Monday 23 February 2015

DEVIL'S DELILAH CHAP ONE




"Hoi dik non... tangan kau ni tak boleh lembut sikit ke?"

Delilah senyum. Dalam hati, "Nyah, aku tolong pun dah cukup baik...."

Tangan Delilah tergawang mengikut rentak lagu. Setakat terkinja suka - suki di kelab memang dia reti. Apa punya rentak tangan dan kaki pun akan nampak seksi - menggoda di bawah sinaran lampu tapi ni lain. Menari berirama over lagu 70's, 80's? God knows. Delilah mengeluh.

"Okay, intro lagu, Ina pasang sekarang ni. Del ikut saja orang lain. Senang saja."

I work all night
I work all day
to pay the bills I've to pay
Aint it sad

"Delilah, punggung lentik sikit, tangan letak kat bahu Rosa."

Delilah ketap bibir.

"Masa ain't it sad tu buat lirik muka sedih, punggung lentik, tangan ke bahu orang sebelah ya."

Money money money
Must be funny
In the rich man's world

Untuk malam ni boleh dapat RM500 Delilah oi. Pejam mata dan ikut saja arahan Ina mangkuk tu. Ina konon. Adam's Apple kau sebesar lesung batu nyah! Delilah menghafal rentak tari yang diajar Ina sebentar tadi. Dia yang jadi penari utama secara bidang terjun dan bila masuk bab money money money sungguh dia tak sampai hati nak tabur duit atas stage macam arahan Ina. Giler kot!

"1,2, 3....Del...masuk depan...campak."

Dari barisan belakang, Delilah ke depan dan bakul berisi kepingan not seratus berkeping - keping dikaut dan dilemparkan. Terkelip - kelip mata memandang duit yang bertebaran di udara sebelum jatuh di belakang stage tempat mereka rehearsel untuk sekian kalinya. Kalaulah duit aku. Kalaulah aku tak payah terkinja dan dapat duit jatuh dari langit macam tu. Kalaulah.....

"Okay, cun! Pandai Liz cari pengganti. Cepat kau belajar Del. Mana tahu malam ni ada big shot sangkut. Bila kau gerak ke depan tu, senyum lebar - lebar sikit."

Delilah buat muka stone. Dia nak duit. Dia nak kerja sebab nak duit. Nak bayar segala bil, nak bayar yuran dan nak cepat - cepat habiskan belajar dan nak hidup senang. Hidup senang tak semestinya kena bergayut kat poket jantan. Bab tu kalau ada jantan poket penuh dan boleh buat dia jatuh cinta, Insya Allah pasti dibuka hatinya seluas alam semesta tapi tu lah, dalam mimpi!

Money money money
Always sunny
In the rich man's world

Akhirnya sampai ke lirik ini, rentak Delilah mula yakin. Biarlah, buat kerja apa pun kena sungguh - sungguh. Gotta love what you do!
Lampu yang bergemerlapan, kostum yang berwarna - warni, seksi dengan bulu - bulu di bahu membuatkan Delilah tenggelam dalam rentak tarian. Betul - betul dia menjiwai sketsa tarian malam ini. Biarlah segala big shot dalam ball room ini terhibur. Dorang kaya pun sebab kerja keras. Tak payah nak skeptikal sangat. Dia pula terkinja sekarang sebab nak duit. So what? That's life.





DELILAH berkejar ke bilik persalinan di belakang kafe. Belakang stage penuh sesak. Dia nak cepat. Ina pujuk suruh tunggu hingga ke akhir majlis katanya lepas majlis mereka melepak ramai - ramai tapi tu bukan tujuan Delilah ke sini.

Sambil berlari, bulu dibahu ditanggalkan. Tiba - tiba di sebalik tanglung besar bergantungan di celah pokok di tengah taman, kedengaran suara menyerigai kesakitan.

"Encik, boleh saya tolong?" Delilah menghampiri. Apa nak takut, kawasan hotel penuh dengan CCTV dan malam masih muda. Persembahan kumpulan dia tadi ialah kemunculan utama sebelum upacara utama majlis yang Delilah tak ambik tahu pun majlis apa sebenarnya.

"Tak apa." Seimbas lelaki yang Delilah agak tengah mabuk sedang tunduk dengan dahi berkerut menahan sakit sedang berusaha melonggarkan tali lehernya. Blazer kulit coklat gelap nampaknya sudah tersidai di lengan.

"Come, allow me..." Delilah senyum. Alah, dengan orang tengah mabuk apa ada hal. Bukan dia tak biasa. Lagi pun tengok gaya jatuh kategori big shot mamat ni. Muda dan bergaya. Kerja apakah atau anak siapakah?

Delilah tunduk dan cuba membantu.

"Encik?"

"Ezaq....just Ezaq."

Angguk. Patuh. Tali leher taraaa....dah selamat di tangan Delilah.

"Apa yang awak fikir masa main baling - baling duit tadi? Must be fun. I never did that. May be I should." Ezaq masih menekan - nekan kepalanya yang sakit. Kepala berdenyut migraine dan perutnya pula sungguh loya. Memang dia alah dengan segala makanan mentah. Menu yang dihidangkan semua tak masuk di tekak. Part kampung dalam diri Ezaq nyata masih utuh.

Delilah nganga. Bukan dia mabuk ke? Dia cam aku yang macam kera kena belacan kat pentas tadi?

"Encik Ezaq dah okay? Duduk kat sini. Saya tinggal ya." Selamba Delilah memimpin tangan Ezaq ke beach chair. Delilah tak menjawab soalan Ezaq. Patutnya dia yang tanya apa perasaan duduk dalam rich man's world?

"Does your parent know you are here?"

Merah muka Delilah. Jangan diingatkan dia tentang mereka.

Would she be here if they know how to ask where have you been Delilah?

Delilah cukup pantang dengan komen orang macam ni. Kalau orang buat perangai atau pilih sesuatu yang tak sebulu dengan pandangan korang pasti kena cop 'anak sapalah ni', 'kesian mak bapak dorang' atau 'mak bapak tak ajar ke'. Hello? Semua orang ada otak sendiri bukan mak bapak je ada otak yang nak kena fikir 24 jam atas keputusan dan perbuatan anak - anak.

"Encik Ezaq anak buluh betong ke anak mak?"

Ezaq yang memang tengah migraine lagi bertambah heavy migraine dengar soalan cik adik tak ada nama kat depan ni. Excuse me? Buluh betong?

"Obviously saya ni mumayiz. Leave my parent out of my decision to be here or to be exact, to help you." Delilah senyum sinis dan mula mengorak langkah.

"Okay...sorry...don't go. I will pay you to stay here with me. Please."

to be cont....CHAP TWO








Notes:
1. Nak melepak sebab tekanan tinggi di tempat kerja. Bosan yang sesungguhnya bosan.
2. Cerita tak bertapis/italic or anything. Everything is raw and written straight to the template. Decided so as not to waste my time transfer from word etc etc. Jadi maafkan segala kekurangan for those yg expect perfection.
3. Berniat nak aktifkan blog. Saya sayang blog saya ni :D
4. So here it goes .....Devil's Delilah - for fun.
5. Thank you very much to all yg dah dapatkan Bimbo. This DD is for you!


xoxo
KL@RA

24 comments:

  1. Tq utk cerita baru..boleh la melepak kt cni nnt.

    ReplyDelete
  2. dulu setiap kali kali bukak blog ni nak melepak, bila nak komen terasa macam ''ahh ni entry lama. tarikh ni pun masa aku dekat asrama lagi. mana nak kenal blog orang'' dan tadi bila bukak dashboard blog tengok KL ada post baru. and i was like wowwwww. hihihii untuk first chapter dekat kepala rolling satu lagu ni

    ''hey there delilah''

    ReplyDelete
  3. Oh...citer baru.. Apapun dr RA mmg best..

    ReplyDelete
  4. Tqvm utk cerita DD ni! Akak baru habis Bimbo! Menarik!

    ReplyDelete
  5. Slm alaik ,wowww!!!!! can't wait for what to follow after this! K
    ening sampai terangkat-angkat time baca!A good one,keep it coming!

    ReplyDelete
  6. Kesian delilah.. kena kjr keras utk duit...

    ReplyDelete
  7. I like :-) :-) :-)

    ReplyDelete
  8. x sabar for next chap..tq kak rin

    ReplyDelete
  9. Salam, intro yg bagusss!

    Sufi.

    ReplyDelete
  10. I'm waiting...

    ReplyDelete
  11. Dah lama X lepak2 kt cni....hi..hi...
    Delilah..... I like

    ReplyDelete
  12. As-salam KL,

    Wahhh tat’s money money from Abba is kinda a nostalgia yet still bracing to my ear LOL … am I tat ‘oldies’!

    Truly so Delilah … > Dia nak duit. Dia nak kerja sebab nak duit. Nak bayar segala bil, nak bayar yuran dan nak cepat - cepat habiskan belajar dan nak hidup senang.
    Anticipate ending to this story Delila’s gonna grasp her goal nak hidup senang but ofkos wit my expectation her life is balanced to both duniawi and akhirat  … no more the Devil’s Delilah but the new leaf Nur Delilah :P

    But really reading this short n concise first chapter oredi offered us readers the excitement for the nex episode.
    Btw the names Ezaq n Delilah are pleasing to my phonate!

    ♡♡♡
    Jazmeen

    ReplyDelete
  13. sgt best.. intro yg cantik.. insyaaAllah i will follow ,thank u dear Rin

    ReplyDelete
  14. saya pun sayang blog awak sis rin. waiting for next delilah

    ReplyDelete
  15. Assalam (kena start bagi tokmukminah ni lepas baca BIMBO)*grinning kerang rebus*

    wow such an express betul punya fas fwd intro tu... amazing. tot still do rehearsal alih alih taraaaa... and can pick up mcm cerita ni tak di transfrom to long version ja.

    yeah super love ur song and its reminds me about my childhood coz tumpang dengar kaset parents.

    yes D i like ur attitude coz u understand "rules of real life" ppl work for living and survive. everything is $$$ at 1point just wonder kita ni mcm dah jadi hamba duit instead hamba Allah. Ahhh to complex to explain but easy to digest if we really understand the basic.

    cant wait for next, next, next and next .... bring back the action and ur wish makhbul. ameen.

    ReplyDelete
  16. Yayyy, I missed this blog and also my kawan-kawan pelepaks. Ops, dh chp 4 baru ada 'mood' nak terjah gara-gara bosan kena kerja hari Jumaat. :D

    Whoa, ni kategori heroin berani (dan terdesak) kot eh?

    ReplyDelete
  17. Da nak sebulan x jengok cni coz selalu frust.
    So happy to c this new story.

    ReplyDelete
  18. haini hamidi4/4/15 8:13 am

    Dah lama tak baca blog u..anyway i tak pernah miss karya u..latest bimbo..yes i like

    ReplyDelete
  19. JGN buang my FB acc is temporary close hectic study life ..
    so i will read fm here

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...