“Bos, lawa hari ni?”
Bellina menjeling tajam ke arah
suara yang berani menegur. Fidot, budak chargeman
a.k.a penjaga jentera bangunan. Baru habis mesyuarat sebenarnya ni dan Fidot
sempat mengekori Bellina ke biliknya.
“Awak nak apa ni?” Bellina tegas bertanya.
Budak ni nak kena. Dipanggil Bos kerana dia bos kecik di bangunan Parcel E ni
jadi taklah gayanya garang ala komunis. Syarikat ni bukan dia punya. Dah masuk
skop kerja duduk melepak dengan budak – budak technician, chargeman dan engineer
di bawah pengawasannya. Lepak minum di Anjung, Kafe E6 atau kafe E7. Sambil
lepak, sambil selitkan hal kerja.
“Tak adalah. Saja tegur, lawa.”
Fidot membuat gaya tabik hormat.
“Saya nak kahwin. Titik.” Bellina
menjawab ringkas, tangan telunjuk memberi isyarat keluar. Bagi jawapan aktres
menang trofi. Dah trend kan,
perempuan zaman sekarang, nak kahwin baru mula pakai tudung jadi dia faham
sangat maksud ‘lawa’ si Fidot.
“Handsome
tak bakal tu?” Fidot angkat
bahu dan terus melangkah keluar bilik Bellina sambil bersiul mengusik. Dah tahu
pun Bellina tak kan jawab.
Soalan Fidot memang sebijikla macam
soalan Kiki. Rupa paras yang ditanya dulu. Dia jawab biasalah. Muka market dia. Maklumlah dah biasa ditadah
dengan jejaka kacak bergaya jadi kategori bakal suami yang nampak istimewa
sebab satu pilihan keluarga, dua nampak macam seksi dan tiga macam ‘boleh
pergi’. Dia je lah yang faham sebab ketiga tu. Yang dia tak faham sekarang ni, Kiki
tetap tak puas hati dengan jawapan yang dia bagi. Dia bagi je sebijik.
“Okaylah. Habis tu kau nak macam
mana? Luar biasa? Cute macam pokemon?
Ngeri macam Darth Vader?”
Sampai pecah perut Kiki mendengar
jawapan Bellina. Dia memang kena akui, gaya bahasanya kadang – kadang kasar
sikit sebab hari – hari bercampur dengan budak teknikal. Lawak pun dah tak
berapa nak ayu.
Usikan Fidot memang Bellina buat tak
tahu pun. Dia Bos yang cool.
Maklumlah pekerja perempuan hanya dia dengan kerani, si Aima je kat pejabat ni.
Yang lain semua lelaki jadi kena pandai lah hidup kalau nak ambil hati budak –
budak. Dunia langsung tak glamour
yang menjadi pilihannya selain dunia sosialnya yang bergemerlapan. Err...dunia
yang terpaksa ditinggalkan.
Soon
enough Bellina!
Bellina menggigit hujung pen. Rimas
pula dengan tudung yang berat di kepala. Air cond ni dah lama tak servis ke?
Huh! Bellina merengus dan menanggalkan kasut. Selamba menarik kerusi ke
dinding. Panjat dengan kerusi dengan gigih dan taraa.....
“Aima! Sini jap.” Bellina menjerit
dari dalam pejabatnya.
“Ya Bos.” Aima masuk dan terkebil –
kebil melihat Bellina yang diliputi debu dan habuk hitam. Di tangan, filter air cond 2 keping dihulurkan
kepadanya nak sambut pun teragak – agak.
“Jangan nak cover ayu sangat. Belajar basuh filter
tu sendiri. Nanti kat rumah tak payah nak upah orang setakat nak servis biasa. Filter tu kalau dah basuh, pengudaraan
sistem air cond awak bertambah baik.
Tak adalah cooling coil condense ke
apa.” Bellina mengarah ayat senafas tapi terus terdiam lama.
Lupa dia cuma nak ajar servis filter je. Pergi merepek sampai ke cooling coil buat apa. Bellina
mengibaskan tangan yang penuh habuk. Dah biasa servis sendiri unit indoor air cond dalam pejabat ni. Bukan
susah, buka penutup yang macam grill
tu, tarik keluar 2 keping filter air cond kat dalam. Pergi basuh,
keringkan dan pasang balik. Tahan lama la air cond kalau rajin basuh filter. Memang pekerjanya yang patut
buat tapi dia malas nak bagi budak beraja di biliknya.
“Errr.....baju Bos kotor. Kata nak
keluar lunch kat luar nanti. Hitam
tu.” Aima tergagap – gagap menunjukkan kotoran habuk berwarna hitam yang
melekat di baju kemeja Bellina.
“Aah. Sikit je.” Bellina tersenyum.
Kesian pula dia tinggikan suara kepada Aima. Bukan mengarah, jauh sekali marah
tapi dia tak suka tengok Aima kurang pandai bergaul dengan pekerja yang lain.
Memang kerani tapi kena belajar awak tu kerja dalam bidang apa. Bidang
penyelenggaraan bangunan. Jangan orang tanya benda asas tak tahu. Malu nama
syarikat juga nanti. Itu dia selamba menyuruh Aima buat kerja yang bukan skop
dia.
Dan lepas tu dengan selamba dia
keluar lunch dengan Darren yang smartnya ya ampun! Rasa macam tengah
berjalan dengan model Ralph Lauren. Maklumlah penyakit inferiority complex mula menyerang sejak dia bertudung secara
hipokritnya dua tiga menjak ni.
Dengan sedikit niat jahat dan niat
nak tunjuk gaya baik yang Daddy tak habis – habis pesan, selamba dia ajak
Darren makan di kafe E7. Kenalah tunjuk dia hidup gaya bersederhana. Karang
malu pula jika Darren tahu dia kalau makan tengah hari dengan Kiki laju aje ke
Chakri Palace. Malas dia nak layan sesak – sesak dengan kakitangan kerajaan di
blok E7. Kalau acara beramah mesra dengan pekerjanya sendiri, dia rela
bersilang panggung hatta di kafe yang bersuhu 4o degree Celcius sekali pun.
Gaya hidup Bellina di alam pekerjaan dan dunia sosial bersama kawan – kawan
macam langit dan bumi bezanya. Hasilnya tak lah dia perit sangat nak ikut
permintaan Daddy.
Tell
me, anything else that Bellina can’t do? All set. On your mark, get set, go!
“Makan apa?” Bellina bertanya kepada
Darren yang nampak teragak – agak nak pilih makanan di kaunter. Dahlah kena
beratur macam kat kantin sekolah.
“Pilihkan.” Darren tersenyum.
“Okay,
let’s have my favourite dish. This..this..and this.” Bellina menyenduk nasi
putih, paru goreng pedas dan sayur labu masak air.
Setelah membayar dua pinggan nasi
dan air yang jumlahnya tak sampai RM15 pun, mereka menuju ke meja makan di luar
kafe. Kat dalam semak. Kat luar panas sikitla tapi janji tak sesak.
“Bell,
this is your office? Your cafeteria? You eat here every day?” Darren memandang sekeliling. Panas dan sesak
dengan ramai pekerja yang sibuk mencari tempat duduk untuk makan. Dah rasa
macam let’s reminiscing school canteen.
“To
be exact no. This is my client’s territory. Mine is at basement. Sad huh?”
Bellina menjawab dan makan dengan berselera. Jangan lupa, sempat dua menadah
tangan nak baca doa. Dia perasan Darren menjeling. Peduli apa. Dah Daddy nak
sangat dia tunjuk baik. Nak jadi baik, nak buat baik tak susah pun. Benda
fitrah, memang sukakan benda yang baik cuma nak melekat lama, ikhlas ke tak dan
istiqamahnya tu yang tak tahu macam mana.
“This
is cool.” Darren memuji. Bukan kafeteria ni yang cool tapi si gadis di hadapannya. Anak Megat Amani boleh hidup
sederhana macam ni? Megat Ali memang pandai memilih menantu. Tepatlah tu Daddy
cakap Bellina budak baik, ringkas dan senang nak jaga. Tak pernah terfikir dia
akan melepak dengan bakal bini di kafeteria okay!
Mereka makan sambil berbual. Darren
yang banyak bertanya. Bellina jadi tukang jawab. Dia dah rimas tengok ramai
sangat awek – awek main jeling – jeling Darren di hadapan ni. Tercabar sekejap.
Haishh...kenapa nak kena rendah diri
pula kan. Sebelum ni dia yang playgirl,
tak kisah pandangan orang tapi sekarang macam kalah pula dengan bakal suami.
Adakah diriku ini telah berjaya ditranformasikan oleh Daddy menjadi bakal
isteri solehah?
Selepas makan tengah hari, Bellina
menemankan Darren ke tempat letak kereta. Dia kena sambung kerja balik.
“I minta maaf lah tak bawa you
keluar makan. Baju ni ha, kotor sangat. Seganlah nak keluar.” Bellina tersenyum
sopan.
“It’s
okay. I memang nak get to know you
better to ease all the plans.” Darren membalas senyuman. Cakap ikhlas tak
bertapis.
“Right...right...”
Bellina memetik ibu jari.
“Bos!!Bos!!”
Oh
My God! Pengsan.
Bellina sekejap duduk. Sekejap
berdiri. Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Darren. Bumper depan kereta
Bellina kena langgar di tempat parking. Huzaimi ni pun tak boleh nak tunggu
Darren blah baru nak cakap. Kalau
ikutkan hati, bumper Vios dia yang biasa – biasa tu kalau setakat jatuh, boleh
dulu ikat pakai cable tie. Bukan dia
tak pernah kreatif macam tu. Kereta suami Aima, Gen2 yang bumper terjatuh, dia
yang ajar ikat hujung dengan cable tie
dulu. Kuat tu cable tie warna putih
yang macam tali plastik yang biasa ikat di beg plastik lepas beli barang kat
Mydin. Rasanya sampai sekarang Aima tak hantar bengkel pergi skru ke apa, bantai
pakai cable tie tapi Vios dia dah
selamat Darren hantar ke bengkel.
“Naik atas. Baju you kotor sangat.
Bilik paling besar. My room, soon to be
our room. I think my shirt can fit you well. I’ve matching the color with your
tudung. Hurry up then we go get your car. Should be ready by then. If you want to pray, I tak ada telekung so we stop at Petronas after this.”
Darren mengarah.
Bellina ternganga. Seriously?
Putrajaya – Equine Park punya jauh
Darren bawak sebab nak suruh dia
tukar baju? Tadi dia cakap ada benda tertinggal nak ambil lepas tu baru pergi
bengkel balik. Bellina hanya mengikut. Dia malas nak scan bilik Darren macam mana, main aci tukar dan betul baju kemeja
Darren sesuai lah dengan seluar kerjanya yang ranggi hari ini. Pakai jeans je pun pergi kerja. Kalau ada
mesyuarat, dia sarunglah jaket uniform syarikat. Ikut mood dia bergaya ke pejabat, maklumlah kerja lasak mana nak kisah
sangat. Janji jaket uniform yang ada logo syarikat wajib ada.
Bellina turun ke tingkat bawah. Nak
melilau pun tak best sebab tingkat
bawah macam tak ada apa sangat. Tingkat atas tadi tu heaven la jugak. Dia
mampu membayangkan dia hidup dalam banglo ni nanti. Bibik pun baik je. Nampak
macam rajin. Harap pandai masaklah Bibik tu sebab dia ni cuma pandai makan,
masak bak kata Mommy, orang tak sekolah pun pandai masak, nanti belajarlah.
“Tuan minta Puan ke taman.”
Puan? Nak terjojol mata Bellina tapi
dia diam tak komen apa – apa.
SEGAN tak tahu nak cakap. Tengah
bergelak ketawa dengan Darren di atas buaian, Zaki datang. Pertama kali
ditemukan dengan kawan baik Darren. Dia yang tak tahu memang Darren meminta
Zaki menghantar mereka berdua ke bengkel. Nanti Darren cakap dia boleh terus
keluar dengan Zaki. Mereka ada ‘hal’.
Whatever.
Dia malas nak sibuk – sibuk. Kalau dia bosan, selagi tak bergelar isteri,
langkahnya boleh lagi dipanjangkan.
“Ehem....soo
in love yea.” Zaki mengusik.
“Hoho...jangan nak ayat sangat. Eh, come. Meet my wife to be, Bellina.”
“Insya Allah. Hai.” Bellina
tersenyum nipis.
“Hai.” Zaki tersenyum meleret.
Senyum perli untuk sahabat yang nampak ceria semacam.
Zaki dan Darren berbual sementara
Bellina mendapatkan beg tangannya di ruang tamu.
“Seronok kau ya. Macam lupa dunia je
ni.”
“Eh biasalah. Tengah bercinta. Kopi
kelat dikata bergula. Taik telinga dikata keju mozzarella.”
Zaki terbahak – bahak sambil menepuk
bahu Darren. Dia menggeleng – gelengkan kepala. Rosak kawan aku ni. Main taram
segala. Keju mozzarella pun dia main petik.
SETENGAH jam kemudian, mereka berada
di bengkel. Darren meninggalkan Bellina dengan Zaki di ruang menunggu untuk
memeriksa status kereta Bellina yang tak berapa parah pun.
“Anything
I should know ‘bout your bestie?” Bellina selamba bertanya. Tak kan nak
main jeling – jeling. Kena belajar berkawan jugaklah
dengan si Zaki ni kalau dah dia kawan baik bakal suami.
“Betullah jadi kahwin tahun ni?”
Zaki bertanya. Menjawab soalan Bellina dengan soalan.
“Insya Allah.” Bellina tergelak
dalam hati. Entah jawab macam tak ikhlas. Dia macam okay dan redha sahaja
kerana pertamanya dia hormat
permintaan Daddy dan yang paling pentingnya, dia dah mengkategorikan Darren
dalam kelas ‘coolio’. Versi lelaki baik yang nampak ‘cool’ sahaja
bagi Bellina tanpa mengetahui versi sebenar Darren.
“I
don’t know this year gonna be the best ever year in his life or vice versa but
you should know 1994 is the worst year in his life. In fact in world history.”
Bellina berdebar – debar mendengar
kata – kata Zaki. Apa benda yang teruk sangat tu?
“What
is so bad happened in 1994?”
“Kurt Cobain
died and Justin Bieber was born.”
“Huh?” Bellina mengangkat
kening.
“He
is a diehard fan Nirvana. Let him listens to any Justin Bieber, he can die.”
Gigih Bellina mencerna info yang dia
baru tahu. Macam pelik. Setahunya koleksi CD dalam Volvo milik Darren tu
semuanya stok sentimental. Tak kan takat dengar Justin Bieber boleh mati kot?
Bellina tak tahu koleksi CD dalam kereta Evo sport Darren pula amat bertentangan. Maklumlah, satu kereta formal,
kereta kerja, kereta angkut awek. Satu lagi kereta merempit, kereta peribadi.
“Betulke?” Bellina tergelak besar
dan kemudian tersenyum sampai telinga. Dah ada idea nak kenakan si Darren.
“Apa yang tak betulnya. Rasanya
bukan dia je. Ramai je laki selera macam Darren. Very normal.” Zaki angkat kening. Macam apa yang dia cakap tu kelakar.
Rasanya biasa – biasa je ayat penyata dia tadi.
“Zaman paras testosteron belum
stabil dalam badan la tu.” Bellina membalas selamba. Darren yang dia kenal baru
beberapa hari ni rasa macam lain. Zaki cakap lain.
Zaki tergelak. Jawapan Bellina tak
boleh blah. Memang patut Darren jatuh
cinta pandang pertama sebab biasanya Darren pandang berkali – kali pun belum
tentu dia tersungkur. Perempuan yang dia hadap semua cantik dan sempurna, kena
ada markah tambahan macam Bellina yang kelakar dan selamba orangnya baru mampu
menarik perhatian Darren. Patut Darren ceria semacam kebelakangan ini, dia yang
duduk tak sampai sepuluh minit dengan Bellina ni pun dah penat ketawa. Darren
yang pantang Bellina cakap dia lapang terus tinggalkan segala kerja semata –
mata nak jumpa. Zaki menjeling ke arah
wajah manis Bellina yang kemas bertudung sambil membayangkan mampu atau tidak
Darren bertahan sekurang – kurangnya setahun. Dia yakin mampu.
“Sekarang dah stabil kot hormon.
Kalau tak, dia tak pandai beli 500 kuntum bunga untuk bakal bini dia.” Zaki
tersengih mengusik. Nak gelak kuat – kuat tak boleh sebab Darren sedang menuju
ke arah mereka.
Muka Bellina merah diusik. Malu babe!
Darren pun satu. Romantika de’
amournya tak menahan. Bibik suruh pergi taman, dia tenang dan ikut sahaja. Tak
jangka langsung, kat luar tu Darren tengah tunggu macam tunggu Princess.
Erk?
Princess Bellina? So not rhyme!
“So what is
this all ‘bout?” Bellina duduk di
buaian kayu yang besar menghadap Darren. Tak kan nak duduk sebelah pula. Ni
bukan budak – budak di kelab yang dia main aci duduk sebelah berlaga peha.
“I
always hate this arrangement but I proud to say my Daddy is right all along.”
Bellina diam. Matanya terpaku
melihat buaian ini penuh dikelilingi dengan bunga mawar merah. Suka sangat.
Hati berbunga lagi lebat dari bunga – bunga yang ada tapi maintain cool tu pasti!
“Daddy
said every day malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga
untuk wanita yang hidup besederhana. I’m
sending you 500 petals, 500 bouquets are yet to come but for what Daddy has
done, I’ll be grateful. And this is for you Bell.”
Oh, I makan
kat kafe je.
No – no. We
can just fix the bumper here creatively.
No – no. I
can go back by taxi.
Darren memandang Bellina sekilas.
Bakal isterinya amat sederhana orangnya. Anak Megat Amani yang kaya raya, anak
tunggal pula tu dah awalnya dia bayangkan Bellina seperti Hezra, Veronica.
Misha dan bla..bla..
Dia dah nampak Bellina yang ada gaya
ustazah dan dia baru nampak Bellina yang ada gaya Mother Theresa. Terus datang
idea luar alam ni. Dia pasti Bellina terpaku.
Congrats
Darren!
No comments:
Post a Comment