Wednesday 6 June 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 16


          “Dah lama sampai? How do you know I’m here and....
          “Balik Lisa. Make it quick.” Arahan veto. Azri meregangkan kedua – dua belah tangan dan menguap sambil mata ditala ke arah tasik. Lake Stanberg memang cantik malangnya terlalu ramai orang kerana ini adalah tasik yang paling dekat dengan Munich. Sebenarnya malas nak pandang muka Lisa dan Tengku Akhbar. Kesabaran dia makin menipis.
          “I can send her.” Tengku Akhbar menghulurkan salam. Azri menyambut tanpa kata kemudiannya menggeleng. Tak payah nak susah – susah tunjuk baik boleh tak. Azri hanya bersuara dalam hati. Makin menipis kesabaran di dada.
          “Kebar, it’s okay. Saya balik dengan Azri.” Lisa bersuara rendah. Boleh membaca aura naga yang bakal meletuskan semburan api bila – bila masa sahaja. Lisa cepat – cepat beredar menukar pakaian dan sebentar kemudian dia kembali. Tengku Akhbar tak ada. Hanya Azri yang sedang duduk di atas rumput sambil menghisap rokok dan ralit mengamati pemandangan tasik yang menanti matahari terbenam.
          “Jom!” Lisa memaut lengan Azri. Cepat – cepat mahu beredar. Tak payah tunggu Tengku Akhbar pun tak apa. Tengku Akhbar pasti faham situasinya.
          Mereka berjalan beriringan. Azri diam. Lisa pun diam. Tak berani nak bersuara. Spesis naga boleh bau ke kat mana dia ada? Pelik betul. Lisa mengeratkan genggaman tangannya. Berharap Azri membalas tapi hampa. Azri diam, melayan nikmat asap rokok dan membiarkan sahaja lengannya dipaut oleh Lisa.
          “Lisa!”
          Langkah mereka berdua automatik terhenti. Serentak mereka berpusing menghadap Tengku Akhbar. Azri melepaskan tangan Lisa. Kedua – dua tangannya diseluk ke dalam poket jeans dan menanti sahaja drama antara Lisa – Kebar. Tak habis lagi? Bagi betis nak peha pula? Setakat ni dia boleh bersabar sebab dia cuma nampak kegembiraan di wajah Lisa dan bukan keintiman seperti yang dia nampak Damia Humaira dengan makhluk jambatan tak siap di Marienplatz dulu.
          “Awak tertinggal skaf awak ni Lisa.” Tengku Akhbar menghulurkan skaf panjang yang dipakai oleh Lisa dari Garching lagi. Nasib baik dia perasan termasuk sekali dalam beg kertas baju dia.
          “Oh! Terima kasih. You are a good friend.” Lisa memuji. Sengaja dikuatkan sebutan ‘friend’ tu nak bagi Azri dengar.
          Gute Freunde sind wie Sterne. Man sieht sie nicht immer, aber man weiss, dass sie immer da sind. Ich bin nicht dein Freund, ich wollte nie nur dein Freund warden. Ich wollte immer mehr als dein Freund sein aber für dich, bin ich wahrscheinlich nur wie eine von mehreren Sterne.”
          “Aku tak pekak lagi.” Azri menyampuk.
          Buk!
          Sebuah penumbuk sulung dilepaskan sekuat hati Azri. Darah mengalir di bibir Tengku Akhbar.
          Buk!
          Sekali lagi penumbuk dilepaskan dimuka Tengku Akhbar tanpa sempat ditahan. Mana nak sangka serangan bertubi.
          “Tu hadiah untuk kau. Nak sangat jadi bintangkan. Ambik kau. Kau layak jadi bleeding star but not a shining star! Sini, balik Lisa.” Azri meninggikan suara.
          “Azri!”
          “Diam atau awak nak dia lunyai kat sini?”
          Lisa terdiam. Skaf yang dihulurkan oleh Tengku Akhbar tak jadi diambil tapi diserahkan kembali kepada Tengku Akhbar. Sempat Lisa mengelap darah yang menitis di bibir Tengku Akhbar sebelum tangannya direntap.


      Nota cinta: 12.12.12 some parts hv been removed :(

          Seorang sahabat yang bernama Tengku Akhbar.
          Sahabat yang setia disepanjang zaman.
          Zaman jahilmu Lisa, zaman lurusmu di masa hadapan.
          Dia akan sentiasa ada.
          Dia sahabatmu.
          Sahabat sehingga ke hujung nyawa.


         
Lake Stanberg

          Tengku Akhbar tak jadi meneruskan perjalanan ke bandar Munich untuk balik ke rumah. Dengan bibir yang sakit, dia melangkah mencari tempat untuk berteduh malam ini. Akhirnya Tengku Akhbar memutuskan untuk bermalam di sebuah rumah tumpangan istimewa yang dibina di tengah tasik dan dihubungkan dengan jeti kayu. Rumah kecil yang amat selesa. Selesa untuk dia melayan perasaannya.
          Cantik sungguh pemandangan di tengah Lake Stanberg malam ini. Tin soda dibawa ke luar balkoni. Skaf Lisa yang kotor dengan darahnya dililit di leher. Buat peneman, buat pengalas malam yang dingin. Keseorangan di tengah – tengah tasik membuat Tengku Akhbar insaf. Kadang – kadang dalam dunia ini ada benda yang tak dapat dibeli dengan duit. Alangkah indahnya kalau segala – galanya dapat dibeli. Pasti cinta Lisa amat mahal harganya.
          Gute Freunde sind wie Sterne. Man sieht sie nicht immer, aber man weiss, dass sie immer da sind. Ich bin nicht dein Freund, ich wollte nie nur dein Freund warden. Ich wollte immer mehr als dein Freund sein aber für dich, bin ich wahrscheinlich nur wie eine von mehreren Sterne.”
          “I am not your friend. I never wanted to be just friends with you. I always wanted to be more than friends with you, but I am probably just one of many stars to you.”
          Sebab dia pun tak mampu berbohong dengan Lisa dan dia cuma mahu Syed Azri mendengar. Itu taktiknya. Bukan dia tak tahu Syed Azri cuba mengawal marahnya dan sengaja juga dia menduga. Sengaja sebenarnya agar Syed Azri tahu ada orang lain yang menghargai Lisa. Agar apabila pulang nanti, Syed Azri tidak akan memarahi Lisa bahkan menjaga Lisa sebaik – baiknya. Ternyata Syed Azri benar – benar menyayangi Lisa dan dia gembira, tumpang gembira untuk Lisa walau pun hatinya sakit, hati lelakinya kecewa hanya kerana seorang perempuan bernama Nur Lisa. Hatinya lagi parah berdarah kalau nak dibandingkan dengan bibirnya yang pecah.
          Tengku Akhbar menarik skaf yang dililit di leher. Lama dipandang skaf berwarna putih dan bercorak bunga tulip kecil di sekelilingnya. Bunga tulip warna warni. Dia tahu Lisa tak ada warna kegemaran. Nak beli hadiah susah nak teka selera Lisa. Dia ingat Lisa cakap, warna dia suka kena ikut kesesuaian barang. Macam – macam Lisa ni. Tengku Akhbar berdiri dan berjalan ke hujung pagar. Pagar yang memisahkan tapak rumah terapung ini dengan tasik yang hitam dan hanya berkilau dengan cahaya bulan dan bintang.
          Saya hanya salah satu bintang di atas sana bagi awak Lisa tapi suatu hari nanti, sebagai seorang kawan, kalau itu yang awak nak, saya akan sentiasa ada untuk awak. Skaf Lisa dicampakkan ke dalam tasik. Terapung dan kemudiannya tenggelam. Tak kan ditangisi kekalahan untuk memiliki hati Lisa kerana dia Tengku Akhbar. Yang akan mampu memandang Lisa penuh kasih, sepanjang masa, sampai bila – bila pun.



           Assalamualaikum READERS
 p/s: Korang tgah mood SASG ke mood TA?
Lagu mana korang suka? Hahahaha....sy suka lagu SASG :p
XOXO!!
         
          

82 comments:

  1. rinnnn.....
    huhuhuhuhu...gila babe, touching pulak sa tiba2 dgn entry kali ni. kebar...kebar...kebar...apa jadi dgn kebar lepas ni? jgn buat kisah dia sadis sgt boleh tak? huhuhuhuhu...
    macam biasa, there's only one word to describe all these...AWESOME babe! ;) sa yg tgh stress exam ni pun menyempat nak lepak ngadap USD. feeling gila..sambil lagu the one that got away terpasang kat speaker sebelah katil..wuuhaaaaaa! feeling terlampau pulak dgn kisah kuntum renjong ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. emy dearie..jgn awk x leh jwb exam, pastu awk bakar blog nie...haru sy nti tau.

      boleh plak dia feeling lagu sdiri nak feel kuntum renjong ni.
      janji feel kan :)

      Delete
  2. Thank you. Of course lah mood SASG! Hehe bile nk post kehidupan husband-wife dyorg nih? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ninaali...hahha tu lah nyesal post awl2 kisah dorg dh kawen, langsung korang duk tertunggu2....hehehe...part tu x penting, part jap - jap lg yg Lisa turn around tu lg best....lg sadis....
      tgu tu lah dulu ya..
      sabar tau

      Delete
  3. wah kak rin....
    ayat bunga2....

    dalam kesibukan belajar terselit seribu kisah...
    belajar utk ilmu lebih mudah dari belajar utk exam...

    lisa oh lisa....
    masih org yang sama....
    buat apa yg dia suka buat tanpa fikir benda yg remeh....
    dalam suatu perhubungan yang remeh la yg harus di awasi spy x menjadi beban.....

    TA....
    mmg sorg sahabat yang baik...
    tapi...
    sayangnya lisa x suka kat kamu...
    jodoh pertemuan di tangan tuhan...

    SA ...
    tetap ngan egonya...
    konon x kisah tapi x penyabar....
    habis di hentamnya TA...
    cian kat TA .....
    2 la hak org jgn di ganggu kan TA dah kene kesannya.....

    best nya malam dapat tgk bintang dengan org yang kita suka...
    sambil nikmati keindahan alam....

    lisa oh lisa
    kan dah rasa bersalah bila TA kene hentam ngan SA...
    dalam marah2 SA tetap jga lisa 2 yang bgs nye SA...
    kurang cakap tp meluahkan melalui perbuatan...
    apa agaknya yg lisa buat utk meredakan kemarahan SA eh....
    dan bagaimana lisa boleh berubah....

    apa pun yg berlaku....
    lisa tetap ngan sikapnya....
    SA tetap ngan egonya.....
    TA ngan kerenahnya....

    yang menjadi tanda tanya...
    bagaimana lisa berubah....
    masih mencari di mna titik permulaan nya....
    apa yg jdi sehingga lisa berubah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. madah pujangga kamu sgt tak boleh blah ryna...
      Kamu tu...skema btl..
      btw, setiap saat asyik teringat cter ni..rajin2lah
      masukkan n3 ye...

      Delete
    2. hahhaha ryana ni sopan..bahasa dia mmg mcm tu dr zaman Arluna lagi..

      hahhaha kalau rindu awk bayg je version awk sdiri sbb kot sy lmbt, sorry eh...

      Delete
    3. ryana agaaga...
      lmbtnya tdo..sy pon lmbt tp mampu baca je, duk bergolek ats katil, x kuasa dh nk type pape pun.
      ryana biasanya awk terer je teka mcm mana Lisa berubah...hahhaa...sbb ekside? amnesia?
      huhu...tekalah tak pon tlglah bg idea bombastik utk sy...

      Delete
    4. kak rin kalu ada idea nanti sya war2 kan...

      ataupun...
      macam biasa la....

      mgkin bila kita kehilangan org yang tersayang ianya beri kesan dalam kehidupan kita....
      mgkn bagi kita benda remeh temeh tapi mberi sejuta makna kalu kita dapat hidup dalm kebahagiaan dunia n akhirat....
      hidayah perlu di cari bukan di nanti....
      xkan akak nak buat dia amnesia kot...xpun xcident....2 kan dah biasa...
      kak rin kan luar biasa....
      akak pernah dengar x ....
      ada org cakap tempat yg paling baik utk bertenang....salah 1 nya adalah kubur....spy kita memikirkan dunia yg 1 lgi....

      ataupun....

      biarkn lisa cari diri nya yang sebenar....
      kan lisa 2 ada penyakit dalaman skit....
      bg lisa jumpa org yg betul2 blh bwa lisa kembali ke pangkal jalan....
      dari situ mgkan akan merubah corak kehidupan lisa...

      atau....

      kak rin je buat apa yg akak fikir logik....n semestinya benda yg simple tp memuaskan.....

      Delete
  4. Seriously cerita nyeh amat menyentuh perasaan. Bila sampai part tengku akhbar saya rasa macam nak nangis jerrr....... Kenapa lisa x pilih akhbar jer? Walaupun at the same time i still want lisa dengan SASG tapi akhbar sanggat2lah baik..... I won't hurt him if i am lisa.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...saya feel giler perasaan awk part i wont hurt him if i am lisa.
      touching uuu....

      Delete
  5. Oh, inikah tragedinya? Haih, kesian Kebar. Dia ni baik sangatlah. Kalau orang lain agaknya memang dah selamat dah Lisa tu kena grab bawak lari jauh drp Azri. Haha.

    Tapi nak salahkan azri pun tak boleh juga. Dia hanya buat apa yg sepatutnya dia buat. Haila, memang keluar semua aura naga dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni la Hajar tragedi oktobernya..hahaha...
      TA baik? hahaha...sopan..kan ramai jer laki sopan mcm ni.

      Kira Azri pon x salah, Lisa la yg bongek x hbs2 dgn selamba ayam dia tu...

      Delete
  6. Aaaa mesti la mood SASG ! Tak kisah la mcam mana baik pun watak lain, hero sentiasa di hati. Ngehehehe :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha awk cool! tak yah susah2 nk suka kalau org tu bkn hero kan?

      Delete
  7. Tq rin...best sgt ,kesian kat Kebar....Tak sabar nak tunggu next n3 macamana Lisa blh berubah Dan tinggalkan SA, lambat lagi ke Rin .....awesome ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha ada la a few epis lg Lisa nk tgalkan SASG...nk lompat nti pening flashback jd sy susun teratur...lpas tu baru concentrate married life dorang. Tgu okay!

      Delete
  8. uish.. kesian pulak kat kebar... azri.. dlm cool ada gunung cemburu dalam diam menyimpan lahar... patutlah lisa gelar naga.. hehehe i like...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hr ni pon x dpt no satu lagi..hahhaa...
      sy tgu je pagi2 buta tadi tau :p
      Naga api tuu Lisa pgl..

      Delete
  9. aduh cian kebar kena penumbuk..
    2la berani sgt membakar naga
    huhuuuu
    lisa say la i love u kat azri ...ohhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. i say i love you to you. Thank you!

      Delete
  10. Wsalam kak Rin..
    Skarang ni dlm mood TA..wehhuuuu..
    Omigud best nye dpt pakwe mcm SA n Sahabat *Star*cm kebar :)

    Hurrmm ni kah tradegy bibir seksi pecah..tu la kerana mulut bibir seksi binasa. Takpelah kebar mengalah bukan b'erti kalah.. Gambatte!!

    SA- blh tahan jugak takat jeles dia ni.tp respect jugak la pasal dr coffee bar lg dia cool je tgk depa berdua walaupon hati dah membara. Sayang SA ketat-ketat!!! Hahahhaaaa. Cuma kebar je yg bernasib baik dtg rasa penumbuk abg macho.hahhaaa

    Lisa-lain kali pls kasi tau azri mane nak pegi.kan dah kantoi nasib baik xde adegan manja-manja terlebih gula ngan kebar.

    Okies done with the comment :)

    Tq kak rin n karya lepak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood TA..
      hahha sy tgah kira ni brapa mood SASG, brapa mood TA.

      hahha tp kat sini nk ckp Lisa pon dh start insaf, x der la dia kuar dgn Kebar sbb frens for benefits semata - mata...kna take note tu...
      pakwe mcm SA, sahabat star* mcm kebar...sy pon nakkkkk
      w'come Ayu

      Delete
  11. SA ni ala2 psiko macho la,from dduk kt corner coffee bar-somewhere at the lake stanberg.btl2 jaguh bad boy ni hehehe.

    amik kau Jacob kene tiau dgn Stefan Salvatore (sori sy team Stefan)...... :)
    although,deep in my heart sedih plak..Kebar ni trlalu baik,sgt2 baik.

    King Ludwing memorial??that was b4..skg ni rip chenta xkesampain kebar..simbolik tu cmpk skaf lisa dlm tasik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaguh bad boy? hahaha ala2 psiko yg x leh blah tu...
      sori Jacob langsung sy x minat...hehhe...Go Stefan!

      Nti ada simbol RIP My Love Lisa kat tengah Lake Stanberg tu. Kebar tempah satu...oh pity him :(

      Delete
  12. nbc n3 ni br tau naper kebar mkn buku lima azri hihihihi. simpat mmg simpati tp pd sy azri yg lebih kesian. mungkin org lain rs dia cemburu buta tp mmgpatut pun dia berperasaan mcm tu sbb dh hak dia kena kacau wpun lum sah. ptutnya lisa kenalah bgtau so xde la timbul kes mkn buku lima free.
    x slh utk kuar dgn kawan tp kalau dh gini gayanya sy pun akan cemburu gak wpun x buat apa2 n sekadar kwn x lebih dr itu tp sbg manusia biasa yg ada hati dan perasaan mmg x bole nak kawal rasa cemburu tu. cian azri spi x mkn minum gara2 cemburu kebar ngan lisa. mujur azri bole control lg n cool bila tgk lisa gembira. apapun syg kat Azri. go azri go chaiyok2 hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpati kat Kebar, kesian kat TA, parah jgak perasaan ni ya.
      tp pendirian awk kuat tetap SASG kan. Go SA go!
      bila ntah mamat ni nk insaf..haishhh..

      Delete
  13. huarrrggggghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!! kak rin,,, awat TA ni baik hati sangatttt.. dia buat saya berbelah bagi... adeeeehhh... x suka feeling macam nih... saya x suka hero kedua lebih baik dari hero pertama.. sebab nanti saya kesian nak mati pd dia.. tp KASIHAN tu x leh transfer jadi rasa KASIH... cinta bukan terletak pada perkataan BAIK pd atitudenya.. tp pada seseorang yang mampu MENGETARKAN perasaan kita.. ngeeeee... sebab tu kadang2 manusia tersalah jatuh KASIH.. heh

    SASG... sebenarnya dia dah cukup bersabar dahhh.. kiranya dia pun bukan kejam sangat.. terus judge pd pandangan pertama dia tgk NL with TA... dia stay tengok n menyaksikan kegembiraan NL.. bkn keintiman.. (suka ayat nihh..).. mula2 x phm.. ap y membuatkan SASG ni tumbuk TA.. almaklumlah, x study kat german.. kah kah kah... pandai kak rin olah kasi saspenderrr.. tp sy ttp suka SASG nih... ohsom.. aura naga dia tu menusuk dlm hati.. (konon2 berangan jd NL)

    NL.. serius.. mmg rasa bersalah duk tempat NL nih.. terkejut gak bila NL peluk SASG tuh.. ingat dia stay nak bantai buat perngai ambik mudah n x kisah tuh.. bg sy, NL layan TA, bkn nk ambik kesempatan lagi.. tp sbb dia menghargai persahabatannya dgn TA.. lagipun kenal dah lama kot.. x kn nk sombong ngan kwn sndiri hnya sebab dia dah ad bf kan.. hati kawan pun kena jaga jugak.. =)

    TA... oh my sweet boyboy... dia sangat baik lah.. TA, tahu x kenapa awk x dpt NL.. bkn sebab awk teruk.. tp NL x cukup baik untuk awk.. (tolong smpaikan pesanan ni pd TA ya)... suka TA sebab dia x kalah pd rasa sayang dia dengan NL.. ap2 pun, dia ttp dahulukan kebahagiaan NL.. lelaki mcm ni, stu dlm sejuta baru jumpa.. serius..

    overall... flashback moment y mengancam emosi..haha... suka sngat kak rin.. n sorry, saya x insaf untuk tulis panjang2 nih.. (terlebih emosi, maknanya terlebih feel.. heh, sape suruh buat best2) =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn insaf Sara buat cerpen kat sini sb sy ada idea khas utk awk...nk smbg semua cerpen awk utk USD pastu jadi satu cerpan. Good publisiti tau utk USD...untung ada org minat nk publish sbb baca cerpan awk..hahahha *joking okay
      lebiu sara
      x sng nk express feeling thru words just by appreciating reading material.
      Sy x mampu nk feel sgt watak2 novel yg sy baca pon...so salute kat awak.
      tetiba rasanya jd NL plg best kan..kan..wahhh org yg syg dier hebat2 yob!

      Delete
  14. Nudra Syafini6/6/12 6:03 pm

    jam 5.30am open blog da ada n3 wah!!! tq..tq.. so much rin ahmad. Klu aku SASG harus benam bg minum TA 1 gelen air tasik sekali dgn NL hahaaa.... Debar sgt bab dia bawa NL naik hotel,tp rupanya sewa 2 bilik. Tq SASG kerana still jaga Lisa baik2.Klo sebut KEBAR jd kebab..teringat kebab daging...

    Azri, aku nak tujukkan ko lagu LOVE KILL LOVE by Scorpion....kikikkkk

    ReplyDelete
  15. Kesian kat Kebar susah nak cari sahabat macam Kebar ni... Owh! ni ler penyebab dia kena tumbuk ekk....

    hmmmm Azri owh Azri, nak buat macam mana kan adat bercintan cintun, cemburu tu mmg tak boleh elakk

    Rin, rasanyer hari ni mood TA kot....pity him, tapi SASG still my shining star *wink*

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood TA...so duk layan mojo la bkn Edwyn ni?
      hahhaha tumpang mood cter apa ntah yg Rita berlakon tu pon pakai lagu mojo ni.

      Delete
    2. A'ah Rin huhuhuhu layan mojo tapi utk n3 kali ni jep hehehehe XD

      Delete
  16. Nudra Syafini6/6/12 6:07 pm

    Lisa I next time,ready kembang semangkuk kat poket..bukan setakat bole reda kn demam panas tp juga bole sejukkan api naga wkhakhaa...di samping bole kembangkan hati SASG :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ke? kembang semnagkuk bkn nk bg sng beranak je ke

      Delete
    2. Nudra Syafini7/6/12 5:20 am

      kembang semangkuk ble membantu turunkn demam panas. Klo selesema tu try rendam n minum...mna tau SA demam kena sampuk hantu tasik ke kena sampuk DH ke bg minum kembang semangkuk ya Lisa...hehee..

      Delete
  17. smkin best...
    kciannya kebar..
    x apa..
    bunga bkn skuntum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunga banyakkk sgt. siap boleh pilih kaler apa kan? kebar pls..pilih jgn x pilih.

      Delete
  18. kesian lak ngn kebar.... tapi mmg salah kebar pun.... dah tau lisa ngn azrikannn.... dah tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn awk...pandai pon sekodeng dlm library tu kot Azri ada tp brani jgak bwk Lisa kan.

      Delete
  19. tq rin....entryu yg menceriakan hari saya....

    ReplyDelete
  20. Nudra Syafini6/6/12 6:21 pm

    special song for KEBAR...

    When love kills love

    Suddenly the sun comes up again
    There's a new beginning
    When we pass the end
    Finally I know and that's for sure
    I don't look back in anger anymore

    When love kills love
    Will someone rescue me
    When love kills love
    It's cutting through so deep

    Suddenly I wake up from the dream
    Someone tells me
    I've been talking in the sleep
    Finally I know and that's for sure
    I don't believe in daydreams anymore

    When love kills love
    Will someone rescue me
    When love kills love
    It's cutting through so deep
    Well life goes 'round
    And upside down
    It's pretty mad

    When love kills love
    Will someone set me free
    When love kills love
    It's cutting through so deep
    How can we choose
    When all we lose
    Is all we have

    We run away
    From all the pain
    We run away
    From all the pain

    When love kills love
    Will someone rescue me
    When love kills love
    It's cutting through so deep

    When love kills love
    When love kills love
    When love kills love
    When love kills love

    ReplyDelete
    Replies
    1. arghhh such a killer song. Suit him yo!
      Kebar...kebar...

      Delete
  21. Owhhhh.. Gitu kesahnyer bibir pecah tuu.. Poor kebar! Haishh.. Awak xbernasib baek walaupon awak baik kebar.. :( saya kesian ngn awak..harap nnti dpt gal yg baek (but NOT lili plss!)
    Azri o azri.. Kira chennta habis la ngn lisa tu ek? Hmm..xpyh la nak baran sgt, kan lisa da kata kebar tu kawan dia ajer.. Plus, lisa kenal kebar Lebih dlu dr awak.. Hmm
    Dear writer ~ tenkiu..
    ~m.acu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. x bernasib baik wpun awk baik...rhymes gitu!
      nk bg sape kat TA? kn ader je watak2 best kwn2 Lisa dlm ni. Pilihla nk bg sape?
      hmmm laki mmg x leh la tgk girl dia ada bestie...mmg SASG dh siap sound boy & girl cn nvr be fren...mesti ada je slh sorg tercacul nti.
      Enjoy ur marriage journey!
      w'come.

      Delete
    2. Nk menyelit sikit...
      Rin,bg la Kebar berjodoh ngn Lydia bestfren Lisa tu..

      Lyry

      Delete
  22. sedihnya.... dgn TA..
    takpalah TA, anggaplah ya perjalanan takdir.
    mungkin ada yg lebih indah menanti dibelakang sana..
    SA memang tak terjangka tahap cemburu dia. silap langkah memang ada yg separa nanti.
    alahai lisa. dah tahu bapak naga tengah tidur, yang kau pergi poke dia buat apa..
    hah... kan dah kena kawan baik tu. kesian TA..
    thanks.. writer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sob3x tp kan lumrah. Ramai je yg berebut girl mcm kat uni dulu tp hero sorg je. TA pakej, cn get better than Lisa at anytime.
      'separa' eh. Manis perkataan tu nk ganti diri lunyai...hahaha
      welcome

      Delete
  23. ahhhhh epic, epic, epic love. SASG for surely. I love it. Siap tersenyum lagi time baca Kebar kena tumbuk dengan SA. Huahahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. epic epic....hahaha nak cakap awk heartless boleh x? Sah die hard fan SASG!

      Delete
  24. Lisa sayangggg...... ni memang nak cari pasal kan dengan PAK CIK NAGA ya.... kalau dah tahu tahap cemburu bapak segala naga dah boleh membakar semua yang ada disekeliling buat apa di kacau.... yang jadi mangsa Kebar juga.... nasib baik si Kebar tu sayang sangat dengan Lisa...... walaupun dengan bahasa yang halus Kebar gunakan untuk SA boleh faham..... kalau x dua-dua masak kena apa naga....hehehe .... LAMA X KOMEN .... rasa rindu pulakkkk.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pon rindu kat kak sue...busy sgt ke ni?
      lisa mmg suka kacau pak cik naga....tatau lg azab hidup dia besok dgn pak cik naga tu kan.
      Kebar tu kira stylo la, jgn jadi hero bangang nk rebut2 gaya bdak x skolah kan?
      malu blajar pandai2 & kerabat lg. Up sikit style tu :)

      Delete
  25. kali neh nk tgolek hati kat Kebar ...
    Si naga cukup ganas!
    Lisa x nk comfort kn kebar ke!
    best ... KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa comfort kebar..haishhh make Lisa more bad kan?
      tu dia naga yg ganas je sesuai utk Lisa :))

      Delete
  26. best gilerla..nak sambungan lagi..-fida Afis-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy smbg but mmg x tentu bila but usually mmg constant je n3 :)

      Delete
  27. Best..best...best...
    Kesian mang kesian kt kebar tp sapa suh cari psl ngn SASG..nasib baiklah payung emas ni tak lebur kena semburan api naga SASG...
    No matter wht happen SASG tetap mjadi pujaan hati....hihihi
    Haila haila geram plak ngn lisa ni,da tau couple ngn bad boy ala ala naga berapi ikut suka hati dia je,siap bleh pikir yg Azri tak kan tahu apa yg dia buat,lepas ni br nak insaf sikit kot.....

    Lyry

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira x sng la nk leburkan emas ni kan? susah ooo...
      SASG yessza! Harus sokong hero tau :)
      nti x insap sikit tp insap lama gilerr & smpai bila2 kot kalau azri x berjaya sesatkan Lisa :p

      Delete
  28. Tiba2 sentuh bibir sendiri sebab seriau! hahaha! ambik kau! kena tumbuk 2 kali tapi entah kenapa rasa kesian pulak dekat Kebar.

    love you, kak KL! :D thanks for the entry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. refleks namanya tu..skali sentuh kat dlm ada mata ikan..sadiss gak tuu..
      aishh...kesian kan, nti later2 dia bnyk tolong Lisa lg kesian. hmmm....


      love you...welcome dear!

      Delete
  29. hahaha.. kelakar je baca semua orang punya komen. macam-macam luahan perasaan ada. saya pilih SASG ! mana boleh belakangkan hero :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha sy pun sama mcm awk...seronok tau layan kerenah readers. Sy buat dgn ikhlas nak share, dorg tulis & komen dgn ikhlas...bnyk ertinya utk saya :))
      SASG yeah. Rockkkk*buat ape susah2 nk sokong sub hero eh? but still suker kebar jgak...watak bagus tu tau :p

      Delete
  30. Salam

    kebar igt dia merlin ker boleh tundukkan naga..huahahahahaha

    KL, wo ai ni..lebiu mucho...

    syg selalu...mrs jijie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nudra Syafini7/6/12 5:24 am

      Bab Merlin tu kn..nak menyampuk skit...dah habis agaknya Hollywood hero macho lagi anggun bergaya kn, bukan tak ensem hero tu tp mcm x ngam je dgn watak gagah perkasa penuh keunggulan yg di gambarkan kan...

      Delete
    2. nak kena jawab ker ni..MERLIN digambarkan watak mcm tu ker..mcm x jer..MERLIN tu ada kelebihan magic, magic tu la ke 'machoan anggun bergaya' dia..yg hero macho lagi anggun bergaya tu ARTHUR..wakakakaka...

      Delete
    3. x leh nk bg personal opinion la Nina, Nudra, sy hancusss x layan langsung merlin & arthur nie...ngeee bagi sikit summary kot blh plot in dlm next chapter *kalau sudi la :))

      Delete
    4. xper KL..xperlu pon sbb original comment nina yg atas tu..tu pon masa bc terus komen terigt lisa kata azri dah aura naga..toinkkkk terus terfikir MERLIN..just abaikan...klu nina meroyan meraban ni la jd nyer..huhu

      Delete
  31. as-salam & hi dear KL,

    SASG – terror in his study siap dpt ‘four flat’! Previously jaz wondering why Lisa characterized SA as ‘naga’ - now bit by bit get it! Real naga! – the killer factor!

    Woo … tats so pleasing walking along the river after midnight … the atmosphere must be alleviating with fresh air! I always love going up to hilltop! … air is so refreshing plus can watch beautiful panorama & scenery below!

    Like most readers we show our compassion to Payung Emas – ahh he deserves to be cared & loved by someone who is not taking advantage of his position or package! Yeah someone at FB suggested Lydia (Lisa bbf who help to guide her) ---- I think tat would be perfect=Lydia for Kebar *pls take note of tat KL hahaaa …. mcm nk dictate suh ubah script kui kui kui …

    Hishhh … susah nye to learn german language – even to pronounce it pon mmg tergeliat lidah! Jaz 4get it!

    Kebar was so excited to see Lisa in the library = umpamakn hari ini hari Krismas bagi TA --- wish he don hv tat kind of excitement instead of hari Krismas why not compared it to New Year or better with Hari Raya!!!

    In the near future – Lisa needs to tame & teach SA to calm down esp during their marriage life – coz SA temper is a bit bizarre & outlandish!
    Hope one fine day SA will able to control his temper & jealousy – with proper guide fr Lisa --- nanti Lisa awak bawaklh SA to any kinds of tarbiah classes!!!

    Yess jealous but to give double punch is excessive! He shud analyze well at wat TA is trying to say --- even TA intention pon nk ingat kn SA – supaya mjaga Lisa dgn baik! Yes TA u r really one of those shiny stars – sober! Oh the scarf … tats the end of ur love to kuntum renjong ... but keep up the friendship!

    TQVM KL ♥♥♥

    p/s: Cheesebun plus Fish (salmon) Salad Platter & hot Mocha - tat's all time fav!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam & hello dear,

      lebam tgu sy reply dhla dr bwh ke ats..soryyyyy....
      Lisa pepandai bg naga, maklumlah kebar tu sweet like chocolate, kna skali yg berapi haru dia nk control jugak.

      Lydia? hahhaha boleh2 tp x mcm dramatik ke tangtang tu jugak peginya?
      x mo watak baru? zarith sofea perhaps?? kan loyal tue..wakakakkkaka..
      sesuweii sgt tau :p

      x payahla blaja...buat pening je. i'm lucky 2 hv walking dictionary by my side. Kalau x jgn harap nk dpt buat cerita la...

      Kebar sesuai la tu Krismas....merelit ala moden sikit *eh betulke tu yg dlm kepala sy la.pardon kalau mcm x hit note!

      u knw tat skang sisters classes siap skype & online? even kat germany tp usrah dgn uk students & country nearby mcm dlm satu bilik je *hehe how time flies

      oh minum jgak mocha instead of green tea. Thinking of how coffeeholic i am, pilu teringat why my throat x leh terima green tea *eh btw tgah blaja minum jgak tau sikit2 ni :))

      Delete
    2. Rinnn......Ala takmo ar Kebar ngn Zarith Sofea....Cinta Zarith Sofea hanya utk Abg Sean..pls..pls...pls....

      Lyry

      Delete
  32. sgt best....SASG terbaik...romantik dan mcm terbuai2 ngan perbuatan die...
    suka sgt....TA sila ilangkan diri dr pandangan kuntum renjong plssss...

    best...best...best n best sgt.....
    klu bole kasi part yg romantik2 2 lebey2 ckit....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy 1st time come across nick name ni..hahhaa mcm2 sy terbayang kat kepala ni dushhh...

      sy dh kna marah kat ats tu bg aksi romantik bnyk sgt...hehhe..biar berpada2 & kena dgn cerita okay kot...plss enjoy every n3..haha

      Delete
  33. oh my kebar..
    kasihan kan bila cinta tu cuma bertepuk sebelah tangan.
    alangkah baiknya kalau cinta tu boleh hilang macam tu saja.
    but lisa pun tao boleh nak pandu hati dia,nak pilih siapa.
    sebab awal2 lagi lisa mmg tak pernah ada hati untuk kebar.but azrie..cina tu datang begitu saja walau bukan cinta pandang pertama.
    aduhai cik writter..harap kebar dapat jodoh yg sesuai untuk dia..azri mmg cool.tapi dalam cool dia pun tetap rasa nak meletup bila nmpk kebar n lisa.Mmungkin sbb dia pernah kena tipu hidup2 dengan damia..nasib baik dalam marah2 pun azrie ttp cuba bertenang.kalau tidak..mesti lisa ke mana..azrie ke mana..'
    kl..terbaik hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian la tp pengajarannya kalau nmpk je org x mo, blah je la kan.
      hahha boleh x nk ckp x paham kat org yg nk kat org yg x sudi..hehhe pening ka?
      eh azrie awk ada 'e' nape? someone spesel ke? *lalalala joking :))

      Delete
  34. Salam Rin, akak demam dah 2 hari, tapi hari ini gagahkan diri jugak bukak lappy ni sbb nak baca n3 baru, seperti biasa tak sabar tunggu next n3...thumb up 4 u Rin sbb menceriakan hari akak yg tak ceria ni.....


    cda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cda dmam 2 hr? Musim ni cuaca x menentu but alhamdulillah akak dh ok. Usd keeps u company? Gooddd :)

      Delete
  35. Betul la.bab ni sakit ati.
    Lisa, tau Azri.abis tu sahabat ko?!
    Issshhhh......

    Sufi =\

    ReplyDelete
  36. Sufi pro kebar yea? Sbr2 jgn mrh lisa ok.

    ReplyDelete
  37. Nehi la KL..
    General la, krn org len shbt dilupakan.
    Xsuke.ade pengaLaman kut.
    Sedih ok.hemmm...

    Sufi =|

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm sufi kdg2 sahabat tu x niat pon nk lupakan tp they need some space to cope with their new love life. Likewise not easy to leave kawan2 when we baru kawen...tats very normal & doakan ur fren bless dgn jln yg dia pilih kan :)
      be happy for them

      Delete
  38. Rin!mesti la I pilih lagu SASG..Kebar tu mmg mintak nk dpt penumbuk..AZri dh cuba cool kan. Asik nk luah perasaan aje. Hamik ko!!
    Lisa sepatutnya rs sgt bersalah..kurang2 kan la mesra ngan Kebar, awak dh declare kan.
    Mmg Azri x loaded but he is so loving & amat protective.
    Gentleman gittu sewa bilik asing2..cumel!!

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...