“Kau buat apa?”
“Jangan kacau boleh tak?”
“Tak boleh. Nak jugak kacau. Bagi
aku baca jap.” Firuz menarik telefon bimbit si Hidayah.
“Tak habis – habis dengan blogger dan instagrammer kesayangan kau ni. Dah tak ada kerja lain ke apa?”
“Dah puasa macam ni kau nak suruh
aku buat kerja apa? Kalau aku bukak kantin karang,
ada pulak DO ke, kerani solehah ke yang hantar
surat layang siap capslock MOHON
SEMAK IMAN ANDA.”
Firuz ketawa sambil mata menala ke arah
skrin Lenova Hidayah. Terlupa seketika profesion Hidayah memang take a break di bulan Ramadhan.
“Kau tak nak ambil tapak baazar saper suruh?”
“Bulan beribadat la Ramadhan ni. Tak
apalah aku tak kerja pun. 12 bulan setahun. Sebulan tak kerja tak kan bankrupt kot.” Hidayah membela diri.
Sebenarnya memang rugi kalau duit tak masuk sebulan tapi percayalah akan rezeki
Allah. Kadang – kadang orang yang berniaga siang – malam dan mengejar imbuhan
di bulan puasa tak ke mana pun. Ujian Allah semua tu. Memang rezeki ramai
peniaga berlipat ganda di bulan puasa.
Hidayah binti Abdul Halim
Pengurus Katering/ Pengurus Kantin
Pejabat Daerah.
Menang tender kontrak kantin Pejabat
Daerah disebabkan bantuan pak cik Leman. Bekas DO di daerah yang aman dan damai
ini. Kroni? Tak tahulah nak cakap tapi dia masuk tender dengan harga yang
telus. Bantuan mungkin perkataan yang lebih sesuai. Tak nak pula Hidayah
mengaku dah memang mak dengan ayah dia kerjanya buat kontrak kantin dengan
badan kerajaan. Hish….konon
berdikarilah sangat.
“Macam best entry Pia ni.” Entry
yang telah berusia beberapa hari dihadap.
“Itulah aku cakap. Kau cakap aku follower tegar. Dia punya coretan ada
isi walau pun secoet. Baik aku dengar dia rambling
daripada mengadap blog gosip.”
Pia ialah blogger terkenal tanah
air. Hidayah mula mengikuti blog milik Sofia a.k.a Sophia a.k.a Pia sejak Pia
mula menjejakkan kaki ke universiti. Katanya antara ke empat – empat adik –
beradik perempuannya, hanya dia seorang yang meneruskan pengajian ke universiti
tempatan. Kakak – kakaknya semua obersee
u! Sejak dengar pelbagai ayat netizen, jargon, perumpamaan, analogi,
peribahasa dan ayat beritma yang mewarnai tulisan Pia dalam blog, Hidayah terus
melekat. Hakikat mereka berdua sebaya lagilah buat dia minat kat Pia.
Firuz meneruskan pembacaan hasil
tulisan blogger kesayangan Hidayah. Tajuk entry
Pia kali ini ialah BE CAREFUL WHAT YOU WISH FOR. Dalam hati Firuz merungut,
Hidayah punya hahasa pun rojak sangat macam si blogger ni. Bagi dia yang konon –
konon pejuang Bahasa pada hal SPM, Bahasa Melayu pun dapat B, bahasa rojak sangatlah
tak dialu – alukan. Senak otak kadang – kadang nak hadam.
BE CAREFUL OF WHAT YOU WISH FOR
Assalamualaikum and a very good day.
Hari yang panas. Angin yang bertiup
sepoi – sepoi bahasa memang mabeles. Duduk rumah goyang kaki memang best tapi
yang tak bestnya ialah apabila hari perkahwinan Kak Leen makin menjelang tiba.
Orang lain kalut nak sambut Ramadhan, Pia kalut nak sambut abang ipar. Seronok
sangat rasanya membantu apa yang patut, I am a very helpful little sister, am
I? Hahaha…..
Psstttt……
I wish that she is here with me….I
mean Kak Leen
I wish that she is here with us….I
mean my mom
I wish that he is here too….I mean
my dad
I wish that Hari Raya is coming soon….I
mean I want to be surrounded by my beautiful sisters. Damn! Miss them so much.
Have you miss someone so badly like I do?
I promise my sister Breen to
introduce my kawan sekampung so called…blergh….the picture tara…..
“Handsome
siot
kawan sekampung Pia ni. Kalau confirm
setakat kawan, aku nak tackle weh.”
Firuz menjerit. Tak baca habis pun lagi tapi tengok sahaja gambar jejaka handsome yang sedang santai lepak di
kolam renang sambil melihat pemandangan laut dah cukup buat Firuz jatuh cinta
tergolek – golek.
“Lagu handsome Taufik. Please
lah.”
“Dayahhhhh….kau tak break up lagi dengan dia?”
“Perluke?”
“Bawak mengucap Dayah. Suami orang
tu. Kau anak dara. Lawa. Pandai pulak tu. Kau mampu cari seribu kali lagi baik
daripada Taufuk. Yang penting teruna.”
“Ish…kau
ni. Puasa ni.”
“Aku pulak. Kau tu yang kena ingat
puasa. Malu mak bapak kau kalau tahu nanti anak dara dia jadi bini nombor dua
orang. Puasa ni timing paling baik
kau nak bertaubat daripada jadi perampas.”
“Mak aku okay lah.”
“Kau dah confess?”
Hidayah angguk. Dia sayang Taufik
separuh mati. Taufik tak pernah menipu status dia suami orang dari awal. Mereka
berkenalan di kedai buku. Taufik sedang mencari – cari bahan bacaan untuk
anaknya yang baru umur dua tahun.
“Kau bagitau tak Mak kau yang Taufik
tu bukan setakat laki orang tapi bapak budak?”
Hidayah angguk. Lemah sahaja.
“Habis tu mak kau okay?”
Hidayah angguk.
“Dia okay? Tipulah. Sorry….aku tak percaya. Mak mana bagi
izin anak dia jadi bini nombor dua?”
Percayalah Firuz. Tak ada mak kat
dunia ni yang tak nak tengok anak dia bahagia. Semua mak nak tengok anak dia
bahagia walau pun pahit. Dah Hidayah berterus – terang sambil air mata tak
putus – putus mengalir. Dia malu. Dia segan dengan Mak tapi sampai bila dia nak
sorok hubungan cintanya dengan Taufik. Lagi pun Taufik dah janji nak kahwin.
Tunggu hubungan Taufik dengan isterinya stabil sahaja. Kebelakangan ini Taufik
asyik mengadu isterinya, Kak Husna sibuk sangat. Bincang topik berat sikit dah
mengamuk. Macam mana nak bincang perihal dia pula atau betul nasihat Firuz dulu
bahawa Taufik tak pernah berniat nak bagitahu Kak Husna. Air mata Mak akhirnya
berlinangan apabila Hidayah bersungguh – sungguh mempertahankan cintanya.
“Dah lah. Baik kau tenung muka Jaki
Jipang tu puas – puas daripada bercerita pasal Taufik.”
“What
the? Budak handsome ni nama Jaki
Jipang?” Firuz kembali ke alam nyata. Tak percaya sangat – sangat kawan
sekampung Pia namanya Jaki Jipang. Tak match
langsung nama dengan tuan badan.
“Aku nak gi solat. Nanti kau letak telefon aku kat meja tu.” Hidayah
melarikan diri.
Firuz menyambung bacaan di blog.
Budak ni kawan sekampung Pia. Dari
kecik kenal tapi korang pun tahu kitaorang mana membesar kat sini. Balik jarang
– jarang. Pia kerap balik pun apabila parent kitaorang dah divorce. Masa tu
selalu temankan nenek balik kampung. Nenek masa tu kerja lagi. Balik kampung
semata – mata nak tanam pokok. Nenak cakap by the time dia pencen, semua pokok
dah besar dan resort kecil idaman nenek akan mempunya lokasi yang purrrfect dan
its true! So damn true. I just love everything about this place. My new
favourite place. KAMPUNG!
Masa kecik kenal gitu – gitu saja
tapi sekarang dah besar haruslah berkenalan secara ‘maco’ bak kata Jaki tapi
salute jugaklah sebab bukan calang – calang orang boleh tegur orang kampung
(nak – nak yang cun macam Pia ni) masa awek ada sebelah. Believe me! Macho kan
dia tapi kalau Pia diberi peluang rewind masa Pia akan cakap macam nilah lebih
kurang dia tegur Pia dulu;
Dia: Assalamualaikum. Pia kan? Anak
Nenek Mariah?
Pia: (sumpah blur. Tengok pulak awek
kat sebelah dia senyum – senyum.)
Dia: Bas tak ada dah nak Maghrib
macam ni. Kalau nak tunggu teksi takut tak ada pula. Nak tumpang tak?
Pia: You can see me?(Budget hantu
giteww)
Hahahaha…..I wish I would say that.
Tiba – tiba main tegur orang gaya confident. Mak kita tak ajar kita cakap
dengan stranger lah awak.
I wish the stranger never talk to
me.
I wish he didn’t know me.
At that time la but as the saying
goes; be careful of what you wish for. Cause you just might get it and if you
get it then you just might not know what to do with it, cause it might just
come back on you ten fold.
10 fold!!!! Believe me it’s true.
From the beginning that how much Pia wish that dia tak tegur Pia, ending dia
hari – hari jumpa. Daripada bergaduh sampailah kami dah jadi best friend. Errr…..friends
for benefits perhaps?
Kat bawah ni ialah gambar kitaorang
chilling kat tepi kolam nenek sebelum datangnya puasa. Nenek warning, kurangkan
berblog. Kurangkan berinsta, Ayat nenek super bombastic, “follower kau Pia,
berjuta pun kat dunia aje…dah masuk kubur nanti kau sorang jek.” How true?
Salam Ramadhan for all.
Since nenek tak bagi aktif berblog,
follow Pia kat insta. Pia akan update Insya Allah. (ampun nenek….)
Pia akan kongsi my best
Ramadhan pick up line and as a start is: Let’s delete Jaki Jipang picture (I know he is handsome but
TAKEN guys!) after a week as you guys don’t have to lower your gaze every time
you blog hopping here.
What are your best
Ramadhan pick-up lines? Do share!
Till then…Taaaa…..
#aurah#eyes#lowergaze#jakijipang#sofiasophia#pia#picklineramadan#ramadhan
“Ohemgee
maksudnya esok dah hilang gambar budak handsome
ni? Serius???????” Firuz muram. Sedang elok Hidayah masuk ke bilik.
“Dayah….kau tak ada pick up line ke nak share dengan Pia? Jom kita share
lepas tu kita cakap jangan remove
dulu gambar Jaki Jipang ni.”
“Kau biar betik. Kau baca tak Pia
cakap lower your gaze. Kau jangan
puasa perut aje.”
“Kau pun samalah. Bukan tadi kau
tengah skodeng Jaki jugak ke? Or kau tengah skodeng Taufik?”
Hidayah buat muka donno. Telefon bimbit bertukar tangan.
“Mana ada…..aku tengah fikir pick up line nak share dengan Pia lah ni.” Belum sempat Hidayah nak menaip pick line yang sedang dia fikir, satu
komen bertambah di blog.
Kau tak ada kerja ke Pia? Aku jumpa jugak blog kau. Baik
kau remove gambar aku dengan entry – entry ni sekali cepat!!!!
Nah, nak sangat pick line Ramadhan;
You nak ‘buka’ apa hari ni?
I nak ‘buka’ hati you.
#ramadhanpickuplineversipia#takpayahnakhashtagsangat#buangentrysebelumbukakhatiakukeluarLAHAR
Kalaulah Taufik yang bagi pick up line macam tu….kalaulah….
Assalamualaikum....
cerita pendek...sekadar meriahkan blog.
hampir terlupa di bulan Ramadhanlah saya mula berblog maka kenangan itu indah walau pun realiti itu lagi indah :)
So happy anniversary KL....keep on lepaking will you (bagi semangat kat diri sendiri yang kadang2 lupa ada tempat melepak khas yang dibina 3 tahun lalu) and....i still love this place....I HEART YOU KARYA LEPAK.
LOL
Selamat berpuasa :D
😊
ReplyDeletedua jer tanda tanya Ayu..bagi la doblas
DeleteSambung la lagi...salam berpuasa
ReplyDeleteInsya Allah....cerita Hidayah baru bermula. Doakan sy mampu habiskan sebelum raya.
DeleteSelamat berpuasa.
..........
ReplyDeletei remember this name...back 3 years agooo...kak zaiton...selamat berpuasa
DeleteChaiyokkk!! Hehe
ReplyDeleteSalam Ramadhan
DeleteWelkam back KL, miss u a lot, Ramadhan bertemu lagi.. Salam Ramadhan KL :-)
ReplyDeleteSalam Ramadhan TLC.
DeleteMain baking2 lg x now? Ramadhan is just perfect nk try out new recipe.
Oh my gayung. Pick up berbuka tu sangat ohsem. Esok nak buat kat opis. Hahaha. Tq rin. Tq kl. It is true about blog n insta. Follower ramai tapi tak jamin kat sana macamana. Nak pulak kalau post entry yg bukan2 mcm saya. Hahaha
ReplyDeleteDah try ke pick up line tu kat opis?
DeleteIf u r single then I doubt by Syawal u r not anymore :p
Mohon sy akan mndapat Hidayah utk terus menuju pd yg lebih baik di bulan Ramadhan ni!
ReplyDeletetenkiu & Lev awak KL. ur writings tak penah kacewa kan saya.
:)
Insya Allah.
DeleteBaik nk jd lebih baik mmg struggle.
Teringin gak nk kenal ngan si Jaki Jipang tu kak Rin....adakah lbh ensem dr Syed Azri si SSB....or Sean si mat motor gempak tu...or Que...or Darren Umar perhaps...or Johan mr hot tu or Fareez bos besar Modenreka tu...
ReplyDeleteAwk buat sy rindu semua watak tu.
DeleteJaki jipang. ..? He..He. ..mesti hot!
ReplyDeleteSuka sgt bila rin kembali melepak..sy tunggu next entry.
Jaki Jipang is sub hero dlm projek baru saya S.A.H.M. Boleh baca prolog di Facebook Karya Lepak Fans Page. Ni saja bagi interprem...hahhaa
Deleteada sambungan tak nih? heh... I wish adalah...
ReplyDeleteof course ada eza...citer Kak Rin x pnh x hbs oke :D
DeleteInsya Allah....
Tergantungkah?
ReplyDeletetak lah eh....sambung...ini nak buat mood menulis dtg....tulis novel lmbt hbs...
Deleteini best...pendek and sambil lepak2 saja :)
haha...kelakaq betoi si pia ni. ada entry sambungan ke. apa kaitan pia ngan hidaya in real world??
ReplyDeletein real world????????
Deletei think they gonna meet at Part 3? Finalle?
Stay tune....
Rin Ahmad... Miss yr writing sooooooo much. Tq for d entry .... tp x puas!!!
ReplyDelete-min-
min.......
Deletemiss you toooo
Salam Ramadhan KL
ReplyDeletebest nyer - bole tak join tinggal kat kampong nenek Mariah siap ade own resort lagi! No wonder Pia is so comfortable staying at kampong plus there is the handsome Jaki Jipang around.
Friend for benefit? hehehehe ... flashing back to si Payung Emas Kebar! oh i miss tat phenomenal lady nur lisa!
hope Hidayah gonna left tat married guy Taufiq.
Thousands of single & available handsome n responsible guys out there … Hidayah. So let’s forget tat Taufiq – leave him wit the wife n his 2yr old kid. Sure tat little kid needs the LOVE from both the mommy n daddy!
Tak best le if nanti tengok Hidayah join n add up the number to tat young family!
Hidayah do u really love taufiq? common don waste ur time with tat 'LOVE' excuse!
Hi Hidayah … do u know tat a PHD electrician at home gonna sleep in darkness rather than fixing a new bulb but a brainless intelligence gonna spend the whole night fixing it! so move on ... x payah tunggu Taufiq!
thanks KL ♡♡♡
Salam Ramadhan...
Deleteyes ramai orang rindu your rambling rather than mine.
emmm to summarize everything, I think love is blind...muahahha....
tak semua orang ketiga bersifat jahat. sakinah-dayana kan contoh. heroin as second wife dengan 1st wife yg baik but full of konflik would be nice plot jugak KN. jauh dari klise novel yg ade.
ReplyDeletebetul tu...i hope to potray the relationship matang sikit but see if it may meet your expectation or it may not...
Deletethank you!
Woww KL..
ReplyDeleteLama betul xlepak sini..
Rindu weihhh...heh
Owhh hidayah...beraninye!!
Suprise nak tau ape lps ni!!
Sufi
Sufi...hai....
DeleteBolehlah melepak sekali sekala. Sekarang ni kalau nak menulis, 10x fikir, whattowrite, benefitnyaapa...you know.....a long the way....you cross different paths and realize something..heh...
hahaha...take care!