Monday 11 June 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 17



Nota cinta: 12.12.12 some parts have been removed :(

               Di hadapan pintu Hotel Amersee, Azri tersenyum sahaja sambil menyeluk tangan ke dalam seluar pendek yang baru dibelinya malam tadi. Lepas Lisa memujuknya, mereka keluar makan malam di sekitar Lake Amersee dan membeli sedikit keperluan asas. Maklumlah percutian yang berdarah katakan tapi dia nak Lisa selesa sambil terdera. Bagi Lisa ambil sedikit pengajaran dari kejadian di Lake Stanberg semalam.
               “Okay jom.” Lisa tersenyum di muka pintu, siap berseluar pendek santai dengan bikini tersarung di sebalik t-shirt putih yang besar. Topi yang dibeli semalam juga nampak rugged tersarung di kepala Lisa. Comel macam remaja riang – ria ditambah dengan flip flop berbunga matahari besar di kaki.
               Azri menarik tangan Lisa dan mereka beriringan menuju ke tepi tasik berhampiran dengan hotel sahaja. Menyusuri pesisiran tasik sambil melihat matahari terbit. Dalam hatinya memang betullah cakap Daddy, Lisa memang copy cat Jumeirah Jane. Dengan rupa paras yang menawan dan ketinggian yang agak ‘antarabangsa’ walau pun tak mencecah 5 kaki 5 inci pun tapi cukup untuk menyamakan Lisa dengan gadis – gadis yang bersepah di tepian pantai Jumeirah. Tak pernah pergi Dubai tak bermakna Azri tak boleh bayangkan kata – kata Daddy.
               “Azri about yesterday, I think we should set a limit.”
               “Limit like?” Azri menarik badan Lisa agar pinggang Lisa dapat dipeluk.
               “Like the sun and the cloud.” Lisa menunjukkan matahari yang malu – malu memancar di hujung garisan awan.
               “Kebar kawan saya. Macam garis – garis awan yang tak akan pernah hilang, tak akan pernah putus. Kat mana –mana pun ada. Awak pula macam matahari. Satu sahaja di dunia. Hakikatnya matahari bersinar tanpa mempedulikan cerahnya awan, nipisnya awan atau tebalnya awan. Matahari cuma satu. Awak kena faham letak duduk awak Azri.” Lembut Lisa memujuk sambil tangannya juga dilingkarkan di pinggang Azri.
               “But...”
               “No but or else you have to promise you will never see Damia.”
               Azri tak sempat menjawab. Lisa menarik tangannya menuju ke jeti. Mereka menyewa bot untuk ke tengah tasik. Sunyi sahaja kawasan tasik berhampiran hotel kerana tempat berkelah atau tumpuan sebenar Lake Amersee ialah di hadapan sana lebih kurang 2 km dari hotel dan mereka malas nak bergerak jauh. Menghabiskan masa berdua – duaan begini lagi menarik. Perahu atau bot kecil berwarna kuning ditarik dan dibawa ke tepi tasik. Gigih juga nak menolak bot kecil ni. Nampak kecik tapi mak ngaii beratnya.
               “Happy?” Azri bertanya sebaik mereka berada di tengah – tengah tasik.
               “Lagi happy kalau kita...”
               Bush!!!
               Lisa menarik Azri terjun ke tengah tasik dan menjerit kegembiraan.
               “To the sun and to the cloud.”

mana SSB SASG ni? Sah ni bkn depa....

               Kerana itu Azri berlagak tenang di hadapan Tengku Akhbar. Demi Lisa, demi matahari dan awan. Menyesal pun ada bagi Lisa ambil alih tempatnya untuk berlawan menghabiskan satu mug beer dengan Tengku Akhbar. Dia tak kisah langsung dengan alergi yang mungkin dialaminya tapi dia biarkan Lisa meneguk sampai habis house beer itu semata – mata untuk menunjukkan kepada Tengku Akhbar, Lisa akan berkorban apa sahaja untuknya. Azri hanya meletakkan tangan kanannya di bahu Lisa, mengurut lehernya, menggosok belakang Lisa sekadar menunjukkan tanda mengambil berat dan menyokong Lisa. Kalau Lisa pengsan atau mabuk sekali pun, apa yang nak dirisaukan. Dia ada. Dia boleh bukan setakat papah, dukung sampai ke Pasing pun dia sanggup.
               Tapi baru nak melangkah balik ke Pasing, Sharifah Azra menerima panggilan daripada Syed Gilani. Hal kecemasan keluarga yang tidak boleh ditangguhkan. Balik Pasing, sambil Lisa keluar masuk bilik air muntah, sambil dia pun keluar masuk bilik air risaukan Lisa dan sambil menyumbat beg dengan baju – baju untuk dibawa pulang ke Malaysia. Serabut juga dah lah Lisa berdegil untuk menghantar mereka di lapangan terbang lagi lah Azri serba salah tapi tengok wajah Lisa sayu memohon untuk menghantarnya direlakan jua. Dalam hati Azri balik seminggu cukuplah. Mommy okay nanti terus dia balik German secepatnya.
               “Lisa okay tak?”
               “Tak ada kat rumah pun.” Suara Damia Humaira di hujung talian menambah kerisauan di hati.
               “Kau pergi ke tak ni? Kau jangan nak tipu. Tak pergi cakap tak pergi.” Azri hilang sabar.
               “Ooo bro..relaxlah. Pergilah. Lama tunggu depan bilik tapi tak ada orang. Dari semalam Lisa tak balik. Hanif cakap dia tak nampak Lisa pun.” Damia Humaira geram. Sayang sangat kat Lisa sampai menyusahkan orang. Tak fikir langsung hati dan perasaannya sebagai bekas kekasih. Betullah Azri ni makhluk kurang peka dan sensitif dengan perasaan orang.
               Azri meletakkan telefon dan tangan kanan menggaru hujung rambut yang tak gatal tapi kepala yang berserabut. Kaki dihala ke wad yang menempatkan Mommy. Hospital Pakar Johor (KPJ) tak lah bagus sangat kalau nak dibandingkan dengan hospital di Dubai. Nasib baik sakit jantung Mommy tak serius mana. Tak payah nak kena pergi IJN pun.
               Kalau Mommy sakit di Dubai pasti rawatan yang diterima adalah bertaraf dunia. Nampak memang macam bodoh nak bandingkan kualiti perubatan dan servis tapi tak boleh tidaklah Azri nak menafikan bab yang satu ini. Maklumlah Dubai kan gila kuasa nak jadi hab dunia dalam segenap segi jadi dalam bidang perubatan pun tak terkecuali. Dubai ialah tempat terkumpulnya semua pakar – pakar perubatan terhebat di dunia. Kalau pakar terhebat kosmetik surgeri ialah di Miami, akan dipastikan di Dubai, kepakaran yang sama ada di sana. Maklumlah Amerika memonopoli kepakaran dalam bidang perubatan dan 8 tangga teratas hospital terbaik di dunia dipelopori oleh mereka. Jadi untuk menarik minat pelancong datang ke Dubai, segala jenis servis yang tak terfikir wujud di negara Arab sebenarnya ada di Dubai.
               “Mommy, rehat. Jom keluar makan kat luar. Daddy tunggu dalam kereta.” Sharifah Azra menepuk bahu Azri yang baru nak menolak pintu bilik wad Sharifah Aulia.
               “Nak tengok Mommy jap.” Azri tetap menjenguk ke dalam bilik dan berpuas hati melihat Sharifah Aulia tengah tidur lena. Kalau semua berjalan lancar, lagi seminggu Mommy dah boleh pergi shopping dah. Bisik hati kecil Azri nakal. Bersyukur sebenarnya melihat keadaan Mommy yang dah stabil.
               Dalam kereta Azri yang sihat walafiat jadi macam nak muntah mendengar lagu yang dipasang oleh Syed Gilani. Kereta sewa pun sempat dia letak CD kegemarannya. Jangan tanya apa sebab tiba – tiba perut dia rasa loya kalahkan Lisa yang mabuk beer mendengar hasil agung Ludwig Van Beethoven. Kalau dengar Fur Elise dan Ode To Joy dia boleh lagi layan tapi masuk Symphony No 5, No. 6, Moonlight, Sonata semua dah umpama menerbangkan Azri ke German.
               “Abang cakap nak cari apa untuk Kak Lisa?” Sharifah Azra mengejutkan lamunannya.
               “Dia kirim Famous Amous dengan kerepek pedas. Mana nak cari?” Azri mengeluh. Tolonglah suruh beli benda menarik sikit, ini makanan?
               “La, macam kat German tak ada cookies.”
               “Entah siap pesan yang No Nuts.”
               Sharifah Azra mengekek ketawa. Sengaja menghiburkan hati Abang yang nampak sangat hatinya sebenarnya berada di bumi German bukannya di Malaysia. Dia pun risaukan Lisa tapi dia lagi risaukan Mommy. Sharifah Azra faham perasaan Syed Azri.
               “Abang, Famous Amous macam tak ada je kat JB. Abang balik KL nanti la beli.” Usul Sharifah Azra sebab dia tak pasti ada ke tak Famous Amous di JB. Rasanya macam tak ada.
               “C’mon. Tak kan tak ada. Malas nak jalan – jalan di KL. Ingat sampai KL terus pergi KLIA dan shoot balik sahaja.”
               “Untuk Jumeirah Jane ke ni?” Syed Gilani tiba – tiba menyampuk.
               “Jap, Girl google cari.” Sharifah Azra menekan telefon di tangan. Lembap betul internet di Malaysia. Hish....omel Sharifah Azra memotong soalan Daddy.
               “Nak hujan.” Azri menunjuk ke luar. Mengambil hati Daddy dengan soalan yang dibiarkan tak berjawab tadi. Pada hal Daddy macam tak dengar nama Lisa disebut bukan main jelas. Sengaja hendak menduga sejauh mana hubungannya dengan Lisa sudah pasti tapi malaslah dia nak bercerita.
               “Hujan rahmat tapi matahari ada lagi tu. Nanti keluarlah pelangi.” Tukas Syed Gilani sambil tersenyum. Hujan rahmat di negara sendiri dan dikelilingi oleh anak – anak. Sebenarnya ini ialah suatu rahmat yang tak ternilai.
               “Rainbow. 7 colours. To the sun and to the cloud.” Azri berkata perlahan. Lisa! Dan hati meronta – ronta untuk pulang ke German.

              
               “LISA, awak okay tak ni?” Azri mencuit dagu kekasih hati yang nampak amat pucat. Dari tadi diam sahaja Lisa. Awalnya dia ingat Lisa sedih dengan kejadian kecemasan ini tetapi apabila dia menggenggam tangan Lisa, sejuk dan beku. Sejuk menahan sakit. Dia tahu macam mana keadaan Lisa sewaktu sakit.
               Lisa mengangguk. Menahan gelojak di dalam perut.
               “Girl, abang balik nantilah. Esok pagi ke. I can’t just leave her like this.”
               Muka Sharifah Azra berubah.
             “Pergilah. Saya okay. Dah lama tak minum kot.”  Lisa tersenyum dan berdiri tegak, berpura – pura okay sambil tangan memaut lengan Azri. Nanti lama tak jumpa. Rindu sudah pasti.

           
           



56 comments:

  1. Ooohh.. lps ni mesti Lisa dah nampak cahaya Nur kan... hmm siapa budak tu ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay no 1 n3 ni. Sy plak yg yeay haha...bdk tu ank sy muahaha*gelak evil

      Delete
    2. Yeye... no 1.. hahahaa.. stand by awal2 nih... eh2 anak Kl pun masuk.. kira pengantaraan Lisa dgn DIA nih...Alhamdulillah...;)

      Delete
  2. rinnnn...
    sapa tu babe??? arghhhh...ini ke sebab lisa bertaubat? meow meow~~~ thanks for the entry babe. mcm sedih pulak bila dua2 balik msia asing2, bkn seperti yg azri plan dr awal...tapi jodoh tetap jodoh ;)

    btw, sa dah habis exam rin. bolehlah sa melepak sini selalu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meow2...yeay dh hbs exam. Oh jgn melepak di sini but go finish ur story:p

      Delete
  3. Hurmmm... :(.. Xnk! smbunglah lg.. sob..sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg x nk tu? X nk lisa tgal azri?

      Delete
  4. yess...i'm the first 1 comment, what happen next? x sbr nak tau. adakah episode ini membawa perubahan pd Lisa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mag....pertama kalau ikut time krypton. Haha....epi jump start? Hiks

      Delete
  5. Like the sun and the cloud-LIKE perumpamaan yg rin bg hihi. Agak 2 org yg tlg lisa tu org mesia ker german. Cian Azri dluah mati dtelan mati bapa. Kanan ibu kiri kekasih.konflik ka lps ni rin risaunya huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau? Haha bertabahla but i can assure u no biggie conflict. Sy x reti nk long sad story:(

      Delete
  6. lom terubat rindu tapi da habis... huhu...
    siapakah kanak2 itu??
    nasib baik bukan TA yg tolong... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bdk tu my baby :)) haha....pendekke?

      Delete
  7. Lisa mule brubah mase kt German lagi ke?

    Lisa kat umh lydia ke?

    lisa xbalik Pasing lgsung?atau dlm tempoh azri kt mesia lagi lisa moving out frm their house and bila azri blik german tgk brg2 lisa dh xde.

    Byk sguh prsoalan kt sini hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha yg nyata awk x fokus previous epi "azri bgn pg taraaa lisa x de d sisi". Yunk stress ke kat opis? Soklan syira bnyk. K rin tatau nk jwb mana 1 :p

      Delete
  8. Auuchhh.. Siannyer lisa! Hmmm..lydia la gamaknya tu kot ;)
    Pasnih part insaf dh yer.. Alhammdulillah.. Kalo yer, harus la azri bengang gilaa.. Hehe.. Br tinggal kejap je balik tgk ilang teruss.. Dhla risau tahap dewa kt makwe ;)
    Azri ni wlpon ketegaq xbley nk tegoq lnsg.. Tp dia punya caring mmg superb! Hero citer kL ni sume super duper punya level caring ;)

    I mizz Joe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus bengang....tgkla nti kesian lisa.... Eh i pon rindu joe gegaban :))

      Delete
  9. haha...rasa macam dalam ballroom ja tengah menari dgr lagu Syed Gilani pasang tu... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..siap feel ala bangsawan gitewww

      Delete
  10. excited nak tahu sape la agaknya budak tu! suka ayat yang hakikatnya nanti Lisa pulang dengan diiringi nur Islam tu :)

    thanks for the entry, kak KL! love you :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liya i love u tooooo......bdk tu? Hmmmm

      Delete
  11. wohoo, siapa yg tolong lisa tu? tak sabar ni!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa lg....betulla korg teka tu :p

      Delete
  12. mommy !!! kenapa pendek nikk??
    haissyhh. marah ni marah.

    hahahaa..
    yeayy ! mesty lidya tuhh.
    tak sabaq nak tunggu reaksi azri lepas nur lisa dapat cahaya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy sibuk...x der bibik. Supermom tau. Gigih nk mgedit. Time jln plot dlm kepala. Sblm tdo taraaa tgn laju menaip. Terer aak?

      Delete
  13. dlm keras kepala azrie..mommy juga yg utama.mmg ptut pun..
    kasihan lisa.masa sakit tu yg nak manja2 lbih hehe..
    wah..dah masuk part lisa jumpa hidayah ya?suka..dah dugaan semakin dtg menguji kekuatan mental dan fizikal masing2 hehe..best kl..teruskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...time skt ni la nk manja2 kn?
      Oh mommy boy kn sweet :)

      Delete
  14. as-salam & hi ya KL,

    Hmmmm … must b heaven for S.Azra in Dubai shopping around with money always on hand fr the rich parents!!!
    But again not for the charismatic Lisa … a person who is not easily influence – a girl who always follow her propensity! Again her refusal not to get involve or bosom with Azri’s family is smthing tat is groovy! Such an endearing character – likey so much!!! *kot rase mcm character sendiri ahaakss!!!

    Like the datum and verity for both Lisa & Azri in the future tat their faith is not according to what Azri is expected ….
    Hakikatnya Azri pulang keseorangan.
    Hakikatnya nanti Azri pulang dengan gengaman kejayaan duniawi.
    Hakikatnya Lisa pun pulang keseorangan.
    Hakikatnya nanti Lisa pulang dengan gulungan ijazah diiringan nur Islam.

    Very good Damia – set the limit – x kan azri sja yg boleh buat as he like – no Kebar so no Damia! cuuun betul! Salute you Jumeirah Jane ehh kuntum renjong!

    Another catchy phrase… like the Sun & the cloud! Yeah … azri got to tolerate & endure with TA presence kehkehkeh … *I like to see relationship not to b dictated by one side only= shud comprehend one another!

    It was a real risk when azri thought tat it would boast his status as Lisa’s exclusive lover – hence he let Lisa to take the shot n challenge the beer drinking against TA ….. the outcome Lisa was in …?? moving to a better phase? nex n3???
    And who is tat … ? Land lady? Damia? Lydia? …..

    Famous Amos – Lisa’s choice is wat my boy always prefer no nuts! I prefer with chocolate chips & pecans! Pretzel – hush yummy … Cinnamon Sugar @ Auntie Anne's Pretzel …

    Hahaa .. mmg betul rase nk pengsan dengar pilihan Syed Gilani neh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishhh ... salah not very good Damia but LISA ... cisss Damia!!!

      ~Jazmeen :)

      Delete
    2. Wsalam & hey ya....
      I pon suka yg pecan choc tu. Saje bg lisa kunun no nuts. Style gitu....*mana relevan ntahhh
      I mcm nk boldkn je part character lisa x mo jmpa parent azri tu. Zmn skg i tgk too bebas. Selamba g jln2 umh bf. Hope sgt benda tu x dijadikn amaln * mode terkng memori sdiri haha...
      I'm cuckoo than lisa i knw in other way i mean.
      Ah chow pening dh ni :p

      Delete
  15. can't wait for the next n3...best gilos...

    ReplyDelete
  16. oh Lisa ... harap x de ape2 jadi kat Lisa - she is ok kn!
    lagi le soklan x trjawap - sape yg tolong Lisa, yg pasti bukan Damia kn?

    ReplyDelete
  17. azri x senang duduk ingat kat Lisa
    Damia dh rase trpaksa jugak nk jenguk Lisa - p lisa x de!
    meaning Lisa kena bawak oleh someone else!
    sape ia - ade budak?

    -guest melepak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk kn bkn setakat 1 opis dgn jazmeen kn tp gaya ayt pon kdg2 sama. I knw my readers move...the way they expressing their words * oh abaikn
      Dorg ckp ank Rin Ahmad yg interframe tu.

      Delete
  18. Bnyak2 benda Famous Amos yg Lisa pesan? Hahaha Adeh.. Bercintalah kat JB ni nk cr FA tu. Kena pergi airport baru ada. *klu x, xdelah jd isu sekejap dulu. :p

    Siapa agaknya penyelamat Lisa tu eh? Bak kata syira, banyak sungguh question marks dalam entry nih. Tp xmo tanya, sbb nnt x surpriseee. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I knw tat. Hangat seyhhh....* ha kn dh bunyik daa....hahaha....
      Awk penyabar.... I knwww

      Delete
  19. Rin
    Ayat yg Hakikat ..pastu balik keseorangan tu buat i syahdu sgt..rs mcm ada magis
    Rainbow.7 Colours..to the sun to the cloud..Azri terkenang buat i melting
    Tu la ms berkwn ketika muda mmg pantang dicabar, Lisa x sanggup susahkan Azri,Azri pulak bangga dgn pengorbanan Lisa..
    Azri-Lisa mmg sweet couple yg sedang menunggu NUR..insyaAllah
    patutla perubahan yg ditunjukkan Lisa susah diterima Azri tp so far he is accepting kan..thats a gud sign

    Hakikatnya Lisa pulang dgn cahaya ke Malaysia..Azri lg mahir berbhs arab,ilmu sudah di dada cuma tunggu hati terbuka..
    I dpt rasa yg citer ni akan msk ke fasa yg lain..tq Rin, sambil bercerita, byk2 ilmu dpt dikongsi di sini

    I LIKEEEEE!!!

    ReplyDelete
  20. rasanya org yg selamatkan Lisa itu neighbour, a lady yg sudah ada ank also malaysian.Pompuan ni pun pnah melalui zaman seperti Lisa sampai ada anak..alamak i speku sgt la ni..

    So dr situ dia menambat Lisa & dijadikan diri dia sbg cth terbaik utk Lisa.

    Nama sapa?Lydia maybe!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Speku terhangat......almost there. Sy bookmark ni.
      * nk hi lite ni jerr :))

      Delete
    2. saya ni la asik excited kan..Hakikatnya..hehe

      Delete
  21. Matahari dan Awan....hmmmm perbandingan yang nyata buat Azri dan Kebar...

    Azri ni kira anak yg baik jugak la kann...dah kata anak mommy ekk

    Owhhh kiranya ini adala titik permulaan berlaku nyer perubahan dalam diri Lisa ekk Rin.. Wah! tak sabar nak tahu cerita selanjutnya... ^_^


    p/s: famous amous hmmm dah lame tak membaking ni hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk mmg great wifey.rajin msk. Sy moderate jer :p
      Azri ank mak...tp macho gitewww....

      Delete
  22. - Azri seorang anak yang baik juga dan menghormati kedua daddy dan mommy dia.....
    - Lisa juga seorang kekasih yang sangat memahami ... melepaskan Azri pergi walaupun Lisa sendiri tengah sakit.... TQ LISA..
    - Betul kata Lisa .... Kebar macam garis-garis awan yang x akan pernah hilang, x akan pernah putus.... sebagai kawan .... dan Azri pula seorang yang sangat Lisa perlukan bagai matahari yang bersinar tanpa mengira cerahnya awan, nipisnya awan atau tebalnya awan... ONLY U .....
    - Adakah pertemuan Lisa dengan keluarga ini membawa Nur didalam diri dan kehidupan Lisa serta Rahmat dan Hidayah tentang kebesaran ALLAH s.w.t.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak sueee
      Hey ya...comel ke awan n matahari tu? Sng nk nmpk. Tala ke langit x pyh lake amersee ttp blh pakai datum nieee....ya ke datum...ngeee
      Soon dh epi2 tragis.

      Delete
    2. Sabar menanti epi2 tragis.... mesti banyak bermain dengan emosi kan....
      panjangnya seru nama kak sueee.... macam rindu ja..... hahaha.....

      Delete
  23. Aiyaaaa…. Entry kali ni membuatkan reader tertanya-tanya, terpikir-pikir, ternganga-nganga, terteleng-teleng, terangka-rangka apa yang telah berlaku n ap y bakal berlaku… ngeee.. tapi mesti ap y terhidang nanti mesti tak terjangka.. kita orang pikir sampai ke laut tapi kak rin tulis sampai ke langit.. hahaa.. =p suka penulis yang buat something di luar kotak pemikiran readers…

    SASG… walaupun dia nampak kejam, keras kepala, kepala batu, angin kus-kus.. tapi dia sentiasa membuktikan yang dia anak terbaik n kekasih terhebat... kategori lelaki bertamadun nih.. sanggup lebihkan mom dia walau pun risau gila kat NL.. bagus lah.. family is first priority kan.. kerinduan SASG yang membara menjadi lubuk dendam yang tak berjaya dipujuk lagi.. hnya NL sahaja di mata, di hati di jiwa.. rainbow, cloud, matahari.. boleh melayang bila hati dah gila bayang..

    NL… suka part psycho y NL guna untuk pujuk SASG.. nampak matang n punya gaya tersendiri.. SASG adalah matahari.. pergghh.. ayat melting tuh.. =p.. hmm.. mungkin inilah pengakhiran zaman jahiliah NL.. kesesatan yang lama tak membuatkan dia terus sesat untuk ms depan.. suka ayt lisa pulang diiringi NUR ISLAM.. ayt tu buat sy terfikir n tertanya sndiri… adakah ISLAM yang kita ada sekarang akan kekal hingga ke hujung nafas?? Bnyak part rohani n jasmani dlm USD nih.. n Rasa mcm titik permulaan intipati USD bakal bermula… kenapa? Bagaimana? Dimana perubahan NL akan dikupas n dijawab kan.. x gitu kak? (memandai buat spekulasi sendiri)

    Banyak persoalan yang berada di minda.. banyak tanda tanya dan juga kata kerja.. otak kata jangan hati pula kata ya.. heh.. mcm kena ngan situasi kebingunan tahap gaban.. perlukan kesimpulan untuk semua spekulasi ni.. apa2 pun.. entry yang mengancam.. mengujakan hati untuk menanti dengan sabar.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau dh nama penulis, buat komen pon dh gaya karang cerpen.
      mmg tak bleh blaah le bakat korang neh!
      kitaorg suke je bace.

      Delete
    2. hahhaa sara..sara...saya buat USD sesimple mungkin je...just mana yg rasa best & mayb sng nk msk kepala readers or other 'lisa' out there.

      sara, nk mintak izin ni, sy nak meroyan kat blog awak bulih??
      hehehhee


      anonymous, couldn't agree more!

      Delete
  24. kak rin...
    w/pun lambat nak gak heboh kat cni....

    suka ngan ayat pasal hakikat 2.....
    lisa masih lisa yang sama...
    SA masih ngan egonya...
    kebar pun still d same....

    sikap lisa mmg malas nak ambl tau hal family azri kan....
    azri pun x ambil tau.....
    perhubungan yg berlaku tanpa melibatkan org lain cuma mereka ber2 je...

    apa pun tabik kat azri la ....di sana menanti di sini menunggu.....
    ibu mmg tiada galang gantinya.....
    nasib baik azri masih sedar hakikat 2....
    lisa pun ok gak sebab sanggup jaga kebajikan azri w/pun menyusahkan diri sendr....

    kak rin

    rasanya ini lah permulaan kisah nurlisa n syed azri....
    semuanya berubah dalam jangka masa yang singkat....
    perubahan lisa ke arah kebaikan tapi kesukaran azri utk menerima yng akan memisahkn mereka....

    hidayah perlu di cari....
    rasanya org yg bantu lisa itu lah yg akan membantu lisa utk kembali ke landasan yang betul....

    ReplyDelete
  25. ryana
    lmbt pon okay..kalau x sy mesti tercari2 eh ryana x der ke hr ni...hahahha..sy slalu gak kdg2 eh mana raeder nie...hahaha kalau dh terbiasa kan. sy reply plak dahla gaya mcm reply surat, focuss glerr so mmg igt sape yg dh lama ada, sape yg x de...eh reply ni x ada kna mengena dgn USD sbbnya sy dh lmbt reply...muahahhaha...sorryyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. :( :( :(
      kalo ai lmbt komen KL xperasan pown! :((
      ajokkk..

      Delete
  26. Komen2 ni dah panjang gilo . oleh sebab rin baca komen macam baca entri, terasa blink2 sikit. hahaha... lupa amende nak di komplen .

    Rin rasa syed azri dah terlambat kut bila balik ke germ nanti, lisa dah jdi org lain ? <---konon2 terer meneka.

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...