Sunday 12 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 10

            Suasana di meja makan sunyi – sepi. Sara nak telan pun perit. Kalau kunyah 44 kali pun belum tentu jalan esofagus lancar ni. Soalan – soalan yang ditanya oleh Papa Shah semua kategori luar alam. Bukan nak tanya Sara ni lulusan mana, kerja apa dan pandai masak ke tak tapi yang ditanya semua berkaitan dengan Sean. Sean Snooker dengan lebih tepat. Pelik sangat ke menjalankan perniagaan sukan cue ni? Kenapa pandangan sesetengah orang terhadap permainan snooker ini agak negatif di Malaysia tapi tidak di bumi Edin.
            “Abang Sara buat loan ke buka pusat snooker tu?” Papa Shah Ezlan, Tuan Sazali memulakan kata. Pelik mendengar pilihan anak terunanya ialah seorang gadis yang dibesarkan oleh abang yang mengusahakan pusat snooker. Agak skeptikal mendengarnya.
            “Papa, perlu ke tanya sampai ke situ?” Shah menegur.
            Awal – awal sampai semuanya elok. Semuanya berjalan seperti dirancang. Papa dan Mama memang nampak amat sukakan Sara. Mama memang ketaralah suka sangat. Mungkin sebab nak sangat anak perempuan. Shah dua beradik je. Dua – dua lelaki. Shah Ezlan yang sulung dan yang bongsu Shah Edika baru nak SPM. Jauh beza umur mereka. Masalah bermula apabila masuk sahaja sesi soal – jawab keluarga Sara, terus semua ke laut. Mendengar kisah Sara anak yatim – piatu semua terdiam. Kasihan barang kali tetapi kening  Tuan Sazali dah terangkat – angkat, mata pula memandang Shah tajam apabila masuk bab pekerjaan Sean.
            “Tak apa Shah, in fact Sara pun tak pasti Uncle.” Sara mengambil jalan tengah.
            Buat tak tahu segala – gala yang berkaitan dengan SS. Tak kan nak cakap guna duit sendiri. SS antara pusat snooker terbesar di Malaysia, mesti nanti Tuan Sazali pelik. Kaya sangat ke mereka adik – beradik? Kalau kaya apesal Sara nampak selebet je. Tadi Shah siap canang Sara pergi kerja ulang – alik Puchong – SS2 PJ naik Viva je. Langsung tak vavavoom. Kalau cakap naik Honda, paling koman pun Gen2 bunyi macam logik juga datang dari golongan berada tapi nampaknya kenalah dia golongkan dirinya dalam golongan marhaen buat masa sekarang. Lagi pun Sara teringat juga komen Indah selepas bergelar akauntan. Kononnya rugi kenapa melaburkan duit sendiri untuk memulakan perniagaan. Patutnya buat pinjaman lagi untung. Kena sebat je dengan Sean waktu tu. Suka hati Sean lah, duit dia. Duit dah banyak sangat katakan. Karang kalau Tuan Sazali berpandangan sama dengan Indah lagilah Sara meroyan sakit hati. Jadi jalan selamat ialah cakap tak tahu je kat Papa Shah ni.
            Shah sendiri pun bukan tahu sangat kalau perkara yang terlalu peribadi begini. Hubungan mereka walau pun bunga – bunga sentiasa mekar sepanjang zaman tetapi masing – masing tidak pernah melanggar had. Hal keluarga langsung tak pernah menjadi persoalan. Sara perkenalkan Shah pada Sean sebagai kawan sama – sama belajar di INTEC sahaja. Shah pun datang SS bukan selalu. Datang main pun baru 2-3 kali. Tu pun layan pool. Snooker langsung tak reti. Sesuai sangat pergi sambung belajar kat US tu. American mana layan snooker sangat. Mereka lagi gemar main pool.
            “Abang Sara seriuske dengan perniagaan dia sekarang?” Tuan Sazali terus menebak.
            “Papa.” Shah mula angin satu badan.
            Dahlah susah nak ajak Sara maju setapak lagi dalam perhubungan mereka. Sara bersetuju nak ikut dia balik jumpa keluarga pun satu rahmat. Belum pun lagi Sara bersetuju nak jadi suri hatinya. Kalau Papa terus potong sana – sini ada harapan Papa nak tengok anak terunanya jadi bujang terlajak ni. Lagi lokek Sara nak menyatakan persetujuan untuk menerima lamarannya nanti. Dalam waktu terdekat ni memang Shah bercadang untuk melamar Sara. Kalau Sean tak nak jaga Sara, biar dia yang jaga. Shah sanggup untuk menjaga Sara seumur hidupnya.
            “Sara dah habis makan kan? Jom ikut Auntie pergi dapur. Nak ajar Sara buat puding roti favourite Shah. Jom.” Mama Shah, Puan Idura faham gelojak hati anak sulungnya.
            Pada pandangannya, Sara tak kurang apa pun. Masalah abang Sara tak patut dikaitkan dengan hasrat Shah untuk memperkenalkan bakal suri hatinya kepada keluarga. Puan Idura menarik tangan Sara mesra.
            “Jom.” Puan Idura berjalan seiringan dengan Sara menuju ke dapur.
            Sempat dijeling wajah Sara yang agak keruh. Terasa agaknya dengan soalan Tuan Sazali tadi. Kasihan pula Puan Idura melihat wajah Sara yang mendung begini. Terasa mahu dipeluk dan dilimpahkan kasih sayang kepada gadis ini. Pasti Sara rindukan kasih sayang ibu bapanya. Manakan sama dengan kasih seorang abang. Dan kalaulah Puan Idura tahu abang pun telah jauh meninggalkan Sara pasti naluri keibuannya bertambah – tambah simpati.
            “Shah suka makan puding roti ke Auntie?” Sara merasa agak kekok berada di dapur Puan Idura. Maklumlah dan berbulan tak masuk dapur. Kalau tak Sara pun champion jugak bab masak – memasak ni.
            “Antara hidangan wajib sarapan pagi dia. Puding roti ni kita buat sekarang dan Shah boleh makan pagi esok. Sara pun boleh bawa balik nanti. Masuk peti ais, sedap makan sejuk – sejuk. Lepak kat depan pun bosan.” Panjang lebar Puan Idura bercakap tapi tangannya pantas menarik bekas, roti, susu segar, telur dan barang – barang lain untuk mula membuat puding roti.
            Sara tersenyum. Dia pun pernah buat puding roti ni tapi tak apalah, kali ni belajar resipi Puan Idura pula. Dalam hati berdetik manalah rumah sewanya ada peti ais. Tak payah lah susah – susah nak tapaukan untuknya. Terharu sangat. Lembut sahaja gaya Puan Idura. Shah memang terhasil daripada gabungan yang bagus. Tuan Sazali yang tegas dan penuh karisma dan Puan Idura yang sopan dan lemah – lembut membentuk Shah menjadi seorang yang hampir penuh dengan ciri – ciri idaman semua gadis. Sara rasa amat bertuah. Kehadiran Shah di saat dia terumbang – ambing begini memang membahagiakan Sara. Nak menolak pelawaan Shah yang benar – benar bersungguh untuk membawanya berjumpa dengan kedua ibu bapanya pun Sara tak sampai hati.
            Shah mengikut langkah Tuan Sazali ke ruang tamu. Nak masuk jengah Sara kat dapur pun dia malu. Entah apa Sara fikir nanti. Dalam kereta balik nanti lah nampaknya nak kena memujuk Sara. Sara mungkin tak berkecil hati tapi Shah tetap rasa bersalah.
            “Kenapa Papa nak malukan Shah kat depan Sara tadi?” Shah meluahkan rasa yang terbuku sejak di meja makan tadi.
            “Baik Papa malukan Shah sekarang daripada nanti Shah pula yang malu dapat abang ipar macam tu.” Tuan Sazali selamba menjawab.
            “Shah tak malu pun. Tak ada yang salah pada mata Shah dengan apa yang Sean buat sekarang.” Shah mempertahankan abang pujaan hatinya.
            “Shah, jangan naïf sangat. Pusat snooker semua pusat judi Shah.” Balas Tuan Sazali dan merenung anak sulungnya seakan menanti serang balas.
            “Papa yang naïf. Kat Malaysia mungkin macam tu tapi kat UK tak macam tu. Macam Papa tak tahu. Kat US pun tak macam tu. Sean dan Sara masing – masing pernah menghabiskan masa mereka di negara yang memandang tinggi sukan cue ni. Kat sana snooker ni anggap sebagai sejenis sukan professional. Apa bendanya judi Papa?” Sergah Shah tak puas hati.
            “Betullah tu Shah cakap. Tu kat sana, bukan kat sini. Kat sini macam mana nak jadi pemain professional kalau sampai meja je terus campak duit. Main sebab nak berjudi sahaja. Jangan cakap Papa tak tahu lah Shah.”
            “Tu lah masalah Papa, persepsi skeptikal. Sean memang nak ubah persepsi macam Papa tu. Tempat dia ni memang untuk mereka yang ingin bersukan sambil rehat dan santai. Papa tak pernah masuk Papa jangan nak hakimi dulu.”
            “Shah, buka mata, kalau ya pun sayang Sara tapi tak payahlah nak tutup mata pada kebenaran. Mana Sean nak untung kalau dia pilih – pilih pelanggan macam tu? Budak kat sini kalau main snooker atau pool je mesti nak betting.”
            “Papa salah. Mungkin ada yang di luar kawalan pegurusan tetapi mereka mengambil berat tentang hal ni. Kalau nampak pelanggan kira duit kat meja memang terus kena halau. Memang syarat premis no gambling. Sean betul – betul serius lah dengan kerja dia. Kalau Papa masuk mesti terkejut sebab ada bapa yang bawa anak mereka berlatih main snooker. Sama macam yang Papa pernah tengok kat Leeds dulu.” Shah cuba meyakinkan Tuan Sazali.
            Hakikatnya Shah yakin nak tak nak pasti Sean kena kuatkan kabel sekeliling untuk mempertahankan perniagaannya mungkin dengan mempunyai kumpulan sendiri tetapi tak semestinya kumpulan Sean sama seperti gangster kaki pukul atau kaki bunuh. Kalau tak ada kumpulan sendiri pun susah, nanti ramai orang kacau bisnes. Penyakit mensabotaj periuk nasi orang seakan menjadi adat dalam masyarakat moden. Maklumlah persaingan untuk membina empayar demi sesuap nasi amatlah hebat. Siapa kuat dia yang akan berjaya. Strategi kena hebat dan tepat.
            Memang susah nak yakinkan pensyarah yang ada doctorate dari University of Leeds. Phd betul ke pingat hasad dengki yang Papa ada ni. Gaya macam nak dengki dengan usaha anak Melayu. Bukannya nak sokong niat murni Sean untuk mengketengahkan sukan cue secara professional di Malaysia. Nak cakap kat Malaysia sebelum ni tak ada pemain professional mengarut pula, memang ada tetapi tak ramai. Kebanyakan pusat snooker di Malaysia lebih kepada tempat yang dikunjungi oleh mat rempit atau golongan yang kurang berpelajaran. Sepatutnya sesuatu jenis sukan tidak perlu mengkastakan pemain. Sesiapa pun boleh bermain jika berminat dan berbakat.
            “Shah, nanti duit hasil judi masuk dalam perut, jadi darah daging kamu ingat elok ke?” Tuan Sazali merendahkan suara.
            “Shah cakap Papa tak percaya. Okay, esok Shah bawa Papa pergi Sean Snooker. Daddy-son bonding time amacam? Kita bilik main kat bilik VIP lagi. Nak tak? Lepas tu Papa boleh nak mengarut kalau tak puas hati lagi.” Shah pun turut merendahkan suara. Bertekak pun tak guna. Baik ajak Papa pergi tengok. Untung – untung kalau jumpa Sean boleh cerita sekali hajat di hati.
            Shah leka memerhatikan Tuan Sazali yang khusyuk menonton bola sepak. Penyokong kuat Manchester United, sama macam dia juga. Kalau nak disambung cerita tadi, bola sepak pun sinonim dengan judi juga tapi sukan ini tetap ramai peminat. Gaya hidup pemain bola sepak lagi bermasalah pada pandangan Shah. Berbeza dengan gaya hidup pemain professional snooker, jarang ada skandal dan gossip sana – sini.
            Orang kalau kurang pendedahan dengan sesuatu perkara memang suka membuat kesimpulan sendiri. Tak nak ambil tahu secara mendalam, tak nak mengkaji terlebih dahulu tapi tega menghukum sewenang – wenangnya. Shah memang tak berkenan dengan sikap masyarakat begini. Shah meninggalkan Tuan Sazali dan menuju ke dapur. Dah malam sangat, jam di tangan sudah menginjak ke pukul 9.30 malam. Tak elok lambat sangat hantar Sara balik. Shah tersenyum apabila melihat Sara sedang berbual mesra dengan Mama di dapur. Shah amat berharap agar apa yang menjadi miliknya dapat dikongsi bersama Sara termasuklah keluarganya.
            “Tak nak balik ke Cik Sara?” Sapa Shah sambil menarik kerusi tinggi di Island table top dan duduk di sebelah Sara.
            “Nak baliklah. Jom. Dah siap pun favourite awak ni.” Sara menunjukkan telunjuknya ke arah puding roti yang harum yang baru dikeluarkan daripada oven.
            “Betul Sara tak nak bawa balik sikit?” Puan Idura bertanya sekian kalinya.
            Gembira sangat malam ni dapurnya berseri dengan ada peneman yang cekap. Sara memang cekap di dapur. Tak payah persoalkan lagi, Shah pasti kenyang hari – hari kalau dah kahwin dengan Sara nanti. Serba – serbi Sara tahu masak. Macam – macam juga Puan Idura korek. Semua lulus dengan cemerlang. Walau pun kadang – kadang air muka pujaan hati anak terunanya ini serius dan masam sahaja tetapi sesekali senyuman tersungging di bibir, ais kat kutub utara pun boleh cair. Comel sangat Sara ni. Padan sangatlah dengan Shah. Puan Idura menyaingi langkah Shah dan Sara ke luar rumah. Tuan Sazali turut menghantar mereka keluar.
            Sara memeluk lama Puan Idura. Tertumpah segala kerinduan kepada arwah selama ini. Puan Idura berpesan agar selalu berkunjung ke sini dan Sara hanya mengangguk. Allah itu Maha Adil. Sekejap diujiNya Sara dengan bebanan masalah dan hidup tanpa sesiapa di sisi dan sekelip mata juga ditumpangkan Sara kehidupan yang lengkap berkeluarga tetapi di hati Sara, mampukah semua ini menandingi kerinduannya terhadap Sean? Sebentar kemudian Camry milik Shah meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.
            “Diam je. Terasa lagi ke? Don’t take it seriously Sara.” Shah memula kata.
            “Tak lah. Apa yang your Dad concern tu semua betul. That is one of the reasons why I’ve never want people to know my family matter. It’s complicated.” Sara terus terdiam. Lama menghayati bait – bait lagu My Love Is Your Love nyanyian Whitney Houston yang berkumandang daripada CD player. Lagu mereka berdua.
            “Sara, saya betul serius kali ni. Maksud saya hubungan kita.” Shah memecah khayalan Sara.
            “Ya.” Sara menjawab ringkas. Belum bersedia. Renungan Tuan Sazali masih mengasak minda. Mungkin belum masanya. Bisik hati kecil Sara.
            “Sara, like this song, trusts me that it would take an eternity to break us
and the chains of Amistad couldn’t hold us. I’ll wait. Forever
.” Shah mengerling Sara di sebelah sekilas.
            Hati Sara berbunga – bunga. Ayat yang sama Shah cakap pada hari terakhir mereka di INTEC. Rantai kapal yang dijadikan pengukur ikatan. Rantai kapal tawanan Afrika yang dibawa dari Havana ke Puerto Pricipe pula tu yang dimaksudkan. Memanglah tak tahan kalau hubungan penuh onak dan duri. Tak kiralah Amistad tu kapal besar macam mana sekali pun tapi kalau rantai dah berkarat, hanyut jugak. Betul maksud ayat Shah, hanya takdir yang boleh memisahkan mereka dan setakat ini mereka masih bersama.
            Mereka tiba di Puchong hampir pukul 11 malam. Shah bawa kereta macam kura – kura. Sengajalah tu. Masalahnya memang Sara dah tak ada mood. Shah pujuklah macam mana sekali pun, dia memang malas nak cakap banyak. Bukan nak merajuk pasal Papa Shah sangat pun tapi perasaannya sendiri yang saling bertingkah. Ada rasa, ada cinta, ada sayang untuk Shah Ezlan dan ada ragu yang menahan getaran hati.
            Sara cuba melelapkan mata. Bagaimanalah agaknya SS sekarang. Esok nak sangat pergi jenguk SS. Tengok dari jauh pun tak apalah. Rindu terhadap rumah sendiri dan Sean. Sara langsung tak fikir persoalan yang diutarakan oleh Tuan Sazali. Biarlah. Semua orang mempunyai pendapat yang berbeza. Berpisah dengan Sean kerana melanjutkan pelajaran amat berbeza dengan berpisah dengan hati yang terluka begini. Hatinya terasa jauh dari pinggiran hati Sean. Agaknya masih adakah lagi namanya di sudut hati Sean? Atau hanya nama Indah yang mendiami setiap pelusuk hati Sean? Lagu Skycrapers yang dijadikan bunyi SMS masuk mengejutkan lamunan Sara. Telefon dibelek.
            >Mlm ni tdo dgn Mr Blue lg ke? Best x? Sweet dream Sara Nabila.
            Aduh! Nama penuh tu. Kenapalah pelanggan sorang yang dah jatuh dalam senarai hitam aku ni tak habis – habis nak mengacau. Dahlah tebal muka tak hilang lagi ni. Makk malu nyahh!
            <Sy nk pulangkan jaket. Esk jmpa.
            >Sorry, @Shanghai. On roster. Will cl u whn i’m back.
            <Yes Mr Steward. Nite.
            >Yes Ms Sexy. Nite.
            Seksi? Makkk!!!! Kan dah cakap. Dasar lelaki mata keranjang. Dahla malu kes dalam hujan tak habis, bersambung pula dengan suara seksi yang seksa Sara nak ingatkan hadiah yang Ainul dan Sheena hadiahkan sebenarnya hanyalah pokok kaktus mini berharga RM5. Bukanlah teddy bear lembut yang diperbuat daripada cashmere, bukanlah jambangan bunga yang beratus harganya dan bukanlah bubur Mc D yang sedap rasanya.
            “Que, hold on.” Sara tak mampu nak bersuara. Dahlah sakit tekak. Terus macam hilang suara dibuatnya.
            “Kau apesal?” Tanya Sheena pelik apabila Sara berdiri tegak memandangnya dan Ainul. Tadi macam sibuk buat kerja.
            “Tak ada apa – apalah. Ni tunggu Que pilih design. Weyh, hadiah aku yang korang janji mana? Nak tunggu aku demam sekali lagi baru dapat ke? Dahlah tak pergi melawat. Mana aci.” Sara buat – buat selamba tapi jantungnya berdegup macam baru lepas merentas desa.
            “La....lupa nak bagi. Mana kau letak Ainul?” Sheena bangun dan bergegas ke pantri apabila Ainul menunjuk jarinya ke belakang.
            “Tara....” Sheena muncul dengan sepasu kaktus mini yang comel siap kat hujungnya ada bunga berwarna pink terang. Cantik tapi dah tak cantik kalau nak dibandingkan dengan pemberian orang di hujung talian.
            “Sara...Sara..”
            Sara mengeluh perlahan. Suara Que yang memanggil dihujung talian disambut lemah. Gagang diletakkan kembali di telinga.
            “Ya.”
            “Hope you like it.”
            “Ya.” Ya lah untuk kesekian kalinya. Dalam hati memang maki berbakul – bakul tapi Que ni pelanggan dia. Kalau Que ni setakat lelaki jalanan yang tak tahu malu harus Sara sumpah seranah sampai Que rasa macam nak bunuh diri. Kalau Que tu bola, rasa macam nak sepak sampai Krypton. Teddy bear berwarna biru di sebelah di pandang sayu.
            Sama seperti sekarang. Sayu dan pilu memandang Mr Blue yang dia mula jatuh sayang tapi sekarang nak peluk tidur pun dah geli – geleman. Mr Blue diletakkan di hujung kaki. Sara menarik selimut ke dada. What should I do with you Mr Blue?
            Sebentar kemudian lagu Skycrapers berkumandang lagi.
            >Tgk je ke Mr Blue tu? Pelukla. Hehehe...


Apa lg fav Whitney korg? This one is my all time favvy.
(Dgr jgak ke lagu ShahSara nie? Hahaha..)
Happy Monday :)

If tomorrow is judgment day
And I'm standing on the front line
And the Lord asks me what I did with my life
I will say I spent it with you

If I wake up in World War III
I see destruction and poverty
And I feel like I want to go home
It's okay if you're coming with me

'Cause your love is my love
And my love is your love
It would take an eternity to break us
And the chains of Amistad couln't hold us
'Cause your love is my love
And my love is your love
It would take an eternity to break us
And the chains of Amistad couln't hold us

If I lose my fame and fortune
And I'm homeless on the street
And I'm sleeping in Grand Central Station
It's okay if you're sleeping with me

As the years they pass us by
We stay young through each other's eyes
And no matter how old we get
It's okay as long as I got you baby

'Cause your love is my love
And my love is your love
It would take an eternity to break us
And the chains of Amistad couln't hold us
'Cause your love is my love
And my love is your love
It would take an eternity to break us
And the chains of Amistad couln't hold us

If I should die this very day
Don't cry, 'cause on Earth we weren't meant to stay
And no matter what the people say
I'll be waiting for you after the judgment day

'Cause your love is my love
And my love is your love
It would take an eternity to break us
And the chains of Amistad couln't hold us
'Cause your love is my love
And my love is your love
It would take an eternity to break us
And the chains of Amistad couln't hold us

29 comments:

  1. Cepat betul syah mulakan tindakan...
    Gelojoh sangat2 dia tu...
    Cuba ambil kesempatan sara yang dalam kesusahan...

    Tapi tengok dengan Qur pun dah makin maju...
    Dah boleh main balas2 SMS dah...
    Mesti sara peluk la mr blue tuh nanti...
    Que mcm tau2 jer sara tengok jer mr blue dia...

    Mula2 sayang la dulu mr blue tuh, nanti sayang la tuan dia sekali...
    Syah tu buang jauh2 dalam longkang...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  2. Jgn benci2la cik Pinoko, nanti kang dah jatuh tergolek2 siapa nak tolong sambut? Hahaha.

    Btw, lagu ni bukan ada juga dlm Arluna dulu? But can't remember which scene.

    ReplyDelete
  3. w.t
    hahha ya ke gelojoh?
    Bkn dh lama tunggu?

    syg tuan mcm mana tu kalau Syah dh bertapak - tapak ke depan. Que dok layan gaya2 romeo bdak skolah, x lpas lah jwbnya. Buat skt hati Cik Pinoko tu ada.



    Hajar
    betul ada dlm Arluna sbb ni lagu fav sy. hahha..mmg x leh blah. Nk jgak tribute x de kena mengena pun.

    ReplyDelete
  4. Syah dah amek tindakan....fuhhh!!!perghhh!! ni mst kes tkut kena kebas ni..hehe...good job Syah...ehh, ni sokong Que ke Syah..hehe

    Sian Sara rindu kat Sean...tgk umah dari jauh pon xpe...cam org bcinta plak...hehe

    Que, korang mmg sehati sejiwa laa...sorang masam mencuka..sorang manis bgula habis..hehe

    ReplyDelete
  5. Yang masa sebelum nih x kiralah, kawan jer kan...
    Syah nampak gelojoh jer skang nih...
    Sebab dia ambil kesempatan atas diri sara...
    Bukan nak baikkan sara dengan keluarga dia...
    Tapi nak menjauhkan sara dengan abg dia lagi adalah...

    Agaknya esok nih ada kejadian yang x diingini tak kat SS masa bapak si syah datang melawat...
    Mana tau ada geng lain masuk kat SS cari sean, kes indah tipu diorang...

    Harap nanti Que gunakan la pendekatan lain untuk mendapatkan sara...
    Cuba jadikan diri sebagai jambatan untuk memulihkan dulu hubungan sara dengan keluarga...
    Barulah sara senang hati, dapat balik keluarga lama sambil melangkah masuk ke dalam keluarga baru...

    Que mana boleh terus buat mcm syah, ajak jumpa mak ayah...
    Naya jer kena libas ngan sara...
    Tak sempat studio siap, Que dah jalan dulu dah...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  6. dlm criter ni, sye ada 1 jer harapan.... kalau bolehlhkan, itupn kalo boleh, saya nk sean cerai ngan indah si muka brtalam2 tu. dorg sesangtlh tk seswai. arghh geram la. boleh x buat sean curang n jtuh chenta dkt org lain. ape2 jer yg boleh buat indah trseksa jiwa dia... xpyahlh la buat si busuk ati tu brtaubat, hahah, org lain duk sibuk psal sara que shah, sya jer duk sibuk2 ngan sean..

    ReplyDelete
  7. Haishh..semua kesian! Sian sara sbb kna soklan2 luar alam ngan papa shah..da la ati menangis xsiapa yg tahu.. Huhuuu (siap nk tgk dr jauh..tacin r)
    Sian shah sbb da lama suka buah ati msm tu tp xde jwpn lg..pastu hlngn family lak..
    Sian que sbb xreti ngan ngorat ala romeo kelas dua (kelas 1 mr joe da tmph)kan da ketinggalan kt blkg..pastu lak xde@msia..lg la ttinggal
    Sian kt sean kna tipu ngan binii sendiri..
    Sian kat indah bljr jejauh tp xcerdik gak
    *xde kna mengena pon na tls gak..ngeee~~

    ReplyDelete
  8. hmmm ... today's n3 is spilling-out everyone's feeling n sentiment session!
    Gushhh ... glad tat Shah's papa does not favor n shows his abhor attitude to sara!!!!*kejam tak hehee.. we all want QueSara kn!
    and really hope mama Shah also will get influence ... n most of all Sara's response n Shah will get a kind of 'irk' by then....hahaa ..

    anddddd ....there is Que d saviour!
    Que don take Shah's lightly - he is sara's mr.perfect!
    teddy bear dh ade nickname tu:Mr blue- precise coz Que is always on the blue sky.....
    My heart is with Sara - kesian kn Sara miss her parents n now Sean ... imagine looking 4 ur dearly loved n only brother from afar!!!

    and offcourse Whitney Houston-it's old time fav! listening and savour with puding roti! yummilicious! & don 4get hot green tea!*guest melepak hahaa...

    ReplyDelete
  9. Dear KL.......

    Sara mesti la ngan Que, SE pula Sara suka2 gitu aje...Mr Blue is always in hand...boleh hug lagi...
    So to Que, please action fast jgn kasi line sama SE tu...
    KL, i'm waiting your next n3.....


    -kak fadz-

    ReplyDelete
  10. let the best man win! hehehehe...

    papa SE ni actually ambil langkah berjaga2. takut2 Sean loan ngan lintah darat ke apa ke..

    alaaa que at shanghai rupanya.. belilah ole ole tuk sara... hehehe

    ReplyDelete
  11. dude biar betik ... shah dh invite sara jumpe parents dier???
    Que-cepat le... ini bkan cinta zaman budak sekolah kot. x kan asyik ngan bubur McD kot... ahh semuanya kot!-sara's style...kot!
    and there is a positive sign from shah's mom! eh Sara neh nape lh tunjuk skill pandai masak-mcm kembang n jauh angan mama shah dh! eewwww..

    -guest melepak

    ReplyDelete
  12. shah dgn que neh ibarat main cheese..tp 4sure,wira angkasa kite la checkmate kn kn kn..

    lagu tuh time kt joe-nina kt luna bar kan..

    neh xtau repost bape kali dah...network problem,lptop kene serang virus,printer problem,pendrive xbwk..haila haila...

    ReplyDelete
  13. yeah .... i loike toh bila papa shah x bepa bkenan ngan Sara - so que mesti pandai forward kn step dia cepat2!

    Papa shah xtau yg SS tu siap ngan ade surau-jgn papa shah yg ade phd tu yg kang x solat bile asyik main pool kat SS - kn shah nk bawak papa dia main ...

    what should i do with you mr blue?
    ambik sara n peluk je lah pasti sleep like a baby sampai subuh!

    -NuR

    ReplyDelete
  14. x suka indah..jahat.. huhuhu..
    mntk2 sara dgn que.. hehehe

    ReplyDelete
  15. kejam tak - when i said yahooo .... papa shah tk nak shah to carry on their realation to marriage!!!! - yes - Que jalan dh ade tu - but Que ni kn... kena naik speed f nak kn Sara! hissss kitaorng yg kelam-kabut tengok Que yg cool je!

    tolong le mama Shah - jgn le awak suke kat Sara tu .... nanti hati kami bkecai!

    -!uglybetty malaya!

    ReplyDelete
  16. Zawani,
    instead of sean ceraikn indah - boleh x indah ni mndapat kemalangan yg mbawa maut! let's say-indah jatuh tangga kat SS - pendarahan yg teruk - anak yg tak berdosa tidak dpt d selamatkn!
    sebab f cerai mcm watak sean ni jahat betul! but mesti sblum meninggal rahsia semua dh tbongkar ..... aci tak?
    hehee ... KL tutup mate je! tak laku plot mcm ni!

    -lovely lady

    ReplyDelete
  17. syira
    x pe lmbt post msk pun. Sy pun lmbt reply. I'm quite occupied the whole week.
    N3 siap tp nk melepak main jeling2 je.
    Que check mate harus!! Tp cara macho ke cara kawen paksa? Hahhha...


    NuR
    i suka. peluk smpai Subuh? Hahhaha....kan swet mcm tu. Peduli apa siapa bagi kan?
    pak cik phd tu solat ke nti?


    Miss Kira
    x suka Indah? Sukalah. Nama sedap tuh.
    Sara Que lmbtlah nk tgu Miss Kira, sy pun x sbr tgu dorg ni.


    !uglybetty malaya!
    Yahoo? kesian ooo kat Sara. Sedih dia org x suka abg dia.
    Nti tgk sape lg sengal Que ke Fareez tp Que lg sweet kot.
    Puan Idura rock ok...


    lovely lady
    eh lakulah. Dramatic okeh. Mesti Sara plak bunuh diri sbb Sara yg buat Indah jatuh. Hahhha saje bg lg dramatik.

    ReplyDelete
  18. okeh, sy reply tunggang terbalik. will smbg malm ni dear lovers :)))
    x syok nk jgak gelak2 smbil really into it masa reply. hoh!


    kak fadz
    SE laju sgt. mcm mana ni? Que plak dok igt ni zaman bdk x pun zaman dia mengayat stewardess..Amatlah tak kan? Sara kan different.
    Tgu ya but 2mrw sy the whole day pack, kalau sy post n3 pun komen mesti x published cpat.


    m
    hahhha sbb tu mmg hakikat dunia snooker kat sini kot.
    they will meet sweetly kat blue sky.
    Tgu eeh. Tp mcm lmbt jer :(


    guest melepak
    biar betik. lol! tu ayt fav my BIL.
    Sara apesal gi tunjuk skill memasak neh? Kan dh risau guest melepak kot terus Pn Idura tertawan, kot trus Shah mimpi2 lpas mkn puding, kot trus dorg kawen..hahahha kot nti KL buat spinning plot bikin terkejut sume org. Hahhaha...

    ReplyDelete
  19. Mcm syiokk je cdgn lovely lady tu..hehe.. Tp mau sbb sara ye dia jth.. Bia sbb dia sndiri cuai

    ReplyDelete
  20. Hah! Ntah2 kn..ms papa shah g mlwt SS nti..tjumpe ngan indah n ble smbg2 tu indah citer pasal yg buruk2 je pasal sara..kata rapat ngan shah sbb nak dit nak byr utang SS.. Mmg wajib papa shah reject trus!! Hehe..so bye2 la SE.. Ngeeeee~~

    ReplyDelete
  21. Buat sara rela dalam keterpaksaan kawen ngan Que pun ok jugak...
    Baru best Que nak melayan muka masam sara hari2 sampai jadi manis mcm gula...
    Tengok senang x Que nak maniskan bini yang masam tuh...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  22. zarah
    sy suka lah ayat nie
    sorang masam mencuka
    sorang manis bergula
    kalau terkebetulan sesuai dgn plot, pinjam eh ayt nie. Boleh?
    Eh ni sokong sape nie???


    w.t
    urghh...awk tau x betapa sy feel nya baca komen sume redaers sy & bila sy terlepas nk reply satu2 sbb today the very busy day, Sy skit hati okeh!!! Grrr sbb kna scroll up & down nk baca. Syioll je.
    I agreed la SE mcm terkedepan sgt. Tak memahami Sara. Patutnya dia comfortkan Sara & help Sara dgn new world Sara ni sibuk diri sdiri. Saja nk bg nmpk kelemahan SE yg sebenarnya x pincang pun kan? Hahahha...
    Que ni slow kan tp trust me, cara dia lg class okeh.


    zawani
    harus awk sibuk dgn Sean sbb awk kn peminat tegar Sean. Betapa sy memahami perasaan awk tp percayalah, plot sy so far blum lg ada org dpt teka.& tlg jgn teka lagi. Plsss....


    mizz acu
    x de kat mesia pun hati Que dh ttgal kat Puchong tu.
    kesian Sara kna dgn soklan Papa SE tp tat make her stronger & dfending her brother more instead of skt hati kna halau dgn Sean kan?
    Indah yg awk geram..Aikk...sekali je nama Indah sbb dlm n3 ni kan?


    Jazmeen
    ur favy jgak ke lagu tu?
    My all time favourite. Seangkatan dgn Lauryn Hill Can't take my eyes off you & Sweet Love Anita Baker. Can lift up my day instantly.

    Yesza. u got tat correct. Mr Blue. Sb nti nk bg Sara call Que Mr Blue Sky....ahaks...excited lol!
    Yes, Papa SE attitude would do justice for Que..hehhe but there is always a surprise kan?
    my heart with Sara always. Nk bg dia happy mcm mana ni. So far Sara ni x happy betul pun even jmpa SE. Kna tgu ni si masam hepi :)


    Mizz acu
    sy SUKA SGT part Indah ckp buruk2 pasal Sara tu. Like seriously sy x pyh pnat2 pikir sbb all my readers are brilliant. I mean ALL okey!!!
    Seyes nie sy smile telinga smpai telinga ni.


    w.t
    but I think married part patut ada la dlm JET ni. Kalau GET korg rasa ada ke part kawen? hahhaha...*larikss (promo neh)

    ReplyDelete
  23. w.t-
    tak mo le kahwin keterpaksaan - citer mcm tuh dh berjambak kat P2U - plot mcm tu x sensasi! And i know KL does not favour this type of story!
    biar lh citer ni lain dr yg lain ----- :)

    -ImAn ar-RahmaAn

    ReplyDelete
  24. Syah mmg gelojoh dan pentingkan diri sendiri jer...
    Tapi pasti syah tau, masa mcm nihla perempuan paling lemah...
    Sebab tuh berjaya bawa sara jumpa dengan mak ayah dia...

    Jangan x bagi kawen plak yer, kempunan Que nak satukan balik Mr Blue dengan pasangan dia...
    Nanti kawenkan jer Heroin GET tuh dengan Sean, buat sekali majlis dengan Que-Sara dalam JET...
    Penat dah tunggu hero kripton yang lembab tuh buka langkah...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  25. ahhhaaa..kak rin,den kek umah neh trgolek2 golak baco komen readers..indah jtuh tgge,bleeding,rip?.seriously?? hahhaa brilliant idea la lovely lady wlpon agak dramatic hehehe..

    tang kawen pkse tuh hint ke ape? kalau get ade part kawen,harus la jet pon de part main kawen2 ;p

    ReplyDelete
  26. Salam.

    Hi Kl and all happening readers! hehe.

    Lama dah tak melepak kat sini. Hectic gila. told ya KL after thaipusam saya busy. Selalu dapat baca thru fon je.

    Tapi takde feel lah sbb kat dlm fon tak dapat nak menghayati comment2 readers KL ni. Hahaha. Seriously, i think Im left far behind you guys. Sobss.

    To KL, i would like to thankyou from the deepest spot of my heart. Lepas stress study, hanya update KL yang ku nanti. Cewahh. hahaha.

    Saya macam suka je SE ni. dia gelojoh sbb dah lama tunggu kot? kikikiki. tapi tak best sebab dia mcm nerd je. takmo ah sara kawen dgn nerd. nanti anak sara tak boleh lepak dengan Jad Iman or fareez junior. Almaklumlah perangai tak sekapal. Hahahaha.

    Que, why so slow? orang patutnya biasa naik boeing &$& or airbus 330 ni laju tapi que slow. ahaha. mungkin slow sebab nak adapt dengan kelajuan viva cik sara kita. hahahaha. slow2 lah que k. sara tak kemana. nanti if que advance, sara tanak buat studio dahh. XD

    Oops terpanjang pulak. maybe the last until next week. hihhi.

    take care KL and fellow readers. Make sure you guys maintain sihat so that boleh komen panjang2 and jangan buat KL stress. if meroyan takpe.. bnyk entri. ahakss.

    p/s:

    if comment readers sikit, i feel like crying cos nanti sekejap je dapat bukak page KL. lagi2 weekend bila KL hibernate. hihi

    lev ya KL!

    ReplyDelete
  27. ImAn
    yippie..x molah kan kawen paksa. Kalau heroine sy org kg & miskin sekali pun sy x nklah dia sng sbb tumpang rezeki laki yg kna kawen paksa. tak stylo la. Kawen could be many cara kan?


    w.t
    Tak nti ada part SE sweet glerr dgn Sara smpai korg tetiba nk SE yg jd hero. Boleh tak?
    Hahhha kejamnya nk kawenkan Sean dgn Meen. Marah oo hero Krypton, boleh meletup bumi kalau Fareez tau neh.


    syira
    sy pon lglah tergelak sorg2 bc komen readers.
    Like wat? korang biar benar neh. Slalu popping tat words sesorg tau. RIP Indah tu amik mood Whitney & lupa nk ckp kagum glerr awk igt lagu tu sy publish tang Nina & Raziq lat Luna Bar eh?
    Tabik spring!


    Kay

    Kalau sy x slh teka mesti awk x drop komen pjg lebar mcm ni kan? Hahhaha...

    x de kelas ke ni? Kat rumah je kan awk slalu ada can lepak lama2 kat sini.
    Actually sy pun mcm suka SE ni sbb nmpk mature cuma org ckp pasangan x leh perangai serupa kan? Kalau Sara dh stok serius, sorg lg harus kna stok giler2 sket.

    Hahaha x leh blah nk compare Que punya slow dgn Viva? Alahai...XD di situ gotcha!

    ok thanks doakan sy sihat2 slalu. Awk pun belajar rajin2 :) nti mak awk ban blog sy kalau tgk ank dia dok mengomen jer. Doakan sy meroyan slalu jgak :)

    Tau aje weekend time sy hibernate. Weekend is time sy compose sume epi jd weekdays sy publish. Sy keje so x kn nk menulis waktu kerja plak. Takat duk melepak okayla. Nti x berkat ooo...hahahha
    lev u girl!

    ReplyDelete
  28. Suke SE sbb die nih nk jd penyelamat dunia kpd cik Sara kite tu...sian kt Sara yg brdepn ngan mslh sorang2 kan...da la xde mk ayah...member baik jd musuh...dibuang lak oleh abgnye...lg la sadis...huhuuuu....

    ReplyDelete
  29. KL,

    lagi KL pakai ayat tu lagi saya suka..hehe

    Tik tok tik tok... *sabar menunggu n3 baru*

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...