Wednesday 18 July 2012

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 2



         

         Fareez menghempaskan gagang telefon pejabat dengan kuat. Bengang pula dengan kerenah syarikat lanskap yang dipilih oleh Iskandar, arkitek di syarikatnya. Kalau nak diikutkan hati, memang bukan kerja Fareez nak meneliti design landscape untuk projek terbarunya. Namun untuk memastikan kepuasan maksimum Tan Sri Farhan yang banyak memberi projek melalui direct negotiation kepada syarikatnya terpaksa juga dia membuat double-checking kerja – kerja Iskandar.
Fareez meninggalkan biliknya dan melangkah keluar ke pantri. Malas pula nak suruh Arfah buatkan air. Sekali sekala bancuh air sendiri, lepak kat pantri  sambil jalan – jalan sekeliling kawasan pejabat memang menjadi aktiviti sampingan Fareez. Kalau kerjanya mengarah sahaja, nanti milo - kopi berkulat kat pantri dan menyebabkan pekerja sakit – sakit, dia jugak yang susah. Walau pun Fareez tahu duit petty cash yang diperuntukkan sentiasa cukup untuk membeli barang – barang keperluan pantri. Jadi tak mungkin akan ada stok lama di pantri.
 Kebersihan pula menjadi perkara yang paling dititikberatkan. Pantang betul masuk pantri tengok gula bersepah atau sinki penuh dengan gelas. Mesti tinggi suara Fareez menegur. Pernah dulu semasa mak cik cleaner bercuti, seorang pun tidak mengambil inisiatif untuk membasuh pinggan dan gelas yang tersadai di sinki, Fareez terus menyinsing lengan baju dan mula membasuh. Jaclyn yang tiba – tiba masuk ke pantri ternganga melihat Bos handsome mereka tengah bergelumang dengan sabun. Sebagai menebus rasa bersalah masing – masing, Fareez dikejutkan dengan hadiah istimewa. Makan free seminggu kat kedai mamak bawah pejabat! Semua pekerja di pejabat mengumpul duit dan siap – siap mendahulukan bayaran kepada kedai mamat tersebut. Haishh...macam – macam.
Gelas berisi Milo yang telah siap dibancuh dibawa ke luar. Fareez menuju ke bilik Iskandar sambil matanya memandang cubicles pekerja lain yang semuanya tekun dengan kerja masing – masing. Lapang Fareez melihat kesungguhan kesemua pekerja di Modenreka. Tok! Tok! Pintu bilik Iskandar diketuk dan terus diterjah tanpa menunggu jawapan dari dalam.
“Masuk bilik saya jap.” Fareez memberi arahan ringkas kepada Iskandar yang sedang khusyuk meneliti pelan dan terus menutup pintu.
            “Kenapa tak letak landscape design ni under ID je? Projek ni lebih kepada indoor landscape pun, tak involve authority dan town planning sangat. Kos landscape tak sampai pun million. Tak payah pakai landscape architect pun tak apa.” Tanya Fareez sebaik sahaja Iskandar duduk di kerusi menghadapnya.
            “Sebenarnya Tan Sri Farhan yang call saya direct minta projek ni bagi kat Integrate Landscape.” Jelas Iskandar senafas. Bimbang juga kalau diserang bertalu – talu dengan Fareez.
            “Hmm..pelik. Kenapa?” Fareez mengerutkan keningnya.
            “Entah. Tak berani nak tanya lebih – lebih. Ingat En. Fareez tau. Lagi pun kita panggil tender. Integrate Landscape memang lowest price pun. ” Iskandar cuba meyakinkan Fareez lagi akan keputusan yang telah diambilnya itu.
            “Sejak bila pula kita terikat ni. Saya ingat awak faham cara kita. Lowest price memang bagus untuk profit tapi banyak lagi yang awak kena teliti sebelum award.” Suara Fareez mula meninggi.
            “Saya tahu En. Fareez but they really qualified.” Sokong Iskandar lagi.
            “Dah check project reference dia?” Fareez bertanya masih tidak berpuas hati.
            “Dah.”
            “Core value ada?”
            “Ada. Saya paling minat sebab arkitek ni ada personal touch. Projek yang dia masuk very selective. Bukan sebab profit semata.”
            Don’t bullshit me Iskandar. Siapa yang bisnes zaman sekarang tak kisah profit.”
            “Maksud saya En Fareez, mereka tidak terlalu mementingkan projek komersil. Mereka memilih projek berdasarkan specialty of landscape. Jadi setiap design berbeza dan outstanding. ”
            “Kalau macam tu okaylah.”
Fareez malas nak banyak bunyi. Apa guna melantik arkitek yang terlatih, berpengalaman luas dan berkaliber kalau kepercayaan tidak diberi sepenuhnya. Iskandar pun bukan calang – calang arkitek. Lulusan luar negara sepertinya juga malah jika Fareez melepaskan Iskandar berjalan sendiri, dia pasti Iskandar mampu. Malah bukan setakat berjalan, berlari pun Iskandar mampu. Jika seorang ketua memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kakitangan beserta panduan yang betul sudah pasti hasil kerja seseorang kakitangan akan lebih cemerlang. Itu prinsip Fareez sejak menerajui Modenreka Arkitek Sdn. Bhd.


***
           
            Telefon yang berdering dijawab. Lembut kedengaran suara di hujung sana. Fareez tersenyum dan bersandar tenang di kerusi empuknya.
“Assalamualaikum.” Suara di hujung sana memberi salam pembuka kata.
            “Waalaikumussalam, Gina.” Balas Fareez sambil senyuman masih tidak lekang dari bibir.
            “Fareez boleh tak kita batalkan kita punya lunch date today?” Tanya suara di hujung sana.
            “Why?” Senyuman Fareez mati.
            “I ada invitation to Christian Dior closed sale at Mandarin.”
            “Sejak bila you nak beli outdated design ni?”
            “CD will never outdated lah. Ada design yang tak ada kat butik tapi ada kat sana.”
            “Whatever.” Hanya satu perkataan yang mengakhiri perbualan di antara Fareez dan Gina.
Fareez malas nak melayan Gina lebih – lebih. Setahunya kalau keluar shopping dengan Gina, hanya rak yang bertulis New Arrival yang akan dituju Gina. Iphone  dimasukkan ke dalam poket seluar sebelah kanan. Sudah berapa kali Gina membatalkan date mereka. Rasanya sudah hampir dua minggu mereka tidak bersua muka. Wajah manis Gina yang tertera di bingkai gambar di atas meja kerjanya ditatap lama.
How time flies.”
Bisik hati kecil Fareez. Gambarnya yang tengah memeluk bahu Gina ketika sama – sama pergi bercuti dengan keluarga Gina di Genting Highland ditatap lama. Zaman kanak – kanak riang semuanya indah. Tak ada masalah. Mereka berumur 15 tahun ketika itu. Fareez belajar di Politeknik Gombak. Gina pula di Convent Bukit Nenas. Pertalian keluarga mengeratkan lagi hubungan mereka. Datuk Ismadi, Daddy Gina memang kawan rapat arwah Papa Fareez. Pertalian keluarga yang rapat secara tak langsung mencambahkan perasaan cinta dalam jiwa mereka yang sedang meningkat remaja.
Daripada zaman Fareez dan Gina setinggi 3 kaki sehinggalah sekarang apabila masing – masing sudah dewasa. Fareez yang mempunyai ketinggian hampir 6 kaki dan Gina menjejak 5 kaki. Daripada zaman Gina hanya tahu berkurung di rumah sehinggalah ke zaman Gina mula pandai bersosial. Sehinggakan koleksi kawan Gina melebihi jumlah koleksi kawan dan pelanggan Fareez. Kalau semua gambar kawan Gina dikumpulkan dalam album, rasanya sampai penuh lima album besar macam saiz album orang letak gambar kahwin tu. Fareez pula sejak menerajui Modenreka, yang ada hanyalah kawan di zaman persekolahan. Sekarang semua yang menghampirinya adalah semata – mata kerana urusan perniagaan. Jadi kalau nak dibandingkan dengan Gina, satu album pun tak penuh gambar koleksi kawan Fareez. How different!
 “My puppy love.” Ucap Fareez sambil mengusap bingkai gambar tersebut.
Fareez merayap ke segenap ruang wajah Gina yang terpampang di bingkai.Akhirnya bingkai gambar itu diletakkan kembali ke meja. Habuk yang sedikit melekat di bingkai dilapkan dengan tisu. Fareez berdiri dan berjalan menuju ke tingkap. Pemandangan di luar pejabatnya yang terletak di tingkat 15 menyaksikan kesibukan bandaraya Kuala Lumpur. Padanya Kuala Lumpur sentiasa sesak tetapi selesa untuk mencari rezeki. Peluang untuk mencari rezeki terbentang luas di Kuala Lumpur. Jalan raya yang sesak dengan kereta bertali arus di bawah sekarang sesesak hatinya. Fareez beralih kembali ke mejanya. Tangan kanan diseluk ke poket seluar.
“Hello.”
“Hello.”
“Diya?”
Yes speaking.”
“Jom lunch.” Ajak Fareez.
“Jom.” Diya laju mengiakan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang.
You pergi sendiri ya.”
“Tak kisah. Nak makan apa?” Tanya Diya bersemangat. Kena pergi sendiri pun tak apa janji keluar dengan abang handsome ni!
“Hari ni I macam nak makan selera kampung je.”
“Okay jom, kita jumpa kat restoran Leha Kelfood kat Taman Melati. Do you know the place?” Cadang Diya. Memang sedap pun lauk pauk yang banyak dihidangkan di restoran tersebut waktu tengah hari begini. Ada orang cakap Kelfood tu bermaksud Kelantan Food tapi Diya tak pasti pula. Macam sama je. Sedap dan banyak pilihan tu yang penting!
I can find. See you there.”
Iphone dimasukkan kembali ke dalam poket seluar sebelah kanan. Dokumen dan sekeping pelan yang terbentang di atas meja dikemaskan. Setelah berpuas hati dengan kekemasan mejanya barulah kunci kereta dicapai. Sebaik kerusi yang didudukinya tadi dirapatkan ke meja, Fareez melangkah laju dan pintu bilik yang ditinggalkan berdentum kuat.


***

            Nurul Jannah atau Gina berdiri menghadap cermin di meja soleknya. Kerusi ditarik. Gina melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja solek yang diimport khas dari Bali. Alat – alat solek dikeluarkan. Gincu, foundation, eyeshadow, mascara, blusher dan pelbagai lagi alat solek yang lain diselerakkan di atas meja solek. Sekali tengok koleksi alat solek Gina dah macam kotak milik nyah tukang solek pengantin dah.
Telefon yang dicampakkan ke atas katil selepas menelefon Fareez sebentar tadi berdering. Gina membiarkan. Deringan telefon berhenti tanpa jawapan.
Gina melarikan berus compact powder di atas kulitnya yang mulus. Gincu YSL Rouge Per Couture berwarna Rose Bergamasque dioles ke bibir. Gina memang cantik dan mempunyai kulit yang langsung tidak bermasalah. Masalahnya cuma she is a fashion victim! Penyakit yang hanya boleh diubati sekiranya Gina jatuh muflis atau lebih tepat jika keluarganya jatuh muflis. No money! No fashion!
            Telefon berdering lagi. Gina berjalan ke katil dengan malas. Volume CD player yang mendendangkan lagu Celine Dion diperlahankan. Gina memang fan nombor satu Celine Dion. Tinggal tak berpeluang je lagi nak tengok konsert Celine Dion kat Vegas. Semasa Celine Dion mengadakan konsert Falling Into You Tour di Perth Australia, memang sah – sahlah Gina berada paling depan sekali menyaksikannya. Sanggup dipujuk rayu Daddy untuk menerbangkannya ke sana semata – mata untuk Celine Dion. Diehard fan!
            “Gina.” Suara Iqmal yang garau menyapa di telinga.
            “Yup.” Gina membalas pendek.
            “I miss you so much.” Kata Iqmal penuh syahdu.
            “I miss you too.” Ucap Gina dengan perasaan bersalah.
            “You dah siap ke?”
            “Belum. Tengah bersiap.” Gina  bergerak membawa telefon berdiri di hadapan cermin meja soleknya.
            “Do you want me to fetch you?”
            “Nope. I’ll ask my driver to send me.” Tolak Gina sambil berpusing di hadapan cermin. Berpuas hati dengan Akari Dress berwarna peach lembut rekaan terbaru Diane Von Furstenberg yang membaluti tubuh langsingnya. Gaun tersebut yang mencecah ke lutut dengan lembut menyerlahkan kakinya yang panjang.
            “I tunggu you kat lobi. Lepas shopping nanti, I bawa you pergi lunch tempat best sangat. They import designer chef today.”
            “Okay.” Mood Gina mula berubah. Iqmal sentiasa tahu membeli jiwanya. Iqmal sentiasa peka dengan selera Gina. Sentiasa ada untuknya. Mendengar suara Fareez tadi melemahkan semangat dan jiwanya. Walau pun Fareez sudah tidak dicintainya tetapi hakikat yang dia masih belum berterus terang akan kecurangannya membuat Gina dihantui perasaan bersalah. Apatah lagi mengenangkan Daddy dan Mommy sendiri yang amat menyayangi Fareez seperti anak sendiri, lagi membuat Gina serba salah.
            ‘I’m done.’ Bisik Gina sendiri apabila berpuas hati dengan penampilannya. Kasut yang dicapainya di ruang New Arrival butik Giuseppe Zanotti Pavilion Kuala Lumpur semalam dijinjit keluar bilik.























2 comments:

  1. Nape masa memula bc dulu x perasan pun part Fareez cuci pinggan ni? Haha. nmpk sgt ms tu anti dgn ke'kerek'an dia tuh. :P

    skrg ni bc part basuh pinggan tu rs nk jatuh tergolek2 plak. boleh? hahaha

    ReplyDelete
  2. as-salam & blessed Friday KL,

    nope …. There is no Jasmeen in the scene but the two ‘nyamuk besar’ with their poles apart feelings of Fareez!
    hmmm …. dejected Fareez console himself by inviting Diya for lunch! Kesihan Fareez being betrayed by Gina!
    Don worry Fareez … there is a limited edition lady tat you loathe a lot will fill in ur 'murky' heart! Heheeee …
    I like the other side of Fareez - he is vr apprehension abour cleanliness - a boss who is willing to cleanse all the dirty utensils left by his staff– cheewah a bonus for Jasmeen!

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...