Sunday 17 June 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 20


            “Lisa, put this on. Saya tunggu kat luar.” Azri menghulurkan beg kertas ke tangan Lisa.
            Selepas Azri keluar, Lisa menarik keluar baju yang dibeli oleh Azri. Sepasang gaun paras lutut stretch – crepe halterneck yang berwarna merah gelap. Teruja melihat baju Alexander Mc Queen yang cantik dan dia pasti mahal, Lisa menyarungkannya ke badan. Cantik memang cantik. Lisa berdiri di hadapan cermin. Halterneck memang akan menyerlahkan dadanya yang putih dan gunung di dadanya yang sedang mekar dan ranum. Lengannya yang putih nampak berseri dengan baju berwarna merah gelap. Kaki yang panjang dan betis yang melepak nampak tirus dengan potongan gaun yang mengikut saiz badannya.
            Lisa boleh bayangkan Azri akan berpuas hati dan bangga meletakkan tangannya di bahu seperti biasa. Tangannya akan merayap ke pinggangnya yang ramping dan tak lupa akan menjalar juga ke betis dan pehanya. Naga yang garang tapi nakal. Ini pertama kali mereka keluar bersama setelah Azri mogok berminggu – minggu lamanya selepas kejadian di zoo. Lisa bersetuju untuk menemani Azri, sekadar makan malam apa salahnya.
            Lisa mengeluh. Badan terasa seram sejuk. Terbayang segala yang biasa baginya kini tiba – tiba menjadi bayangan ngeri. Setiap inci tubuh Lisa yang menjadi kebanggaan terasa kotor dan hina. Bahu yang terdedah terasa seperti diletakkan bara api. Kaki yang terdedah terasa seperti ditempek ekzos motor. Panas dan ngilu. Lisa mula berpeluh – peluh dan akhirnya baju yang tersarung di badan dicampakkan ke katil.
            Azri tiba – tiba muncul sebaik Lisa siap untuk melangkah keluar pintu studio.
            “What the hell? Mana baju yang saya beli?”
            “Baju ni pun okay apa.”
            Toga striped jersey dress paras lutut dipadankan dengan seluar hitam dan jaket hitam labuh. Lisa tersengih dengan perasaan yang sukar digambarkan. Takut pun ada. Dalam hatinya tahu Azri menduga, sengaja ingin melihat sejauh mana Lisa ‘pergi’. Langkah Lisa memang laju tapi hatinya umpama melekat, tertinggal di belakang. Terikat bersama Syed Azri bin Syed Gilani. Perlahan Lisa membawa diri, masih menanti Azri mengikutinya agar Azri tidak jauh tertinggal. Masih menunggu saat yang sebenarnya tak akan pernah kunjung tiba.
            “Lisa, this is a special dinner. Itu simple sangatla. I know you pretty in anything but please. Be sexy tonight.” Lembut suara Azri merayu.
            “No.”
            “Yes.”
            “Azri, kita boleh makan pun kan kalau saya pakai macam ni?”
            “Tu bukan masalahnya. Masalahnya ialah sikap awak. Kalau awak tak nak pakai baju tu. Saya balik tidur.”
            Azri menunggu jawapan Lisa.
            1 saat.
            2 saat.
            3 saat.
            4 saat.
            5 saat.
            “Please Azri.” Lisa merayu.
            “Boleh tak jangan jadi kampung Lisa. Saya dah cukup sabar ni. Kalau awak nak berubah. Berubahlah. Saya tak halang. Saya tak hairan setakat awak nak solat, nak mengaji. Saya okay tapi boleh tak jangan degil. Dengar cakap saya. Salah ke saya nak tengok girlfriend saya cantik – cantik. Dahlah tengah serabut ni. Projek berlambak. Jangan cari pasal boleh tak?”
            “Azri....”
            “Dah – dah jangan nak panggil manja – manja macam tu. Tak laku. Saya balik tidur.  Mati kebulur pun tak apa. Tak payah keluar. Bosan. Bosan tahu tak!”
            Dum! Bunyi pintu bilik sebelah dihempas kuat.

Nota cinta: 12.12.12 Some parts hv been removed :(

Andainya dapat ku ulang semula
Suatu zaman yang bernama remaja
Akan terpelihara segala milikku
Hanya buatmu

Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak ditimpa hujan
Aku sepertimu ada waktu diburu
Oleh dosa-dosa masa yang lalu

Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa
Dapat dipersembahkan
Menjadi satu lambang sucinya percintaan

Usah lagi kita persoalkan
Keterlanjuran di masa nan silam
Ku sedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa

Diriku mawar pudar warna
Tiada lagi yang istimewa

Ku sedia terima dirimu seadanya
Kita insan biasa



            Lisa berhenti di hadapan rumah Adriana. Nasib baik Adriana menyewa di luar, kalau tinggal dengan orang tua seperti Lisa, lecehlah nak angkut pagi – pagi macam ni. Lisa keluar tadi pun tanpa disedari oleh Puan Laila.
            “Kau drive,” arah Lisa apabila Adriana melencong ke arah pintu bahagian penumpang.
            “Aku mengantukla.”
            “Aku tak tahu Zouk kat mana.” Lisa tersengih.
            Adriana dah gelak pecah perut. Tak apalah bagi peluang kat orang yang jumpa jalan baru.
            “Mengada – ngada. Bak sini kunci.”
            Barulah Lisa bergerak dari pagar rumah Adriana. Sayang Adriana. Persahabatan dan kasih sayang mereka berdua tak pernah berubah. Tak ada sebab Lisa membuang persahabatannya dengan Adriana semata – mata jalan mereka kini yang agak berbeza kerana Adriana bukan seperti Syed Azri. Adriana menyokong dan menghormati pilihannya. Kunci kereta dihulurkan kepada Adriana. Kereta Perdana V6 Puan Laila dah jadi reta dia buat sementara waktu.
            Lisa mula bengang. Telefon Lili tapi yang angkat kawannya. Cakap nak tunggu tepi jalan tapi naik jenuh mereka pusing tapi kelibat Lili langsung tak ada. Lama barulah kawan Lili cakap dia mabuk. Adik aku mabuk teruk? Lisa hanya mampu mengucap panjang. Lisa meminta kawan Lili membawa Lili keluar dari kelab dan dia menanti di hadapan kelab.
            Tak kan Lisa nak masuk dalam pula. Buat malu siap bertudung bagai. Bouncer atau pengawal Zouk hanya tersenyum memandangnya. Tak adalah senyum perli sangat sebab agaknya bini mamat ni atau maknya kat rumah pakai tudung kot. Lagi pun ni kat Malaysia. Bukan kat German. Kalau kena kutuk kat German oleh mak cik – mak cik yang tua bangka lain cerita. Adriana menanti di dalam kereta dan pusing – pusing dahulu, mana boleh nak parking tepi jalan ni.
            Lisa memandang ke arah jalan raya. Tak selesa pagi – pagi buta berada di tengah – tengah bandar raya. Sesekali Lisa memandang langit. Banyak bintang – bintang bertaburan di langit.
            “Mana Lili ni?” Lisa merungut  dan memalingkan badan melihat ke arah pintu utama. Dengan telefon di tangan dan sebelah tangan lagi membetulkan hujung tudung, mata Lisa terpaku ke arah seseorang yang sedang memandangnya. Mata bertentang mata tapi cepat – cepat Lisa memusingkan badannya.
            Jantung mula berdegup laju. Kenapa dia? Kenapa kat sini? Out of many places?
            “Lisa. Nur Lisa.”
            Lisa membatukan diri. Dia tahu siapa di belakangnya. Masih segak seperti dulu malah bertambah segak dengan kematangan usia.
            “Kak Lisa ke? Sorry kak. Lili tak nak balik hotel. Dia cakap nak tidur rumah Mama dia.”
            Mendengar suara kawan Lili yang tiba – tiba mencelah, nak tak nak Lisa terpaksa memusingkan badan. Lisa hanya fokus kepada kawan Lili yang sedang memapah si adik yang menyusahkan. Jangan muntah tak tentu hala cukup.
            “It’s okay. Akak bawak balik Lili.” Lisa hanya tersenyum dan berterima kasih.
            Lisa pelik apabila melihat kawan Lili sesekali menjeling Syed Azri yang berdiri selang beberapa kaki dari mereka. Mungkin pelik kerana ada penonton tak berbayar agaknya. Tak kan dia nak maki Azri cakap jangan sibuk. Jangan tengok. Ini tempat awam lagi pun ramai je orang yang berkeliaran nak keluar masuk Zouk ni. Lisa langsung tak tahu yang budak tu jeling ialah Bos mereka termasuklah Bos si Lili.
            “Bye kak.”
            Lisa cepat – cepat memapah Lili dan menuju ke tempat Adriana menanti tadi. Nama kawan Lili pun dia lupa nak tanya.
            “Lisa. Lisa.”
            Lisa mengeluh. Kenapalah dia nak ikut. Sudah – sudahlah kisah lama dulu. Kata dah tak boleh terima dia, buat apa nak terhegeh – hegeh macam ni.
            “Awak salah orang.”
            “Saya kenal dengan orang yang hidup dengan saya selama dua tahun. Saya tak kan silap.”
            “How are you?” Syed Azri berjalan di sebelah Lisa. Rupa – rupanya ini adik Lisa. Kenal sangatlah dia. Patut perangai pun lebih kurang macam Lisa zaman dulu.
            Lisa diam.
            “Married?”
            Lisa mula rimas. Mana Adriana ni?
            “Bertahun – tahun tak jumpa. Banyak – banyak tempat, kat sini kita jumpa. It so true when people say good girls go to heaven, bad girls go everywhere. Mana – mana boleh jumpa.” Kata Azri sarkastik.
            “Azri!”
            “Oh! Kenal pun.”
            Azri tergelak. Gembira dapat menyakat Lisa atau gembira bertemu kembali. Entah dia pun tak pasti.  
.



p/s: For all the comments by lovelies USD 19 

I can no other answer make, but, thanks, and thanks.  ~William Shakespeare

p/s/s: Lisa mawar pudar warna ke? Mana ada, Lisa ni guilty je lebih kan :p
Happy Great Monday!!! Lev & XOXO, KL

103 comments:

  1. jumpa semula dh lisa n azri...apa yg berlaku pasni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cpat kn. Kot ada yg pening last epi br lisa hints azri ni dh blk msia siap jmpa.

      Delete
  2. Terbaek......

    ReplyDelete
  3. Senyum sampai telinga..tak sangka ada new n3..suka suka suka...Thnks Rin..

    Now tgh layan bola..trus potong tak nk sokong Ger pg ni sakit ati punya psl hahhaa...Kesian Lisa...hrp lisa bertabah

    Amboii SASG...hepi sb tjumpa Lisa..tak agak2 trus tnya Lisa da kawen ke blum...:))

    Lyry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha....direct je mamat tu maklumlh short circuit jap nmpk lisa...eh skglaaa german.

      Delete
  4. hah, dah jumpa azri balik !
    yeayyyyy.

    tpkan mommy, acane dorang boleh split ni?
    azri walk away cmtu je ke pe?
    thanksss mommy =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zatie nti ada cter part msg2 x puss hsti n mcm mana they really ends kat german. Sy kna selit dlm present life kalau x sinetron jd usd nih...but lisa yg walk away kn. Igt yg azri bgn pg lisa x der dh ckp previous epi.

      Delete
  5. wow..tak sangka begiyu tekad lisa berubah tapi azri tak suka pula..
    apa2 pun..jln lisa masih pnjang dan mereka sendiri tak sedar..klu da jodoh tak akan ke mana2 juga.tak payah cari pun..tetap akan dtg.dan akhirnya lisa n azri bertemu kmbali..kl,terbaik..

    ReplyDelete
  6. Well at last lisa and azri dah bertemu semula....... Can't wait to know what azri buat sampailar dorang dpt khawin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss apala naga tu buat n of course dgn bantuan ayam tu...

      Delete
  7. siannye Lisa,.kuat dugaan tuk berubah,.
    kisah cinta bertunas smula la ni ye ble dh jumpe ngan Azri keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tunas2 cinta tuu. Ya ke? Kot Azri telan blk je kata2 dia. Kan?

      Delete
  8. Dah balik dari zaman batu dah yer NL nih...
    Ingatkan lama lagilah dia dok dalam gua batu...
    Rupanya kejap jer dah balik duduk rumah batu...

    Lepas nih ada imbas kembali lagi atau x...

    lama dah x komen kat sini...

    ~w.t~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha gua batu, rumah batu. Ishhh perbandingan tak menahan. Kejap ke? Tu pun ramai yg duk nanti NL duk umah batu...

      Adalah kalau bab terkenang, kn Lisa 4 thn kat sana. Bnyk yg berlaku. Of course ada here and there tp main tetap kisah present dorang.
      Yang penting sesi NL tinggalkan SA x der lagi kan?

      Delete
  9. wohooo, best gila. Rindu dekat SASG dengan Lisa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wohooo.....rindukan. I miss them too :))

      Delete
  10. Eii,jahatla azri tu.org nk berubah pun xblh.haishh,sedih klu ni realiti.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azri jahat...tu lisa x nk kawen dgn dia...uwaaa

      Delete
  11. Hmm, Lili tu sengaja ke ape? Ish...
    Selamba je Azri sound Lisa macam tu depan Lili. Kot Lili pura2 mabuk je tak ke naya? Ish..ish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good point Hajar! tapi kna tungguuu :p

      Delete
  12. as-salam & G day KL,

    So proud of the new green leaf of Nur Lisa – a person with so much pain to endure.
    May be it would be jaz alright if those Deuschlanders insulted her but Azri?
    *as Lydia said b4 she too hv to endure sarcastic words fr her own family!

    A stubborn & hard-rock hearted Azri really could not accept Lisa’s transformation – good Lisa why bothers – let azri starved to death rather than to put up that ‘dress’ …. Thumbs up dear girl!
    *so the nex morning Lisa left Azri & the house??? - is this the reason Lisa left??

    Yes Lisa DEGIL – remember respects (or abide order)to anyone but not someone who forced u to refrain fr doing wat is right in Islam even if he is ur own husband let alone Azri who was only ur boyfriend!!!

    Adriana is really a ‘friend’ & so glad to know both Lisa & Adriana maintain their friendship despite the differences in their personalities now! – along with Lydia! My respect to u all ladies!

    Again Azri insulted Lisa eventho’ it was their first meeting since leaving Germany – it must hurts Lisa so much bila azri cakap “It so true when people say good girls go to heaven, bad girls go everywhere…”

    Kesian Lisa … but later hahaa ….. sape yg jilat ludah sendiri … Lisa jugak yg azri cari buat bini!!!
    hahaaa …. LOL … Azri ask Lisa “married?” … why? Takut Lisa kawen ngan Kebar???

    Azri u r so happy to meet Lisa again not bcos u can tease her but bcos LISA is the only person in ur hard-rock heart – a person He choose to thaw you towards the right path!

    **Issh … Lili sangat menyusahkn Lisa … here & there …. KL adakh Lili will face the same faith as Hani in Arluna? ……. Lisa bukan mawar yg pudar warnanya ……… tetapi raihanah

    TQVM KL ♥♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear komen u kt bwh..ter reply template main bkn sub :(

      Delete
  13. Tak sabar nak tau sambungan entry seterusnya.... Azri or tg akhbar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tg Akhbar? Ishh skip n3 ker? Dh confirm Lisa kawen dgn Azri cuma why and how? hehehe...lupa la ni maklumlah like it's been a month & weeks :))

      Delete
  14. Replies
    1. waaaaa.....err tu je :))

      Delete
    2. Hehehe! oh-oh lupa! thanks for the entry, Kak KL! love you! hehehehe!

      and nak tahu jugak apa jadi dgn tengku kebar. sy suka jugak tengku kebar tu :D hihihi!

      Delete
  15. Tq rin...besar pengorbanan Lisa untuk berubah sampai sanggup tinggalkan Azri ....mintak2 Azri pun blh berubah menjadi seorg Suami yg Lebih baik....tq rin awesome nak lagi dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak lagi? yesss sure. Masa je x leh ltak dlm schedule. As and when it is okay....
      Azri berubah, kalau x?

      Delete
  16. Jahatnya mulut Azri..apa dikatanya bad girls can find everwhere!!
    alah mamat kerek ni mmg ego pun..dlm ati entah bunyi loceng besar kot
    But I still minat gilers kat SSB Azri..
    Kalau org lain mungkin merayu bagai bila jumpa long lost luv..cth ayat i rindukan u ker, Lili mabuk mcm Lisa dulu2..
    Rin, dia org split bcoz of Azri x leh trima Lisa yg baru..ego sungguh!!sanggup Azri ni
    Pulas telinga tu karang..br tau!
    Hoho mmg insaf pegi mkn restoran insaf tu..mak ai!! regenya...tp kedai kopi capitol lg meriah..ada Indian food,Chinese & Padang..hehe
    Tq Rin..i meroyan ni & koya ntah apa2 dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Capitol tu Collesuem ke? mcm confuse tp pernah mkn steak kat Collesuem, deret Insaf gak. Sana sbb dorg femes dgn beef yg fresh. Tips kalau mkn x melekat kat gigi, means its a fresh beef steak..huahua....*apa gua merepek ni Sal..sebut lg psl makanan! & mango juice Insaf terbaik. Aktiviti wjaib berbuka puasa kat sana..hehehe..

      Koya is freee :))

      Delete
    2. Rin..silap!!huhu Collesuem la..tq hehe, also for fresh beef steak tip!it helps

      Of coz koya is free..tp lbh indah if koya2 yg mengena!
      Posa still hutang 2 hari..ish2 apa nk jd ni..bad girl la saya..

      Delete
  17. W'salam & G Day (ishh ni NUr Indah kat Aussie great G Day, rindu kerr??)

    Kisah Lydia & Darling pun yet to reveal. Actually kalau ikut sequence mesti pjg gilerr USD ni tp sy yg pendekkan here & there & bnyk msk flash back sbb kalau tgk feedback, ada yg suka past, ada yg suka present so sy campur :p

    Hard-rock-heart?? Comel ya phrase ni. I loikke.

    As for Lili. Entah nk bg tragis mcm Hani ke?
    But definitely dlm hidup ni x sume org bertuah dpt cahaya kan. & x blh jgak sume novel tunjukkan buat jahat, insaf, titik sebab koma tu ada kat mana - mana selagi Allah tak izinkan. Jadi baiknya jgn cuba lngsung buat jahat. Eh am I answering ur Q? hahahhaha *dalam maknanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni reply utk Jazmeen...kenapa ada kat bawah ni..ayyoooo!!!

      Delete
    2. aha .. sesangat betul!
      dalam novel, ada ayat yg terus titik tapi ada jugak koma-tang neh yg beleh gerun bila bace! ya selagi Allah tak beri hidayah - berbuih pon mulut nak nasihat kan, seseorang itu tk kn berubah!
      cantik ayat yg KL guna.
      mmang saya kagum dengan pengetahuan KL luahkn - wlpon bersahaja! tapi dalam maknanya!

      semoga KL akan terus mndapat idea & smpaikn melalui novel.
      sbab cara begini lebih berkesan!

      Delete
    3. Alya (nama awek Farhan GET) cute & thanks. Notice ya awk ayat dlm komen pon..whoaa tabiklah. But I always believe not all stories ending with dot. Kan?

      Delete
    4. ha haa .. nak gelak kat writer dh lupa nama watak dlm novel sendiri - not Farhan le = Ferhad! LOL Farhan awek/bini dia Nur Maria
      KL drink a cup of green everyday tat will boast ur memory hehee! reduce intake of those caffeine !!! :)

      Delete
    5. Seyes neh nk ckp. Sbb x minum coffee lg otak sy x brape nk jln. Malu aii uuu :)
      & jgn terkejut if korg hafal Arluna kalah sy....sindrom penulis jalanan agknya.

      Delete
  18. Akhirnya.. nak tahu camner diorg blh kawin lak nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha korg ni...kna sbr menunggu yeah....

      Delete
    2. Rin..sy pon nk tau gak..tp mood Mary x jd Mary lagi pun nk tau gak..hehe

      Delete
  19. memang terbaiklah, rin. best story ever.

    ReplyDelete
  20. aduh.. suka tinggalkan ending tang saspen kan? ngeee.. geram geram geram.. kenapa ya? Walaupun rasa SASG tu sangat teruk.. sangat jahil n sangat tak memahami, kenapa rasa hati ni terlalu memihak supaya SASG tetap dengan NL.. mungkin sebab, NL je yang boleh runtuhkan keegoan tahap gunung milik SASG tuh.. hebat jugak penangan SASG nih benornya kan.... walaupun mereka dah terpisah jauh, tp ingatan NL masih berpihak pd SASG.. hmm...

    NL... begitu payah jalan untuk berubah kan.. suka part pagar-pagar tuh.. memang hakikatnya begitulah... hidup berperaturan tu memang sukar.. tapi benda tu perlu ikut.. wajib follow.. macamlah ikut trafic light kan... kalau merah wajib berhenti, kalau jalan jugak maknanya selamat jalan ke gawang tanah lerrr... tempah bala.. naya badan jeh.. haha.. macam tu jugak dengan agama... walaupun penat, perit, susah tahap gaban, leceh, tapi wajib ikut.. no more excuse.. rasanya part ni NL lalui dengan jayanya.. credit to NL.. dia berubah sedikit demi sedikit.. tapi istiqamah.. itu yang perlu.. bukan secara drastik tapi akhirnya makan diri..


    SASG… aiyo.. masih belum hilang aura tembaga yang dia miliki tu… kecik betul dunia. Macam mana boleh jadi bos lili kan… jadi lililah punca pertemuan ini.. n of coz macam pergerakan takdir kan.. andai ada jodoh, x kemana… memang perempuan baik untuk lelaki yang baik.. NL dah berubah… n SASG masih di takuk lama.. tapi kena ingat.. orang yang baik leh jadi jahat.. n orang jahat pun boleh jadi baik.. kan Azri kan… tapi adakah SASG akan berubah walaupun dia kahwin dengan NL tuh.. part tu belum terjawab.. kena tunggu kan.... @_@

    oh.. begini rupanya pertemuan mereka... antara ambang kejahatan n kebaikan... antara dua garisan tuh.. di pintu gerbang pub tapi untuk bermula jalan kebaikan, dia datang dari arah keburukan.. alah.. macam NL kan.. kalu dia x pergi octoberst tu, compem dia x akan kenal Lydia.. compem dia x berubah kan... macam tu jugak dengan SASG.. mungkin lepas kahwin, dia akan berubah mengenal ISLAM sambil mengamalkan intipati ISLAM sendiri.. macam manalah cara SASG pujuk NL untuk kahwin tu kan?? Best.. best..best... x pernah menghampakan.. sayang kak Rin much much more... muaaxxxhhh…

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sara
      karangan awk ni pesal bnyk salah tatabahasa, penggunaan perkataan yg x sesuai, ejaan salah, point x cukup. Mcm mana nk bg markah ni?
      Haishhh....

      Lain kali sara....BUAT LAGI karangan mcm ni yea. Cikgu KL sukerrrr *ROTFL

      Delete
  21. Oh my azri! Kesian Lisa :( a

    ReplyDelete
    Replies
    1. shakira komen awk kt bwh..hisss pesal ni :(

      Delete
  22. Setelah sekian lama Lisa & Azri berjumpa kembali...

    Kalau dah jodoh tak ke mana kan?

    Rin lepas ni takder flash back lagi ke? ker terus ke cerita masa depan jep?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear TLC....
      hehhe ada sikit2 je tp yg main flashback is the day Lisa left. Lain2 sikit2 just to compare life dorg masa kawen & masa duduk skali kat Pasing je.

      Tu time mengadjust married life dorg.

      Delete
    2. Owh okey sabar menanti.... Tak sabar nak tahu kehidupan after marriage dia orang berdua... dan nak tahu gak Kebar ape cer hehehehe ^_^

      Delete
  23. Sudah menjadi adat manusia kalau perkara yang baik sukar untuk diterima akibat adanya penyakit hati. kalau berlaku sesuatu perubahan yang baik mmg sukar nak terima. sampai org ckp buang tebiat.
    apapun sy suka sebab akhirnya penantian berakhir..... dh pulang mesia lps ni mesti leh tau cmner azri n lisa leh kawin kan. suka ye azri dpt jumpa lisa semula hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh x sibuk shooting hr ni?
      mcm awl dpt baca neh kan....
      btul2 even manusia pon begitu. Ni psl aqidah & cara hidup, yg kecik psl kerja pun susah.
      Sy pernah g motivasi, penceramah tu suh tkar tmpat duduk setiap setengah jam.. Bengang nak mampos kna berangkat bende bagai pindah meja tp moralnya dia nk train supaya kita kna slalu open minded utk berubah. Nk tkar meja dh bengang, not to mention to change this big kan?
      wehhh pjgnya sy merepek.

      Delete
  24. Weeehhuuu.. Akhirnya lisa dah berubah abes..mesti lagi lawa dia pakai tudung..
    Betoi tu nak berubah ke arah kebaikan banyak halangan n cabaran..
    Sgt happy SA dpt jumpa chenta hatinye.. Jumpa je terus tanya dah kawen ka blom..kalau lisa ckp dah kawen agak2 meraung x SA dpn Zouk? Hahhaaha..
    seronok ehh dpt sakat lisa.. Naga yg garang tp dlm hati ada taman.. :)

    Pernah jumpa quotes..
    Good boy go to heaven, bad boy go to patong (phuket)

    Thanks kak Rin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa lawa mcm cover tu laaa...wewitttt.

      harus pengsan dpan Zouk tu kalau dgr nama Tengku Akhbar not to mention kawennn??
      Quote tu x leh blah. Pinjam ya...best tu....Bad Boy go to Patong *LOL!
      w'come dear.

      Delete
  25. syakira hai...My Azri tu tp kesian Lisa....hahah our heart r with both kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Ni mesti sbb blog gila skjp ni. Tu yg smpai ke bawah komen. Ngee~~~ oh my Azri tu mcm nak cakap, why Azri why?? Haha. Saya suka merepek pagi2 ni -,-

      Delete
  26. Dear KL,

    - hhhmmm...bagusnya lisa dah bertemu dengan SA..
    - tak sangka kan..kecilnya dunia ni...
    - next entry please, hati akak meronta-ronta nak tahu next episod ni...
    - tak sabar dah ni...
    - luv u soo muchh...

    -kak fadz-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear kak fadz

      - bagusss sgtt kan
      - kecik jer...Lili jgak yg jd punca
      - next2 okeh....
      - sabar kak..gi terapi masak dulu
      - luv u so muchh tooo

      Delete
  27. Kak Rin,just nk ckp... LIKE LIKE LIKE...100times :p

    erunn

    ReplyDelete
  28. n3 kali ini buat degupan jantung saya berentak sedikit, itu baru citer sekerat2x... kalau dlm printed version memang sah2x akan berlari nak keluar.. hahaha
    hope nanti ada flash back sikit mcm mana NL & SA boleh split kat Germany.
    SA budak baik actually....dia setia dlm bercinta, memang sah2x melimpah ruah kasih sayang buat NL... cuma keadaan, masa & persekitaran membuat dia jadi sedikit jahil.
    mesti ada somehow somewhere mengapa dia bengang dgn perubahan NL... rasanya KL akan tahu mcm mana nak menjinakkan SA... hahahhaa...
    "good girls to heaven, bad girls to everywhere"... trick nak mengenakan NL supaya mengaku.. sebab NL memang sah2x mengaku tak kenal... menjadi jgk trick dia.. hahaha
    KL...... thank you so much for the superb n3.... have a good day.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy yg kna jinakkan SA? hishh keje berat tu. Tu keje NL tau :p

      kalau printed version silap hb koyak habis kot punyalah bengang dgn SA.
      okay nti sy bg mcm mana dorg boleh split kat Germany. Yg ni bunga2 yg Azri mmg dh berbulu gilerr dgn new Lisa.
      yes...am having a good day. Alhamdulillah & tq.

      Delete
  29. Adoi...

    Lili ni mmg ayam la..nape rs cam lili pura2 jer mabuk...
    Suka la dia dah datang..dia datang...xde la meleret2 gaun pengantin nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa...gaun pengantin sape ni?
      Lili tu ayam2 pun bagusnya sbb dia SASG & NL kawen. tp x bgus for Lisa la.

      Delete
  30. rinnnn....
    kesian kat azri, kesian kat lisa. pendek kata, kesian kat dua-dua. kalau azri dapat terima lisa yang baru dulu tu, mesti dorg dua takkan broke up macam tu. sekarang tgk apa jadi, dua-dua dah sakit hati...>.< ehem...tak payahlah nak emo bagai emy ;p..

    anyway, thanks for the entry babe ;) bila dgr lagu tu sa pulak yang insaf tetiba. lagu yang ada maksud yg tersgtlah dalam kalau dihayati betul2 ;) lagu lisa tu, cuma dia bukannya mawar yang pudar kan kan kan ;)

    kat tempat sa pun mcm tu jugak rin. makcik2 penyibuk dalam bas siap tanya kawan sa yg bertudung "kenapa pakai tudung? tak panas ke?"...sampaikan kawan sa jawab "panas lagi kat neraka makcik"...soalan makcik yg memang boleh blah..

    dorg pandang serong bila tgk orang pakai tudung. lebih2 lagi bila ada kes suicide bomber dulu tu, kecoh satu negara. dorg tgk pun semacam, siap perli2 lagi. sa pulak yg terasa bila tgk kawan sendiri kena maki depan2 >.<

    sgt cinta cinta cinta cinta cinta USD..tak semestinya org yg masa lampau dia hitam tak boleh nak baiki balik hidup dia ke jalan terang kan ;)

    sayang awak rin! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emy sy lg respect awk blh minat cter mcm ni..hmm
      & ur fren mmg kna buat derk je la. Org putih ni ramai yg bengap & duduk dlm gua lg pun. If they read Quran & know wat the religion teachs, they will love it. Dorg duk igt it so opressed pakai tdg ni n woman x fight 4 their right kan...they knw these hijab ladies fight the plc at Jannah. hishhh mcm2....
      u mesti mcm Lydia in a way of being a very supportive frens.

      Yes...semua org boleh berubah. Inside out. Tepuk dada tanya selera.
      Syg awkkk jugak!

      Delete
  31. best giler
    azri tetap dgn mulut jahat
    nk gelak bila azri tanya married? lili mmg ayam eh!
    Lisa teruskn perjalanan
    trimas KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. married? ImaAn r u?
      hahhaa...pagi2 buta tu yg dia tanya..kurengg betull
      sama2 ImaAn

      Delete
  32. Ehem2. Assalamualaikum kak rin. :)

    Haishh.azri ni agknye sarcastic is his middle name kot.meluat mak!! (Wlpun dlm hati rase nk lmpat smpi siling bile jane and john doe brjmpe after ä few years).

    Dearest lisa,msti die rse lega kn dpt balik mesia at least kt kl mane de kes tarik2 tudung.

    Tp sy nk tau sgt2 psl lydia. What happen actually?
    n

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Syira...hoho sy suker awk punya mix feeling tu tau...
      so his name would be Syed Sarcastic Azri??? LOL :))

      kentang btulll kes tarik tdung tuh & idiom armpitt tu sejibik utk kwn yg pnah terkena. Sabar ya sayang...anda tabah di sana!

      Lydia story...darling will tag along durung Azri me'naga' nanti..hehehe

      Delete
  33. ... Lisa bila kita nak menjadikan diri kita kearah kebaikan memang banyak dugaan .... itu akan menjadikan diri kita lebih banyak bersabar dan menguji mental serta fizikal juga ok.... Bukan senang hendak menuju jalan kesyurga kan....
    ... Mahu nak terjatuh jantung Lisa bila nampak muka Azri depan kelab .... bukan sebab Lisa x bisa .... tapi wajah yang x memberi semangat untuk Lisa berubah ke jalan yang Lisa pilih dan seorang yang cuba LIsa lupakan dan seorang yang pernah berkata dah tak boleh terima LIsa..... boleh terjojol depan mata pagi-pagi buta.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha...pitam kak. Kalau sy Lisa, 1st sy lempang Azri tuh, pastu sy pitam..hahahha...tak tercapai dek akal jmpa x, org yg kita syg & org yg x sokong kita...torn in between is the hardest position :(

      Delete
    2. tapi apa pun Lisa terbaik lah buat x kenal Azri.... kalau Kak Sue jawap ja .. ada aku kisah kau kenal aku atau aku kenal kau?????.....hahaha....

      Delete
  34. wahh..germ ngn azri..pro kebar tahap dewa dah skang ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. whoaaa...x tgk Kebar salin kulit lagi tuh. Lagi tergolek kot :))

      Delete
    2. waaa...kebar kebar..haha
      harus la tergolek golek..
      dala sekarang dalam mission mencari anak kerabat bak kebar untuk dijadikan calaon..kehkehkeh..*mimpi jele*

      Delete
  35. kak rin ...
    sht x....
    citer ni makin menarik....
    setakat ni....
    perubahan yang berlaku dalam kehidupan lisa n azri di oleh dgn cukup menarik
    sukarnya azri utk menerima lisa seadanya
    knp perlu berpisah kalu dalam ati masih ada sayang....
    sepatut nya azri terima lisa seadanya..
    trima baik buruk lisa kalu itu jalan yang lisa di pilih
    kalu ada semangat apa saje halangan boleh di atasi...
    knp la azri ni x memahami naluri lisa yg inginkan perubahn...
    jika di beri pilihan antara coklat yg telah di buka dengan coklat yg dalam bungkusan mana 1 pilihan yg di pilih...
    mestilah coklat yg berbungkus jdi pilihan ...
    lisa ingin berubah krn selama ni dia hidup dalam dunia yg tiada kebahgiaan..
    lelaki yg baik utk perempuan yg baik begitu la sebalik nya...
    byk sudah dugaan untuk lisa telah di lalui bilamana lisa menginginkan kebahagiaan di dunia n akhirat.
    sahabat yg baik adlh sahabat yg bleh meberi n menerima...tanpa ada sebarang balasan..
    lily nk jd mcm lisa jugak ke....
    jauh sudah perjalanan lisa tpi percaturan ALLAH itu lebh baik..akhirnya berjumpa jugak ngan azri di mlaysia...
    azri masih lgi dgn sikap nya yg x tahu bila nak berubah....
    sabar la lisa sesungguh nya org yg bersabar akan merasa kemanisan di kemudian hari..
    azri xnak mintak no tel lisa ke....
    walau apa pun yg berlaku lisa tetap di hati azri....
    apa yg membuatkan lisa berkahwin dgn azri...
    adakah azri ingin bertanggungjawab atas apa yg berlaku dlu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy nk coklat berbungkus siap ada riben ya Ryana...hahahaha...
      Azri x smpat mtk kot dh kna sepak kaki dia...haha again
      ryana ayat awk ni sweet je tau. Sy tgah bayangkan awk nyerr karektor ni. mcm mana ek?
      tgah tgu manisnya Lisa tu dlm keadaan mcm mana ya? Mampu ke Azri ni akhirnya membahagiakan Lisa atau sad ending???

      Delete
  36. rin ahmad terbaik la.....mmg superb novel ni....tak sabar nk tunggu next entry plak...rin ahmad nnt add saya kat fb yer...ni link dia http://www.facebook.com/nurul.sakinah.90 ...teruskan menulis novel yang berilmiah...tabik spring la kat rin ahmad...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang I dh bukak ur wall tp mana pegi icon nak add & nk PM pon x leh tp i do nmpk u add Fan Karya Lepak kan..hehhee anything blh drop kat situ jgak. I'll be around & dh like ke KLFP? Cuba scroll history SB, sy ada ltak link awk tp seyess x leh add.

      Delete
    2. hehehe..yeker...jap saya betulkan....saya nak add kak rin gak....baru best.....hehehe....kalo camtu nnt saya add fb kak rin ahmad..tapi knp takde tanda icon add friend kat fb kak rin ahmad yer....tu yang saya minta kak rin ahmad add saya tu...hehehe...

      Delete
    3. kak rin ahmad SB tu aper???hehhehe...

      Delete
    4. mesti la dh kan...peminat setia karya rin ahmad ni....dari dulu lagi ni....hehehe

      Delete
    5. SB tu chat box yg ade kat sebelah kanan tmpat org cakap-cakap tinggalkn mesij atau pon nama dia shout box SB ada kak Rin buat melepak melalak kat sini yeah itu namanyer SB

      Delete
  37. alamak ... azri?
    good Lisa maintain cool ok
    duk sdg fikir apa yang Lisa slalu tulis sblum tido?
    mana Darling eeeh rindu lak kat tat little girl - tetiba je!!

    tq KL love luv lev u

    -guest melepak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darling sebut skali part bj kurung jer..hahaha cian bdk kecik tu.
      Lisa tulis karangan BM kot :p

      w'come...love luv lev u too

      Delete
  38. ishhh,rasa nak sepak kaki SASG.tapiiiiii dah jadi suami lisa pun. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak cool ya kalau dpt sepak kaki dier..hahhaa mana tau tertempang & terinsaf :p

      Delete
  39. Apa akan terjadi next entry? Tak sabar nak tunggu! kekekek! Apa2pun best lah KL! :D

    ReplyDelete
  40. azri tercabar ke? ngehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rin dh x sibuk ke ni?

      Delete
    2. x la berapa sibuk . sibuk sikit2 je.. >_<

      Delete
  41. Kekonon study..tp gedikkkkss jugak nak nyebok kt cni :p

    Eiiii.. Xsuka la ngn lili tu! Rasanya dia yg plann ni.. Sngaja suro lisa g amek dia..nak kasik jmpa azri. Sbb azri cm tatau pape pon tyme nih.. Kata mabuk teruk sblmm tu elok je kol ek..

    Tacin r part lisa berubah tu.. Wuwuwuwuwuu.. Stupidos la germany ni kan!nasib ada lydia yg menenangkan ati..;)

    Azri ni mmg senget kan.. Tau nak yg seksiii ajer.. pastu kejee nak marah pastu bebal pastu majuk konon2! Ampessss! Biar je kebulur!

    Kl, drpd get then arluna then jet.. Ai rasa watak antagonis kl ni bertambah2 improve nyer..
    C nyamuk tu biase jer, udang galah nyampah sket, indah water nyampahhhhhh byk!! Nti nak tgk lili c ayam ni setaraf x dgn iwk tu @ lebih lagi..

    Sekian, :p

    ReplyDelete
  42. hahhaha Mizz Acu bkn nk ckp writing aii yg improve tp watak ayamsss yg improve. Ni x spesies IWK je. Kejam2 manja sbb adik bradik kan. Dulu JET laki bini emo terlebih :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ur writing xpayah ai mention la KL.. Superb! =)

      Delete
    2. everyone knows that! ekekekeke.. :)

      Delete
    3. tau dah ... yg terbaik, KL je yg tatau
      kesian kan KL tak reti nk tahu sbab KL tak slalu bace novel Rin Ahmad ekekeke*duplicate gelak org atas tuh :)

      Delete
  43. lepat ubi..19/6/12 6:03 pm

    hai...salam....i dh lama follow cite2 KL...but silent reader ja..2 ari maraton USD..phew juling mata k.....wow mmg superb la..x sabar nk bc n3....all the best KL..2 thumb up

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...