Saturday 19 July 2014

RAMADHAN PICK UP LINE PART 2: A NEW SHORT STORY BY RIN AHMAD

            
            KALAULAH Taufik masih belum berpunya. Pasti Hidayah bangga menjadi pasangannya tapi malangnya. Dia jatuh cinta bergolek – golek pada yang salah. Bukan dia kena tipu pun. Sedari awal sudah diketahui status Taufik tapi hati tak mampu nak menolak.
            “Dayah, Mak nak cakap sikit.”
            “Apa dia Mak?” Masa ni ayah dah habis sahur. Tinggal mereka berdua di dapur mengemas meja makan.
            “Bulan puasa ni bulan berkat. Mak nak minta tolong.”
            “Apa dia?”
            “Belajar lupakan Taufik.”
            “Mak….” Lembut tapi panjang harakat Hidayah menekan.
            “Mak baru izinkan Dayah keluar berbuka dengan Taufik semalam. Kenapa tiba – tiba Mak dah tukar fikiran?”
            “Mak izinkan tapi masa Dayah keluar nanti, Dayah suruh Taufik bawa Hana sekali. Masa keluar tu cuba renungkan sikit masa depan Dayah nanti macam mana? Hidup bergilir nanti macam mana? Hana nanti kalau dah besar macam mana?”
            Hidayah termati kata. Bukan dia tak pernah fikir semua ni. Selalu sangat dia fikir nasib bermadu. Berbaloikah sebuah hubungan hanya atas dasar cinta? Selepas sahur, Hidayah mengaji sehingga masuk waktu Subuh. Selepas Subuh, dia mengaji lagi sehinggalah mata terasa mengantuk. Dua minggu berpuasa terasa sekejap. Aktiviti dating dikurangkan atas kemahuan Hidayah sendiri. Berkali – kali Taufik ajak berbuka puasa di luar tapi sedikit kesedaran mula menerjah di lubuk hati. Semalam Hidayah sengaja minta izin Mak dengan harapan Mak tak izinkan tapi pelik, Mak izinkan tapi rupanya ada hajat di lubuk hati Mak.
            Perkara biasa Hidayah buat sebelum tidur ialah membelek telefon. Benda wajib kena skodeng ialah Instagram Pia. Hari ini Pia muat naik gambar belon warna merah dan dilepaskannya ke awan biru.

            Ramadhan pick up line: Let go the life indulgence. Empty your stomach to feed your soul.
          #protectoursoul#ramadhanpickupline#sofiasophia#pia#ramadhan

            Hidayah rajin membaca komen – komen untuk pos ini. Pelbagai ragam peminat Pia. Tak kurang juga peniaga yang menyemak mencari peluang perniagaan. Kadang – kadang marah pun ada sebab jenuh nak bezakan mana komen yang asli dan mana yang jatuh dalam kategori spamming sahaja.

           Why pick up line for this holy month? You are rude. Find a better phrases shallow minded instagrammer.

            Hidayah mengucap panjang apabila terbaca satu komen yang berbaur kejian. Mungkin sesetengah orang merasakan istilah pick up line yang biasa dimaksudkan sebagai ayat mengurat tak sesuai digunakan dalam konteks Pia tapi Hidayah tak rasa pun salah. Ramadhan pick up line Pia tak ada cliché macam pick line Ramadhan yang bersepah di media sosial.
            Tangan laju menekan skrin. Bukan nak serang balas hater tapi cuba menjelaskan maksud yang dia faham. Tekan sahaja kotak hijau Send, telefon berdering.
            Salam Taufik dihujung talian dijawab.
            “Hmm…pantas. On insta or on FB?”
            Hidayah gelak sahaja. Hahaha….kantoi!
            “You sihat tak ni? Suara  serak sahaja. Dah macam baru lepas karoks.”
            “Sihatlah. Kurang air sikit saja bulan – bulan puasa ni.”
            “I dah booking tempat tau. You jangan mengelat lagi. Dah lama kita tak jumpa.”
            Hidayah serba salah. Tiba – tiba teringat saranan Mak.
            “Okay tapi I rindukan Hana. Boleh tak kita bawak dia keluar sekali? Agak – agak Kak Husna marah tak kalau dia tahu?”
            “Are you sure?” Taufik tak menjawab soalan Hidayah mengenai perasaan Husna kerana bab itu akan mereka bincangkan malam nanti. Sekarang Taufik sangat teruja dan gembira dengan niat Hidayah. Walau pun ini bukan kali pertama mereka keluar bertiga tapi kali ini Hidayah yang minta. Itu bezanya.
            “Betul.” Jawab Hidayah yakin. Dia sukakan budak – budak. Hana pun dia suka. Seikhlasnya dia suka dengan keletah Hana yang tengah membesar. Suka dia bukan sekadar bagi muka kepada Taufik tapi sukanya sampai terjatuh sayang. Cuma Hidayah mengingatkan diri berkali – kali agar menjaga batas agar jangan sampai Kak Husna berjauh hati kalau dia tahu.
            “You nak sambung tidur atau nak dengar suara I sampai tertidur?”
            “Taufik….kita puasa ni dan kalau bukan bulan puasa pun you tahukan, two person madly in love, talking only about love is kinda crap. I tak rasa appropriate.” Rendah suara Hidayah menolak gurauan Taufik.
“Hidayah, I rasa you patut terus terang. You nak cakap yang you segan sebab I suami orang?”
“I memang tahu you suami orang jadi that’s not the case.”
“Then?”
“Tak ada apa – apalah. See you soon.”
“Hidayah, don’t hang up. I tahu ada yang tak kena. Wanna share?” Lembut suara
Taufik memujuk.
“Kalau nak cakap panjang – panjang, petang nanti jumpa kita cakap. I tengah berlatih nak jaga mata I, nak jaga telinga I tapi dengan you I boleh kalah so please help me. I’m trying to avoid anything that is too slanderous to be all ears to.”
“Okay, you buat I rasa segan. Sorry for making this hard for you but I understand. I miss you so much.”
I miss you too. Kata – kata yang tersangkut di kerongkong. Tak mampu diluahkan. Hidayah rasa malu dengan diri sendiri. Tiap kali dia rindukan Taufik, terasa dinding, meja, almari dan semua benda di sekelilingnya mengejek. Ya Allah, hanya Kau yang lebih mengetahui.
“Thank you for your understanding Fik.”
“Anything for you. Oh ya sebelum I lupa ni I nak bagi pesanan penaja sikit. Jangan buang masa melepak kat ‘rumah’ Pia banyak sangat. Bloggers and instagrammers, either they are attention seeker or they get paid and most important they only show you half of their life. It is their goal to make you feel ‘I want your life’. Okay dear?”
Hidayah menahan ketawa. Taufik tahu sangat kegemaran dia yang satu ini tapi nak buat macam mana, belum sampai seru nak berhenti aktiviti yang satu ini. Hidayah senyum sampai ke telinga walau pun dah lama perbualan mereka tamat. Inilah masalahnya yang satu. Taufik lengkap segalanya. Dari segi fizikal sudah pasti tapi yang lagi penting ialah Taufik berjaya buat Hidayah merasai pelbagai ‘rasa’. Orangnya tak terlalu mendesak. Sempoi sahaja walau pun Hidayah tahu sebagai orang yang sudah berkahwin, pengalamannya cukup banyak untuk mencairkan Hidayah dengan ayat – ayat manis tapi Taufik ialah Taufik. Ayatnya disusun mengikut akal dan bukan rasa hati semata. Nak cakap matang sangat pun tak. Kadang – kadang perangai kebudak – budakannya kalah perangai Hana.
Hidayah baru teringat ayat ‘back – up’ Pia yang dia hantar sebentar tadi. Nasiblah kalau haters Pia nak meroyan sekali pun. Dia cuma cakap apa yang dia rasa betul.

Pick up line memang ayat mengorat. Tak salah buat pick up line Ramadhan. Agar kita jatuh cinta dengan Ramadhan. Agar diri lebih mencintai Ramadhan. Agar Ramadhan lebih dekat di hati. Pick up line may not valid. Pick up line may be old school. But I believe life is combinations of thousands pick up lines.

#pickuplineramadhan#pia#hatersgoaway#positive#sorry#iloveramadhan

 Hampir terlompat Hidayah apabila Pia menyedari kewujudan komennya. Tak pernah umur Pia balas komen Hidayah. Sesekali memang Pia ada membalas mesej peminatnya. Pia bukan jenis sombong pun tapi tak larat lah dia nak balas semua komen. Ramai juga yang back up Pia sebenarnya tapi dia terharu apabila ayat Hidayah yang Pia perasan. Yeay!

@hidayah Agar kita jatuh cinta dengan Ramadhan. Agar diri lebih mencintai Ramadhan. Agar Ramadhan lebih dekat di hati. Agar semua kawan – kawan memahami. ‘Segala apa yang dilihat, didengar dan dirasai, kalau dicatatkan dengan jujur dan betul itu adalah menjadi catatan sejarah yang amat penting untuk pengetahuan orang – orang yang akan datang. Catatan yang betul akan terus hidup selama – lamanya. – Harun Aminurrashid, 1982’.

#bepositive#ramadhanpickupline#sofiasophia#pia#ramadhan

Jawabnya hari ini bakal menjadi hari yang paling menggembirakan hati la. Hidayah senyum – senyum lagi. WhatsApp yang masuk pun dibaca dengan senyuman terlorek dibibir tapi tiba – tiba wajah Hidayah yang manis bertukar kelat.

Kalau saya izinkan awak kahwin dengan Taufik sekali pun, bolehkah awak bahagia?

Tak sempat nak fikir nak jawab apa. Satu lagi WhatsApp masuk tapi kali ni daripada Taufik pula. Ada kuasa psikik kah suami awak Puan Husna?

I’ve nothing to do today so I stalked you. Pick up line versi Taufik. #Taufik dan Hidayah tak mungkin berpisah. If it makes you happy, do it. If it doesn’t make you happy, then don’t.


Mata dipejam rapat – rapat. Bahagiakah aku?

p/s: Assalamualaikum & Good Day. Thank you for reading. 
Salam Ramadhan & Happy Sunday.
#prayforSabah
#prayforMH17&MH370
#prayforGaza
#prayforHisblessing

4 comments:

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...