Monday 27 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 19

            Que berjalan mengelilingi SS. Tengah break. Goku dan Syed Azfi sedang berbual di ruang santai yang disediakan sofa dan amat selesa. Terpegun pula melihat bingkai gambar pemain professional snooker dari dulu hingga sekarang yang terhias di sekeliling ruang premis. Dah banyak kali juga Que datang melepak di sini tapi selalunya dia lebih selesa menempah bilik VIP. Hari ni sahaja mereka terpaksa bermain di meja luar. Okay jugak pun, kualiti meja tetap memuaskan. Mungkin kerana hari ni ialah hari minggu jadi ramai orang menghabiskan masa beriadah di sini.
            Que membetulkan topi di kepala. Matanya tertancap pada gambar Joe Davis yang popular pada zaman 1930an dan kemudian beralih pula ke bingkai John Pullman yang popular pada zaman 1960an. Que mengatur langkah ke arah bingkai yang saiznya berganda lagi besar daripada gambar Joe Davis dan John Pullman iaitu bingkai gambar Stephen Hendry. Pemain professional yang berasal dari bumi Edinburgh ini amat popular sepanjang tahun 1990an dan pernah memegang gelaran World Championship sebanyak tujuh kali dari tahun 1990 hingga tahun 1998.
            Orang Edin terror main snooker dari azali ke? Agaknya lah kot. Aku pun boleh tahan ada tempias Stephen Hendry ni, entah – entah saudara Mommy tak dia tu? Que tersenyum. Bertambah lebar senyumannya apabila mengingatkan Cik Sara yang pernah menuntut di bumi Edin pun boleh tahan juga pakarnya cuma di rumah Que tempoh hari malas nak bagi peluang, kalau tak turun saham. Bukan senang nak bagi Cik Sara pandang dia. Usaha kena berlipat ganda nak memenangi hati Sara Nabila. Rancangan seterusnya dalam kepala ni pun tengah diperingkat akhir untuk keputusan perlaksanaan. Tak kan Que mengalah selagi Sara belum menjadi milik sesiapa.
            Que memandang jam Luminox Blackbird SR- 71 edisi terhad yang hanya dikeluarkan 500 unit seluruh dunia di tangan kirinya. Jam yang bukan sahaja nampak amat maskulin dengan tali hitam PVD steel tapi dilengkapi dengan kompas dan jaminan cahaya (luminous glowing) selama 25 tahun tanpa sumber cahaya lain dan elektrik. Dah hampir pukul 5 petang. Baik solat Asar dulu.
            Que sentiasa mengambil peluang yang ada untuk beribadat dengan sempurna apabila di luar bidang tugasnya sebagai pramugara. Maklumlah, kalau semasa bertugas, nak sembahyang pun kena dalam keadaan berdiri atau duduk jika keadaan berdiri membahayakan pada masa itu. Nasib baik juga bertugas dengan MAS, Malaysia Airline System yang mewakili syarikat penerbangan negara Malaysia, sebuah negara Islam, malulah kalau tak sediakan sejadah dan monitor dalam kabin. Nanti pax tanya macam mana nak solat, tak kan nak cakap tak tahu. Krew kabin sudah diajar untuk membantu pax yang mahu bersolat jika keadaan kapal terbang tenang, krew akan membenarkan pax solat di bahagian hujung kabin. Kalau tak solat sahaja di tempat duduk. Nak ambil wuduk pun bukan main susah. Krew kadang – kadang memang kena sound baik punya kalau nak ambil wuduk di bilik air kabin. Bilik air perlu dipastikan sentiasa kering dan perlu mengutamakan kegunaan pax yang kadang kala cerewet dengan kebersihan.
            Que buat tak tahu, dia selalu bantai air mineral sebotol untuk mengambil wuduk dalam kabin. Mujur sebagai pramugara lelaki, senang untuk dia menjalankan tanggungjawabnya kepada Yang Maha Esa. Kalau krew perempuan atau pramugari tu faham – faham sendirilah. Rajin nak bukak bulu mata palsu, rajin nak touch up make up balik? Dan jam di tangan amat berharga setiap kali berada di luar Negara. Senang nak solat di mana – mana sahaja.
            Que melangkah ke arah surau di sebelah bilik VIP dan pejabat. Pintu surau ditolak. Bagus betul SS ni siap ada surau. Masa zaman remaja dulu, Que tak pernah nak pandang sangat semua ni. Solat jugak tapi taklah seperti mana dia menjaga tiang agamanya seperti sekarang. Sekarang lain, kesedaran sivik dah tinggi. Tengok perubahan Mommy dan Daddy yang berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik cukup membuka mata Que. Memang patut Que selalu kena bebel dengan Daddy. Jadi pramugara banyak dapat saham rugi tiap kali menghidangkan minuman beralkohol kepada penumpang. Que pun sedar perkara yang satu itu tapi hatinya masih berat untuk berhenti kerja. Tunggu lah. Nanti berhentilah. Dua perkataan ini memang kerap kali meniti di bibir. Kadang kala kalau dapat pax yang kaki minum atau yang kena layan macam raja, wine dituang macam air paip tak berhenti sepanjang – panjang perjalanan untuk memuaskan hati mereka. Mana tak dapat gelaran World Best Crew kan?
            Que mengambil wuduk di tempat wuduk kecil yang disediakan di dalam surau. Lengkap dengan dua batang pili dijadikan tempat berwuduk. Que memandang ke atas siling. Ada tanda anak panah penunjuk kiblat. Gatal pula tangan Que nak memeriksa kesahihan arah kiblat. Jam diset kepada koordinat 21° 25' 24" N, 39° 49' 24" E. Hmm....dah agak dah, tak betul. Que perasan anak panah tersebut sedikit bergoyang. Mesti ada budak nakal yang sengaja mengalihkan penunjuk ini. Que menarik kerusi di hujung surau. Penunjuk arah kiblat dibetulkan. Baru Que nak membentangkan sejadah, Sean menolak pintu surau kasar.
            “Sean, hai.” Que menegur sopan.
            “Que. Hah...kau ada kat sini?” Sean terkejut.
            “Nak Asar ke?” Que bertanya spontan. Dah masuk surau tak kan nak karaoke pula kan.
            Sean terdiam. Baru balik daripada berjumpa pembekal di GH Billiard, Kajang. Penat pun tak hilang lagi. Cadangnya nak tidur di surau ni. Semalam elok – elok tidur nyenyak di bilik Sara, pukul 3 pagi Indah bangun kejutkan. Sakit perut katanya. Siap muntah – muntah lagi. Langsung matanya dah tak boleh sambung tidur selepas pulang daripada membawa Indah ke klinik. Potong betul. Kalau tak mengenangkan temujanji yang dah lama dibuat dengan Mr Goay, dah lama Sean terbongkang di rumah. Jijie pulak cuti hari ni nak suruh ganti pun.
            “Kau sorang ke?” Sean menukar topik, membiarkan soalan Que tak berjawab.
            “Macam biasa dengan geng la bang. Tak kan nak main sorang – sorang kot. Nak tunggu main dengan abang je ni. Entah bila abang free ni.” Que membetulkan sejadah.
            Tiap kali datang, Sean mesti sibuk dengan tetamu, pelanggan VVIP atau tengah tournament. Dua minggu lepas, Sean sendiri masuk tournament. Memang tak acilah sebab Sean jadi juara tapi dia cakap aci sebab tournament ni bukan SS yang sponsor jadi saja nak cungkil bakat yang mungkin hampir padam kata Sean.
            “Boleh, jap lagi pun boleh.” Sean duduk bersandar di dinding surau. Kakinya dilunjurkan sebelah dan sebelah lagi diangkat.
            “Bang, sambung borak jap lagi. Saya solat dulu ke abang nak join? Okay gak abang jadi imam saya.” Que mempelawa bagi menghormati Sean.
            “Kau jalan dululah. Aku nak baring jap.” Sean merebahkan kepala di karpet serentak dengan laungan iqamah yang melantun dari mulut Que Zafril dan menusuk ke kalbu Sean Norman. Daripada rakaat pertama sehinggalah Que Zafril memberi salam, mata Sean tajam memerhati. Astagfirullahalazim. Sean meraup wajahnya lama.
            Que bergerak ke arah kafe. Lapar pula. Bukan dia tak perasan Syed Azfi melambai – lambai di meja tapi diberi isyarat tangan tunggu sekejap.
            “Kak, cheesecake one slice. Yang ni ya.” Que menunjukkan sepotong cheesecake yang nampak lazat di dalam cake display cooler.
            “Lagi? Any drink?” Kakak yang agak berumur dengan tag nama Hanim bertanya dengan sopan.
            “Mango juice.” Que mengeluarkan tiga keping duit lima ringgit. Tray berisi sepiring cheesecake dan segelas jus mangga bertukar tangan. Sementara menanti duit baki, Que sempat merasa cheesecake di tray.
            “Kak, sorry tanya. Tapi kan dulu cheesecake ni lagi sedap. Abang Sean pernah bagi saya sebiji dulu dan jauh sangat rasanya dulu dan sekarang.” Que tersenyum melihat kakak yang nampak pelik dengan komennya.
            “Dulu tu macam 5 tahun dulu ke? Atau bila?” Hanim mula mencongak – congak. Sah zaman signature cake yang Sara Nabila buat. Sekarang mana ada, semua tempah luar.
            “Betullah tu. Zaman saya muda belia kot.” Que mula nak bergerak meninggalkan kaunter kafe apabila dia digamit kembali.
            “Minta maaflah. Dulu adik tauke yang buat. Sekarang dia sibuk belajar lepas tu kerja jadi semua tempah luar. Minta maaf ya. Kagum pula akak, adik ingat lagi.” Hanim tersenyum.
            Pelik pun ada tapi bukan jejaka ini seorang yang pernah bertanya, sebelum ni ramai pelanggan tetap yang memberi komen yang sama. Hanim menghantar Que Zafril dengan pandangan yang bersinar – sinar. Sebut – sebut pasal kek ni teringat berita yang Don bawa pagi tadi, Sara dah balik rumah semalam. Sekejap pun dah cukup bermakna bagi warga SS kerana itu melambangkan bunga – bunga pendamaian sudah berputik. Semua rindukan Sara. Lebih – lebih lagi apabila semua orang meneka bahawa Sara tak bersalah.
            Que, Goku dan Syed Azfi menghabiskan masa di meja snooker sehingga ke pukul 7 malam. Punyalah banyak masa nak buang – buang macam tu sahaja. Que relax sebab esok dia cuti. Syed Azfi kalau seksa sikit pun, pagi – pagi dah nak masuk kerja. Doktor baru bertatih katakan. Goku pun relax, kerja dengan abang sendiri. Suka hati nak masuk pukul berapa selagi tak ada kerja penting kat pejabat. Lagi pun malam ni macam nak lepak dengan Daddy dan Mommy. Esok kalau Daddy tak sibuk, boleh offer diri jadi caddy, saja – saja ambil hati orang tua. Que mengerling jam di tangan.
            “Jom blah. Dah nak Maghrib ni.” Que menyimpan cue yang dibawanya ke dalam sarung.
            “Hah...jom.” Syed Azfi hanya mengangguk. Dah puas hati dapat lepas gian. Hari kerja sibuk dalam hospital tak sempat nak fikir hal duniawi sendiri.
            “Kau tolong bawak balikla cue aku ni. Aku naik motor hari ni. Kejap lagi nak singgah kedai. Malas nak usung.” Cue buatan tangan yang dibelinya di Shanghai tiga tahun lepas diserahkan kepada Syed Azfi. Hari ni Syed Azfi datang dengan kereta. Goku siap jadi penumpang kehormat. Biasanya budak berdua ni layan juga naik motor tapi tengok keadaan. Que tadi pun ingat nak naik kereta tapi tengok cuaca bagus dan nak cepat, baik rembat masuk KL dengan motor.
            “Aku gerak dululah. Mommy aku suruh singgah beli barang kat kedai elektrik jap.” Que menonong meninggalkan meja.
            “Woitt...ni...” Goku menjerit memberi isyarat siapa nak bayar?
            Goku tersengih. Saja nak buat – buat berkira budak ni. Pada hal tanda tak puas hati kena titik. Nak lawan Que, salahlah. Orang ajak main main – main tak nak. Nak main betul – betul. Kan dah makan asap. Que menunjukkan simbol L di dahi. L for Loser. Kalah bayarlah kan?
            Que sedang menyarungkan jaket dan memakai helmet apabila bahunya tiba – tiba ditepuk kasar. Ada nak kena hempuk dengan helmet ni kang. Que membuka kembali helmet. Rambut yang kusut diselak dengan jari sekilas.
            “La bang...kalau orang lain tadi main tegur tepuk – tepuk ni ada nak makan helmet saya ni.” Que tersenyum apabila berpaling ke belakang. Rupa – rupanya Sean yang sedang berdiri tegak di belakangnya dengan rokok di tangan.
            “Mat motor jugak kau ni.” Sean menilik R6 milik Que.
            “Motor lama la bang. Zaman budak – budak tapi sayang nak jual.” Que menggosok tempat duduk R6 miliknya yang berwarna biru dan putih. Tetap mantop walau pun dah bertahun umurnya.
            “Aku ada R6 macam ni. Warna merah hitam tapi hari ni aku bawak Hayabusa. Jom makan angin.” Sean membuang puntung rokok ke lantai. Loafers Gucci di kaki memijak puntung rokok yang masih menyala dan dihenyak membuat bulatan kecil sehingga bara dipuntung rokok padam.
            “Jom ah, tadi dahlah kau tak kejut aku kat surau. Kau main blah je kan.” Sean menuju ke motornya yang terletak selang enam buah daripada motor Que. Bagusnya tempat parking motor di Wisma ini ialah tempat parking motor – motor besar diasingkan dengan motor kapcai dan siap disediakan Jaga. Kalau tak mahu tinggal tulang kalau superbike yang berharga ratusan ribu ditinggalkan tanpa pengawasan. Geng – geng dan kaki – kaki pencuri motor besar ada di mana – mana sahaja.
            “Boleh no hal tapi kita drop kat mana – mana kedai elektrik jap, pastu follow saya hantar barang kat rumah. On the way balik rumah saya memang thriller habis bang nak rembat. Boleh tak? Dah janji dengan orang tua kat rumah lah bang.”
            Sean mengangguk. Dalam hati tak sabar nak tahu apa yang Que buat dengan Sara di Kuching sebenarnya. Mereka singgah di kedai elektrik di Danau Kota dan Que bergegas mencari adaptor dan triple plug. Entah Mommy dan Daddy ni nak buat apa. Macam tak boleh beli sendiri. Dari dalam kedai Que nampak ramai mata – mata yang memandang Sean yang sedang menanti di motor. Mahu tak berkelip kalau tengok motor besar macam Hayabusa dan R6 kat tepi jalan. Tengok rider pulak handsome. Perasan! Que tersenyum dan bergegas ke arah Sean selepas membuat pembayaran. Tangan tergawang – gawang tunjuk jalan kiri – kanan nak ke rumahnya ringkas. Memang konvoi, pergi sama – sama tapi kalau dah tahu jalan lagi sedap nak merembat.
            Que menyarungkan helmet dan mendahului Sean. Bunyi enjin motor masing – masing menarik perhatian orang ramai dan sebentar kemudian berdesup Que membelah jalan raya menuju ke MRR2 dan kemudiannya melalui jalan kecil di belakang Zoo Negara. Que laju membelah jalan – jalan yang sempit dengan cerun yang amat menggerunkan di kiri dan kanan. Dah namanya membesar di kawasan hutan belantara ni jadi harus selok belok dia dah tahu. Memang adventure lah ikut jalan ni. Mereka melalui kawasan air terjun dan akhirnya membelok di sebelah kiri dengan jalan yang ngam – ngam sahaja memuatkan sebuah kereta tapi berturap cantik. Que memandang belakang dan Sean masih setia mengekori.
            Sean telah membuka wiser helmet dan matanya dikerdipkan tanda menyoal ‘rumah kau kat mana mangkuk?’. Mana tak risau kalau masuk hutan belantara macam ni, alih – alih jumpa rumah banglo ala – ala istana kat dalam. Sean hanya mengekori Que melalui bahagian halaman rumah siap dengan porch yang dipenuhi dengan deretan kereta mewah dan akhirnya Que menongkat R6 nya di depan garaj bahagian belakang rumah.
            “Seriously?” Sean mematikan enjin motor. Kagum apabila pintu garaj terbuka dan yang terbentang di depan amat ialah tempat parking kereta yang bersambung dengan bilik tidur yang mewah. Siap G35 tersadai di dalam ni.
            “Apa yang serius nya bang? Jap ya.” Que tersengih – sengih dan selepas mempelawa Sean duduk di kerusi rehat di hujung bilik, Que bergegas ke pintu belakang bilik dan menyerahkan barang – barang yang dikirim oleh Mommy. Sebentar kemudian Que kembali dengan air tin Coke di tangan.
            “Minum dulu. Saya Maghrib jap lepas tu kita blah. Nak join?” Que mempelawa ramah.
            “Kau ni alim siot. Memang boleh buat calon adik ipar.” Sean bergurau. Kagum dan segan yang bercampur baur.
            “C’mon bang, every pious person has a past.” Que menjawab dengan rendah diri.
            Tak ada makna alimlah kalau setakat buat benda wajib dalam kategori asas macam ni. Fikir Que sendiri. Pious yang lebih membawa kepada makna tanggungjawab dan bukannya alim. Rasanya gelaran itu masih terlalu jauh kalau nak dibandingkan dengan ibadatnya yang tak seberapa namun impian untuk mengubah dan memperbaiki diri tersemat jauh di lubuk hati.
            “And every sinner has a future.” Sean menyambung perlahan. Tak dapat tidak Sean membandingkan diri Que dengan Shah. Shah memang baik, alim pun ya tapi kat rumah tempoh hari, Shah minta izin solat sendiri – sendiri. Mana ada nak pelawa dia, Sara jauh sekali.

***

            “Rumah kau memang gempak gila.” Sean menghirup air horlicks panas di cawan.
            “Mana ada bang, biasa je. Bilik saya je yang masuk ikut belakang. Senang saya nak keluar masuk.” Que menjawab dengan merendah diri.
            “Pandai kau ya. Keje amacam? Bagus?” Sean memulakan aktiviti Mari Mengorek Rahsia.
            “Ishh...okay je bang tapi bosan jugak.”
            “Hari – hari jumpa pramugari lawa pun bosan ke?”
            “Masalahnya bang, hati saya ni dah tergolek kat tanah jadi kalau terbang tinggi hari – hari, badan lemau lah bang.” Que memberi isyarat tangan meminta pelayan menambah order. Lapar pula. Tadi sampai kat restoran NZ Corner ni gatal order air je.
            Sean tersenyum. Apalah yang budak ni merepek hati tergolek kat tanah. Nak cakap jatuh cinta dengan Sara ke? Tak mungkin sebab Sara nampak sangat kemaruk dengan Shah Ezlan tapi apa mereka berdua buat di Hilton Kuching tempoh hari? Sean melilau memandang sekeliling NZ, kedai mamak yang memonopoli pasaran Wangsa Maju. Makan bukannya sedap kat sini tapi nak lepak okaylah. Motor pun boleh parking depan mata. Tiba – tiba mata Sean menangkap sesusuk tubuh yang sedang berjalan masuk ke dalam restoran.
            “Zarith Sofea.” Perlahan nama yang sudah lama cuba dipadamkan dalam kotak memori meniti dibibir.
            “Siapa bang? Awek cun tu ke abang cakap? Haishh....marah bini abang nanti tau ni. Nakal jugak abang ni kan.” Que mengusik sambil membayangkan rupa isteri Sean yang selalu berada di SS tengah mengamuk. Teringat pula kata – kata kakak di kaunter kafe tadi, Sean ada adik pandai buat cheesecake? Tak pernah nampak pula. Baru Que nak membuka mulut bertanya, Sean berdiri dan melangkah ke arah gadis yang dipanggilnya Zarith Sofea tadi. Que mengerutkan dahi dan hanya memerhatikan dari jauh.
            “Hai, remember me?” Sean menyeluk tangan ke dalam poket jaket. Tajam matanya merenung Zarith Sofea yang sedang duduk dan nampak agak terkejut dengan kehadirannya.
            “Do you know him?” Gadis yang menemani Zarith Sofea menyoal sahabatnya yang nampak terkejut dan nampak seperti mengenali lelaki kacak di hadapan mereka ini.
            “She should remember very well a man who she left on their matrimonial day. Don’t you Zarith?”
            “Sorry, I don’t know you.” Zarith Sofea membuntangkan mata ke arah Sean.
            Lama mereka bertentangan mata.
            “And I don’t know my Zarith anymore.” Sean mengatur langkah ke arah Que.
            “Jom, blah. Short trip PD. Ada bran?”
            “Eh, roger.” Que meninggalkan sekeping duit sepuluh ringgit di meja dan terus melangkah membontoti Sean ke tempat parking motor mereka.
           


 p/s: sy x meroyan la. Igt nk bg hint kat non-shouters. Sbb sy slalu kagum dgn sokongan readers yg rajin menyapa di Sb & commented yet ada readers yg segan or x pnah tegur pun. C'mon, korg segan ke nk tegur sy? Hai KL or Nice or Crap or any simple words would do.
Thank you. Lev u guys.
XOXO!!



Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end
Always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad that it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough
You didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records
And then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all the times you screwed me over
But had me believing it was always something that I'd done
And I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know...

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough
You didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records
And then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

I used to know
That I used to know

Somebody...


45 comments:

  1. i totally love your way of writing! sentiasa up-to-date! suka sangat! hihi thanks for the new entry! tak sabar nak tunggu the next entry :) -ainaamunirah-

    ReplyDelete
  2. Agak2 akan terbongkar tak rancangan jahat indah dulu..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum KL


    `Nina`

    ReplyDelete
  4. ainaamunirah
    hey you. Thank you. Berkesan jgak sy punya p/s tu kan? Me smiling ear to ear...hahahha

    Shima Rostam
    ishh harus terbongkar tp kna tgu right timing...

    ReplyDelete
  5. Nina

    Waalaikumussalam
    ala sweetnya :)

    ReplyDelete
  6. SANGAT2 suka dgn scene quesean. Rasa better n tak sakit hati bila scene si sara asyik tolak que. Huhu.
    Atleast que bole bimbing sara n sean skali ke arah yg lg baik. Drpd shah. Taktau knape sgt anti shah. Oh, ayat wajib stiap kali komen, que sangat,sangat,sangat SWEET!
    Rasanya ble bce JET ni kena tukar perspektif pasal pramugara. Dont judge the book by its cover kan? :)
    P/s ; Oh, thanks KL for the entry. Meroyan la slalu. Hehe.

    ReplyDelete
  7. hoho, bestla bakal adik ipar pelawa bakal abang ipar jd imam. memang calon terbaekkk lah!

    i love this phrase - "every sinner has a future." ditto!

    hari ni nmpknya takdelah yg meroyankan indah ye? tapi mesti ada yang senyum panjang sebab sean.lol

    ReplyDelete
  8. bace crta ni macam2 perasaan ada... suspen &surprise..

    ReplyDelete
  9. “Kau ni alim siot. Memang boleh buat calon adik ipar.” - Sean Norman

    of all the scoop n sensation in this n3 - this statement is authentically took me off the heels bcos i adore 'QueSara' than any others!

    Yesss ... tat is a +ve impression from Sean on Que! Adore u so much Que!!!

    Love tat Que n Sean are having a sound n virtuous 'tête-à-tête' ...
    hoping Que will not render any error deeds! Good luck Que with ur future bro-in-law!!!

    so,ZS is back on d scene now .... this will set a fascinating n beguiling drama ahead ... :)
    but pls don overshadow my QueSara!


    ~جزمين@ملور
    p/s jaz in time hav this free hrs quite bz lately BUT will never miss JET!

    ReplyDelete
  10. syakira
    Hahha..enjoy ahh QueSean :)
    awk punya statement nk tukar perspective pasal steward tu is one of the wish other reader masa sy keluarkan promo cter JET ni. Dia ckp allergy dgn pramugara, apesal sy x buat pilot & i think i've reason 4 tat. Nmpk kot yg Que ni sengal2 sket. baru blh sabar dgn Sara Setia tu.

    Hajar
    jgn terkejut tetiba zawani meroyan apesal kejut Sean tgah tdo mlm2...hahahha
    yes tu one of the gems on the wall kat IIUM pnah tgk. Optimistically worded kan?

    Jazmeen
    Hahhaha...mcm x sangka Sean ckp mcm tu kan?
    tete a tete tu sooooo cuteee!!!!!
    cemana nk buat & the love yg u slalu buat?
    i loikkee :))
    Que, gud luck with Sara, even seems to pass flying colorsly with Sean.
    Hahhha...mana tau ZS tu just to remind Sean of his true responsibility towards Indah & Sara only. Owhh, i'll never overshadow QueSara, kalau x jd mcm awal2 epi....sume pro Sean...no-no-no...
    p/s: of course,understand. but if u miss, i'm the one who gonna miss u :))

    ReplyDelete
  11. Camnalah Sean nak didik indah nih...
    Kena betulkan diri sendiri dulu tuh...
    Barulah boleh betulkan indah yang agak terpesong kembali ke pangkal jalan...

    Ada satu soalan cepu gangsa untuk KL...
    Tak da kaitan dengan ep ni, tapi ada la skit2 kaitan dengan citer...
    Que dapatkan sara selepas sara berpisah dengan SE atau sebelum...
    Nampak mcm x da harapan jer kalau x kerana tuanku Sazali yang kerek tu masuk campur...

    ZS mmg boleh berambus, jadikan ZM jerlah madu untuk indah...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  12. w.t
    adoiii..tgk tu Indah dulu yg dia ingat...
    harus kna btulkan diir dulu. namanya transformasi atau dimensi..ehh betulke novelis negara yg lain? Sy tikam jer ni.

    cepu emas la ni, bkn gangsa ni
    hahhahha....lawaklah awk ni, ni korek plot namanya. tekalah? Kemon, cter Melayu ni, mesti lah harus boleh teka kan? Ke nk tlg plot? Awk prefer bile?

    ZM tgah mneyusun ayt x pun x sudi nk ckp apa2 sbb ZS punya pasal neh. Interprem jer...

    ReplyDelete
  13. Haruslah saya komen pasal indah dulu...
    Sebab dia dah agak hanyut tuh...
    Nak kena sedarkan dia kembali ke pangkal jalan...
    Tapi rupa2nya nakhoda kapal pun x da kompas...
    Camna nak bawak penumpang kembali ke daratan...

    Saya spesis Que, x layan citer2 melayu yang ntah apa2 jer...
    Pusing2 pun kisah berebut harta dan hasad dengki...
    Terus la kena boikot citer2 melayu, baik layan katun dari drama melayu...

    Kalau Que dapat sara lepas sara dah give up dengan SE sebab tuanku sazali tuh...
    Nampak sangat la loser, hanya mampu dapatkan bekas yang orang x nak...
    Kena terbalikkan hati sara semasa dia tengah gila2kan SE tuh, barulah hero...
    Menyambar bunga dalam jambangan orang...
    Bukan bunga yang dah layu terbuang...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  14. Sean jumpa ngan Zarith?huhuhuhu akan terungkai segala persoalan??

    Que suke chesse cake yup! same wif me & hubby

    Sejok hati lau dpt Suami mcm Que, solat tak tinggal...rugi Sara kalau tolak...lau belom kawin dah lame kita sambar Que of My heart ni....huhuhuhu (mode gatai)

    ape2 pon love Que deep deep untuk N3 kali ini XD

    ok BYE ^_^

    ReplyDelete
  15. kenape comment xnaik??gedik la kau ni Mozilla.
    kene retype lagi :(

    zawani,suke x?entry indah trselit sket je..sean just jalankn tggungjwb je kn kn..jgn mrh :)

    bkl adik ipar best,sekapal(mean poket asyuk),sharing same hobby...solat xtggl..tp abe sean bile nk sedar dr lena yg pnjng??

    ZS tuh kerek btl la..sean nk tegur je..tuh pon nk sentap,,mnympah mak..kbye.

    ReplyDelete
  16. huhuhu....tak puas laa kl..kasi sambung skit lagi laaa...huhuh

    ReplyDelete
  17. KL, tk pe bg SE interprem dulu, tp asa cam Sara mmg kapel ngn QZ laaa...ahaksss...pas nih br ceta Sara ngan Que je..mmg ari2 wat lintas langsung kt blog KL nih, cam wajib la plak kan...cuma ari nih cam kena seru nk bg komen...tp lam diam, menten je bg semangat kat KL supaya ari2 meroyan, sbb kompom ada n3 baru...hehehe ( - _ ^ )

    >LEeN< yg pasti bkn si udang galah tuh...hehehehe

    ReplyDelete
  18. kehadapan saudari puan rin yg dikasihi....
    1. yippie arini abg sean sye jdi wtak utama... ni sye bce sambil guling2 dkt lantai ni then trus buat lompat bintang...
    2. apa indah, ko kaco abg sean ako pagi2 buta, taktik n teknik jer tu nk cari phatian, agak2 la, pagi2 buta tu. semalam turn ako ok... entah2 susu semalam punyer angkara, patutlh semalam tido mimpi abng sean, dorg xtido skali rupernye... hahah i like
    3. abg sean knape xnak solat ni, nanti mcm mana nk didik sye n anak2 pda msa hadapan kelak...xper la nanti kta gi class agama sama2 ok
    4. abg sean sye gayat la naik motor ni.... tpi demi abg sean sye cuba la juga. tertanya2 ni, indah prnah tak naik moto ngan abg sean, arghh nanti peluk sakan la.. nk bayangkn pun dh stress
    5.kan dh ckp kalo xder sara indah, mesti xrasa sakit hati.. besh giler bce smbil senyum2, then nak dekat akhir2, tiba2 rsa nk meroyan, siyes rsa nk lempang owang, memang la sapa2 yg lalu lalang tepi sye skrg ni, n tiba2 pula nk cri psal, gerenti kena lempang laju2... kenapa mengapa awat pasaipa mesti wujud lgi si zarith tu...
    6. zarith wlpun nama kta nk sama n citarasa ktapun sama, tpi please la, boleh tak ko buat ilang ingatan jer trus... ko yg lpaskn abg sean dlu, skrg nk interprem pula, puihhhh kasi angin jer 1 badan.
    7. mana boleh mcmni, apsal pula sye trjebak cinta 4 segi ni, nk selit dkt mana pun xtau. kejam la. sampai ati abg sean buat peragai mcm ni.
    8. tdi msa abg sean tegur zarith dgn penuh macho n encem, sye dkt sini tiba jer nmpak abg sean tu mcm terhegeh2, ni sye bukan marah manja2 lgi, ni btul2 marah. awat yg gatai sngt tu,dh lupa ka anak bini n kekaseh gelap dkt rmh tu. dh la dlu si zarith tggalkn dia, then buat2 xkenal. dah la abg sean, lupakn jer zs, ni zm sedia menanti
    9. ni siyes nk habaq dkt zs, mcm mana ko fikir uhh? dah bcinta punyer la lama, boleh pula pcaya sean tu curang. then trus tingglkn, x sempat sean nk jelaskn apa2, kn dlm satu prhubungan mesti ada kpercayaa, cuba kalo zs ditmpt sean, apa yg dia rasa. otak letak mana? nk kena tampar mcm joe kot, bru leh fikir.
    10. sye ngan zs memang xleh terima coz sean still cintakn dia. tpi zs khianati pula. kalo trbongkar pun semua psoalan, benda tetap sama. zarith xpecaya dia, n lesap mcm tu jer. sye rela sean duda sampai tua, indah pun sye xmau. giler busuk ati. benci la, mcm nk beli minyak tnah jer.... serabut btul


    nak nyanyi lgu ni untk abg sean.....

    Ini tidak adil tidak adil baginya
    Ini tidak adil tidak adil bagiku
    Ini tidak adil
    Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
    kau bukan milikku

    ReplyDelete
  19. "setiap ada kamu mengapa jantungku berdetak lebih kencang seperti genderang mau perang"..hihi

    suke la dgn que, teruskan misi mengorat sara ye!

    kak, saya dh faham citer ni..hihi

    ReplyDelete
  20. asal komen tk naik...huhuhu..sedey nih
    asa cam Sara akan jatuh chentaaa ngan QZ...hehehe
    tk mo la Sara ngan SE..hehehe, bleh ke KL?
    ari2 wat lintas langsung kt blog KL nih, sbb cam best sesangat....
    ari nih plak, cam kena seru je jari jemari nih, nk taip komen kat cni...
    yang pasti KL terbaekkkk ( waaa, cam boboiboy la plak kan..heheheee)

    >LEeN< yang pasti bkn si udang galah tu ekkk :)

    ReplyDelete
  21. hehehehe..sean dah setuju que jd adik ipar..
    hahahaha...

    please la.. bg la zarith n sean gaduh2 then terkeluar cita lama.. biar indah kena mrh..

    p/s: i hate indah even dia tgh pregnant..(sbb org ckp kesian dkt indah yg pregnant tu)

    hahahaha

    ReplyDelete
  22. w.t
    ooh kna thrill masa tgah kembang mekar eh? ala...susah tu..x mo masa lpas reject ke? nti nmpk Que tak macho pula kan.Gud2.


    TLC
    alamak..lupa nk ltak recipe, ada reader mtk n3 bila tu..haiyah...
    untung hubby awk sbb awk rajin, nti buat florentine plak..sedappp!!!
    mode gatai awk ni viral tau..menular kat blog neh hari ni.
    yes lev awk deep deep jgak ya :)


    syira
    metsi zawani sanggup sakit bagai semata - mata nk Sean bwk g klinik kalau dia mampu msk dlm JET ni. hahahaha....lawak giler.
    bestla QueSean sekapal..nk bg pengajaran kat 2 beradik lupa diri x der asuhan ni.
    makkk pun nyampah dgn ZS ni. dr smlm dgr lagu Goyte amik ilham smpai bdk opis..bos lagu apa neh..telinga skt dh dgr pastu sy bg tgk vid..awl2 dorg tutup mata lol!


    auni shahira
    oh dear..hari2 kalau ada kelapangan dan mood meroyan mesti ada n3 kan?
    sabar sikit err banyak kot. Kan lmbt lg dh abes ni...just feel evry n3..hehhe


    ke hadapan saudari zawani yg dikasihi...

    nak pilih point yg best & bikin sy tergelak2 mcm org gilak kat opis ni jer yea..hahahhahhaha...gelak lagi
    5. hahahha..amboi2 kutuk heroine JET ya...kalau x der Sara, x der Indha tau. Tak thrill awk nk pikat Mr Sean tu nti. Sy tgah bygkan sapelah yg lalu dpn awk tu nti. Ke dh terlempang sorg dua neh?
    8. siap blh bayangkan tu gaya abg Sean encem gi tgur Zarith tup2 org x lyn..mmg anginla Sean ke Sean xcden kat PD? oh no!
    10...ayat x boleh blah last2 tu...serabut betul???? Ngeee awk ni btul jatuh cinta lah dgn Sean. Siapalah yg awk bayangkan jd Sean kat kepala awk tu ya. Wondering....



    nim
    yeay!!!awk dh paham & sy baca blog yg awk recommend kat SB mereka punay tu. Awesome gak !!
    lagu ni sy yg tlg lyn di pihak Que yea.


    LEeN
    komen mmg x kn naik selagi sy x publish sbb i wnt to b the 1st to read! hehhehe..lg pun sy boleh feel emo korg. Hah terukkan?
    hehhee..haruslah..dh trang2 ckp hero Que, kalau Sara x fall jgak, ada kena sepak smpai Krypton neh.
    Hahahha...okay je wat lintas langsung hari2..kalau sy x melepak pun, readers lain ada yg dok melepak...it's everybody's plc :)

    ReplyDelete
  23. bagus Que dh cepat step -
    yg penting Sean mcm reda je Que utk di jdikn adik ipar! thumbs up!
    ehh indah sakit perut -
    nape x bleeding je n gugur kandungan! *Astaghfirullah

    -!uglybetty malaya!

    ReplyDelete
  24. nampaknya sean dah dpt calon yg paling paling sesuai tuk sara! hahahaha

    ReplyDelete
  25. Miss Kira
    kuar cter lama..konpem..kna tgu perfect timing jer ni. Hahahha..lawakla..
    Zarith & Sean pasti akn gaduh lg..tgula tp with so unexpected & dramaticly & Indah in between & Sean yg kat tengah2..hey..koya2...sorry...meroyan plak sy ni :)


    !uglybetty malaya!
    sakit perut smpai gugur? hahahha...adeh gelak x ingat dunia..ekstrem siott thought korg ni. Seram seriau sy baca.


    m
    yeszaa...maka Sean pon ada la strategi dia kan :)
    hahhaa..suka sume kalau QueSara kan.

    ReplyDelete
  26. dh sekaki Que ngan Sean!
    x mcm SE! Sean pown kaku jugak sama SE!
    habis bmotor - bawak le Sean menjala!

    best le awak Que!

    -ImAn ar-RahmaAn

    ReplyDelete
  27. KL resepi ade dlm n3 blog kita..sudi2la gi jengah huhuhuhu

    Hoh!menular kat blog awak hehehehe i loke :))

    Florentine cookies? hmmm insyallah bole cuba ni...tp mode baking belom ade lagik skang hehehehe ^_^

    ReplyDelete
  28. Tq rin..bestnya..mesti que terkejut bila tahu Sara adik Sean...memang Sean dah berkenan sgt dkt que tu compare dgn SE , lps ni biar SE tinggalkan Sara coz family tak restu baru que blh couple dgn Sara, lps indah ug tak brp indah tu biar dia gila meroyan ila dpt tahu Sean dah jumpa zs..rin nak lagi.. I luv u lah rin u memang best...

    ReplyDelete
  29. yoyyoo meriah kat SB n comments pon sgt TERhebat!
    apa pon sume nyer best! meletopss
    dh x tatau ape nk komen

    -guest melepak

    ReplyDelete
  30. cpatlah que tau yg sara tue adik sean..kompem sean bg greenlight t...

    ReplyDelete
  31. ImAn
    mmg sehati kan? br brother bonding. the sad side of Sean pun bnyk x reveal lg kan? SE tu dgn Sara je sebulu. Ngeee~~~
    bab kaku tu agree...Sean ni kn atunjukkan kegengsteran dia kat Indah soon & penuh tragis.



    TLC
    okeh, akn diterjah & copy paste here...tenkiuu & florentine tu..ushhh..x leh nk gambarkan la kesedapan tu.



    Eeyta
    w'come
    harus masing2 terkejut. Sara terkejut tau Que knal Sean, Que lagi terkejut tu awek kapal kertas. Ngee~~~x sbr nk bg hbs...thn dpn perhaps??


    guest melepak
    janji komen! tu namanya great responsibility.
    I lebiu lah :))


    tikahmodjaika
    aigoo..sabar dik. nti konpem tau & dramatic sbb Sara ngamuk kat Sean plak kan..hehhe specu lagi..alahai :)
    & time kasehhh(gaya alleycats) sbb nk shout.
    terharu makkk tgk shouters2 baru okeh.

    ReplyDelete
  32. Ada berani nak rebut hati Sara dari Shah.... Que....
    X apa abang Sean satu kepala dengan Que.... ada berani sebab ada penyokong....
    Mesti tersenyum lebar Que bila tahu Sean abang Sara....
    Sara yang jadi x tentu arah....hahaha

    ReplyDelete
  33. kak rin trharu..mak lagi tharu..kelassss kau new shouters :)

    ReplyDelete
  34. Que jadi pilihan kedua jerlah kalau x dapat tangkap sara masa dia masih gilakan SE...
    Biar sara gunakan tuanku sazali tuh sebagai peluang dan ruang untuk SE meninggalkan dia...
    Sedangkan hati dia dah digenggam erat hero lain...

    Baru dia x rasa bersalah sangat kat SE tuh...
    Biar SE terus ingat sara tendang dia sebab x nak dia jadi anak derhaka...
    Sedangkan hakikatnya, hati sara dah terpaut pada orang lain...

    Mcm best jer Sean - Indah - ZS...
    Bagi Sean - ZS tarik2 rambut dan indah jadi pengadil...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  35. baru jumpa blog, baru mula baca, bru mula jatuh cinta n teruskan kl sbb cerita yang anda tulis menarik dan tidak menyesakkan kepala saya untuk membacanya.

    ReplyDelete
  36. sukaaaa n3 ni..

    sean~ And every sinner has a future .. haaa tgu ape lg cik abg oii.. silalah menganjakan paradigma diri anda.. hehe.. i suka sesi mari mengorek rahsia tu.. :) plus, i also adore ur hayabusa.. aigooo... ati jatuh tergolek2 ni.. (zawani~kt motor je, promise!)

    que ~ i alwayz like ur style bro.. seem like u've a good plan huh..u alwayz hv my support!
    baguih punya sound bakal abg ipar jd imam yer.. bagus2.. terbuka jugak sket ati dia..ngee~

    camne bila que tau yg cik sara yg dia syok sgt tu awek sardin@ss plus yg kasik cheese cake tue.. can't wait!! jgn la sampai taun depan plssss...

    pasal iwk + zs malas nak komen laaa.. buang masa ai! dedua gediks! haha..

    ReplyDelete
  37. Yea! Sean dah sekaki dgn Que. :)

    ReplyDelete
  38. xda sara ea hari nie?
    owh kiranya sean nmpk la sara ngn que kat Kuching..
    wah3, sean nk wt que adik ipar..ada can la que..
    tp dia xtau plak yg sara tu adik sean..

    [hawa]

    ReplyDelete
  39. Dear KL,

    - Sorry ek...kak fadz baru sihat sikit...
    baru dapat menghayati JET ni...
    - Kenapa Que ni lembap sangat ni, tanya aje la Sean tu adik dia nama apa ???? kan senang kalau dah dapat jawapan..boleh laa buat next step...
    - ZS..sabar yeaa...your turn will coming sooonn...tak kan lah Sean nak pandang aje kaannnn...
    - kebenaran akan terbongkar tak lama lagi...jeng..jeng.jeng..
    - kekadang kak fadz macam nak jadi detective conan aje...ha..ha..ha...

    -kak fadz-

    ReplyDelete
  40. sue
    busy lah tu siap marathon 2 epi skali buat lintas langsung....
    que akn termalu ke tersorak kalau dia tahu nie...hai..x sabar nk bgtau.


    syira
    and an old school fans always in my heart :))


    w.t
    sy mcm nk makbulkan niat awk tu bg 3-3 bersemuka...hahaha...
    tapi ada tapi tgk nti sape yg untung.


    Anonymous
    Glad kepala awk x sesak...hahaha..pelik2 dgn komen ni. Enjoy ur stay :)


    mizz acu
    tgah menganjakkan paradigma la ni & kna tarik Indah skali..pheww!!! mahu sy kna ngamuk dgn fan anti-Indah ni.
    hayabusa minat? cool kan. Nk sebut ducati mcm amat common even harga pun sama rabak.
    Awek sardin x kanlah smpai thn dpan br tahu. Sy kna hbiskan semua b4 sy maidless Ramadhan ni.
    x mo komen iwk & ZS? hahahha..tu bior fan anti-iwk yg mainkan peranan.


    Anonymous
    yeay! thanx sudi shout :)
    Sean dh sekaki mgg Sara hint 1st time jmpa Que lagi kan.


    hawa
    Sara x der sbb bg rehat, ramai angin dgn kesengalan dia. Awk ni hawa....kat n3 yg dia gi Kuching tu, yg Sean check CCTV kat Hilton tu, dia nmpk Que dgn Sara....aigooo
    sy kna improve penyampaian nih.
    dia x tau lg..nti baru tau bg msing2 termalu..hehehe

    ReplyDelete
  41. erkss.. KL.. i'm one of anti indah fans.. huhu.. so xmo sean tarik indah sekali ms menganjakan paradigma tue k.. xtragis nti.. ahaks!
    mizz acu

    ReplyDelete
  42. seriuos!! i am addicted now to ur stories..so up beat!!

    ReplyDelete
  43. sedihnya kisah chenta sean n zarith.
    sobsss

    ReplyDelete
  44. Org lain da lama bra citer nie, nmp nyer sya song le yg ketinggalan. Akaun crta nie mmg best. Bhsa yg bersahaja namun buat kita nk thu Apa sterusnya citer nie. Waaa... dah th cinta ngan siap karya kat blog nie lpas bli n tatap novel usd!

    ReplyDelete
  45. ASSALAMUALAIKUM RIN, FIRSTLY, BACA JEJAKA EDISI TERHAD NI, MMG SUKA SGT, TP MALANGNYA CITER NI BELUM ADA PRINTED VERSION, TODAY I BOUGHT GADIS EDISI TERHAD. TAKPE NI PUN BEST, MMG TERNANTI2 BILA NEXT N3 KISAH QUE SARA NI, TOLONG SIAPKAN CEPAT2 OK, I WILL DEFENITELY GOING TO BUY YOUR NOVEL.

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...