Sunday, 20 July 2014

RAMADHAN PICK UP LINE AKHIR: A SHORT STORY BY RIN AHMAD

“FIRUZ kirim salam.”
            Taufik menjawab salam perlahan. Mata tunak memandang gadis manis di hadapan. Terasa nak bagi pick line kepada Hidayah yang manis berbaju kurung warna biru lembut dengan bunga – bunga kecil berwarna putih dan merah jambu. Pick up line Ramadhan yang dah jadi viral di media sosial bunyinya ‘saya nak berbuka dengan awak sebab sunat berbuka dengan benda – benda manis ni’. Mahu kena lempang 13 juta kali dengan Hidayah. Tak pun kalau Hana mampu ingat, jadilah dia Daddy yang paling memalukan abad ini. Jatuh saham Taufik Hakimi ooi!
            Semua meja dipenuhi orang menantikan waktu berbuka atau ada juga yang bukan Islam menikmati hidangan buffet yang disediakan. Taufik memilih Jogoya. Pilihan makanannya pelbagai variasi dan paling penting, walau pun makan secara buffet, meja yang dipilih agak terlindung. Dia perlukan privasi bersama Hidayah dan Hana.
            “I ambilkan makanan untuk Hana dulu ya. Bagi dia kenyang dulu.”
            Taufik angguk. Hana diam apabila disua dengan tablet. Ralit nampaknya melayan Tom and Jerry. Kalau di rumah, dia pun boleh layan Hana tengok Tom and Jerry. Sebentar kemudian, Hidayah tiba dengan kedua – dua tangan memegang pinggan.
            “Hana, Auntie suapkan okay?” Hidayah segan sebenarnya nak melayan Hana. Tak pernah terlintas pun nak mengambil tempat Husna sebagai ibu. Dia tak layak. Hana cuma disayangi dan dilayan sebaik mungkin. Kalau ada jodohnya kelak dengan Taufik, Hidayah tak mahu dia menjadi penghalang antara Taufik dan Hana.
            “Lower your gaze please.” Hidayah segan dipandang begitu.
            “Opps…sorry.” Taufik gelak dan menundukkan pandangan. Jam tangan dikerling sepintas lalu. Setengah jam lagi waktu nak berbuka.
            “Husna cari I. I mean cari bukan datang serang apa lah. Phone.” Ayat Hidayah berterabur. Biarlah dia yang mula. Sampai bila nak tunggu?
            “I tahu.”
            “So…finally you berterus – terang?”
            Taufik angguk sebelum berkata, “I am a man of his words.”
            “Hmmm….” Ya, Hidayah akui Taufik tak pernah mungkir janji. Nak menabur janji palsu jauh sekali. Kalau di zaman awal perkenalan mereka, Taufik tak kan menipu kalau temu janji mereka terpaksa dibatalkan kerana Husna atau Hana atau atas alasan apa sekali pun. Kadang – kadang dia terasa berjauh hati dan mungkin juga cemburu tapi sikap berterus – terang dan jujur itulah yang menjadi kunci hubungan mereka bertahan walau sedaya upaya Hidayah mengelak. Tipulah kalau dia tak pernah cuba lari daripada Taufik. Tipulah kalau dia seronok menjadi perampas walau pun tak pernah dilabel secara depan – depan tapi dia sedar diri. Taufik bukan hak milik dia seorang.
            “Hana nak Daddy suap lah Auntie, please….” Hidayah tergamam tapi senyuman tetap diukir.
            “Okay, asalkan Hana makan.” Sudu bertukar tangan dan Taufik sempat membuat mimik muka agar jangan terasa hati.
            Lama Hidayah memandang wajah polos Hana.
            “Husna maki you kan?”
            Hidayah senyum tawar. Kalau nak berumah di tepi pantai, kenalah sanggup dibadai ombak. Ayat Husna tak kurang perit untuk dihadam tapi dia redha.

            ‘You nak kahwin atau tak dengan Taufik bukan keputusan I. Tak perlu isteri kena beri keizinan baru suami boleh kahwin tapi sekadar ingatan, orang yang berani bermain api, jiwanya kena kental.’

            “Husna dapat apa yang dia nak. Apa yang dia mintak, I bagi jadi I amat harapkan Allah lorongkan jalan yang mudah untuk kita.”
            “Apa yang kat Husna mintak? Dia mintak cerai?” Hidayah kaget.
            “Beribu kali Husna mintak I ceraikan pun I tak kan ceraikan dia. I’m sorry for sounds selfish but we have Hana.” Apa yang Husna minta biarlah antara dia dan Husna.
            “In between the lines then, why should Hidayah exists?”
            Mata mereka bersatu sehingga Hidayah yang cepat – cepat mengalah dan menundukkan pandangan. Jatuh kepada Hana yang sedang mengunyah sambil ralit melayan tablet.
            “I dah banyak kali cakap rasanya tapi mungkin you nak dengar juga. Husna dah berubah. Dia pernah buat salah dan I maafkan dia demi Hana. Jauh di sudut hati, I tetap tak dapat lupakan apa yang dia pernah buat. Tugas I sebagai suami untuk mendidik Husna apatah lagi Hana. Apa yang Husna pernah buat dulu menandakan khilaf  I sebagai suami. Kalau I tak buat silap, Husna tak kan tersasar begitu. Cukuplah ini yang mampu I ulang.”
            Ayat yang sama. Taufik terlalu baik malah mungkin hampir sempurna kecuali Taufik tak pernah merasa cinta sejati yang setia. Cinta sejati yang setia itu dituntut daripadanya tapi mampukah dia setia dengan menjadi seorang madu? Di mana mahu dicampak perasaan cemburu dan rajuk di hati di kala dia mahukan Taufik di sisi tapi hakikatnya bukan gilirannya? Mampukah dia bersedia untuk hidup sendiri sesekali? Taufik datang sesekali dan putaran hidupnya sentiasa berpaksi begitu? Tak kan berubah selagi dia bergelar isteri yang kedua.
            “Hidayah patut ada di mana Taufik berada. Kalau you nak tahu, you sumber kekuatan I. Hanya you yang mampu buat I merencana kembali masa depan I yang dah lama kelam.
            “Sweet talker.” Hidayah pantas menutup kata – kata pujian untuknya itu.
            Giliran Taufik pula yang senyum hambar. Sukar benar untuk memenangi isi hati Hidayah secara total. Dia tahu Hidayah sangat pandai menjaga diri dan itulah yang dia dambakan. Seorang wanita yang setia dan taat pada yang satu.
            “Maaf dengan soalan I tapi tak kah you rasa Kak Husna patut diberi peluang untuk dicintai sepenuh hati you?”
            “You pernah tanya soalan yang sama Hidayah. Cuma you dah re – arrange sikit aje ayat you. Kenapa I nak kahwin dengan you? Kenapa I nak seorang yang betul – betul setia dan sayang kepada I sedangkan I masih ada Husna bukan? Hidayah, tak ada lelaki yang pernah terfikir kasihnya akan berbahagi begini. It just happens. I found my long lost soul when I am with you. I’m not a teenager anymore. I can’t have pick lines all the way just to win your heart. I just hope you can see how sincere I am.”
            Akhirnya azan menandakan masuknya waktu Maghrib dan berbuka menamatkan sesi yang agak emosi bagi Hidayah.
            “Tolong ingatkan I untuk bungkuskan makanan untuk Husna nanti ya. Seharian dia merajuk dan I rasa dia akan balik rumah dalam keadaan lapar.”
            “Suami pasti tahu apa yang isteri suka dan mesti tahu nak memujuk. I takut you penat.”
            “Hidup ni kita yang pilih jalannya dengan usaha dan doa. Kalau nanti benar ada jodoh antara kita, you akan rasa bahagia itu dan you akan tengok macam mana I jaga you. We will compliment each other. Insya Allah.” Taufik menghulurkan cendol pulut berisi ais krim kegemaran Hidayah sambil tersenyum.
            “Makan….”

            HIDAYAH menggeletar saat mendengar suara ayah memulakan lafaz ijab dan qabul. Baru ayah nak mula, air mata dah bergenang. Terasa masa depan yang bakal dilakari nanti memerlukan semangat juang yang tinggi. Hari raya pertama yang memberi makna yang berbeza. Tanpa sedar, Taufik sudah berada di hadapan, menghulurkan tangan untuk disalami dan diangkat darjat selayaknya. Menitis air mata Hidayah tak mampu ditahan saat Taufik mengucup keningnya.
            Aku perampas. Aku jahat. Sampai hati aku menghancurkan hati Kak Husna. Semuanya berlegar – legar dalam kepala. Firuz di sebelah menghulurkan tisu.
            “Hidayah, I tak kan sia – siakan you. I love you so much.” Perlahan Taufik memujuk. Faham gelora di hati isteri.
            Mereka diraikan dengan meriah. Seluruh ahli keluarga hadir tanda sokongan. Taufik merisik dan meminta dengan cara yang kehormat dan tiada sebab ayah nak menentang. Hanya Mak yang nampak sedikit sugul tapi tak pernah beredar dari sisi Hidayah.
            “Mak support system Dayah. Mak jangan tinggalkan Dayah sorang – sorang. Walau pun ini yang Dayah nak dan banyak mana pun Dayah sayangkan Taufik, jauh lubuk hati Dayah tetap takut.”
            “Jodoh itu ketentuanNya dan Mak nampak Dayah cuba buat yang terbaik. Ingat, kena sentiasa merendah diri. Ingat kita siapa dan isteri yang solehah ialah isteri yang membuat kebaikan dan mendorong suaminya membuat perkara kebaikan. Jangan sekali pun tamak Dayah.”
            “Ya Mak….” Hidayah sudah mengongoi macam anak kecil dalam pelukan Mak.
            Itu cerita semalam. Cerita malam ini, Taufik sudah berada di depan mata, sebagai suami, sebagai yang halal. Bukankah ini mahunya? Hidayah gementar.
            “Sayang, sini.” Taufik yang sedang bersandar di katil menggamit. Terkulat – kulat Hidayah dibuatnya.
            “Duduk.” Taufik mengarah.
            Tangan dilingkarkan ke bahu Hidayah.
            “Nampak tak bintang dan bulan di langit malam sana?”
            Gigihlah Hidayah fokus ke luar tingkap.
            “Jangan cheesy sangatla. I nervous wreck ni.” Selamba Hidayah mengaku dengan pipi yang mula memerah. Makin galaklah Taufik mengusik.
            “Langit dan bintang tak boleh dipisahkan seperti Taufik dan Hidayah. Walau pun siangnya langit bertemankan matahari tapi malamnya tetap dipagari bintang dan bulan.”
            Bintang dan bulan itu Hidayah. Matahari itu Husna. Pandai – pandai sahaja Hidayah meneka.
            “Hidayah ialah suatu pemberian yang amat besar daripada Allah untuk seseorang hambaNya iaitu cahaya iman. Taufik pula sesuatu yang diciptakan oleh Allah yang mendorong seseorang itu melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada dalam dirinya. Taufik dan Hidayah perlu saling melengkapi. Our names should rhyme with their meaning. You kena sentiasa ada untuk I. I kena sentiasa ada untuk you. Kita perlukan taufik dan hidayah agar tidak tempang dalam perjalanan hidup ini.”
            “Fik, kak Husna mana?” Hidayah pantas menukar topik.
            “Dia raya dengan Hana and her family. Why?”
            “I feel so guilty.”
            “Don’t. Everybody have their own share.”
            “Esok you raya dengan dorang ke?”
            “You bagi ke? I think Husna should understand.”
            “Don’t ask me because my mouth will never speak for my heart. Just do what is right.”
            Taufik senyum. Dalam manis ada pahitnya.
            Hidayah terjaga di satu pertiga malam. Agaknya kebiasaan selama Ramadhan masih berbaki dan doanya biarlah selamanya. Taufik yang sedang tidur pulas direnung penuh kasih. Tangan yang melingkari badan dialih perlahan.
            Hidayah menghilangkan diri seketika dalam bilik air sehinggalah sedar tak sedar sudah hampir sejam dia berteleku di sejadah. Mata tertancap kepada bungkusan istimewa di hujung bilik. Hadiah daripada blogger terkenal Sofia. Siapa sangka dia mendapat tempat di hati Pia. Dia masuk peraduan mereka video Hari Raya 15 saat untuk disiarkan dalam Instagram dan dia menang. Dengan telekung, dia berjalan menuju ke arah kotak hadiah. Pembalut dibuka rakus. Hidayah tersenyum. Pia bagi hadiah tiket percutian ke resort milik keluarganya dan sebuah teddy bear yang sangat comel. Terima kasih Pia!
            Video pendek tersebut mampu memikat ribuan like. Itu gambaran kisahnya. Gambaran masa depannya. Lagu yang dia pilih sebagai latar ialah lagu Pulanglah nyanyian Aisyah. Hidayah rakamkan adegan suami isteri terpisah sedang bersalam kerana suami terpaksa berhari raya dengan keluarga isteri yang lagi satu. Isteri yang ditinggalkan ternanti – nanti di pagi raya. Masa dia buat video tu, tak sangka pun jodohnya secepat ini. Tak sangka juga itulah yang bakal dia hadapi. Bak kata Pia, be careful of what you wish for.
            “Hidayah, kau sure ni?”
            Hidayah angguk dan menggenggam tangan Firuz.
            “Doakan aku bahagia.”
            “Aku doakan kau tabah.”
            Hidayah senyum teringatkan kerisauan Firuz dan telekung yang membaluti tubuh dibuka. Lama direnung gambar Kaabah di sejadah sebelum sejadah turut digantung. Kaki menuju ke katil. Selimut suami dibetulkan sebelum Hidayah sendiri memanjat dan bersandar di kepala katil. Tiba – tiba tangan Taufik melingkari pehanya. Mata Taufik terbuka dan sempat berkata sebelum matanya kembali pejam.
            “Aren’t you not tired?”
            “I am. Syyy…tidur Fik.”
            Tangan Hidayah mengelus lembut rambut suami. Fikirannya menerawang jauh. Tak pernah sangka ini dugaan hidupnya. Jatuh cinta dengan lelaki sebaik Taufik tapi suami orang.
            “Ayah restu ni? Betul ayah tak malu dengan pilihan Dayah?”
            “Dayah, hari ni dah hari ke dua puluh Ramadhan. Sepuluh hari lagi ialah hari kita mengejar malam lailatul qadar. Sepuluh hari lagi juga Ayah dan Mak akan sibuk buat persiapan untuk Dayah.”
            “Kita postpone?”
            “Tak apa Dayah. Teruskan saja. Tak ada beza cepat atau lambat. Kamu pun dah lama berkawan dengan Taufik. Dia suami orang. Tak elok kawan saja. Tak manis.”
            “Maafkan Dayah ayah. Betul, Dayah mintak ampun.”
            “Kalau Dayah nak buat persediaan bersuami tapi akan ditinggalkan seorang diri sesekali, kejarlah makna lailatul qadar. Dayah akan dapat kekuatan di situ.”
            Pada malam Ramadhan ke 24, Hidayah bangun satu pertiga malam seperti biasa. Usai solat dan mengaji dia ke dapur dan tak sangka ayah juga sedang minum di dapur.
            “Ayah nak Dayah buatkan Milo?”
            “Tak apa. Ayah dah buat sendiri ni.”
            “Kenapa tak kejutkan Mak?”
            “Mak dah tidur balik lepas solat.”
            “Ayah ni suka buat sendiri – sendirilah.”
            “Dayah, apa perasaan Dayah sekarang?”
            “Kalau sekarang mestilah sunyi. Bangun malam – malam macam ni rasa sepi dan sunyi tapi nikmat.”
            “Itulah sebenarnya fitrah manusia Dayah. Walau pun Dayah berkeluarga dan beranak – pinak. Atau pun bos suatu organisasi besar. Atau Dayah hidup lingkungan sosial yang ramai dan hebat tapi akhirnya fitrah manusia ialah bersendirian. Kita bangun malam nak mengejar malam lailatul qadar atau malam di bulan lain kita pun bangun dan beribadat juga. Untuk apa?”
            “Nak mengejar keredhaan Allah.”
            “Dan nak mengejar keampunan Allah. Percayalah tak ada orang pun yang bangun waktu begini tapi mendoakan perkara dunia. Semuanya berlumba nak mintak ampun dengan Allah. Semuanya berharap nak keredhaan Allah. Kita sendiri kan?”
            Hidayah angguk.
            “Fitrah manusia ialah bersendirian. Jika berpasangan, suatu hari nanti pasti diuji dengan kematian pasangan. Jika beranak – pinak, suatu hari nanti anak – anak akan tingalkan kita. Mereka akan mempunyai kehidupan mereka sendiri. Tengoklah ayah dan Mak. Abang kamu dah ada hidup sendiri. Nanti kamu pula.”
            “Kami adalah. Ada pulak cakap macam tu.”
            “Ayah nak cakap bahawa suatu hari nanti kamu akan bersendirian. Itu fitrah. Orang yang mengejar hari akhirat akan tahu hanya amalan yang mulia menjadi bekalan apabila meninggalkan dunia. Jangan risau kalau sunyi ditinggalkan. Suatu hari nanti, kita akan bersendirian juga. Dunia ini pinjaman sahaja.”
            “Ayah….” Hidayah faham analogi Ayah.
Inilah kehidupan barunya yang bakal ditempuh. Sunyi itu sesuatu yang damai. Kehadiran itu suatu rahmat. Hidayah menyedapkan hati walau pun hatinya sebak. Sangat sukar untuk mentafsirkan rasa hati yang sering bergolak.
“Fik….”
“Ya sayang….belum Subuh kan?”
“Tak nak bangun Tahajud?”
Taufik terpisat – pisat namun akhirnya bangun bersandar di kepala katil seperti Hidayah. Bahu Hidayah ditarik ke dalam pelukan.
“Accept the love that you deserve. You deserve to be happy. Don’t think too much.” Kata – kata dan desah nafas Taufik buat Hidayah tenang. Taufik melompat turun, sempat dilayangkan ciuman di pipi Hidayah sebelum bunyi cucuran air menderu di kedengaran dan Hidayah akhirnya terlena.
Taufik merenung isteri yang sedang tidur. Sekejap sahaja terlena. Penat sangat agaknya. Nak tidur dah tak lena, akhirnya Taufik mencapai telefon milik isteri. Niat nak skodeng tapi baru skrin muncul, dia dah terpanar. Screen saver dalam bentuk nota menarik perhatiannya.

Pick up line Ramadhan: Last day of Ramadhan. May Allah give us Taufik and Hidayah. The most sincere feelings are the hardest to be expressed by words. May Allah forgive of all our sins and may Allah bless us.




I HURT MYSELF OVER AND OVER BY WRITING THIS BUT I CAN’T STOP MYSELF FROM SHARING THE MEANING OF BEING LONELY EVEN WE ARE NOT. IN HUSNA POINT OF VIEW, I WILL CRY THOUSAND TIMES JUST BY WRITING IT. BETTER NOT. 
Salam ramadhan and happy eid mubarak.
XOXO, 
Rin Ahmad@KL


            

21 comments:

  1. macam2 rasa ada.....seriusly ....pening kepala bila baca nih.....dalam makna nyer tu....

    ReplyDelete
  2. Kadang2 rasa nak tau gak kenapa lelaki kahwin lagi satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xperlu tertanya2 sbb da termaktub
      Tp walau x mengalami,tetap terasa sbb kita perempuan....

      Delete
  3. mksud cerpen ni sgt mndlm.. susah bgi sy yg seumo muda jgung ni nk hadam.. mgkin kurang ilmu dan pnglman hdup...

    >>k<<

    ReplyDelete
  4. Hmmm... kept me thinking if I am in Husna's shoe... But the meaning is really deep...

    ReplyDelete
  5. Fuhhhh....KL.....
    Sakit jiwa baca cerpen kali ni. Tp btl juga kata ayah dayah tu...hidup ni mcm mn pun akan bersendirian juga...huhuu..
    mcm mn ye...sy mmg tidak gemar akan situasi ni. Siyes. Selalu berdoa mntk dijauhkan. Tlg lah! Xsuka. Maaf ye...

    Sufi

    ReplyDelete
  6. Assalammu’alaikum KL,

    Wahhh … expecting but at the same trying hard not to expect Hidayah soooo determined wit her decision to b a second wife status! But no bravo yeah!
    And wat’s more on the first day of Eid Mubarak?
    Common Dayah u r breaking two hearts – 1st day of Eid suppose to b a day of togetherness for a family – a husband, wife n kids = abah, mama & anak.
    But there u r Dayah n Taufiq destroyed n razed Hana n Husna feelings to witness the soleminisation for both of u. Oh sure u two are over the moon mcm budak2 dpt lollipop. Errrr jerk!

    Mcm rase nk suh u two just go over the sempadan sebelah n nikah disana … Hidayah ko rampas je someone’s hubby in the name of genuine LOVE n EARNESTness n JODOH. It’s just silly n asinine not to know how hurt to the person named husna. Care NOT rite Dayah?
    And ofkos Taufiq must b proud for mushily erecting the mantra sharing is caring! And arrogantly bangga dpt membuat benda sunat berpoligami.

    May husna endorse Fiq to hunt more ‘honey-bees’ to complete the 4 quota!
    But mind u Dayah - a guy if still young dh pasang dua - so x heran later he gonna add more - do u think u can hold on wit this type of guy till to ur last breath? ♡♡♡

    Hahahaa … as a woman n married wit kids – I still find it vr difficult to accept this polygamy concept w’pon berpahala. I know I am such a selfish person when it comes to SHARE a husband but I am not brutal to attack tat extra honeybee – preferably go on my own way wit the kids! Cinta & kasih sayang boleh di cari (except the love of a parent)

    LOL emo sgt! - KL u r such an awesome writer - wit this short story a non cliche theme dh buat ramai readers tersentap kejap - thinking deeeep.

    TQVM KL - let's try hard to take full advantage and benefit from the last part of Ramadhan n Eid Mubarak. May ALLAH SWT showers us wit HIS BLESSINGS.

    ReplyDelete
  7. Wpun hidayah ni baik.. Tp sy tak suka dia.. I just hate perampas.. sorry writer ..

    ReplyDelete
  8. I can almost relate to this story..i agree dgn kata-kata ayah hidayah..sememangnya manusia fitrahnya bersendirian..i think when we are alone thats when our voice is the loudest..especially bila kita berinteraksi dengan-Nya..rasa sunyi ini diberi sbg peluang untuk kita merasa tenang..to digest every moments we had live..as for the choice being 2nd wife, klu dah ditakdirkan dayah dgn taufik siapa kita utk berkata apa2? Life is too short utk jaga hati semua org..the road to happiness is always too long yet time for happiness is too short..dayah know what is waiting for her after this,yet she still brace herself to go for one that she truly love not scared of whats waiting. I give her that. Btw good job Rin Ahmad! Just keep getting better and better. ;)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum... lama tak lepak kat sini..
    Wau.. poligami pula kali ni.. rin, u done a very good job :)

    Taufik- nice guy, beragama. Kualiti sebagai seorang lelaki.
    Hidayah- cantik manis, anak yg baik, beragama... educated.
    Husna- tak dapat nak imagine..:p

    Mempunyai lebih dari 1 isteri bukan bererti seorang suami sgt bahagia dan seronok... ia lebih kepada lebihnya amanah dan tanggungjawab yg perlu dipikul.

    Membuat pilihan untuk menjadi isteri ke2 bukan nak jadi perampas... kena bezakan rampas- nak jadi milik sorang
    Ambil suami orang- ambil dan mahu berkongsi. Hidayah bukan perampas...

    Kalau kat sini rin gamrkan bertapa sinonimnya nama taufik n hidayah... kat luar sana mungkin ada mungkin langsung tak ada... saya bukan hidayah suami bukan taufik...

    Husna- saya tak rasa dia seorang yg tak baik... harap rin dapat tulis utk pihak Husna pula... yg pasti dari side ni mmg byk adegan air mata.. redha tak bererti tidak terluka. Malah sgt!!! Tapi mcm mn seorang isteri yg redha suami bernikah lagi menangani emosi mereka.... tak mudah dan sangat susah. Seorang 'taufik' kena berani.

    Paling utama kena betulkan salah faham poligami dalam masyarakat.

    Saya bukan hidayah tapi 'husna'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan hidayah tapi 'husna'.
      Ya Allah saya memang tak sanggup nak tulis sisi husna sebab saya nak tulis sisi hidayah dalam bentuk poligami yg sebenar pun dah payah dan as u said it is not a happy story and merely kisah perampas saja. It is more than that. Love beyond and yg penting takdir dan jodoh. Kalau sisi husna saya rasa mental saya kena kuat to 'feel' the real husna. As I always tell myself whe you write..be them... be your character....baru boleh rasa logik ke tak cerita yg kau tulis tuh...hahhaa....so nak be husna tu...i will think twice...thousandsss???

      anyway sangat appreciate dgn komenss for this simple cerpen. Utk yg drop by and say hello....i love you all readers. Thank you.

      Delete
  10. Splendid mucho! The best way to describe polygamy. You have my salute, kak Rin! Seriously, I adore your write up so much since the first time I indulge myself in Lisa and Azri. Trying to be one like you and would really appreciate if you could spend some of your precious time to read my blog. Good job again, Kak Rin! May Allah bless.

    ReplyDelete
  11. Salam.please update smpai habis pkb...rindu..best giler pulak tuu :))

    ReplyDelete
  12. Ida Azwari17/9/14 5:30 am

    Salam... hai Rin.. I love all ur cerpan, cerpen, and I have all ur book..
    I even dah baca almost all the story here in Karya Lepak...
    But I nak tanya, Jejaka Edisi Terhad... (sorry, lari dr tajuk cerita kat atas)
    Tp I just cant help myself... JET akan jadi novel ke? Sbb dlm blog ni cuma ada
    sampai epi 20, then 41 yg last... rasa ralat sbb x follow dr mula...
    I baru jer follow u as my fav novelist....
    TQ...

    ReplyDelete
  13. Wsalam

    Insya Allah JET akan dijadikan novel tapi tunggu turn. Bimbo yang akan diterbitkan awal 2015 Insya Allah.

    Saya pun rindu giler JET...hahaha...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,

    Rin bolehke akak nak beli buku Arluna melalui Rin with signature

    ReplyDelete
  15. sukanya JET akan dinovelkan...tak sabar nak tunggu
    lama pun takpe... :)

    ReplyDelete
  16. Kalau dah perampas tu maknenye perampas. Mcm takde lelaki lain. Perempuan tak gune tuh namenya

    ReplyDelete
  17. Sy prnah nampak situasi ni in real life. 1st wife sgt baik, tp mgkin x bernasib baik. Dia terima dimadukan dgn syarat raya pertama must b on her side. I expose dgn yg 2nd wife often. N prnah jumpa sekali je 1st wife tu. The husband is my fren actually. Tp, lama-kelamaan nmpk yg laki tu lebih ke yg muda dr segi attention. Mgkin sbb dia ada anak kecil together n ank dgn 1st wife dh big enough. Akhirnya 1st wife ada sikit murung n jarang tunjukkan dri dpn org. Tp kan dunia ni, kejap je. Sy Harap semua akan jd lebih baik.

    Klau pendapat sy, bila org Tanya pasal poligami
    Sy akan jawab,

    "Tak bermaksud bila aku tak membantah, aku setuju Dengan poligami tu kawan"

    ReplyDelete
  18. Wah... Poligami... Nak bantah tapi Allah benarkan... Camne ye... Tak membantah tak bermakna setuju... Yang pasti biasanya lelaki berpoligami susah berlaku adil.. Perempuan jugak yang makan hati.

    ReplyDelete
  19. Kenapa kita boleh je jadi 'hidayah' tapi x leh jadi 'husna'??.. Kena fikir banyak kali kan kalau cakp psal hati ni sebb kita nie boleh je nak mnyakiti hati orang nak disakiti payah… takut sebenarnya kan

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...