ZAKI mengikut langkah Darren ke
ruang kolam renang di tingkat atas. Entah kenapa malam ni port lepak berubah. Biasanya di kondo Darren di Jalan Ampang tapi
hari ni Darren suruh datang ke banglo yang dibelinya setahun yang lalu di
Equine Park.
“Kau tengah layan apa ni?”
Darren nampak macam tak sabar sangat
nak sambung melayan TV sebesar 70 inci yang dipasang di hujung kolam renang.
Memang heaven kot duduk sini dari
kondo kecik di Jalan Ampang tu kalau
nak banding dari segi segala benda yang ada kat dalam banglo ni. Di depan kolam
renang disediakan sofa 3+1, meja bulat, island
bar yang ringkas, meja pool dan
pintu kaca yang bersambung dengan ruang santai ialah bilik gym. Lengkap serba
serbi. Rasa macam tingkat 2 banglo ni Fitness Centre pula.
Patut kecoh suruh dia tolong cari
sebut harga bulan lepas. Diam – diam dah lengkap serba – serbi banglo ni.
Persiapan orang nak kahwin katakan. Dia bukan ahli perniagaan macam Darren tapi
kawan sekeliling ramai yang gila gym. Itu yang harga yang Darren dapat untuk
semua barang gym dia memang harga runtuh.
“Aku tengah layan Act Of Valor...dia
punya combat scene superb. Macam Band
Of Brothers. Duduk – duduk.” Darren menyuruh Zaki duduk. Dia sendiri bersandar
di sofa dan kaki diparking di sofa bulat di depan.
“Aku dah tengok. Terlayan dengan
seorang awek ni kaki action pack.
Untunglah aku tak payah terjah cinema
layan cerita stok True Blue.”
Darren tergelak melihat Zaki yang
bergerak ke bar. Istilah cerita True Blue
tu untuk stok cerita cinta – cintun tahap tak boleh blah. Malanglah kalau tersalah dating
dengan awek – awek True Blue. Darren
sendiri pun dah banyak kali terkena. Kena tengok cerita I’m not single yang dia ingat sekurang – kurangnya cerita True Blue versi Hollywood. Sekali cerita
Melayu kisah budak – budak Vitagen kena kahwin paksa. Dah kahwin pun main garis
– garis kawasan jajahan pula. Sungguhlah dia tertidur tak sampai setengah jam
duduk dalam panggung. Tak mampu nak menghayati kemanisan di wajah heroin dek
kebodohan hero yang alim – alim kucing.
“Lepas kau keluar dengan Bellina
hari tu, kau keluar tak dengan Veronica?”
“Tak, dia merajuk dan aku malas nak
pujuk. Aku keluar dengan budak marketing
pejabat Ojai.”
“Hezra?”
Darren mengangguk.
“Baik budak Hezra tu. Budak baru
masuk kerja Ojai cakap. Dapat kat kau terus?”
“Nampak memang cun tapi bukan taste akulah. Bukan manja seksi tu,
manja gedik tau tak. Rimas aku duduk call
– call lepas tu ugut tak nak jumpa. Major turn off lagi ialah sebab terlalu kebudak – budakan. Kau tak tengok
lagi mesej dia kat aku. Nak muntah hijau aku baca.”
iPhone dicampak ke peha Zaki yang
baru duduk di sofa. Darren membuka tin coke yang dihulurkan oleh Zaki tapi tak
lengkap pula nak minum tanpa susu. Bibik yang kebetulan lalu nak hantar pizza
yang disuruhnya bakar sebentar tadi.
“Bik, tolong. Coke susu macam
biasa.” Darren menghulurkan tin coke kepada Bibik. Pandailah dia nak buat apa
kalau dah sebut menu kegemaran. Bibik bukan duduk sini, dia akan datang kalau
Mommy suruh datang sahaja. Sekejap lagi dia boleh suruh pemandu pejabat dia
tolong hantar Bibik balik.
AwAck ToWiEe ArhH , SaiYer MeMaEN JHeeE TaRk
BeTOrl TowieE YerHh
Zaki memegang perut menahan gelak.
Budak – budak zaman sekarang memang rosak. Bahasa pun dirosakkan habis –
habisan.
“Darren, kau tutup kilang filter kau, kau bukak bisnes kamus baru
untuk generasi baru. Senang sikit old
school daddy to be macam kita, grand dad macam Daddy kita nak faham. Traslate siap – siap apakebenda ni.”
“Idea kau memang cayo tapi aku tak sanggup nak buang
daulat bahasa aku. Nanti nampak macam menyokong pula grammar wreckage ni.” Darren tersenyum tapi mata masih melekat di
TV.
“Nih, aku tolong taip. Kau reply balik kat awek tu.” Zaki
menunjukkan skrin mesej yang ditaipnya kepada Darren.
Aperw Bubbee ayartt Koh NiH Arhkoe Tak pUrhamm
Larhhh BunckSart !
Darren tergelak besar.
“Expert
. Pergh! Mana kau belajar? Ke dah terjebak? Kau jangan, aku sound awal – awal ni. Mana – mana kawan
aku yang update status di FB pakai
bahasa itik mengawan ni, aku unfriend
tak teragak – agak punya.”
“Tuan, maaf mengganggu. Ada orang
datang.” Bibik yang datang menghantar segelas coke yang siap dicampur susu
pekat manis memberitahu sopan. Tak sempat Zaki nak cakap dia google je cari
sampel.
“Kau ada ajak siapa lagi datang
malam ni? Mikhail?” Zaki Zacharyl berkerut kening melihat Darren melangkah
turun meninggalkan aksi rancak Act Of Valor dan topik hangat itik mengawan.
“Bukan. Jom turun jap.”
DARREN dan Zaki duduk bersimpuh di
ruang tamu. Bayangkanlah dua jejaka kacak dikelilingi oleh 500 kuntum bunga
mawar berwarna merah. Zaki dari tadi tak mampu nak berkata apa. Tak percaya pun
ada. Memang segala lagak romeo Darren, dia pun sama naik tapi rasanya mereka
tak pernah lagi bagi mana – mana perempuan kat atas dunia ni 500 kuntum bunga. Darren
siap kira tu.
“Cara kau ni tak manis la. Kata nak gaya ustaz,
yang kau pergi mintak direct, lepas
tu ni bunga bagai, propose ala – ala
Hollywood tu kenapa? Orang minta dengan wali. Nampak sikit kesopanan dan
kesusilaan.”
Darren malas nak layan komen Zaki
dan menolak pintu sliding ruang tamu. Rokok dinyalakan. Harum pula ruang tamu
hari ini. Maklumlah dia yang suruh florist
hantar ke sini. Esok pagi nanti dia akan suruh despatch dia sendiri hantar atau buat surprise lain? Hmm....
“Masalahnya walinya dah berbincang sama – sama pengarah urusan.
Aku kuli tukang jalankan je. Kau kena faham. Bukan aku yang cari. Yang lamar Bellina
at the first place pun bukan aku.
Kalau aku tak buat semua ni pun memang kitaorang
kahwin jugak tapi aku tak nak lah
kahwin macam tu. Tak thrill. Nak juga
aku rasa feel nak pikat bakal
isteri.”
“Tak baik la kau nak pikat dia
sungguh – sungguh. Kesian Bellina nanti.”
“Usahlah dirimu berlagak seumpama
air nan jernih yang berada di dalam bekas yang berdebu....hak ptuih...ptuih.” Darren tergelak dan pura – pura meludah di
rumput karpet yang menghijau disinari lampu garaj.
Zaki menyambung gelak. Memang dasar playboy! Dengan bakal bini sendiri pun
nak diayatnya. Pening nak melayan Darren ni. Konon datang nak bincang rancangan
nak pergi Perhentian dengan Mikhail hujung minggu ni tapi ke longkang semua
topik malam ini.
BELLINA tergolek – golek di atas
katil melayan iPad.
Bingo!
Jumpa juga profile yang dicari.
My
hubby to be, I’m stalking your wall...hello...
Bellina tersenyum – senyum. Dia tak
reti nak tanya direct sangat benda – benda peribadi yang dia naklah tahu juga
mengenai jejaka bernama Darren ni. Dahlah malu selori kantoi buat tayangan
porno. Nasib baik bakal suami. Darren cakap tak nampak pun dia yakin seratus
peratus Darren nampak. Budak baik katakana. Bellina yang tertipu dan menipu
tergelak melihat gambar yang diletakkan oleh Darren di Facebook.
Darren pakai timeline baru. Ada patut gambar besar dia letak gambar kilang dia,
siap gambar filter - filter yang dia jual dan di gambar
kecil barulah gambar dia sendiri. Tu pun pun tak nampak muka okay! Dia teka tu
Darren sebab rasa macam ya badan Darren tu. Ke gambar model filter tu?
“Ehem...” Bellina duduk bersila di
katil pula. iPad diangkat letak dan diulang lagi sampai akhirnya dia meniarap
dan membaca info yang Darren letakkan di Facebook nya. Sedang mengenali bakal
suami.
Name: Darren Umar
Work and Education:
AAF Filter Asia Sdn Bhd
Employers: AAF Filter
Asia Sdn Bhd
Graduate School:
Pennsylvania Wharton
College: Pennsylvania
Wharton
Living: Puchong
About Darren: Basic
Info: o-bladeee o-blada life goes on
brahh! lalala how the life goes on...
Seksinya dia punya tagline ke moto hidup? Tak gaya ustaz ni,
gaya free thinker ada but overall is cool! Tak malu nak add friend okay. Bellina tergelak jahat.
Oh la la!
oh tersgt x leh blah tgk muka dorg zmn muda. & Yusry? uwaaa..
terus teringat Lisa. Motif? Nak buat iklan korang dah baca ke kisah Nur Lisa dlm USD?
lev..lev..lev..
bahahahaha this is soooo gooooddddddd.
ReplyDeleteLove this entry.. Kelakar lah rin.... Next
ReplyDeletei cannot open PKB 2
ReplyDelete