin SE...

    Dari Mr Blue yang nak dipulangkan, alih2 cincin yang terbang balik ke tangan tuan dia...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  10. zawani
    1. babymoon okeh. Tp x leh lwn Mrs Joe punya babymoon lg class. Kuching, hello?
    2. ala kalau Indah mati, sanggup ke nk jage ank abg Sean itew?
    3. perghh...mmg terbaek. tak pe ni hari Indah, x kan selamanya Indah.
    4. STUPID SARA - agree sgt tp percayalah ni last Sara bodoh. next n3 x der makna sy nk buat watak heroine lemau mcm ni. Memalukan writer jerk...hahahha
    5.Saya pun, masa tulis tu rasa nk tambah ayat "Bushh." Sara menendang perut Indah di luar sedar dan darah merah mengalir di celah kaki Indah.
    6. Sara bodoh2 alang je. org blajar smpai obersee x semestinya pandai idup. pandai blajar je. Tu ikut sylibus. Ni real punya.
    7. Okay, up sikit ya markah utk Que tu nti tgal nk skolahkan 2-2 QueSara ke jln yg benar je.
    8. Abg Sean!! cpat lerr sedar. Ayt awk kat sini mmg giler klakar okeh. Tak boleh blah lol! Abg Sean mkn nasi dagang la bkn nasi kangkang dear. Kalau nasi kangkang adik wani abg Sean nk la..haipp
    9. awk nk goda abg Sean yg dah x teruna tu? Aigoo...x molah. Kata nk bg kat Mak Su Joe.
    10. Terima kaseh !!!

    Hajar punya ROTFL (Rolling On The Floor Laughing)
    is totally agreed. Seriously a great amusement for the readers here.


    Hajar
    mau x emo dorg ni. Nama x Indah ada pun emo apatah lagi kalau ada. Nmpk sgt dorg syg kat abg Sean sgt2. Hehehe

    ReplyDelete
  11. Apsal lah sara tak kick je perut si indah tu
    geram dgn perangai si indah water in

    ReplyDelete
  12. mula2 skali nak gelak dulu.. wakakakakakakakakakkaaa..hihihi.. two thumbs up zawani!
    erkss.. tp sara tu xla bodo sgt..cume tekejot kot tgk abg sean zawani tuu.. sblm ni tgk dr jauh je ni nampak depan2 harusla tepegun kejap..kan KL?
    Indah~ babymoon??? yucks!! tiru nina ke.. kahkahkah..xbesh lansung! herm..bukan anak sean ye? mmg muka nak kan hempuk ngan lesung batu nih!
    sean~ bak kata zawani xde dialog..tp pls laa..open ur eyes! ntah ape yg indah sgt kat IWK tu..
    Que~ o yeahhh! asal kantoi tadi..adehh.. pape pon, wish u best of luck k!
    sara ~ udah2 la msm tu darlink..smile plz!
    baru nyanyi sket da menusuk sanubari nii..kalo nyanyi smpai abis cmner? ngee~~

    ReplyDelete
  13. ahhahhahhaahhahahhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

    zawani mukthar : 11) thumbs up if u like my comment.
    me: i loikkkeeeeee :)

    name pon muda belia kan,harus la ngurat gaya2 budak skolah hikhikhik..

    ReplyDelete
  14. While other readers terus kutuk Indah..... let me settle myself first nak gelak - really gelak ....LOL

    I must say TQ KL you really make my day - after 3 hectic days - 2day u serve us with n3 tat makes me smiles - which part? - all those 'ayat cover' QueSara - honestly i am laughing out loud.... when both QueSara tried to cover n stand up from their own infamy!

    Kantoi of the year? gotcha Sara Nabila!
    Sara looks like a dumbass in front of Que wearing the Puffy mini dress! * *but still sara looks DDG!!!! sweet ye!
    aduyaiii ... but at least those two girls wannie n hilda don't know d story bhind the dress!

    weeiii ... Sara u feel it rite? Que's voice of GOLD , action n now tanned skin does touch ur lonely heart right! kesian Sara - for now pls Sara forget SE n d ring!

    Indah? - i think u r too much Indah - this is insane - mentally foolish n deranged!!!
    pls KL what shud we label her? couldn't think d worst word 2 describe her evil acts! n now i am wondering if d baby is really Sean's? Does Sean all this while try to COVER her up???? another wild speculation! - i do really hope so!!!

    we r still waiting when will Sara hav d opportunity to confront his beloved bro?

    ReplyDelete
  15. Rin...tak sukanya kat indah...bagilah sara teringat kat que takkan dorang tak perasan yg pernah jumpa kat ss..tq rin. ..post n3 nak lagi dan lagi. :)

    ReplyDelete
  16. OK! jatuh chenta kat Que bgolek2...

    Mintak pasni jumpe Sean n cepatlaa wahai Sean ku sedar dari idup Indah yg mmg xindah pon tu..

    Sara....... setepek yer kene ngn Que?? tumbuk je muka Que tu..haha

    ReplyDelete
  17. nape le indah ni - harap Sean TERnampak keadian ni dr jauh ... !!!
    jahat betul le indah ni - nk bawak pindah bilek???
    Sean jgn layan bini awak yg sengel!
    kesian kn Sara!...... Que u r getting closer! keep it up!

    -lovely lady

    ReplyDelete
  18. jus wondering kat mana finance report yg sara smpt print sblm indah ubah tu.. herm..sara bwk skali x? ngeee~~ sng sket nak hambat c mangkuk tu.. jgn pastu insiden tu indah lak yg amek simpan..haishhh..!! tp kalo sean yg jumpe lg bagus!

    p/s: to Que~pasnih nyanyi lagu everyday i love u lak tau.. :))

    ReplyDelete
  19. KL u shud give us something sweet to remember for this weekend but now we all are left with the feeling of hatred until monday?

    menci menci n menchiissss kat Indah!!!!

    aaii ... Sara dh mula menilai Que - segak and kulit dh gelap ... hei hei .. sule lah tu Sara ..... we also like like like !!!

    -guest melepak

    ReplyDelete
  20. mmg susah nak cari mcm que tu...sanggup berpanas semata2 nak gelapkan kulit...mmg tabik speing la....
    mujur ade que kat kuching...ade la gak oeg yang jaga sara kan...
    nampak sangat yang que ni the right partner tuk sara sbb kat mana2 mesti ade que as her protector right...lagi2 kalo dalan kesusahan....
    tapi yang tak bestnye bila que hidangkan beer kat org....walaupon tu keje dia..so que cepat2 la quiet jadi pramugara tu...sara pula mmg tak suka pramugara kan...
    org Islam tak leh bawa...beli atau minum arak...

    ReplyDelete
  21. hahahaha kelakar!!!
    tak mau komen part sara-indah tu.
    hehe

    ReplyDelete
  22. dear cik puan writer yg cantik bseri........
    1) terima kaseh la sapa2 yg like comment sye, arini terglemer skit, tempias aura abg sean sye ni.
    2)sye sudi bkongsi ape saje dgn abg sean, kalo btul tu ank dier, sye rela ok... pakej kahwin, dapat suami ngan ank skali... i like
    3) kenapa nk bgi maksu joe pula dkt abg sean sye, dier dah tua, bgi la muda belia remaja mcm sye... sye janji x curang ok...
    4) org kta, org la kta yer, bukan sye.... kalau laki tu duda kita dah tahu dier dah xteruna lgi, kalo laki tu bujang, xconfirm agi dier still teruna or tak..... ahahahah pendek kata, bila hati dah suker, sye tak kesah status abg sean sye tu....
    5)lupa pula nk puji hero criter ni yg suara dier sedap, lpas ni boleh la nyanyi lagu cinta bnyk2, sumbat dlm ipod, then bgi dkt sara tu, mana la tahu leh kurgkn masam d muka, n tambahkn manis d senyuman cik sara kita tu.
    6) maaf la coz bnyk merepek tentg abg sean sye lbih dri que, hati dh trpikat dulu dkt abg sean sye tu, wlpun tdi dier hnya bdiri dkt lif pun, tetap nmpak aura machonye.... hahhaha gatal pula cik zwani mukhtar ni....
    7) sekian terima kaseh n goodnite

    ReplyDelete
  23. sangat suke dengan ayat cover sara&que
    slumber je que kenakn sara xpakai jilbab - mau meletop sara!

    so Que the line is clear - don't hesitate nk terus potong que!

    Indah - there will b a day when we will witness your downfall - u just wait Indah - KL is with us *wink sweet wink kat KL

    -ImAn ar-RahmaAn

    ReplyDelete
  24. mizz acu
    Nti segala kebenaran bersama bukti pasti akan muncul.
    saya nyayi lagu tu utk awk dulu b4 Que nanyi utk Sara boleh? Everyday I love my reader esp you!


    guest melepak
    kalau nk bagi evil lagi, tgu smpai Selasa ya.
    Mana tau Isnin sy sibuk. Hahahha....

    Ramai ni menci Indah...nti korg tak tahu kot - kot korg kesian kat Indah pula. Aci tak?

    Tu baru Sara menilai luaran. Sara tak nilai lagi dalaman. Mahu hati jatuh tergolek - golek jgak nanti.


    Anonymous
    hahha of course kna tgu perubahan Que. Tu namanya dimensi cerita. Cheewahh dr benci jd cinta, dr bodoh jd pandai, dr buta jd celik, dr jahat jd baik. Kna tgu tau tgk tranformation dorg ni. Part Indah & SE tu yg plg korg tunggulah agaknya. Que mmg kna pantas kat Kuching ni tak pun mmg konpem suruh SE je tangkap Sara.


    m
    confirm yg klakar bkn n3 sy tp komen zawani yg mabuk air sejuk tu. Kalau Que bagi Tiger, sy rasa zawani bagi point smpai 20 kot.


    zawani
    1.x pelah. Bila lagi nk glamer mask mcm ni. Kalau unmasked, org kenal, malu pulak kan.
    Kalau kita minat hero TV, film, novel etc mmg dgn nama pun dh boleh buat kita tersengih - sengih.
    2.Serius awk snaggup? Mcm nk rekomen je awk kat seseorang...hahahha
    3.Nti awk bosan bila abg Sean tunjuk perangai gengster dia yg masih dlm selimut ni. Skg nmpk lemau je abg Sean, cuba tunjuk belang?
    4.Sy biasa dgr ayt ni, kalau duda mmg dh confirm dudanya kan tp sbb awk masih dara jelita, sy sarankan awk tackle Raziq.
    5. Sara x mo ipod, Sara nk live!
    6. Sy maafkan :) Tp awk x gatal. Syg abg Sean terlebih jer
    7.Gud nite!



    ImAn
    Ayat cover tu steward yg sy interview bg kat saya. hampeh punya member.
    kna bg semangat nk ptg line ni Que.
    wink2 kat sy? Hahha masalahnya sy nk bg yg ringan2 je kat Indah tp takut plak anti-Indah kat sini bako blog ni. Maka sy tgah ligatnya nak memikir.

    ReplyDelete
  25. Anonymous
    awk baca sy punya komen suh kick perut Indah siap effect bunyi tu? Lawaklah korg ni, bkn takat n3, komen pun korg feel jgak. Salute*
    Tambah lagi - menci Indah

    mizz acu
    Que ni mmg x pndai cover langsung. Dahlah org x mtak, buat malu je.
    Sara terlayan lagu tu sbb dia tgah feeling x dpt jmpa Sean tu. Baru dgr hujung2 telinga Sara dh jmpa blk, kalau dgr real punya, tangkap leleh lah Sara, bye2 Mr SE.


    syira
    i will like 1000x no 11 tu...hahahha


    Jazmeen
    Sy seriously x faham dgn korg ni.
    Ada yg tergelak - gelak, ada yg terguling - guling emo dgn Indah. Really one n3 can make u guys feel so emotionally mixed?
    Tapi yg penting sy tergelak pecah perut lah baca komen korg & appreciate level bulan-bintangla.
    Sara Nabila gotcha! Kalau kna dgn hitzfm mmg setahun x dgr radio agaknya. Boleh masing2 nk cover pada hal dh terang2 masing2 kantoi. Walla...they really meant 2b together.
    You've been injected specurota virus neh. Is it gonna be more interesting if Indah isn't carrying Sean's? I start to like the idea tat really can well blend into plot but this time is more chalengging bcos u guys throw ideas continuosly & all are brilliant & some really as per plot so I was like felt so challenged.
    Wani & Hilda pom2 girl je & will spice up their nite.
    So far Indah is still Indah. Mcm susah nk match evil rhyme kat nama Indah ni. Ishh menci!
    & SE, can Sara really get over himeasily?


    Eeyta
    Saat masing2 baru igt balik akan tiba tapi kna tunggu. Kna bagi part tu feeling2 sikit. Ni sy nk naikkan tekanan darah & emosi dorg dulu.
    N3 ada & ada lagi. Tak tau bila jer *wink2


    zarah
    Hati sy dh lama utk Que, sejak buat promo tahun lepas lagi. Ehh writer haruslah syg hero sdiri kan?
    Serve Sara rite - nk komen org konon. Baru kena setepek.


    lovely lady
    Sy rasa mmg nk bg Sean nmpk sbb kemon smpai bila x jumpa kan?
    Hahha agaknya kena halau ke Indah yg x berapa Indah tu?

    ReplyDelete
  26. Indah still plays her evil role!
    It must b interesting to know if the specu is true that Indah's is not carrying Sean's baby n this must be a grand prize for the readers!!!

    So may b it's time for Que to consider daddy punyer pesanan penaja - kan Sara tamo pramugara!
    and rajin2 le Que pegi menjala n jemput le Sara sekali esp weekend !!! biar sara jugak sama2 tanned. *xmasuk akal sara yg hobby que menjala kot kot boleh sara terpikat!

    -Lysa M R

    ReplyDelete
  27. Ihik ... dah baca cerita ni , lepas tu baca komen , tersenyum gak rin ...


    Rin x tau lagu tu, terus cari lam internet.. kehkehkeh .. bleh la lepas ni rin menyanyi sama ..

    ReplyDelete
  28. TRUE .. memang grand prize ktorg jika baby kat perut Indah bukan milik Sean!
    hahaaa-cedih sara nk pakai lawa tpi kantoi depan Que.
    At least Sara is not lonely while@kuching Que n d gang come 2 help her out!
    kalau dh jodoh quesara - x dpt lari -very loike this!
    eehhh SE sibuk sgt nk call sara - nak show-off yg die tu caring! x tersentuh pown readers! huhuuu huu

    -NuR

    ReplyDelete
  29. aish apsal lh x kick out jew indah water tu??
    patut kick in the sea lg baex...
    kl bla nk smbng citew get??
    dh rndu niew...

    ReplyDelete
  30. RinsyaRyc
    bnyk lg tersenyum baca komen dr baca n3 kan?
    la..awk bdk zaman mana x layan BSB ni..nmpk sgt la sy dh tua kan..hahahha..ayt x reti nk cover2..

    NuR
    Grand prize kalau kat perut tu bkn Indah punya?
    Gila malu lah Sean kalau x cerai Indah mcm tu.
    QueSara buat apa kat Kuching ni..aiyaa..
    apesal x tersentuh, SE nk tunjuk bakat jd fiance yg cool tu.


    hanies
    akan dikick secara hormat...sekian.
    nk kick smpai ke laut tsunami..biar kna gulung2 ombak baru Sean ber-ombak rindu nti.
    Smbg soon (tapi tatau exact :p)

    ReplyDelete
  31. Lysa MR
    Indah is going to get her Most Hated Female Antagonist award soon.
    Grand prize btulke kalau dlm perut Indah tu isn't Sean's? Ishhh suka korang yea. Kuatkan specu. Amat pembantu speed penulisan saya :)
    true mmg x msk akal sbb Sara tipikal bandar kot compare Que yg bandar tp sengal2 tu.

    ReplyDelete
  32. Eeeeeeiiiii...jahat gile si INDAH kabor dr Rupa ni.. Harappa kene langgar Lori!!!!!

    ReplyDelete
  33. que!!!!!!!!sara mintak nyanyi sampai habis weyyhhhhhh......

    ReplyDelete
  34. Erk gangu kh nie hehehe bad good luck for the best harap dapat baca buku dia bad jan larh kutuk orang key ��

    ReplyDelete
  35. Humm best

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...