Wednesday, 29 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 20

            Sara leka mengemas barang – barang pejabat. Kotak yang tadinya kosong dah penuh dengan fail – fail rekod pelanggan. Punyalah sakit hati hari Isnin yang disangka bahagia rupanya derita tapi kalau dengan bos yang bernama Mr Boon Praraks ni, apa yang peliknya kan? Malam – malam buta Sara, Ainul dan Sheena mendapat mesej cinta daripada Mr Boon Praraks. Datang kerja esok kena pakai baju sukan. Masing – masing berfikiran positif dan hebat membuat ramalan.
1.      Bos nak ajak pergi riadah kot.
2.      Bos nak belanja main bowling kot. Kan dia janji minggu lepas.
3.      Bos nak kita buat kerja – kerja kat tapak yang luar alam sikit kot.
            Pengakhirannya semua ramalan mereka salah. Buat habis kredit telefon berbalas mesej ala – ala Gossip Girls malam tadi. Masuk pejabat pagi – pagi, Mr Boon Praraks dah tersengih menunggu dengan kotak – kotak kosong di tengah ruang pejabat. Rupa – rupanya pagi yang mabeles, osem, super - duper coolio ini bakal dihabiskan dengan mengemaskan barang – barang pejabat atau pun lebih tepat mengosongkan pejabat. Nak berpindah pejabat rupanya Praraks Acoustic ni. Hebat betul perancangan Mr Boon Praraks, kalau dia bagi notis awal – awal nanti ada yang buat – buat MC (cuti sakit) atau EL (cuti kecemasan).
            Muka Sheena memang tak boleh blah, marah sangat - sangat. Membebel – bebel sakan dia sambil buat kerja. Pantang Mr Boon ghaib, terus ucapan maki – makian mesra keluar. Mereka bertiga memang sehati – sejiwa bab – bab memberi pandangan dan kritikan manja untuk Mr Boon Praraks sehinggakan datang kerja pun siap janji nak sampai kat tempat parking pukul berapa. Nanti senang, masuk pejabat serentak. Baru aci kalau pagi – pagi dah kena maki, sekurang – kurangnya kena maki serentak. Biasanya Mr Boon taklah masuk pejabat awal sangat dan mereka mempunyai masa yang cukup untuk melalak dan bergosip dan sebaik mendengar bunyi tapak kasut Mr Boon, masing – masing akan mengambil posisi dengan cekapnya dan tiga pasang mata akan pegun di skrin masing – masing. Hehehe....hidup di Praraks Acoustic yang penuh dramatik.
            “Stor kat belakang siapa nak kemas?” Ainul berdiri membetul – betulkan pinggang. Tangan diluruskan gaya bersenam dah sekali tengok.
            “Osom lah. Siapa nak kemas. Tikus, lipas dan cicak dah sama banyak dengan dokumen kat stor tu.” Sheena memberi rancangan yang amat mementingkan diri sendiri atau rancangan nak mengelak dengan cara terhormat.
            “Untuk kesekian kalinya aku nak merungut, kenapalah bos tak upah je orang. Banyak servis pindah pejabat sekarang ni siap van lagi. Lepas tu dorang akan sorted dokumen, barang dan semuanya akan memudahkan seluruh rakyat jelata.” Sara menggunting tape hitam yang dililitkan di kotak. Dah siap empat kotak hasil kerja kerasnya mengemas sepanjang pagi.
            “Untuk kesekian kalinya aku nak ulang jawapan Mr Boon, dokumen kita manyak highly confidential. Kena buat sendiri.” Ainul mengajuk suara Mr Boon yang pelat – pelat Cina - Melayu.
            Masalahnya tak kan kerusi, meja, stor yang penuh dengan barang pejabat, stok kertas, stok fabrik, fibreglass berkeping – keping kat dalam stor tu pun tak kan rahsia juga. Agak – agaklah kalau nak berjimat – cermat pun. Ni memang spesis bos kerah tenaga pekerja sampai kering. Aktiviti osom berjalan dalam keadaan penuh tragis sebab Sara yang pandai pergi osom burung. Sheena dan Ainul osom batu maka sah – sahlah Sara yang kalah. Nak muncung sedepa pun tak boleh dah sebab mulut kena tutup dalam bilik stor tu, habuk manyakkk. Cis! Amuk Sara dalam hati.
            Dah hampir tengah hari barulah Sara keluar dari stor. Muka yang cun gaya barbie doll dah hilang, yang tinggal gaya samdol ada. Habuk habis melekat di t-shirt putih dan seluar track yang tersarung di badan. Ainul dan Sheena tersengih – sengih melihat rupa Sara yang comot. Baru nak berceloteh, telefon Sara berdering nyaring. Skycrapers dah mula berlagu meminta perhatian tuan punya badan yang keletihan.
            “Kau boleh tak jangan buat lawak? Aku penat ni.” Bicara Sara yang tegang dan marah memecah suasana hening di Praraks Acoustic.
            “Tak betul lah. Balikla tengok Sean. Semalam dia jatuh motor.”
            “Teruk sangat. Aku tak laratlah nak jaga sorang – sorang, balikla.” Indah merayu perlahan di hujung talian. Perut yang makin membesar diusap. Semalaman Indah tak tidur menjaga Sean Norman. Ikutkan hati malas nak beritahu Sara tapi Sean nak juga suruh Sara balik.
            Sara meletakkan telefon kasar. Tak nak terpedaya dengan Indah. Kalau teruk sah – sah semalam lagi Indah dah telefon. Ini mesti ada udang sebalik batu. Ke betul? Sean ni pun tak serik – serik lagi ke. Motor mana agaknya jahanam kali ni. Sean tu dahlah spesis Iron Man sebab ada titanium dalam badan. Sebatang paku titanium  dan dua batang titanium dalam tulang peha atau femur. Selamat kaki aligment masih sama panjang. Kalau jalan tempang, agaknya nak ke si Indah dekat abang aku tu. Sara cepat – cepat menelefon nombor Sean. Tak puas hati dengan berita daripada Indah.
            “Hah? Kat Kinokuniya? Buat apa? Kinokuniya tu kedai buku kan bukan hospital?” Sara memicit kepala pening dengan gelagat abang seorang.

***
            Sean melangkah masuk ke dalam SS perlahan. Nak jalan laju pun dah tak boleh, sengal sangat kaki kanan ni tapi nak tak nak kena jumpa Jijie jugak hari ni. Banyak benda yang Sean tak puas hati dan bergelodak dalam jiwanya perlu diluahkan. Hari ni memang dia nak cuti pun. Duduk rumah rasa macam menyusahkan Indah pula. Sebelum ke SS, Sean singgah di Kinokuniya. Dia pun tak pasti apa yang menarik kakinya untuk menekan pedal Range Rover tuanya ke KLCC. Kali terakhir ke sana pun ialah sebelum Sara ke Edinburg. Menemani si ulat buku berumah di Kinokuniya. Best deal of the day ialah apabila Sean diberi maklumat bahawa kesemua buku di Kinokuniya sekarang boleh dibeli secara online. Terima kasih atas kecanggihan teknologi sekarang yang memudahkan semua urusan. Tak payah susah – susah nak merentas kesesakan lalu lintas dan membuang masa nak menapak ke kedai buku.
            “Jom, lepak pejabat. Kau pesan kat budak jangan bagi kacau kita kat dalam.” Sean menggamit Jijie yang sedang memberi arahan kepada Don di kaunter pembayaran.
            Sebentar kemudian Sean dan Jijie duduk bertentangan di kerusi pejabat yang ditarik ke tengah. Meja kecil di tepi rak CCTV juga ditarik untuk dijadikan tempat letak ashtray. Jijie dah boleh agak mesti ada hal penting kalau gaya Sean serius semacam. Kalau tak lain gaya sapaannya tiap kali masuk SS.
            “Aku jumpa Zarith semalam.” Sean bersandar di kerusi.
            Jijie ternganga. Mahu tak ternganga. Dia kan saksi tak jadi dulu. Kiamat dah nak dekat ke ni?
            “Then?” Jijie buat – buat selamba.
            Luka di lengan dan muka Sean diperhati ralit. Ni siapa pulak yang dia belasah ni. Semalam belasah budak Wangsa Maju yang datang serang SS. Dia tak pandai jaga pelanggan boleh datang buat kacau kat SS. Berani pulak tu serang Sean di parking lot waktu Don tak ada. Nasib baik buah silat Sean pun boleh tahan kalau tak terpaksalah Sean lepas sedas dua. Bukan tak ada standby dalam poket tu tapi takat hal – hal kecik nak guna buat apa. Susah kalau tak faham bahasa. Kawasan nak bahagi – bahagi dengan adil, jangan sibuk nak kacau kawasan orang pula. Cina kalau buka pusat snooker memang lain jadinya. Pusat judilah pengakhirannya, itu yang ramai yang ingat SS dah jadi sarang nombor satu pada hal dorang tak tahu Sean kerja macam nak gila buat promosi untuk aktiviti sukan semata – mata.
            “Kau rasa kenapa sebenarnya Zarith buat macam tu dulu?” Kerusi beroda dipusing  ke kiri dan ke kanan.
            “Tak kisahlah apa alasan Zarith pun. Yang kau nak kenang kenapa? Anak bini kau nak campak mana?” Jijie cuba berlagak sebagai sahabat yang baik walau pun dia amat tak berkenan dengan sikap Indah.
            Nak cakap lebih – lebih pun tak guna kalau pasal Indah ni kerana kalau di hadapan Sean, Indah dah bertukar watak daripada syaitan yang direjam kepada bidadari dari syurga. Kehebatan Indah membelai Sean itu terpaksa Jijie akui. Pandai benar mengambil hati Sean. Kalau tak, tak kan Sara adik kandung sendiri pun Sean boleh tolak tepi. Nasib baik Sean tak bodoh sangat bab Sara. Dicari jugak Sara. Tak lah bodoh jugak Sean apabila tak memaksa adik sendiri membayar kerugian SS. Kalau dengar suara Sara memetir dulu, jelas Sara menunding kesalahan kepada Indah.
            Semalam pun Indah memberi arahan kepada Jijie untuk menghasut Sean agar menyuruh Sara memulangkan duit seratus ribu tu. Apabila diajukan kepada Sean, laju sahaja Sean menggelengkan kepala. Katanya tak payah. Duit tu memang hak Sara. Sean mengamuk dulu sebab kebiadapan Sara terhadap Indah dan sikap tidak jujur Sara bukannya sebab duit. Duit itu hanya alasan agar Sara pandai berfikir macam mana nak cari duit bukannya ada ijazah dari luar negara tapi peram dalam fail. Bab tu Jijie puji Sean tapi padanya tetap bebal sebab tak percaya cakap Sara. Jijie, Don dan Hanim yang memang orang lama di SS memang mempercayai Sara seratus peratus. Indah tu watak sampingan dalam hidup keluarga Saidin memang nak kena Sean cuci dulu baru layak nak menjadi watak utama. Setakat ni kau beranaklah dulu Indah, nanti tahu lah aku macam mana nak celikkan mata Sean.
            “I mean at least it’s good to know her reason.”
            “Tak cukup – cukup kena maki dengan orang suruhan Daddy dia? Kau nak makan kasut lagi sekali?” Jijie mengingatkan peristiwa Sean dikerjakan oleh orang suruhan ayah Zarith Sofea. Marah konon – konon anaknya diperalatkan tapi Sean sendiri tak tahu menahu apa dosa dia dengan Zarith Sofea. Seingatnya Zarith Sofea yang patut memberi penjelasan kenapa di belakang Sean dia boleh bermesra dengan lelaki lain. Sean siap ada bukti lagi tapi Sean pun satu, sengal terus kalau masuk bab Zarith Sofea ni. Sekarang ni masuk bab Indah pun dia sengal jugak. Susah kalau spesis lelaki yang terlalu menghormati hak perempuan ni. Alih – alih kepala sendiri kena pijak tak sedar. Jijie membebel sendiri.
            “Ishh...kau ni. Ke situ pula. Itu sebab aku tak nak melawan cuba sekarang cari aku kalau berani.” Sean memandang Jijie serius.
            “Dia dengan laki dia ke?” Teruja pula nak mengetahui perkembangan terkini perempuan yang berjaya mengacar – ngacirkan hidup Sean Norman.
            Kalau bukan kerana tindakan tak masuk akal Zarith Sofea, minta maaflah, Indah memang tak akan ada peluang. Teringat peristiwa Sean melamar Indah di tangga SS sebab rumah keluarga Indah telah disita.
            “Hmmm....kalau kau tak ada tempat nak pergi, jom balik rumah aku tapi kena jadi isteri akulah.”
            Dan Jijie ternganga sampai dinosaur pun boleh masuk mulut sebab macam burung belatuk Indah mengangguk. Selepas kepulangan mereka dari Australia, Sean mempelawa Indah bekerja di SS sementara Indah mendapat pekerjaan yang sesuai dan sepanjang masa Indah di sana, semua orang perasan akan tingkah laku Indah yang sentiasa menagih perhatian Sean tapi tu lah orang cakap, simpati membawa mati. Kan dah menempah maut kalau kahwin sebab simpati semata - mata. Kalau Sara atau orang lain tahu mereka berdua sebenarnya tak pernah bercinta, harus Sean kena bahan seumur hidup. Buat malu keturunan. Sean siap bagi amaran kalau perkara ni bocor memang perut Jijie boleh terburai.
            “Hey, kau sedar tak apa yang kau cakap kat budak tu tadi? Life time commitment tau.”
            “Aku sedar. And tell me apa yang aku tak mampu sebagai suami? Nafkah zahir? Nafkah batin? Semua aku boleh bagi so? I am sober enough to decide of marrying her.”
            “You don’t love her. That’s the point.” Jijie cuba menyedarkan Sean. Nak cakap tengah mabuk bukannya kaki minum pun mamat ni. Aiseh...syaitan apakah yang sedang merasuk dalam tubuh sahabatnya ini? Jijie hanya mampu menggelengkan kepala apabila jawapan Sean seterusnya tak mampu disanggah lagi.
            “Love? I love Zarith Sofea so much but at the end what do I get?”
            “Jijie! Jijie!”  Sean menjerit melihat Jijie yang berkhayal entah ke mana. Tak guna punya kawan. Punyalah beria dia cerita trip pergi PD dengan Que alih – alih sepatah haram pun Jijie tak dengar. Nampak mata macam tengah pandang dia.
            “Eh, sorry bro. Aku pergi Cambodia jap.” Jijie baru tersedar apabila Sean menyepak betisnya kuat. Sakit tak usah cerita. Jijie megadu kesakitan.
            “Kau memang nak kenakan.” Sean memandang ke arah monitor CCTV.
            “Tadi kau cakap Zarith dengan siapa?”
            “Kau ni aku baling ashtray ni sedap ni.” Sean mengacah bekas abu rokok di tengah mereka kemudian menyambung.
            “Dengan kawan dia. Perempuan jugak jadi tak tahulah dia dah kahwin atau dah siap dapat kembar tiga.”
            “La...dah lupa skrip yang aku ajar dulu?” Jijie saja membuat provokasi, nak melihat sejauh mana Sean berjaya melupakan Zarith Sofea.
            “Aku ingat nak pergi cekik dia kat meja tu tapi sampai kat depan dia, tengok muka satu – satunya perempuan yang pernah aku cintai, I was likeHai remember me?’. Can you believe that?” Sean termalu sendiri mengingatkan kisah di restoran mamak NZ tempoh hari dan berdiri di tengah – tengah pejabat. Sakit pula kaki ni.
            “Hey kau ni kan. Okay, unbelievable sebab kau telah memalukan spesis jantan kat muka bumi ni. Berapa lama aku dah ajar skrip kalau kau jumpa perempuan tu, kau maki je cukup – cukup lepas tu blah.” Jijie mengingatkan kembali skrip yang pernah diajar kepada Sean dulu.
            “Aduh, sakit la pulak kaki aku ni.” Sean mengadu dan duduk di kerusi kembali. Kedua – dua kaki dilunjurkan lurus kemudian Sean membongkok menyinsing slack hitam yang dipadankan dengan kemeja putih lengan pendek.
            “Malam tadi jatuh motor.” Sean menunjukkan luka di kaki. Teruk juga tapi tak lah sampai nak kena berjahit sebab dia terus lompat dan Hayabusa selamat mencium pokok – pokok di tepi jalan gelap. Selamat jalan romeo Hayabusa.
            “La, habis motor kau mana?”
            “Tu lah nak mintak tolong kau ni. Cari lori angkut motor aku lepas tu hantar pergi repair.”
            Jijie ternganga untuk kesekian kalinya. Kat rumah Que Zafril? Budak yang asal sejarahnya menggelarkan Sara awek sardin? Sejak bila dorang bonding – bonding siap boleh merempit sama – sama ni? Alahai kawan aku sorang ni pelik sungguh. Jijie pantas mendail nombor  Ah How.
            “Nanti kau kirim salam kat Que. Dia ada kat rumah. Cakap terima kasih semalam.” Sean melangkah keluar SS dan tersenyum. Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa di dalam plastik dikerling sekilas. Semalam? Hahaha....
            “La, abang pun pasang titanium jugak ke?” Que menunjukkan minat.
            Kalau kemalangan, pihak hospital kadang – kadang kejam juga. Kalau mereka membuat pemeriksaan pesakit tidak dibiayai oleh insuran atau tidak mampu membayar kos pembedahan, haruslah kena masuk besi sahaja. Setiap beberapa tahun pesakit dikehendaki membuat pemeriksaan untuk memastikan besi yang dipasang dalam keadaan baik. Maknanya dia dan Sean agak beruntung kerana dipasang titanium yang mempunyai jaminan seumur hidup. Syarikat yang membekalkan hospital titanium ini memberi jaminan keselamatan dan ketahanan seumur hidup, sesuai dengan harga yang berganda – ganda mahalnya.
            “Apesal, kau pun?”
            “Ya la bang. Balik cuti dari UK dulu sempat saya buat akrobatik tengah jalan. Nasib baik panjang umur. Ni kalau tak ada titanium kat celah bahu kiri saya ni, agaknya sampai sekarang tak cukup 5 tiang saya. Insaf bang kalau nyawa dah hujung tanduk tu.”
            Sean terdiam lama. Insaf? 5 tiang? Sean taklah jahil sangat untuk mentafsir ayat – ayat selamba jejaka di hadapannya ini.
            “Kawan saya semua panggil saya Iron Man. Lawaklah kalau nak ingat kisah bertapa kat hospital tu.”
            Adik saya Sara yang awak suka tu pun panggil saya Iron Man. Sean tersenyum apabila projek Mari Mengorek rahsia berlangsung dengan jayanya di tepi pantai Port Dickson malam tadi tanpa Que sedari.

***
           
            Sara sedang menghalakan remote untuk membuka kunci Viva kiutnya apabila mendapat panggilan daripada Shah Ezlan. Beg kerja berisi baju sukan yang kotor hasil kerja keras seharian menjadi kuli batak Mr Boon Praraks.
            “Saya nak jumpa awak malam ni. Penting.” Suara Shah keras sahaja di hujung sana.
            “Tak bolehlah. Saya nak pergi melawat Sean. Semalam dia jatuh motor.” Sara menolak sopan.
            “Sara, lain kali pun awak boleh jumpa Sean. Saya dah nak pergi Mekah berapa hari je lagi.” Shah memujuk. Penting untuk dia membuat Sara faham sebelum Papa membuat sebarang tindakan drastik yang bakal memusnahkan impiannya untuk bersama Sara.
            “Tak boleh Shah. Pagi esok awak jemput saya then hantar saya pergi kerja, okay tak?” Sara memberi cadangan.
            “Sara, please. Penting sangat ke jumpa Sean? Lagi penting daripada jumpa saya ke?” Shah Ezlan meninggikan suara. Sara jugak yang cakap tengah hari tadi Sean cedera ringan sahaja jadi apa yang pentingnya.
            “Never say that. Awak tahu kan pantang saya kalau awak nak banding – banding macam tu. Saya dah cakap jumpa pagi esok.”
Klik.
            Sara meletakkan telefon malas nak layan dan mula memanaskan enjin Viva. Sheena dan Ainul masing – masing sudah keluar dari tempat parking. Sara mengeluh. Sikap yang suka memaksa ni yang buat Sara angin sikit dengan Shah. Memang ciri ketua keluarga yang bagus tapi tak lah sampai tak reti menghormati orang lain. Tak faham – faham lagi ke Sean seorang sahaja yang Sara ada. Lagi pun Shah patut faham masalah antara Sara dan Sean yang disebabkan oleh Indah dan patut memberi sokongan kepada Sara untuk memulihkan keadaan. Lagu Skycrapers berbunyi sekian kalinya.
            “Awak patut faham yang abang saya amat penting bagi saya. Tolonglah.” Lirih suara Sara merayu agar Shah memahami situasinya.
            “Errr...Cik Sara. Saya boleh faham rasanya tapi awak macam salah orang je. It’s me, Que.”
            “Oh, crap!” Sara malas nak tengok skrin kalau dah siap handsfree di telinga.
            “Okay macam tak kena masa ni. So I will make this quick. Hello and how are you and I miss you. Bye Sara.”
            “Que.”
            Sara tergamam. Dia letak je telefon macam tu. Memang spesis mangkuk. Eeiii.. malunya. Sara menarik nafas panjang.



p/s: This n3 yg terakhir mgu ni. (exclude kalau ada penyakit meroyan)
Busy beeeeee.
Bersiaran lagi Monday & lepak kat mana ya korang esok? 
Hahaha....

Monday, 27 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 19

            Que berjalan mengelilingi SS. Tengah break. Goku dan Syed Azfi sedang berbual di ruang santai yang disediakan sofa dan amat selesa. Terpegun pula melihat bingkai gambar pemain professional snooker dari dulu hingga sekarang yang terhias di sekeliling ruang premis. Dah banyak kali juga Que datang melepak di sini tapi selalunya dia lebih selesa menempah bilik VIP. Hari ni sahaja mereka terpaksa bermain di meja luar. Okay jugak pun, kualiti meja tetap memuaskan. Mungkin kerana hari ni ialah hari minggu jadi ramai orang menghabiskan masa beriadah di sini.
            Que membetulkan topi di kepala. Matanya tertancap pada gambar Joe Davis yang popular pada zaman 1930an dan kemudian beralih pula ke bingkai John Pullman yang popular pada zaman 1960an. Que mengatur langkah ke arah bingkai yang saiznya berganda lagi besar daripada gambar Joe Davis dan John Pullman iaitu bingkai gambar Stephen Hendry. Pemain professional yang berasal dari bumi Edinburgh ini amat popular sepanjang tahun 1990an dan pernah memegang gelaran World Championship sebanyak tujuh kali dari tahun 1990 hingga tahun 1998.
            Orang Edin terror main snooker dari azali ke? Agaknya lah kot. Aku pun boleh tahan ada tempias Stephen Hendry ni, entah – entah saudara Mommy tak dia tu? Que tersenyum. Bertambah lebar senyumannya apabila mengingatkan Cik Sara yang pernah menuntut di bumi Edin pun boleh tahan juga pakarnya cuma di rumah Que tempoh hari malas nak bagi peluang, kalau tak turun saham. Bukan senang nak bagi Cik Sara pandang dia. Usaha kena berlipat ganda nak memenangi hati Sara Nabila. Rancangan seterusnya dalam kepala ni pun tengah diperingkat akhir untuk keputusan perlaksanaan. Tak kan Que mengalah selagi Sara belum menjadi milik sesiapa.
            Que memandang jam Luminox Blackbird SR- 71 edisi terhad yang hanya dikeluarkan 500 unit seluruh dunia di tangan kirinya. Jam yang bukan sahaja nampak amat maskulin dengan tali hitam PVD steel tapi dilengkapi dengan kompas dan jaminan cahaya (luminous glowing) selama 25 tahun tanpa sumber cahaya lain dan elektrik. Dah hampir pukul 5 petang. Baik solat Asar dulu.
            Que sentiasa mengambil peluang yang ada untuk beribadat dengan sempurna apabila di luar bidang tugasnya sebagai pramugara. Maklumlah, kalau semasa bertugas, nak sembahyang pun kena dalam keadaan berdiri atau duduk jika keadaan berdiri membahayakan pada masa itu. Nasib baik juga bertugas dengan MAS, Malaysia Airline System yang mewakili syarikat penerbangan negara Malaysia, sebuah negara Islam, malulah kalau tak sediakan sejadah dan monitor dalam kabin. Nanti pax tanya macam mana nak solat, tak kan nak cakap tak tahu. Krew kabin sudah diajar untuk membantu pax yang mahu bersolat jika keadaan kapal terbang tenang, krew akan membenarkan pax solat di bahagian hujung kabin. Kalau tak solat sahaja di tempat duduk. Nak ambil wuduk pun bukan main susah. Krew kadang – kadang memang kena sound baik punya kalau nak ambil wuduk di bilik air kabin. Bilik air perlu dipastikan sentiasa kering dan perlu mengutamakan kegunaan pax yang kadang kala cerewet dengan kebersihan.
            Que buat tak tahu, dia selalu bantai air mineral sebotol untuk mengambil wuduk dalam kabin. Mujur sebagai pramugara lelaki, senang untuk dia menjalankan tanggungjawabnya kepada Yang Maha Esa. Kalau krew perempuan atau pramugari tu faham – faham sendirilah. Rajin nak bukak bulu mata palsu, rajin nak touch up make up balik? Dan jam di tangan amat berharga setiap kali berada di luar Negara. Senang nak solat di mana – mana sahaja.
            Que melangkah ke arah surau di sebelah bilik VIP dan pejabat. Pintu surau ditolak. Bagus betul SS ni siap ada surau. Masa zaman remaja dulu, Que tak pernah nak pandang sangat semua ni. Solat jugak tapi taklah seperti mana dia menjaga tiang agamanya seperti sekarang. Sekarang lain, kesedaran sivik dah tinggi. Tengok perubahan Mommy dan Daddy yang berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik cukup membuka mata Que. Memang patut Que selalu kena bebel dengan Daddy. Jadi pramugara banyak dapat saham rugi tiap kali menghidangkan minuman beralkohol kepada penumpang. Que pun sedar perkara yang satu itu tapi hatinya masih berat untuk berhenti kerja. Tunggu lah. Nanti berhentilah. Dua perkataan ini memang kerap kali meniti di bibir. Kadang kala kalau dapat pax yang kaki minum atau yang kena layan macam raja, wine dituang macam air paip tak berhenti sepanjang – panjang perjalanan untuk memuaskan hati mereka. Mana tak dapat gelaran World Best Crew kan?
            Que mengambil wuduk di tempat wuduk kecil yang disediakan di dalam surau. Lengkap dengan dua batang pili dijadikan tempat berwuduk. Que memandang ke atas siling. Ada tanda anak panah penunjuk kiblat. Gatal pula tangan Que nak memeriksa kesahihan arah kiblat. Jam diset kepada koordinat 21° 25' 24" N, 39° 49' 24" E. Hmm....dah agak dah, tak betul. Que perasan anak panah tersebut sedikit bergoyang. Mesti ada budak nakal yang sengaja mengalihkan penunjuk ini. Que menarik kerusi di hujung surau. Penunjuk arah kiblat dibetulkan. Baru Que nak membentangkan sejadah, Sean menolak pintu surau kasar.
            “Sean, hai.” Que menegur sopan.
            “Que. Hah...kau ada kat sini?” Sean terkejut.
            “Nak Asar ke?” Que bertanya spontan. Dah masuk surau tak kan nak karaoke pula kan.
            Sean terdiam. Baru balik daripada berjumpa pembekal di GH Billiard, Kajang. Penat pun tak hilang lagi. Cadangnya nak tidur di surau ni. Semalam elok – elok tidur nyenyak di bilik Sara, pukul 3 pagi Indah bangun kejutkan. Sakit perut katanya. Siap muntah – muntah lagi. Langsung matanya dah tak boleh sambung tidur selepas pulang daripada membawa Indah ke klinik. Potong betul. Kalau tak mengenangkan temujanji yang dah lama dibuat dengan Mr Goay, dah lama Sean terbongkang di rumah. Jijie pulak cuti hari ni nak suruh ganti pun.
            “Kau sorang ke?” Sean menukar topik, membiarkan soalan Que tak berjawab.
            “Macam biasa dengan geng la bang. Tak kan nak main sorang – sorang kot. Nak tunggu main dengan abang je ni. Entah bila abang free ni.” Que membetulkan sejadah.
            Tiap kali datang, Sean mesti sibuk dengan tetamu, pelanggan VVIP atau tengah tournament. Dua minggu lepas, Sean sendiri masuk tournament. Memang tak acilah sebab Sean jadi juara tapi dia cakap aci sebab tournament ni bukan SS yang sponsor jadi saja nak cungkil bakat yang mungkin hampir padam kata Sean.
            “Boleh, jap lagi pun boleh.” Sean duduk bersandar di dinding surau. Kakinya dilunjurkan sebelah dan sebelah lagi diangkat.
            “Bang, sambung borak jap lagi. Saya solat dulu ke abang nak join? Okay gak abang jadi imam saya.” Que mempelawa bagi menghormati Sean.
            “Kau jalan dululah. Aku nak baring jap.” Sean merebahkan kepala di karpet serentak dengan laungan iqamah yang melantun dari mulut Que Zafril dan menusuk ke kalbu Sean Norman. Daripada rakaat pertama sehinggalah Que Zafril memberi salam, mata Sean tajam memerhati. Astagfirullahalazim. Sean meraup wajahnya lama.
            Que bergerak ke arah kafe. Lapar pula. Bukan dia tak perasan Syed Azfi melambai – lambai di meja tapi diberi isyarat tangan tunggu sekejap.
            “Kak, cheesecake one slice. Yang ni ya.” Que menunjukkan sepotong cheesecake yang nampak lazat di dalam cake display cooler.
            “Lagi? Any drink?” Kakak yang agak berumur dengan tag nama Hanim bertanya dengan sopan.
            “Mango juice.” Que mengeluarkan tiga keping duit lima ringgit. Tray berisi sepiring cheesecake dan segelas jus mangga bertukar tangan. Sementara menanti duit baki, Que sempat merasa cheesecake di tray.
            “Kak, sorry tanya. Tapi kan dulu cheesecake ni lagi sedap. Abang Sean pernah bagi saya sebiji dulu dan jauh sangat rasanya dulu dan sekarang.” Que tersenyum melihat kakak yang nampak pelik dengan komennya.
            “Dulu tu macam 5 tahun dulu ke? Atau bila?” Hanim mula mencongak – congak. Sah zaman signature cake yang Sara Nabila buat. Sekarang mana ada, semua tempah luar.
            “Betullah tu. Zaman saya muda belia kot.” Que mula nak bergerak meninggalkan kaunter kafe apabila dia digamit kembali.
            “Minta maaflah. Dulu adik tauke yang buat. Sekarang dia sibuk belajar lepas tu kerja jadi semua tempah luar. Minta maaf ya. Kagum pula akak, adik ingat lagi.” Hanim tersenyum.
            Pelik pun ada tapi bukan jejaka ini seorang yang pernah bertanya, sebelum ni ramai pelanggan tetap yang memberi komen yang sama. Hanim menghantar Que Zafril dengan pandangan yang bersinar – sinar. Sebut – sebut pasal kek ni teringat berita yang Don bawa pagi tadi, Sara dah balik rumah semalam. Sekejap pun dah cukup bermakna bagi warga SS kerana itu melambangkan bunga – bunga pendamaian sudah berputik. Semua rindukan Sara. Lebih – lebih lagi apabila semua orang meneka bahawa Sara tak bersalah.
            Que, Goku dan Syed Azfi menghabiskan masa di meja snooker sehingga ke pukul 7 malam. Punyalah banyak masa nak buang – buang macam tu sahaja. Que relax sebab esok dia cuti. Syed Azfi kalau seksa sikit pun, pagi – pagi dah nak masuk kerja. Doktor baru bertatih katakan. Goku pun relax, kerja dengan abang sendiri. Suka hati nak masuk pukul berapa selagi tak ada kerja penting kat pejabat. Lagi pun malam ni macam nak lepak dengan Daddy dan Mommy. Esok kalau Daddy tak sibuk, boleh offer diri jadi caddy, saja – saja ambil hati orang tua. Que mengerling jam di tangan.
            “Jom blah. Dah nak Maghrib ni.” Que menyimpan cue yang dibawanya ke dalam sarung.
            “Hah...jom.” Syed Azfi hanya mengangguk. Dah puas hati dapat lepas gian. Hari kerja sibuk dalam hospital tak sempat nak fikir hal duniawi sendiri.
            “Kau tolong bawak balikla cue aku ni. Aku naik motor hari ni. Kejap lagi nak singgah kedai. Malas nak usung.” Cue buatan tangan yang dibelinya di Shanghai tiga tahun lepas diserahkan kepada Syed Azfi. Hari ni Syed Azfi datang dengan kereta. Goku siap jadi penumpang kehormat. Biasanya budak berdua ni layan juga naik motor tapi tengok keadaan. Que tadi pun ingat nak naik kereta tapi tengok cuaca bagus dan nak cepat, baik rembat masuk KL dengan motor.
            “Aku gerak dululah. Mommy aku suruh singgah beli barang kat kedai elektrik jap.” Que menonong meninggalkan meja.
            “Woitt...ni...” Goku menjerit memberi isyarat siapa nak bayar?
            Goku tersengih. Saja nak buat – buat berkira budak ni. Pada hal tanda tak puas hati kena titik. Nak lawan Que, salahlah. Orang ajak main main – main tak nak. Nak main betul – betul. Kan dah makan asap. Que menunjukkan simbol L di dahi. L for Loser. Kalah bayarlah kan?
            Que sedang menyarungkan jaket dan memakai helmet apabila bahunya tiba – tiba ditepuk kasar. Ada nak kena hempuk dengan helmet ni kang. Que membuka kembali helmet. Rambut yang kusut diselak dengan jari sekilas.
            “La bang...kalau orang lain tadi main tegur tepuk – tepuk ni ada nak makan helmet saya ni.” Que tersenyum apabila berpaling ke belakang. Rupa – rupanya Sean yang sedang berdiri tegak di belakangnya dengan rokok di tangan.
            “Mat motor jugak kau ni.” Sean menilik R6 milik Que.
            “Motor lama la bang. Zaman budak – budak tapi sayang nak jual.” Que menggosok tempat duduk R6 miliknya yang berwarna biru dan putih. Tetap mantop walau pun dah bertahun umurnya.
            “Aku ada R6 macam ni. Warna merah hitam tapi hari ni aku bawak Hayabusa. Jom makan angin.” Sean membuang puntung rokok ke lantai. Loafers Gucci di kaki memijak puntung rokok yang masih menyala dan dihenyak membuat bulatan kecil sehingga bara dipuntung rokok padam.
            “Jom ah, tadi dahlah kau tak kejut aku kat surau. Kau main blah je kan.” Sean menuju ke motornya yang terletak selang enam buah daripada motor Que. Bagusnya tempat parking motor di Wisma ini ialah tempat parking motor – motor besar diasingkan dengan motor kapcai dan siap disediakan Jaga. Kalau tak mahu tinggal tulang kalau superbike yang berharga ratusan ribu ditinggalkan tanpa pengawasan. Geng – geng dan kaki – kaki pencuri motor besar ada di mana – mana sahaja.
            “Boleh no hal tapi kita drop kat mana – mana kedai elektrik jap, pastu follow saya hantar barang kat rumah. On the way balik rumah saya memang thriller habis bang nak rembat. Boleh tak? Dah janji dengan orang tua kat rumah lah bang.”
            Sean mengangguk. Dalam hati tak sabar nak tahu apa yang Que buat dengan Sara di Kuching sebenarnya. Mereka singgah di kedai elektrik di Danau Kota dan Que bergegas mencari adaptor dan triple plug. Entah Mommy dan Daddy ni nak buat apa. Macam tak boleh beli sendiri. Dari dalam kedai Que nampak ramai mata – mata yang memandang Sean yang sedang menanti di motor. Mahu tak berkelip kalau tengok motor besar macam Hayabusa dan R6 kat tepi jalan. Tengok rider pulak handsome. Perasan! Que tersenyum dan bergegas ke arah Sean selepas membuat pembayaran. Tangan tergawang – gawang tunjuk jalan kiri – kanan nak ke rumahnya ringkas. Memang konvoi, pergi sama – sama tapi kalau dah tahu jalan lagi sedap nak merembat.
            Que menyarungkan helmet dan mendahului Sean. Bunyi enjin motor masing – masing menarik perhatian orang ramai dan sebentar kemudian berdesup Que membelah jalan raya menuju ke MRR2 dan kemudiannya melalui jalan kecil di belakang Zoo Negara. Que laju membelah jalan – jalan yang sempit dengan cerun yang amat menggerunkan di kiri dan kanan. Dah namanya membesar di kawasan hutan belantara ni jadi harus selok belok dia dah tahu. Memang adventure lah ikut jalan ni. Mereka melalui kawasan air terjun dan akhirnya membelok di sebelah kiri dengan jalan yang ngam – ngam sahaja memuatkan sebuah kereta tapi berturap cantik. Que memandang belakang dan Sean masih setia mengekori.
            Sean telah membuka wiser helmet dan matanya dikerdipkan tanda menyoal ‘rumah kau kat mana mangkuk?’. Mana tak risau kalau masuk hutan belantara macam ni, alih – alih jumpa rumah banglo ala – ala istana kat dalam. Sean hanya mengekori Que melalui bahagian halaman rumah siap dengan porch yang dipenuhi dengan deretan kereta mewah dan akhirnya Que menongkat R6 nya di depan garaj bahagian belakang rumah.
            “Seriously?” Sean mematikan enjin motor. Kagum apabila pintu garaj terbuka dan yang terbentang di depan amat ialah tempat parking kereta yang bersambung dengan bilik tidur yang mewah. Siap G35 tersadai di dalam ni.
            “Apa yang serius nya bang? Jap ya.” Que tersengih – sengih dan selepas mempelawa Sean duduk di kerusi rehat di hujung bilik, Que bergegas ke pintu belakang bilik dan menyerahkan barang – barang yang dikirim oleh Mommy. Sebentar kemudian Que kembali dengan air tin Coke di tangan.
            “Minum dulu. Saya Maghrib jap lepas tu kita blah. Nak join?” Que mempelawa ramah.
            “Kau ni alim siot. Memang boleh buat calon adik ipar.” Sean bergurau. Kagum dan segan yang bercampur baur.
            “C’mon bang, every pious person has a past.” Que menjawab dengan rendah diri.
            Tak ada makna alimlah kalau setakat buat benda wajib dalam kategori asas macam ni. Fikir Que sendiri. Pious yang lebih membawa kepada makna tanggungjawab dan bukannya alim. Rasanya gelaran itu masih terlalu jauh kalau nak dibandingkan dengan ibadatnya yang tak seberapa namun impian untuk mengubah dan memperbaiki diri tersemat jauh di lubuk hati.
            “And every sinner has a future.” Sean menyambung perlahan. Tak dapat tidak Sean membandingkan diri Que dengan Shah. Shah memang baik, alim pun ya tapi kat rumah tempoh hari, Shah minta izin solat sendiri – sendiri. Mana ada nak pelawa dia, Sara jauh sekali.

***

            “Rumah kau memang gempak gila.” Sean menghirup air horlicks panas di cawan.
            “Mana ada bang, biasa je. Bilik saya je yang masuk ikut belakang. Senang saya nak keluar masuk.” Que menjawab dengan merendah diri.
            “Pandai kau ya. Keje amacam? Bagus?” Sean memulakan aktiviti Mari Mengorek Rahsia.
            “Ishh...okay je bang tapi bosan jugak.”
            “Hari – hari jumpa pramugari lawa pun bosan ke?”
            “Masalahnya bang, hati saya ni dah tergolek kat tanah jadi kalau terbang tinggi hari – hari, badan lemau lah bang.” Que memberi isyarat tangan meminta pelayan menambah order. Lapar pula. Tadi sampai kat restoran NZ Corner ni gatal order air je.
            Sean tersenyum. Apalah yang budak ni merepek hati tergolek kat tanah. Nak cakap jatuh cinta dengan Sara ke? Tak mungkin sebab Sara nampak sangat kemaruk dengan Shah Ezlan tapi apa mereka berdua buat di Hilton Kuching tempoh hari? Sean melilau memandang sekeliling NZ, kedai mamak yang memonopoli pasaran Wangsa Maju. Makan bukannya sedap kat sini tapi nak lepak okaylah. Motor pun boleh parking depan mata. Tiba – tiba mata Sean menangkap sesusuk tubuh yang sedang berjalan masuk ke dalam restoran.
            “Zarith Sofea.” Perlahan nama yang sudah lama cuba dipadamkan dalam kotak memori meniti dibibir.
            “Siapa bang? Awek cun tu ke abang cakap? Haishh....marah bini abang nanti tau ni. Nakal jugak abang ni kan.” Que mengusik sambil membayangkan rupa isteri Sean yang selalu berada di SS tengah mengamuk. Teringat pula kata – kata kakak di kaunter kafe tadi, Sean ada adik pandai buat cheesecake? Tak pernah nampak pula. Baru Que nak membuka mulut bertanya, Sean berdiri dan melangkah ke arah gadis yang dipanggilnya Zarith Sofea tadi. Que mengerutkan dahi dan hanya memerhatikan dari jauh.
            “Hai, remember me?” Sean menyeluk tangan ke dalam poket jaket. Tajam matanya merenung Zarith Sofea yang sedang duduk dan nampak agak terkejut dengan kehadirannya.
            “Do you know him?” Gadis yang menemani Zarith Sofea menyoal sahabatnya yang nampak terkejut dan nampak seperti mengenali lelaki kacak di hadapan mereka ini.
            “She should remember very well a man who she left on their matrimonial day. Don’t you Zarith?”
            “Sorry, I don’t know you.” Zarith Sofea membuntangkan mata ke arah Sean.
            Lama mereka bertentangan mata.
            “And I don’t know my Zarith anymore.” Sean mengatur langkah ke arah Que.
            “Jom, blah. Short trip PD. Ada bran?”
            “Eh, roger.” Que meninggalkan sekeping duit sepuluh ringgit di meja dan terus melangkah membontoti Sean ke tempat parking motor mereka.
           


 p/s: sy x meroyan la. Igt nk bg hint kat non-shouters. Sbb sy slalu kagum dgn sokongan readers yg rajin menyapa di Sb & commented yet ada readers yg segan or x pnah tegur pun. C'mon, korg segan ke nk tegur sy? Hai KL or Nice or Crap or any simple words would do.
Thank you. Lev u guys.
XOXO!!



Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end
Always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad that it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough
You didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records
And then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all the times you screwed me over
But had me believing it was always something that I'd done
And I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know...

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened
And that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger
And that feels so rough
You didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records
And then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

I used to know
That I used to know

Somebody...


Sunday, 26 February 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 18


            Sara masih berselimut. Malas nak bangun. Bangun pun bukan ada aktiviti nak buat. Menyesal batalkan kelas tuisyen hari ni. Sangkanya hari ini dia akan melepak dengan Sean setelah lama tak bersua tapi kejadian semalam buat menyakitkan hati sahaja. Susah – susah hidup kat luar pun Sara lagi sanggup lah duduk rumah hasil titik peluh sendiri daripada duduk sebumbung dengan Indah yang jelik. Elok – elok nak baik dengan Sean boleh jadi perang dunia pula kalau wujudnya spesis perempuan macam Indah. Suka memporak – perandakan keadaan.
            Kadang – kadang terdetik di hati Sara, apa sebenarnya salah Sara sehingga Indah tergamak menabur derita begini dalam hidupnya. Tak kan sebab duit tu semata – mata? Seratus ribu bukannya banyak sangat bagi Sean dan SS. Kalau setakat Indah nak berjoli sekali pun, rasanya kalau betul caranya, dua ratus ribu pun Sean boleh bagi masalahnya kenapa begini jadinya. Dah puas Sara fikir tapi menemui jalan buntu. Kalau Indah semata – mata mahu merangkap dirinya, kenapa hanya setelah Sara membongkarkan rahsia kehilangan duit tersebut baru Indah tunjuk belang? Kalau tak elok sahaja Indah melayannya. Menyesal menyokong Sean mengahwini Indah.
            Sara sering tertanya – tanya, sejak bila Sean dan Indah sebenarnya bercinta? Tengok gaya Sean selama ni macam melayan Indah sekadar menghormati Indah sebagai sahabatnya sahaja. Pelik bin ajaib tapi Sara hanya merestui sahaja saat Sean memberitahu berita perkahwinan mereka. Jauh di sudut hati Sara amat berharap Indah menjaga Sean dengan baik walau pun Sara dilayannya macam kucing kurap. Biarlah Sean bahagia. Sean berhak juga untuk hidup normal. Dah berapa lama hidup Sean hanya untuk Sara dan SS. Kehadiran bayi dalam kandungan Indah nanti juga harapnya akan menambah kebahagiaan dalam hidup Sean. Bahagian Sara, bahagia itu rasanya pandailah dia cari sendiri. Kalau betul apa yang Shah cakap maka bahagialah dia tapi kalau Shah bohong dan Indah yang benar, di mana kebahagiaan untuknya? Sara memegang rantai tangan Tiffany, tersarung di tangan kirinya yang dihadiahi Sean semalam. Cantik sangat dengan reka bentuk yang moden, ringkas tetapi amat mewah.
            Semalam majlis harijadinya di penthouse yang amat dirinduinya berlangsung dengan  meriah tapi kaku sahaja. Sean seperti tidak menyenangi kehadiran Shah. Sara belum buta lagi mahu menilai tapi mujurlah Shah pandai membawa diri. Sean lebih banyak bercakap dengan Sara daripada melayan Shah. Terpaksa Sara membuat laporan lengkap di mana dia bekerja sekarang dan tinggal di mana. Nasib baik Sean tidak memberi cadangan drastik menyuruh Sara berhenti kerja sebab rasanya memang dari dulu Sean menyuruhnya bekerja dan menggunakan sijil yang ada. Masalahnya kerjanya sekarang pun sebenarnya Sara dah over-qualified tapi terpaksa punya pasal. Apa yang ada di depan mata rembat sahaja.
            “Awak okay ke?” Sara sempat bertanya apabila ditinggalkan berdua dengan Shah di balkoni.
            “Okay. Kenapa tanya macam tu?” Shah Ezlan pelik.
            “Kan ni kali pertama awak datang sini. Kalau layanan keluarga saya terkurang sana – sini saya minta maaf okay.” Sara serba salah. Nak tanya apa yang Indah cakap siang tadi rasa macam tak patut pula. Dahlah rancangan mereka untuk keluar makan malam berdua dah bertukar jadi rancangan makan malam berempat.
            “Sara, apa yang awak nak risau. Saya dulu bawa awak balik rumah saya rasanya layanan my father lagi teruk.”
            “Itu lain. Saya faham perasaan seorang ayah. Mestilah nak yang terbaik untuk anaknya.”
            “Kalau macam tu, saya pun faham perasaan seorang abang, mesti nak yang terbaik untuk adiknya. Dah jangan nak fikir pelik – pelik. We are not teenagers anymore Sara.” Shah Ezlan menyedapkan hati Sara.
            Bukannya Shah kisah kena batalkan rancangan makan malam mereka. Yang penting ialah janji bersama Sara Nabila. Bukannya mereka di zaman remaja lagi yang nak mementingkan diri sendiri. Keutamaan Shah sekarang ialah untuk membawa Sara menjadi suri hidupnya. Sara yang manis berskirt labuh warna merah yang dipadankan dengan blouse bercorak hitam putih ditenung lama. Jarang nampak Sara kelihatan matang seperti malam ini. Biasanya uniform harian Sara ialah jeans dan t-shirt sahaja. Bosan pun ada tengok gaya Sara yang langsung tak feminin tapi kalau hati dah sayang nak cakap apa lagi. Terima sahaja dan dah jadi isteri nanti boleh ubah, boleh buat make over. Fikir Shah lagi.
            “Shah  jom, layan satu game.” Sean menjerit dari ruang tingkat bawah.
            Hmm...tengok Sean nak belasah saya. Mana saya pandai main snooker sangat.” Shah merungut tapi tetap menghadiahi Sara senyuman dan berdiri.
             Lepas makan malam tadi memang Shah dah cakap nak layan snooker dulu. Lepak – lepak dulu kat tingkat bawah penthouse yang menjadi ruang rehat keluarga. Balkoni tingkat bawah memang dikhaskan untuk tempat riadah. Balkoni di tingkat bawah yang luas diubahsuai menjadi tempat riadah Sean dan Sara dan dilengkapi dengan threadmill, elliptical, exercise bike, meja snooker dan meja pool.
            Go, try your best. Tunjuk terror sikit kat bakal abang ipar.” Usik Sara tapi cepat – cepat menutup mulut apabila menyedari bahawa dia jauh tersasul.
            Wow, nice one. Bakal abang ipar? Here I come.” Shah tergelak melihat reaksi spontan Sara dan berjalan beriringan dengan Sara ke tingkat bawah.
            “Sara, saya lupa nak bagitau awak.” Shah menyambung lagi.
            “Apa dia?” Sara pelik.
            “Hadiah awak. Patutnya saya ambil hari ni tapi tak siap lagi.”
            Apabende tu?”
            “Oh, surprise.” Shah tersenyum.
            “Sara, sini.” Indah tiba – tiba mencuit bahu Sara dari belakang. Baru setapak menuruni anak tangga.
            “Ikut aku jap.” Indah memberi arahan. Shah hanya memberi isyarat mata mengizinkan Sara mengikut langkah Indah yang sudah menonong ke dapur.
            Sara pula malas betul nak layan perompak ni. Bagi Sara, Indah memang perompak cuma yang perlu disiasatnya kini ialah Indah menggunakan duit sebanyak seratus ribu ringgit itu untuk apa sampai Sean langsung tidak perasan. Tiba sahaja di rumah tadi, Sara laju mahu ke biliknya. Dalam hati hanya mahu membuktikan bahawa dia tak pernah bersalah dan menunjukkan bukti yang disimpannya di dalam bilik. Sara dah tak kira Indah tengah berbadan dua atau tiga sekali pun janji dia dapat membuktikan kepada Sean bahawa dia tak bersalah tetapi baru sekerat jalan Sara melangkah ke ruang tamu, Sean memecahkan belon yang bergantungan di ruang tamu dan confetti bertebaran keluar menyambut kepulangan Sara. Sean laju memeluk Sara dan terus mengarahkan Indah menyorong troli yang berisi kek comel dengan figura Barbie doll. Cantik sangat. Terpaksa Sara lupakan niatnya tadi terutamanya apabila Sean langsung tak mengungkit tentang duit tersebut. Adakah Sean terlupa kata – katanya semasa menghalau Sara keluar dulu bahawa Sara tidak dibenarkan melangkah masuk ke rumah ini lagi selagi belum menjelaskan hutang SS?
            “Kau dah tanya Shah belum apa yang aku bagitau kau tadi?”
            “Tanya apa?” Sara berpura - pura buat tak tahu.
            “Pasal bapak dia datang cari Sean lepas tu marah – marah anak dia tergilakan kau. Kau kena sedar Sara, kau tu siapa. Shah tu siapa. Korang mana sepadan. Keluarga kita ni mana layak nak bergandingan dengan keluarga baik – baik macam Shah tu.” Indah merendahkan suaranya. Tangannya ligat menyusun biskut Florentine ke dalam piring.
            Sara menelan air liur melihat biskut Florentine yang nampak sangat lazat. Indah buat? Tak mungkin. Mesti Sean yang buat sebab ini satu – satunya resipi biskut yang Sara berjaya mengajar Sean buat dengan jayanya. Biskut kegemaran Sara dan Sean. Biskut Florentine sekali tengok macam biskut oat yang amat krispi dengan lapisan atas ialah lapisan coklat dan lapisan bawah terdiri daripada adunan almond, cherry dan caramel yang dibakar sehingga crispy dan golden brown. Sara memandang biskut tersebut dengan penuh perasaan terharu. Pasti biskut tersebut dibuat khas untuknya. Okay perasan!
            “Eh, kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni?” Indah bengang apabila Sara hanya mendiamkan diri.
            “Dengarlah. Tak payah tanya. Aku percayakan Shah. Shah tak akan tipu aku.” Sara melangkah menjauhi Indah.
            Takut berjangkit aura syaitan dalam diri Indah. Takut juga kesabaran yang tak mampu ditahan bakal merodok perut Indah yang makin memboyot. Baik Sara bertenang. Sara tak mahu membuat keputusan dalam keadaan hatinya tengah berkecamuk dan keliru. Sepanjang perjalanan dari Puchong ke sini Sara mendiamkan diri tanda protes terhadap Shah. Sara bukan tak percayakan Shah tapi apa salahnya menyiasat kebenaran kata – kata Indah. Paling tak kalau Indah tipu, bertambah lagi rekod buruk Indah yang selamanya memang tak akan indah tu.
            “Kau ni memang tak sedar diri nak berganding dengan orang yang tak sepadan.” Indah menutup balang biskut.
            “Mulut kau jangan nak kurang ajar sangat ya. Kau sedar tak yang kau kutuk tu keluarga laki kau? Aku bangga je dengan keluarga aku. Kalau kau rasa keluarga ni jahat sekali pun, aku rasa itu sejak kau jadi sebahagian daripada kami. Faham!” Sara menyinga.
            Marah betul apabila Indah tak habis – habis nak mengungkit tentang status keluarga mereka. Sara tak pernah pun rasa rendah diri dengan segala yang diwarisinya. Kalau siapa – siapa yang mengutuk memang nak kena humban dalam longkang agaknya. Tuan Sazali atau Dr Sazali hari tu pun nasib baik tak kena humban dengannya apabila tak habis – habis mempersoalkan perniagaan Sean tapi Sara tetap bersabar kerana menghormati Shah. Indah pula sibuk menyalakan api keraguan dalam dirinya membuat Sara tak betah berlama – lama menghadap Indah. Sara meninggalkan Indah di dapur dan turun menyertai Shah dan Sean.
            “Hai. Tak habis lagi? Tak nak balik ke?” Sara duduk di hujung balkoni memandang bintang – bintang di langit. Sebentar kemudian pandangannya beralih ke arah Shah dan Sean yang sedang bermain dengan penuh fokus.
            “Sara tak nak tidur sini ke?” Sean bertanya. Cue di tangan disandarkan ke meja. Membiarkan Shah memulakan gilirannya.
            “Tak kot.”
            “Mana dia nak tidur sini. Dia datang ni pun semata – mata nak tanya pasal bakal mertua dia yang kurang ajar tu.” Indah yang menyusul di belakang dengan selamba menyampuk. Suasana sunyi – sepi tiba – tiba. Shah mengangkat kepala.
            “Indah....” Sean menegur.
            Berubah juga air muka Sean. Tak sangka si isteri akan merosakkan malam yang sepatutnya meraikan Sara dengan penuh gembira. Dia sendiri pun tak suka dengan Shah tetapi dia tetap menghormati perasaan Sara. Sara bukan budak – budak lagi yang hati dan perasaannya boleh dipandang enteng.
            “Kau tak percaya cakap kakak ipar sendiri kan? Tanya Shah sekarang. Tanya.” Indah menghulurkan secawan kopi kepada Sean tetapi matanya dihala kepada Sara.
            “Tanya apa Indah?” Shah mula tak sedap hati.
            “Ayah kau ada jumpa Sean suruh larang Sara jangan berjumpa dengan kau lagi. Ayah kau cakap Sara tak sepadan dengan kau. Dia cakap kau layak dapat perempuan daripada keturunan lagi baik.” Indah menjauhkan diri sedikit daripada Sean. Takut juga dengan reaksi Sean sebentar tadi tapi dia tak dapat bersabar. Biar padan dengan muka Sara. Indah cemburu apabila segala – gala yang mahu dimilikinya dimiliki oleh Sara.
            “Betul Sean?” Shah meletakkan cue di meja. Langkah dihala ke meja bulat di hujung balkoni. Matanya memandang Sara dan Sean yang diam tak berkutik.
            “Kau balik tanya ayah kau sendirilah. Aku no comment.” Sean mengambil jalan tengah. Tak sampai hati melihat wajah Sara yang mula mendung.
            “Sara?” Shah memandang Sara tajam.
            “Sepatutnya saya yang tanya awak Shah.” Perlahan sahaja suara Sara. Sean menghulurkan sekeping biskut Florentine kepada Sara. Sean memang tak suka tengok drama seperti ini di hadapan mata. Dia sendiri pernah merasai pahitnya ditinggalkan dan kini Sara pula yang dirundung nasib yang sama? Ikutkan hati nak sahaja diberitahu kepada Shah agar menjauhi Sara dengan cara baik tapi apa pula kata Sara nanti.
            “Saya tak tahu apa pun. Jadi my father did come to SS again? Betul Sean?” Shah mula tak senang berdiri. Sampai hati Papa. Depan dia cakap lain, belakang dia cakap lain.
            “Shah, I think this your internal problem. We shouldn’t interfere this.” Sean bangun. Cue yang disandarkan di meja dan cue Shah di atas meja dikutip dan disimpan. Bola – bola snooker juga disusun dengan teratur.
            “Sara, dah lambat. Kalau tak nak tidur sini, balik sekaranglah. Nak abang hantar ke?”
            No, it’s okay, Shah boleh hantar.” Sara pun gugup. Tahu sangat reaksi Sean. Bukan Sean menghalau tapi Sean memberi ruang kepadanya sendiri untuk menyelesaikan masalahnya.
            Sebaik Sara dan Shah melangkah keluar rumah, Sean melarikan diri ke dalam bilik Sara. Badannya dibaringkan di katil empuk Sara. Teringat zaman remaja Sara yang hanya dihabiskan bersamanya. Agaknya inilah hasilnya. Sara amat pasif apabila bercakap tentang hati dan perasaannya. Dari dulu sampai sekarang hanya Shah yang dipandangnya. Nampak sekali imbas memang Shah langsung tak ada kekurangan tapi segala – galanya akan berubah kalau Sara dibawa masuk ke dalam keluarga Shah tanpa restu keluarga. Tanpa restu keluarga, sesempurna mana Shah pun tak kan mampu menafikan hakikat bahawa hidup mereka bakal sepi dan kosong. Cukuplah diri sendiri yang terlajak membuat perancangan untuk mengahwini Zarith Sofea dengan mengenepikan kehadiran keluarga Zarith Sofea dan kehadiran keluarganya sendiri. Natijahnya semuanya tak menjadi. Sean nampak Sara mengharapkan Sean agar membantunya membuat keputusan tetapi ini masa depan Sara, biarlah Sara sendiri yang membuat keputusan.
            “Sean, susu.” Indah yang tersembul dari pintu menantang segelas susu segar ke arah Sean. Projek menawan hati suami.
            “Awak yang kena minum, bukan saya.” Sean menolak lembut. Pandangannya jatuh kepada si isteri yang makin berisi. Sean mengeluh di dalam hati. Sean amat mengharapkan agar Sara dikurniakan kebahagiaan dan seorang lelaki yang benar – benar menyintainya. Sesungguhnya lelaki yang tidak menyintai si isteri sepenuh hati tak mungkin mampu membahagiakan si isteri dan memakmurkan keluarga. Rasanya rumah tangganya mampu bertahan kerana sikap Indah yang menerima sahaja tingkahnya. Indah yang banyak bersabar.
            “Indah.”
            “Ya.”
            “Lain kali jangan masuk campur masalah Sara.”
            “Saya cuma...” Indah duduk di sebelah Sean dan memegang bahu Sean untuk diurut tetapi ditepis kasar.
            No. I said no!” Sean memejamkan mata. Malam ini Sean mahu bersendirian.
            Dalam kereta, terhambur juga segala keraguan yang berlegar di kepala. Shah mati – mati menafikan bahawa dia sengaja menyembunyikan perkara yang sebenar daripada Sara. Shah langsung tak sangka sejauh ini tindakan Papa. Rupa – rupanya Papa hanya berlakon di hadapannya apabila memuji Sean dan SS. Semuanya hanya untuk mengaburi mata Shah. Patutlah beria benar Papa mahu membawa Shah menunaikan umrah, katanya agar hati Shah tenang dan mampu membuat pilihan yang terbaik apabila kembali ke tanah air. Sangkanya pilihan yang dimaksudkan oleh Papa ialah untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi seperti Papa kerana Shah membantah. Tak minat jadi pensyarah macam Papa. Kalau sambung belajar lepas tu kerja macam biasa lainlah. Ini rupanya maksud Papa. Shah menarik nafas dalam. Kasihan melihat wajah Sara yang mendung di sebelah.
            “Sara, we will work this out together. Hal Papa urusan saya. Awak jangan risau. Nanti saya balik buat umrah, saya akan pastikan majlis pertunangan kita tetap akan berjalan seperti yang saya rancangkan.”
            “Shah, saya percayakan awak tapi jangan sekali – kali awak membelakangkan orang tua awak. Itu sahaja yang saya harap.” Sara mengalihkan pandangan keluar. Kelam malam di luar umpama menyelimuti hati Sara yang kesedihan.
            Sara yakin Sean mengharapkan Sara membuat keputusan yang terbaik. Sean mungkin nampak keras perwatakannya di luar tapi kalau dengan keluarga sendiri memang sifatnya jauh berlawanan. Kalau dengan keluarga, Sean berperwatakan sama, harus Indah dah lama kena Clorox. Tadi bukan Sara tak nampak renungan Sean menghantar isyarat jangan masuk campur kepada Indah tapi memandangkan isterinya itu memang jenis tak makan saman, mana nak hormat perasaan orang.
            Sara menguap. Macam layar peristiwa malam tadi menghiasi paginya yang dikejutkan oleh panggilan daripada Que Zafril.
           
***
           
            Morning Cik Sara.”
            Morning. Ada apa telefon pagi – pagi buta ni dear my ex- client?” Sara menguatkan sebutan ex-client. Tak faham bahasa agaknya orang dah siang – siang reject.
            “Dah pukul 10 la ni. Dah terang benderang, apa yang butanya lagi? Awak tidur lagi ke?” Que tergelak di hujung talian. Sudah dua hari ditahan daripada menghubungi Sara Nabila. Segan sebenarnya tapi hari ni memang Que dah tak boleh nak berkompromi. Boleh lemah pertahanan badan kalau tak dengar suara gadis nun di sana.
            “Biasalah. Hujung minggu ni. Saya bukan ada nak buat apa pun.” Sara menguap. Matanya dibuka besar. Cahaya matahari yang menerjah masuk ke retina membuatnya terpisat – pisat menahan silau tapi Sara masih di posisi baring. Jangan harap nak bangun pagi – pagi.
            “Jom keluar. Nak ajak pergi jalan – jalan. Saya bukan pelanggan awak lagi jadi awak tak payah nak segan – segan.” Que menahan debar di dada. Kalau ikut track record, memang haruslah kena tolak mentah – mentah pelawaannya ini tapi apa salahnya mencuba.
            Sorry. Hari ni kasut baru saya ada another great place to go.” Sara menolak manis. Jangan lupa nada perli di situ.
            Que yang mengesan riak nakal Sara tergelak. Harus Sara dapat menangkap niatnya yang memulakan langkah untuk membawa Sara menuju ke hatinya. Susah sangat nampaknya nak menunjukkan jalan yang benar untuk Cik Sara kita ni. Apa agaknya Dr Reid cakap ya dengan koleksi kasut Sara yang bertambah tiba – tiba. Kalau nak diingatkan memang memalukan betul. Bagi hadiah harijadi kat anak dara orang kasut? Sah usaha gagal. Dah memang dia agak lembap bab – bab Mari Membeli Jiwa Gadis. Gadis yang cuba dipikatnya pula bukan sebarangan. Sara Nabila bukan seorang gadis yang mudah terpedaya dengan pakej paras rupa dan kekayaan yang dimilikinya. Memang susah nak cari kelemahan Sara Nabila untuk dijadikan senjata. Terpaksa try and error sepanjang masa.
            “Hmm...kalau macam tu baguslah. As long as it’s a great place. I granted permission.” Que membalas gurauan Sara tapi dalam hati sumpah frust menonggeng. Tak kan nak tunjuk paksa – paksa pula. Malulah.
            “Jangan nak buat kelakar Encik Zafril, I don’t need your permission okay.”
            By the way do you like the presents? Sorry and firstly I would like to proclaim myself unromantic although I beg to differ.” Rendah suara Que mengubah topik dan menahan rasa dalam dada.
            Thank you. They are great shoes. Nak buang ke laut pun sayang. Jadi simpan buat pekasam pun okay kalau saya tak rasa nak pakai.” Sara membidas lagi.
            Teringat apabila Sara cuba memulangkan Mr Blue dulu. Penat angkut pergi Seremban 2, alih – alih keesokan harinya Mr Blue ada balik di hadapan pintu rumahnya. Que Zafril bukanlah seorang yang boleh menerima kegagalan nampaknya. Degil semacam. Dah cakap pun dia memang dah tak ada peluang tapi masih juga mencuba. Sara tak mampu nak maki lebih – lebih kerana setiap usaha dan cara Que semuanya secara momentous, bersahaja tetapi cukup meninggalkan impak. Tak boleh terima Sara kalau orang tidak disukainya menghargai dirinya lebih daripada orang yang disayanginya. Sakit otak nak fikir cara nak merambuskan Que dalam hidupnya. Ini pun panggilan Que yang entah keberapa kalinya pagi ini. Sakit hati pagi – pagi dah mengacau.
            “Sara, I would like you to consider my pro....”
            And I think people who claimed themselves unromantic are indeed romantic in their on way. They can even catch you by surprise.” Sara mencelah, segan nak mendengar ayat lengkap Que. Terus besar matanya pagi ni. Baru puji – puji sikit Que ni bukan spesis memaksa macam lelaki lain yang selalu menghampiri Sara. Nampaknya Que Zafril sama sahaja cuma cara yang berbeza dan mungkin terkehadapan daripada jangkaan Sara.
            Surprise?”
            Yes and please note that I hate surprise, I hate birthday party, I hate shoes and I hate everything about you but still thank you.”
Klik.
            Sara meletakkan telefon di sebelah bantal. Sebiji lagi bantal diambil dan Sara berbaring dengan menutup mukanya dengan bantal. Sakit hati. Baru bercadang hari minggu begini nak melepak di SS. Rindu sebenarnya nak melepak di SS tapi mengenangkan mulut Indah yang busuk macam tangki septik, rasa loya pula. Nak buat apa pun dah tak tahu. Nak keluar jalan – jalan poket dah makin nipis. Dah hujung bulan katakan. Kat rumah TV pun tak ada. Layan internet pun boring. Hari – hari dah menghadap laptop. Bosan.
            Sementara di hujung talian, Que terdiam. Mana tak terkejut bukan main dia menghayati suara seksi Sara Nabila baru bangun tidur alih – alih talian terputus macam tu sahaja. Kalau orang dah angau, dengar suara orang di sana maki – maki pun sedap bunyinya. Que bersandar di sofa. Kalau nak diikutkan hati, nak sahaja memiliki  Sara Nabila cara ekstrem tapi apakan daya, Que sudah berjanji, kalau tiba hatinya betul – betul terpaut dengan seseorang, akan dimilikinya dengan cara paling terhormat walau pun lambat.
            Sometimes, no matter how much you want for things to happen, all you can do is wait and usually waiting is the hardest part.
            Nak buat apa hari ni ya. Layan snooker pun best ni. Que mula mendail nombor telefon Syed Azfi. Sekurang – kurangnya ada rancangan untuk hari Ahad ni. Melepak sekejap, dari SS boleh jenguk Mommy dan Daddy sekejap. Kalau nak melepak di Seremban 2 ni apa yang ada sangat dan sah – sah budak – budak ni malas nak datang. Dia jugak yang kena gerak masuk KL. Sebelum Que melangkah keluar rumah sempat dititipkan sebuah pesanan ringkas untuk Sara Nabila.
            >sy harap awk x sesat cr jln ke hati sy. Kasut tu ada GPS tau :)
            Sara yang baru hendak melangkah mandi menyambar telefon di lantai dan ternganga membaca tulisan di skrin telefon. Gila!
           




Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...