Monday 30 July 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 4


            


          “Meen, kau dah buat apa kat tempat kerja aku? Sebab kau buat hal masa ganti aku, langsung aku diberhentikan tahu tak?” Sergah Ferhad tiba – tiba.
            Jasmeen menoleh ke arah pintu yang terbuka. Bertuah punya adik. Salam tidak, apa pun tidak. Alih – alih terus tanya soalan cepu emas. Pintu yang terbuka luas diterjah oleh Ferhad.
            “Angkat kayu kain, gunting kain, layan pelanggan. Apa lagi? Takkan aku nak buat design landscape kat situ kot? ” Jawab Jasmeen bersahaja.
            “Habis tu sampai aku kena buang kerja kenapa? ” Ferhad tidak puas hati dengan jawapan Jasmeen.
            “Mana aku tahu.” Jasmeen menjawab malas sambil memanggil Bibik.
            “Bik, tolong buat air untuk Ferhad ni. ” Jasmeen mencampak remote Astro ke arah Ferhad.
            Kaki dihayun ke bilik. Hanger yang dikhaskan untuk menyangkut tudung tergantung kemas di dalam almari ditilik. Tudung mana nak pakai ni. This one? No. That one? No. Jasmeen terangguk – angguk kepala bercakap sendirian. Akhirnya tudung Syria daripada fabrik denim yang berwarna merah jambu lembut ditarik. Padan dengan jeans biru dan kemeja kotak – kotak pink-putih yang sedia tersarung di badan. Jasmeen melangkah keluar.
            “Kau nak pergi mana? Aku tak habis cakap lagi.”
            “Ambil angin kat bawah. Nak ikut ke? ”
            Ferhad geram. Jasmeen memang begitu. Perkara yang dianggap remeh baginya langsung tidak akan dilayan. Pintu lif terbuka di tingkat 3A. Lanskap yang menghijau terbentang luas di hadapan. Ferhad yang masih bengang dengan Jasmeen sedikit terubat. Tenang melihat kehijauan taman. Tingkat 3A yang menempatkan taman dan kolam renang bagi kemudahan penghuni di The Northshore Gardens memukau pandangan. Ferhad mengekori Jasmeen melabuhkan diri di bangku yang terletak di bawah pokok yang rendang. Damai sekali.
            “Aku minta maaf susahkan kau.” Ferhad memulakan kata.
            Perasaan bersalah terhadap kakak tersayang menguasai diri walau pun perasaan marah dan kecewa mendominasi.
            “Aku okay.” Jasmeen membalas pendek.
            “Meen, salah ke apa yang aku buat?” Ferhad buntu. Nasihat Jasmeen mesti diambil kira. Tidak boleh tidak.
            “Kau terlebih tengok cerita Korea lah aku rasa.” Jasmeen membuat rumusan sendiri.
            “Aku kan Gu Jun Pyo versi Melayu. ”
            “Jangan nak main – mainlah. Aku tak suka. ”
            “Meen, tapi aku suka sangat kat awek tu. Comel sangat. Nama dia Alya.”
            Planning kau dah hancur baru nak bagi tahu aku?”
            “Meen, aku minta maaf. Please....janganlah merajuk. Kau satu – satunya kakak aku dunia akhirat. Aku tak sempat pun lagi nak berkenalan dengan Alya. Baru main jeling – jeling dengan tahu nama je. Kalau Papa tak telefon cakap nak minta aku sign agreement kereta baru aku tu memang aku tak minta kau cover aku.”
Geram juga Ferhad dengan Papa. Punyalah berkurun Ferhad minta kereta baru, masa yang paling tak sesuai pula permintaannya dikabulkan. Kalau tak mengenangkan kereta Honda Accord lamanya yang asyik meragam kebelakangan ni memang Ferhad buat bo layan je. Arghh... kakak seorang ni pula, Ferhad tahu sangat perangainya. Tegas tapi bunga ros penuh setaman dalam hati. Corner – corner memang Jasmeen tak layan. Namun setegas Jasmeen pun, segarang Jasmeen pun, Ferhad tahu kasih sayang Jasmeen terhadapnya umpama seluas lautan dan setinggi langit. Buktinya dikala Ferhad memerlukan bantuan, Jasmeen tetap membantu tanpa banyak soal. Ferhad menyambung bicara apabila melihat Jasmeen masih mendiamkan diri.
“Minggu lepas aku ikut Mama pergi Binwanis beli kain baju kurung. Aku nampak iklan kerja kat situ, esok aku datang terus mohon. Masa tu yang aku tahu aku nak kenal sangat awek sales girl tu. Aku nak menyamar sebab aku takut nak tackle dia as if I am Ferhad Daniel.”
            “Ayat kau ‘as if I am Ferhad Daniel’  tu buat aku nak muntah lah. Ferhad, kenapa nak susah payah macam tu? Bukan setakat susahkan diri tapi susahkan aku juga tau.” Suara Jasmeen meninggi tetapi lebih kepada risau dengan akal fikiran Ferhad yang pendek pada pandangan Jasmeen.
            Tudung yang terletak di kepala dibetulkan apabila angin sepoi – sepoi bahasa bertiup mengganggu letak tudungnya. Jasmeen menyambung lagi.
            As if I am Ferhad Daniel tu ayat tipikal dalam cerekarama. Sebab nak cari awek semata tak kan nak kena menipu. Tak berkat pun sebuah hubungan yang bermula dengan cara yang salah. You are Ferhad Daniel. Just be yourself. You can still let people like you because of yourself and  not because of who you are and what you have. Kau faham tak?
            But the girls always come after me just because of what I have Meen. Kau pun tahu kan. Tak apalah Meen. Tak ada rezeki aku kot. Kena tackle cara lain lah. Aku kena buang kerja sebab kakak aku yang jadi tukang cover ni tak pandai nak cover langsung.”
            Suara Ferhad mula kedengaran ceria. Kalau ayat Jasmeen dah mula panjang sikit atau dah lebih daripada sembilan patah perkataan maknanya aura membebel yang semulajadi wujud dalam diri Fellah Delisya dah mula nak aktif dah.
            “Aku punya pendapat senang je. Kau kena jadi diri sendiri. Memang ramai pun perempuan mata duitan zaman sekarang tapi kalau kau banyak berdoa, pilih betul – betul mesti Allah akan bagi juga awek yang betul – betul suka kat kau dengan ikhlas. Dulu cakap tak kisah konon biar cinta datang sendiri. Sekelip mata pula aku tengok kau berubah. Apa kes?
            “Sebab aku rasa aku tak jadilah ikut jejak kau jadi anak dara tua.”
            “Ferhad!!!!”
            Nyaring jeritan Jasmeen memenuhi taman yang sebentar tadi sunyi dan damai. Laju Jasmeen berlari mengejar Ferhad yang cergas meyelamatkan diri sebaik menuturkan perkataan tua. Al-maklumlah Jasmeen amat sensitif dengan isu anak dara tua. Baginya perkahwinan pada usia yang matang lebih menjanjikan kebahagiaan dan masa depan. Ayat stereotype orang yang tak ada boyfriend dikala usia mencecah 27 tahun!
            “Ferhad!! Stop you foolish!”
Jasmeen sudah penat mengejar Ferhad mengelilingi kolam renang yang panjang berbentuk segi empat tepat itu. Peluh mula menitik. Dahi dilap dengan hujung lengan kemeja. Jasmeen walaupun menginjak umur 27 tahun namun masih kelihatan seperti remaja awal 20-an mungkin kerana cara berpakaian yang ringkas dan bibir yang sentiasa menguntumkan senyuman.
            “Nanananana…Nae meoriga neomuna nappaseo
            Ferhad menjerit dari seberang kolam renang meniru lagu kegemaran Jasmeen Because I’m Stupid dalam siri Boys Over Flower. Teringat bagaimana Ferhad melihat Jasmeen menangis menonton episod yang sedih siri tersebut. Ferhad pula jadi tukang pass tisu. Haru betul ada kakak macam ni. Nak cakap hantu cerita Korea tak juga. Balik – balik cerita Boys Over Flower dan Full House je yang diulang tayang oleh Jasmeen. Ferhad yang menjadikan The Northshore Gardens, kondominium mewah Jasmeen di Desa Parkcity sebagai rumah keduanya pun hampir hafal kesemua skrip kedua – dua siri tersebut. Argh! Women are really from Venus!
            “Because I am too stupid maksud lagu yang kau nyanyi dalam bahasa Korea tu sesuai untuk kau bukan untuk aku. Pandai sangat buat idea menyamar jadi sales boy. Macam budak tak cukup akal.”  Jerit Jasmeen termengah – mengah.
            “I know I am. I’m sorry sis!”
Akhirnya Jasmeen berhenti di bangku yang menghadap kolam renang. Kepenatan mengejar Ferhad yang masih tak berkurangan staminanya.
            “Kau nak aku pergi belasah tak mamat budget handsome yang menyebabkan adik kau ni bakal jadi bujang terlajak?” Ferhad duduk di sebelah Jasmeen sambil tangannya menghulurkan sekuntum bunga loceng berwarna kuning yang dipetiknya khas untuk melembutkan hati Jasmeen.
            “Merepek lah kau ni. Mana kau tahu handsome? Ada aku cerita?” Bunga loceng diambil dan diselitkan di celah tudung.
            “Argh… kau Meen macam aku tak tahu. Kalau tak handsome, pasti kau punya skrip sumpah seranah mesti ada ayat jambatan tak siap, longkang pecah, pocong hidup dan macam – macam lagilah. Handsome sangat ke handsome biasa - biasa? Semalam tak ada pun skrip tu.”
Teringat Ferhad panggilan telefon Jasmeen memaki hamunnya apabila menceritakan peristiwa memalukan bersama pelanggan di Binwanis semalam.
            “Boleh tahan lah. Back to you, ‘bout Alya kau jangan risaulah. Aku mesti tolong kau tackle jugak awek Binwanis tu tapi tak payahlah nak kena jadi sales boy kat situ. Banyak lagi strategi lain.”
            “Aku ingat aku nak give up lah. Mungkin Allah nak tunjuk Alya tu bukan untuk aku. Lagi pun kau tahu tak penat gila kerja kat Binwanis tu. Dah jadi macam hamba tebusan kapal lanun aku rasa pada hal baru kerja tiga hari.”
            “Don’t give up, Alya will be yours one day. We’ll find other way to approach her. Eh! Kau punya feel jadi tebusan kapal lanun tu macam best lah jugak, aku ni yang baru sehari kerja ganti kau ni terasa macam hamba abdi perang tau tak. Nak – nak masa kena tembak dengan mamat budget handsome tu. Aku rasa macam nak bom balik je kepala mamat tu.”


***

            “Are you crazy?” Lantang suara Fareez kedengaran di ruang Binwanis. Jasmeen yang pegun dari tadi tersedar.
            Cepat – cepat dialihkan kayu fabrik yang jatuh menghempap kaki milik pelanggan yang sedang mencerun memandangnya.
            “Saya minta maaf.” Jasmeen cuba bertenang.
            Control composure Meen! Digagahkan juga untuk tersenyum walau pun amat gugup.
            “Saya tak pernah jumpa sales girl yang berkhayal macam awak. Kalau dah rasa kaya sangat tak payahlah nak kerja kat sini. Main – main pula dia.” Entah kenapa mood Fareez berubah 360O.
            Bukanlah kebiasaannya meledakkan kemarahan tanpa menghiraukan sekeliling. Namun melihatkan wajah di hadapannya yang tenang dan tegak berdiri menerima sahaja makiannya semakin mencabar egonya.
            “Saya minta maaf sekali lagi Encik. Saya tolong Encik pilihkan kain yang lagi bagus kualiti daripada kain ni. Yang kat sana tu baru sampai Encik. Kain tu edisi terhad. Ada dua…”
            “Listen here! I don’t care about your limited edition or whatever that you have here. I just want to get out from here.”
Belum sempat Jasmeen menghabiskan ayatnya terus pelanggan tersebut memintas ayatnya. Seorang gadis manis yang kecil molek datang dari arah belakang mereka. Mungkin kekasih hati mamat budget handsome ni. Gadis tersebut cuba mententeramkan pasangannya yang sedang menyinga umpama mahu menelan Jasmeen sahaja lagaknya.
            “Jasmeen, apa hal ni?”
Supervisor yang bernama Marina datang untuk mengawal keadaan. Belum sempat Jasmeen menjawab, gadis yang berada disamping pelanggan tersebut menerangkan kejadian yang berlaku dan menyalahkan Jasmeen.
            ‘Ek eleh, macam kau nampak tadi.’ Bisik Jasmeen dalam hati meluat dengan gadis gedik itu.
            “You should fire her.”
Mendengar ayat terakhir gadis tersebut membuatkan mata Jasmeen besar-kecil, besar-kecil je memandang pasangan tersebut. Wahai hati, sabarlah! Pasangan tersebut mula mengorak langkah keluar dari Binwanis namun Jasmeen perasan pandangan mamat budget handsome tu sempat mengerlingnya tajam.
“Encik, sekejap.” Jasmeen membongkok.
Sapu tangan Nautica yang putih bersih dikeluarkan daripada kocek seluar. Ikutkan hati rasa macam nak gulung – gulung sapu tangan ni pastu cekik je mamat ni tetapi mengenangkan status yang disandang sekarang apalah salahnya menjaga nama baik Binwanis. Semua bentuk perniagaan mengamalkan konsep client is always right. Jasmeen tahu sebab dia pun orang berniaga. Lagi pun bersabar tu dapat pahala apa!
“Minta maaf. Kasut Encik kotor sikit.” Tutur Jasmeen yang sedang membongkok mengelap kasut hitam Bally Fareez yang tadinya berkilat tetapi sekarang dihiasi sedikit kesan debu kayu fabrik yang terjatuh ke atas kakinya tadi.
Sudahlah dimaki hamun sales girl yang sedang mengelap kasutnya sekarang ni tadi tapi sekarang boleh pula segala perbuatannya diterima dengan tenang. Siap lap kasut gua la wei!



17 comments:

  1. fullamakk meen.. gua suspek la ngan lu siap lap kasut mamat budget ensem lg. memang tinggi tahap sabar si meen ni. baru jatuh kene kaki ingatkan kain tu jatuh atasa dia.. huhh kecoh jerk.. terajang kan!!
    pelik gak awat si Gu Jun Pyo ni keje sales boy cess nak tackle aweks ghupernye..

    tq rin!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol. Respek ke suspek?

      Delete
    2. hahhaha suspek as i always use time gilaq mmg utk respek..tp respek yg konon x berapa respek unless ayu here really salah eja lol!

      Delete
  2. LOL ... Jasmeen as a salesgirl cool!
    as a manager herself Jasmeen knows how to confront her client - don let ur resentment control ur head!
    And ... her cool composure sure arise Fareez curiosity!
    Diya ??? nyibuk sgt dh beli ke x baju utk Atok? cisss ... kena fire ngan serigala barutau!
    Ferhad - i lev this boy heheheee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazmeen is marathoning again this 2nd piece of mine :))
      Thank you!

      Delete
  3. heh... kalau saya jumpa orang macam fareez tuh, mahu pi sepak ehem2 dia tang tu jugak.. tapi jasmeen mmg terbaiklah.. control ayu gitu..alah.. terbaca pulak.. mesti kena baca lagi n lagi kan.. by the way, suka relationship jasmen ngan ferhad.. terbayang seketika diri menjadi jasmeen..hehehe.. berangan ke langit kejap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sara ...

      awak terbayang & berangan eekkkkk .... hmm gadis kat atas tuh lagi high imagination dia lagak Jasmeen ahaakss :P Jazmeen :P choking!!!

      Delete
  4. Jasmeen memang cool. tapi saya yang rasa nak ambik ridsect sembur si nyamuk penyibuk tuh. lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha ni zaman awal2 kita start anti - antagonis kat blog ..i still remember...I saved to draft all the published GET & couldnt help myself laugh reading all the comments :))

      Delete
  5. Sabar ja Meen selalunya orang yang sabar ni Allah sayang kan.... Insyallah abang yang bajet bagus pun boleh jatuh hati....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org yg sabar Allah sayang...waaa sukernya ayat ni. Quote of the day di bulan Ramadhan.

      Delete
  6. Dear KL,

    - Again a lovely Fareez....ha..ha..ha..walaupun dah baca tapi still nak baca lagi..
    coz nama Fareez tu sebijik nama anak akak...ha...ha,,haa...
    - And Jasmeen , you have to wait.....jeng..jeng..jeng..
    - Luv you ....

    -kak fadz-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke...i bet ur son is cool like this serigala but tame like normal person....hahhaha kalau mcm serigala susah lak Mommy dia nak jaga.

      Luv you kak fadz - always

      Delete
  7. Fareez ngan girlfriend dia ke tu?
    girl friend x senonoh haishhh! setuju bangat dng Hajar mau sembur je ngan spray pas tuh tenyeh-tenyeh biar dia semput!

    ReplyDelete
  8. feeqa baru baca GET ke? emmm p2u dah ada chapter 5....
    6 onwards kena tgu sy publish kat sini balik.

    Diya tue nk ckp sedara pon x, gfren jauh skali...nyamuk la lebih tepat :p

    ReplyDelete
  9. actua lly , erhemmmm.. kumpulan yg nyanyi lag bcoz i'm stupid tu, leader group tu... pakwe rin . Muehehehe.. *lariikkkk!

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...