Tuesday 9 April 2013

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 15







“ DAH okay sikit?”
Getting better.
“Mestilah kena okay. Tomorrow ops today is your happy day.”
Gina tersenyum manja di hujung talian. Suara Iqmal yang serak – serak basah kedengaran sungguh merdu di pagi hari nan indah ini.
            “Can I wish again?”
            “You ni kan. Dah lah you kacau I tidur semata – mata nak wish. Berapa banyak kali you nak wish. Save it for many years ahead okay.
            “Last...last...I love you more today.”
            “Hah? Hari ni je?”
            “Esok lagi banyak.”
Argh! Iqmal jejaka yang manis berkata – kata. Jam di hujung katil sudah menginjak ke pukul 1 pagi. Beberapa kali Gina menguap namun tetap ditahan kantuknya. Kata – kata Iqmal yang manis berkrim umpama ayam berkokok yang menyuruhnya bangun namun kepenatan masih terasa di segenap tubuh badan. Kalau Gina kenang tahun – tahun yang lampau, sudah pasti tarikh keramat seperti ini diraikan dengan Fareez. Gina tahu dia salah. Mempermainkan sekeping hati milik Fareez. Mungkin hari ini adalah hari yang terbaik untuk Gina membetulkan jalan hidupnya yang telah songsang. Gina yakin Fareez pasti terlupa seperti tahun – tahun yang lalu. Tahun – tahun yang selalu diselamatkan oleh Mommy dan Daddy yang akan wajib menjemput Fareez meraikannya bersama. That hopeless romantic guy!
            “See you tomorrow.”
            “I thought we agreed that you shouldn’t come.”
            “Please Gina. I’ll never let this precious moment pass without standing by your side.”
            “But it will be harder for Fareez.”
            “It is hard for you too. Don’t be harsh to yourself Gina.”



ISKANDAR merenung bos yang sedang berdiri di hadapannya dengan pelik. Kusut semacam.
            “Afternoon boss.”
            Fareez memandang sekilas dengan wajah yang serius. Langkah dituju ke arah Arfah. Arfah yang berkulit hitam manis kelihatan anggun berkebaya dengan tudung satin yang dipadankan. Iskandar punya taste lah ni. Cari setiausaha atau Personal Assistant dah gaya nak cari calon bini. Nasib baiklah si Arfah ni cekap bekerja.
            “Boleh cancel tak meeting kita petang ni?”
Ditoleh juga ke arah Iskandar yang mengekorinya sejak dia menjejakkan kaki di Modenreka mengharapkan jawapan. Kepala dah rasa macam nak putus fius tak tidur semalaman. Dari PD terus disuruhnya Jasmeen menghantarnya ke rumah. Tak masuk rumah pun, enjin BMW X5 dihidupkan dan terus dipecut ke Modenreka. Hari ini Sabtu. Sepatutnya semua orang bekerja separuh hari tetapi memandangkan masing – masing bertungkus lumus untuk menyiapkan dokumen tender terbaru yang Modenreka ingin sertai terpaksalah semua orang berkorban.
            “Sekejap En. Fareez, saya check.”
Arfah mendail nombor orang yang telah diatur temujanjinya dengan boss yang kelihatan berserabut di hadapannya kini. Aikk...pelik juga Arfah hari ni kerana tak pernah lah tengok En. Fareez serabai macam ni. Biasanya gaya En. Fareez masuk pejabat kalah gaya model jalan kat pentas. Kemas, bergaya dan maskulin. Cuma jaket kulit yang tersarung di badan bosnya yang handsome ni tetap menyerlahkan kesegakan susuk tubuhnya. Gagang telefon diletak dan Arfah tersenyum lebar.
            “Bos, kita dah boleh tutup kedai. George cakap boleh postpone to Monday 10am.”
Fareez menarik nafas lega. Boleh balik mandi dan beli sesuatu untuk Gina. Gina? Perluke? Nafas dihembus dalam.
            “Iskandar, do final review on jogging track route. It shouldn’t intrude privacy. Use only front route and backyard, no middle route. Don’t take advantage on gateless design.”
Fareez terus melangkah meninggalkan pejabat. Sempat dikerlingnya sekali lagi ke arah Arfah yang sedang membetulkan tudungnya. Aiseh..hari Sabtu pun datang pejabat gaya nak pergi kenduri kahwin Arfah ni. Terserlah sangat ke-skema-annya. Baguslah untuk produktiviti syarikat tapi sakit juga mata memandang kebaya dan tudung yang berkilat – kilat tu. Kalau Jasmeen mesti sempoi je. Pergi makan malam rumah VIP pun pakai jeans dan t-shirt. Cuma aksesori dan tudung nampak disesuaikan dengan dengan suasana. Jasmeen? Kenapa dia bandingkan Arfah dengan Jasmeen? Kerap juga bayang Jasmeen menemani Fareez dalam tempoh tak sampai 24 jam ni dan Fareez sendiri tidak mengerti.
            Sebaik kereta menyusuri kawasan clubhouse yang diberi nama Kebun Mimpi, Fareez memperlahankan kereta. Tasik buatan yang melatari clubhouse dengan taman yang cantik kehijauan mendamaikan jiwa. Kawasan perumahannya di Bukit Gita Bayu berhampiran The Mines Resort City amat cantik dan terkenal dengan konsep tropikal.  Fareez memberhentikan kereta di tepi tasik dan keluar menghirup udara segar. Sepuntung rokok dikeluarkan dan dihisap dengan penuh nikmat.
 Terkenang zaman remajanya yang lebih banyak dihabiskan di rumah orang dari rumah sendiri. Mana mungkin Fareez tinggal seorang diri di rumah besar peninggalan kedua orang tuanya ini. Pengakhirannya masa terluangnya banyak dihabiskan di rumah Datin Julia dan Datuk Ismadi atau di rumah Atuk Syed. Siapa yang tidak sedih kalau semua ahli keluarga yang tinggal hanya mementingkan harta peninggalan Papa. Tiada seorang pun saudara yang datang untuk melihat kebajikannya dan apabila mereka datang adalah semata – mata untuk menuntut pembahagian harta sahaja. Mujurlah sebagai kawan paling rapat Papa, Datuk Ismadi mempertahankan segala hak Papa mengikut seperti apa yang telah diwasiatkan.
Apabila Fareez sudah pandai berdikari, Datuk Ismadi memecahkan saham syarikat yang dahulunya milik Papa dan Datuk Ismadi dan sejak itulah Fareez mengemudikan Modenreka dengan caranya sendiri. Alhamdulillah jatuh dan bangunnya Modenreka sentiasa disokong dan dibantu oleh Datuk Ismadi yang jauh lebih berpengalaman dalam dunia perniagaan. Puntung rokok kedua dibakar. Fareez berjalan mengelilingi tasik walau pun panas terik tetapi kehijauan tasik dengan pohon rendang yang merimbun menyejukkan suasana dengan angin yang bertiup sepoi – sepoi bahasa. Jaket kulit tadi sudah ditanggalkan dan dicampak ke tempat duduk bahagian belakang. Kini Fareez menyinsing sahaja lengan t-shirt yang panjang tersarung dibadannya sejak malam tadi.
Fareez telah mencongak – congak untuk menjual satu – satunya rumah di Bukit Gita Bayu ini yang menyimpan seribu kenangan sedih. Yang tertera di segenap ruang rumah ialah impian milik Papa dan Mama bukannya impiannya. Apalah yang tinggal dalam hidupnya kini. Dulu jauh impiannya untuk membina hidup seindah perancangan hidup Papa dan Mama. Dengan kehilangan Gina yang hampir pasti Fareez tahu keputusannya untuk menjual rumah peninggalan ini amat tepat. Menurut Jaclyn yang membantunya memudahkan proses menjual rumah seluas 7300 kaki persegi ini, nilai pasaran sekarang hampir menjejak RM 4 juta lebih jika harga jualan dikira RM 658 per kaki persegi. Fareez mahu sebuah rumah miliknya sendiri yang melambangkan inpiannya sendiri. Biarlah segalanya bermula tanpa Gina. Hembusan terakhir dikepulkan ke udara membentuk bulatan – bulatan kecil. Kepakaran yang dipelajari daripada Atuk Syed! Fareez melangkah berpusing kembali ke tempat kereta diparking.
            Sesampai di rumah barulah Fareez menyedari plastik buah – buahan yang ditinggalkan Diya beserta nota ringkas di hadapan pintu rumah. Tadi sebaik Jasmeen menghantarnya di Bukit Gita Bayu dia langsung tidak menjengah ke pintu depan. Pagar yang tidak berkunci dibuka dan kereta terus dipacu ke Modenreka. Argh! Marahkah Melur si cantik manis itu?




















3 comments:

  1. Eheeee best2...xsabar nk tgu novel ni kuar !!

    ReplyDelete
  2. thank you so much for updating GET!! :) sangat teruja nak tau kisah Jasmeen and Fariz...tunngu dari tahun lepas..thanks!!!

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak miliki novel ni,,,,,,,,,,,:)

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...