Friday, 18 January 2013

CERPEN : KELIP - KELIP



            Izzie menapak perlahan ke The Coffee Bean & Tea Leaf. Tempat yang dijanjikan untuk bertemu mata buat pertama kalinya. Pandai sungguh pilih tempat. Bajet cool lah tu nak jumpa kat sini. Izzie sedikit skeptikal dengan apa yang bakal dihadapinya. Mungkinkah cuak perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan perasaannya saat ini?
            Caramel Iced Blended dikuis – kuis dengan straw. Sesekali dijeling iPhone yang terletak di atas meja.
            Be cool! Be cool!
            Ini kau nak kan? Kalau tak nak kenapa tak berterus – terang sahaja dengan Mommy dan Daddy? Bukan mereka paksa sangat pun. Memang bukan paksa tapi arahan manja – manja sahaja tapi akibatnya kalau tak dengar cakap Mommy dan Daddy sendiri mahu ingatlah. Akibatnya bukan tak dapat harta segunung, bukan kena halau rumah, tak lah dramatik macam tu sekali tapi dia tahu Mommy dan Daddy akan kecewa. Sebagai anak manja, kalau Mommy dan Daddy kecewa dan merajuk, dengan siapa dia nak bermanja? Dengan Izz, si abang yang sibuk dengan keluarga sendiri? Dengan Rehan, kawan baik yang juga telah mempunyai kehidupan sendiri? Izzie mengeluh. Pertama kalinya Izzie seakan menyesal dengan keputusan yang dibuat tapi sudah terlambat untuk ditarik balik.
            “Ann, dia tak sampai – sampai lagi pun. Berdebar ni.” Akhirnya Izzie menghubungi Rehan. Meluahkan gelojak di dada.
            “Kata berani, kata okay. Jangan macam ni.” Rehan memujuk.
            Belum sempat Izzie memuntahkan lagi perasaannya kepada Rehan, Hairi duduk di hadapannya. Bersahaja, selamba tapi menyakitkan hati juga apabila dengan wajah yang serius dia memberi isyarat agar menamatkan perbualan di telefon. Okay, tanggapan pertama yang sangatlah buruk. Izzie hanya tersenyum dan cepat – cepat menamatkan perbualan dengan Rehan.
            “So how’s everything? You? Your family? Preparation?” Hairi memulakan kata.
            “Okay. Saya rasa so far semua okay.” Izzie menjawab ringkas. Ini bukan kali pertama dia bercakap dengan Hairi. Mereka pernah berhubung melalui telefon. Sekadar berkenalan secara rasmi kemudian masing – masing terus mendiamkan diri. Sibuk ditelan tanggungjawab dan komitmen yang tergalas dibahu.
            “Baguslah. Hari pun dah dekat. Kalau ada nak tambah, nak tukar, apa – apalah persediaan nikah yang awak nak buat, tolong beritahu saya awal - awal. I hate surprise.”
            Izzie mengangguk. Nampaknya ciri – ciri seorang pemimpin keluarga terserlah dalam diri seorang bernama Azrul Hairi. Perkara pokok yang akan menjayakan atau memusnahkan perkahwinan mereka nanti ialah keperibadian sebenar lelaki ini atau keperibadian dia sendiri? Atau keserasian antara mereka?
            “Kenapa nak jumpa? Mommy cakap konon nak jumpa masa nikah je.” Izzie bertanya tanpa bertapis. Tak sabar sebenarnya nak tahu kenapa encik tunang yang konon sentiasa sibuk tiba – tiba nak berjumpa.
            “Saya nak tanya satu soalan. Macam senang sangat nak kahwin semata – mata nak jaga hati Mommy dan Daddy. Tak ada life sendiri? Tak ada pak we?”
            “Kenapa tak tanya sebelum bertunang?”
            “Lupa.” Hairi melontarkan pandangan ke segenap kafe. Entah apa yang menarik minatnya Izzie tak pasti.
            “Saya pun patut tanya awak soalan yang sama.”
            “Saya lelaki, lain.”
            Izzie terus terdiam. Dia bukan bodoh nak membaca maksud tersirat. Lelaki kan boleh kahwin 2,3 atau 4 kalau nak jadi tak kisahlah dia ada mak we ke tak sekarang ni.
            “Pak we tak ada. Ex – boyfriend adalah tapi tak kiralah kan.” Izzie menjawab selamba. Tak nak mengaku kalah dan lemah di hadapan Azrul Hairi.
            “Ex – boyfriend kategori yang macam mana? Kena dump sampai awak nak bunuh diri atau kategori yang awak dump dia sebab nak kahwin dengan saya?”
            “Perasan.” Izzie tersenyum nipis. Boleh tahan kelakar dan perasan juga mamat ni.
            “I think there are two categories of ex-boyfriend, satu ialah yang masih diingati in a good way dan dua yang memang kalau boleh tak nak ingat langsung and these memang tak ada kena - mengena dengan who dump who. Seriously.”
            “Okay, muka awak memang serius Izzie.” Hairi tergelak.
            Izzie memuncungkan bibir. Tak guna. Main – mainkan aku pula.
            “Ada apa sebenarnya nak jumpa? Tak kan sebab nak tahu itu aje.” Izzie bertanya dengan kawalan emosi pada tahap yoga tertinggi.
            “Nak bagi ni.” Sampul surat putih dihulurkan kepada Izzie.
            Izzie mengambil perlahan. Dibukanya dengan penuh debaran. Jangan cakap ni surat kontrak kahwin. Kahwin kontrak tu haram. Jangan....jangan....Izzie mula berdebar. Matanya tertancap kepada baris demi baris. Izzie berdiri. Wajah Azrul Hairi yang tadi sempat dipuji dalam hati sesaat kini dikeji dalam hati.
            “No!”
            “Yes!”


            IZZIE melurutkan selimut. Gembira apabila mengenangkan esok mereka akan balik ke Kuala Lumpur. Ini bukanlah kali pertama Izzie menjejakkan kaki ke Kelantan tapi sungguh dia tak pernah terfikir dia akan berbulan madu di Kelantan. Di sini. Di Villa Danialla Beach Resort. Hadiah perkahwinan daripada Rehan. Kalau Rehan berada di kampung, rasanya malam tadi dia tak tidur di sebelah Hairi, dia lagi rindu nak tidur bersama Rehan. Rindu saat bergelar room mate di universiti dulu. Rindu zaman berebut bilik air, zaman bergosip di depan TV sambil melayan cerita Mexico. Semualah dia rindu. Dulu zaman dia berulang – alik dari rumah Rehan, Villa Danialla ni masih belum wujud kalau tak harus tempat ni boleh jadi tempat melepak mereka. Best sangat tempat ni. Sangat aman dan kawasannya sangat cantik.
            “Hairi, bangun. Subuh.” Izzie menolak bahu Hairi. Hendak tak hendak sahaja mengejut si suami. Maklumlah tak biasa. Segan jangan cerita. Tiga hari di rumah Izzie dan dua hari di rumah Hairi terasa seperti 5 tahun bersama, bukan lima hari. Semuanya terasa janggal tapi terima kasih juga dengan bendera merah yang sedang berkibar megah tapi hari ini?
            “Izzie...Izzie...”
            “Ya...ada ni.” Izzie menjawab malas. Mengantuk lagi pun ada tapi lebihnya ialah malas nak melayan perangai Azrul Hairi yang belum dapat dibaca rentaknya.
            “Kata.....”
            “Errr....emmm....nampaknya pagi ni boleh Subuh berjemaah. Nak tak?”
            “Oh....”
            Hairi mengaminkan doa. Izzie bersalam dan cepat – cepat menarik tangan. Sejadah Hairi dan sejadahnya ditarik dan dilipat cepat gaya pro. Nak cepat keluar sarapan pagi, nak cepat keluar menikmati keindahan matahari memancar di sebalik bukit di tepian pantai yang memutih. Nak cepat mengelak dari berdua – duaan begini sebenarnya.
            “Kenapa kelam kabut sangat? Cuba bertenang. Kat dalam ni saya, Azrul Hairi. Bukan singa, gajah, harimau, ular sawa.”
            “Eh...tak kalutlah.” Izzie menafikan. Tangan ligat sahaja memilih seluar mana yang hendak dipakai oleh suami bagi menggantikan kain pelikat yang sedang dipakai. Akhirnya T – shirt berwarna kelabu dipadankan dengan seluar pendek berbelang putih, merah dan biru. Hairi meyambut hulurannya dengan senyuman.
            “It speaks for itself.”
            Izzie mendiamkan diri. Dia hanya berdiri di tepi balkoni menanti Hairi bersiap. Lima hari bersama, hati sedikit pun tidak terusik. Kenapa susah? Kenapa payah untuk menaburkan rasa cinta kepada suami sendiri? Dia bukannya menyintai orang lain. Sekeping hatinya belum dimiliki oleh sesiapa dan hajat dihati dan doanya saban malam hanya berharap agar hati ini akan dimenangi oleh suami sendiri. Apatah lagi Hairi tak kurang apa pun dan setakat ini melayannya dengan baik. Tak terlalu romantik dan taklah kasar sehingga mencaci – maki.
            “Saya dah siap. Jom!” Hairi menarik tangan Izzie selamba.



            MEREKA menyusuri tepian pantai dengan pasir yang memutih. Terlalu awal untuk bersarapan jadi mereka memutuskan untuk menghabiskan masa menikmati keindahan pancaran suria di pagi hari. Hairi seperti semalam lebih banyak bercakap mengenai kisah umum. Politik, ekonomi, dan hiburan menjadi topik pilihan. Sampai di hujung pantai, agak jauh dari Villa Danialla Hairi memperlahankan langkah.



            “Lepak sini jom.” Hairi menarik tangan Izzie agar duduk bersimpuh di hadapannya.
            “Lapar.” Izzie merengek sekadar memecah kesunyian. Yang kedengaran hanyalah desir ombak.
            “Kuat makan tapi badan tak besar – besar.”
            “Hey...awak baru bagi makan saya lima hari. Tak sempat nak besar.” Izzie ketawa sahaja. Hairi hanya tersenyum.
            Masing – masing mula seronok bermain pasir. Hairi mula membina istana pasir yang pada pandangan Izzie tak nampak macam istana langsung. Nampak macam volcano yang tengah tunggu masa nak meletup adalah. Izzie mengutip batu – batu kecil dan menyusun di sekeliling ‘istana pasir’ Hairi. Ranting kecil dicapai. Izzie menulis nama mereka berdua di atas pasir. Ditulis namanya, Izzie Laith di atas. Kemudian ditulis nama Azrul Hairi di bawah.
            “Nama pelik adik - beradik. Abang awak nama Izz Laith kan?” Hairi bertanya sambil menarik ranting kayu di tangan Izzie.
            “Ia dan nama kami tak pelik pun. Biasa saja.”
            “Izzie, you should draw this in the middle.” Hairi melakarkan bentuk hati di tengah – tengah, di antara nama mereka.
            Serentak pandangan antara mereka bersabung.
            “Susahkan.” Hairi mengeluh. Pertama kali Izzie mendengar Azrul Hairi dari sisi begini. Azrul Hairi yang sedang mencari – cari maksud perkahwinan yang dicipta oleh kedua orang – tua mereka.
            “Bila kita kehilangan bahasa dalam bercinta itu petanda cinta sebenar tak pernah wujud antara kita.” Izzie tunduk. Aku ambil ayat novel mana ni? Betul cakap Rehan, dalam novel nampak kisah kahwin paksa semua mudah. Benci sekejap, ada lipas terbang-terjerit-terpeluk-tercinta. Buat cupcake, masak sedap – sedap, air tangan jadi pengikat jiwa. Pakai seksi – seksi buat liur suami meleleh lepas tu bercinta-aman-bahagia-dapat-kembar. Izzie mempunyai lima buah novel bertemakan kahwin paksa tapi apabila dibandingkan dengan hidupnya sekarang, merentas realiti tidak seindah fantasi.
            Berdua – duaan dengan Hairi belum cukup untuk menerbitkan rasa hati, rasa cinta. Tak ada pun muka Hairi pelik atau nampak ghairah tatkala Izzie menyikat rambut ala – ala iklan Pantene atau pun muka Hairi terkejut tatkala melihat dia berkemban. Masalahnya dia pun sama. Tak pelik pun tengok Hairi selamba menukar pakaian di hadapannya, main pegang – pegang tangan rasanya biasa sahaja. Tak boleh dia nak terangkan ke tahap terkena kejutan elektrik bahkan tidur sekatil siap bermimpi indah, tak cuak sangatlah kecuali pagi tadi. Adakah penyerahan fizikal datangnya bersama penyerahan hati? Adakah ini titik permulaan hubungan suami isteri? Adakah gaya hidup moden mentafsirkan segala yang berlaku ini sebagai norma? Biasa?
            Okay surrender!
            Izzie bangun dan menepuk – nepuk pasir yang melekat di seluar yang dipakainya.
            “Duduk.” Hairi menarik tangan Izzie kasar.
            Izzie akur. Pandangan ditala ke wajah maskulin milik suami. Matanya yang tajam, bulu kening yang lebat, hidung yang mancung dan dagu yang terbelah diperhatikan ralit. Ralit kerana ada sesuatu yang disembunyikan oleh wajah itu yang dia gagal untuk mentafsir.
            “Tanpa cinta kita kehilangan makna, sedangkan makna itulah yang melahirkan bahasa. Bukankah makna cinta itu hadir dulu di dalam jiwa, kemudian barulah lahir ungkapan, aku cinta pada mu?”
            “Ini soalan atau ayat pujangga?” Izzie terkejut. Spontan dia bertanya.
            “Dua – dua pun tak.” Hairi meletakkan tangan ke bahu Izzie.
            “So?”
            “Izzie, kita berdua masing – masing nak jadi anak yang soleh. Nak dengar cakap ibu bapa kita tapi selepas ini tanggung jawab kita lagi besar. Nak jadi isteri yang solehah awak boleh ke? Dan saya nak bimbing awak? Saya tak bersedia.” Hairi berkata perlahan. Sungguh dalam hatinya dia tak mahu mensia – siakan anak gadis orang tapi memaksa hati menerima seratus peratus penuh rela juga dia tak mampu.
            “Go with the flow.” Izzie cuba berfikiran terbuka.
            “No, be the flow.”


            IZZIE LAITH. Nampaknya papan tanda nama pun siap dipasang dan digantung di pintu pejabat baru. Terasa kekok apabila terpaksa bekerja dengan suami sendiri. Bukannya apa, dia mempunyai kerjaya sendiri yang kukuh dan setakat ini dia tak jumpa alasan yang relevan kenapa dia harus menyertai syarikat milik Hairi. Malah bapa mertuanya amat terkejut apabila diberitahu akan keputusan anaknya sendiri.
            Izzie membuka sampul surat yang diberikan oleh Hairi semasa di Coffee Bean. Surat tawaran kerja oleh ARH Engineering Sdn Bhd. Syarikat yang dimiliki seratus peratus oleh arkitek professional Ar. Azrul Hairi, suaminya sendiri. Tak pasti dia nak mula dari mana sedari melabuhkan punggung di kerusi kulit yang disediakan khas untuknya. Di atas meja tersusun dua fail. Satu untuk projek membina 25 tingkat Menara Bina Land dan satu lagu untuk projek membina pasaraya TESCO yang baru.
            “Assalamualaikum.” Pintu diketuk dari luar.
            “Ya masuk.” Izzie mengerutkan dahi.
            “Puan Izzie?”
            “Nia Arluna. From JPRA. I’m your.....”
            “Oh yes! I’m glad to see you.” Izzie terus berdiri dan menghulurkan salam. Segan pula apabila mentor yang datang menjengah anak murid. Satu – satunya perkara yang diarahkan oleh Hairi setelah mereka berkahwin ialah dia wajib mengambil kursus jurutera profesional.
            “Ir Izzie Laith. That is what you gonna be called after this. Like it or love it.”
            “I’m gonna love it.”
            Izzie tersenyum. Gembira dalam duka. Gembira kerana ini juga merupakan impiannya tapi bukan senang untuk mendapat peluang sebegini. Dulu dia makan gaji, nak cukupkan jam kredit untuk menghadiri kursus pun susah nak dapat kelepasan, nak cari mentor pun susah tapi sekarang Hairi telah membentangkan jalan. Duka juga sebab sadis alasan yang Hairi bagi kenapa dia kena dengar arahan ini.

1.       Mengukuhkan lagi kedudukan Izzie dalam bidang yang diceburi.
2.      Untuk mendapat sumber kewangan yang lagi bagus.
3.      Untuk dipandang tinggi dan mendapat keyakinan sekiranya;
            Jodoh mereka pendek. Sekian. Bahagian ini Izzie tak nak ingat.     

            “Actually my husband is your husband’s friend. So here I am as your dedicated facilitator. Shall we start with a good lunch perhaps?”
            Rock you mentor!
            Izzie tersenyum sendiri. Dia mula sukakan Ir Nia Arluna yang akan menjadi mentor atau fasilitatornya nanti. Dia tak kisah akan masa depannya nanti.
            Ingat cakap Hairi di Villa Danialla dulu?
            Be the flow!


            IZZIE mengorak perlahan ke arah pejabat. Boleh tak rasa nak balik tidur? Dah kenyang makan tengah hari, mata dah mula mengantuk. Kata bini Bos, tak kan tak boleh nak ambil kesempatan kan. Ah! Sebenarnya memang tak boleh kerana dia datang kerja tadi dengan Hairi dan balik pun kenalah sekali. Tak kan nak suruh Hairi balik naik teksi pula.
            iPhone di dalam beg tangan berdering. Your Love Is King nyanyian Sade tak berhenti berkumandang. Izzie malas nak angkat kerana dia tahu siapa si pemanggilnya.


            “Saya dah nak balik ofis. Tak payah lah nak risau. Awak ni kenapa?”
            “Tak risau pun. Saja nak ambil berat, tak boleh?”
            “Ya Allah dia ni kan.” Izzie menggelengkan kepala. Tak faham kenapa sejak masuk pejabat, selang dua tiga bilik pun sibuk nak menelefon. Buang tabiat agaknya. Sebaik kaki melangkah masuk ke bilik pejabatnya sendiri, Hairi sedang menanti di dalam dan tersenyum.
            Izzie menjeling. Buang tabiat sungguh.
            “Tak ada kerja ke?”
            “Ada, kejap lagi ada mesyuarat dengan kontraktor. Pasal projek tu.” Jari telunjuk diarahkan ke fail nombor satu di atas meja Izzie.
            “Nak ikut.”
            “Tak payah. Tu projek orang lain sebenarnya tapi sebab dia dah nak berhenti, awak ambil alih projek tu. Tunggu dia handing over dulu lah.”
            “Projek siapa?”
            “Tengku Rinda. Dia MC hari ni. Esok awak boleh jumpa.”
            “Okay.”
           

            IZZIE melompat duduk di atas kabinet di tengah – tengah dapur. Boleh tak kalau dia yang jadi hidangan makan malam? Dah cantik posisi dia duduk sekarang di tengah – tengah island cabinet. Kenapalah Hairi nak makan malam di rumah. Penatlah. Izzie merungut sambil memikirkan idea atau resipi segera untuk dimasak.
            “Saya lapar. Tak masak lagi?” Hairi menjengah ke dapur. iPad diusungnya sekali dan Hairi turut melompat duduk di atas kabinet.
            “Penat dan malas sebenarnya tapi tengah gigih fikir nak masak apa ni.”
            Hairi tergelak. Hidung Izzie dijentik manja.
            “Masak Salmon Bagel. Muktamad.”
            “Hah?”
            Izzie hampir terjerit. Dia ingat aku Chef?
            “Makanan barat senang dan cepat. Go...go....” Hairi menolak bahu Izzie. Menyuruhnya bergerak ke peti ais. Dengan malasnya Izzie mengeluarkan kepingan ikan salmon, masukkan dalam ketuhar, tekan punat defrost.
            “Jangan muncung – muncung. Masak untuk suami kena penuh dengan kasih sayang. Baru jadi sedap.” Hairi memulakan aktiviti membuli. Matanya tertancap pada skrin iPad. Niat untuk memeriksa e-mail dilupakan. Seronok pula tengok muka masam Izzie. Resipi untuk membuat Salmon Bagel dicari.
            “Senanglah masak Salmon Bagel. Plain bagels kita dah ada. Itu saya tolong toast kan. Seterusnya Puan Izzie kena sapu cream cheese atas bagels tu. Kemudian bakar sikit salmon tu. Yang awak tengah potong tu apa? Haha..bawang merah potong nipis lepas tu letak atas salmon. Tuang sikit lemon, black pepper atau kalau nak rasa melayu sikit, sos cili jangan tinggal. Siap.” Hairi mengangkat muka.
            Terkejut melihat Izzie tercegat di hadapannya. Paras kepala Izzie hanya setakat dadanya. Maklumlah dia tengah seronok bersila di atas island cabinet. Tak sedar bila masa budak ni tercegat kat sini. Tadi macam tengah sibuk potong bawang.
            “Tolong rasa, sedap tak? Ingat nak letak nachos cheese. Baru beli semalam.” Botol nachos cheese dibuka dan dihulurkan kepada Hairi.
            “Eh, lupa sudu.” Izzie baharu nak berpaling pergi tapi Hairi menarik tangannya. iPad diletakkan di sebelah.
            “Sini, nak rasa.” Hairi selamba mencalit nachos cheese dengan jari telunjuk.
            “Sedap? Letak sikit ya. I don’t know it will go well with the salmon or not but we should try.”
            “Okay sedap. Nah, rasa.” Tak sempat Izzie mengelak, Hairi telah menyuakan jari telunjuk kanannya ke mulut Izzie.
            “Macam budak – budak makan Nutella.” Izzie merungut tapi tetap membuka mulut. Sporting aje.
            “Eh, nak lagilah.”
            “No...no....kerja siapa toast bagels? Jangan nak buat – buat lupa.” Izzie menarik botol nachos cheese dari tangan Hairi.
            “Nak lagi. Bak sini.”
            “Tak boleh.” Izzie cuba merampas botol dari tangan Hairi tapi dengan tangkas Hairi mengepung Izzie dengan kedua - dua kakinya.
            “Ala....” Izzie tak dapat nak lari tapi dia cuba menangkap botol d tangan Hairi.
            “No! I said no! Izzie.....”
            Nachos cheese selamat berterabur di atas dada Izzie. Hairi tergelak. Izzie pun tergelak sama.
            “Kotor dah. Bila nak siap makan malam kita.”
            Hairi tak habis – habis tergelak. Kelakar melihat Izzie yang comot. Dia melompat turun. Mengambil kain pengelap dapur.
            “Sini, saya lapkan.” Hairi mendekati Izzie.
            “Sampai bersih ya.” Izzie bercekak pinggang gaya Bos. Suka pula membuli Hairi yang terbongkok – bongkok mengelap.
            “Izzie, awak pakai seksi sangat, Ni dalam bra pun masuk. Kena mandilah jawabnya. Hahaha.....” Hairi tergelak nakal.
            ‘Tak kira, makan dulu. Lapar ni.” Balas Izzie selamba. Biasalah duduk rumah pakai baju spaghetti strap. Tak kan nak pakai baju kurung kedah pula malam – malam buta ni. Akhirnya salmon bagel yang tak cukup sifat selamat mendarat dalam perut masing – masing. Nasib baik Hairi yang jenis kaki buli tapi ringan tulang menolong mengemaskan dapur. Berbeza dengan karektor di pejabat. Serius dan kerjanya mengarah sahaja tapi kalau dengan Izzie dia mencuba sedaya – upaya untuk merubah karektor.
            “Jom!” Hairi menarik tangan Izzie.
            “Mandi?”
            “Yap. Mandi wajib sekali. Senang.”
            Pipi Izzie memerah. Malu walau pun bukan untuk kali pertama. Hakikat jurang besar antara mereka yang sebenar ialah hati yang belum bersatu membuat Izzie keliru.
            Mereka beriringan mendaki anak tangga dan di anak tangga ke tujuh, Hairi berhenti.
            “Saya suka semua susun atur baharu rumah kita. Saya lagi suka semua gambar yang awak susun di sini.” Hairi menunjukkan ke arah bingkai gambar berwarna hitam yang membingkaikan 5 jenis panorama berbeza semasa bulan madu mereka di Villa Danialla dulu.
            “Tapi kenapa bukan gambar kita? I love the picture we riding the horse during sunset. It is very awesome.” Hairi menyambung kata, penuh makna.







             IZZIE tersenyum sendiri. Hari ini Hairi tak ada. Suka pula suami tak ada. Pelik sungguh Izzie ni. Hairi menghadiri mesyuarat di Port Dickson jadi secara dasarnya Izzie bebas. Cadangnya tengah hari nanti selepas berjumpa dengan Arluna, dia mahu berjumpa dengan Rehan. Walau pun terpaksa meredah bandar raya untuk ke pejabat Rehan di Bangunan Maju, terpaksalah. Nak jumpa juga.
            Baru sampai di kawasan parkir, dia ternampak Tengku Rinda, rakan sepejabatnya kini sedang bersandar di kereta.
            “Are you okay?” Izzie menjerit dari jauh. Apabila melihat Tengku Rinda tersangat lesu melambaikan tangan, Izzie berlari ke arahnya.
            “Bukan you patut MC lagi ke?”
            “It’s okay. I nak settle kan a few things. Lagi pun today is my last day here.”
            “So macam mana ni? You look so bad and I don’t think you can drive.” Izzie mula memapah Tengku Rinda yang kelihatan semakin lemah. Tengku Rinda dipapah ke keretanya dan didudukkan di tempat duduk penumpang.
            “Hello...hello...awak tolong saya. Tengku Rinda sakit. Saya nak buat apa?” Hanya Hairi yang terbayang di benak fikiran. Pasti suaminya tahu apa yang perlu dibuat.
            “Hah? Okay. Awak dengar apa saya cakap ni.” Suara Hairi di hujung talian kedengaran cemas juga tapi lancar sahaja memberi arahan kepada Izzie.

           
            EMAK Tengku Rinda memegang tangan Izzie lama. Wajah sedih terbayang di wajahnya. Sama seperti wajah Mommy, fikir Izzie di dalam hati.
            “Auntie, saya balik dulu. Harap Rinda okay. Tak ada yang serius.” Izzie tersenyum. Nasib baik apabila keretanya memasuki perkarangan rumah mewah keluarga Tengku Rinda, emaknya sedang menanti dan seperti sangat bersedia menanti kemunculan mereka. Bah kan doktor peribadi mereka tiba beberapa minit kemudian.
            “Terima kasih sangat Izzie. Auntie tak tahu nak cakap apa tapi rupa – rupanya perancangan Allah itu indah. Nampaknya jodoh Hairi ternyata lagi baik dari Rinda. Hanya gadis baik dan isteri yang sangat menyayangi suami akan memahami masa lampau suami.”
            Tanda soal mula bersarang di dalam benak fikiran. Sungguh dia terkejut tapi sedaya upaya dikawal emosi yang mula dibuai ombak gelisah.
            Selama ini Tengku Rinda ialah kekasih Hairi? Sama tempat kerja? Hairi boleh selamba sahaja mengajaknya bekerja sekali? Kenapa? Untuk menyakitkan hati bekas kekasih sendiri? Kenapa mereka berpisah?
            “Sampaikan salam Auntie pada Hairi. Terima kasih Izzie.”


            SUASANA tegang. Izzie berpeluk tubuh sedari tadi. Hairi pula hanya bersandar di sofa. Penat dan letih belum hilang kini ditokok dengan masalah berat.
            “Saya dah agak awak akan tahu juga tapi fikir saya mungkin saat itu Rinda sudah tiada.”
            “Maksud awak?”
            “Dia sakit Izzie. Rinda menghidapi luekimia. Masanya tak lama pun.”
            “Berpisah semata – mata sebab itu?”
            “Tak.”
            “Habis?” Izzie hampir menjerit.
            “Awak ni kenapa? Terjerit – jerit macam ni? Awak dah sayangkan saya sangat? Dah cintakan saya? Itu yang cemburu macam ni? Kenapa nak besarkan benda yang dah lepas?”
            “I’m sorry. Saya agak melampau. Saya minta maaf tapi.....”
            ‘Tapi apa? Just forget it.”
            “Two questions.”
            “Shoot and make it quick.”
            “Kenapa berpisah?”
            “My parent. Your parent. This marriage.” Jawapan Hairi ringkas bersahaja tapi menusuk ke kalbu. Bukan dia cemburu, bukan dia rasa sedih tapi dia kecewa. Kenapalah masih ada ibu bapa yang mementingkan diri seperti ini? Sekurang – kurangnya generasi moden seperti dia dan Hairi mampu lagi untuk tunduk kepada permintaan yang tak relevan dengan zaman kerana inginkan restu ibu bapa dan kononnya percaya kepada jodoh tapi mereka? Pernahkan mereka simpati dengan nasib dan derita anak sendiri? Relevankan permintaan mereka?
            “Do you still love her?”
            “We know each other since university. What do you think the answer gonna be? Hurt you more?”
            “Kita baru kenal. Saya tak akan terluka. Saya tak akan menderita seperti Rinda.” Izzie menjawab perlahan. ARH bukanlah bermaksud Ar. Hairi tapi Azrul Rinda Hairi? Izzie mengetap bibir menahan rasa.
            Bohong kalau dia tidak terasa apa – apa. Bohong kalau dia tak sedih tapi melihat penderitaan orang lain, kisah cinta yang tidak kesampaian seperti Rinda membuat hatinya pilu. Kejamkah dia yang menjadi punca segalanya. Nak sangat terima. Kononnya kahwin paksa boleh bahagia. Kononnya nanti dia akan memenangi hati Hairi juga. Hakikatnya perkahwinan mereka tak seperti yang dijangkanya. Hairi melayannya baik. Hairi sentiasa berterus terang dalam setiap hal. Malah dia yang kematian kata, kematian langkah. Dia tak perlu memenangi hati Hairi kerana baginya hidup mereka tenang sahaja. Hairi tak nampak pun bencikannya tapi terlalu mencintainya pun tidak. Mereka sekadar pasangan suami isteri yang sedang bertatih, mencari – cari sebuah makna perkahwinan.


            “KENAPA buat macam ni? Saya tahu awak tak pernah cintakan saya tapi kita baru kahwin. Tak sampai dua minggu. Kenapa nak berpisah? Kenapa kena beritahu Mommy dan Daddy masalah kita?” Hairi agak tertekan. Keluarga Izzie benar – benar mendesak agar melepaskan anak perempuan tunggal mereka dengan cara baik.
            “Saya tak nak hidup atas penderitaan orang.”
            “Keluarga awak sekarang pandang saya seperti suami yang tak pandai jaga isteri tahu tak? Tak cukup apa yang saya bagi selama ni? Saya tak pernah cakap saya cintakan awak sebab kita baru kenal tapi saya suka awak. Awak isteri yang baik. Saya suka awak di sisi saya. Tak cukup lagi?”
            “Hairi, saya rasa ini bukan masalah kita. Ini lebih kepada masalah orang lain. Rinda lagi perlukan awak.”
            “Awak tak perlukan saya?” Hairi bertanya sambil memicit kening.
            “Dia lagi perlukan awak dan awak pun cintakan dia.”
            “Kalau saya lepaskan awak, saya nak cakap apa pada keluarga saya sendiri? Malu keluarga saya nanti.”
            “Keluarga awak dah tahu. Mereka susah nak terima tapi saya cakap saya tak boleh terima awak. Saya cakap kita tak serasi.”
            “Betul kita tak serasi? Duduk sini Izzie Laith.” Hairi mula hilang sabar. Dia tahu bukan senang nak mendidik seorang isteri. Terutamanya anak manja seperti Izzie. Nampak sahaja selamba dan riang tapi dia tahu Izzie masih mentah dalam menilai sesuatu.
            “Kalau boleh saya nak temankan Rinda sehingga ke nafas terakhir. Kalau boleh saya nak sentiasa di sisi Rinda tapi dia bukan jodoh saya. Allah dah tetapkan jodoh Azrul Hairi ialah dengan Izzie Laith.”
            “Saya tak boleh terima. Saya tak boleh terima.” Izzie mula menangis.
            Bagaimana dia mahu katakan kepada Hairi. Selepas emak Rinda membawa perkhabaran tersebut, Izzie meminta izin untuk naik berjumpa Rinda. Dia inginkan kepastian. Dan kebenaran yang wujud di depan mata merobek hati dan perasaannya. Rinda sedang berbaring di katil. Tersangat lemah dan Rinda sedang menatap gambar Azrul Hairi. Rinda langsung tak menyorokkan bingkai gambar tersebut tapi menghulurkannya kepada Izzie.
            “Awak kena terima. Ini takdir Allah. Saya sedang belajar untuk mencintai isteri saya sendiri dan tolong ingat. Berdosa besar seorang isteri meminta sebuah perpisahan. Saya penat. Saya nak naik mandi.” Hairi memandang ke arah Izzie. Sekilas beg yang tersandar di pintu masuk utama dikerling. Nampaknya Izzie benar – benar tekad untuk berpisah.
            “Jangan awak berani langkah keluar pintu tu. Saya tak izinkan dan jatuh talak satu kalau awak berani keluar. Angkat beg awak masuk dalam.” Hairi menarik Izzie ke dalam pelukan. Cuba memberi sedikit ketenangan dalam jiwa seorang isteri yang sedang keliru. Cinta dan sayang memang teras kebahagiaan rumah tangga tapi didikan dan kesedaran akan sebuah tanggungjawab adalah yang paling utama.
            “Hairi.....” Izzie terkejut.
            “Nanti naik. Emmm....I think you should know. Be the flow means we create what we want. I want this marriage to work and that is why I want you to work with me.”
            “Dan sakitkan hati Rinda sehingga dia berhenti kerja?”
            “Dia tak mampu pun nak kerja lagi. Dia dah bagi notis berhenti sebulan yang lalu. Dia kena terima saya dah ada isteri dan bukan niat saya untuk menyakitkan hati dia. Hati saya lagi sakit tapi tanggung jawab saya lagi besar. Kalau awak jauh, sampai bila pun awak tak akan kenal siapa sebenarnya orang yang awak nikahi dan buktinya tengoklah. Izzie, kita bukan kelip – kelip. Kitar hayat kita berbeza bukan cuma dua minggu. Kita hamba yang mencari keredhaan Ilahi. Untuk hidup yang kekal di alam sana bukan semata – mata di dunia.”
            Izzie terduduk. Dia telah berjanji kepada Rinda. Berjanji untuk memulangkan kebahagiaan Rinda. Kebahagiaan Hairi juga sebenarnya. Dia tahu Rinda dan Hairi saling menyintai tapi mereka berdua adalah antara hamba Allah yang gigih diuji. Dan dia? Dia tersangat lemah.


            HAIRI bergegas menuruni anak tangga. Berita yang diterima di saat – saat begini benar – benar menguji keimanannya.
            “Izzie...Izzie....” Hairi meliar mencari si isteri. Pintu depan yang terbuka dan beg tadi yang telah tiada di situ membuat jantung Hairi hampir tercabut.
            “Hairi, Saya minta maaf. Saya tak mampu. Saya tak boleh.” Izzie berdiri di luar rumah. Melangkah syarat sah talak yang dilafazkan oleh Hairi sebentar tadi.
            “You are so naive and stupid!” Hairi menjerit dari dalam. Menyesal juga dengan keterlanjuran kata kerana dia benar – benar tak menyangka Izzie seberani ini.
            Air mata Izzie mengalir laju. iPhone ditangan digenggam erat.
            “I’m sorry.”
           “Apa yang awak nak menyesal lagi. Awak dah pilih jalan awak sendiri. Saya turun nak beritahu awak. Rinda, she passed away.”
            Mimpi Izzie Laith yang berderai tatkala meredah realiti kerana sebuah perkahwinan bukan sebuah mainan.


 Hey, I oughta leave the young thing alone

But ain't no sunshine when she's gone

Ain't no sunshine when she's gone

Only darkness everyday


Ain't no sunshine when she's gone
This house just ain't no home
Anytime she goes away



p/s: This is hadiah to all kahwin - paksa readers theme haters and lovers. The awesome cover is specially made for me by teka who? Awesomee sgttt!!! Thanks u yes u!
And this story and cover is made within a few hours. Yes kerja giler but happy and puas and the story also as a gift to Jazmeen Hj Abdullah and SH( u knw who u r, thank you) and ALL READERS AND FOLLOWERS KARYA LEPAK.
p/s/s: Bukan kemahiran sy buat cerpen sbb novel pun baru bertatih tp ada mentor yg sudi ajar so bolehla :)
Enjoy ur Friday!
TGIF!
Lev,
XOXO KL

Wednesday, 2 January 2013

Pokok Krismas Bergerak (PKB) Bab 10


           



            “Dell.”
            “Aisha.”
            “Dell.”
            “Aisha. Full stop.”
            Darren menggunakan kuasa veto. Tak suka apabila Bellina memutuskan untuk menggelarkan puteri mereka Dell. Dah macam nama komputer. Minta maaflah, dia tak boleh terima nama terlebih moden. Lagi pun bukan Darren tak tahu Bellina sekadar nak menyakitkan hatinya. Tak habis – habis perang dingin yang dilancarkannya. Susah betul nak memujuk Bellina. Kalau Bellina mengharapkan perkataan maaf keluar daripada mulutnya memang silap besar. Darren tak pernah kenal erti perkataan maaf. Dia tak pernah diajar untuk murah menuturkan perkataan maaf atau lebih tepat perkataan maaf tak wujud dalam kamus kehidupannya.
            Telefon yang berdering dan malas dijawab dari tadi akhirnya diangkat juga apabila Bellina memaksa. Maklumlah, kalau dah nampak nama Khairy, nak angkat pun malas. Mesti nak bercerita mengenai bisnes, tak lain tak bukan. Mood bercuti tengah melanda, kalau boleh segala – galanya mengenai perjalanan kilang mahu diserahkan kepada Khairy yang akan memangku tugasnya tiap kali sedang bercuti.
            “Khairy tak kan telefon kalau tak penting. Go answer his call.” Bellina berbisik perlahan dengan tangan gaya menghalau Darren dari katil.

           

            Darren menjauhi Bellina yang sedang menyusukan si kecil Aisha. Rasanya melihat sifat keibuan Bellina menjaga Aisha siang dan malam makin melunturkan ego lelakinya. Semua kisah lampau Bellina yang sering terlayar di ruang minda seakan terbang dan berganti dengan saat – saat indah mereka berdua bergelar Papa dan Mama untuk si comel Delisha Aisha.
            Hate the sin, not the sinner!
            Itu kata – kata Mikhail yang selalunya boleh diterima pakai. Kalau Zaki, dia merewang pergi Pluto, singgah ke bulan, patah ke bumi baru sampai ke destinasi. Lepas tu baru boleh timbang kata – kata Zaki yang mana boleh dipakai. Mikhail ni agaknya sebab seorang artis, agak pendiam dan apabila dia berkata – kata, pasti buah ayatnya memberi makna. Apatah lagi perkahwinan Mikhail dan Ayra juga aturan keluarga. Mikhail lebih sensitif dengan situasi dan perang perasaan yang dialaminya. Bukan senang memupuk cinta seperti bukannya mudah untuk menerima kekurangan pasangan kita.
            Darren memutuskan kehidupan sosial yang pernah dilalui Bellina sama sahaja dengan kehidupannya. Tak layak pun dia nak menggunakan kata – kata Mikhail kerana dia sendiri pun sama sahaja dengan Bellina. Darren tak pernah terfikir untuk memilih perempuan yang baik dan stok ustazah untuk dijadikan isteri. Dia pun tahu mengukur baju di badan sendiri. Maklumlah diri sendiri pun dikelilingi oleh perempuan – perempuan yang menjalani kehidupan sosial sepertinya. Hanya apabila Megat Ali memaksa dirinya berubah kerana mahu bermenantukan Bellina yang dikatakan perempuan yang baik akhlaknya membuatkan Darren meletakkan kayu pengukur yang tinggi. Sementelah lagi apabila dia benar – benar jatuh cinta dengan Bellina, dicubanya untuk berubah walau pun hipokrit. Dia masih menjejakkan kaki ke kelab dan disko apabila terpaksa. Jatuh dalam kategori terpaksa – rela sebenarnya kerana dia juga dulu yang selalu melayan prospek pelanggan di tempat sebegitu jadi nak menukar cara amat susah. Lainlah kalau prospek pelanggan tu jatuh dalam kumpulan pak cik – pak cik tapi ada pula pak cik yang mengheretnya sehingga ke kelab dangdut. Jadi manakan dia dapat hilangkan gaya hidup lamanya seratus peratus. Darren cuma boleh mendabik dada kerana sekurang – kurangnya dia melangkah ke tempat sebegitu bukan semata – mata untuk berhibur.
            Pencarian mencari perempuan yang baik yang tak pernah bermula pun sebenarnya, eloklah dia noktahkan di sini, hari ini. Darren menolak sliding door dan menjawab telefon di balkoni. Bimbang perbualannya mengganggu puteri mereka yang baru berusia dua minggu.
            “Minggu depan? Kau tahu tak anak aku tak sampai sebulan pun lagi?”
            Suara tegang Darren membuat pandangan Bellina berkalih ke balkoni. Delisha Aisha yang tertidur dipindahkan ke baby cot agar lebih selesa. Sebulan apa, dua minggu pun baru cukup hari ini. Bellina berdiri di tepi katil. Rasa bebas kerana Mommy sudah tiada. Seksa teramat menjalani pantang dengan dijaga rapi oleh Mommy. Penderitaan yang dia rasa semasa berpantang kalah rasa sakit nak bersalin.

            Berjalan kepit – kepit. Dah kenapa tak boleh berjalan biasa?
            Minum air jangan banyak. Bukan lagi baik minum air banyak kan?
            Makan yang kering – kering dulu. Sembelitla Mommy!
            Bangun pagi – pagi berurut. Mengantuklah Mommy!

            Ada sahaja jawapan Bellina pada setiap arahan Mommy. Aisha jenis berjaga malam. Dia dah macam zombie berjaga siang dan malam. Nasib baik Darren murah hati menjaga Aisha apabila melihat Bellina terlalu penat. Memang Bellina tak kan suruh pun Darren bangun, nak kejutkan pun jauh sekali. Maklumlah silent treatment Bellina terhadap Darren masih aktif.
            Mommy akhirnya dengan berat hati membiarkan Bellina berpantang sendiri di rumah. Jangan harap Bellina nak balik berpantang di rumah Mommy kalau setakat empat benda yang Mommy cakap tu pun dia dah masam muka. Nasib baiklah Darren memujuk Mommy dan berjanji untuk menjaga Bellina. Darren berjanji akan mengingatkan Bellina tentang pantang larang yang diperintahkan Mommy. Bellina hanya mampu tersenyum. Berani Darren nak mengarah sesuka hati dalam keadaan begini? Tekaan Bellina silap kerana Darren Umar memang berani!

            Bell, boleh tak jalan perlahan sikit. Kalau you nak jalan macam tu, I dukung karang.
            Bell, dah – dah. Sini mug tu. Kalau you nak minum 10 glasses a day, tunggu habis pantang.
            Bell, kalau you tak nak makan, I suapkan. Baik you makan.
            Bell, bangun. Mak Cik Seri dah sampai nak berurut.

            Seminggu dijaga oleh Darren, tiba – tiba Bellina nak Mommy yang jaga balik. Darren lagi tegas dan berdisiplin. Nanti jangan harap Bellina nak tuang pantang larang dalam tempoh 40 hari berpantang yang ditetapkan oleh Mommy.
            Bellina mengelilingi katil dan mengemaskan cadar, comforter dan bantal - bantal  yang berselerak. Minta maaf ya, dalam pantang pun dia tidur dalam air cond. Seminggu tidur tanpa kipas terasa seperti di hidup di gurun. Bab ni Darren angguk sahaja sebab dia sendiri tak tahan panas. Tak ada makna Darren nak bagi Bellina bilik khas berpantang. Semua dia nak ada depan mata.
            “Pagi – pagi dah bersenam otak dan akal lah aku dengan rancangan kau ni. Acapulco kejadahnya?”
            Darren sempat masuk kembali ke bilik dan mengambil kotak rokok dan pemetik api. Bellina dijeling sekilas. Degil tak habis – habis. Suruh jangan buat kerja pun tak nak dengar juga. Tekanan tahap tak boleh dibendung dah ni. Dulu dia yang beria untuk mencari peluang perniagaan di Monterrey. Kononnya sambil – sambil tu boleh berjalan ke Acapulco, tempat pelancongan terkenal tapi itu zaman dia tak ada komitmen. Dulu lain, sekarang lain. Kalau tinggalkan Bellina sekarang jawabnya makin ke laut hubungan mereka berdua.
            Bellina ni pun satu. Bila dia bagi perumpaan untuk menagih simpati, Bellina buat tak reti. Penat dia karang ayat.
            “Kadang – kadang kita kena berbaik sangka dengan orang. Contoh orang yang curi coklat sebijik kat kedai Pak Mat. Tak semestinya dia jahat kalau nak dibandingkan dengan orang yang sedekah cek lima ratus ribu kat masjid tapi sengih – sengih pegang replika lepas tu tengok kamera. Itu namanya bersedekah tapi ada makna lain.”
            Jawapan Bellina buat jiwa dia lagi tersentap adalah.
            “You nak cakap yang curi coklat sebijik tu you ke? Salah you tu kecik sangat ya? Yang sedekahkan cek tu Bakhtiar ke? Correct me if I am wrong but just so you know, me and Buck have no special relationship. By the way macam mana you kenal Buck?”
            Darren langsung tak menjawab soalan Bellina. Tak penting dia kenal si keparat Bakhtiar tu. Agaknya sebelum Bellina kenal Bakhtiar, dia yang kenal dulu Bakhtiar. Kalau panjang dia melayan memang hajat dihati untuk memperbaiki hubungan tak ke mana.
            Habis rokok sebatang seiring dengan habis bercakap dengan Khairy. Peluang datang sekali seumur hidup. Bellina pun seorang sahaja di dunia ni. Nak ambil hati bini atau nak rebut peluang yang akan lebih menjamin masa depan mereka sekeluarga?
            “So Acapulco?”
            Darren terkejut apabila elok dia menutup kembali sliding door, Bellina berdiri betul – betul di belakang.
            “Kalau Acapulco saya dah lompat tak turun bumi. Ni Monterrey. Kena fikir 18 kali nak pergi ke tak.” Khairy tadi sengaja memancingnya kononnya kalau bosan bekerja, boleh melencong untuk bersantai di Acapulco yang terkenal sebagai pusat peranginan dan memiliki pantai antara yang tercantik di dunia.
            “Bila? Nak I tolong kemas barang you?” Bellina langsung tak teruja. Tak nak turun bumi? Huh! Macam best duduk kat atas yang tak cukup oksigen tu. Sempat dia membebel dalam hati.
            Darren meninggalkan Bellina dan bergerak ke arah baby cot. Berasap kepala mendengar pelawaan Bellina yang kedengaran sinis sahaja. Gembira sangat ke dia nak pergi? Tak boleh jadi ni. Apabila berpuas hati melihat Aisha yang nampak tersangat lena tidurnya, Darren bergerak ke arah katil dan duduk bersila di pinggir katil.
            “Bell, you tengah pantang. Tak boleh nak jalan sesuka hati. Sini, duduk.”
            “Sekejap, I nak susun barang Aisha ni. Berselerak. Bibik tak datang kan hari ni?”
            “You nak I dukung you atau you nak datang sendiri?” Darren geram apabila Bellina bersikap endah tak endah. Dia bersyukur apabila Bellina masih di sisinya tapi sikap degil Bellina yang makin ketara membuatnya geram.
            “Turunkan I.” Bellina menjerit sambil menepuk – nepuk belakang Darren apabila tanpa amaran, Darren menghampiri dan terus mendukungnya ke katil.
            “Dengan I jangan nak tunjuk keras kepala Bell.” Darren duduk memandang Bellina dengan tajam. Muncung Bellina sekarang panjang kalah galah buat kait rambutan. Dagu Bellina disentuh lembut.
            “Projek yang I pernah cakap dulu dapat. I am very happy with this news but to leave you and Aisha make me think twice to go.”
            “Pergilah. Kitaorang okay je.”
            “You dalam pantang lagi Bell. You tak nak Mommy jaga. Tegas sangat lah. Seksa lah. Nak duduk rumah sendirilah. Macam mana I nak tinggalkan you?”
            “I pandailah jaga diri.”
            “Cakap senang je kan.” Darren memegang kedua – dua belah tangan Bellina.
            “Cuba pandang sini. Kalau I pergi, sampai bila pun kita tak kan baik. Sampai bila pun you jual mahal. You tahu tak sikap you yang dingin macam ni mendera perasaan I? Lagi you nak I pergi?”

            Say sorry please.
            Say sorry and I’ll forgive you.
            Say I love you and I’ll die for you.

            Bellina berangan dalam hati. Bolehlah dia berangan mat jenin macam ni sebab dia pasti hampir seratus peratus Darren tak akan mengakui kesilapannya secara terang. Kalau Darren sangka dia boleh melupakan sahaja layanan buruk Darren di saat dia tengah sarat mengandung, jangan harap!
            “Darren, I think you read me wrong. I ni memang bukanlah kategori mak jemah kampung yang lemah - lembut dan jalan mengalahkan kura - kura menang pertandingan tapi I tahu lagi tanggungjawab I sebagai isteri. I tak kan terhegeh – hegeh nak pergi cari Bakhtiar atau mana – mana lelaki yang you pernah nampak I am with zaman dinasour dulu tu. I juga boleh jaga Aisha. You can go without worrying about me.”
            Darren tergelak mendengar nada serius Bellina dengan perumpaan kelakar yang digunakannya. Bertambah sayang dia kepada si isteri. Dari duduk berhadapan, Darren sama – sama bersandar di kepala katil dengan Bellina. Kepalanya dilentokkan di bahu Bellina. Bau rambut dan bau badan Bellina menyapa hidung. Dah hilang bau herba, dah agak mesti tak ada Bellina nak sapu param ke badan kalau tak diingatkan.  
            “Dah ni kenapa nak manja sangat?” Bellina buat – buat menolak kepala Darren. Selalu taktik dia nak menyakitkan hati Darren tidak berjaya. Ada sahaja idea Darren nak memujuk atau langsung buat tak tahu. Mommy kot duduk berdoa agar dia tidak menjadi isteri derhaka. Bukan nak derhaka sangat tapi nak ajar si suami agar lebih memahami perasaan seorang isteri.
            Tiba – tiba Darren terfikir. Panjang rajuk Bellina setelah dilayan kejam olehnya dan seandainya Bellina mengetahui kisahnya, bagaimana agaknya penerimaan Bellina? Pasti bukan setakat tolak kepala manja – manja begini, kepalanya kena penggal mungkin.
            “I manja dengan isteri I, bukan macam orang tu.” Darren tergelak walau pun dalam hati berulit gundah yang ditolak ke tepi.
            Kalau Bakhtiar berani nak bermanja dengan Bellina lagi, bolehlah berangan berjalan pakai tongkat seumur hidup. Darren belum faham sepenuhnya perasaan sensitif yang Allah anugerahkan kepada kaum Hawa tapi dia bertekad mahu melayan sahaja rentak Bellina.
            “Bell, what do you think the best? You izinkan I pergi ke?”
            Darren beralih posisi dengan memeluk bahu Bellina dari belakang dan dia memejamkan mata menanti jawapan Bellina. Kalaulah Darren tahu pemergiannya akan memisahkannya dengan permaisuri dan puteri dalam hidupnya, pasti dia berharap supaya Khairy ditelan oleh kerak bumi.
            Bellina terdiam. Sejak bila seorang suami kena minta izin daripada isteri?
           
            

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...