Thursday 23 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 17


            “Happy Birthday!!!”
            Ruang di hadapan tangga penuh dengan tetamu yang menjerit Happy Birthday beramai – ramai dan semua bertepuk tangan apabila melihat Que yang tiba – tiba berdiri rapat dengan Sara di tangga. Mata Sara berkelip – kelip. Waktu ni lah rasanya perlu Que bawak dia pergi jumpa pak ciknya yang jadi pakar jantung kat GKL tu. Perlu sangat sebab Sara rasa macam nak pengsan dan degupan jantungnya adalah amat tidak normal saat ini.
            Hanya Wanie dan Hilda yang Sara kenal dan di hujung sana nampak macam Firash tapi matanya silau pula dengan semua orang berpakaian sedondon merah hitam. Theme party. Belon – belon berwarna – warni memenuhi sudut rumah. Tadi taklah meriah macam ni rumah. Dah bertukar rupa betul hiasan rumah sekarang. Jambangan mawar pink menghiasi setiap penjuru ruang tamu. Patutlah tadi siap dua van EZI Entertainment ada kat depan rumah ni. Betul – betul rapi perancangan Que. Memang sempat sangat nak buat kejutan sebab Sara naik atas, masuk studio, tutup pintu, mana nak dengar sangat orang gebang – gebang kat bawah.
            “Que.” Sara berbisik perlahan ke arah Que Zafril di sebelah. Matanya kembali besar apabila melihat seorang pekerja katering menolak sebuah troli yang berisi kek yang amat cantik ke hadapan mereka.
            “Ya.” Que merendahkan badannya.
            “Apa ni?”
            “Jom.” Que tidak menjawab tetapi menarik tangan Sara ke bawah. Takut nanti anak dara orang tergolek jatuh kat tangga sebab terkejut pula. Kalau hatinya yang tergolek jatuh bolehlah Que cepat – cepat sambut. Sara umpama barbie doll pasang bateri dah gayanya kerana terpaksa mengikut sahaja arahan Que.
           
            Sara memotong kek lima tingkat berwarna putih dan merah yang amat menarik. Empat tingkat di bawah disusun cup cakes yang siap ada edible image gambar Sara! Susunan paling atas ialah kek berwarna putih dan dihiasi riben berwarna merah amat besar siap huruf S.A.R.A terpacak di atas kek. Cantik memang cantik fesyen kek ni tapi tak sampai hati nak bagi orang makan cup cakes yang ada gambar diri sendiri. Aaa....tolong! Malu dah sampai tahap nak kena telan lapisan bumi  paling bawah tak payah keluar – keluar lagi pun tak apa. Duduk sahaja diam – diam kat troposfera tu. Sah – sah Que ambil gambar dalam laptop Sara masa suruh pilih perabot untuk studio tempoh hari. Hantu betul. 


            Pandangan Sara dari tadi hanya ditala kepada Wanie dan Hilda. Dah mereka berdua sahaja yang Sara kenal. Kira wirawati dalam hidup Sara di saat – saat kritikal begini. Suasana hingar- bingar dengan suara tetamu bertingkah. Sara sumpah tak tahu nak buat apa. Paling tak dia senyum sahaja setiap kali orang datang menghulurkan salam dan mengucapkan Happy Birthday. Nasib baik Que setia menemaninya. Kalau dia yang buat parti ni lepas tu dia biar kita kat tengah – tengah kawan – kawan dia macam kera masuk hutan, ada yang nak kena simbah petrol nanti. Hati ni pun dah marak dengan api menyala. Jangan salah gaya cukup Encik Zafril, kalau tak hancur majlis awak hari ni. Saya ni pelakon tak berbayar je petang ni. Sara terdiam apabila Que memandangnya tajam.
            “Que, sikit lagi dapat la. Jangan risau. Kitaorang doa. Cik Sara, lembutkan hati tu sikit.” Tegur seorang kawan Que yang tiba – tiba datang menghulurkan Sara hadiah.
            Sara tak mampu nak cakap apa. Senyum lagilah untuk kesekian kalinya. Nak buat havoc maki hamun Que nanti jatuh saham sendiri pula. Setakat ini Sara mampu mengawal api di dalam dada lagi. Tak ada pun sesi suap – suap kek tadi, tak ada pun sesi bergambar paksa – paksa dia laga – laga pipi dengan Que ke atau tak ada seorang pun tetamu yang hadir bertanya atau mengusik status hubungan mereka kecuali manusia yang baru menghulurkan Sara hadiah tadi. Macam semuanya berlangsung secara natural. Saya nak pengsan, boleh tak? Sekarang jugak. Sara mengelap dahi yang berpeluh.
            “Que nak pasang lagu apa? Gimme your favourite song.” Firash mendekati Que memainkan peranan Dee Jay.
            “Happy Birthday.” Jawab Que selamba.
            “Sengal lah kau ni. Sara, awaklah yang bagi lagu kegemaran awak. This is your birthday anyway.” Firash menanti jawapan daripada birthday girl.
            Any R&B la. Kalau ada Lauryn Hill lagi bagus.” Sara menjawab senafas. Pelik lah tu nak pasang lagu bukan – bukan. Kata ada event organiser. Tak reti nak pilih lagu mana yang sesuai untuk majlis hari jadi? Sara hanya menyimpan pendapatnya di dalam hati apabila Firash tersenyum dan terus beredar.
            Sara meregangkan tangannya. Kepalanya pula dipanjangkan mencari Mr Liew di celah – celah tetamu yang sedang riang gembira. Birthday girl je yang ditimpa angin monsoon. Sebentar kemudian berkumandang lagu Killing Me Softly berkumandang di segenap rumah.
            Perfect!” Sara menjerit perlahan. Tu lah yang dia rasa sekarang ni. Nak mati sebenarnya dari tadi sekaki sahaja dengan Que. Kalau orang tengok memang sah macam pasangan sejoli. Baju pun boleh lah pula ala – ala sedondon. Jahat. Patutlah siap bertukar baju, nak mengenakan orang rupanya.
            Happy?” Que bertanya perlahan. Tersalah tafsir perkataan yang keluar dari mulut Sara.
            Matanya menyoroti tetamu yang sedang melepak dan menjamu selera. Tak ramai pun dia jemput, krew yang dah memang jadi geng dan beberapa orang kawan rapatnya. Dino, Goku dan Syed Azfi harus ada. Pantang Sara menghilangkan diri dengan Wanie dan Hilda, pasti cukup – cukup malaun 3 ekor tu mengusik Que. Ya lah macam gamble juga buat majlis kat orang yang tak suka kat kita tapi teori logik Que, sebab tak suka lah kena buat, bagi orang tu suka. Que memang tak nak memaksa Sara tapi psycho move kena ada.
            Yeah you bet.” Jawab Sara perli dan terus meninggalkan Que menuju ke dapur apabila telefonnya mula menyanyikan lagu Skycrapers. Kat dapur je tempat paling sunyi. Ruang tamu dan halaman depan memang dah penuh dengan orang yang tak dikenalinya.
            “Hello, Sean.” Sara tersenyum riang melihat nombor telefon Sean di skrin.
            Kat Kuching, Sara sempat menitipkan nombor telefon barunya kepada Sean. Mata Sara melilau mencari port untuk berbual. Sara bersandar di table top atau Island kitchen di tengah – tengah dapur. Nak duduk pun sebiji kerusi tak ada. Kosong dan kemas sahaja susun atur dapur bergaya moden ni. Menarik dan amat sesuai untuk orang bujang.
            “Sean? Eh, hello. Indah sini.” Suara di hujung talian mengejek.
            “Indah?”
            “Sean suruh telefon, ajak kau balik rumah malam ni. Nak sambut birthday kau.” Indah berkata senafas.
            “Kenapa Sean tak telefon sendiri?”
            “Sebab aku yang jadi event organizer. Lagi pun nak hidup kenalah ikut angin laki aku. Kalau tak malu baliklah. Malam ni pukul 9 malam.” Indah buat – buat ketawa.
            “Aku memang tak malu. Kau tahu kenapa? Sebab tu rumah aku.” Sara geram mendengar niat jahat Indah. Dah agak mesti nak berlakon di hadapan Sean sahaja. Mesti Sean dah maklumkan pertemuan mereka kepada perompak boyot ni.
            Whatever. Confirm ni ya?”
            Emm...nanti aku ajak Shah temankan aku. Mana tahu kau buat rancangan nak bunuh aku. At least aku ada back up.”
            Boyfriend tak guna kau tu?”
            “Ewah – ewah sedap mulut kau.” Sara mencerun marah. Kurang ajar betul mulut si Indah ni.
            “Kau tak tahu ke ayah dia datang jumpa Sean maki – maki Sean sebab tak suka anak dia kawan dengan kau? Kau ni Sara naïf betul. Dah sampai ke pelusuk dunia mana pun Shah jugak yang kau tunggu. Dah tak ada laki lain dah?”
            Sara terdiam. Bukannya boleh percaya cakap Indah tapi kalau betul, Shah tipu dia ke sebelum ni? Shah cakap Tuan Sazali siap suka layan snooker kat SS. Shah hanya mahu menyedapkan hatinya sahaja ke? Sara menarik nafas dalam. Bahagia oh bahagia. Kenapa segan sangat nak menjengah?
            “Cukup – cukuplah buat cerita Indah. Kau ingat aku percaya hati busuk kau tu?”
            “Tak percaya kau tanyalah Sean malam ni.”
            Klik. Talian diputuskan. Sara terduduk di lantai dapur bersandar di table top dan badannya terperosok ke bawah. Lama Sara terdiam. Yakin benar suara Indah tadi. Kalau Indah tipu tak kan berani dia suruh tanya Sean sendiri. Sayu pula terasa kalau benar percintaannya di duga sebegini. Baru Sara ingin menetapkan hatinya hanya untuk Shah. Selepas lamaran Que di Kuching tempoh hari, Sara semakin jelas dengan perasaannya. Mungkin percintaan mereka agak hambar kerana baru bersambung kembali setelah lama berpisah tapi cinta Sara dari dulu lagi hanya untuk Shah. Sara menutup mukanya dnegan kedua – dua tangan.
            “Sara....Sara....are you okay?” Que terkejut apabila melihat Sara duduk berteleku di dapur dengan mukanya ditekup pada lutut dan tangan menutup muka. Que duduk di hadapan Sara risau.
            “Sara...” Que menyentuh bahu Sara lembut.
            Can you just leave me alone?” Sara mengangkat muka. Mata Sara memandang Que tak berperasaan.
            No. Saya tak kan tinggalkan awak. Sini. Diri.” Que menarik tangan Sara, membantu Sara berdiri di hadapannya. Fikirnya Sara benar – benar marah dengan rancangannya ini.
            Dengan spontan Que menarik Sara ke pelukannya dan mendudukkan Sara di atas table top. Sara tak sempat bersuara tapi sempat menampar belakang Que kuat. Gila!
            “Saya tak nak dengar awak cakap apa – apa tapi awak kena dengar apa yang saya nak cakap.” Bunga mawar pink segar yang Que petik di ruang tamu tadi diselitkan di telinga Sara. Awesome!
            “Que please.” Sara cuba untuk turun. Rimas apabila berdua – duaan begini. Que Zafril makin rapat. Sara terpaksa juga memandang Que yang nampak macam serba – salah tapi kelihatan amat tenang.
             Oii..lama tak jumpa.” Ferhad melangkah ke dapur mengejutkan Sara dan Que.
            Sara melompat turun dari table top. Segan dilihat berdua – duaan oleh tetamu Que. Nanti apalah agaknya yang difikirkan oleh mereka. Sara melemparkan senyuman kepada tetamu Que dan memberi isyarat mata kepada Que Zafril seakan menyampaikan maksud we are not done yet!
            “Sampai jugak kau ya. Ingat main – main.” Que menghulurkan salam kepada Ferhad, sepupu yang agak rapat dengannya.
            Ferhad menelefon Que baru sejam tadi. Nak jadikan rumah dia port nak jumpa buah hati Jasmeen, kakak si Ferhad. Kira sepupu Que jugakla. Dengarnya Ferhad akan ke New York untuk bercuti di rumah Jasmeen minggu depan. Buah hati Jasmeen mahu mengirimkan hadiah. Nak jumpa kat rumahnya sebab masing – masing kebetulan mempunyai urusan di kawasan berdekatan. Bolehlah, apa salahnya nak buat port kat sini. Lagi pun rumah tengah meriah. Memang Que tak kan berkira.
            Susah juga nak jaga hubungan cinta jarak jauh ni, kalau tak jaga boleh putus di tengah jalan pula. Bagi Que, tak nak dia kalau berpisah macam Jasmeen ni. Nak berpisah dengan Sara kejap lagi pun hatinya dah berat. Sara terang – terang dah bagi lenggok yang tak memihak padanya. Nak give up memang tak mungkin. Jadi sekarang ni otaknya ligat berfikir langkah seterusnya untuk memikat hati Sara Nabila. Kalau Sara cakap dia dah bertunang, dah kahwin lainlah. Baru cakap ada seseorang. Seseorang tu mungkin sebenarnya bukan jodoh Sara. Mana tahu jodoh Sara sebenarnya sudah tertulis hanya untuknya? Kenalah berusaha gigih wahai Que Zafril!
            “Banyaklah kau lama. Baru minggu lepas jumpa.” Que menepuk bahu Ferhad.
            Ferhad memang suka bergurau. Jumpa tiap – tiap minggu pun, ayat pertama tiap kali bersua ialah ‘Oii..lama tak jumpa’. Apakebende la. Que memandang Sara yang mengambil kesempatan menyusup keluar dari dapur.
            “Tu ke birthday girl? Memang terbaiklah kau. Bakal abang ipar aku kena menuntut dengan kau ni.” Ferhad bersuara apabila bayang Sara lenyap daripada pandangan mereka berdua.
            “Menuntut dengan aku? Masalahnya aku ni pun tengah dalam mission impossible. Suruh dia menuntut dengan Joe. Joe pikat Kak Nina kat Taman Burung je babe. Modal tak sampai seribu terus dapat. Aku ni baru dua tiga tapak baru mencuba. Baru masuk gear satu, kalau nampak macam susah sangat, aku tak pakai gear lima, aku pakai turbo terus nanti.” Que Zafril menghulurkan sebotol Pepsi yang dikeluarkan daripada peti ais kepada Ferhad yang sedang bersandar.
            Dengan Ferhad baik borak kat dapur jap, kat luar dah kecoh dengan kawan – kawannya. Nak sembang pun tak senang. Que ada terfikir jugak nak pakai gaya ekstrem Joe, sepupu lelaki mereka berdua yang paling sulung tapi Sara Nabila tak macam Kak Nina, isteri Joe sekarang. Kak Nina mana ada spesis muncung itik macam Sara Nabila. Jauh beza tu. Kak Nina selalu tenang dan Sara Nabila pula selalu tak dapat diduga tingkahnya.
            Mr Liew, kontraktor yang dah bertahun kerja dengan Mr Boon Praraks pun selamba Sara maki, apatah lagi dirinya yang terhegeh – hegeh nak meraih cinta Sara. Tadi Que ingat nak bagi token sikit kepada Mr Liew untuk buat upah tinggalkan Sara di sini tapi Mr Liew garang sahaja menolak. Marah agaknya kena tegur dengan Sara. Katanya dah bagus tinggalkan Sara di sini, ikutkan hati nak ditinggalkan di tepi jalan sahaja. Que tergelak tapi kasihan juga kat Sara kalau betul Mr Liew buat. Tak apa Sara, nanti hero datang selamatkan awak. Sempat Que berangan semasa mendengar bebelan Mr Liew. Dalam hati terselit kebenaran teguran Sara tadi. Kerja yang biasa – biasa memang berkualiti rendah jadi kita kena betulkan kerja yang biasa dan biasakan buat kerja yang betul. Habis cerita.
            “Siapa buah hati Jasmeen tu? Dah jumpa belum?” Que mula mengorek.
            “Abang Fareez. Super coolio. Dah kat depan pagar rumah kau ni tadi. Dia nak cepat. Dia suruh kirim salam kat tuan rumah.” Ferhad mengangkat ibu jari dan mengeluarkan bungkusan cantik daripada beg kertas yang dihulurkan Fareez kepadanya tadi.
            “Waalaikumussalam. Hadiah untuk birthday girl ke?” Que menarik hadiah tersebut pantas. Lawa pulak bungkusan ni.
            “Taklah, ni untuk Meenlah. Aku macam curious sikit nak tahu.”
            “Tahu apa?”
           “Dalam ni ada apa sebab Abang Fareez pesan jaga macam reta sendiri. Harga kereta second hand dia sebijik ni dia cakap. Terketar – ketar aku nak usung pergi New York.” Ferhad merenung bungkusan di tangan Que. Bagi Ferhad, Fareez memang pelik, kalau dah sanggup berhabis macam ni, pergi je lah New York setiap hujung minggu, ini langsung tak jengah. Pakai ilmu romeo mana pun Ferhad tak tahu. Bila ditanya, jawapannya langsung tak memberangsangkan.
            “Bang, kau pergi la cari Meen kat sana.”
            Not now Ferhad. I’ll go when I think the time is perfect.”
            “Papa selalu pesan. There’ll no perfect time but there is always a perfect chance that once gone, will never come back.”
            Your Papa said that? Cool. I’ve to make a move now bro. Jaga Meen kat sana elok – elok. Kirim salam.” Fareez terus menderum laju meninggalkan Ferhad terkulat – kulat di hadapan pagar rumah Que. Itu je Fareez cakap? Memang tak cukup ilmu romeo.
            “Dia pakai kereta apa?” Que bertanya mematikan lamunan Ferhad untuk mengagak harga barang di dalamnya. Kalau kancil baru berapa ribu. Barang hiasan perempuanlah apa lagi. Tak kan selera Jasmeen mamat pakai kancil pula.
            “Dia drive kereta macam aku tapi full spec.”
            Que cepat – cepat meletakkan bungkusan ditangan ke atas meja. Hah? BMW X5 kalau harga second hand dah RM 250 ribu. Apebende kat dalam ni? Spesis dadah terbaru di pasaran ke?
            Hahaha...” Ferhad tergelak melihat reaksi Que yang kelakar.
            “Jom buka tengok. Meen tak marahnya kalau aku buka. Kira upah aku bawak kan?” Ferhad mengharapkan sokongan Que.
            Bukak – bukak. Nanti aku tolong bungkus balik baik punya.” Que bersungguh – sungguh mahu mengetahui isi kandungan. Rasanya hari ni baru pertama kali Que habis beribu untuk perempuan dan perempuan itu ialah Sara Nabila dan dia tak kisah pun sebab dia yakin Sara Nabila suatu hari nanti pasti akan membalas cintanya. Campur hadiah, katering dan upah event organiser tak sampai RM 50 ribu pun. Ini sampai RM 250 ribu, apekebende ni?
            Sebaik kotak dibuka, Ferhad dan Que ternganga. Que dengan pantas menarik kertas yang terselit di dalam kotak.

Meen,
Kalau awak pergi sana sebab saya, maka memang patut pun.
Kalau awak pergi sana sebab awak harapkan kemaafan dari saya yang tak pernah kunjung tiba, awak tak patut pergi sebab saya tak perlu maafkan awak. Awak tak pernah salah. Saya yang perlukan ruang untuk diri saya tapi mungkin masa yang saya ambil terlalu lama.
Sorry you did what you had to. Sorry for everything I put you through. Sorry I still love you
I’ll be waiting.
FI
p/s: err..do u take note on the word saya been used? *err.. blushing

            Apesal ayat bakal abang ipar kau ni sadis sangat?”
            “Spesis sengal memang macam tu. Kalau orang Kelantan cakap hero tok gadduh. Maksudnya hero selalunya buat kerja slow and steady tapi bakal abang ipar aku ni slow and sengal.”
            “Mana belajar bahasa pelik ni?” Que nak tergelak mendengar slanga Ferhad.
            “Oh, awek aku orang Pengkalan Kubor. Siam mari.” Ferhad sempat dengan bangganya memperkenalkan asal keturunan Alya.
            “Kira Meen pergi NY tu lebih kepada merajukla bukannya nak sambung belajar sangat pun?” Que membuat rumusan. Memang Que tahu Jasmeen pergi sambung belajar tapi tak tahu pula pergi membawa diri. Dahlah Jasmeen bukan main susah nak melekat kekasih, dapat – dapat yang sengal pula, nasib badanlah.
            Ferhad mengangguk dan tangan ligat membungkus kembali hadiah yang Fareez kirimkan untuk Jasmeen.

***
           
            “Jom, saya hantar balik.” Que mempelawa Sara yang laju bergerak ke pagar sebaik tetamu lain mulai surut. Ferhad pun baru sahaja beredar.
            “Saya sanggup jalan kaki daripada duduk sebumbung dalam kereta dengan awak.”
             Sara tetap tidak berpuas hati dengan rancangan Que yang dirasakannya agak mencabul hak asasinya. Kira hak asasi lah tu. Lagi sakit hati apabila mengetahui Mr Liew telah meninggalkannya terkontang – kanting di sini. Bagi Sara, nak sambut hari jadi kenalah dengan orang yang istimewa dengan kita, bukan main sebarang je. Malu pun ada. Segan pun ada. Pendek kata pandang sahaja muka Que Zafril, bermacam – macam jenis perasaan menerpa di dada. Sara geram. Baru mood nak baik sebab nak meraikan hari terakhir bersama pelanggan kehormat bernama Que Zafril. Alih – alih Que lagi maju setapak nak jugak meninggalkan memori tak berapa nak indah dalam hidup Sara. Surprise birthday party? What was he thinking?
            Majlis yang tersangat meriah yang dia langsung tak sedar sedang diatur khas untuknya sebab tuan punya badan syok head banging kat dalam studio tingkat atas rumah dan bertungkus lumus nak siapkan kerja.  Dahlah hampir dua jam kena buat muka plastik kat dalam tu. Ikutkan hati memang nak blah buat tak tahu majlis tu untuk dia tapi Sara tak cukup kejam lagi nak biadap ke tahap itu. Sara on je dikelilingi oleh kawan – kawan Que tapi pantang bertembung mata dengan Que, senyuman yang manis terukir di wajah Sara boleh automatik padam. Masalahnya Que boleh tenang sahaja melayan kerenahnya.
            “Okay, saya minta maaf. Saya cuma nak hargai hasil penat lelah awak siapkan kerja untuk saya.”
            Mind you, my boss pays salary accordingly so that’s not a good excuse.”
            Okay fine. I just want to make you happy. Titik. Sekarang balik dengan Wanie. Saya memang dah boleh agak awak ni memang stok tak reti nak hargai usaha orang.”
            Sara terkedu. Macam dia pula yang salah. Salah sikitlah sebab tak menghargai majlis yang best sebenarnya dengan semua kawan Que yang sporting tapi masalahnya Que membuat keadaan bertambah rumit. Sara tak mahu Que menaruh harapan terlalu tinggi. Terutamanya apabila mengingatkan rancangan Shah Ezlan yang mahu mengikat pertunangan dalam waktu terdekat ini walau pun kini hatinya mula meragui kejujuran Shah Ezlan. Mana mungkin Sara mempermainkan perasaan Que. Kalau maki – maki dan bergaduh ala – ala manja tu memanglah dia lebih daripada sampai hati nak buat tapi kalau masuk bab – bab mengecewakan hati orang memang Sara kalah. Jadi dia selesa mengambil jalan tengah. Say no and astalavista babeh, Sara Nabila pun lenyap ditelan bumi. Que Zafril pun tak tahu Sara Nabila di mana.  Itu sebenarnya rancangan Sara. Ringkas dan mudah.
            Kat Kuching dulu lepas ayat maut keluar daripada mulut Que, sepanjang – panjang masa dari Waterfront ke hotel Sara diam tak berkutik. Tak tau nak cakap apa. Sumpah tak tahu. Nak maki pun tak keluar suara. Nak baling selipar Ipanema kat muka Que pun tak ada tenaga. Tergamam, terkejut, terkedu, terpana, terbisu, terkujat dan nasib baik tak terpengsan tapi Sara tak mahu merumitkan keadaan dan berterus terang dengan Que sebelum menutup pintu bilik hotel. Jawapannya ringkas ‘I’m seeing someone so this is impossible.
            Que melangkah masuk ke dalam rumah dan memanggil Wanie yang sedang lepak bersama beberapa orang tetamu lain yang masih belum beredar. Hampa dengan sikap Sara yang langsung tak bagi muka. Silap hari bulan kalau Sara fikir dia akan mengalah awal. Sekali Que membuka langkah, dia pastikan langkahnya akan sampai ke penghujung kejayaan.
            Sebentar kemudian, Sara hanya menurut sahaja langkah Wanie ke kereta. Que membantu mengangkat hadiah Sara yang diletakkan dalam beg kertas yang amat besar.
            “Bye Sara. Kalau ada jodoh jumpa lagi.” Que melambaikan tangan mengiringi pemergian Sara Nabila. Senyuman ikhlas tetap terukir khas untuk gadis yang berjaya membuat hatinya jatuh tergolek.
            Sara sempat mengerling melihat Que di belakang melalui side mirror. Baik memang baik, kacak memang kacak, putih melepak pun tetap terserlah aura macho. Mungkin kerana badan Que yang tinggi dan tegap. Pakai apa – apa pun nampak macam gaya model. Agaknya Que Zafril ialah pramugara paling handsome Sara pernah jumpa seumur hidupnya. Kalau nak mencari kekurangan Que memang tak ada pun. Sikapnya yang sopan, pandai menceriakan keadaan, sentiasa bersabar dengan kerenahnya dan yang penting langsung tidak memaksa. Pokok pangkalnya hatinya belum tercuit lagi.
            Rupa – rupanya Wanie tinggal di Bangi. Dekat juga kalau nak tumpang hantar Sara balik ke Puchong. Menurut Wanie kalau krew tinggal dalam kawasan 60km radius dari KLIA, MAS akan menyediakan pengangkutan untuk pergi balik. Ada van akan datang jemput di rumah tapi kalau di luar kawasan terpaksalah tunggu di mana – mana pick up point atau pergi sendiri ke KLIA.
            Sampai di rumah, Sara berdiri di hadapan kereta dan mengucapkan terima kasih kepada Wanie. Beg kertas penuh berisi hadiah disangkut ke bahu. Berat. Macam – macam benda mereka berborak sampai sedar – sedar je dah sampai Puchong.
            Great party?”
            Yes. Thank you.”
            You should thank Que not me.”
            Thank you Que. Nak sebut pun lidah berbelit.” Komen selamba Sara mengundang ketawa Wanie. Sara pun turut ketawa.
            “Eh, jap. Saya kena tolong awak angkat hadiah birthday awak ni.” Wanie membuka bonet kereta dan mulut Sara ternganga.
            Sampai di dalam rumah, Sara mula membuka kesemua kotak - kotak pemberian Que di hadapannya. Memang Que dah rancang awal – awal suruh Wanie hantar sebenarnya, kalau tak bila masa kotak hadiah bersusun cantik dalam bonet kereta Wanie. Tolak tepi hadiah daripada kawan – kawan Que yang langsung tidak dikenalinya tapi tetap memberinya hadiah. Itu tengok esok pun tak apa.
                Mata Sara jatuh pada kasut yang bersepah dikeluarkan daripada kotak. Kasut Ferragamo, Pedro Garcia, Alaia, Rocchas, Newbark, Esquivel, Lanvin, Miu  Miu, Pierre Hardy, Hunter, Brian Atwood dan Maison Martin Margiela semua cukup untuk membuat Sara sesak nafas. Bukan dia tak kenal semua jenama kasut ni kerana sebahagiannya memang ada dalam simpanannya di penthouse tetapi kesemua koleksi daripada Que ini kesemuanya edisi terhad. Kat kotak kasut ada siap tulis Summer limited collection, Anniversary limited collection, Colour limited edition dan macam – macam lagilah. Siap kasut yang berjenama Alaia dibelinya dua pasang bentuk yang sama dan hanya berbeza warna. Kerja gila betul! Jadi sekarang, di rumah ini kasutnya bertambah menjadi 15 pasang.
            Sekeping kad hari jadi ditampal di atas sebuah kotak yang berbungkus paling cantik menarik perhatian Sara. Perlahan Sara membuka sampul kad.
           
            Sara,
            I don’t know what Dr Reid’s theory
            with your increasing number of shoes
             but I heard people say, great shoes will
             bring you to great places.
            Just to say,
            My heart, it’s a great place.
            QZ.

            What say you Dr Reid? Sara termangu sendiri.


p/s: Nak tahu Fareez si sengal bagi apa kat Meen kena tgu GET keluar.
Nak tahu SESean dinner kena tgu next week.
Nak tahu apa lagi?
TGIF!!!
Dear Readers from Brunei,
ImAn one of the pelepak tegar here yesterday shouted Happy Independence Day for you guys!!! So do we all from Malaysia with love.
And special thanks for admin KL Fan Page. Siapa pun anda, saya amat menghargainya.
Lev, KL.

31 comments:

  1. Farezz sengal dan lembab, meen carilah yang lain...

    Nampak mcm x jauh jer SE ngan Sara nih...
    Bila bapaknya yang alim sangat tuh gi serang sean...
    Sebab anak dia tersangkut dengan adik gangster...
    Nanti anak dia pun sama makan duit haram...

    Sebab tuh la marah sangat Sean kat Kuching dulu bila ingat Sara ngan SE...
    Hye2 Bye2 untuk SE, salahkan bapaknya yer...

    50K untuk birthday sara yer...
    Esok mas kawen jangan bayar RM100 la yer...
    Paling tidak pun kena la up 100K...

    Que x da harapan langsung kalau mr sazali kerek tuh x buat hal...

    Baiknya indah hari ni, siap bagitau bakal bapak mentua sara datang buat kacau kat SS...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  2. Sara...Sara...jgn kejam sgt kesian kat En.Que kita, penat tu arrange besday party utk Sara...tapi reaksi Sara agak mem'boring'kan...ape yang hebat sgt kat Shah tu...huhuh
    Wah dpt present kasut, semua LIMITED-LIMITED ekk..
    Cikpuan KL, kek sgt kiut miut mmg sesuai ngan Sara...Hmmmm Indah pon terselit sikit dlm N3 ni...hope next n3 Sara bawa Que gi umah Sean...baru gempak kan - Ok BYE ^_^

    ReplyDelete
  3. Bengong sungguh dak 2 org ni. Dahla bukak hadiah orang, dikutuknya lagi. Hahaha. Adeiii!

    Macam dah terasa2 jek indah tu nak buat jahat kat sara (ish, tak baik berprasangka di hari Jumaat ni kan? :p)

    ReplyDelete
  4. entry ni nk puji mlmbung2 kat indah..sbb si mulut longkng tuh,dh buat sara 50/50 dgn SE..

    sara sara sara sara..besday party+cupcake yg sgt sdp tuh,jgn nk keras hati sgt..

    yg pnting kasut limited edition hokeyyy..mane nk dpt??SE pon blm tntu mmpu nk beli :)

    fareez xlyk jadi krypton hero..sgt selembab alam!

    ReplyDelete
  5. terbaik la idea que....suprise besday party....dpt kasut limited edition.....pas ni ape lagi..???err kasut tu pass kat saya satu bleh???

    ReplyDelete
  6. perg..sungguh comel dan sempoi giler..cara que nak mendekati hati sara...akanlah tak terdetik rasa hati dia kat mamat tu..at least say TQ with a smile..akak pulak yg rasa angau ..hopefully sara ada sikit perasaan kat Que..sesungguh tinggalkanlah shah sebab ayah dia mmg tak menyukai dia..nak tahu apa jadi ngan sean ek..adakah sara akan mengajak que instead of shah to go back to the penthouse ..

    ReplyDelete
  7. w.t
    hhahaha...sgt lembap tp Meen setia kat sana. & nti Fareez punya move saat akhir, mmg class okeh!

    x jauhlah agaknya tp sy x nklah buat mcm Sara senang sgt fall kat Que. Nmpk sgt mcm ishh spesis perempuan apa mcm tu kan. Kenalah bg yg jati diri tinggi sikit. Ewah..KL lapar ni x bekfast busy tu yg merepek jap.

    Mas kahwin ikut state, hantaran Quran limited edition, mtk Imam yg buat tulisan khat. Upah khat spesel, okeh?

    Puji Indah??? Derr...tepuk tangan sikit.

    ReplyDelete
  8. Tq rin dpt n3 baru , smlm rasa Serba tak kena tak Ada n3, romantiknya que...teruskan usaha memikat Sara tak lama lg confirm cair...bg hadiah birthday pun lain dr yg lain u memang terbaik ah que...sure indah yg sengal tu kononnya organize dinner utk celebrate birthday sara nak tunjuk dkt Sean lah tu yg kononnya dia take care kat Sara plzzzzz, call Sara ckp benda2 yg menyakitkan hati..bagi pembalasan yg plg sadis kat minah yg tak sedar diri ni geram giler lah kat minah sengal ni...yg plg best n3 ni Ada citer pasal Joe,Nina,meen& farezzz.....nak lagi.... I luv u rin u memang terbaik ;)

    ReplyDelete
  9. TLC
    huhuhu...Sara kan mmg spesis boring luar alam x reti nk campur org. lembap dok bwh ketiak Sean melampau sgt. Tapi kalau Sara daring nti, korg lak yg sengih2 tutup mulut. Ahakss!
    Alahai kek tu seyes awk must pandai buat kan?
    Kasut..eeee....bayangan wish list yg mati pun tentu dpt semua.
    Que x leh tahu dulu Sara sape. Bg dia pening2 dulu tackle Sara susah2...baru give way.


    Hajar
    Bengong? Hahahha...nmpk sgt bdak2 kan? kalau Fareez & Meen tau tu mmg giler kna luku bdk 2 ekor tu. Adeiii!!
    Terasa ehh? Haruslah, kalau Indah baik cpat sgt, cpat pulak hbs JET ni.


    syira
    x mo leh marah, Fareez lembap pun dia punya 'lembap' move tu cayoo tau tak. Tak lah lembap bodoh. lembap berisi. X leh jadi hero Krypton? Hbs tu nk bg Que plak?

    Puji Indah? Hahahha...pujilah smpai hari ni. Ni kan hari JUmaat, harus hati kna baik2 sikit.
    bab kasut tue i loikkee okey. Kat Pavvi blum tentu ada tu :)



    asen
    awk nk kasut mana? sy bg gambar bulih la yer...hahaha


    idA
    eeshh...
    akak, nti bg Sara sombong2 dulu. Nti baru bg Que ajar dia. Tu pun Que dh sound dah, stok x reti nk appreciate usaha org.
    Nak ajak Que? X mo, nk ajak SE jgak bg Sean mengamuk pastu bg Indah happy sikit. Lol!

    ReplyDelete
  10. Haha selamat la farezz, x da saingan dalam merebut hati meen...
    Iqmal dah kena tolak mentah2 dengan meen, jadi mmg selamat dia walaupun lembab mengalahkan siput...

    Sara kena la buat keras skit, susah nak cair dan termakan pujukan...
    Jangan senang2 jer serahkan jiwa raga untuk Que...

    SE sama spesis la ngan indah nih, sanggup menggunakan tipu daya untuk mendapatkan hajat hati...
    Sekali menipu, bermakna berkali2 harus menipu untuk menutup penipuan yang sebelumnya...
    Agaknya sebelum ke mekah dah putus kor SE-Sara...
    Sebab lagi 2 minggu, sara masih bagi harapan kat Que...
    Tak tolak pun dengan kata dah bertunang...

    Untuk indah, mainkan peranan anda sebagai kakak ipar dengan baik malam nih ya...
    Lingkupkan reputasi SE sehabis2nya nanti...
    Biar sara marah, janji SE boleh berambus cepat2...

    Tau mas kawen ikut negeri, tapi boleh kan nak upkan banyak2 kalau mampu...
    Kadar standart tuh rasanya sebab nak elakkan akad hutang jer sebab mas kawen melampau2 mcm hantaran...

    Jatuh srandart la Que nanti, kalau akad mas kawen hutang...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  11. For this n3 I need to thanks & PRAISE Indah for unbolting what SE dad did to Sean n Sara as well!.
    Tho’ not sure if Indah has her own agenda bhind it! But hope she is straight this time around.

    So Sara – pls take note of this seriously – either she needs to ask SE directly or discuss this with Sean to find the truth.
    Offcourse Sara heart tries to deny it! N sure it is vr difficult to accept d truth! Hope Sara is not blindfolded by her ‘monkey-love’ to SE!!! –
    Sara pls SE is not ur bona fide luv okaysss …
    it’s bogus n phony n spurious hahaa! Ape g … cinta? Kaput!

    Que this must be really smthing spending 50K … hope it’s worthwhile to get Sara’s genuine love! And all those limited edition shoes ….
    Kemon le Sara … bukak le besaq2 mate n hati awak tuh!
    Que need to meet n consult kak Nina n invite Kak Nina to meet Sara … for high-t! Let them have a ladies chit-chat!

    Hahaaa … so notty these two wayward boyss Que n Ferhad ade ke dorang bukak gift Fareez meant for Jasmeen haila haila !!!!!
    wow so curious what is d gift? Hav 2 wait for GET in d market soooon…. Insya ALLAH.

    ~ جزمين@ملور ~

    ReplyDelete
  12. sbb hari ni jummat xnk carut2 kt indah,mulutkene cntrol neh hehehee..

    lmbab si fareez lmbab berisi..mcm bomoh degawan la hahaha...neway meen nti dpt hadiah 250k tuh jgn lpe share ek..sharing is caring :) kbye.

    ReplyDelete
  13. w.t
    lembap ngalahkn siput? owh no! Cian hero saya.
    nak bertunang la bukan dah...hehehehe wish dh Indah btul2 jahat mlm ni kan? Hope tat btul2 spoil SE or ada cara lain KL nk lingkupkan SE nie?
    Mcm x smpai hati jer nk kejam2...SE baikkan?
    Agree...kalau x der standard ada makcik2 ltak harga ank puluh riban x sdar diri nti.


    Jazmeen
    Okay ganbatte bcos ths morning everybody wake up & praise Indah.
    Can I call this like RISE & SHINE?

    Agree..x kn terepdaya sgt dgn brg2 limited edi tu sbb Sara pun mampu, kalau Indah tatau la kan :p
    Kalau Meen boleh tpedaya sbb mmg hobi dia.

    Thinking of one great ways to leave SE dgn cara berhemah & great & penuh history. So far mine mcm x da bomb tp rasa okay kot, konpem ramai puas hati. Any great minds?
    Kalau chit chat dgn Nina, what shuld I ask Nina to tell Sara ha? Like, look at me, I accept je janji I tau dia syg I sorg tp amsa tu Nina x der org lain. Sara ni monkey love dia..uhh buhsan!

    50 k tu kasut jer yg mahal, lelain brapa sgt..eehh glerr kan? Wish list..wish list..

    Tat cousin sweet kan? Korg mcm tu tak? I adae kazen sekepala mcm tu. Time gosip wa ckp mmg x hengat dunia. Kalau nk jmpa raya, ank konpem kat riba bibik, mommy gossip..yeaahaa..best jd perempuan :)
    Lol! out of topic..sorryy Jazmeen :p



    syira
    bomoh degawan sape?
    Meen punya mmg x leh share. Limited edition & err surprise. Tak leh teka ke?

    ReplyDelete
  14. Itulah, maknanya x jadilah kan sara ngan se bertunang lepas balik umrah...
    Kisah 2 darjat terjadi lagi di zaman moden nih...

    Kalau dah lulus betunang, sah2 sara tunjuk cincin tunang kat Que...
    X da la nak kata x suka peramugara terlampau...
    Lagi senang nak bunuh Que...

    Bagi jer SE hancurkan majlis malam nanti, sebab gaduh ngan indah...
    Kononnya2 indah saja buat citer ayah dia marah2 sean...
    Sebab adik sean tergedik2 nak pikat anak dia...
    Semua sebab harta dia yang bakal diwarisi SE...

    Kompom bye2 SE, buta2 kena reject dengan sean walaupun sara tergedik2 nakkan SE...

    Tuan Sazali dan Indah, tag team yang hebat untuk musnahkan Sara-SE...

    Hari ini da;am sejarah, ramai puji indah...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum....
    1) kenapa ni, nk emo2 ngan hero krypton. xmau la marah2 hero sye, encik fareez..... kesian dier. cara ngorat hero krypton memang mcm tu. slow but calm, classy but still can move, addicted but not boring..
    2) hahaha dia sengal ker, lembap ker, lmbt mcm siput babi ker,tapi yg tu juga la yg memikat hati meen ngan sye sekali.... ahaks.
    3)lgpun dia punye cara ngorat lgi sempoi ok... lebih baik dri suruh burung cakap... apa celop... fareez punyer style ngorat = not imitated, not duplicated, can't be replaced. puji lambung baik punyer
    4) disebabkn harini jumaat yg mulia, sya xmau maki2, hina2, kutuk2 n buli2 bakal madu sye tu.. semua tu disimpan untk next week, tpi kalu nk puji, jgn harap ler....
    5)barbie doll ni baik punyer ketegaq(degil)... awat yg duk buat peragai nyombong mcm tu. rasa mcm nk bgi pngajaran ckit dkt dia ni... que bca ayat plembut hati ckit, tiup dkt dia.. amboi bkn main lgi jual mahal...
    6) kesian que, sabar ok, nk dpt barbie edisi khas ni, memang mncabar n mguji ksabaran ckit...
    7) harini sedih ckit coz abg sean sye xder dialog, xleh nk date ngan dier pgi2 jumaat ni, sampai hati dia xbcakap ckit pun dlm hp tu.... nyibuk jer muka btalam tu... nk juga guna hp abg sean sye, nyampes. opsss trkutuk ckit.
    8) disebabkn harini xder dialog abg sean sye ngan ~w.t~ punyer indah, so xder la kuar ayat2 meroyan....
    9) sye nk tujukn lagu blues daripada bigbang kpd enchik sean norman, dgn ucapan i miss u, my cutie pie... muahaha.

    sekian terima kaseh

    ReplyDelete
  16. que slow and steady! BESTTTT!!!
    dlm perhubungan kejujuran kan penting dan dapat restu dari ibubapa. kalau sara tak percaya apa yg indah ckp tu, pi tanya sean. okay sara? jgn terburu2 tau terima lamaran SE tu.

    que bagi shoes pasal dr reid's theory? gahahahahaha. lawak la si que ni!

    KL, nak tahu semuaaaa! hehehe.
    bila GET keluar eh?

    ReplyDelete
  17. cantiknya cupcakes utk Sara .... siap 4 tingkat! jelesnye!!!!
    add up with limited edition shoes ...
    aduiii Keras nye ati sara neh langsung x trharu!
    hahaa budak dua org tuh - sgt2 tx jujur! nakal! ade ke di bukak? cissss!

    -lovely lady

    ReplyDelete
  18. next week??
    alaaaa....

    skrg ni dah mcm ketagih dgn blog ni..
    everyday mesti bukak..
    hehehehe.....

    que!! hwating!!:D

    ReplyDelete
  19. Those cupcakes are so tempting - yummy -
    why Sara? awak jugak yg still xcair wit watever did .... cedih le! readers kat sini sumenye jeles tengok cupcakes tuh!

    kena minat dengan Indah arini :) Hari jumaat neh baik jugak hati Indah nk bukak rahsia papa SE!

    -guest melepak
    *Impressive jugak KL Fan Page! dh visit but xde FB acc nk LIKE! :(

    ReplyDelete
  20. Ahhhh.. *sigh* rase nk pengsan dgn que yg romantik habes ni.. Yeah, your heart is a great place, ya? Sara x pengsan ke? Haha

    -cthans-

    ReplyDelete
  21. wow.....jantung saya ni dh jatug tergolek2 dh ni...
    kalo sara tak cair gak tak tau la hati sara tu hati ape...
    mmg terbaik ar que sanggup berhabis duit tuk saraa....

    ReplyDelete
  22. sara o sara.. wat in ur mind ekceli?? owh.. jus forget SE dats not Special Edition at all.. eiii!!
    memang la berbie doll limited edition..
    sabar yer que..sian die.. but proud of u bro! very straight frwd.. chaiyok2!
    ape nak jd mlm tu ek.. bia la sara bwk SE.. bia celik sket mata hati dia.. kna tipu idup2 je ngan SE tu!
    buat pertama kalinya bersetuju ngan die hard fan indah (w.t) indah n SE tu sama je.. awal2 da menipu.. xbagusssss!

    siakap senohong gelama ikan duri SE n indah sama2 ckp bohong tp indah sorang je jadik pencuri.. ngeee~~

    ReplyDelete
  23. lovely lady
    jeless kan? I pon.
    limited edition shoes mmg terbaek. Kna dgn jiwa sume readers kat sini yg sama feel.
    cis!!! bdak2 kazen 2 ekoq tu mmg klako.


    Miss Kira
    awk ketagih?
    hahhaha mcm teringat tekaan Que, dadah terbaru kat pasaran ke? Ni blog dh boleh buat ketgaih org plak..Takuttttt...
    Bukak la hari2 lepak smbil kutip part ilmu mana yg patut. Awk jgn nak koya2 kat sini lama2...sy yg dpt saham rugi nti :)


    guest melepak
    x de FB nak like? awk ke admin tu? hahha mula dah speku liar ni, Syira u teka sape? I've few names in my mind. Entah2 staff-boss punya komplot nie. Possible nie. Errr another speku.
    Hahhha rase trus nk serbu wondermilk cupcakes kan tgk ni? uuh yummy :)
    hari Jumaat yang bahagia. Sume syg Indah. Ngeee ~~~



    cthans
    *sigh
    romantik tp cian org x layan....hahaha
    kita pengsan, Sara dok pikir date die dgn SE, haula...


    Anonymous
    sajer je buat2 logik gaya ank org kaya spend, tgk kawan2 yg kaya relax je kalau nk ngayat gf suka suki tabur duit. Que 1 of them lah.
    Jantung awk ada org nk sambut ke tak tu?


    mizz acu
    so cute tat SE is not Special Edition!
    Rhymes okeh :)
    Hehhe..korang ni bagi komen pun sekongkong yea, siap dabel cek komen geng dulu lol!
    How cute.
    Malam tu korg nak buat jadi apa?
    Lamanya x dgr peribahasa ikan gelama tu.

    ReplyDelete
  24. w.t
    hehehe kat bwh awk komen awk punya rival...
    best ke buat ksah 2 darjat? Hmmm...perasan Tuan Sazali tu, igt bagus sgt.
    SE&Indah seyes tag team terbaek!!
    eee marah btul kat Sara nih, tergedik2 nak SE? aigoo...cinta i lebiu tu namanya.
    Malam nti tgah pikir style mana nk bg korg like whoaa...yeayea..or like padan muka..or like dah agak dah...hehhe..best jadik writer ni rupanya :)
    w.t kat bawah ni BFF awk punya reply komen. sajer die interprem komen bwh line awk.


    Zawani
    Ni abg Sean bg lagu ni kat awk jgak;
    (minat k-pop rupanya bdak nie *ngeeee)
    No 7 : aaaa...makkk dh ckp hr Jumaat x leh kutuk2..cemana terlepas ckit tue...minta ampun dgn w.t cpatt :p

    The winter had passed
    And the spring has come
    We have withered
    And our hearts are bruised from longing

    (i’m singing my blues)
    Used to the blue tears, blue sorrow
    (i’m singing my blues)
    The love that i have sent away with the floating clouds, oh oh

    Under the same sky, at different places
    Because you and i are dangerous
    I am leaving you
    One letter difference from ‘nim’^
    It’s cowardly but i’m hiding because i’m not good enough
    Cruel breakup is like the end of the road of love
    No words can comfort me
    Perhaps my lifetime’s last melodrama
    Now its final curtain is coming down

    I was born and i met you
    And i have loved you to death
    My cold heart that has been dyed blue
    Even with my eyes closed, i can’t feel you

    The winter had passed
    And the spring has come
    We have withered
    And our hearts are bruised from longing

    (i’m singing my blues)
    Used to the blue tears, blue sorrow
    (i’m singing my blues)
    The love that i have sent away with the floating clouds, oh oh

    I feel like my heart has stopped beating
    You and i, frozen there, after a war
    Trauma, that has been carved in my head
    Once these tears dry up, i will moistly remember my love
    I’m neither painful nor lonely
    Happiness is all self-talk
    I can’t stand something more complicated
    It’s no big deal, i don’t care
    Inevitable wandering, people come and go

    I was born and i met you
    And i have loved you to death
    My cold heart that has been dyed blue
    Even if you have left, i’m still here

    (i’m singing my blues)
    Used to the blue tears, blue sorrow
    (i’m singing my blues)
    The love that i have sent away with the floating clouds, oh oh

    Again tonight, underneath that blue moonlight
    I will probably fall asleep alone
    Even in my dreams, i look for you
    And wander around while singing this song

    (i’m singing my blues)
    Used to the blue tears, blue sorrow
    (i’m singing my blues)
    The love that i have sent away with the floating clouds, oh oh

    (i’m singing my blues)
    Used to the blue tears, blue sorrow
    (i’m singing my blues)
    The love that i have sent away with the floating clouds, oh oh

    ReplyDelete
  25. i also nk join puji indah ... coz she helps sara to feel down with SE family n SE himself! x saboo 2nggu nex n3!
    jeles tau sara dpt all those birthday gifts n yummmmy cupcakkes!
    xpe le imagine je it's all for us readers ekk!

    dah suke & like KL fan page! osem!

    -ImAn ar-RahmaAn

    ReplyDelete
  26. ohhhh hero kripton si fareez yg lembab lembab sengal, begitu lama melur pergi NY, masih nk emo2 ambik feel...grrr

    Que, u jgn terkenan dgn fareez...belajar dgn joe jd romeo..hehe

    ReplyDelete
  27. ImAn
    hahahha..Jumaat yang meriah dan aman tanpa kutukan.
    Tapi anda sdg merangka penganiayaan terhadap insan tak berdosa Shah Ezlan. Yg bengap Sazali, apesal SE yg kna nieh?
    Hehehhe...sajer je kan.
    Yummy mkn tipu2 jer. Cop2 jer mcm zmn bdk2.

    Tq on behalf of admin :)

    ReplyDelete
  28. Hari yang aman untuk indah tanpa kutukan...
    Walaupun dia tipon dan marah2 heroin yang blur...

    Mesti best nih drama sebabak SE - Indah nanti...
    Harap indah cucuk skit2 dah la SE tuh, tapi dia yang melebih2 sebab nak tunjuk hero depan sara...
    Marah2 indah sebab kutuk bapakku sazali yang baik tuh...
    Indah fitnah bapak dia yang baik dan alim tu...

    Bagi SE merasa penumbuk Sean yer, jadikan kenangan yang indah dengan sara...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  29. KL dh ade fan page ... mabeless!!!
    lawak jgak sume x kutuk indah
    today she deserve our praise! - sbab sume xsuke SE... malang nye nasib SE!

    Byknyer cupcakes - siap ade picture Sara! harus le Sara termalu!
    Hadiah tuh rase mcm what? all limited Edition makkk ngaiiii...

    -Lysa M R

    ReplyDelete
  30. nak komen gamboi handsome boy yg hot d speku kat SB - model Jad Iman le tuh!
    suke ekk Fan Page ... terus meriah kat SB n Fan Page!

    Hebat le Que - especially yg part kasut limited Edition!
    Fareez nape x join d party? kot 2nggu dlm kete - but at least muncul jugak Fareez n spoil le dh kena bukak special present utk Jasmeen!

    -!uglybetty malaya!

    ReplyDelete
  31. w.t
    kejam gak idea hari Jumaat awak nie...
    aigoo.

    Lysa MR
    Fan Page tu akak dh like belum?
    Kna support admin. I was like so surprise jgak. Followers x ramai, traffic pun biasa2 je tp ada yg sanggup buat.
    Sume org baik x kutuk Indah lol!

    !uglybetty malaya!
    Kalau Fareez join party nti x leh bdk2 tu buat keje jahat nk bukak hadiah org. Dua sepupu tu stok sengal sikit :)

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...