Monday, 31 December 2012

Pokok Krismas Bergerak (PKB) Bab 5


            



                Kisah 500 kuntum mawar merah yang indah di buaian ini. Kenangan dipikat oleh Darren Umar yang bertandang di saat dia benar – benar risaukan di mana wahai gerangan suami berada ketika ini. Kalau nak kira tak lah hebat mana gaya Darren memikat, yang membuat Bellina terpikat mungkin usahanya. Maklumlah, kalau Darren tak memikat dan dia tak terpikat sekali pun, mereka tetap akan diijabkabulkan. Itu sudah ditetapkan oleh orang tua mereka. Yang indahnya ialah jatuh cinta dalam masa yang singkat. Yang sakitnya ialah dalam masa yang singkat dia masih tak mampu membaca tingkah sebenar seorang Darren Umar. Betul – betul tak menyangka sang suami langsung tidak boleh bertoleransi.
            Pokok krismas yang menghijau di sekeliling pagar rumah banglo yang sunyi diperhatikan Bellina dengan ralit. Dia yang pilih. Dia tak cukup kreatif nak fikir reka bentuk lanskap yang luar alam. Pokok ini yang terlintas di kepala di saat Darren bertanya nak lanskap macam mana dulu. Cukuplah dengan menghiasi sekeliling rumah dengan pokok krismas yang setinggi pagar. Warna hijau tuanya cukup mendamaikan hati yang resah. Tak payah nak ada pokok berwarna warni, halaman banglo ini sudah nampak elegan. Di halaman rumah yang berhadapan pintu sliding ruang tamu, di mana Bellina sedang duduk sekarang diletakkan buaian kayu yang besar. Cantik dan unik rekaannya. Mommy Darren cakap buaian ini diimport dari Bali.
            Buaian dihayun perlahan. Suara dari CD yang dipasang sekuatnya menghilangkan perasaan sunyi keseorangan. Lagu dari penyanyi kegemarannya, Janis Joplin.

            Didn't I make you feel like you were the only man -yeah!
            Didn't I give you nearly everything that a woman possibly can?
            Honey, you know I did!
            And each time I tell myself that I, well I think I've had enough,
            But I'm gonna show you, baby, that a woman can be tough. 
            I want you to come on, come on, come on, come on and take it,
            Take it!
            Take another little piece of my heart now, baby!




            “Darren, take another little piece of my heart now, baby!”
            Bellina menjerit melepaskan perasaan yang terbuku. Dia seorang diri sahaja di banglo ini sejak semalam. Darren tak balik – balik sejak keluar rumah malam tadi. Terkejut, marah atau kecewa Bellina pun tak pasti. Ikutkan hati dia nak sangat telefon Mommy Darren, tanyakan si suami ada balik bermalam di sana atau entah bermalam di mana. Kalau Megat Ali, Daddy Darren ada, dia selamba sahaja telefon tapi masalahnya Daddy dia Megat Amani dan Megat Ali masing – masing baru semalam berlepas ke Bangkok. Dia segan sikit dengan Mommy Darren. Orangnya agak alim. Tengoklah anaknya macam mana kan. Bisik hati kecil Bellina yang masih tertipu.
            Sekarang tahap rendah dirinya merudum ke tahap minimum. Segan kalau nak membandingkan dirinya dan Darren. Kantoi dengan suami sendiri di saat berbadan dua dan ditinggalkan dengan pelbagai persoalan dan perasaan bersalah membuat Bellina nanar seketika. Manalah dia nak tahu Darren akan tak jadi ke Bali. Tak kan dia nak halau kawan – kawannya yang tengah seronok bergembira. Mengingatkan pandangan Darren yang tajam memandangnya atas dan bawah membuat Bellina kecut.
            “Bell, what is this? Who are they? Are they your friends?”
            “I can explain.”
            “Are they your friends?”
            Suara Darren yang meninggi menakutkan Bellina. Perkataan ‘friends’ betul – betul ditekankan oleh Darren. Bellina hanya mampu mengangguk. Kalau di majlis pernikahannya, Darren mana nak perasan kehadiran Kiki, Tasha, Suzy, Neera, dan Dalilah yang sopan berbaju kurung dan berselendang. Mana sempat Darren nak menilai klik Bellina datang dari kelompok mana. Kalau sekarang, tak payah cakap pun Darren boleh teka sendiri. Tak ada gadis sopan versi ustazah datang majlis rumah orang berpakaian gaya ke kelab malam walau pun semata – mata kerana tuan rumah ialah sahabat baik dan majlis hanya untuk kaum perempuan. Haruslah masing - masing berpakaian mengikut perwatakan sebenar.
            Bellina tak malu pun nak mengaku memang ini semua sahabatnya, yang dia malu dan segan sekarang ialah dirinya sendiri. Sedang berbadan dua, melalak dan terkinja – kinja dan ditangkap oleh seorang yang bergelar suami. Setelah susah payah Bellina belajar untuk memenuhi permintaan Megat Amani. Setelah dia seikhlasnya berubah kerana cintanya kepada Darren Umar yang makin mendalam. Bellina mengeluh untuk kesekian kalinya. Telefon di atas riba diambil dan nombor Darren didail untuk entah untuk keberapa kali.
            Darren tetap tidak menjawab panggilannya. Bellina betul – betul menyesal. Dia sanggup hidup dalam dunia barunya, melucutkan gelaran playgirl dan meninggalkan dunia berpoya – poya dengan semua kawan – kawannya kalau taruhannya ialah suami atau Papa bayi yang sedang dikandungnya. Kiki sporting, mereka akan tetap berkawan sampai bila – bila pun walau pun masing – masing tidak lagi keluar berhibur bersama.

            Best friends are forever.
            No news is good news.

            Itu dah jadi konsep dalam persahabatan mereka. Apatah lagi menghormati status Bellina yang telah bergelar isteri orang. Dia sendiri yang gatal nak bersuka ria. Akhirnya Bellina memberanikan diri untuk menelefon ibu mertuanya. Kalah dengan perasaan risaukan Darren yang beraja di hati.
            “Assalamualaikum Mommy.”
            “Waalaikumussalam. Bell sihat? How’s baby?”
            “Both are fine. Totally fine. You?”
            “Mommy okay. Daddy tak ada, Mommy sibuk aktiviti sendirilah.”
            Bellina menelan air liur. Mencari soalan yang sesuai untuk bertanyakan Darren.
            “Sebelum Mommy lupa, nanti Bell bagitau Darren suruh datang rumah Ahad ni ya. Ada majlis doa selamat sikit.”
            Tak payah tanya, Bellina dah dapat jawapannya. Darren tak tidur di rumah orang tuanya. Kalau ya ayat ibu mertuanya tak kan begitu bunyinya.
            “Insya Allah. By the way I’m calling just to ask about the knitted baby set you told me last time.”
            “Oh! Okay Mommy dah dapat. Nanti Bell datang Mommy bagi.”
            Bellina mengakhiri perbualan dengan lega. Terlintas idea nak tanya set tilam baby yang ibu mertuanya sibuk suruh tempah dengan kawannya. Lambat lagi pun baby nak keluar tapi dilayankan sahaja. Mood ibu mertuanya baik hari ini. Nasib baik. Dia segan sikit sebab ibu mertuanya memang stok baik – baik. Bukan macam Mommy yang pada pandangannya biasa – biasa sahaja. Dia pernah kena marah sebab pokok krismas yang ditanam di sekeliling banglo mereka.
            “Dah tak ada pokok lain nak tanam ke Darren?”
            “Kenapa Mommy? Ini Bell pilih. She likes them very much and they are beautiful. Dulu kat US, depan rumah Darren pun berderet pokok krismas. Kalau winter, pokok ni je yang tahan. Pokok lain dah tinggal rangka.”
            “Kan tak manis. Macam nak sambut Hari Natal setiap hari pula Mommy tengok. Nanti jangan kamu hias dan letak loceng – loceng pula.”
            Bellina terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Dipandang Darren dan Megat Ali menagih simpati. Maklumlah dia menantu pilihan bapa mertuanya, haruslah dia mengambil kesempatan. Darren menggenggam tangannya erat. Menyokong pilihannya.
            “Mommy, even Christian never associates decorating the tree with their religion, not even state in their Bible anywhere, it’s been commercialized and they themselves confuse about it. It’s more like culture. It’s like our lemang and ketupat during Hari Raya. As simple as that.” Darren menambah. Faham kebimbangan yang cuba disampaikan oleh Mommy.
            “Mamanya niat baik, tak nak perbuatan kamu berdua jatuh tasyabbuh iaitu menyerupai kerana menyokong apa yang berkaitan dengan agama Kristian. Namun dalam hal ini, tidak menjadi dalil pokok krismas itu haram. Dia haram sebab yang mendatang dan bukan kerana zatnya. Contohnya, dulu para imam fiqh mengatakan haram pakai baju berwarna kuning sebab tasyabbuh yakni menyerupai orang musyrik pada zaman itu. Dalam hal ni, sebab yang mendatangkan tasyabbuh kerana orang musyrik pakai bukan kerana haram kerana warna kuning. Jadi, sama dalam kes tanam pokok krismas, apabila hilang illatnya, maka hukumnya hilang.” Megat Ali menutup kisah pokok krismas dengan berhemah dan tersenyum memandang menantu yang sedang mengandungkan cucu sulung dalam keluarga mereka.
            Panjang berjela anak beranak bertukar pendapat mengenai pokok krismas yang ditanam di sekeliling banglo mereka. Bellina hanya diam tak terkata. Rasa bersalah pula. Manalah dia tahu ibu mertuanya cerewet orangnya. Mommy dia sendiri rock kadang – kadang mengalahkannya.
            Papa, baby miss you!
            Bellina meletakkan telapak tangannya ke perut.


            DARREN berdiri di balkoni. Makan KFC pun cukup di saat berlagak bujang seperti ini. Entah kenapa setelah meninggalkan Bellina semalam, keluar dengan Zaki dan apabila balik, kereta dipandunya ke kondominium di Jalan Ampang dan bukannya Equine Park.
            Bellina dah berkali – kali telefon. Dia enggan menjawab. Bukannya kecemasan pun. Kalau sekadar nak menerangkan peristiwa semalam, dia dah terlebih terang faham dan jelas. Kalau nak memujuk dia rasa benda macam ni bukan perlu dipujuk tapi dia sendiri yang perlu membuat keputusan.
            Berat rasanya nak menerima kenyataan. Tak pernah seumur hidup rasa dibodohkan begini. Wanita yang mula dicintainya, wanita yang sedang mengandungkan zuriatnya sebenarnya ialah wanita yang tak kurang sama perangainya dengan wanita – wanita lain di sekelilingnya. Dia mengangkat Bellina ke tempat yang istimewa di dalam hati walau pun di hadapan Zaki dia mencemuh juga. Kononnya selepas setahun, Bellina akan ditinggalkan atau dibiarkan sepi. Dia cepat bosan. Dia cepat rimas dengan perangai wanita yang senang diduga. Hanya Bellina yang lain. Hanya perangai Bellina yang di luar jangkaan kotak fikirannya.
            Isteri yang sopan, taat selama beberapa bulan bergelar isteri, patuh kepada perintahnya, hormat Daddy dan Mommy sebenarnya urgh! Darren mencapai batang rokok yang ke tiga. Dah tak peduli dari semalam hampir sekotak rokok dihisapnya. Nak minum tengok gaya Zaki mabuk sedap melayan perasaan, dia tak sampai hati. Sejak kahwin dengan Bellina, dia tak pernah minum. Keluar di belakang Bellina pun sekadar melepak dan ditemani oleh sesiapa sahaja yang sempat buat temu janji dengan Darren. Hezra, itik mengawan memang langsung dah tak masuk senarai tapi kalau perempuan lain, dia tak kisah. Sama sahaja siapa pun.
            Adil lah tu. Dia pun sama pada hakikatnya yang Bellina pun tak tahu tapi suami mana yang tak terpukul apabila rasa tertipu begini. Reaksi selamba Bellina yang tak habis – habis lagilah mencabar egonya. Cuba Bellina pujuk dan cakap elok – elok pasti dia pun cair tapi ini tidak. Nak juga ikut perangai selamba dia.
            Wajah Bellina yang tenang bersahaja mencarik egonya sebagai suami.
            “Darren, please. Listen.”
            Bellina memegang lengannya sewaktu dia melintas di ruang tamu di tingkat bawah. Dari ruang tamu ini, pandangan pengunjung banglo mereka akan terus terhala ke kolam renang di hujung pintu utama walau pun sebenarnya kolam renang tersebut di tingkat dua. Dinding kaca yang memisahkan ruang dengan reka bentuk rumah mereka yang unik dengan tangga berpusar lebar dari tingkat dua ke bawah menampakkan dua ruang menjadi satu. Dalam kepalanya masih menari – nari tayangan kisah Bellina dan rakan – rakannya yang berpesta di kolam renang tadi. Semak nak fikir siapa Bellina yang sebenarnya.
            “10 seconds.” Darren menjeling jam di lengan. Muka Bellina langsung tidak dipandangnya.
            “10 seconds I sempat cakap I love you jer. 10 minutes please.”
            “Starts now.”
            “I am sorry. I am really sorry. I know you are very disappointed but this is me. So that now I don’t have to hide anymore.” Bellina menarik lengan Darren.
            Darren hanya mengikut rentak Bellina.
            “Sit.”
            Darren duduk di sofa. Kaki disilangkan. Muka serius lagak sedang memikirkan macam manalah boleh sampai ‘Tipah tertipu’ tapi kalau versi dia mungkin “Leman tertipu”.
            “Apa ni?” Darren mendongak memandang Bellina meletakkan iPad di atas meja.
            “Berapa banyak pertubuhan rahsia di dunia ni yang you tahu?” Bellina tersenyum.
            “Jangan merepek Bell. I’m not in good mood.”
            “How many? What are they?” Bellina berkeras mahukan jawapan.
            “Freemasons, The Illuminati, Skull and Bones Club. Just that.” Darren malas nak fikir. Dia tahu ada banyak lagi pertubuhan rahsia di dunia tapi otaknya keras. Tertekan dengan kenyataan yang terbentang di depan mata.
            “Rosicrucians, Ordo Templis Orientis, Hermetic Order of The Golden Dawn, The Knights Templar, The Bilderberg Group, The Priory of Sion and Opus Dei. 10 of them.”
            “Jangan buang masa Bell. Time is running.”
            “Yeah. I’m not in any of that secret society but I do have my own secret.”
            Gambar demi gambar muncul di skrin iPad yang ditekan – tekan oleh Bellina sebentar tadi ditayangkan kepada Darren.
            Darren terpaku. iPad diangkat ke riba.
            Gambar – gambar Bellina sebelum mereka berkahwin. Dengan ramai lelaki, dalam pelbagai majlis sosial dan dalam pelbagai pakaian yang menjolok mata. Matanya hampir nak terkeluar melihat tarikh di skrin. Gambar Bellina di sebuah kelab, dia tak pasti kelab mana tapi dengan gaun paras lutut berwarna hitam, dikelilingi oleh dua orang kawan perempuannya dan Bellina kelihatan amat seksi dan menggoda. Tarikh tersebut ialah 2 hari sebelum mereka diijabkabulkan!
            Tudung entah ke mana, pakaian yang entah dia tak tahu nak cakap apa dan tempat? Darren hanya mampu menelan air liur. Buku bertemu ruas. Tak kan dia nak perasan dia boleh dapat isteri yang baik macam ustazah pula kalau dirinya sendiri tak semenggah mana tapi....
            “Who are you Bell? I mean seriously, who are you?”
            Bellina terdiam. Rasa terhina dengan soalan sebegitu tapi dia tak nak berbohong lagi. Sama ada dia meneruskan dirinya sekarang atau berhenti berpura – pura belum diputuskannya lagi tapi biarlah dia berterus terang dengan Darren.
            “This is too much.” Darren berdiri. Kunci kereta dikeluarkan dari poket dan mula melangkah meninggalkan Bellina.
            “Darren.”
            Langkahnya terhenti. Bellina memeluknya dari belakang. Bukan menghalang, apatah lagi nak memujuk dan merayu. Perut Bellina yang bulat terasa menekan di belakang. Tangan Bellina yang melingkari pinggangnya dileraikan. Darren berpusing dan menghadap Bellina. Dagu Bellina diangkat dengan tangan kanannya.
            “I don’t know you anymore. I’m sorry.”
            Mutiara kaca mula melimpah di tubir mata Bellina tapi ditahannya.
            “I...emm...take care.”
            Tangan Darren ditarik dan dikucup hormat.
            Darren menarik tangannya kasar, meninggalkan Bellina sendirian.
            So Zaki, it’s not even a year. Told ya!
            Kini dia langsung tak bersemangat. Kalau tak mengenangkan Bellina yang tengah mengandung memang panjang lagi ceritanya. Terpaksa dipendekkan dalam keadaan sekarang. Kata – kata Zaki semalam membuat Darren tersentak juga. Definisi baru dalam percintaan yang pertama kali didengarnya.
            Deceiving others.  That is what the world calls a romance. New term of romance I suppose.”
            Betcha!




           
            

No comments:

Post a Comment

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...