BAB 1
“ALI… Ali… you okey ke tak ni?”
Alila yang sedang asyik melayan perasaan mencari
suara yang menegur. Badan ditegakkan.
“Maaf, susahkan you. Terima kasih jugak sebab habit suka check-in tempat
tu. Ada faedah jugak akhirnya.”
Amar tersenyum lebar. Sepanjang hubungannya dengan
Alila, salah satu perangainya yang Alila cukup tidak suka ialah menggunakan
aplikasi check-in di Facebook. Bagi Alila, tidak perlu sibuk hendak
beritahu orang di mana mereka berada. Bagi Amar pula, semua itu tidak ada makna
apa pun. Bukan luak pun orang tahu dia dan Alila di mana. Malah tanpa Alila pun
Amar sering menggunakan aplikasi check-in. Gerak lakunya tiada yang
perlu dirahsiakan.
“Niat kita yang penting Ali.”
Alila angguk. Amar yang sering berada di jalan
yang lurus, yang sentiasa ikhlas dan yang sentiasa menambat hatinya. Malangnya,
Amar di hadapannya kini bukan lagi miliknya.
“Ali, kita pergi makan dulu? You mesti penat dan
masih terkejut. Laporan polis tadi simpan elok-elok. Itu aje harta paling
berharga sekarang ni. Hmm… nasib baik telefon tak kena rembat sekali. Tengah
bercakap dengan boyfriend baru ke sampai kena ragut tu?” soal
Amar dalam nada bergurau.
Alila menepuk bahu Amar tanda beria-ia menidakkan
tekaan Amar.
“Sorry.” Cepat-cepat Alila tersedar. Dia
bukan lagi sesiapa dalam hidup Amar.
Amar melontarkan senyuman. Reaksinya seperti tiada
apa-apa yang berlaku antara mereka. Umpama semuanya baik-baik sahaja.
Alila mengekori Amar ke kereta dan seakan-akan
dapat membaca gerak langkah Amar yang seperti kebiasaannya.
Cepat-cepat Alila bersuara, “Please,
jangan layan I macam ni. Tak betul semua ni.”
Amar gelak.
Alila terdiam. Aku ada buat lawak ke?
“You ingat I nak buka untuk you ke?”
Alila angguk. Eh, bukan ke?
“Ali,” sebut Amar dengan slanga Inggeris yang pekat.
Sebutan nama Ali kedengaran sebagai Eli di telinga
Alila dan sesungguhnya dia rindu. Hanya Amar yang memanggilnya begitu. Hanya
Amar.
“I nak bagi you ni. Masuklah. You nak buka pintu
sendiri kan?” Amar dengan gelak kecil menghulurkan sapu tangan yang baru
dikeluarkan dari poket kepada Alila dan terus bergerak ke tempat penduduk
pemandu.
Alila bungkam. Kenapa mesti begini Amar? Kenapa
masih prihatin seperti dulu.
“Kita makan kat tempat yang selesa sikit, kemudian
I hantar mana you nak pergi. You nak balik KL terus pun I boleh hantar.”
“CANTIK tempat ni,”
puji Alila.
Terasa macam pasangan sedang berkasih. Sungguh
keadaan sekelilingnya sekarang membuatkan dia terasa hiba. Amar memilih meja
makan yang paling tepi. Pandangan boleh ditebar ke seluruh pelosok Melaka tanpa
halangan. Mahu ditanya apa perasaan sebenar Amar sekarang kerana Amar langsung
tidak nampak kekok.
Saya bukan lagi kekasih
hati awak Amar. Bukan lagi milik awak. Hatinya memberontak.
Amar, you kat Melaka? I
nak minta tolong.
Tidak sampai setengah jam selepas WhatsApp
dihantar dan dibalas, Amar terus berada di depannya dan kini masih tenang duduk
setentang menikmati hidangan makanan barat di The Shore. Keluar dari perut
kereta, Alila hanya menurut dan tidak banyak cakap. Sungguh dia tidak mampu
hendak mengarah dan memilih tempat seperti dulu-dulu. Mulut terkunci dan saat
Amar menekan butang lif 41, peluh mula merenik di dahi.
“Sedap?”
“Bolehlah,” jawab Alila ala kadar.
Pemandangan yang terhidang di hadapan mata tidak
setanding dengan makanan yang dihidangkan di atas meja. Terlalu banyak restoran
makanan barat di Kuala Lumpur yang biasa Alila lewati, menjadikan hidangan di
restoran Pampas Sky Dining Steakhouse biasa-biasa sahaja.
“Tempat kerja baru macam mana?”
“Bolehlah.” Masih terlalu awal untuk Alila
menilai.
Amar meletakkan pisau dan garpu ke pinggan.
“Ali…”
Alila membalas renungan Amar.
“Ya.”
Amar menarik nafas dalam. Dia kenal dengan
renungan Alila yang ini. Dia tahu apa maknanya.
“You nak dengar jawapan macam mana? I okey. I
bahagia. Nak-nak lepas baru clash dengan boyfriend.
Lepas tu kena pindah tempat kerja pulak. Oh, yes… I’m so freaking
happy. You know… like the world is mine.” Suara Alila agak meninggi. Straw di dalam gelas dimain-mainkan.
“I minta…”
“Jangan. Jangan cakap
apa-apa,” pintas
Alila.
Kita berkasih. Kita berpisah. Ucapan maaf tidak
relevan untuk situasi begini.
“Amar, makanan kat sini sedap. Sunset view with
you sounds so cliche. Terima kasih sebab you tolong I, terima kasih
sebab you buktikan yang you memang lelaki yang baik sehingga saat ini. Semua ni,
makes me feel so good. I don’t feel like a loser at least for a moment. At
least, when I am with you.”
Alila menarik nafas. Lega. Terngiang-ngiang suara
mama saat ini.
“Berapa kali mama cakap Amar tak sesuai dengan
Lila. Kita ni siapa, dia tu siapa. Sekarang ke Lila baru nak sedar?”
Mama, sampai mati Lila akan ingat pesanan mama dan
Lila janji, Lila tak akan melakukan kesilapan yang sama sekali lagi. Getus hati
Alila.
“Ali, kita lepak kat atas dulu? Jom!” ajak Amar
seakan-akan tidak mahu membiarkan senja yang menjelma berlalu tanpa Alila di
sisi.
“I nak balik.”
“I hantar you balik sampai KL terus lepas Maghrib.
I janji.” Amar angkat tangan seakan-akan bersumpah.
You janji you cintakan I tapi you lupa. You janji
you akan setia tapi you alpa. Hati Alila berkata-kata.
Alila tersenyum sinis. Ada apa dengan janji? Alila
menimbang-nimbang pelawaan Amar. Hendak terus balik ke KL, Alila umpama orang
hendak memandang pulau, perahu ada, pengayuh tiada. Alila memegang kejap
telefon di tangan. Satu-satunya harta yang dia ada di saat ini. Dengan
terpaksa, Alila menurut sahaja.
“Okey tak ni?” Amar memandang Alila di
belakangnya.
“Okey.”
“Buat senaman sikit bagi cergas.”
Right on! Alila menjawab dalam hati. Anak
tangga demi anak tangga dipijak dengan penuh hati-hati. Jantung Alila berdebar
bagai nak rak.
“You bukan acrophobia tapi kenapa
berpeluh dan pucat ni?” soal Amar sambil turun satu anak tangga untuk menyaingi
Alila.
Acrophobia ialah perasaan takut pada
ketinggian. Jauh panggang dari apilah kerana pekerjaan sampingan Alila menuntut
keberanian untuk berada di tempat tinggi.
“You ikut I
rapat-rapat.”
Amar menggenggam erat telapak tangan Alila. Sampai
ke kaunter di tingkat 42, sebelah tangan menggagau mencari dompet untuk membeli
tiket dan sebelah tangan masih memegang tangan Alila. Tiket berharga RM 18
seorang, mahal atau setimpal semata-mata hendak mengecapi keindahan pemandangan
Melaka dari puncak belum dapat Alila nilaikan.
“I okey.” Alila
meloloskan genggaman tangan Amar. Kedua-dua belah telapak tangan digosokkan.
“Jom.” Amar
kelihatan bersemangat.
Saya tahu awak okay,
dear Alila.
Tadi Amar sempat mengira denyutan nadi Alila, dari telapak tangan, tangannya
beralih ke pergelangan tangan mencari nadi. Mujurlah semuanya normal. Denyutan
70 hingga 90 kali dalam tempoh seminit adalah normal dan denyutan nadi Alila
dalam kiraannya tadi, 85 kali per minit.
Berada di atas puncak The Shore yang digelar Sky
Tower di Melaka adalah perkara yang menggembirakan Amar dan Alila. Di celah
semua permasalahan sekurang-kurangnya mereka berdua menghargai nikmat keindahan
alam.
“Kadang-kadang I tak faham kenapa ramai sangat
orang suka datang ke Melaka.”
“Sebab sejarahlah kut. Makanan pun ya,” jawab
Alila, polos.
Pandangan ditebar ke arah lautan di hujung daratan
Melaka. Wah! Pemandangan sama macam naik kereta kabel di Langkawi. Bangunan dan daratan yang dipagari
oleh bukit-bukau dan lautan. Memang pemandangan dari puncak sungguh indah.
Tambahan pula apabila matahari mula menyembunyikan diri. Pancaran warna senja
teramat indah.
“Jadi betullah orang kita suka ingat sejarah lama.
Kalau jantung kita berdegup laju, berpeluh dan wajah agak pucat selain daripada
sebab kesihatan, memang sahlah sebab adrenaline rush. A history between
us. Itu yang sedang berlaku terhadap you sekarang ni Ali. You
love history as much as they do.”
“Amar…” panggil Alila sambil duduk bersila di
sebelah Amar.
Terasa tamparan hebat kerana gagal menyembunyikan
gerak laku. Terasa amat murah kerana mencari bekas kekasih saat diduga begini.
Alila patut dapatkan bantuan Superman, Batman atau Ironman dan bukannya Amar!
Kedua-dua belah kakinya diangkat dan dipeluk. Dagu ditongkatkan ke lutut.
“Ali… I harap dan berdoa you akan hidup bahagia
tanpa I. Kalau you nak I ada dengan you sehingga you boleh lupakan ‘kita’, I
akan ada untuk you. Just ask or…”
“…just forget,” sambung Alila.
“Ali, cinta dan jodoh adalah perkara yang berbeza
dalam konteks kita. I always want you to come back,
berlagak tak ada apa yang pernah berlaku dan kita akan hidup bahagia
selamanya.”
“Saya akan jumpa orang yang cintakan saya, saya pun cintakan dia dan dialah juga jodoh saya.”
Melihat lambaian senja seolah-olah melihat semua
yang pernah terjadi antara Amar dan Alila menjadi sebuah lembaran sejarah yang
baru. Cinta ini biar pergi tapi hidup ini
jangan ibarat seperti negeri berubah resam, ibarat tahun berubah musim.
Assalamualaikum and good day readers,
Alhamdulillah. Finally...
Coming to you this January 2018, Love Lila under new publisher: Alaf 21
Show some love okay :D
(I will post daily proofread chapter until January 2018 :p)
xoxo,
RA @ KL
Yes.. Always will .. Loving Lila..
ReplyDeleteu always here...sejak usd lagi kan
Deletepelepak tegar, ur FB apa mk?
Baca part ni terus teringat memori nak naik The Shore tapi tak dpt sebab hujan. 3 kalu pula tu 😂
ReplyDelete-Aina-
(Lazy to sign in)
hahaha...bab lazy to sign in tu epic!
ReplyDeletelol