Monday, 31 December 2012

Pokok Krismas Bergerak (PKB) Bab 6



             

               BELLINA terkejut melihat pemandu baru si suami Latif memberi salam setelah menekan loceng berkali – kali. Pada hal Latif ada remote pagar automatik banglo mewah mereka tapi mungkin kerana menyedari isteri majikan yang keseorangan jadi tampak tak manis kalau diterjah masuk sahaja.
                 “Ya?”
            “Emm...puan. Encik Darren nak cakap.” Latif menghulurkan telefon bimbitnya takut – takut sahaja lagaknya.
            Bellina menyambut huluran telefon. Perit juga nak menelan air liur dengan situasi janggal sekarang tapi dia berlagak selamba. Bellina meninggalkan Latif beberapa langkah sebelum menyapa suami yang menghilangkan diri sesedap rasa. Sebelah tangan lagi mengutis daun pokok krismas yang menghijau dan halus.
            “Apa khabar?”
            “Baik. Baby sihat. Tak nak tanya?” Bellina mengetuk kepala sendiri. Apa yang skema sangat bercakap dengan Darren ni? Macam baru kenal pula tapi serius dia rasa janggal.
            “Ehem...” Darren mati kata – kata seketika sebelum menyambung.
            “Nanti ikut Latif. Pack your things for 2 days. Esok mintak cuti. Ada apa – apa lagi nak tanya?”
            Bellina ternganga.
            Nak tanya apa?
            Nak pergi mana?
            Nak pack apa?
            Semua soalan tak terluah. Akhirnya dia hanya menurut dan hasilnya walaupun Darren suruh menyiapkan barang untuk dua hari, dia menolak satu beg troli besar ke dalam Toyota Harrier.

            SUASANA nyaman dan menghijau betul – betul mendamaikan fikiran. Darren meminta untuk dibawa ke kawasan air terjun yang berhampiran. Ms Helen Todd, penjaga tempat ini menunjukkan jalan dari rumah dia menginap untuk ke kawasan air terjun. Teragak – agak juga Darren apabila Ms Helen memberitahu anjing belaannya yang jinak dan biasa dengan kawasan sekeliling boleh menemaninya. Terpaksa Darren menolak dengan sopan. Dia tak kisah berjalan seorang diri di hutan belantara.
            Cantik sungguh pemandangan sekitar. Pokok – pokok durian tinggi sedang memutik, pokok manggis, pokok kayu sepetir, pokok cengal dan pelbagai lagi jenis pokok – pokok yang dia tak pasti namanya menampakkan kawasan percutian yang dipilih oleh Zaki ini amat terpelihara. Kawasan hutan yang dilalui agak menyeramkan dengan jalan yang agak mencabar. Sangkanya jalan untuk ke air terjun tersedia laluan yang dijaga tapi sangkaannya meleset. Jalannya amat berliku tanpa ditarah atau jalan yang ditanda. Hanya trek hutan original yang terpapar di lakaran yang digenggam ditangannya. Nasib baik kawasan air terjun tak lah jauh sangat, satu jam berjalan sahaja. Darren tersenyum sinis seorang diri sambil mengelap peluh di dahi.
            Darren membetulkan urat, meregangkan tangan dan mula membuat senaman ringkas di atas batu besar di tepi air terjun. Baju dibuka dan dicampakkan ke atas batu. Tak sabar untuk terjun lipat maut gaya Michael Phelps. Dia tak kisah buat kerja gila seorang diri. Anak tunggal katakan. Semua benda buat seorang diri.
            Baru Darren nak kira on your mark, get set suara kasar di belakang menegur.
            “Bro, tunggu. Sekalilah.”
            Nasib baik Darren bukan penakut orangnya. Dia berpaling. Jejaka berbadan tegap, dengan wajah yang dihiasi jambang yang terbela dan nampak kemas kehijauan sedang tersenyum dan menghala ke arahnya.
            “Kau dari The Dusun ke?” Darren bertanya.
            “Syed Azri.” Jawab si polan dan menghulurkan salam. Dia mengangguk dan menyambung lagi.
            “Aku dah nak balik. Dah dua malam kat sini. Kau duduk rumah mana?”
            “Darren Umar. Aku duduk Berembun House.” Darren menjawab tenang langsung duduk di atas batu. Tak jadi terjun.
            “Aku datang ramai. Keluarga aku dari Dubai nak sangat bercuti tempat sunyi dan menarik. Ada orang recommend datang sini. Kami duduk di Emas House.”
            Darren hanya mengangguk. Layan aje bercakap walau pun baru kenal. Dia memberi isyarat jom terjun apabila melihat jejaka bernama Syed Azri mula menanggalkan baju yang tersarung di badan.
            Sempatlah berkenalan. Rupanya Syed Azri ni menguruskan hotel milik keluarga rupanya. Budak grad TUM dan duduk di Johor. Belajar sampai German tapi melepak kat hotel je? Darren berfikir sendiri, segan nak tanya tapi biasalah anak orang kaya biasanya memang bebas membuat pilihan. Dia pun tak terkecuali. Daddy mungkin tak kaya sangat tapi sebagai anak tunggal, dia bebas juga membuat pilihan. Suka hati dia nak mengusahakan perniagaan sendiri. Dia seronok bekerja sendiri daripada makan gaji.
            Dah penat lompat, terjun dan berenang, sekejap sahaja mereka berdua sudah kesejukan. Mana ada orang lain kat sini. Rumah yang disediakan di The Dusun pun baru 4 buah jadi berapa ramai sangat dari pengunjung yang ada nak datang kawasan air terjun macam ni. Syed Azri pun cakap jangan harap adik perempuannya nak meredah jalan hutan yang siap berpacat semata – mata nak menikmati keindahan semulajadi macam ni. Darren hanya tersenyum. Mereka lelaki, lain cerita. Rugilah kalau datang tapi malas nak meneroka alam semulajadi yang indah begini.

            Don’t call yourself a man then!

            “Eh, aku macam dengar bunyi mengerang la.” Darren melilau sekeliling.
            “Kau jangan buat hal.” Syed Azri nampak cuak. Hutan belantara ni bhai!
            Darren bergerak dari celah – celah batu ke arah hutan. Selang dua meter sahaja dia nampak seekor arnah berwarna kelabu yang agak comel mengeluarkan bunyi seperti dalam kesakitan. Darren menjerit memanggil Syed Azri dan menyuruh Syed Azri mengambil bajunya di atas batu.
            “Pe hal?” Syed Azri bertanya.
            “Arnab ni macam kena serang dengan binatang lain la aku rasa.”
            Darren ligat mengelap darah di kaki si arnab dengan bajunya. Selepas itu, bajunya dikotakkan dengan susah payah, nasib baik pakai baju lusuh. Walau pun berjenama tapi kalau namanya baju favourite yang dipakainya sejak zaman sekolah menengah, senang sahaja t – shirt berwarna putih itu dicarikkan. Kaki arnab yang luka dibalut kemas. Dalam hati terdetik nak bagi Bellina bela sebab Bellina pernah cakap dari kecik dia nak ada pet tapi Mommy tak pernah approve. Biasalah dah dapat mak orang bandar.
            “Ko pandai pula jadi doktor haiwan ni.” Syed Azri mengusik.
            “Aah. Aku kesian tengok. Nanti bawa balik Dusun. Boleh hantar veterinar kat Seremban tak pun tanya Ms Helen nak buat apa.”
            Syed Azri hanya mengangguk. Nama dah Darren Umar. Darren tu dia tak tahulah apa makna tapi Umar tu memang mengingatkan dia kisah Saidina Umar dan seekor pipit. Suatu hari Saidina Umar r.a berjalan-jalan di kota Madinah. Dia melihat seekor anak burung pipit dipermainkan oleh seorang anak kecil dengan tangannya. Umar amat kasihan melihat burung pipit itu lalu membelinya kemudian diterbangkan ke angkasa. Ketika Saidina Umar r.a wafat, beberapa orang ulama telah bermimpi bertemu beliau dan menanyakan keadaannya.           
            “Apakah yang telah dilakukan Allah kepadamu wahai Umar?” 
            “Allah mengampuni aku dan melewatkan dosa-dosaku.” Jawab Umar.
            “Kerana apa? Kerana kedermawaanmu?Keadilanmu?Kezuhudanmu?”
            Saidina Umar r.a menjawab,   “Ketika kalian menguburkan aku,menutupi aku dengan tanah dan meninggalkan aku seorang diri maka dua malaikat yang menakutkan datang kepadaku. Aku kehilangan akal. Sendi-sendi aku tergoncang kerana ketakutan. Mereka lalu mengambil dan mendudukkan aku,bermaksud menanyai aku. Tiba-tiba terdengar suara keras berkata.
            “Tinggalkan hamba Aku. Aku menyayangi dia. Semua dosanya telah Aku ampuni kerana ketika di dunia ia telah menyayangi seekor anak pipit. Maka ketika ini Aku mengasihinya sebagai balasan.”
            Syed Azri mula merindui Nur Lisa, seseorang yang telah memilih jalan hidup sendiri tanpanya. Dia bila lagi? Pandangan ditala kembali ke arah Darren yang asyik melayan si arnab yang comel juga pada pandangan matanya. Darren Umar. Keperibadian sehebat nama, mungkinkah? Syed Azri  meneka rambang. Puas berendam air terjun yang dingin dan menyegarkan badan, mereka berdua akhirnya menapak pulang ke The Dusun. Kali ini masing – masing berteman dan sampai di hadapan Emas House yang di tengah – tengah, mereka berpisah.


            MELIHAT Bellina menapak tenang ke dalam rumah dalam keadaan serba salah menghampirinya membuat Darren terkenang perbualannya dengan Zaki tadi.
            “Ishh...so high lah kau. Apa punya tempat kau cari ni?”
            “La...” Tak sempat Zaki menjawab Darren dah potong balik. Rasanya tempat yang dia cari tu cantik sangat. Sesuai lah sangat nak jadi tempat berbaik dan berbincang.
            “Bell boleh terberanak tau nak sampai sini.”
            “Dah kau yang nak tempat bercuti kampung piyau (original) punya. Ya lah tu. Kau cakap nak ricky (periksa) tempat dulu. Dah tak nak. Turun balik lah.”
            Zaki merenung telefon bimbit di tangan. Kuatnya si Darren ni cakap. Tahu risaukan bini. Dia pula terlupa Bell tengah mengandung. Pandai sangat tinggal bini lagak apon (pondan) merajuk tak nak balik rumah siapa suruh? Tak sampai dua hari dah menggelabah. Ini dah mula nak tunjuk perangai gila dialah ni. Sabarlah kau Bell. Kalau tak sabar kau cabut. Apa susah. Ajar je Darren berlagak ni.
            “Tak pe lah. Driver dah on the way bawak Bell naik.” Darren menyelak rambut yang terjuntai di dahi.
            Zaki ternganga. Mungkinkah Bell akan terberanak dalam kereta? Habislah. Zaki pula yang risau tapi dia pernah sampai ke The Dusun. Patutnya kalau naik Harrier dan Bellina dalam keadaan sihat walafiat dan tak mabuk - mabuk, tak kan ada masalah.
            “You know what. I’m very sure Bell wouldn’t love this. She will be disgusted by the soil, annoyed by the leaves and horrified by the leeches.”
            Tapi Darren terlupa, Bellina hidup dalam dua dunia yang berbeza. Dunia pekerjaan yang menuntut sikap terejal (kasar dan lasak) bak kata orang Negeri Sembilan dan dunia sosialnya yang umpama diri diulit dengan emas dan permata.

            BELLINA memandang si suami yang nampak terkejut apabila dia tiba – tiba muncul di pintu. Sungguh dia rasa nak pengsan, nak mati, nak terberanak dan mengamuk apabila terpaksa melayan mabuk dalam perjalanan menuju ke The Dusun. Sampai Seremban, dia senyum lagi apabila Latif cakap Darren telefon pesan suruh beli barang keperluan untuk memasak atau apa – apa sahaja makanan segera. Latif cakap tempat nak pergi boleh masak. Jadi dia bayangkan homestay atau hotel apartment yang biasanya tetamu memang dibenarkan memasak.
            Bila masuk Kampung Pantai, Bellina mula cuak. Lalu pula jalan yang bernama Jalan Gunung dia dah mula panik. Panaroma sekitar mula berubah apabila mereka melalui perkampungan orang asli. Kiri dan kanan hanyalah ladang kelapa sawit dan dusun – dusun atau kebun yang menghijau dan kebanyakan nampak tak terbela seperti hutan belantara. Jangan cakaplah berapa kali dia muntah apabila mereka mula melalui jalan curam, berbukit dan berliku. Latif hanya mampu geleng kepala. Bellina buat tak tahu dan diam sahaja sepanjang perjalanan. Dalam 3 km selepas perkampungan orang asli barulah tersergam papan tanda bertulis The Dusun.
            Ms Helen menyambut kedatangannya dan menunjukkan Berembun House yang disewa oleh Darren. Dia hanya mengikut. Nampaknya Darren telah menyuruh Ms Helen menantinya. Maklumlah tempat parking dan rumah amat terhad di tempat ini jadi amat mustahil untuk Ms Helen mengalukan tetamu yang tidak diundang.
            Bellina tak mampu nak mendengar cerita Ms Helen mengenai sejarah The Dusun tapi apabila dia menapak ke Berembun House, segala – gala keperitan sepanjang perjalanan terasa amat berbaloi. Rumah yang dinamakan Berembun House tersangatlah cantik. Walau pun dia rasa Darren seakan mendera dirinya yang sedang mengandung tapi sesungguhnya Bellina menghargai pemandangan yang terbentang di ruang mata.




            “Hai.” Bellina menegur Darren dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
            “Ada wuduk.”
            Darren tidak menyambut salamnya. Jelas terukir wajah hampa Bellina walau pun alasan Darren memang tak boleh disangkal. Darren terus menuju ke ruang di sebelah katil, membentangkan sejadah dan menunaikan solat.
            Bellina menarik troli ke tepi day bed yang tersedia di dalam bilik yang agak besar ini di samping sebuah katil besar di tengah bilik. Terbuai seketika dengan suasana kampung yang tak pernah dikecapinya. Bilik yang diperbuat daripada kayu sepenuhnya dengan tingkap yang semuanya dibiarkan terbuka tanpa grill, menadahkan angin yang sejuk dan pemandangan menghijau yang memukau mata memandang. Sayup – sayup kelihatan hutan belantara di sekeliling dan di nun di bawah bukit sana. Langit pula membiru dengan taburan awan memutih mencantikkan lagi pemandangan. Lima meter dari pintu bilik terdapat sebuah kolam renang yang amat cantik dengan pemandangan lepas ke bawah bukit. Bellina tersenyum sendiri. Terlupa masalah rumah tangga yang membelenggu dan badan yang penat didera sepanjang perjalanan naik ke The Dusun.
            “Thank you.” Bellina tiba – tiba mengucapkan terima kasih kepada suami yang baru selesai melipat sejadah. Memang patut Darren kesal dengan dirinya. Dalam percutian yang kebanyakan orang akan lupa untuk bersolat apatah lagi untuk berjemaah, Darren tetap menunaikan kewajipannya. Dia pula? Dulu solatnya tunggang langgang.
            Tanpa Bellina ketahui Darren pun sama cuma kebelakangan ini sahaja solat seperti sebati dengan dirinya. Dilakukan tanpa rasa berat tapi tanpa pengisian yang cukup. Dah terbiasa mengimamkan Bellina dan dia terasa rindu untuk mengimamkan isterinya walau pun baru sahaja tidak bertemu.
            “For what? For not coming home?” Darren menjawab sarkastik.
            Dia menuju ke arah beg plastik Giant di sebelah troli Bellina nak mula mengeluarkan apa yang dibeli oleh Bellina. Lapar! Di sini hanya disediakan nasi lemak pada sebelah pagi sahaja. Lapar kena pandailah cari makan sendiri dan kalau tak bawa bekalan dari bawah jawabnya kena turun balik atau kebulurlah. Yang penting Darren suka dengan konsep The Dusun. Dapurnya lengkap dengan pelbagai peralatan dan bahan memasak dan siap dilabelkan dengan kemas. Terasa nak memasak seperti zaman di US dulu. Tadi dia telefon Latif cakap terima kasih dan Latif sempat melaporkan Bellina berkali – kali muntah dalam kereta. Mesti Bellina segan untuk mengadu dan bermanja seperti biasa selepas amukannya.
            Bellina membuka tudung di kepala dan diletakkan di atas day bed. Darren hanya menjeling dan menegur sinis.
            “After all I know. You are free to be yourself.”
            Bellina tahu Darren mempersendakannya. Malah mengkin mengejek tudung yang masih setia di kepala. Entah kenapa dia menarik tudung dan menyarungkannya seperti biasa. Mungkin sebab dah terbiasa?
            “Darren. That was my past.”
            Darren diam dan menuju ke dapur. Bellina malas nak memujuk lagi dan mengekori sahaja. Seligat tangan Darren, tangannya pun ligat menyusun barangan di atas kabinet, dalam peti ais dan tanpa bersuara mereka sepakat sahaja menyediakan spageti. Kelakar apabila Darren nak ke peti ais, Bellina nak ke sinki. Bertembung dan masing – masing bergerak untuk mengelak tapi serentak ke kanan.
            “Sorry.” Bellina mengelak ke kiri tapi serentak Darren pun ke kiri juga.
            “Sorry.” Darren pula yang meminta maaf.
            “Stop it Darren. Don’t treat me like a stranger.” Bellina memandang Darren tepat ke mata. Darren membalas pandangan Bellina tapi tanpa suara Darren menolak lembut badan Bellina ke kiri dan dia ke kanan tanpa menjawab dan bersuara sepatah pun.
            Bellina mengetap bibir tapi disabarkan sahaja. Tak sampai setengah jam, mereka bergerak ke patio untuk menikmati makanan yang dimasak sendiri. Patio yang amat menarik dengan pemandangan kolam yang lepas nun ke bawah bukit.
            Selesai makan, Bellina merenung wajah suami yang nampak aman dan kacak seperti biasa. Tak tahu nak cakap apa. Tak tahu kenapa Darren nak membawanya ke sini tapi mendiamkan diri sahaja.
            “Darren, kalau awak tahu siapa saya sebelum kita kahwin, will you still marry me?
            Darren yang sedang menghisap rokok terbatuk mendengar soalan Bellina.

Pokok Krismas Bergerak (PKB) Bab 5


            



                Kisah 500 kuntum mawar merah yang indah di buaian ini. Kenangan dipikat oleh Darren Umar yang bertandang di saat dia benar – benar risaukan di mana wahai gerangan suami berada ketika ini. Kalau nak kira tak lah hebat mana gaya Darren memikat, yang membuat Bellina terpikat mungkin usahanya. Maklumlah, kalau Darren tak memikat dan dia tak terpikat sekali pun, mereka tetap akan diijabkabulkan. Itu sudah ditetapkan oleh orang tua mereka. Yang indahnya ialah jatuh cinta dalam masa yang singkat. Yang sakitnya ialah dalam masa yang singkat dia masih tak mampu membaca tingkah sebenar seorang Darren Umar. Betul – betul tak menyangka sang suami langsung tidak boleh bertoleransi.
            Pokok krismas yang menghijau di sekeliling pagar rumah banglo yang sunyi diperhatikan Bellina dengan ralit. Dia yang pilih. Dia tak cukup kreatif nak fikir reka bentuk lanskap yang luar alam. Pokok ini yang terlintas di kepala di saat Darren bertanya nak lanskap macam mana dulu. Cukuplah dengan menghiasi sekeliling rumah dengan pokok krismas yang setinggi pagar. Warna hijau tuanya cukup mendamaikan hati yang resah. Tak payah nak ada pokok berwarna warni, halaman banglo ini sudah nampak elegan. Di halaman rumah yang berhadapan pintu sliding ruang tamu, di mana Bellina sedang duduk sekarang diletakkan buaian kayu yang besar. Cantik dan unik rekaannya. Mommy Darren cakap buaian ini diimport dari Bali.
            Buaian dihayun perlahan. Suara dari CD yang dipasang sekuatnya menghilangkan perasaan sunyi keseorangan. Lagu dari penyanyi kegemarannya, Janis Joplin.

            Didn't I make you feel like you were the only man -yeah!
            Didn't I give you nearly everything that a woman possibly can?
            Honey, you know I did!
            And each time I tell myself that I, well I think I've had enough,
            But I'm gonna show you, baby, that a woman can be tough. 
            I want you to come on, come on, come on, come on and take it,
            Take it!
            Take another little piece of my heart now, baby!




            “Darren, take another little piece of my heart now, baby!”
            Bellina menjerit melepaskan perasaan yang terbuku. Dia seorang diri sahaja di banglo ini sejak semalam. Darren tak balik – balik sejak keluar rumah malam tadi. Terkejut, marah atau kecewa Bellina pun tak pasti. Ikutkan hati dia nak sangat telefon Mommy Darren, tanyakan si suami ada balik bermalam di sana atau entah bermalam di mana. Kalau Megat Ali, Daddy Darren ada, dia selamba sahaja telefon tapi masalahnya Daddy dia Megat Amani dan Megat Ali masing – masing baru semalam berlepas ke Bangkok. Dia segan sikit dengan Mommy Darren. Orangnya agak alim. Tengoklah anaknya macam mana kan. Bisik hati kecil Bellina yang masih tertipu.
            Sekarang tahap rendah dirinya merudum ke tahap minimum. Segan kalau nak membandingkan dirinya dan Darren. Kantoi dengan suami sendiri di saat berbadan dua dan ditinggalkan dengan pelbagai persoalan dan perasaan bersalah membuat Bellina nanar seketika. Manalah dia nak tahu Darren akan tak jadi ke Bali. Tak kan dia nak halau kawan – kawannya yang tengah seronok bergembira. Mengingatkan pandangan Darren yang tajam memandangnya atas dan bawah membuat Bellina kecut.
            “Bell, what is this? Who are they? Are they your friends?”
            “I can explain.”
            “Are they your friends?”
            Suara Darren yang meninggi menakutkan Bellina. Perkataan ‘friends’ betul – betul ditekankan oleh Darren. Bellina hanya mampu mengangguk. Kalau di majlis pernikahannya, Darren mana nak perasan kehadiran Kiki, Tasha, Suzy, Neera, dan Dalilah yang sopan berbaju kurung dan berselendang. Mana sempat Darren nak menilai klik Bellina datang dari kelompok mana. Kalau sekarang, tak payah cakap pun Darren boleh teka sendiri. Tak ada gadis sopan versi ustazah datang majlis rumah orang berpakaian gaya ke kelab malam walau pun semata – mata kerana tuan rumah ialah sahabat baik dan majlis hanya untuk kaum perempuan. Haruslah masing - masing berpakaian mengikut perwatakan sebenar.
            Bellina tak malu pun nak mengaku memang ini semua sahabatnya, yang dia malu dan segan sekarang ialah dirinya sendiri. Sedang berbadan dua, melalak dan terkinja – kinja dan ditangkap oleh seorang yang bergelar suami. Setelah susah payah Bellina belajar untuk memenuhi permintaan Megat Amani. Setelah dia seikhlasnya berubah kerana cintanya kepada Darren Umar yang makin mendalam. Bellina mengeluh untuk kesekian kalinya. Telefon di atas riba diambil dan nombor Darren didail untuk entah untuk keberapa kali.
            Darren tetap tidak menjawab panggilannya. Bellina betul – betul menyesal. Dia sanggup hidup dalam dunia barunya, melucutkan gelaran playgirl dan meninggalkan dunia berpoya – poya dengan semua kawan – kawannya kalau taruhannya ialah suami atau Papa bayi yang sedang dikandungnya. Kiki sporting, mereka akan tetap berkawan sampai bila – bila pun walau pun masing – masing tidak lagi keluar berhibur bersama.

            Best friends are forever.
            No news is good news.

            Itu dah jadi konsep dalam persahabatan mereka. Apatah lagi menghormati status Bellina yang telah bergelar isteri orang. Dia sendiri yang gatal nak bersuka ria. Akhirnya Bellina memberanikan diri untuk menelefon ibu mertuanya. Kalah dengan perasaan risaukan Darren yang beraja di hati.
            “Assalamualaikum Mommy.”
            “Waalaikumussalam. Bell sihat? How’s baby?”
            “Both are fine. Totally fine. You?”
            “Mommy okay. Daddy tak ada, Mommy sibuk aktiviti sendirilah.”
            Bellina menelan air liur. Mencari soalan yang sesuai untuk bertanyakan Darren.
            “Sebelum Mommy lupa, nanti Bell bagitau Darren suruh datang rumah Ahad ni ya. Ada majlis doa selamat sikit.”
            Tak payah tanya, Bellina dah dapat jawapannya. Darren tak tidur di rumah orang tuanya. Kalau ya ayat ibu mertuanya tak kan begitu bunyinya.
            “Insya Allah. By the way I’m calling just to ask about the knitted baby set you told me last time.”
            “Oh! Okay Mommy dah dapat. Nanti Bell datang Mommy bagi.”
            Bellina mengakhiri perbualan dengan lega. Terlintas idea nak tanya set tilam baby yang ibu mertuanya sibuk suruh tempah dengan kawannya. Lambat lagi pun baby nak keluar tapi dilayankan sahaja. Mood ibu mertuanya baik hari ini. Nasib baik. Dia segan sikit sebab ibu mertuanya memang stok baik – baik. Bukan macam Mommy yang pada pandangannya biasa – biasa sahaja. Dia pernah kena marah sebab pokok krismas yang ditanam di sekeliling banglo mereka.
            “Dah tak ada pokok lain nak tanam ke Darren?”
            “Kenapa Mommy? Ini Bell pilih. She likes them very much and they are beautiful. Dulu kat US, depan rumah Darren pun berderet pokok krismas. Kalau winter, pokok ni je yang tahan. Pokok lain dah tinggal rangka.”
            “Kan tak manis. Macam nak sambut Hari Natal setiap hari pula Mommy tengok. Nanti jangan kamu hias dan letak loceng – loceng pula.”
            Bellina terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Dipandang Darren dan Megat Ali menagih simpati. Maklumlah dia menantu pilihan bapa mertuanya, haruslah dia mengambil kesempatan. Darren menggenggam tangannya erat. Menyokong pilihannya.
            “Mommy, even Christian never associates decorating the tree with their religion, not even state in their Bible anywhere, it’s been commercialized and they themselves confuse about it. It’s more like culture. It’s like our lemang and ketupat during Hari Raya. As simple as that.” Darren menambah. Faham kebimbangan yang cuba disampaikan oleh Mommy.
            “Mamanya niat baik, tak nak perbuatan kamu berdua jatuh tasyabbuh iaitu menyerupai kerana menyokong apa yang berkaitan dengan agama Kristian. Namun dalam hal ini, tidak menjadi dalil pokok krismas itu haram. Dia haram sebab yang mendatang dan bukan kerana zatnya. Contohnya, dulu para imam fiqh mengatakan haram pakai baju berwarna kuning sebab tasyabbuh yakni menyerupai orang musyrik pada zaman itu. Dalam hal ni, sebab yang mendatangkan tasyabbuh kerana orang musyrik pakai bukan kerana haram kerana warna kuning. Jadi, sama dalam kes tanam pokok krismas, apabila hilang illatnya, maka hukumnya hilang.” Megat Ali menutup kisah pokok krismas dengan berhemah dan tersenyum memandang menantu yang sedang mengandungkan cucu sulung dalam keluarga mereka.
            Panjang berjela anak beranak bertukar pendapat mengenai pokok krismas yang ditanam di sekeliling banglo mereka. Bellina hanya diam tak terkata. Rasa bersalah pula. Manalah dia tahu ibu mertuanya cerewet orangnya. Mommy dia sendiri rock kadang – kadang mengalahkannya.
            Papa, baby miss you!
            Bellina meletakkan telapak tangannya ke perut.


            DARREN berdiri di balkoni. Makan KFC pun cukup di saat berlagak bujang seperti ini. Entah kenapa setelah meninggalkan Bellina semalam, keluar dengan Zaki dan apabila balik, kereta dipandunya ke kondominium di Jalan Ampang dan bukannya Equine Park.
            Bellina dah berkali – kali telefon. Dia enggan menjawab. Bukannya kecemasan pun. Kalau sekadar nak menerangkan peristiwa semalam, dia dah terlebih terang faham dan jelas. Kalau nak memujuk dia rasa benda macam ni bukan perlu dipujuk tapi dia sendiri yang perlu membuat keputusan.
            Berat rasanya nak menerima kenyataan. Tak pernah seumur hidup rasa dibodohkan begini. Wanita yang mula dicintainya, wanita yang sedang mengandungkan zuriatnya sebenarnya ialah wanita yang tak kurang sama perangainya dengan wanita – wanita lain di sekelilingnya. Dia mengangkat Bellina ke tempat yang istimewa di dalam hati walau pun di hadapan Zaki dia mencemuh juga. Kononnya selepas setahun, Bellina akan ditinggalkan atau dibiarkan sepi. Dia cepat bosan. Dia cepat rimas dengan perangai wanita yang senang diduga. Hanya Bellina yang lain. Hanya perangai Bellina yang di luar jangkaan kotak fikirannya.
            Isteri yang sopan, taat selama beberapa bulan bergelar isteri, patuh kepada perintahnya, hormat Daddy dan Mommy sebenarnya urgh! Darren mencapai batang rokok yang ke tiga. Dah tak peduli dari semalam hampir sekotak rokok dihisapnya. Nak minum tengok gaya Zaki mabuk sedap melayan perasaan, dia tak sampai hati. Sejak kahwin dengan Bellina, dia tak pernah minum. Keluar di belakang Bellina pun sekadar melepak dan ditemani oleh sesiapa sahaja yang sempat buat temu janji dengan Darren. Hezra, itik mengawan memang langsung dah tak masuk senarai tapi kalau perempuan lain, dia tak kisah. Sama sahaja siapa pun.
            Adil lah tu. Dia pun sama pada hakikatnya yang Bellina pun tak tahu tapi suami mana yang tak terpukul apabila rasa tertipu begini. Reaksi selamba Bellina yang tak habis – habis lagilah mencabar egonya. Cuba Bellina pujuk dan cakap elok – elok pasti dia pun cair tapi ini tidak. Nak juga ikut perangai selamba dia.
            Wajah Bellina yang tenang bersahaja mencarik egonya sebagai suami.
            “Darren, please. Listen.”
            Bellina memegang lengannya sewaktu dia melintas di ruang tamu di tingkat bawah. Dari ruang tamu ini, pandangan pengunjung banglo mereka akan terus terhala ke kolam renang di hujung pintu utama walau pun sebenarnya kolam renang tersebut di tingkat dua. Dinding kaca yang memisahkan ruang dengan reka bentuk rumah mereka yang unik dengan tangga berpusar lebar dari tingkat dua ke bawah menampakkan dua ruang menjadi satu. Dalam kepalanya masih menari – nari tayangan kisah Bellina dan rakan – rakannya yang berpesta di kolam renang tadi. Semak nak fikir siapa Bellina yang sebenarnya.
            “10 seconds.” Darren menjeling jam di lengan. Muka Bellina langsung tidak dipandangnya.
            “10 seconds I sempat cakap I love you jer. 10 minutes please.”
            “Starts now.”
            “I am sorry. I am really sorry. I know you are very disappointed but this is me. So that now I don’t have to hide anymore.” Bellina menarik lengan Darren.
            Darren hanya mengikut rentak Bellina.
            “Sit.”
            Darren duduk di sofa. Kaki disilangkan. Muka serius lagak sedang memikirkan macam manalah boleh sampai ‘Tipah tertipu’ tapi kalau versi dia mungkin “Leman tertipu”.
            “Apa ni?” Darren mendongak memandang Bellina meletakkan iPad di atas meja.
            “Berapa banyak pertubuhan rahsia di dunia ni yang you tahu?” Bellina tersenyum.
            “Jangan merepek Bell. I’m not in good mood.”
            “How many? What are they?” Bellina berkeras mahukan jawapan.
            “Freemasons, The Illuminati, Skull and Bones Club. Just that.” Darren malas nak fikir. Dia tahu ada banyak lagi pertubuhan rahsia di dunia tapi otaknya keras. Tertekan dengan kenyataan yang terbentang di depan mata.
            “Rosicrucians, Ordo Templis Orientis, Hermetic Order of The Golden Dawn, The Knights Templar, The Bilderberg Group, The Priory of Sion and Opus Dei. 10 of them.”
            “Jangan buang masa Bell. Time is running.”
            “Yeah. I’m not in any of that secret society but I do have my own secret.”
            Gambar demi gambar muncul di skrin iPad yang ditekan – tekan oleh Bellina sebentar tadi ditayangkan kepada Darren.
            Darren terpaku. iPad diangkat ke riba.
            Gambar – gambar Bellina sebelum mereka berkahwin. Dengan ramai lelaki, dalam pelbagai majlis sosial dan dalam pelbagai pakaian yang menjolok mata. Matanya hampir nak terkeluar melihat tarikh di skrin. Gambar Bellina di sebuah kelab, dia tak pasti kelab mana tapi dengan gaun paras lutut berwarna hitam, dikelilingi oleh dua orang kawan perempuannya dan Bellina kelihatan amat seksi dan menggoda. Tarikh tersebut ialah 2 hari sebelum mereka diijabkabulkan!
            Tudung entah ke mana, pakaian yang entah dia tak tahu nak cakap apa dan tempat? Darren hanya mampu menelan air liur. Buku bertemu ruas. Tak kan dia nak perasan dia boleh dapat isteri yang baik macam ustazah pula kalau dirinya sendiri tak semenggah mana tapi....
            “Who are you Bell? I mean seriously, who are you?”
            Bellina terdiam. Rasa terhina dengan soalan sebegitu tapi dia tak nak berbohong lagi. Sama ada dia meneruskan dirinya sekarang atau berhenti berpura – pura belum diputuskannya lagi tapi biarlah dia berterus terang dengan Darren.
            “This is too much.” Darren berdiri. Kunci kereta dikeluarkan dari poket dan mula melangkah meninggalkan Bellina.
            “Darren.”
            Langkahnya terhenti. Bellina memeluknya dari belakang. Bukan menghalang, apatah lagi nak memujuk dan merayu. Perut Bellina yang bulat terasa menekan di belakang. Tangan Bellina yang melingkari pinggangnya dileraikan. Darren berpusing dan menghadap Bellina. Dagu Bellina diangkat dengan tangan kanannya.
            “I don’t know you anymore. I’m sorry.”
            Mutiara kaca mula melimpah di tubir mata Bellina tapi ditahannya.
            “I...emm...take care.”
            Tangan Darren ditarik dan dikucup hormat.
            Darren menarik tangannya kasar, meninggalkan Bellina sendirian.
            So Zaki, it’s not even a year. Told ya!
            Kini dia langsung tak bersemangat. Kalau tak mengenangkan Bellina yang tengah mengandung memang panjang lagi ceritanya. Terpaksa dipendekkan dalam keadaan sekarang. Kata – kata Zaki semalam membuat Darren tersentak juga. Definisi baru dalam percintaan yang pertama kali didengarnya.
            Deceiving others.  That is what the world calls a romance. New term of romance I suppose.”
            Betcha!




           
            

Pokok Krismas Bergerak (PKB) Bab 4


                      


                       “Bos, lawa hari ni?”
            Bellina menjeling tajam ke arah suara yang berani menegur. Fidot, budak chargeman a.k.a penjaga jentera bangunan. Baru habis mesyuarat sebenarnya ni dan Fidot sempat mengekori Bellina ke biliknya.
            “Awak nak apa ni?” Bellina tegas bertanya. Budak ni nak kena. Dipanggil Bos kerana dia bos kecik di bangunan Parcel E ni jadi taklah gayanya garang ala komunis. Syarikat ni bukan dia punya. Dah masuk skop kerja duduk melepak dengan budak – budak technician, chargeman dan engineer di bawah pengawasannya. Lepak minum di Anjung, Kafe E6 atau kafe E7. Sambil lepak, sambil selitkan hal kerja.
            “Tak adalah. Saja tegur, lawa.” Fidot membuat gaya tabik hormat.
            “Saya nak kahwin. Titik.” Bellina menjawab ringkas, tangan telunjuk memberi isyarat keluar. Bagi jawapan aktres menang trofi. Dah trend kan, perempuan zaman sekarang, nak kahwin baru mula pakai tudung jadi dia faham sangat maksud ‘lawa’ si Fidot.
            “Handsome tak bakal tu?”             Fidot angkat bahu dan terus melangkah keluar bilik Bellina sambil bersiul mengusik. Dah tahu pun Bellina tak kan jawab.
            Soalan Fidot memang sebijikla macam soalan Kiki. Rupa paras yang ditanya dulu. Dia jawab biasalah. Muka market dia. Maklumlah dah biasa ditadah dengan jejaka kacak bergaya jadi kategori bakal suami yang nampak istimewa sebab satu pilihan keluarga, dua nampak macam seksi dan tiga macam ‘boleh pergi’. Dia je lah yang faham sebab ketiga tu. Yang dia tak faham sekarang ni, Kiki tetap tak puas hati dengan jawapan yang dia bagi. Dia bagi je sebijik.
            “Okaylah. Habis tu kau nak macam mana? Luar biasa? Cute macam pokemon? Ngeri macam Darth Vader?”
            Sampai pecah perut Kiki mendengar jawapan Bellina. Dia memang kena akui, gaya bahasanya kadang – kadang kasar sikit sebab hari – hari bercampur dengan budak teknikal. Lawak pun dah tak berapa nak ayu.
            Usikan Fidot memang Bellina buat tak tahu pun. Dia Bos yang cool. Maklumlah pekerja perempuan hanya dia dengan kerani, si Aima je kat pejabat ni. Yang lain semua lelaki jadi kena pandai lah hidup kalau nak ambil hati budak – budak. Dunia langsung tak glamour yang menjadi pilihannya selain dunia sosialnya yang bergemerlapan. Err...dunia yang terpaksa ditinggalkan.
            Soon enough Bellina!
            Bellina menggigit hujung pen. Rimas pula dengan tudung yang berat di kepala. Air cond ni dah lama tak servis ke? Huh! Bellina merengus dan menanggalkan kasut. Selamba menarik kerusi ke dinding. Panjat dengan kerusi dengan gigih dan taraa.....
            “Aima! Sini jap.” Bellina menjerit dari dalam pejabatnya.
            “Ya Bos.” Aima masuk dan terkebil – kebil melihat Bellina yang diliputi debu dan habuk hitam. Di tangan, filter air cond 2 keping dihulurkan kepadanya nak sambut pun teragak – agak.
            “Jangan nak cover ayu sangat. Belajar basuh filter tu sendiri. Nanti kat rumah tak payah nak upah orang setakat nak servis biasa. Filter tu kalau dah basuh, pengudaraan sistem air cond awak bertambah baik. Tak adalah cooling coil condense ke apa.” Bellina mengarah ayat senafas tapi terus terdiam lama.
            Lupa dia cuma nak ajar servis filter je. Pergi merepek sampai ke cooling coil buat apa. Bellina mengibaskan tangan yang penuh habuk. Dah biasa servis sendiri unit indoor air cond dalam pejabat ni. Bukan susah, buka penutup yang macam grill tu, tarik keluar 2 keping filter air cond kat dalam. Pergi basuh, keringkan dan pasang balik. Tahan lama la air cond kalau rajin basuh filter. Memang pekerjanya yang patut buat tapi dia malas nak bagi budak beraja di biliknya.
            “Errr.....baju Bos kotor. Kata nak keluar lunch kat luar nanti. Hitam tu.” Aima tergagap – gagap menunjukkan kotoran habuk berwarna hitam yang melekat di baju kemeja Bellina.
            “Aah. Sikit je.” Bellina tersenyum. Kesian pula dia tinggikan suara kepada Aima. Bukan mengarah, jauh sekali marah tapi dia tak suka tengok Aima kurang pandai bergaul dengan pekerja yang lain. Memang kerani tapi kena belajar awak tu kerja dalam bidang apa. Bidang penyelenggaraan bangunan. Jangan orang tanya benda asas tak tahu. Malu nama syarikat juga nanti. Itu dia selamba menyuruh Aima buat kerja yang bukan skop dia.
            Dan lepas tu dengan selamba dia keluar lunch dengan Darren yang smartnya ya ampun! Rasa macam tengah berjalan dengan model Ralph Lauren. Maklumlah penyakit inferiority complex mula menyerang sejak dia bertudung secara hipokritnya dua tiga menjak ni.
            Dengan sedikit niat jahat dan niat nak tunjuk gaya baik yang Daddy tak habis – habis pesan, selamba dia ajak Darren makan di kafe E7. Kenalah tunjuk dia hidup gaya bersederhana. Karang malu pula jika Darren tahu dia kalau makan tengah hari dengan Kiki laju aje ke Chakri Palace. Malas dia nak layan sesak – sesak dengan kakitangan kerajaan di blok E7. Kalau acara beramah mesra dengan pekerjanya sendiri, dia rela bersilang panggung hatta di kafe yang bersuhu 4o degree Celcius sekali pun. Gaya hidup Bellina di alam pekerjaan dan dunia sosial bersama kawan – kawan macam langit dan bumi bezanya. Hasilnya tak lah dia perit sangat nak ikut permintaan Daddy.
            Tell me, anything else that Bellina can’t do? All set. On your mark, get set, go!
            “Makan apa?” Bellina bertanya kepada Darren yang nampak teragak – agak nak pilih makanan di kaunter. Dahlah kena beratur macam kat kantin sekolah.
            “Pilihkan.” Darren tersenyum.
            “Okay, let’s have my favourite dish. This..this..and this.” Bellina menyenduk nasi putih, paru goreng pedas dan sayur labu masak air.
            Setelah membayar dua pinggan nasi dan air yang jumlahnya tak sampai RM15 pun, mereka menuju ke meja makan di luar kafe. Kat dalam semak. Kat luar panas sikitla tapi janji tak sesak.
            “Bell, this is your office? Your cafeteria? You eat here every day?”  Darren memandang sekeliling. Panas dan sesak dengan ramai pekerja yang sibuk mencari tempat duduk untuk makan. Dah rasa macam let’s reminiscing school canteen.
            “To be exact no. This is my client’s territory. Mine is at basement. Sad huh?” Bellina menjawab dan makan dengan berselera. Jangan lupa, sempat dua menadah tangan nak baca doa. Dia perasan Darren menjeling. Peduli apa. Dah Daddy nak sangat dia tunjuk baik. Nak jadi baik, nak buat baik tak susah pun. Benda fitrah, memang sukakan benda yang baik cuma nak melekat lama, ikhlas ke tak dan istiqamahnya tu yang tak tahu macam mana.
            “This is cool.” Darren memuji. Bukan kafeteria ni yang cool tapi si gadis di hadapannya. Anak Megat Amani boleh hidup sederhana macam ni? Megat Ali memang pandai memilih menantu. Tepatlah tu Daddy cakap Bellina budak baik, ringkas dan senang nak jaga. Tak pernah terfikir dia akan melepak dengan bakal bini di kafeteria okay!
            Mereka makan sambil berbual. Darren yang banyak bertanya. Bellina jadi tukang jawab. Dia dah rimas tengok ramai sangat awek – awek main jeling – jeling Darren di hadapan ni. Tercabar sekejap. Haishh...kenapa nak kena rendah diri pula kan. Sebelum ni dia yang playgirl, tak kisah pandangan orang tapi sekarang macam kalah pula dengan bakal suami. Adakah diriku ini telah berjaya ditranformasikan oleh Daddy menjadi bakal isteri solehah?
            Selepas makan tengah hari, Bellina menemankan Darren ke tempat letak kereta. Dia kena sambung kerja balik.
            “I minta maaf lah tak bawa you keluar makan. Baju ni ha, kotor sangat. Seganlah nak keluar.” Bellina tersenyum sopan.
            “It’s okay. I memang nak get to know you better to ease all the plans.” Darren membalas senyuman. Cakap ikhlas tak bertapis.
            “Right...right...” Bellina memetik ibu jari.
            “Bos!!Bos!!”



             TAK tahu nak cakap apa. Yang dia tahu, dia dah biasa hidup sendiri, tak ada orang manjakan sangat melainkan dia sendiri yang rasa tak cukup kasih sayang. Gatal nak bermanja, pandailah dia mencari koleksi lelaki bermulut manis yang boleh mencairkan hati seketika tapi Darren Umar ni bukan setakat mencairkan hati, meleburkan sekali jantung dan paru – paru.
            Oh My God! Pengsan.
            Bellina sekejap duduk. Sekejap berdiri. Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Darren. Bumper depan kereta Bellina kena langgar di tempat parking. Huzaimi ni pun tak boleh nak tunggu Darren blah baru nak cakap. Kalau ikutkan hati, bumper Vios dia yang biasa – biasa tu kalau setakat jatuh, boleh dulu ikat pakai cable tie. Bukan dia tak pernah kreatif macam tu. Kereta suami Aima, Gen2 yang bumper terjatuh, dia yang ajar ikat hujung dengan cable tie dulu. Kuat tu cable tie warna putih yang macam tali plastik yang biasa ikat di beg plastik lepas beli barang kat Mydin. Rasanya sampai sekarang Aima tak hantar bengkel pergi skru ke apa, bantai pakai cable tie tapi Vios dia dah selamat Darren hantar ke bengkel.
            “Naik atas. Baju you kotor sangat. Bilik paling besar. My room, soon to be our room. I think my shirt can fit you well. I’ve matching the color with your tudung. Hurry up then we go get your car. Should be ready by then. If you want to pray, I tak ada telekung so we stop at Petronas after this.” Darren mengarah.
            Bellina ternganga. Seriously?
            Putrajaya – Equine Park punya jauh Darren bawak sebab nak suruh dia tukar baju? Tadi dia cakap ada benda tertinggal nak ambil lepas tu baru pergi bengkel balik. Bellina hanya mengikut. Dia malas nak scan bilik Darren macam mana, main aci tukar dan betul baju kemeja Darren sesuai lah dengan seluar kerjanya yang ranggi hari ini. Pakai jeans je pun pergi kerja. Kalau ada mesyuarat, dia sarunglah jaket uniform syarikat. Ikut mood dia bergaya ke pejabat, maklumlah kerja lasak mana nak kisah sangat. Janji jaket uniform yang ada logo syarikat wajib ada.
            Bellina turun ke tingkat bawah. Nak melilau pun tak best sebab tingkat bawah macam tak ada apa sangat. Tingkat atas tadi tu heaven la jugak. Dia mampu membayangkan dia hidup dalam banglo ni nanti. Bibik pun baik je. Nampak macam rajin. Harap pandai masaklah Bibik tu sebab dia ni cuma pandai makan, masak bak kata Mommy, orang tak sekolah pun pandai masak, nanti belajarlah.
            “Tuan minta Puan ke taman.”
            Puan? Nak terjojol mata Bellina tapi dia diam tak komen apa – apa.


            SEGAN tak tahu nak cakap. Tengah bergelak ketawa dengan Darren di atas buaian, Zaki datang. Pertama kali ditemukan dengan kawan baik Darren. Dia yang tak tahu memang Darren meminta Zaki menghantar mereka berdua ke bengkel. Nanti Darren cakap dia boleh terus keluar dengan Zaki. Mereka ada ‘hal’.
            Whatever. Dia malas nak sibuk – sibuk. Kalau dia bosan, selagi tak bergelar isteri, langkahnya boleh lagi dipanjangkan.
            “Ehem....soo in love yea.” Zaki mengusik.
            “Hoho...jangan nak ayat sangat. Eh, come. Meet my wife to be, Bellina.”
            “Insya Allah. Hai.” Bellina tersenyum nipis.
            “Hai.” Zaki tersenyum meleret. Senyum perli untuk sahabat yang nampak ceria semacam.
            Zaki dan Darren berbual sementara Bellina mendapatkan beg tangannya di ruang tamu.
            “Seronok kau ya. Macam lupa dunia je ni.”
            “Eh biasalah. Tengah bercinta. Kopi kelat dikata bergula. Taik telinga dikata keju mozzarella.”
            Zaki terbahak – bahak sambil menepuk bahu Darren. Dia menggeleng – gelengkan kepala. Rosak kawan aku ni. Main taram segala. Keju mozzarella pun dia main petik.
           

            SETENGAH jam kemudian, mereka berada di bengkel. Darren meninggalkan Bellina dengan Zaki di ruang menunggu untuk memeriksa status kereta Bellina yang tak berapa parah pun.
            “Anything I should know ‘bout your bestie?” Bellina selamba bertanya. Tak kan nak main jeling – jeling. Kena belajar berkawan jugaklah dengan si Zaki ni kalau dah dia kawan baik bakal suami.
            “Betullah jadi kahwin tahun ni?” Zaki bertanya. Menjawab soalan Bellina dengan soalan.
            “Insya Allah.” Bellina tergelak dalam hati. Entah jawab macam tak ikhlas. Dia macam okay dan redha sahaja kerana pertamanya dia       hormat permintaan Daddy dan yang paling pentingnya, dia dah mengkategorikan Darren dalam kelas ‘coolio’.  Versi lelaki baik yang nampak ‘cool’ sahaja bagi Bellina tanpa mengetahui versi sebenar Darren.
            “I don’t know this year gonna be the best ever year in his life or vice versa but you should know 1994 is the worst year in his life. In fact in world history.”
            Bellina berdebar – debar mendengar kata – kata Zaki. Apa benda yang teruk sangat tu?
            “What is so bad happened in 1994?”
            “Kurt Cobain died and Justin Bieber was born.”
            “Huh?” Bellina mengangkat kening.
            “He is a diehard fan Nirvana. Let him listens to any Justin Bieber, he can die.”
            Gigih Bellina mencerna info yang dia baru tahu. Macam pelik. Setahunya koleksi CD dalam Volvo milik Darren tu semuanya stok sentimental. Tak kan takat dengar Justin Bieber boleh mati kot? Bellina tak tahu koleksi CD dalam kereta Evo sport Darren pula amat bertentangan. Maklumlah, satu kereta formal, kereta kerja, kereta angkut awek. Satu lagi kereta merempit, kereta peribadi.
            “Betulke?” Bellina tergelak besar dan kemudian tersenyum sampai telinga. Dah ada idea nak kenakan si Darren.
            “Apa yang tak betulnya. Rasanya bukan dia je. Ramai je laki selera macam Darren. Very normal.” Zaki angkat kening. Macam apa yang dia cakap tu kelakar. Rasanya biasa – biasa je ayat penyata dia tadi.
            “Zaman paras testosteron belum stabil dalam badan la tu.” Bellina membalas selamba. Darren yang dia kenal baru beberapa hari ni rasa macam lain. Zaki cakap lain.
            Zaki tergelak. Jawapan Bellina tak boleh blah. Memang patut Darren jatuh cinta pandang pertama sebab biasanya Darren pandang berkali – kali pun belum tentu dia tersungkur. Perempuan yang dia hadap semua cantik dan sempurna, kena ada markah tambahan macam Bellina yang kelakar dan selamba orangnya baru mampu menarik perhatian Darren. Patut Darren ceria semacam kebelakangan ini, dia yang duduk tak sampai sepuluh minit dengan Bellina ni pun dah penat ketawa. Darren yang pantang Bellina cakap dia lapang terus tinggalkan segala kerja semata – mata nak jumpa.  Zaki menjeling ke arah wajah manis Bellina yang kemas bertudung sambil membayangkan mampu atau tidak Darren bertahan sekurang – kurangnya setahun. Dia yakin mampu.  
            “Sekarang dah stabil kot hormon. Kalau tak, dia tak pandai beli 500 kuntum bunga untuk bakal bini dia.” Zaki tersengih mengusik. Nak gelak kuat – kuat tak boleh sebab Darren sedang menuju ke arah mereka.
            Muka Bellina merah diusik. Malu babe!
            Darren pun satu. Romantika de’ amournya tak menahan. Bibik suruh pergi taman, dia tenang dan ikut sahaja. Tak jangka langsung, kat luar tu Darren tengah tunggu macam tunggu Princess.
            Erk? Princess Bellina? So not rhyme!
            “So what is this all ‘bout?”  Bellina duduk di buaian kayu yang besar menghadap Darren. Tak kan nak duduk sebelah pula. Ni bukan budak – budak di kelab yang dia main aci duduk sebelah berlaga peha.
            “I always hate this arrangement but I proud to say my Daddy is right all along.”
            Bellina diam. Matanya terpaku melihat buaian ini penuh dikelilingi dengan bunga mawar merah. Suka sangat. Hati berbunga lagi lebat dari bunga – bunga yang ada tapi maintain cool tu pasti!
            “Daddy said every day malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup besederhana. I’m sending you 500 petals, 500 bouquets are yet to come but for what Daddy has done, I’ll be grateful. And this is for you Bell.”

            Oh, I makan kat kafe je.
            No – no. We can just fix the bumper here creatively.
            No – no. I can go back by taxi.

            Darren memandang Bellina sekilas. Bakal isterinya amat sederhana orangnya. Anak Megat Amani yang kaya raya, anak tunggal pula tu dah awalnya dia bayangkan Bellina seperti Hezra, Veronica. Misha dan bla..bla..
            Dia dah nampak Bellina yang ada gaya ustazah dan dia baru nampak Bellina yang ada gaya Mother Theresa. Terus datang idea luar alam ni. Dia pasti Bellina terpaku.
            Congrats Darren!
            

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...