Tuesday 24 July 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 3




Jasmeen merenung sekeliling halaman rumah yang besar. Hadiah harijadinya yang ke – 26. Rumah banglo yang terletak di kawasan perumahan elit, Valencia. Cantik memang cantik. Kalau tak takkan harganya mencecah hampir dua juta. Halaman yang luas masih kosong tanpa sebarang sentuhan ajaib tangannya. Hatinya agak tersentuh apabila Papa cuba sedaya upaya untuk membeli hatinya yang semakin menjauh. Papa mesti tahu kawasan perumahan Valencia ini pernah mendapat anugerah Malaysia Landscape Architecture Award 2009 bagi kategori Excellent Landscape Planning & Development daripada Institute of Landscape Architects Malaysia. Kalau tak takkan Papa yang menentang minatnya dari dulu lagi sanggup mencari rumah yang menjadi sebutan ramai Landscape Architects di Malaysia ini.
Hati Jasmeen tak lalu untuk mereka landscape rumah sendiri. Tak terjangkau akal fikirannya mendiami rumah sebesar ini berdua dengan Bibik. Ditambah lagi dengan lokasi Valencia yang jauh dari pusat bandar menyukarkan langkah rutinnya. Jasmeen lenguh berdiri. Langkah dihala ke pintu utama. Teringat perbualan telefonnya dengan Mama sebentar tadi. Papa meminta Jasmeen untuk mengadakan house warming. Katanya rumah dah beli setahun tapi jamuan doa selamat tak pernah lagi dibuat. Bukannya Papa tak tahu hasrat Jasmeen untuk menjual rumah ini. Daripada terbiar tak berorang baik dijual sahaja. Ingatannya menerawang ke perbualannya dengan Tan Sri Farhan tempoh hari.
“Papa tak izinkan Meen jual rumah tu. Kalau tak nak duduk sekarang pun nanti dah kahwin boleh Meen duduk sana.”
“Ala.. Pa, nanti Meen siapkan lanskap rumah tu cantik – cantik, kasi up sikit harga rumah pastu Papa jual eh?” Pujuk Jasmeen lagi.
Prinsip Jasmeen pula berbeza. Sudah pasti lah Jasmeen akan mengikut kemahuan suami biar pun hanya tinggal di rumah teres. Namun Jasmeen malas nak memanjangkan hal. Kalau dengan Papa memang Jasmeen tak akan menang. Akhirnya pasti salah seorang akan terluka. Niat dihati Jasmeen sekarang ialah untuk menyiapkan konsep lanskap rumah ini. Sekurang – kurangnya menghargai pemberian Papa. Cuma mood belum ada. Jadi jual ke tak belakang kira.
“Bibik! Bibik! ”  Laung Jasmeen kuat.
Bibik dibawa bersama untuk mengemas apa yang patut. Tak elok jika rumah ini dibiarkan langsung tidak berurus. Sekali – sekal Jasmeen akan membawa Bibik menjengah rumah di Valencia ini.
            “Dah siap ke? ”
            “Dah Cik Lysha. ”
            “Okay, jom balik. ” Ujar Jasmeen sambil mengunci pintu utama rumah.
            Tombol pintu kayu yang diperbuat daripada kayu jati siap berukiran mewah itu ditarik untuk memastikan pintu telah selamat berkunci. Jasmeen berjalan mengelilingi rumah bermula dari belah kanan rumah mengikut pusingan jam dan berhenti di hadapan Mercedes C-Class Coupe. Jasmeen berpuas hati dengan tahap keselamatan rumah ini. Bukan apa, risau juga. Memang keseluruhan kawasan Valencia dilengkapi dengan sistem CCTV tetapi mengenangkan pembinaan banglo baru di lot hujung Valencia membuat Jasmeen mengambil langkah awal. Prevention is better than cure!
Irama Bob Marley berkumandang sebaik sahaja kereta menderum laju meninggalkan Valencia. LG Pradanya yang mendendangkan irama Bob Marley tersebut. Suara Adele yang mendendangkan Rolling In The Deep di radio kereta diperlahankan.
            “Meen, kau kena tolong aku. ” Suara Ferhad kalut menerjah telinganya yang disumbat earphone handsfree.
            “Apa? ” Tanya Jasmeen dengan mata yang difokuskan ke jalan raya.
            “Apa je yang aku nak cakap, tak kira apa pun, kau kena jugak tolong. ”
            “Cakaplah dulu kalau ya pun.”
Suara Jasmeen meninggi. Marah juga dengan sikap Ferhad yang suka memaksa. Tak boleh tidak. Sama seperti hujung minggu yang lalu. Penat Jasmeen melayan Ferhad seharian, alih – alih bila diajak teman memcari pokok bunga di Sungai Buluh, ada sahaja alasannya. Tak aci! Ini lah satu – satunya part paling tak best bergelar seorang kakak. Asyik kena mengalah je.
Since when? Kau gila? ” Makin meninggi suara Jasmeen mendengar penjelasan Ferhad di hujung talian sehinggakan Bibik yang berada di sebelah pun melatah kerana terkejut. Permintaan Ferhad baginya teramat gila. Langsung tak masuk akal.
Please Meen. This is my only shot. Kena ada replacement. Kalau tak esok aku kena fired. Habislah strategi aku.


* * *

            “Fareez you free ke sekarang? ” Tanya Diya sebaik mereka melangkah keluar dari restoran Leha Kelfood.
Mereka beriringan menuju ke tempat letak kereta. Agak jauh juga kereta di parking. Maklumlah restoran ni terletak di deretan rumah kedai yang hanya mempunyai tempat letak kereta di hadapan kedai. Ikut logik pun, kalau restoran dah penuh dengan pengunjung, ditambah lagi dengan kewujudan restoran lain yang popular seperti Sate Haji Samuri, Secret Recipe, Nasi Lemak Antarabangsa dan pelbagai lagi restoran menarik di deretan kedai yang sama, ratio kependudukan dengan parking amatlah tak mencukupi.
            “Sekejap bolehlah. 1 hour maybe. ” Balas Fareez kekenyangan.
            “Okay enough. Temankan I cari hadiah untuk Atuk I. Ingat nak hadiahkan baju batik je nanti Atuk boleh pakai masa kenduri kahwin sepupu I nanti.”
            “Okay boleh je. Pergi dengan my car then I’ll drive you back here to take your car.”
            “Okay.”
Fareez dan Diya melangkah masuk ke Binwanis Ampang Park. Baru 15 minit menemani Diya, Fareez mula bosan apabila Diya melencong daripada memilih baju batik untuk Atuknya kepada aktiviti memilih baju untuk diri sendiri. Kelibat Diya dicari dan dilihatnya gadis tersebut sedang asyik membelek kain baju kurung di hujung sana.
Fareez mengambil keputusan untuk membuat aktiviti sendiri. Dia bergerak ke arah bahagian baju lelaki. Fareez leka memerhati baju – baju untuk lelaki yang berjenama Ungaro, Giani Versace dan Valentino. Dua - tiga helai baju yang berkenan dihati dibelek – belek. Fareez sedar ketampanannya yang amat terserlah mengundang pandangan salesgirls di Binwanis. Argh..perempuan. Semua sama. Kalau tak rupa yang dipandang pasti poket yang ditimbang.
Fareez meluat dengan pandangan gadis – gadis penjual di Binwanis. Pandangannya terhenti pada kain Giani Versace yang terletak di rak paling atas. Cantik juga ni fabrik ni kalau buat kemeja kerja. Fareez mendekati salesgirl yang leka dengan handphone di tangan. Orang lain sibuk usha aku, minah ni boleh pulak buat derk. Desis Fareez dalam hati.
            “Excuse me.” Fareez menegur.
            Sales girl tersebut masih tidak perasan dengan kehadirannya. Fareez mula hilang sabar.
            “Excuse me! You ni nak jual kain ke nak bercinta kat sini? Main – main SMS pula masa kerja.” Sergah Fareez lantang.
Arghh shit!! Mana budak lain ni. Jasmeen mula melilau mencari sales girl yang lain. Dari tadi lagi Jasmeen mula mengelak dari melayan pelanggan. Sejak Binwanis memulakan operasi lagi, ada je pelanggan menghampiri pasti dia berpura – pura menghantar kain ke kaunterlah, lipat kain di rak belakanglah dan bermacam – macam helah lagi direka untuk mengelakkan tanggungjawab paksaan ini. Manalah dia tahu apa pun pasal kain ni. Kalau nak beli baju kurung pun yang dia tahu pesan kat Mama dan pastikan kain baju kurungnya satu – satunya yang ada atau kain limited edition. Maaf sikitlah kalau nak pakai baju kurung yang bergulung kat kayu – kayu di rak ni, silap – silap haribulan sama dengan kain baju kurung mak cik – mak cik kat pejabat sebelah!
Siaplah kau Ferhad. Bisik hati kecil Jasmeen. Jasmeen mula berdiri tegak. Takut juga melihat gelagat mamat handsome tetapi garang bak serigala jadian di hadapannya ini.
            “Patutlah kerja main – main. Jual kain pun boleh pakai handphone limited edition.”
Bidas Fareez kasar apabila melihat salesgirl tersebut berdiri macam patung tidak berkutik. Bukannya nak diambil gulungan fabrik yang ditunjukkan tadi. Sempat pula pandangannya menangkap LG Prada yang diselukkan ke dalam seluar oleh gadis tersebut. Kalau dah kaya sangat buat apa nak kerja sini? Buat menyusahkan orang sahaja. Cuma apa yang nak dihairankan dengan budak zaman sekarang, sanggup berhabis wang ringgit semata – mata untuk bergaya. Fikirnya lagi.
Sekali tengok cantik juga salesgirl ni. Rupa taklah comot gaya budak lulusan SPM. Dengan bentuk muka yang bujur, mata yang galak dan hitam bersinar dan alis mata yang melentik menambah keayuannya. Muka bersih tanpa cela walau pun tidak mengenakan make up tebal. Dengan sedikit lip tint cukup menambah seri gadis yang masih tegak macam patung di hadapannya ini. Boleh polish lagi ni. Bisik Fareez nakal.
“Encik nak yang mana satu?” Jasmeen berbahasa. Suara salesgirl tersebut mengejutkan lamunan Fareez.
That one.”
“Sekejap ya encik.” Jasmeen melilau sekeliling. Macam mana aku nak turunkan kayu fabrik tu. Kain yang ditunjukkan oleh mamat handsome keturunan Jacob serigala jadian dalam filem Twilight ni letaknya paling atas. Paling atas tahu tak! Aduh! Jasmeen bingung. Kerusi dipanjat. Tangan Jasmeen terawang – awang cuba menggapai kain tersebut.
“Hati – hati.” Fareez mula cuak apabila melihat gerak langkah salesgirl itu yang nampak amat kekok dimatanya.
“Tak apa Encik. Dah biasa.” Kepala hotak dia dah biasa. Heyy...malang betul nasib aku hari ni. Hilang sudah keayuan duduk terlompat – lompat kat kerusi ni semata – mata nak mencapai rak atas. Jasmeen merungut dalam hati. Berpeluh – peluh dibuatnya.
Tiba – tiba bukkk!!! Berdebuk bunyi kayu fabrik menimpa mamat budget handsome yang tengah menunggu. Jasmeen pegun.




























20 comments:

  1. KL

    rindu serindu rindu rindunya kat GET...
    USD pun sama..uwaaaaaaaaa..eh ARLUNA jugak..JET pejuang too

    syg selalu - Mrs Jijie-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berikanlah jawapan
      Huraikanlah simpulan
      Biar tenang jiwaku
      Setelah kasih lama berlalu

      Tidak mungkin kulupa
      Perjanjian kita
      Di bawah rumpun bambu
      Di kala bulan sedang beradu oh..oh..

      Mengapa terjadi perpisahan ini
      Di kala asmara melebar sayapnya
      Mengapa kau pergi di saat begini
      Di kala hatiku terlukis namamu

      Kalau memang tiada jodoh
      Apa lagi nak ku heboh
      Aku malu pada teman
      Pada semua

      Rindu ... rindu serindu rindunya
      Namun engkau tak mengerti oh...oh
      Pilu ... pilu sepilu pilunya
      Namun engkau tak perduli

      Malu ... semalu malunya
      Untuk Nina yg rindukan GET & USD
      hahha teringat sibling homeroom sy dulu layanzz LOL lagu karat mcm ni....
      (utk mu juga Kim *aku tau ko x baca pon tp nk jgak sebut here)

      Namun apa daya orang tak sudi
      Mahu ... semahu mahunya
      Namun apa daya orang dah benci

      Berikanlah jawapan
      Huraikanlah simpulan
      Biar tenang jiwaku
      Aku malu

      Delete
    2. lagu utk Nina yg rindukan GET & USD & JET

      Delete
    3. ok klu mcm tu nak tambah ckit la komen tu..

      1) rindu lagi kat tuan punya story..
      2) rindu kat Jijie..wakakaka

      nak tgk lagu apa plak dpt nnt..yeayyyyyy..-banana dance-

      syg selalu - Mrs Jijie-

      Delete
  2. as-salam KL,

    ishhh ... Fareez nothing to polish of tat limted edition girl ... she is so purrrrfect - perfectly natural tat u gonna fly over to NY jaz to get her heart blooms ... heheee
    oh yeah i'm imagining of living comfortably in tat almost 2 million ringgit banglo house at elite area Valencia ... jom skodeng rumah jasmeen!

    Ferhad- he is cool ... hmmm nanti KL u buat g story Ferhad & his girl Aliya ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Jazmeen...
      awk x boring ke layan GET lagi...hahhaha x menahan soklan saya neh...
      best la koya rumah mcm tu...our pension nk reach 1 million pon barely kot...hahhaa *tu pon tgu pencen ya bkn now like now....
      err bersyukur...bersyukur dgn apa yg ada...

      pandai merangsang sy menulis lagi yea..psiko. Loikke :))

      Delete
  3. salam..

    erkkk.. abess la jasmeen!!! mengamuklah serigala jadian.. hahhaaa gud luck jasmeen :)
    blh tahan longkang mulut si serigala nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Ayu...

      Jasmeen kena kontrol ayu habis2an..chaiyok!
      mulut org berpuasa..mmg bususss

      Delete
  4. GET yang kak rin publish skrg ni edisi touch up ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nim yessza a bit je....perasan ke ada yg bertambah :p

      Delete
  5. Huh? Serigala? Dah naik pangkat kah? Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana lagi up serigala ke naga SASG?
      LOl!

      Delete
  6. Haha kelakar time ni. Gara2 ferhad nk usha sorg horloji sgup Dia jd jurujual situ. Tp sbb ada kecemasan dia paksa jasmeen genti jap tmpt dia. Akhirnya btembung ngn serigala jadian yg cukup macho lg hensem haha. Tpksa la tadah telinga haha

    ReplyDelete
  7. wah2...dia smbg baca lagi la :)
    rindu ek kat fav hero awk?

    ReplyDelete
  8. ermmm... masih tak jemu nak ulang baca banyak kali..... rindu dgn karya2 anda KL.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx Aida, hope awak sudi juga follow cerita baru saya yg santai di KLFP!
      Salam Ramadhan.

      Delete
  9. KL, Saya baru follow about 2 months, totally fall in love dgn ur karya. Just nak tanya, utk GET ni, akan publish sampai entry brp ye? Could it be 40? I really hope so sbb kat penulisan2u sikit sgt2. Boleh kan? Cant wait to read next entries and the book itself. All the best sistah!

    ReplyDelete
  10. Hai dear, Salam Ramadhan...

    GET akn publish di blog till PV is out which estimate early next year & mayb around 20+++++....hahha p2u x update, saya x der luck kot dgn market p2u so awk kna layan kat sini all my karyass :p
    Thank you!

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...