Tuesday, 9 April 2013

Gadis Edisi Terhad (GET) Bab 14





< Emergency. Ask Bibik 2 wait
> Whr?
< Hish..bnyk tanya. GTG

Mesej diakhiri dengan got to go sahaja. Kalau dilayan lagi banyak soalan Ferhad. LG Prada dimasukkan kembali ke poket seluar. Cukuplah dengan memberitahu Ferhad akan ketiadaannya. Segan pula nak masuk rumah bagitau sendiri niat baiknya untuk menghantar jejaka yang baru ditemuinya dua kali. Sebab dengan jam yang hampir menginjak ke pagi nampak sangat idea ni amat tak baik!
            “Jom.”
            “Let’s go and thank you in advance.”
            “Kereta awak ni kira tinggal kat sini ke?”
            “Tak apa. Nanti mekanik sampai sini, my despatch will send the spare key.”
            “Percayanya bagi orang pegang spare key. Ingat ni kereta antik macam kereta saya ke?”
Sebenarnya dalam hati Jasmeen menyumpah – nyumpah kelancangan mulutnya tadi untuk menghantar Fareez. Kalau dah siap ada despatch segala tu, suruh lah ambik kau kat sini hantar balik. Boleh pula dia mengambil kesempatan menyusahkan kita. Jasmeen merungut – rungut dalam hati sambil pintu kereta antik Papa dihempas kuat.
Fareez mengekori Jasmeen sambil senyuman kecil tersungging dibibir. Soalan Jasmeen dibiar sepi. Kalau dulu Papa ada Atuk Syed sekarang Fareez ada Jalil, pemandu Modenreka yang boleh diharap. Jalil ni cucu saudara Atuk Syed, dia bertuah seperti Papa juga mendapat orang yang sudi bekerja dengan ikhlas, jujur dan bersungguh – sungguh. Kalau bercerita pasal jujur memang menyakitkan hati kerana dalam banyak – banyak orang, kekasih hati sendiri yang tidak jujur dengannya. Esok tidak boleh tidak, perhitungan nasib percintaannya akan dibuat. Fareez bukanlah orang yang suka membuang masa dengan perkara sia – sia. Kalau benar hati Gina bukan lagi untuknya tetapi untuk lelaki yang dilihatnya di hospital dahulu maka dia rela mengundur. Dan di saat Melur si cantik manis di sebelahnya memandu meninggalkan bandar Ampang, hujan mulai turun dengan lebat.
“Lebatnya hujan.
“Kau bawa aku kira hujan rahmat ni. Hujan pun nak merungut? ”
Jasmeen mula risau. Matanya bukannya boleh diharap sangat dengan gelap malam dan hujan lebat yang mengaburkan lagi pemandangannya. Badannya dirapatkan ke steering. Uishh..wiper pun gerak ala- ala manja gitu mana aku nak nampak jalan ni. Siaran radio pula mulai terganggu dengan kilat mula sabung menyabung. Terkumat – kamit mulut Jasmeen membaca doa mohon dilindungiNya. Melihat stesen minyak Esso di tepi lebuhraya MRR2, Jasmeen memberi signal dan terus membelok ke kiri.
            “Berhenti buat apa?”
            “Adalah.”
Nak buang air keciklah. Sejuk sangat ni. Segan pula nak bagitau.
Go get some hot coffee.”
Sempat Jasmeen mengarah gaya bos. Belum sempat dijawab Fareez, Jasmeen berlari – lari anak sebaik kereta di parkir di kawasan stesen minyak Esso Pandan Indah. Selesai projek kecilnya, Jasmeen melihat kereta Mini Cooper antik Papa sudah beralih parkir.
“Masuk.”
Fareez menurunkan tingkap di bahagian penumpang dan jeritannya dari dalam kereta tenggelam timbul dengan hujan yang makin menggila. Jasmeen yang tidak tahan kesejukan di luar terus masuk.
            “Aku bawak sampai rumah. Tak payah susah – susah nak tunjuk jalan.”
Jasmeen hanya mengangguk sambil memeluk tubuh. Kalau air-cond dimatikan, berkabus la pula cermin kat dalam. Langsung mengganggu pemanduan. Lantas dibiarkan sahaja kesejukan mencengkam diri. Dijeling orang sebelah. Segak dengan jaket kulit dan rambut yang kebasahan dek tempias hujan. Tak perasan pula Fareez memakai jaket, mesti sempat rembat dalam keretanya tadi. Cemburu tahap gaban! Kalau nak dibandingkan dengan baju yang tersarung dibadannya dan Fareez yang sedia memakai t-shirt lengan panjang ditambah dengan balutan jaket mesti mamat ni selesa sampai lupa dunia. Kesianlah orang kat sebelah yang dah nak mati kesejukan. Namun jeritan itu hanya tersekat di kerongkong Jasmeen.
            “Errmm... bosan.”
Terpacul ayat penyata pendek daripada mulut comel di sebelahnya.
            “Your coffee.”
Kopi yang masih berasap diletak di tempat drink holder dihulurkan kepada si cantik manis disebelahnya. Nampak sangat si Bunga Melur ni kesejukan. Nak pelawa pakai jaket macam terlebih gentleman pula. Terbayang pertemuan kali pertama mereka. Walau pun diherdiknya, si gadis ini tetap berwajah selamba dan sanggup membongkok menggilap kasutnya yang tidak sengaja dikotorinya. Dengan siaran radio yang telah dimatikan, hanya rintik hujan yang mengisi kesunyian membuat Fareez kelu. Nak tanya apa? Nak cakap apa? Sambil otaknya ligat berfikir tangannya pula mula menekat punat CD.
            “Ada CD player kan?”
            “Adalah. Ingat kereta antik macam ni tak upgrade ke?”
Opsie! Masalahnya kereta yang antik ini juga dilengkapi dengan segala macam lagu antik. Maklumlah kerete ni kenalah ikut selera Papa. Kalau kereta dia sendiri haruslah variety. Mana aci layan satu genre je. Dengar semua rentak baru boleh layan mood.

Her name is Lola, she was a showgirl
With yellow feathers in her hair
And a dress cut
Just cut down to there
She would merengue
And do the cha-cha
And while she tried to be a star



            Fareez mengerutkan dahinya mendengar lagu yang dimuntahkan dari CD player.
            Please remind me that this year is 2k.”
Okay, I know exactly what this man is thinking!
Jasmeen macam nak tergelak pun ada apabila lagu pertama yang keluar ialah lagu Copacabana. Dah sah – sah Barry Mannilow tu penyanyi kegemaran Papa, nak cakap apa. Kereta ni dah sah – sah kereta Papa layan diri setiap hujung minggu bawa jalan – jalan pergi pasar atau surau dekat rumah.
            “Ala..layan je lah.”
            “Masalahnya kat rumah Tan Sri Farhan tadi pun telinga  aku dah naik tepu dengar lagu Barry Mannilow ni.”
            “Jap, tengok ada CD lain tak.”
Jasmeen menarik glove compartment tapi teramatlah hampas kerana yang tersusun di ruang mata ialah kesemua CD yang penyanyinya sekarang kalau dalam kubur, tulang temulang pasti sudah sebati dengan tanah. Alahai malunya. Mesti ingat aku ni stok ketinggalan zaman.
            “Tak ada CD lainlah. Tertinggal kat pejabat agaknya.”
            “Tak apalah layan sahaja.”
Dengan hujan yang makin melebat dan dari lagu Copacabana bertukar ke Mandy bertukar ke Never Gonna Give You Up bertukar ke Somewhere Down The Road umpama membuai – buai mata Jasmeen. Siapa boleh tahan kalau jarum jam hampir menginjak ke pukul 1 pagi dengan pemanduan yang terhad dek hujan lebat dan ditemani lagu otai yang level-tak-boleh-nak-follow.
            “Jasmeen, bangun. Lagi satu kilometer sampai.”
Fareez menoleh ke sebelah. Dah tertidur Cik Melur ni? Fareez menoleh sekali lagi. Mata dihala cepat – cepat ke jalan. Comel giler! Pada pandangan matanya serba tampak sempurna. Dengan mata yang tertutup, alis mata yang panjang melentik dan dahi yang sedikit tertutup dengan tudung membuat matanya tak henti berkalih. Masa dah nak sampai rumah ni pula lah boleh budak ni tidur mati. Fareez melihat papan tanda yang tegak berdiri di tepi jalan.

            The Mines Resort City
            Nilai
            Seremban
            Port Dickson           

            iPhone ditarik keluar. Nama Derrick Avillion dicari. Telefon dilekapkan ke telinga.      










No comments:

Post a Comment