Wednesday 22 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 16


            “Yippie!” Sara bersorak kegembiraan sambil tangan ligat mengemaskan fail – fail di atas meja.
            Sara Nabila gembira kerana hari ini ialah hari yang terakhir berurusan dengan Que Zafril dan drama sebabak antara mereka akan tamat episodnya. Sara Nabila juga gembira kerana pertemuannya dengan Sean di Kuching tempoh hari. Elok Sara buka pintu bilik, Sean sedang elok bersandar di dinding di hadapan biliknya dengan kaki yang bersilang dan tersenyum.
            “Hai Sara. Miss me?” Sean mendepangkan kedua – dua tangannya.
            Sara tak terkata dan terus berlari memeluk Sean.
            “Sean, trust me. Bukan salah Sara. Sara tak buat....” Sara hampir menangis tak sangka Sean akan mencarinya. Tak guna punya Indah. Pandai kau cakap abang aku dah lupakan aku. Kau tu yang esok lusa tinggal kenangan kalau Sean tahu kau tu perompak. Sempat Sara memaki – hamun Indah dalam keadaan teresak – esak pun.
            Sara, I don’t want to hear anything. Blood is thicker than water. Come home Sara.”
            “Abang. Sara minta maaf.”
            How many years have we live just two of us Sara?”
            Almost 15 years.”
            Then, don’t you think when I said blood is thicker than water should be enough to describe that this is all nonsense?
            Yes, this is all nonsense.” Sara mengesat air mata yang hampir menitis di t –shirt putih Sean.
           
            “Apa yang sukanya?” Sheena mencelah mengejutkan lamunan Sara.
            La, apa lagi kalau bukan sebab jambangan bunga besar kat belakang tu. Tak sabar nak bawak balik rumah lah tu. Buah hati yang bagi, haruslah gembira.”
            “Sampai bila nak sorok hero Malaya awak tu Sara, lambat – laun nanti kami tahu jugak.” Sambung Ainul lagi.
            “Pandai pun. Nanti tahu jugak kan kalau tak bagitau sekarang pun. C’mon bagi can orang nak lovey – dovey. Siapa orangnya biarlah rahsia.” Sara bergurau.
            Sara ni berahsia sangat. Tak pernah nak berkongsi rahsia hati. Baginya perhubungannya dengan Shah Ezlan bukanlah sesuatu yang perlu ditayangkan kepada umum. Entah – entah esok terserempak jalan berdua kat mana – mana, tahu jugak nanti Sheena dan Ainul.
            Terkenang Sara yang pada awalnya kekok juga nak bergaul mesra dengan Sheena dan Ainul, siap bersaya – awak di awal perkenalan. Lama – lama puas kena ejek sebab terlalu skema. Kelakar kalau nak diingatkan. Mungkin Sara kena berubah. Ni bukan lagi zaman dia berkepit di bawah ketiak Sean dan menghabiskan masa di SS semata – mata atau berkurung di apartment mentelaah sepanjang masa seperti di Edin. Kena celik Sara, ‘life has much more to offer for you’! Itu kata – kata Ainul yang amat peka dengan tingkahnya yang terlalu pasif dan Sara berterima kasih di atas teguran itu.  
            “Awal lagi ni nak balik. Half day ke hari ni?” Sheena menegur.
            “Mana ada. Tu lah kuat sangat bergosip. Yang aku teryippie tadi sebab hari ni T & C (test and commissioning) studio di Seremban 2 tu. Lepas tu tutup fail. Tak payah nak buang masa ulang – alik jauh – jauh lagi. Dahlah Kuching punya projek pun profil aku. Tak aci tau.” Sara merungut.
            La, ingat apa dia tadi. Baguslah projek dah habis sebab aku takut  kalau lama – lama berurusan dengan Encik Zafril, kot ada hati yang tersangkut nanti.” Ainul mengangkat ibu jari.
            Tersangatlah pro-Que minah seorang ni. Kalaulah Ainul tahu Que melamarnya sebagai kekasih hati, kena bahan setahun agaknya.          Ingat balik Kuching terus nak mintak tukar profil. Tak kuasa dia nak menghadap Que lagi. Sudah pasti kerana lamaran ala – ala koboi yang menyentap tangkai hatinya. Nasib baik tangkai hatinya tak tercabut. Terkejut macam kena renjatan elektrik sikit – sikit je. Permohonannya untuk menukar profil kerja ditolak mentah – mentah. Suara Mr Boon Praraks memetir mencecah 120 dB. Agaknya suara Mr Boon Praraks memarahi Sara boleh dengar sampai ke Seremban.

***
           
            Que tersenyum melihat Sara Nabila yang nampak kekok berhadapan dengannya. Dia sendiri pun malu sebenarnya tapi di hadapan Sara tak kan nak tunjuk pula. Buat – buatlah macho juga.
            Sara rimas melihat Que tersenyum dari tadi mengekori langkahnya. Rasanya pakaiannya hari ni standard sopan habis dengan seluar stretch-twill flared berwarna putih dan contrast color knitted cardigan yang berwarna hitam, putih dan pink. Kalau seksi sikit pun kat bawah cardigan ni memang tersarung lace top berwarna pink. Senang nanti kalau terbalik rumah lambat, buka cardigan, taraa....daripada pakaian kerja terus jadi pakaian kasual. Boleh terus keluar dengan Shah.
            “Kenapa saya tengok rumah awak ni macam pelik susun atur dia. Having party afterwards?” Sara perasan dua buah van bertulis EZI Entertainment berada di luar pagar rumah Que Zafril dan beberapa orang pekerja sedang sibuk menghias dan menyusun atur rumah.
            Yes. Good guess and you’re invited.”
            No, thank you. I’ve another appointment afterwards.” Dah janji nak keluar dinner dengan Shah malam ni. Lagi pun datang sini dengan kontraktor yang nak siapkan defect terakhir. Tak kan nak ajak apek – apek tu parti sekali kat rumah Que ni. Pagi tadi Shah yang hantar pergi kerja dan lepas ni Mr Liew dah janji nak hantar Sara balik rumah.
            “Kalau macam tu saya siapkan kerja saya cepat. Awak nak join ke T&C  ni?
            “Sekejap bolehlah. Nanti saya sibuk nak handle catering and my guest will be arriving soon.” Que mendaki anak tangga mengekori Sara.
            “Nyanyi sikit.” Arah Sara.
            “Tak ada mood ni. Kenapa nak kena nyanyi?” Que membantah. Suara kena simpan. Kejap lagi nak nyanyi lagu lagi best. Mata Que mengekori setiap gerak langkah Sara.
            “Okay tak apa.” Sara memutarkan CD lagu yang dibawanya. Sekejap volume perlahan. Sekejap volume dikuatkan. Mr Liew dan pekerjanya pula sibuk membetulkan panel akustik yang senget dipasang di hujung tingkap.
            “Saya tengah ukur NC bilik ni meet my design or not.” Sara berjalan ke seluruh bilik dan memejamkan mata. Sekejap - sekejap bacaan yang tertera di Sound Level Meter ditangan dikerling.
            “Bahasa orang – orang biasa please.” Que duduk di bangku piano. Studio dah lengkap dengan semua peralatan muzik dan set audio yang canggih.
            NC is noise criteria. Semua bilik mempunyai kriteria masing – masing agar sesuai dengan pendengaran normal. Contoh paling mudah nak bagi semua orang faham ialah bilik mesyuarat, restoran dan rumah. Sesebuah bilik direka mengikut kegunaan. Kalau bilik mesyuarat, NC yang diterima di seluruh dunia ialah NC 25-30. Sama dengan NC rumah. Manakala restoran pula NC 40-45.”
            La, mana orang peduli kalau setakat rumah dan restoran.”
            No – no awak salah. Orang kaya dan berpengetahuan akan peduli NC rumah mereka ikut standard atau tak. High end shopping complex yang nak bina restoran dalamnya akan peduli restoran di dalam premis mereka mengikut piawaian atau tak.”
            “Tapi mana ada rumah atau restoran pakai akustik panel. Bilik mesyuarat tu lainlah memang ada yang letak walau pun tak pangil acoustic consultant pun.”
            “Awak betul rumah dan restoran tak pakai akustik panel tapi awak kena tahu setiap bahan binaan dan hiasan dalam premis mempunyai peranan sendiri. Contoh ya kalau rumah awak pakai langsir tebal atau langsir nipis ada beza. Kalau awak pakai sofa kayu atau sofa fabrik pun ada beza. Dan paling penting sistem hawa dingin banyak menyumbang kepada bunyi yang tidak diperlukan dalam rekaan sesebuah bilik.”
            “Serius?”
            “Takla main – main. Ni tak nampak tengah main roller blade.” Sara geram.
            Que bukan pelanggan pertama yang memberi reaksi begini. Tak kan lah mereka ni tak perasan macam mana suasana duduk rumah papan dan rumah batu. Jauh beza sebab binaan kayu dan batu mempunyai bacaan serap bunyi yang berbeza. Sara meneruskan kerja. Mengambil bacaan desibel pada setiap range Hertz yang berbeza. Itu sebabnya sekejap Sara memperlahankan suara radio dan sekejap dia menguatkan suara.
            “Okay sorry.” Que menepuk dahi. Rasa bersalah mempersendakan kerja Sara dan penerangannya yang beria – ria tadi.
            In your case, a good studio should meet NC 15 standard has less than 15 dB of noise, increasing to as much as 47 dB at 63 Hz.”
            Terang Sara memainkan peranannya sebagai jururunding akustik. No other type of advertising is more powerful than word of mouth. Itu pesan Mr Boon Praraks, jadi buat kerja mesti nak kena puaskan hati pelanggan dan penerangan hendaklah diberi agar pelanggan merasakan bahawa duit yang dikeluarkan adalah berbaloi.
            Okay, blur. Again ayat orang biasa. Tadi dah faham NC tu ukuran standard untuk rekaan and now what is dB?” Que rasa macam seronok pula mempelajari benda baru seperti ini.
            “Maksudnya ialah kata rekaan studio NC 15. Nak ukur kena dalam decibel atau dB. NC 15 lebih kurang 15dB pada frekuensi 63Hz. Jadi saya kena reka bilik asal awak yang dah berubah jadi studio ni sebenarnya ialah NC 25 lebih kurang 25dB pada frekuensi 63 Hz. Jadi saya kena letak benda yang boleh serap bunyi yang asalnya tadi 25dB kepada 15dB. Jadi saya masukkan panel akustik ni yang ada pemberatnya. Itu perlunya kena kira betul – betul. Kalau terlebih panel akustik pula nanti studio awak boleh bertukar jadi dead room. Awak cakap pun tak dengar apa sebab semua bunyi kena serap.”
            “Oh, okay. Patutlah kena orang bijak juga jadi acoustic consultant ni.” Que berdiri dan sedia untuk keluar tapi langkahnya terhenti mendengar Sara yang tiba – tiba memarahi Mr Liew.
            “Tapi wa biasa buat macam ni la Miss.” Mr Liew mempertahankan hasil kerjanya.
            “Tu dulu lu buat macam tu sebab tak ada orang tegur. Mana kemas layover ni. Betulkan balik.” Sara meninggikan suara. Buat kerja asyik salah, bila masa dia nak balik. Dah petang ni. Jammed lagi. Adoi! Sakitnya hati.
            “Tapi....” Mr Liew cuba mengelak.
            “Tak ada tapi – tapi. Betulkan kerja lu yang biasa tu. Lu kena biasakan buat kerja dengan betul pula.” Sara tidak mahu bertoleransi. Kualiti kerja harus diutamakan.
            “Garangnya.” Que mengangkat tangan tabik dan terus melangkah keluar studio.
            Sara hanya memandang dengan ekor mata. Tangan ligat mengisi data – data dalam T&C service sheet. Kejap lagi kerja siap nak kena bagi Que Zafril tanda tangan penerimaan. Then, bye – bye Encik Que Zafril. Dah nak pukul lima barulah Sara berpuas hati dengan semua kerja – kerja touch up yang dijalankan oleh kontraktor. Sara mengemaskan barang – barangnya. Cardigan dibuka. Senanglah terus kasual. Sampai rumah ni tak tahu pukul berapa lagi.
            Lu tolong panggil Encik Zafril naik. Nak sign acceptance ni.” Sara memberi arahan kepada Mr Liew. Sempat Sara membetulkan rambut dan mengoles sedikit lip tint ke bibir. Muka dah lemau semacam. Pekerja – pekerja Mr Liew juga keluar studio meninggalkan Sara keseorangan. Bising semacam pulak kat bawah tu. Tetamu Que dah mula datangke?
            “Hai, Sara.” Que yang sudah bertukar pakaian menyapa.
            Sara mengerling sekilas. Tadi santai je dengan seluar pendek dan t-shirt Mickey Mouse  warna hitam. Yang Sara perasan mamat sekor ni suka sangat pakai t-shirt kartun. Ultraman lah, Superman lah dan Spongebob lah. Nasib baik tak pernah nampak pula dia pakai baju Boboi Boy. Kalau tak haru jugak tu. Sekarang di hadapan Sara bukan main smart walau pun ringkas dengan jeans biru laut dan kemeja panelled-striped cotton yang berwarna putih berselang pink yang macam nampak tak nampak je warna pink tu tapi cukup menarik. Panjang pulak analisa kali ni. Maklumlah kata kali terakhir bersua muka.
            “Kerja dah siap ni. Puas hati tak?”
            Emm....” Que berjalan ke sekeliling bilik. Tangannya dimasukkan ke poket jeans.
            Perfect.”
            “Encik Que Zafril. Saya bukan buat ID, yang jalan tengok – tengok buat apa? Test lah awak punya gitar, drum, melalak ke sikit.” Sara memberi arahan. Service sheet dan Acceptance Letter dikepilkan pada clipboard dan diletakkan di atas piano.
            “Okay.” Que menarik mikrofon dan diletakkan di hadapan piano. Jari – jemarinya mula menekan keyboard.
            1,2,3 Happy Birthday to you. Happy Birthday to you. Happy Birthday to Sara Nabila.”
            Sara yang sedang bercekak pinggang di hadapan Que tergamam. Matanya tepat memandang Que yang sedang tersenyum dan berdiri ala – ala standing ovation.
            Happy Birthday. Dah tua awak hari ni kan.” Que mematikan punat air cond dan set audio.
            “Dah tak ada suara ke? Meh sini kertas tu saya sign.” Que menarik clipboard yang diletakkan oleh Sara di atas piano tadi.
            “Nah. Hello....Are you still here?” Que menggawang – gawangkan tangannya di hadapan muka Sara Nabila.
            Yes. Yes. Err saya nak balik. Thanks.” Sara menarik clipboard kasar dan melangkah turun. Que mengekori dari belakang.
            Happy Birthday!!!!”


p/s: Jarang sy bg n3 super late kan tp better late than never bcos 2mrw I'll be busy the whole morning.
Petang boleh bersiaran or tonite! Happy Wednesday!!
Yg diorangekan tu sbb nk semua orang amik pengajaran...hehehhe...
Lev u guys.
           

28 comments:

  1. xpaham, kiranya skrg ni sara dgn shah couple ke?

    sara xjwb lg ke lamaran que atau terus reject?

    ReplyDelete
  2. wow.......sukanye ngn que ni....dia jd first person yang wish kat sara...mmg cair la sara lps ni....
    sanggup plak buat birthday party tuk sara....mmg terbaik la que...

    ReplyDelete
  3. hye sara,hepi besday..dah baik2 dgn abe sean ye..air dicincang xkn putus :)

    dB?nc??ohhhhhh.beauty with the brain.bonus tuh.(syira ttup mulut bace nc tuh!!!)..

    que kasi air penerang hati kt sara..degil!!nk jugak2 tuh kapel dgn SE..ikat sara tmbat kt pokok..jgn kasi die balik.

    ReplyDelete
  4. nim
    kna tgu next n3 (yg x tatau ble). Eh mmg dorg kapel la. Kn Sara siap pakai cincin tu cuma x ckp apa2 pasal nk engage jerr :(

    Anonymous
    suke..suke..Ya ke? Kan SE dh bg bunga pg2 buta lg siap anta Sara gi pejabat...hehhe..lmbt celebrate yea sbb Que yg celeb dulu :)
    hehhe susah e-novel ni kalau bersmbg2 dgn cara penceritaan writer yg br nk blaja lagie. Pardon me dear!

    syira
    Apesal plak tutup mulut bc NC tuh. Apply tuh kat awk yg slalu gi jamming, boleh buat2 terrer such as, 'weh bro, ko punya studio ni cap ayam la, main taruk je ke panel ni ke kira btul2' hahahha....
    sokong idea tambat Sara kat pokok :)

    ReplyDelete
  5. Hah hari nih mesti dah tercabut dah tangkai hati sara...
    Dapat kejutan tanpa diduga...

    Nampaknya x da jawapan lagilahd aris ara tuh untuk lamaran dekat kuching tuh...
    Kata x suka, tapi x bagitau masa tuh jugak...
    Takkan kena fikir kot sara, kalau dah x suka...
    Jawab jer NO!, habis citer JET ni...

    Makin menarik nih nak tau kisah Sean - indah = sara...
    Macam lebih menarik dan misteri dari kisah Que - sara jer...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  6. arghhh! Tgh excited bce, da hbs pula.alahai sara.still dgn shah ke?xpe2.bg shah hepi skjp.hehe.que ni slalu sgt sweet la.tersengih2 bce.n thank god sean n sara da ok skit :')

    ReplyDelete
  7. Tak yah tambat kat pokok, kawtim jer ngan mr liew tuh...
    Mesti sara tersangkut x dapat balik awal...

    Mcm saja2 jer KL bagi sara datang dengan mr liew hari nih...
    Sebab x nak bagi sara balik dinner ngan SE...

    Padan muka SE, nak tunjuk baik la tuh, siap hantar sara ke pejabat...
    Tapi sebetulnya melepaskan sara kepada buaya tembaga yang lain untuk dimakan hatinya yang blur tuh...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  8. Haha. Nim tak biasa lagi dgn cara penulisan awak yg penuh teka teki nih. Chill jek, nanti semua persoalan akan terjawab. :)

    Woh, advance gak si Que nih. Cemana dia bleh tau birthday Sara ni? Ke party ni Sean pun ada saham juga? Jeng jeng!

    Anyway happy birthday Cik Pinoko. Jgn masam2 selalu. Hehe.

    ReplyDelete
  9. Yes..akhirnya dpt baca n3 baru..tq rin...tak sabar nak tunggu que btl2 couple dgn Sara rasa mcm lambat je lagi sebab tak nampak pun Sara nak tinggalkan SE tu, mesti meroyan gilerrr si indah bila tahu Sean dah baik dgn Sara, biar padan muka si indah tu..rin bagi ah si Sara menegakkan kebenaran kat indah jgn nak mengalah je coz kesian Sara pregnant anak Sean...

    ReplyDelete
  10. hmmmm yippie juga coz abg sean sye pun ada harini.... bestlah sara leh peluk2 abg dier.geram juga dkt barbie doll tu, x cair2 dgn que tu, tpi nk buat mcm mana, chenta xleh dipaksa2.SE tu siyes x mnambat jiwa langsung,jiwa sara jer kot yg trpikat....

    ReplyDelete
  11. “Hepi bufday Sara” wee weiit …. is the party meant for Sara?
    Wow tats so sweet n mesti Sara betul2 cair & TERharu!
    And … Que issyy … slumber je organise a surprise party for Sara! ♥

    Is Sean behind this agenda – coz looks like d last sentence at d bottom of d n3 must b someone who knows Sara well wishing “Happy Birthday” hope i am rite n pls KL make it true ye! ✓
    Really so overwhelmed with this scenario – n thanks so much KL it is not SE to b d first wishing Sara her birthday!!!! Loike this vr much!!!

    I really yearn for Sara’s outing with SE wil b cancelled! – and I hav d feeling tat Sean really did this bcos he knows SE will arrange smthing for Sara!!! Well done bro!

    Okaysss … go back to Sara n Sean … Ya ALLAH feel so blessed tat they are hugging each other – terharu gitu! Me too miss them so much huhuhuu
    Tho’ still not vr sure with Indah reaction later. Who cares? Coz indah is scared of Sean – scared bcos she was at fault!

    Don worry sara is not going to go back wit Mr Liew …. the party wil go on …☺
    Kemon everybodeey …. Let’s partying with QueSara! ♥ ♩♪♫♬

    ~جزمين @ ملور ~

    ReplyDelete
  12. Ahhh.. Ms KL, lu mmg suke buat wa tak saba nih.. Cepat2 sambung nk bace lg.. Tell u what, aritu naik flight MAS teringat kat Que.. Kalo Mr Hubby tau, mampossss.. Haha

    -cthans-

    ReplyDelete
  13. w.t
    agreed sgt cter ni mmg bnyk pasal Sara-Sean sbb mmg nk buat family punya cerita & side dish jer Que & Indah.
    Hahha..Mr Liew dhlah kna tiaw dgn Sara, ada harapan nk blah tu.
    Hehehe...nk buat jgak Sara sempat dating dgn SE..kita bako! hahahha....
    Agk2 Sara ckp apa kat Kuching tu?

    Syakira
    awk baca tersengih2..sy baca komen awk ni pun tersengih2 gak :)
    Que happy hippie punya org harus sweet sentiasa :))




    Hajar
    nim kna biasa2kanlah nmpknya :)
    awk dgn Jazmeen think alike...Sean ada saham?
    hehhe..nti cpt sgt cerita hbs..x smpat ke versi cetak nti.
    Noted! nk kna buat dia senyum & SE je boleh buat kan? erk?


    Eeyta
    nti Sara akn tegakkan kebenaran. Sean pun dh amik 1 gud step. Tgu je saat2 nk sekolahkan Indah & more tricks of Indah yg mkn bangang & makin buat org skt hati & mkn buat Sean lg bengang!


    zawani
    nasib baik awk normal lg. Sy risau kot awk jeles Sean-Sara peluk2...x mo..x mo..sbb nti cemana nk jd gud SIL :)
    SE tu cinta pertama...susah nk lupa tp yg terakhir kan yg lg penting..


    Jazmeen
    Sara terharu? hohoho....
    Sad to say...lmbt lg Que tau Sara tu adik Sean..later2 like later very the later...hahaha
    Bnyk part nk settle 1st. SE first, then Indah then baru Sean-Que-Sara
    SaraSean = yippieeee
    Apa jd kat Indah later, jgn ckp ada yg care tau.
    W.t & zawani mesti x sabo sgt. Tgk tis n3 x de Sean-Indah, mana ada komen zawani meroyan. hahahhaha...u guys always la make laugh out loud :))
    Mr Liew hrs buat Sara muncung itik nti...harus!
    hehehe..kemon, let's partying & lepaking here!!


    cthans
    cett..ayat dah gaya Mr Liew wa ckp...
    hahaha.. tp ada ke crew cabin awk naik tu hensem konon2 gaya Que?

    ReplyDelete
  14. Sedih nye .... & trharu bile Sara dpt jumpe Sara! Akhirnya ... tp sara still stay kt rumah dier ke?
    Happy Birthday Sara - oiii ... sukenye Que wish sara birthday -
    x tersangka oleh sara .... sweet yoo

    -lovely lady

    ReplyDelete
  15. herm..br berkesempatan nak komen..

    lega sangat sean-sara da berbaik..! welkam back sean..hehe indah?? get lost!

    Que~ i'm very happy for u bro.. sgt advance melangkah bertapak2 dh ke depan.siap suprise party.. keep it up! mesti byk pasal sara dia da tau ni.. korek kat ainul kot? (skali mommy que ada..knfm sara xlepas nak balik..ngee~~)

    sara~ hailaa.. amoi ni xsedau2 lagi.. nak jugak SE yg X Special Edition tu.. hishh. nti part ni mst sean tlg betulkan otak adik dia kot.. hehehe

    mr liew tu p trn bwh panggei que mesti dia blah teruss.. hahaha.. pdn muka sara!sapa suro marah2 tadik.. kan da kna tinggal..

    btw, hepi bestday sara nabila saidin!

    ReplyDelete
  16. Mcm best jer part nih untuk n3 17...

    Nak sangat temgok apa reaksi sara nanti...
    Bila turun jer dari tingkat atas rumah Que...
    Mr Liew & Geng dah lesap sebab kena marah...

    Sara x pandai nilai keadaan la, dah la datang menumpang orang...
    Boleh plak dia marah2 dengan driver yang bawak dia...
    Saja tempah maut la tuh...

    Boleh la dia merasa naik moto dengan Que balik nanti...
    Jangan bagi keta Que ada kat nilai yer, cukuplah moto jer...
    Baru best sara nak peluk Que kuat2 tanpa rasa malu2 kucing...

    KL, part sean - indah - sara saya paling nantikan...
    Sebab nampak mcm banyak misteri belum tersingkap...
    N3 sebelum nih pun cuma skit jer pasal sara buatkan ZS larik...
    Belum citer lagi rasanya, camna indah dibawa masuk ke dalam keluarga saidin oleh sean...
    Belum nampak di mana ending kisah diorang, bahagia atau derita...

    Que - Sara, cuma tunggu masa SE ditendang keluar dari hati sara jer pun...
    Cuma nak tunggu camna dan bila serta cara Que nak jinakkan harimau yang garang tu...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  17. loike this very much .... Que wat suprise kat Sara .... birthday!
    nape ye still x suke kat SE .... betul le tu susah nk nampak chemistry between SE & Sara *pinjam ayat sape ye yg ade wat komen there is no chemistry between SE & Sara - dh lupe sori!

    Memang terharu n happy jugak sbab sara dpt btemu dengan abg sean!
    Kasih adik-bradik tk dpat indah nk putuskn! merana lh hidup indah!

    -NuR

    ReplyDelete
  18. lovely lady
    Sara kat mana? Hmm rasanya?
    awk punya terharu siap slh ayt sara jmpa sara??
    hahhaha..xcited sgt dgn Quesara & SeanSara neh.


    Mizz acu
    yesza welkam back macho da bomb Sean. Indah erkk? Meroyan la jwbnya kalau dia tahu nti.
    Hero x gaduh kan? Awl2 slow mcm siput pastu baru go head!!!
    Sean, sila basuh otak adik awk tue...
    Sara ni mmg suka main taram kan. Lurus terlebey...dh tau tmpg org ada hati nk skolahkan org pula.


    w.t
    naik motor? haiyakkk...speku suke2 je kan.
    Sean-Indah tu mcm mana nk kasi settle & mcm mana Indah msk dlm family dorg? Eh bkn sbb Zawani suruh ke? hahahhahha.....


    NuR
    mmg ramaila rasa Sara & SE mcm monotous jerr...bosan & skema & mcm gy org 50-an bercinta.
    X mengghairahkan readers langsung :))
    Hidup Indah dah tak Indah la lpas ni :((

    ReplyDelete
  19. Nakal jugak Que ... pandai plan wat surprise - betul ke ni que plan all these?
    jgn pulak sara marah sbab dia kan nak kuar ngan SE - SE lum pegi umrah ke? kacau je!
    curious sape yg cakap happy birthday mse sara nk turun tangga? Ainul, sheena, mommy, Sean? sape sje is ok but not SE! excited nk bace n3 baru ESOK!

    ehh lupa cakap - sume suke bila sean terus carik n tunggu sara kat pintu- sebak rasenya like seeing them infront of our eyes!

    -ImAn ar-RahmaAn

    ReplyDelete
  20. ImAn
    cpat2 reply kot slh mcm smalam...hahhaha...
    nmpk sgt I shuld take fish oil everyday.
    hahhahha...sape lagi plan. Herolah.
    SE pegi Umrah sah2 part2 agk sadis & touche.
    ESOK??? x janji okay. Agk super duper busy so tatau....tp awk boleh jer nk berharap...err better not!
    SaraSean yeszaa!!! Baru macho Sean :)

    ReplyDelete
  21. Krew kabin mas pun boleh jadi tunggu sara kat bawah tuh...
    Kan 3 orang tuh sekepala ngan Que dan nak jadi kawan sara...

    Pasti mr liew dah kena perambat balik dah dengan diorang tu...

    Naik moto ker KL, mmg best la sara memeluk Que sesedap rasa nanti...
    SE pun x da sara nak peluk2, tapi Que mcm ada peluang besar jer...

    Sean nampak x bertanggungjawablah kalau dia buang indah mcm tuh jer...
    Sebab dia yang bawa masuk indah ke dalam keluarga saidin sebagai menantu...
    Dia bukan x da pilihan untuk batalkan majlis kat aus dulu dan kekal bujang terlajak mcm farezz...
    Pilihan di tangan dia, indah cuma menaruh harapan jer pun untuk masuk dan terpilih...

    ~w.t~

    ReplyDelete
  22. Dear KL,

    -Alaaaa...tak mo la SE..nak QueSara....
    -Dah la hati kak fadz berdegup pantas ni....
    rasa macam nak pitam aje ni...
    -Alahai...kesian kan Que, Sara ni pun jangan la jual mahal sangat...Que tu kak fadz rasanya
    macam a perfect guy...everyone want him...
    -Sean, you're right, darah yang mengalir tetap darah merah...ha..ha..ha..opppss...air yang dicincang tak akan putussss...
    -Waiting your next entry asap...jangan buat dapur kak fadz tak berasap yea KL...mogok lapar..coz tak boleh baca JET.......

    -kak fadz-

    ReplyDelete
  23. Birthday wish yang sgt mengejutkan Sarah..hehehe
    Que mmg pandai mengambil peluang ekk...kiranyer majlis kat umah Que utk Sarah la yup cikpuan KL....Finally Sean & Sarah are back together, Syukur...

    ReplyDelete
  24. so happy with both Sean & Sara - lega rase tengok they are back as a family.
    Alhamdulillah - as the only member of the family Sean took the right decision to look n meet Sara! i love this family value!

    Que mmang cute! - cara dia nk mendekati sara is cool n sempoi je.
    haha betul tu KL SE style dh lapuk gaya org tahun 50-han!
    Harap birthday girl ceria lh k ..... campak dulu SE celeb dulu party!

    -Lysa M R

    ReplyDelete
  25. happy birthday sara nabila!! hehehe mean that, party tu for sara la eh? tapi nanti sara ada dinner with shah..

    ReplyDelete
  26. its [ay back time Indah.. hehehe...
    Que kena berusaha lagi..bagi cair terus..cair sampai tak boleh balik ke bentuk asal.. ngeee

    ReplyDelete
  27. best le awak Que ---- kemon le sara .... kasi smile sket wlpon nak date with SE! eekk

    paling best sara dh jumpa abg sean - happy n sedih ke kitaorg!
    sngt2 brharap Mr liew terus balik lupa nk angkut sara k opis! kekeee

    -!uglybetty malaya!

    ReplyDelete
  28. w.t
    nak komen satu je...
    bujang terlajak mcm Fareez? haiyakkk
    haru sungguh!


    Kak fadz dearie,
    Akak btul air yg dicincang x kan putus.
    SE tu nk campak mana kak?
    akak, jgnla smpai x masak. Mrh hubby akak kat sy. tak psl2 sy glamer nti.


    TLC
    gaya awk mempuan kan sy tu skema okay, terasa tgah ckp dgn bdak2 opis & err tue sikit kot feeling dia. Ahakss.
    Yup the party is for Sara Nabila.


    Lysa MR
    Sy cuba lah nk kupas jgak pasal family adik-beradik yg slalu gaduh2 ni. Tp quite a challenge *phew
    awk agree dgn gaya SE yg x mengguda readers tu? Hahha...amat lapuk kan?


    m
    tu la sume org tgu SaraSE punya dinner kan?
    Eh ke Que punya party?


    Miss Kira
    hahhaha...mcm teori chemist, cair smapi x leh balik bntuk asal? Cool.


    !uglybetty malaya!
    Que beat? Yeay!
    happy & sedih feel smpai korg eh?
    hey kalau sy jd Mr Liew konpem sy blah, marah2 plak baby doll tu :)

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...