Wednesday 15 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 12

            “Sara, saya minta maaf tipu awak malam tu tapi sebab saya nak cakap depan – depan dengan awak macam ni.” Shah merenung Sara yang sedang menguis – nguis Caramel Brioche di piring.
            Diam dari tadi Cik Sara ni. Marah sangat kena tipu macam tu. Langsung Shah tak sangka Sara ada di sana malam tu. Seganlah nak cakap Papa nak buat spot check. Apa Sara kata pula. Sekarang ni tengoklah akibat niat murninya, langsung Sara tak kata apa – apa pula. Seminggu Sara mogok tak nak keluar. Tak nak jumpa. Tak keruan Shah dibuatnya. Hari ni pun lain yang Shah rancang lain pula yang Sara nak. Nasib baik sempat otak Shah mengatur rancangan. Sara tak mungkin Shah lepaskan lagi.
            “Tak kisah apa niat awak Shah, saya tak sukalah awak tipu macam tu.” Sara menarik nafas dalam.
             Tak kan nak bergaduh sebab benda kecil ni? Cukuplah merajuk seminggu. Tadi Shah sibuk bercerita tentang Tuan Sazali yang jatuh cinta dengan SS. Kagum dengan pencapaian anak muda seperti Sean. Langsung Tuan Sazali gian nak datang tiap – tiap minggu. Kalau Shah larat nak layanlah. Mana rock keluar dengan Papa setiap hujung minggu. Baik keluar dengan Sara Nabila yang tengah tayang muka anak itik ni. Tahu sangatlah Sara macam mana Shah tu. Sekarang ni mana Shah nak berenggang sangat. Katanya dah sampai masa Sara di bawah pengawasannya. Shah ingat dia pengawas sekolah lagi agaknya. Getus Sara.
            Shah datang jemput Sara di rumah ni pun sebab nak bawa jumpa Tuan Sazali dan Puan Idura lagi sekali tapi Sara menolak. Tak betul rasanya Sara yang asyik menempel di rumah Shah Ezlan. Dia perempuan. Memang Sara nampak agak senang dibawa ketengah ketepi tapi Sara masih tahu menilai baik – buruk sesuatu perkara dan yang penting ialah menjaga maruah keluarganya. Maruah Sean lah tu. Malu lah nanti kalau Sean tahu Sara menempel di rumah lelaki. Tak kiralah Puan Idura sayang Sara sekali pun. Kenyataannya memang hubungan mereka masih hijau dalam erti kata sebenar walau pun dan bertahun – tahun kenal. Dah lama kenal belum boleh dijadikan tiket untuk lepas laku.
            “Nak tambah apa – apa lagi tak?” Shah menggamit pelayan yang tersenyum memandang mereka dari tadi.
            Sejak mereka melangkah masuk ke kedai ni, sejak itulah banyak mata yang memandang. Sara menjeling juga baju yang tersarung di bajunya. Rasanya tak ada yang menjolok mata sangat. Sekadar, gaun berenda warna ungu lembut paras lutut yang dipadankan dengan ballerina Zara dalam koleksinya yang Dr Reid cakap tak seberapa tu. Tak kan nak padankan dengan selipar Ipanaema, kelakar pula kan. Sara memang tak lalu nak makan sekarang. Merajuk dah hampir hilang. Kalah dengan pujuk rayu Shah yang tak seberapa tapi selera masih mati.
            Mood kat pejabat ke laut sangat hari ni. Serba tak kena. Nak mengamuk je tengok muka Mr Boon Praraks satu hari ni. Ada ke patut projek kat Kuching tu dia bagi kat Sara. Masa nilah Sara doa sangat – sangat agar Que Zafril tak sibuk. Kalau tak, boleh Sara bagi alasan nak siapkan studio Que. Projek paling lembap setakat ini. Sebab tuan punya rumah selalu tak ada kat rumah. Buat kerja sekejap, kena berhenti. Buat kerja sekejap kena berhenti. Macam tu rupanya jadi pramugara. Langsung hidup tak berjadual. Bila tanya bila cuti sebenarnya, selamba Que cakap tak ada istilah cuti hujung minggu. Yang ada adalah istilah  cuti minimum sebulan ialah 8 hari. Nasiblah 8 hari tu jatuh hari apa dan bertuahlah kalau jadual tak ketat, boleh cuti sebulan lebih daripada 8 hari.
            “Sara, I’m talking to you.” Shah memanggil Sara Nabila lembut. Boleh dia berkhayal tengah – tengah Shah nak buat agenda penting ni. Penat komplot dengan tauke Ficelle Boulangerie & Patisserie ni.
            “Sorry. Pardon?”
            “Awak nak tambah apa – apa lagi tak? Kat sini fuwo-toro tiramisu sedap sangat. Saya pesan tu ya?” Shah memujuk Sara.
            “Okay.” Sara hanya mengiakan. Segan. Keluar dengan Shah tapi fikiran melalut sampai masalah pejabat.
            “Sara, saya sayang awak. Saya cintakan awak.” Shah memulakan kata.
            Rasanya dia dah tak mampu nak berlengah lagi. Minggu depan dah nak pergi buat umrah. Rasa macam nak angkut Sara sekali tapi segan nak cakap kat Papa dan Mama. Kalau cakap agaknya setuju aje mereka tu. Alih – alih Sara pula yang tak setuju nanti.
            “Shah.” Sara tak tahu nak jawab apa. Memang Sara sayangkan Shah, bah kan dari dulu lagi tapi apabila mengesan niat Shah untuk menoktahkan hubungan mereka ini, Sara berdebar. Hatinya berat untuk menerima.
            “Sara, I don’t accept no as an answer.” Shah menolak gelas comel yang berisi tiramisu yang cantik berhias tiga biji cherry di atasnya.
            Garfu kecil dihulurkan kepada Sara. Sara mula menguis tiramisu yang nampak agak lazat. Gelas pun bentuk bulat yang comel sangat. Baru Sara nak menyuap suapan pertama, matanya bersinar melihat sebentuk cincin di tengah – tengah cherry.
            “Shah.” Sara mengangkat kening. Pandangannya jatuh kepada Shah Ezlan yang kelihatan tenang di hadapannya.
            “Be mine Sara. Be mine.” Shah menarik keluar cincin emas putih yang ringkas bertatah sebutir berlian dan dihulurkan kepada Sara.
            “I...”
            “I don’t take no as an answer Sara.”

***

            Sara bergolek – golek di atas tilam sambil merenung cincin yang baru tersarung dijari. Tergamam dengan gaya Shah Ezlan yang sentiasa maju setapak daripadanya. Memang patut Sara mengagumi Shah sejak dari zaman sekolah. Shah Ezlan memang layak untuk memimpinnya dan mengemudi hubungan cinta mereka. Masalahnya sekarang Sean ni boleh ke terima Shah? Shah cakap dia tak sempat nak cakap apa pun dengan Sean. Sean nak cepat keluar. Mereka bersalam, lepas tu Shah dan Tuan Sazali terus masuk SS. Sean mana nak layan kalau orang tak berapa nak masuk line dengan dia. Aduh sakit jugak ni. Tak apalah. Tunggu je lah hubungan mereka pulih. Masalahnya boleh pulihke?
            Shah cakap Indah nampak dia langsung buat tak tahu. Sara pun pelik. Buat apalah Indah duduk menempel di SS tu. Duduk rumah lagi bagus. SS dah cukup kaki - tangan nak bergerak sendiri. Sean pun dah jarang masuk SS. Sean sendiri banyak keluar. Luaskan hubungan dan buat promosi. Lagi bagus. Sara tak dapat lari dari berteka – teki, nanti dapat anak saudara perempuan atau lelaki ke agaknya dia.
            Mata Sara jatuh pula kepada Mr Blue yang diletakkan di hujung pintu. Senang nak pulangkan balik kepada tuannya walau pun sayang. Mr Blue ditenung dari jauh. Rasanya sejak keluar rumah, berada di rumah keluarga Que Zafril seminggu yang lalu memang mengundang suatu perasaan yang sukar digambarkan. Perasaan yang dah lama hilang.
            “Morning.” Sara menyapa Datin Annie yang sedang menyusun pinggan dan cawan di meja.
            “Morning Sara. Tidur lena tak?” Datin Annie mendekati Sara dan mencium dahi Sara mesra.
            Sara mengangguk tergamam dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh Datin Annie sejak semalam. Sara juga kagum dengan gaya bahasa Datin Annie yang teratur dan nampak sopan. Tak dengar pun pelat lidah omputih menyebut setiap patah perkataan Melayu. Pandai sungguh si suami mengajar si isteri. Sara memuji Dato’ Abdullah dalam hati. Berdebar juga menanti pertemuannya dengan Dato’ Abdullah. Segan tak usah ceritalah menumpang rumah orang tak pasal – pasal. Anak bujang mereka yang tak guna tu sah masih berlingkar di katil. Memang dasar anak orang kaya tipikal. Hidup bersenang – lenang. Sah lah belajar takat SPM mamat ni. Potong betul. Menumpang kesenangan orang tua semata – mata. Kerja dah lah tak senonoh. Ingat bagus jadi pramugara. Jaki betul Sara dengan profesion pelanggannya sorang ni.
            “Ha..ni ke Sara? Cute.” Seorang lelaki yang segak dengan kumis nipis dan lengkap berpakaian kerja.
            “Uncle.” Sara menghulurkan salam dan tunduk hormat. Tergamam Sara apabila Dato’ Abdullah menarik Sara ke dalam pelukannya.
            “Err...comel macam Nelly. Patutlah garang pun macam Nelly.” Dato’ Abdullah selamba memberi komen.
            Nelly berubah daripada seorang anak gadis yang periang kepada sombong dan mementingkan diri sejak kehilangan nenek yang menjaganya sedari kecil. Memang reaksi biasa sebenarnya kalau orang yang pernah teruk kehilangan orang yang tersayang bersikap pasif dan tertutup. Biasanya mereka akan sukar menerima kehadiran orang baru dalam hidup kerana bimbang akan kehilangan lagi. Kalau orang tak memahami akan disangkanya sombong tetapi mereka hanya menjaga perasaan sendiri daripada terluka lagi.
            Que yang berjalan menghala masuk ke dapur sempat brek mencuri dengar perbualan orang tuanya dengan Sara. Dahlah tadi Que diam je apabila mendengar Datin Annie berceramah selepas Subuh. Kena jaga hati anak yatim piatu. Jangan kuat buli Sara tu. Dia pun tak ingat, Sara pernah ke beritahu yang dia anak yatim? Macam tak pernah je. Dan Sara ada abang? Tak tahu pun.
            Que memang kena bahan habis dengan Daddy dan Mommy Subuh lagi. Maklumlah kena kerah bangun solat jemaah lepas tu topik tazkirah yang dipilih ialah Sara Nabila Saidin! Tak ke haru? Teringat pula dalam keluarga mereka, Nelly je yang berkiblatkan dunia, orang lain semua ingat lagi arah kiblat sebenar menghala ke mana. Mereka sekeluarga hanya mampu berharap agar suatu hari nanti Nelly menyedari sendiri langkahnya yang pincang.
            “Garang?” Sara pelik.
            Bila masa dia garang. Rasanya dah ayu habis dia kawal di hadapan Datin Annie malam tadi dan sekarang Dato’ Abdullah. Kat depan Que je dia lepas laku. Suka hati nak buat apa kalau di hadapan Que Zafril. Kat depan Shah pun Sara tak lepas laku macam tu. Entah, anak bujang mereka tu memang ada aura pelik yang mengeluarkan pelbagai jenis emosi dalam diri Sara.
            “Que cakap kamu garang.” Dato’ Abdullah tergelak menyambung hujung ayat Sara.
            “Bukan garang. Tegas. Saya cuma kenal Que sebab hal kerja je. Tak berkawan pun jadi serius adalah. Garang tak kot.” Sara lancar menjawab. Ringan mulutnya untuk beramah mesra dengan Dato’ Abdullah dan Datin Annie yang nampak amat penyayang.
            “Ehemm..” Que yang sedang berdiri di belakang Sara berdehem.
            Masuk rumah orang tak pakai selipar macam taiko, conquer TV rumah orang layan Dr Reid siap arah orang suruh basuh pinggan, sepak kaki orang dan ketuk kepala orang dia kata tak garang. Melampau betul. Padan muka kena tidur sini. Kalau Que tak buat – buat tidur harus dia kena merentas Puchong dan terus balik ke Seremban 2. Penat tu. Bagus juga idea Mommy semalam. Boleh dia belajar mengenali Sara Nabila dengan lebih dekat. I love you Mommy!
            Sara Nabila makan dengan penuh selera. Lagi berselera apabila dia dilayan seperti puteri raja. Duduk sahaja di kerusi. Semua Datin Annie yang letak di hadapannya. Tak payah nak sibuk – sibuk buat puding roti segala. Mushroom and potato scones dan Scottish smoked salmon cukup membuka selera makan Sara. Rindu menu sebegini dan lagi rindu dilayan seperti puteri raja. Uwaa...terharu sangat.
            “Mommy apesal tak ada nasi lemak hari ni? Aduh, bosanlah. Kat hotel pun makan ni.” Rungut Que tapi tangan lincah menolong Mommynya. Tak macam Shah yang langsung tak menjenguk dapur.
            “I cooked these for Sara, not you.” Datin Annie menjawab. Termalu sendiri Sara apabila dihadiahkan jelingan tajam Que Zafril.
            Apabila semua siap dihidang, mereka makan dengan berselera dan Sara  siap boleh bergurau dengan Datin Annie. Datin Annie teruja benar apabila mengetahui Sara pernah menjejaki bumi kelahirannya. Sara sendiri langsung tak sedar yang dia begitu ralit berbual sehingga Que yang sudah berapa lama memandangnya langsung tidak disedari. Apabila pandangan mata mereka bertaut, automatik senyuman Sara yang sejak tadi tak putus – putus terukir di wajah bertukar menjadi muncung itik.
            “Uncle pergi kerja dulu. Monday blues sampai ke tua ni.” Dato’ Abdullah tersenyum dan beredar.
            Dato’ Abdullah orang pertama meninggalkan meja makan.   Kelakar pula dengar orang yang dah berpuluh – puluh tahun kerja pun ada masalah nak memulakan hari minggu pertama. Isnin adalah hari yang paling tidak digemari oleh warga kerja.
            “Jom, gi beli MC.” Que dengan selamba membuat tawaran hebat. Amboi senang. Dia ingat kita ni apa, stok bagi Bos MC beli macam dia agaknya.
            “Gila.” Sara membalas perlahan apabila Datin Annie beredar ke ruang dapur basah yang agak ke belakang. Nak sambung ayat maki lebih – lebih pun tak boleh sebab pandangan Que buat bulu roma Sara meremang. Apesal mamat ni.
            “Sara.”
            “Haa..” Sara buat layan tak layan tapi berdebar tak ingat dunia. Auntie helps! Air oren diteguk perlahan tapi cepat – cepat. Karang takut ayat Que beraura membunuh, boleh mati tercekik air oren kat rumah orang.
            “Sara, saya nak kawan dengan awak. Saya tak nak jadi pelanggan awak je boleh?”
            “Tak nak.” Sara menjawab selamba dan menyepak kaki Que Zafril di bawah meja makan. Tepat mengena.
            “Aduh.” Que menahan sakit.
            Kalau bukan Mommy tiba – tiba muncul harus dia pun sepak balik kaki Sara ni. Haishh...geramnya. Orang serius dia pula boleh tunjuk gaya samseng dalam rumah orang. Nasib baik hati tengah berbunga Cik Sara, kenalah saya bersabar kalau tak siaplah awak.
            Sara mengejek memandang Que yang kesakitan. Tak nak dia ada kawan macam ni. Harap maklum. Saya anti lelaki manis bergula, saya anti lelaki putih melepak macam pondan dan saya anti pramugara melampau macam mamat kat depan dia ni. Tak kuasa nak tambah ruang dalam hati Sara untuk mengukir nama Que Zafril walau pun hanya sebagai sahabat. Dapat seorang lagi sahabat macam Indah, baik Sara terjun gaung je. Tak payah. Tak ada kuota langsung untuk nama – nama tambahan kecuali Ainul dan Sheena.
            “Jom pergi depan.” Datin Annie mengajak Sara lepak – lepak di ruang rehat keluarga yang bersambung dengan taman yang dipenuhi pokok – pokok yang segar menghijau. Sejuk mata memandang. Datin Annie riuh bercerita rumah ni baru berapa tahun buat penambahan. Dulu rumah ni ringkas sahaja. Hanya rumah banglo dua tingkat semata – mata kerana jauh di sudut hatinya masih menyimpan angan – angan untuk menghabiskan sisa – sisa hidup di tanah air sendiri tetapi apabila hati makin lama makin jatuh cinta dengan kehidupan barunya langsung Datin Annie mengambil keputusan untuk membuat rumah idaman. Bagi Sara dah bukan rumah ni, macam istana dah. Bilik Que cukuplah nak menggambarkan keseluruhan konsep rumah yang amat mewah hiasan dalamannya.
            “Siap ada table ni....” Sara memberi komen apabila melihat meja snooker yang tersergam di hujung ruang rehat tersebut.
            “Itu dunia Que Zafril. Tidur kat atas meja tu pun dia sanggup.” Komen Datin Annie meninggalkan Sara membelek – belek cue yang tersusun di rak dinding. Sara menarik sebatang cue. Cuba diacahnya ke meja. Chalk yang berwarna hijau berbentuk kiub diambil. Hujung cue ditajamkan. Ishh....gian siot. Sara mula menyusun bola di meja.
            “Jom, lawan!” Que Zafril menghulurkan surat MC ke tangan Sara dan mula mengambil posisi dengan cue di tangan.
            “Mana dapat ni? Petik kat pokok ke?” Sara tergamam.
            MC daripada Gleneagles tu. Siap cop nama Dato’ Dr Ariffin. Pakar jantung? Gosh! Aku cuti sakit bukan sebab sakit kaki yang tak seberapa campur malas ke? Apesal kena jumpa heart surgeon ni? Kantoi dengan Mr Boon Praraks nanti. Tak pasal – pasal tak dapat gaji mahu kena merempat kat masjid hujung bulan ni. Kening Sara berkerut – kerut membuat pelbagai teori.
            “Banyak stok MC kat rumah. Anak dia, sepupu saya Joe selalu seludup bagi. Kalau minta MC sendiri, jangan harap Uncle nak bagi.” Que memberi isyarat agar Sara mula jalan dulu.
            “Kata champion.” Que tersengih perli sebab baru dua bola je Sara sumbat dah kena duduk.
            “Memanglah.” Jawab Sara yakin.
            Ainul ni memang mulut bacul betul siap cerita semua. Siap alamat, siap segala si Ainul ni bercerita dengan lelaki di hadapannya yang sedang fokus kepada permainan. Angin satu badan juga apabila Ainul mengaku dia yang memberi alamat rumah Sara sehingga Mr Blue terkulai layu dalam pelukannya tapi tu sah malam pertama dan terakhirlah Sara peluk.
            “Macam tak boleh makan je.” Que memulakan provokasi.
            “Orang banyak koleksi cue belum tentu pandai main.” Sara menjawab.
            “Siapa kalah kena denda. Kena cakap Yes Sir, Yes Madam  to any request.”
            “On.” Jawab Sara yakin. Lupa dah tak pegang cue berbulan lamanya.
            Ketang! Ketung! Ketang! Ketung! Dah separuh bola masuk lubang. Sara dah berpeluh menunggu giliran yang tak kunjung tiba. Biar betul mamat ni langsung tak bagi muka. Sampai giliran Que nak masukkan bola berwarna pink Sara dah mula tersengih.
            “Ni pehal?” Que pelik. Dari masam mencuka tiba – tiba manis bergula.
            “Bola pink saya punya luck. Awak tak masuk punyalah.” Sara yakin. Bertambah yakin dengan posisi bola yang agak susah.
            “Please...May I.” Que buat – buat minta izin siap pakej muka perli.
            Damn! Cantik bola pink tergolek masuk lubang. Sara dah mula berangin. Cue diletakkan di tempatnya kembali. Tak boleh terima kenyataan kalah dengan mamat tak berapa macho ni. Jam di tangan dikerling sekilas.
            “Orang kalah pergi ambil air bawak hidang sini. Pink guava please. PINK tau.” Arah Que dan duduk bersila di atas buaian yang bulat dan besar di tengah ruang rehat. Saja ditekankan perkataan pink tu. Tuah bola pink konon. Kalau dah perempuan tu perempuan jugak. Sampai bola snooker yang warna pink pun boleh jadi favourite. Macam – macam.
            “Tak payahlah. Nanti beli kat tepi jalan. Balik jom.” Sara mula memuncung. Kalah dah satu hal. Siap nak bibikkan kita pula. Bagilah denda yang mencabar sikit. Pink guava? Amatlah tak romeo. Sara melangkah ke bilik Nelly dan mengambil sling bag dan mengemas katil serba – sedikit.
            “Denda senang tak nak. Tak apalah tapi kalau saya tuntut nanti jangan nak buat tak tahu pula. Kalah buat cara orang kalah.” Perli Que apabila melihat Sara tercegat di hadapannya menanti untuk beredar.
            “Panggil Mommy jap.” Que meninggalkan Sara.
            Sara melangkah mengelilingi taman dan berjalan ke arah taman yang bersambung dengan bilik Que Zafril. Kagum dengan lanskap rumah Que yang unik dan menawan hatinya. Rumah sendiri maklumlah di tengah – tengah pusat bandaraya. Mana nak merasa ada taman macam ni. Penthouse tu memanglah dua tingkat tapi balkoni tak berhias pun. Ringkas dengan beberapa pasu bunga yang senang dijaga sahaja.
            Sampai di hadapan kereta G35, telefon Sara galak berbunyi. Nama di skrin dibaca sekilas. Shah Ezlan. Sara membiarkan sahaja lagu Skycrapers galak berkumandang.
            “Bisinglah. Apesal tak jawab? Gaduh dengan boyfriend ke?” Que yang tiba – tiba muncul dengan Datin Annie tersenyum mengusik. Wajah lelaki yang mengunjungi Sara semasa Sara sakit dulu mengasak fikiran Que. Kekasih hati Sara ke mamat tu? Haishh...tak boleh jadi ni.
            Datin Annie menghulurkan bungkusan berbalut cantik kepada Sara.
            “Apa ni Auntie?” Sara menyambut huluran Datin Annie dengan serba salah.
            “Ini Que beli kat Shanghai suruh Mommy simpan. Buat apa simpan, bagi kat Sara lagi bagus.” Datin Annie menghulurkan kotak yang berisi baju rekaan Alfred Sung yang dibeli oleh Que di Shanghai.
            Limited edition puff mini dress rekaan Alfred Sung memang sesuai jika Sara yang comel memakainya. Alfred Sung ialah pereka kelahiran Shanghai tetapi menempa nama di Paris dan Canada. Maka dah jadi terbalik, baju yang dijual di tanah kelahiran sendiri semuanya adalah rekaan terpilih berbanding yang dijual di tempat lain.
            “Cantik. Memang padan dengan Sara pun. Que memang suka beli barang tapi lepas tu bersepah kat stor. Ini Mommy rasa Que beli untuk Sara kot. Segan je nak mengaku.” Sambung Datin Annie apabila melihat Sara diam tak bersuara.
            “Mommy.” Que meninggalkan Datin Annie dan Sara yang sedang meraban.
            Panaskan enjin kereta lagi bagus. Buat malu je. Memang dia beli sebab bayangkan Sara yang pakai. Maklumlah kalau merayap ikut krew – krew lain, aktiviti tak lain tak bukan semua membeli - belah. Nak beli untuk diri sendiri macam dah tak tahu nak beli apa. Tak terfikir pun nak bagi Sara sekarang. Buatnya minah tu buat lap kaki baju yang beratus harganya, sia – sia pilih bagai nak rak.
            Que menyuruh Sara masuk kereta selepas bersalam dengan Datin Annie. Sebaik Sara menutup pintu, Que menghadap Datin Annie.
            “Mommy, Que rasa Sara dah ada boyfriend lah.”
            “La..nama je Que, potong queue tak pandai? C’mon unless she is engaged. You got to lose to know how to win.” Datin Annie melambai ke arah Sara yang setia menanti Que.

***

            Suara Demi Lovata menyanyikan Skycrapers di telefon mengejutkan Sara yang sedang membelek hadiah Datin Annie yang cukup menawan, dah seminggu dapat tapi segan nak pakai. Dah nak tidur pun ada lagi panggilan masuk. Jangan Mr Boon Praraks sudah nak telefon cakap pergi Kuching sekarang dan bukan pagi esok. Bukan boleh harap Bos yang tak berapa betul tu.
            “Dah tidur ke Sara?” Suara Shah yang garau di hujung talian mengirimkan senyuman di wajah Sara. Mata segar tiba – tiba.
            “Belum.”
            “Tidur cepat. Esok nak pergi Kuching kan? Sampai sana nanti banyak kerja jadi kena tidur cepat dan banyak rehat. Saya jemput pagi – pagi lagi. Nanti boleh sarapan dulu.” Shah mengutarakan cadangan yang sedari tadi berputar di kepala. Nak juga tengok muka Sara Nabila esok. Janganlah tiba – tiba Sara berubah hati. Boleh mati sakit jantung Shah dibuatnya.
            “Shah, today you really know how to win my heart. Saya terharu sangat. Tak tahu dah nak cakap apa.” Cincin emas putih bertatah berlian yang tersarung dijari dipandang tak berkelip.
            “Tak payah cakap apa – apa Sara. Saya tak akan sia – sia kan awak. Janji.”
            “Shah.”
            Macam nak menitis je air mata ni. Tsk...tsk...Sara menarik selimut ke dada tetapi daripada sedih terharu tiba - tiba tersenyum sendiri. Pertama tersenyum malu dengan ucapan Shah di talian. Kedua tersenyum teringat aksi spontan yang sedang dilakukannya. Menyorok bawah selimut? Hello! Ingat Shah tahu ke dia tengah menangis ke, melompat ke? Sama lah dengan gaya sponton semua orang kalau rumah diceroboh orang. Cepat – cepat menyorok dalam selimut. Macamlah tiba – tiba penceroboh masuk bilik dan cakap ‘Owh damn! I can’t kill her because she is under the blanket’. Hahahaha....Sara mula tergelak sendiri. Termalu sendiri. Maklumlah hati tengah mekar setaman.
            “Sara, saya balik umrah nanti kita bertunang ya. Saya tolong awak selesaikan masalah awak dengan Sean. Jangan risau. I’ll always be by your side.”
           

           
           

40 comments:

  1. SE ni btl2 one step ahead la...tolong jgn bagi dorg brtunang (repeat 10x).

    my shinning amour,prepare urself..harus kene google how to win girls heart..

    ReplyDelete
  2. serius takleh blah gelak bab seludup MC Dr. Ariffin tuh. hampeh punya anak sedara, salah gunakan kemudahan yg ada.

    nampaknya sara ni memang stok makcik2 berkenan buat menantula walau muka masa mcm cuka.

    and yes, i am agree with ur mum Que, nama je Que takkan tak pandai nak potong queue? lol!

    really hope akan ada something bad yg Shah buat sampai Sara tolak dia jejauh sampai planet Marikh.

    ReplyDelete
  3. 1) shah ni xmenarik lgsung, entah apa aura dia tah,lemau semacam jer, baik aura abg sean sya lgi mnyerlah
    2) nama jer que,potong queue pung xpandai ker.. hahaha cayalah mummy...
    3)cmon la que, awk lbih sengal dri joe, xdpt cara baik, cara jahat pung ok gak.... cantas jer selagi boleh.
    4)sye pung xsuker laki mulut manis, mulut jahat ala2 fareez lgi macho, tpi kdg2 que ni mulut dier boleh tahan juga....
    5)sara ni kdg perangai dia boleh mnimbulkn juga mood mnyampah pd diri sya, patut la bleh bkawan dgn muka btalam tu....
    6)ok hari ni pung sya nk ckap yg sya menci menci menci indah.......
    -thanxs cik writer-

    ReplyDelete
  4. ishh sara asyik le tu dpt cincin
    x nak le SE - datin anne kena bantu que neh!
    go go mommy! ehh ie le mcm yg ade kone last n3 dh mula elegik lak kat SE!

    -lovely lady

    ReplyDelete
  5. Syira
    My shining armour,
    please hijack Sara's heart ASAP! Arahan DYMM Syira!


    Hajar
    hahhaha...sama sengal Ferhad dgn Que neh. Tu yg slow. watak hero sy plg muda ni.
    pth Que cpat lol!
    Campak pegi Kryton ok SE tu, Fareez ada nk teman.



    zawani mukhtar
    1. x agree (SE baek oke & stable career)
    2.agree
    3.agree
    4.agree (laki sy mulut jahat..org slh teka, laki sy Fareez bkn Joe ehh. Joe sy dh kelaut.)
    5.TOTALLY AGREE
    6. agree (konfius: ade psl Indah ke dlm ni?)
    aaa..kat n3 ni sy agree sgt dgn awk. Sara mcm lembik. Kna pujuk sikit dgn Shah trus amik cincin tu. Bluekkk...ok sy sdiri yg cipta sy sdiri yg anti....hahahha..giler punya writer :p

    ReplyDelete
  6. Sara lembik, tapi rasanya bukans ara saja...
    Kebanyakan wanita akan lembab/lembik waktu2 mcm nih...

    Kalau x, x da la dengar kes laki ambik kesempatan...
    Ke atas wanita yang sedang dalam masalah...
    Ayat lebih kurang skit jer, semua boleh dapat...
    Ikut terus telunjuk lelaki yang kononnya caring tuh lar...

    Mcm sekarang nih, kes Syah - Sara...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  7. lovely lady
    SE laju. Que surrender je la
    kata suka SE, x molah reverse
    SE kna ada peminat nie.

    ReplyDelete
  8. Que..Que..Que - kemon bro.. Mommy da tlg tu..da bg hint pon..pandai2 laa. Take it as chalenge..(Kalo xreti jugak, sah stok skema)
    Sara..herm, hati da suka kna pujuk sket cair laa..sy rs dia xlembik tp jenis setia..ngeee~ da kwn mmg bekenan dr skull lg kan
    Shah ~ sy rs dia ni ok cumanya nti halangan dorang family SE ni la..skrg ni smooth sbb indahwaterkonsortium(nyampahnyer!) tu xwat citer lg..kan3 KL..(Sean pon mcm xbaper aprrove je)
    Mommy + Daddy ~ uolz da best! Ngeee~

    ReplyDelete
  9. Mommy Que mmg sporting la....
    Anak nampak sangat lembab dalam bab2 memikat nih...

    Tuh yang siap tolong masuk line dan suh potong Q cepat2...

    Bila lagi KL nak bagi sara bermalam kat rumah Que tuh...
    Selalu2kanlah yer KL bawa sara bermalam di sana...
    Boleh juga sara bermanja dengan datin annie dan main snooker puas2...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  10. mommy ngan daddy Que sporting habis!!!!
    ada pulak seludup MC. hahahaha
    jgn bagi diorang btunang!!! tak tak! No No!!!
    suka cara Que pikat Sara, spotan je. kalau shah, macam dirancang. tak mencabar lerr..

    KL, please eh eh eh.. tak mau diorang btunang...

    ReplyDelete
  11. -dear cik puan writer yg cantik jelita, nk comment lgi boleh.......
    7)SE stakat baik ngan stable kerja buat apa, abg sean sya pung stable kerja juga, cuma bini dier jer yg x stable. bad boy lah best... xmau baik2 sngt nanti jemu.
    8)first time bca novel, xboleh nk fokus dkt heroin, biar dier dgn shah tu pung xper, cinta sngt konon... lembik lembik... padanlh dgn shah lemau lemau, mcm mna abg sean sya ader adik mcm sara...
    9)kalo sya, bgi jer shah tu dkt indah... hahaha, apsal indah x dajalkn saje hbgn shah n sara tu, bkn ker dia pandai dlm bab dajal mndajal sara ni....
    10)xmau la cmpak SE gi krypton temankn fareez, campak saja sya ni, sya rela ok...
    11) wlau apepung org kata dkt fareez sye, slow la nk ngorat, lemau la, jahat mulut la,yg pntg dier tetap hero d hati sye ngan jasmeen ok... hahaha... fareez bkn sekadar hero biasa...

    ReplyDelete
  12. Q lembab!

    mummy Q terbaik!

    next ^^

    ReplyDelete
  13. tak suke cara SE!
    Sweet nyer sara kat rumah Que layanan pon the best!
    Sara kalah jugak main ngan Que - xpe nanti main g!
    tenteram jiwa x de Indah!

    -NuR

    ReplyDelete
  14. mizz acu
    btul2. Sara setia dgn SE. Lg pun dia kan susah nk bukak hati kan org.
    kna buat Mommy Daddy serius skang je tp nti nk terapkan nilai2 murni jgak. Seyes x suka mak bapak yg terlalu sporting sbb mcm x kna dgn adat & budaya kita kan?
    Kan *apesal msk bab moral nie?


    w.t
    mana blh Qie bwk blk slalu, berlubang kepala Que kna ketuk dgn Sara nanti. Hoho...

    m
    Shah mmg monoton, bosan, old skool. Tak adventure, gaya boring. Sara pun mcm boring keluar dating x teruja langsung. Mana ada kapel bosan mcm tu.
    Dorg x btunang, kawen je terus. Q dpt 2nd hand je *hahha writer dh speculate blajar dgn readers


    zawani
    tahu je awk sy jelita kan...hahahha
    7.hahha gelak gilerr baca bini Sean yg x stable? Adeh.
    8.Kalau Sara duk SS lg confirm sy Sara x terima Shah semudah ni. Tu sbb Shah sorg je yg bg attention kat dia.
    9.Bg Indah ya mendajalkan dorg tp sy kesian kat SE. Bg sy, SE x berdosa u!
    10.la igt nk campak SE kat awk, rupanya awk nk sy campak awk kat Krypton. Ya Allah. Terburai pankreas sy ni cik adik oiii...
    11. Awk kna beli GET 5 bijik kalau mcm tu..hahha



    nim
    Q lembap, tak de Q (Quality)
    kat ofs ada hr Q, MAS x der kot hr Q, tu yg Q sengal x terkata.


    NuR
    naseb baek bkn Nur Indah..hehhe joking!
    Nanti Que lawan Sean la plak. Lpas tu Que kalah. kelip2 je lah pandang Sara.
    oke sila bersedia mgu depan utk mendengar nama Indah di setiap perenggan.

    ReplyDelete
  15. KL~yup..btl tu..sporting sgt pon xbesh!nti anak nek lemak..ngee~ tp que sara dak baekk..kan? Kan? Kan?
    Nama IWK je setiap peranggan next n3? Aiyoo.. NyampahhhhHhhhhhhH!
    Sean ~ kemon bro..open ur eyes!

    ReplyDelete
  16. nk sara ngn que..tak nk ngn shah..plzzzzzz...

    ReplyDelete
  17. bersedia sedia je lah utk next bab.. lagi2 hati mesti kuat. takut krg membaca kemana laptop kemana. hahahaha.

    ReplyDelete
  18. Tak yah Que bawak balik selalu, biar datin Annie jer yang rajin jemput Sara ke rumah masa Que x da...

    Anak lembab, biar mak yang potong line...
    Boleh lar korek maklumat2 kritikal untuk anak yang lembab pick up tu...

    Masa syah bawak balik rumah dia, x terasa pun mcm rumah sendiri yer...
    Datang rumah Que, dalam x suka orang diapun, masih dapat jugak feeling mcm rumah sendiri...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  19. Boleh yer nanti wat hubungan Sean - Sara makin teruk akibat campurtangan SE nih...

    Nampak sangat apa yang indah kata tuh betul dan benar belaka semuanya...
    Sara menempek kat laki untuk hidup kat luar selepas dihalau dari rumah...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  20. KL- Kenapa kali ni semua yang lelaki baik-baik belaka....
    yang perempuan pulak kurang baik lak....hehehe
    X tahu nak cakap Shah ni orangnya pasti baik hati dan lembut hati... x suka memaksakan.... sayang juga dengan Shah.....
    Que tu memang lembab sikit... asyik nak terbang ja..... Bila Sara dah terbang baru betul baru tahu....
    Nasib baik mak sporting.... x pa lah mak yang potong Q ok juga.... hahaha

    ReplyDelete
  21. mizz acu
    btul2...kna curb perangai parent yg x reti didik ank, tjk sporting x bertempat (gene a good mother x or evil mother?)hahha

    Anonymous
    okey, noted. QueSara tp lmbt sket ahh..epi 20 kot.

    m
    x la sadis2. Sy kan msti bg ayt bergula jgak last2 nk redhakan emo kalau x nti x smpat catch up SB. Penuh org meroyan kat sana.

    w.t
    Part Sean-Sara lg teruk sbb SE oke tp SE tetap baek. Indah yg giler meroyan x abeh2.
    ok yg ni diterima. Noted. Tgu oke.


    sue
    tukar selera. Asyik pompuan je kna tibai, kali ni bagi sume hero baik2, blajar nk lentur perempuan. Sorg kena blajar ajar bini, sorg kna baljar tame the roaring Sara.
    SE mmg sepatutnya mcm baik & akan baik all the waylah cuma sbb dh declare Que hero jadi sahlah sume trus jadi anti SE.
    Suke ayt Que asyik nk terbang je, nti Sara yg terbang melayang. Hoho..

    ReplyDelete
  22. Wah x dapat jugak yer jadikan SE jahat...
    Tapi dia salah langkah la yer, kalut dan x kena masa nak jaga tepi kain orang lain...
    Akhirnya melepas jugak burung yang nak ditangkap...

    Mencuri hati sara dari lawan yang hebat, baru dapat tunjukkan Que lebih baik walaupun lembab...

    Sebenarnya ibu bapa yang sporting ok...
    Yang x ok, mak bapak yang x ambik kisah hal anak2...
    Sporting dan x kisah, 2 perkara yang berbeza...
    Yang terlampau tegas x berapa baik juga, nanti dah bebas dari kawalan ibu ayah, mcm2 dicubanya...

    Sporting rasanya boleh dikatogerikan sebagai tegas dalam hal2 tertentu dan toleran dalam sebahagian hal...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  23. why no one rase 'touch' when SE propose Sara?
    mommy is very sweet!
    Sara at least shud b happy coz dpt jugak lepas windu dier nk main snooker!
    Que ni kn - nape le x kasi Sara menang!

    ~guest melepak

    ReplyDelete
  24. SE cara tuh dia tiru dari TV, x romantik la sebab x da kelainan...
    Mesti SE tuh kaki tengok drama2 romantik...
    Terus dicedok idea letak cincin dalam cawan tuh...

    Dah tu diktator plak, x boleh kata NO!...
    Mana nak tersentuh dengan SE tu...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  25. Dear KL,

    - Que...memang kena potong queue kalau tak melepas nanti...
    - SE - KL jangan la bagi SE cepat2 bertindak..
    alahai hati kak fadz dah tak tenteram dah ni...
    meroyan tahap hagemaru dah nii...
    - Mommy Que...is lovely mommy...
    - Sara...cepat return back cincin tu kat SE...
    - no matter how, Sara mesti ngan Que Zafril....ha..ha..ha..


    -kak fadz-

    ReplyDelete
  26. for this n3 i only want to remember - sara senang stay at Que's parent home ......
    yg part SE x beraper suke ... ngeeh ngeeh ....
    may be pas ni ramai readers mula kutuk dengan budak SE neh.... padan le dengan indah kot!

    -!Uglybetty malaya!

    ReplyDelete
  27. w.t
    mencuri dr lawan yg hebat tu mmg yg cuba disampaikan. Compare apple to apple baru best.

    guest melepak
    u knw nobody rase touch. I jer masa writing sket la touch. SE tu nmpk vry the ikhlas oke.
    Que kna menuntut dgn Joe & Fareez. Tak pandai langsung main2 tarik tali.


    w.t
    harus cara Que nti romeo kelas satu. mana main cincin dlm kek...eh hello? so outdated.


    Dear Kak Fadz
    -Que dh melepas pun kak
    -dah bertindak pun SE tu, camna? jgn kak, ank2 kite jer boleh meroyan sbb hagemaru tu
    -hahha mmg lovely gler Mommy Que
    -Sara, x mo, nak gi gadai boleh?
    -QueSara, cuma lmbt kot.

    ReplyDelete
  28. Oh pls Sara not only thinks twice but think a couple of times before availing SE proposal! Rase nak JEEERRRIIIIIITTT – Sara return back d ringgg!
    Damn ‘sehol’ ….what d hell is SE doing? Propose? cheeh Too hypersensitive to say anything but will write something hehee! Btw SE ur style propose tu dh x laku! Readers x hyper-excited huhuuu …x stylo!

    Sure all readers are hoping Sara will reject SE proposal b4 the official engagement announced later!
    Eeerrkkk –geli geliman when talking bout ShahSara – d name doesn’t rhyme at all-sound weird n awkward! Lidah pun nk terbelit sebut!!! The best rhyme is offcourse QueSara – cute right?
    I don’t know but it looks tat SE so far has ‘no appealing charisma' to enable readers luv him! May b physical appearance yg buat sara cair but his characteristics is zero par!
    Honestly there is no chemistry between SE n Sara! Their day-out relation mcn ‘beku’ je! But this is very different with Que – Sara act n converse naturally tho’ at times she is a bit edgy n nervous *luv in d air sign!
    Ni bile ngan SE mcm formal je – this doesn’t work in marriage hehee… u need a partner or ur other half must b yg senang di bawak ‘bertekak’ etc etc …. ia ke? Hmmm I think Sara do notice differences between SE n Que! So open ur eyes Sara!
    Okay … SE will b away – so it is a real huge opportunity 4 Que 2 draw Sara’s attention *cuak jugak- kot nanti SE buat do’a berlebihan mase Umrah!!
    huhh prickly fretful wana 2 know Que strategy! Jgn mendesak like SE-take it easy but do smthing tat can melts Sara’s heart naturally!
    Common Que- it only takes one dance under d moonlight 2 cause havoc d entire town!
    I hav to love mommy – sweet , sporting yet still know all d limits to be followed and so is daddy! Sara is very comfortable with them n at home – sempat g snookering!
    Limited edition puff mini dress designed by Alfred Sung – wow … hmm Que pulak yg pinky when mommy cakap que beli utk Sara!! And tat MC – pheeww so nottttyyyy!

    ReplyDelete
  29. Hey yo Que. You can google how to win girl heart. Fist step is on your laptop. Second, connect your int. Third, open google page. Fourth, type " How To Win Girl Heart ". Da! There you go. Got a lots of information there. K. What in the hell I'm talking about. I should stop now. Btw, KL keep doing your best!! xoxo! :)

    ReplyDelete
  30. @Yong
    x perlu google how to win girl's heart - sy lebih setuju ape yg Jazmen@melor ckp - do it naturally to melt sara's heart!
    sebab kalau ikut steps dlm google tuh-nanti que boleh jdi kekok nk ikut idea yg kekadang melalut!

    ape pon you may b right Yong sorry! don't take this to heart! sja nk enjoy kat blog neh - yg sentiasa ceria dgn readers yg ceria n brilliant

    -ImAn ar-RahmaAn

    ReplyDelete
  31. KL,
    adusss ..... x perasan tat my comments looks like a primary school composition!

    back home - read n3 - buat komen -publish issshhh ... didn't realize it was so longgg .... next time mesti re-read own comments b4 publish! hahaaa!!! :):):)

    ReplyDelete
  32. Que! pls laju ckit cam airplane terbang tu! nama je pramugara, p ur move slow sangatlaa klu nk dbanding ngn SE...
    So, Que!! pls potong Q..Sara xkan marah punye klu u potong Q..suke lagi ade lah kot sbb u kan savior die.....

    ReplyDelete
  33. Alaa, ntah2 nnt masa SE g umrah, die tjumpa kisah cinta hati die dlu yg mnyebabkan die frust menonggeng sblm jmpe Sara..n mommy SE lagi suke prempuan tu sbb lgi ayu lagi sopan lagi lemah lembut n ade tali prsaudaraan atau anak member lama...hihi..

    ReplyDelete
  34. Jazmeen
    u shuld be my co-writer esp with ur fantastic choice of words. mesmerize me & other readers here.
    I pon nk suruh Sara pulang blk. Dah la x pikir pjg. Main sarung pastu siap tilik2. lembiklah Sara ni.
    Mmg ramai la crusing with u on Shah so outdated proposing style. Yuck oke!
    Sara still dgn bayangan SE zmn skolah, blum bukak lagi minda dia ni. Nak kasi Que gegar br Sara mengerti akan indahnya dunia cinta yg sebenar. Chewahhh...Sy pun kna buat karangan primary school pjg2 sbb temankan awk lol!
    VOTE 4 QUESARA!
    Tang gi doa kat Mekah tu yg potong, cemana, doa cpat makbul. Kna bg Shah x jadi pergilah.
    Mommy sweet bergula sebijik mcm anak.
    MC u read yg I tsilap type oke, ltak Ferhad. Meroyan punya writer x igt sape ank Dato' Dr Arifin. Marah Mrs Joe. Kat SB td kecoh jap.
    I'll make sure Que will do it on his own cool way. Bg Sara fall naturally & start comparing. Baru fair hero & 2nd choice level at par.
    Alfred Sung....hahaha...being girls, motto 'koya is free' works every time :)


    Yong
    Que kna google step2 yg ada kat Krypton baru boleh lawan Fareez, heartbreaker even mulut x manis pun. Yong u cn ramble jumble anytin here. I am all ears.


    ImAn
    google boleh kot sbb Que stok x nk pakai otak. Hidup nk riang - ria jer.
    Tp jgnla pi wat 3 bijik ceri tu, buat malu kompeni je.

    Jazmeen
    kemon...baru nmpk pure. Sometime whn I reply, I always feel tat I'm talking to the specific reader. Jd kdg2 mcm lalang my opinion sbb u'll answer diffrently to different question & different ppl rite?

    zarah
    aiyakk..pilot baru laju, mamat ni pramugara harus lemau. Otak pon malas nk guna. Cemana tu?
    hahhha...Mama match make for Shah ke sbb Papa mmg x suke bisnes Sean?

    ReplyDelete
  35. best jugak bace comments dr atas smpai k bawah!
    betul nk gelak KL! serious readers kat sini ade karakter unik - luahkn komen yg sy rase mcm x de kat enovel blog lain!
    KL tau nape? it's because you yourself KL yg sentiasa dekat di hati pembace! reply awak pd pembace mbuat kitaorg ceria!
    aaaahhh x tau nk cakap!

    -hnha

    ReplyDelete
  36. KL,

    tu laa payah ny klu keje pramugara. Terus malas nk pk guna otak. hehe. Klu pilot kan btmbh kacak! p jgn plak nnt KL wat Que tipu Sara yg die keje pramugara p sbnrnya keje pilot. Klu x, mau tkedu terus dudok baca nnt keje betol Que. Haha..

    tapi SE kan ad cakap yg ayah die dah suke da kat SS..mayb guna ayat yg baek punye tuk cover xnak SE kawen ngn Sara.

    Sangat2222 bharap yg Sara reject SE sblm btunang. Sara dah bg mark n compare Que n SE.
    1) Xpelu nak wat puding roti sgala bagai
    2) Que rajin tolong mommy kat dapur p SE xpenah jejak kaki ke dapur
    3) Ngan Que, boleh lepas laku. Ngan SE, kaku nk lepas laku sbb SE skempus!hihi *memandai je cakap SE skempus!*
    4) Dapat layanan cam puteri kat umah Que. Kat umah SE, kena ikut tatatertib.

    ehhh, baru perasan, byk plak membebel/merapu kat sni...hihi

    ReplyDelete
  37. x nak sarah dgn shah!! x nak!! *emo sebentar*
    hehehe

    que..palli..potong la que..

    ReplyDelete
  38. hnha
    pandai awk last2 komen pastu puji2..nak n3 cpat la tew...hahhaha joking. I appreciate my readers voice regardless of any points of view. All the differences make our life colorful.



    zarah
    org dh bg lesen nak merapu..silalah. Mana ada tmpat yg boleh merapu mcm kat sini. Sy pun melepak & lepas tension kat sini. Port terbaek ni nk lpas perasaan.
    Sara akan bukak mata jgak tp masalahnya bila? Bila?



    Miss Kira
    nakla.nakla. Shah baik tau.
    Que kna ptg Que tp mcm mana nk buat ptg que cara x kejam ni?

    ReplyDelete
  39. woi. gelojoh sangat shah ni.
    ngeeeeeeee

    ReplyDelete
  40. macam x berapa masuk je kalo sara kawen ngan shah 2....si que ni x pandai nak potong queue ke...nak gak ikut barisan 2 asal? adoyyaiii....shah 2 cam bukan sorang yg penyabar n pemaksa jugak hmmmm...

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...