“Meen, kau dah buat apa kat tempat kerja aku? Sebab kau buat hal masa ganti aku, langsung aku diberhentikan tahu tak?” Sergah Ferhad tiba – tiba.
Jasmeen menoleh ke arah
pintu yang terbuka. Bertuah punya adik. Salam tidak, apa pun tidak. Alih – alih
terus tanya soalan cepu emas. Pintu yang terbuka luas diterjah oleh Ferhad.
“Angkat kayu kain,
gunting kain, layan pelanggan. Apa lagi? Takkan aku nak buat design landscape kat situ kot? ” Jawab
Jasmeen bersahaja.
“Habis tu sampai aku
kena buang kerja kenapa? ” Ferhad tidak puas hati dengan jawapan Jasmeen.
“Mana aku tahu.” Jasmeen
menjawab malas sambil memanggil Bibik.
“Bik, tolong buat air
untuk Ferhad ni. ” Jasmeen mencampak remote
Astro ke arah Ferhad.
Kaki dihayun ke bilik. Hanger yang dikhaskan untuk menyangkut
tudung tergantung kemas di dalam almari ditilik. Tudung mana nak pakai ni. This one? No. That one? No. Jasmeen
terangguk – angguk kepala bercakap sendirian. Akhirnya tudung Syria daripada
fabrik denim yang berwarna merah jambu lembut ditarik. Padan dengan jeans biru
dan kemeja kotak – kotak pink-putih
yang sedia tersarung di badan. Jasmeen melangkah keluar.
“Kau nak pergi mana? Aku tak
habis cakap lagi.”
“Ambil angin kat bawah.
Nak ikut ke? ”
Ferhad geram. Jasmeen
memang begitu. Perkara yang dianggap remeh baginya langsung tidak akan dilayan.
Pintu lif terbuka di tingkat 3A. Lanskap yang menghijau terbentang luas di
hadapan. Ferhad yang masih bengang dengan Jasmeen sedikit terubat. Tenang
melihat kehijauan taman. Tingkat 3A yang menempatkan taman dan kolam renang
bagi kemudahan penghuni di The Northshore Gardens memukau pandangan. Ferhad
mengekori Jasmeen melabuhkan diri di bangku yang terletak di bawah pokok yang
rendang. Damai sekali.
“Aku minta maaf
susahkan kau.” Ferhad memulakan kata.
Perasaan bersalah
terhadap kakak tersayang menguasai diri walau pun perasaan marah dan kecewa
mendominasi.
“Aku okay.” Jasmeen
membalas pendek.
“Meen, salah ke apa
yang aku buat?” Ferhad buntu. Nasihat Jasmeen mesti diambil kira. Tidak boleh
tidak.
“Kau terlebih tengok
cerita Korea lah aku rasa.” Jasmeen membuat rumusan sendiri.
“Aku kan Gu Jun Pyo versi
Melayu. ”
“Jangan nak main – mainlah.
Aku tak suka. ”
“Meen, tapi aku suka
sangat kat awek tu. Comel sangat. Nama dia Alya.”
“Planning kau dah hancur baru nak bagi tahu aku?”
“Meen, aku minta maaf. Please....janganlah merajuk. Kau satu –
satunya kakak aku dunia akhirat. Aku tak sempat pun lagi nak berkenalan dengan
Alya. Baru main jeling – jeling dengan tahu nama je. Kalau Papa tak telefon
cakap nak minta aku sign agreement
kereta baru aku tu memang aku tak minta kau cover
aku.”
Geram juga Ferhad dengan Papa. Punyalah berkurun
Ferhad minta kereta baru, masa yang paling tak sesuai pula permintaannya
dikabulkan. Kalau tak mengenangkan kereta Honda Accord lamanya yang asyik
meragam kebelakangan ni memang Ferhad buat bo
layan je. Arghh... kakak seorang ni pula, Ferhad tahu sangat perangainya.
Tegas tapi bunga ros penuh setaman dalam hati. Corner – corner memang Jasmeen tak layan. Namun setegas Jasmeen
pun, segarang Jasmeen pun, Ferhad tahu kasih sayang Jasmeen terhadapnya umpama
seluas lautan dan setinggi langit. Buktinya dikala Ferhad memerlukan bantuan,
Jasmeen tetap membantu tanpa banyak soal. Ferhad menyambung bicara apabila
melihat Jasmeen masih mendiamkan diri.
“Minggu lepas aku ikut Mama pergi Binwanis beli
kain baju kurung. Aku nampak iklan kerja kat situ, esok aku datang terus mohon.
Masa tu yang aku tahu aku nak kenal sangat awek sales girl tu. Aku nak menyamar sebab aku takut nak tackle
dia as if I am Ferhad Daniel.”
“Ayat kau ‘as if I am Ferhad Daniel’ tu buat aku nak muntah lah. Ferhad, kenapa nak
susah payah macam tu? Bukan setakat susahkan diri tapi susahkan aku juga tau.”
Suara Jasmeen meninggi tetapi lebih kepada risau dengan akal fikiran Ferhad
yang pendek pada pandangan Jasmeen.
Tudung yang terletak di kepala
dibetulkan apabila angin sepoi – sepoi bahasa bertiup mengganggu letak
tudungnya. Jasmeen menyambung lagi.
“As if I am Ferhad Daniel tu ayat tipikal dalam cerekarama. Sebab nak cari awek semata tak kan
nak kena menipu. Tak berkat pun sebuah hubungan yang bermula dengan cara yang
salah. You are Ferhad Daniel. Just be
yourself. You can still let people like you because of yourself and not because of who you are and what you have.
Kau faham tak? ”
“But the girls always come after me just because of what I have
Meen. Kau pun tahu kan. Tak apalah Meen. Tak ada rezeki aku kot. Kena tackle cara lain lah. Aku kena buang
kerja sebab kakak aku yang jadi tukang cover
ni tak pandai nak cover langsung.”
Suara Ferhad mula
kedengaran ceria. Kalau ayat Jasmeen dah mula panjang sikit atau dah lebih
daripada sembilan patah perkataan maknanya aura membebel yang semulajadi wujud
dalam diri Fellah Delisya dah mula nak aktif dah.
“Aku punya pendapat senang je.
Kau kena jadi diri sendiri. Memang ramai pun perempuan mata duitan zaman
sekarang tapi kalau kau banyak berdoa, pilih betul – betul mesti Allah akan
bagi juga awek yang betul – betul suka kat kau dengan ikhlas. Dulu cakap tak
kisah konon biar cinta datang sendiri. Sekelip mata pula aku tengok kau
berubah. Apa kes?”
“Sebab aku rasa aku tak
jadilah ikut jejak kau jadi anak dara tua.”
“Ferhad!!!!”
Nyaring jeritan Jasmeen
memenuhi taman yang sebentar tadi sunyi dan damai. Laju Jasmeen berlari
mengejar Ferhad yang cergas meyelamatkan diri sebaik menuturkan perkataan tua.
Al-maklumlah Jasmeen amat sensitif dengan isu anak dara tua. Baginya
perkahwinan pada usia yang matang lebih menjanjikan kebahagiaan dan masa depan.
Ayat stereotype orang yang tak ada boyfriend dikala usia mencecah 27 tahun!
“Ferhad!! Stop you foolish!”
Jasmeen sudah penat mengejar Ferhad mengelilingi kolam renang yang
panjang berbentuk segi empat tepat itu. Peluh mula menitik. Dahi dilap dengan
hujung lengan kemeja. Jasmeen walaupun menginjak umur 27 tahun namun masih
kelihatan seperti remaja awal 20-an mungkin kerana cara berpakaian yang ringkas
dan bibir yang sentiasa menguntumkan senyuman.
“Nanananana…Nae meoriga neomuna nappaseo”
Ferhad menjerit dari
seberang kolam renang meniru lagu kegemaran Jasmeen Because I’m Stupid dalam siri Boys
Over Flower. Teringat bagaimana Ferhad melihat Jasmeen menangis menonton
episod yang sedih siri tersebut. Ferhad pula jadi tukang pass tisu. Haru betul ada kakak macam ni. Nak cakap hantu cerita
Korea tak juga. Balik – balik cerita Boys Over Flower dan Full House je yang
diulang tayang oleh Jasmeen. Ferhad yang menjadikan The Northshore Gardens,
kondominium mewah Jasmeen di Desa Parkcity sebagai rumah keduanya pun hampir
hafal kesemua skrip kedua – dua siri tersebut. Argh! Women are really from Venus!
“Because I am too stupid maksud lagu yang kau nyanyi dalam bahasa
Korea tu sesuai untuk kau bukan untuk aku. Pandai sangat buat idea menyamar
jadi sales boy. Macam budak tak cukup
akal.” Jerit Jasmeen termengah – mengah.
“I know I am. I’m sorry sis!”
Akhirnya Jasmeen berhenti di bangku yang
menghadap kolam renang. Kepenatan mengejar Ferhad yang masih tak berkurangan
staminanya.
“Kau nak aku pergi
belasah tak mamat budget handsome
yang menyebabkan adik kau ni bakal jadi bujang terlajak?” Ferhad duduk di
sebelah Jasmeen sambil tangannya menghulurkan sekuntum bunga loceng berwarna
kuning yang dipetiknya khas untuk melembutkan hati Jasmeen.
“Merepek lah kau ni.
Mana kau tahu handsome? Ada aku
cerita?” Bunga loceng diambil dan diselitkan di celah tudung.
“Argh… kau Meen macam
aku tak tahu. Kalau tak handsome,
pasti kau punya skrip sumpah seranah mesti ada ayat jambatan tak siap, longkang
pecah, pocong hidup dan macam – macam lagilah. Handsome sangat ke handsome
biasa - biasa? Semalam tak ada pun skrip tu.”
Teringat Ferhad panggilan telefon Jasmeen
memaki hamunnya apabila menceritakan peristiwa memalukan bersama pelanggan di
Binwanis semalam.
“Boleh tahan lah. Back to you, ‘bout Alya kau jangan
risaulah. Aku mesti tolong kau tackle
jugak awek Binwanis tu tapi tak payahlah nak kena jadi sales boy kat situ. Banyak lagi strategi lain.”
“Aku ingat aku nak give up lah. Mungkin Allah nak tunjuk
Alya tu bukan untuk aku. Lagi pun kau tahu tak penat gila kerja kat Binwanis
tu. Dah jadi macam hamba tebusan kapal lanun aku rasa pada hal baru kerja tiga
hari.”
“Don’t give up, Alya will be yours one day. We’ll find other way to
approach her. Eh! Kau punya feel
jadi tebusan kapal lanun tu macam best
lah jugak, aku ni yang baru sehari kerja ganti kau ni terasa macam hamba abdi
perang tau tak. Nak – nak masa kena tembak dengan mamat budget handsome tu. Aku rasa macam nak bom balik je kepala mamat
tu.”
***
“Are you crazy?” Lantang suara Fareez kedengaran di ruang Binwanis.
Jasmeen yang pegun dari tadi tersedar.
Cepat – cepat dialihkan
kayu fabrik yang jatuh menghempap kaki milik pelanggan yang sedang mencerun
memandangnya.
“Saya minta maaf.” Jasmeen
cuba bertenang.
Control composure Meen! Digagahkan juga untuk tersenyum walau pun
amat gugup.
“Saya tak pernah jumpa sales girl yang berkhayal macam awak.
Kalau dah rasa kaya sangat tak payahlah nak kerja kat sini. Main – main pula
dia.” Entah kenapa mood Fareez berubah 360O.
Bukanlah kebiasaannya
meledakkan kemarahan tanpa menghiraukan sekeliling. Namun melihatkan wajah di
hadapannya yang tenang dan tegak berdiri menerima sahaja makiannya semakin
mencabar egonya.
“Saya minta maaf sekali
lagi Encik. Saya tolong Encik pilihkan kain yang lagi bagus kualiti daripada
kain ni. Yang kat sana tu baru sampai Encik. Kain tu edisi terhad. Ada dua…”
“Listen here! I don’t care about your limited edition or whatever that
you have here. I just want to get out from here.”
Belum sempat Jasmeen menghabiskan ayatnya
terus pelanggan tersebut memintas ayatnya. Seorang gadis manis yang kecil molek
datang dari arah belakang mereka. Mungkin kekasih hati mamat budget handsome ni. Gadis tersebut cuba
mententeramkan pasangannya yang sedang menyinga umpama mahu menelan Jasmeen
sahaja lagaknya.
“Jasmeen, apa hal ni?”
Supervisor yang bernama Marina datang
untuk mengawal keadaan. Belum sempat Jasmeen menjawab, gadis yang berada
disamping pelanggan tersebut menerangkan kejadian yang berlaku dan menyalahkan
Jasmeen.
‘Ek eleh, macam kau nampak tadi.’ Bisik Jasmeen dalam hati meluat
dengan gadis gedik itu.
“You should fire her.”
Mendengar ayat terakhir gadis tersebut
membuatkan mata Jasmeen besar-kecil, besar-kecil je memandang pasangan
tersebut. Wahai hati, sabarlah! Pasangan tersebut mula mengorak langkah keluar
dari Binwanis namun Jasmeen perasan pandangan mamat budget handsome tu sempat mengerlingnya tajam.
“Encik, sekejap.” Jasmeen membongkok.
Sapu tangan Nautica yang putih bersih dikeluarkan daripada kocek seluar.
Ikutkan hati rasa macam nak gulung – gulung sapu tangan ni pastu cekik je mamat
ni tetapi mengenangkan status yang disandang sekarang apalah salahnya menjaga
nama baik Binwanis. Semua bentuk perniagaan mengamalkan konsep client is always right. Jasmeen tahu
sebab dia pun orang berniaga. Lagi pun bersabar tu dapat pahala apa!
“Minta maaf. Kasut Encik kotor sikit.” Tutur
Jasmeen yang sedang membongkok mengelap kasut hitam Bally Fareez yang tadinya
berkilat tetapi sekarang dihiasi sedikit kesan debu kayu fabrik yang terjatuh
ke atas kakinya tadi.
Sudahlah dimaki hamun sales girl yang sedang mengelap kasutnya sekarang ni tadi tapi
sekarang boleh pula segala perbuatannya diterima dengan tenang. Siap lap kasut gua la wei!
fullamakk meen.. gua suspek la ngan lu siap lap kasut mamat budget ensem lg. memang tinggi tahap sabar si meen ni. baru jatuh kene kaki ingatkan kain tu jatuh atasa dia.. huhh kecoh jerk.. terajang kan!!
ReplyDeletepelik gak awat si Gu Jun Pyo ni keje sales boy cess nak tackle aweks ghupernye..
tq rin!!
lol. Respek ke suspek?
Deletesaspen kot.. hahaha..
Deletehahhaha suspek as i always use time gilaq mmg utk respek..tp respek yg konon x berapa respek unless ayu here really salah eja lol!
DeleteLOL ... Jasmeen as a salesgirl cool!
ReplyDeleteas a manager herself Jasmeen knows how to confront her client - don let ur resentment control ur head!
And ... her cool composure sure arise Fareez curiosity!
Diya ??? nyibuk sgt dh beli ke x baju utk Atok? cisss ... kena fire ngan serigala barutau!
Ferhad - i lev this boy heheheee!
Jazmeen is marathoning again this 2nd piece of mine :))
DeleteThank you!
heh... kalau saya jumpa orang macam fareez tuh, mahu pi sepak ehem2 dia tang tu jugak.. tapi jasmeen mmg terbaiklah.. control ayu gitu..alah.. terbaca pulak.. mesti kena baca lagi n lagi kan.. by the way, suka relationship jasmen ngan ferhad.. terbayang seketika diri menjadi jasmeen..hehehe.. berangan ke langit kejap!!
ReplyDeleteSara ...
Deleteawak terbayang & berangan eekkkkk .... hmm gadis kat atas tuh lagi high imagination dia lagak Jasmeen ahaakss :P Jazmeen :P choking!!!
Jasmeen memang cool. tapi saya yang rasa nak ambik ridsect sembur si nyamuk penyibuk tuh. lol
ReplyDeletehahhaha ni zaman awal2 kita start anti - antagonis kat blog ..i still remember...I saved to draft all the published GET & couldnt help myself laugh reading all the comments :))
DeleteSabar ja Meen selalunya orang yang sabar ni Allah sayang kan.... Insyallah abang yang bajet bagus pun boleh jatuh hati....hehehe
ReplyDeleteOrg yg sabar Allah sayang...waaa sukernya ayat ni. Quote of the day di bulan Ramadhan.
DeleteDear KL,
ReplyDelete- Again a lovely Fareez....ha..ha..ha..walaupun dah baca tapi still nak baca lagi..
coz nama Fareez tu sebijik nama anak akak...ha...ha,,haa...
- And Jasmeen , you have to wait.....jeng..jeng..jeng..
- Luv you ....
-kak fadz-
ya ke...i bet ur son is cool like this serigala but tame like normal person....hahhaha kalau mcm serigala susah lak Mommy dia nak jaga.
DeleteLuv you kak fadz - always
Fareez ngan girlfriend dia ke tu?
ReplyDeletegirl friend x senonoh haishhh! setuju bangat dng Hajar mau sembur je ngan spray pas tuh tenyeh-tenyeh biar dia semput!
feeqa baru baca GET ke? emmm p2u dah ada chapter 5....
ReplyDelete6 onwards kena tgu sy publish kat sini balik.
Diya tue nk ckp sedara pon x, gfren jauh skali...nyamuk la lebih tepat :p
actua lly , erhemmmm.. kumpulan yg nyanyi lag bcoz i'm stupid tu, leader group tu... pakwe rin . Muehehehe.. *lariikkkk!
ReplyDelete