Wednesday 25 April 2012

Untuk Semua Dosaku (USD) Bab 2


               Lisa duduk memeluk kaki di atas sofa. Dia suka dengan keadaan apartment di Pasing. Tenang dan yang penting jauh dari kelibat pelajar – pelajar Malaysia yang seangkatan dengannya yang sebenarnya berapa kerat pun. Sebenarnya untuk semester pertama, tempat tinggal disediakan oleh pihak penaja biasiswa dan kemudahan disediakan betul – betul berhampiran dengan TUM. Dengan kos sara hidup yang tinggi di bandar rasanya Lisa memperjudikan pilihannya untuk mula berdikari seawal semester pertama!
               Bukan Lisa tak gemar dengan kehidupan di bandar tapi kehadiran Tengku Akhbar menyesakkan jiwa. Memang tak kena nak menghadap Tengku Akhbar setiap hari yang tinggal di tingkat bawah flatnya. 
               Lagi satu sebabnya ialah baru seminggu di bumi Bavaria Lisa sudah lemas dengan pelbagai pertanyaan Lili di Malaysia mengenai Tengku Akhbar. Kata Lili, kawannya obses sangat dengan Tengku Akhbar. Kata Lili lagi, Lisa siap boleh dapat elaun atau upah kalau rajin menyuap kawannya yang Lili sendiri tak nak bagitau siapa sebenarnya dengan maklumat mengenai pergerakan Tengku Akhbar di sini. Matilah dia nak jadi mata – mata di sini. Pantang buka Facebook, pasang Mesengger, mesti Lili ada je online.
               Akhirnya Lisa memberi alasan dia mahu berpindah. Dikhabarkan kepada Lili, suasana tempat barunya tidak menarik. Pada hal dia penat nak melayan Lili. Dia lagi penat nak melayan Tengku Akhbar yang nampak berminat dengannya. Layan sikit – sikit tu bolehlah.
               Paling best, Lili cakap kawannya yang minat Tengku Akhbar sanggup menolong Lisa untuk mencari rumah sewa. Best lah sangat offer tu. Lili memang hidup mewah di JB dengan Papa jadi Lisa tak hairan pun kalau kawan Lili tu stok kerabat sekali pun. Lainlah dia, campur dengan pelbagai jenis orang kalau di KL. Dari yang sekaya – kaya Tengku Akhbar sehinggalah semiskin – miskin Jun. Lili kenal Tengku Akhbar pun seminggu sebelum Lisa dan Tengku Akhbar berangkat ke German. Kebetulan Lili ada di rumah Mama, Lisa minta Lili temankan ke KBU. Ada urusan yang hendak diselesaikan di kolej sebelum berangkat. Di situlah Lili berkenalan. Tang kawan dia yang tetiba pula minat Tengku Akhbar itu yang Lisa musykil tapi malas nak banyak tanya.  
               Mengenai offer kawan si Lili, syarat Lisa, janji ada roommate. Sharing basis flat dah cukup bagus. Malas Lisa nak cakap kenapa dia nak room - mate kepada Lili. Tak payah bagitau. Pelik kan? Lili di Malaysia, Lisa di German tapi orang Malaysia yang tolong menguruskan semuanya untuk dia. Kerja Lisa, pack barang, naik Metro, Line 8. Turun di stesen Pasing dan berjalan di sepanjang Gleichmannstrasse. Lebih kurang 150 meter menyusuri Gleichmannstrasse yang tenang dan hanya kelihatan beberapa penduduk tempatan berjalan keluar masuk kedai di sepanjang jalan menumbuhkan senyuman di wajah Lisa dan dia kemudian berjalan membelok ke kanan ke Bodenseestrasse.
               Tak percaya sebenarnya Lisa memilih untuk hidup terpencil di Pasing. Kalau nak mengenangkan hidupnya yang tak tentu hala di KL dulu rasanya kali ini macam berubah sangat. Cuak juga. Mampukah dia nak hidup gaya orang pencen di bandar kecil Pasing. Di Institutstrasse, tersergam bangunan 5 tingkat yang bakal didiaminya. 
               Lisa mula bosan. Daripada duduk – duduk tak tentu hala baik dia bersihkan apa yang patut atau mengemas bajunya yang masih berselerak di lantai. Pintu sliding yang berwarna putih dikuak. Pemandangan dari apartmentnya di Tingkat 5 ini menghadap Sungai Wuerm. Pemandangan untuk seorang pelajar kejuruteraan yang tak pernah terbayang di kepala Lisa sebenarnya. Kalau pergi bercuti bolehlah dia nak bayangkan sewa hotel menghadap laut lah, menghadap sungai, tasik atau lagi menjadi kegilaan sekarang ialah hotel di atas laut. Masalahnya dia bukan nak pergi bercuti tapi nak berperang untuk mendapat segulung diplom. Istilah ijazah yang digunakan di sini.
               Lisa pelik juga sebenarnya, apartment ini nampak amat mewah untuk didiami oleh pelajar tapi Lili cakap bakal teman serumahnya mencari teman untuk mengurangkan sewa. Amat gilalah kalau nak duduk seorang diri. Sewa apartment ni sebulan ialah $1500! Lisa hanya membayar $500 sahaja. Lili cakap teman serumahnya anak orang kaya. Agaknya anak orang kaya yang macam mana suka duduk di pinggir bandar macam ini siap cari lokasi baik punya menghadap sungai?
               Bab tu buat Lisa kembang perut mendengar. Jangan stok keluaran gedung Gucci cukup, jenuh dia nak melayan. Dia bukannya anak orang kaya nak bermewah – mewah sangat di bumi asing dengan kos yang amat tinggi ini. Duit biasiswa pun separuh sudah diperuntukkan untuk membayar sewa. Lisa cuma bernasib baik dan tak perlu risau sangat kerana Papa berjanji untuk mengirimkan wang tambahan setiap bulan. Nak kena bayar tiket bulanan metro lagi. Nak pergi TUM dari sini bukan dekat. Mahu dalam 40 minit. Bas pula punyalah bercinta, dua jam sekali kot ada sehinggakan Rachel, pengurus apartement (land lord) pun tak ingat jadual bas.
               Tak lah canggih mana German kalau begitu. Pendapat orang yang biasa melihat bas sebagai pengangkutan utama di Malaysia. Lisa tersenyum sendiri. Kat sini lain. Macam – macam pilihan ada mengikut tempat. Metro Tram, S bahn, U bahn. Baru dia teringat untuk memberitahu Tengku Akhbar tempat barunya. Dia nak mengkulikan Tengku Akhbar menghantar saki baki beg yang masih ada di rumah lama. Mana larat nak usung semua dengan menaiki pengangkutan awam. 
               “Akhbar, hai.”
               “Lisa, awak buat saya risau. Dah sampai? How’s the place?”
               “Banyaknya soalan. Nak jawab yang mana dulu ni?”
               Tengku Akhbar di hujung talian tergelak. Lisa memang suka menyakat. Ikutkan hati mahu sahaja berpindah mengikuti Lisa tapi mana mungkin. Ibu dan Ayah selalu buat spot – check. Kalau terajin singgah German, putus anak tengkuk kena kerjakan dengan Ibu. Lisa lain, siapa nak ambil tahu hal dia. Suka – suka boleh buat apa. Sejak mengikuti kursus A - Level German (ALG) bersama di KBU lagi dia nampak betapa hidup seorang Nur Lisa bebas bagai burung merpati. Jinak, diajak mari, ditangkap lari. Apabila mendapat tempat di TUM, bukan main gembira dia. Ingat tercampak di Albstadt atau mana – mana universiti terpencil di German ni. Tahu pula bersama Nur Lisa, bertambah gembira dan riang di jiwa.
               “Jawab soalan baru lah. Room - mate baru okay?”
               “Tak jumpa lagi lah. Masuk lambat kot. Rachel cakap orang tu pergi berjalan rumah kawan, esok balik kot. Barang dia pun langsung tak ada.”
               “Saya hantar barang awak pagi esok ya? Lepas tu saya temankan awak pergi shopping barang rumah.”
               “Okay. Supermarket Metro dekat je ni.” Nur Lisa merengek manja. Dia tak suka pun Tengku Akhbar tapi kadang – kadang dia memang suka mengambil kesempatan. Kaya tu babe! Tak kan nak pandang sepi kot. Ni namanya friends for benefit. Rimas dengan perhatian terlebih Tengku Akhbar belakang cerita, yang penting Tengku Akhbar memang baik. Tidak dilupakan juga misi pesanan Lili. Kena baik – baik dengan Tengku Akhbar untuk mendapatkan maklumat. Kalau tak ada pendapatan sampingan ingat boleh duduk apartment menghadap Sungai Wuerm ni? Jangan mimpi kalau kawan si Lili tak bayarkan deposit. Deposit mahal macam nak beli sebiji kereta BMW terpakai di KL. Sharing basis!
               “See you tomorrow.”
               “Okay.”
               Klik! Talian terputus. Lisa mula menyelongkar beg di lantai. Niat nak mengemas entah ke mana. Botol berisi pil berwarna kelabu merah diambil. Sebiji lagi botol yang mengandungi botol berwarna ungu diambil. Lisa membawa kedua – dua botol ke bilik air. Botol – botol tersebut disusun di atas rak tersedia di bilik air. Terlupa mengambil segala toiletries, Lisa keluar dan masuk semula menyusun semua ubat gigi dan berus, syampu, sabun, pencuci muka, skrub dan segala isi perut beg kecil itu disusun di rak.
               Senja mula melabuhkan tirai. Perut yang minta diisi tidak dihiraukan. Lisa membersihkan muka, nak mandi malas. Baju yang dipakai dari tadi ditukar kepada seluar Reebox separas peha dan baju bertali halus berbelang hitam putih. Perut lapar tapi malas nak jalan – jalan cari makan. Botol berisi pil berwarna ungu diambil dan dua biji pil dikeluarkan. Sejam kemudian, Lisa pulas di atas katil.
 
               DANG! Pintu studio dihempas kuat. Tak sengaja. Tak sempat nak halang dengan kaki. Maklumlah tangan kanan dan kiri Syed Azri penuh dengan barang. Sedikit barang dapur dan barang keperluan harian lain sempat dibeli tadi. Suasana bilik atau studio satu bilik yang mempunyai dua single bed, satu sofa bed, dapur yang lengkap, mesin basuh, TV, Ipod dock dan wi-fi kelam diterangi lampu di balkoni sahaja. Syed Azri menggelengkan kepala. Dah nampak dah ciri – ciri teman serumah baru yang tak boleh diharap. Pintu sliding ternganga. Nak buka jaket pun tak boleh, sejuk mencucuk ke tulang. Si John Doe enak tidur di bawah gebar. 
               Dalam hati dia tetap senang hati sebab ada kawan nak tonton kos sewa studio yang mahal giler ni. Hanif pula memandai – mandai tak nak kongsi. Nak duduk di connected room di sebelah. Katanya nak privasi. Tahu sangat, nak bawak balik awek dia senang tak ada orang nak kecoh lah tu. Dulu mereka dah empat tahun setengah di Augsburg. Menghabiskan Diplom Mekanikal di University of Applied Science tapi untuk permohonan Master, yang dapat TUM, alang – alang tukar universiti, mereka mengambil keputusan untuk berpindah dan mencari rumah sewa baru.
               Syed Azri mengiklankan pencarian teman serumah di mudah.com. Ini musim pelajar baru masuk, mana tahu kot melekat. Tepat sangkaannya, balasan datang jauh dari Malaysia tapi kata orang yang membuat bayaran deposit, orang yang mahu menyewa sudah ada di Bayern. Tuan tanah, Rachel memberitahunya tadi kunci sudah diserahkan kepada si John Doe yang tengah tak sedar diri di katil. Orang hempas pintu macam nak pecah pun tak dengar, memang terserlah sangatlah sifat jantan pemalas yang baru sampai ke tanah asing. Syed Azri merungut. Beg baju yang tergalas di bahu dicampakkan ke dalam almari. Dijeling sekilas ke lantai. Beg berwarna hitam terbuka separuh. Malas nak ambil tahu, Azri mula menarik tuala dan terus menuju ke bilik air. Paip shower dibuka. 
               Sambil menikmati air suam – suam yang membasahi badan, matanya terkelip – kelip menahan daripada dimasuki air. Badan yang melekit digosok perlahan. Sebelah lagi tangan mencapai sabun yang terletak di tepi dinding.
               “Strawberi?” Mata yang terpejam terus terbuka luas apabila bau strawberi terkesan di hidung. Sabun bertulis The Body Shop berwarna merah di tangan dipandang tak berkelip. Shower curtain ditarik dan badan yang basah tidak dihiraukan. Paip ditutup. Tuala disambar sambil mata mula melilau di rak dan fokus kepada barang – barang yang bersusun di atasnya. Jane Doe rupanya. Baru selangkah keluar, Azri berpatah balik. Botol yang letaknya tidak sempurna di rak menarik perhatian. Pil ungu di dalam botol dikeluarkan. Sebentar kemudian dia tergelak sendiri. Kaki high (khayal) rupanya. Boleh layan stone (khayal) sama – sama nanti. 
               Keluar dari bilik air, Azri cepat – cepat menyarungkan Bermuda dan t-shirt hitam berkolar V. Melekat di tubuhnya yang tinggi dan sasa. Tak puas hati dengan tekaan Jane Doe, Azri membuka almari kasut. Nike Walker berwarna putih dan biru lembut menghiasi pandangan. Tak puas hati lagi Azri membuka beg hitam yang separuh terbuka tadi. Huh! Warna – warni barang – barang di dalamnya macam pelangi kena sumbat dalam beg. 
               Azri menggaru kepalanya yang tak gatal. Nak cakap kat Hanif? Tak kan nak kacau. Firuz ada dengan Hanif. Malas lah nak kacau malam – malam ni. Perlahan Azri menghampiri katil. Selimut ditarik kasar. Orang kalau dah tidur telan Xanax, kena humban dalam Sungai Wuerm tu memang sah tak sedar lah. Kaki Lisa yang putih gebu terserlah. Mukanya agak tersorok dengan rambut yang serabai. Azri menarik nafas panjang. Dugaan macam ni yang dia paling malas nak layan. Kalau yang datang menyerah diri lainlah. Ini stok baik ke, stok ustazah ke, dia pun kurang pasti. Azri duduk di sebelah. Kepala Lisa diangkat dan dibaringkan di atas pehanya selamba. Azri bersandar di kepala katil tapi matanya menganalisa wajah diriba. Rambut Lisa yang sederhana panjang dikuak perlahan.
               Huh! Nafas dihembur perlahan. Baru aku clash dengan Humaira, dah dapat pengganti? Apa lah perempuan zaman sekarang ni. Memang tak kisah langsung masuk kandang buaya ke, kandang singa ke. Azri membuka anak mata Lisa. Badan Lisa bergerak – gerak. Azri cepat – cepat meletakkan kepala Lisa di bantal. Dia berdiri di sebelah katil. Rokok dinyalakan. Susah kalau on xanax ni, rumah kena bom pun tak sedar. Macam ni je nak bagi sedar. Asap rokok dihembus betul – betul ke hidung Lisa. Sekali hembus, dua kali hembus, tiga kali hembus.
               Uhuk – uhuk – uhuk. Lisa terbatuk.
               Azri cepat – cepat duduk di sofa bed yang terletak bertentangan dengan katil. Dia nampak Lisa bangun tapi mata masih terbuka dan tertutup. Mulut makin kering rasanya tengok free show depan mata. Entah berapa kali dah telan air liur ni. Lenggok Lisa kelihatan amat seksi di pandangan mata. Maklumlah orang tengah high memang lain macam lenggok badannya. Akhirnya Lisa berlunjur menghadapnya tapi masih tak menyedari kehadiran Azri di dalam bilik.
               “Wie Heißen Sie?” Azri memecah keheningan bilik.
               “Pardon?” Lisa yang tersedar kewujudan orang lain dalam bilik membuka mata dengan luas. Kepalanya masih pening dan otak amat lembap mahu mencerna soalan tadi.
               Akhirnya, mata bertentang mata.
               Azri terpaku pada wajah mulus milik Lisa.
               Lisa terpaku pada wajah maskulin milik Azri.
               “Sorry. Again.” Lisa cuba berdiri. Jantan mana pulak dalam bilik aku ni.
               “Wie Heißen Sie?” Azri mengulangi soalannya. Nak tahu sangat apa nama si jelita di hadapannya ini.
               Lisa terpisat – pisat memahamkan soalan jejaka maskulin di hadapannya ini. Dengan jambang dan janggut yang kemas dicukur kehijauan menyerlahkan kulitnya yang cerah dan pandangan mata yang bersahaja membuat Lisa terkedu. Pekatnya slang dia. 
               “Sape nama ko?” Azri dah mula geram. Lempang pipi tu baru sedar agaknya.
               “Ich Heize Kuntum Renjong.” Hah ambik kau. Aku bagitau nama aku Kuntum Renjong. Berlagak nak mati. Ingatkan asal mana. Maklumlah muka tu ada iras campuran jugak. Dia lainlah, muka Melayu je. Manis dan lawa pun tetap terserlah muka Melayunya. Senang sangat mamat ni nak cam.
               “Azri.” Syed Azri berdiri menghulurkan salam. 
               “Sharifah Azrina?” Tanya Lisa blur. Maklumlah Lili cakap nama room mate dia Sharifah Azrina.
               Oh now I get it! Hantu punya Lili. Dia nun jauh di Malaysia pun mampu nak buli aku. Kau memang adik yang kurang ajar Lili. Lisa menyumpah dalam hati.
               “Kau gila ke apa Sharifah? Azri.” Tekan Azri dan melepaskan tangan Lisa kasar. 
               Lisa mencari – cari getah ikat rambutnya. Rambut dah berserabut macam ni jatuh saham depan lelaki kacak ni ooi!
               “Nah!” Getah ikat rambut yang dia agak dicari oleh gadis ini dijumpai di sofa bed dan dihulurkan.
               Crunchy polka dot bertukar tangan dan pantas tangan Lisa mengikat rambut. Bahunya terdedah. Kalau tadi rambutnya yang cantik sedang elok melepasi paras bahu amat seksi kelihatan beralun tapi sekarang dengan bahu yang terdedah, seksa! Terdera mata Azri memandang. Bukan tak pernah nampak gadis lebih seksi daripada ini tapi mata Lisa amat menggoda baginya. Lenggoknya yang separuh sedar tu jangan ceritalah.
               “Nama kau?” Azri bertanya lagi. Tak kan nak panggil Cik Renjong kot. Tak sesuai langsung. Azri buat – buat menyusun CD yang baru dikeluarkan dari beg yang dibawa. CD stok rock old – school, The Pilgrim, Audioslave, Green day, Corumn 80, Carburator Dung dan banyak lagi disusun di rak sebelah katil Lisa. Tangan beralih mencari Ipod. Ipod disumbat ke dock dan speaker dikuatkan. Lagu Like A Stone berkumandang. Tak tahan sunyi begini duduk melayan awek tengah stone. Azri berpatah duduk di sofa bed.
               “Awak room – mate saya ke?” Tanya Lisa sopan apabila dia mulai sedar. Lisa duduk di kerusi makan tak jauh dari sofa bed. Jejaka yang bernama Syed Azri dihadiahi senyuman.
               Azri terdiam. Macam coolio giler budak ni. Tak kisah ke dapat room – mate laki?
               “Sorry. My name is Nur Lisa. Call me Lisa.”
               Hah! Sweetnya nama. Azri nak tergelak dalam hati. Kalau betul nama Kuntum Renjong haru jugak.
               “Friends?” Lisa yang tiba – tiba berdiri di hadapannya dan duduk di sebelah menghulurkan high - five. 
               Coolio babe! Getus Syed Azri di dalam hati.
               Between men and women there is no friendship possible. There are passion, enmity, worship, love but no friendship.” Jawab Syed Azri.
               “I take passion. Five?” Jawab Lisa selamba. Setuju sangat dengan kata – kata Azri. Antara lelaki dan perempuan, kalau bersahabat pasti ada yang tewas pada nafsu, kebencian atau cinta.  
               “I take enmity. I don’t think I can stand you but five for your courage.” 
               Five! Mereka bertepuk tangan.
               Lisa menjelirkan lidah. Melayani ego seorang lelaki yang cuba dipamerkan oleh Syed Azri adalah umpama makanan ruji bagi Lisa. Dah biasa. Laki memang macam tu. Baik buat tak tahu. Rupa pun tak nampak jahat. Nampak baik je, yang penting maskulin, kacak dan bergaya. Boleh buat cuci mata dan selamat terasa. Lisa tergelak tak cover - cover. Dia berjalan ke katil menyambung aktiviti yang tergendala buat tak tahu dengan kehadiran Syed Azri di ruang yang sama. Dalam hati memang sumpahan kepada Lili masih tak bernoktah tapi dia ada pilihan lainke? Bilik di TUM dah bagi kat orang, nak tidur tepi jalan ke? Nak tunggu duit biasiswa masuk lagi tiga bulan. Nak mintak Papa? Nak mati? Papa nak top-up sikit – sikit tiap – tiap bulan dah cukup baik.
               “Girl.”
               Lisa berpaling. Panggil aku girl? Euuwww...
               “Dengan satu syarat.”
               Mata Lisa tak berkelip memandang mulut Syed Azri yang terkumat – kamit dan tersenyum di hujung ayat. Hantu punya manusia. Mengambil kesempatan. Kalau duit aku berkepuk, memang aku ketuk kepala mamat ni dengan senduk lepas tu blah.
               “No!” Bantah Lisa.
               “Like it or lump it Lisa.”





p/s: alignment semua lari. Pardon me! Kalau free sy buat balik kalau x sorry sgt2. 
Do read as it is :(
Much lev .......
still in Paul Walker mode :p

43 comments:

  1. sayang KL.. dari semalam tunggu.. hari ni br ada entrinya :)

    ReplyDelete
  2. ala laling. sorry sgt2..time constraint. Ini pun post time tgah sahur. & sorry 4 ur bad viewing experience.

    ReplyDelete
  3. Hampehnye adik buli kakak sendiri. Adakah Lili ni geng nyamuk?

    ReplyDelete
  4. geng nyamuk dgn geng udang galah. Lagi horror sbb adik sdiri. Kalai SIL mcm Indah boleh lg nak buang2 & reject2...hahaha...sorry Hajar 4 ur bad viewing xp. Dr ptg smlm try tp x jadi2 so bg je lah.

    ReplyDelete
  5. Ai rsa lili ni sanngattttt la menyampah..!! Dia kot yg tegediks benor kt t.akhbar tu.. Sian lisa.
    N y lisa take dat pills??

    ReplyDelete
  6. owhh..si kuntum dgn abg maskulin ni kaki stone??
    lagi sng la nk dpt brg kalau dh dduk kt German ni.

    Jane passion + john enmity = ???

    lili ni begau ke ape,die sje ke bagi kakak die roomate dgn laki??

    the pilgrims?carburetor dungs? si azri ni punk wannabe ke ;p

    ReplyDelete
  7. spesies ayam kot hajar..hahahaha..weeewoooweeewooo


    Sayang selalu - Nina -

    ReplyDelete
  8. mizz acu
    Lili mmg kategori korg bakal sayang neh :p
    lupa LILI BEGAU (syira apa maksud begau nih?)
    oh Lisa tu kna tgu. Sesaje ke kenapa.



    Syira
    punk wannabe lol! mana ada bdk engine kalau yg seyes2 otk betul. Azri ni x terkecuali. Mcm2 lagu nti diajarnya Lisa dgr. Kna tgu dr punk wannabe jd M Daud Kilau pun boleh Syira & x rasa nk pengsan lpas baca?
    oh suker Jane passion & John enmity tu lg up kan :))



    Nina
    ni ayam hutan. Liat even daging manis pun :p

    ReplyDelete
  9. Lili tu adik ke nak bodek ja....
    X baik Lili buat Lisa macam tu.... hormatlah sikit perasaan kakak...
    Ni semua berpunca dari Lili kan???

    ReplyDelete
  10. best story .. tks KL..sambung ye

    ReplyDelete
  11. aisehh... inilah permulaan hubungan dia orang kan.. apa punya teruklah lili tuh.. bg akak tinggal ngan laki.. mujur dapat y encem mcm SA.. kalu muka cam pecah rumah, mmg Lisa nak selera nak pandang..haha.. kalu makan tuh, boleh loya kot.. ngeeee... ngeri!

    amboihhh azri.. hari pertama kenal dah guna kuasa veto tak bertauliah tuh... like it or lump it.. (stiap cite kak Rin msti ad trademark..haha) tapi sebenarnya tak percaya yang Lisa leh buat perangai selamba badak je bila tahu roommate dia lelaki.. x leh nak predict perangai sebenar lisa lagi..

    and GERMANNNN.... wahh... olahan kak rin menunjukkan yang akak berjaya bawa pembaca duduk di dalam cerita.. sbb sy mcm dpt terbayangkan latar belakang tmpat.. haruslah.. baru lebih enjoy reading.. erkk.. akak mmg pnh pergi ke? sbb mcm btul2 tahu jeh... n op coz ai like german.. sebab world cup kesukaan ai tuh.. ok.. be waiting for next n3.. x pe kalau ambik ms sikit.. yang penting GEMPAK! walaweh.. =p

    ReplyDelete
  12. sue
    betul2..Lili punya pasal. Nti... skang smpailah Lisa blk KL, dia jgak nti yg menyusahkan Lisa x hbs2.


    sara
    baru epi 2...welcome :))


    nur ezzah maisarah
    (x leh pgl sara sbb ada reader nama sara gak kat atas komen awk tu)
    Percayalah Nur Lisa Tajudin tu mmg begau (hehhe syira2). Kna tgu more of her lah.
    Kalau Nur Lili tu ayam, Nur Lisa tu tatau lah nak cop apa. Badak??
    German terbaik punya world cup? Kan...
    hahhaa...kalau zmn world cup mesti kna perli dgn bdak laki kan sbb konon bgus je girls nih tetiba terminat bola lol!

    ReplyDelete
  13. wah!! pagi² da cuci mata dgn n3 awak..
    yuhuu.. mmang gerek la lisa dgn SA jd roomate
    dr sini la dorg kenal kan.
    best nye.. hahahaha..
    lagi excited nak menghadap USD ni kan.

    ReplyDelete
  14. bermula la kisah lisa n azri....
    masing2 x tau yg diorg kene tipu....
    boleh pulak lisa 2 buat x tau ngan azri eh....
    kuat ke iman diorg ni....
    mesti diorg ni nanti berperang....
    lili mesti ada syer kan.....
    lisa n lili ni x brape nak ngam ke..

    next....

    ReplyDelete
  15. ni kira flashback semula ek cmner azri ngan lisa leh kenal. menarik pertemuan diorg ni hehehe. mesti lepas nio asyik gaduh jer kan ker jd best frend hehehe. cian lisa kena tipu ngan lili kan

    ReplyDelete
  16. KL study kat german ke?if yes, ade bnda i nk tnya..

    ReplyDelete
  17. Awat lili Suka pedajal Lisa?
    Si Lisa ni memang coolio or tengah stone. Tak sedar roommate dia lain gender.

    ReplyDelete
  18. Pyja
    dorg knal mcm ni la.
    ngadap jgn x ngadap :)


    ryana
    confirm x kuat la lisa iman dorang nih.
    hahaha....
    lili syer besar kat sini.

    ReplyDelete
  19. KL ~ im wondering.. ape agaknya syarat si SA tuh... cm klako jer dia pilih enmity? enmity laahhh sangatttttt...wek.. ;p
    ~m.acu~

    ReplyDelete
  20. Huaaaaa.
    Kambing betul is lili ni.
    Sian Lisa tau.
    Kot syarifah azrina tu main terkam punya org?
    Tak pasal-pasal kena tukar jalan cerita.
    Hahahhaaa.

    Next2

    ReplyDelete
  21. arzalif
    gaduh? hahhaha..jadi couple la baru up sket..ish2 KL neh :P


    nurul
    e-mail me at karyalepak@gmail.com

    yuyu
    both sebenarnya. Lisa ni notti :))
    Lili tu kna tgu next2 n3 baru blh tau kenapa suker je pedajal Lisa.


    mizz acu
    Syarat dia ..hahaha.. speku dialukan.
    Kali ni sape betul dpt kad. Tatipu punya. Siap handwriting sy yg huduh nie :)
    hahaha..enmity lah sgt :))
    betul ckp mizz acu
    ckp je tp siap beriba nafsu bagai
    patut dia yg amik passion tu tp Lisa nak casss la plak.

    ReplyDelete
  22. Tgh hadap la ni.
    sat lagi nak kuar kang xdpt nk hadap plak..
    kan..

    sesuai la tu passion + enmity = chemistry gitu kan..
    i like SA.. eh?

    ReplyDelete
  23. Huaaaaa.
    Kambing betul is lili ni.
    Sian Lisa tau.
    Kot syarifah azrina tu main terkam punya org?
    Tak pasal-pasal kena tukar jalan cerita.
    Hahahhaaa.

    Next2

    ReplyDelete
  24. start dh ... real life dorang tuh!
    agaknye Lisa ni mmg dh mcm tuh since in M'sia?

    ReplyDelete
  25. KL .. nak jawab nih..
    today's specu.~ SA ckp kat lisa.. be my girl??? hahahahahahhaah
    ~m.acu~

    ReplyDelete
  26. bibir says: tak kisah ape cite KL bt... akan ikut jgk...tau tangkap pnya.
    ati cakap: nak cite cam JET gak..aura MENYENGAT

    ReplyDelete
  27. Pyja
    bkn awk suke hero GET si Fareez je ke?
    SA bg owg laen cop.


    zatie
    si kambing Lili lol!
    adoi...haru jgak kalau kna tkar jln cerita.
    Azri tak terkam, belai baek punyerr :p


    Iman
    hahaha...seram2 ya baca pasal Lisa nie. Kat M'sia kot lagi teruk je.


    mizz acu
    try lagi...speku lagi. answer dlm next2 entry.

    aniesue
    hahhaha...siap ada dialog tue..cayalah
    bibir says: oh thank you dear
    ati says: mampu ke saya? nk deliver always the best tp mampuke?

    ReplyDelete
  28. baru perasan ada entry baru :D
    love it! :D
    tapi beraninya lili buat macam tu kat lisa..

    ReplyDelete
  29. weei ... flash back to Germany
    Lisa? got to find out next n3 ... am i blurred or wat?

    -guest melepak

    ReplyDelete
  30. Best..budak2 engine mmg selamba giler slalunya..roomate 2 org ni rupanya. Nk tau apa azri ckp ngan Lisa..suspense!
    kwn azri sewa sblh kan..mau kempunan kwn dia tu!
    so far sal suka sgt2..sambung ye..tq rin!

    ReplyDelete
  31. ala.. fareez GET tu laen. ni nak SA jugak la..
    sedang membayangkn SA cam adam levine.
    eh? boleh?

    rs cm cepat sgt la klau SA ckp dgn lisa "be my girl"
    kasi SA & Lisa berdondang syg dulu la.
    eh?

    ReplyDelete
  32. Dear KL,

    - SA ni memang kaki pompuan ka ? ha..ha..ha..
    ayat KL ni buat jantung akak dup dap dup dap aje...ha..ha..ha..
    - Lisa kuatkan iman di dada...ni semua ni just godaan aje...
    - luv u KL.........


    -kak fadz-

    ReplyDelete
  33. Well.. SA ckp....
    SA : lapar... masak pliz
    lisa : No!
    Hehehehe...


    ::lara::

    ReplyDelete
  34. dear kL
    thanks 4 da N3..
    love ur writing style n storyline...
    smpaikn hr2 duk meroyan refresh tis blog tnggu N3 br hehehe...

    zhfyrh

    ReplyDelete
  35. Okays … so all these per retro anecdote were being planned by Lili – Lisa sister! Waaa … an EVIL character of Lili is surfacing …
    presume Lili only havoc Lisa’s life when she influenced Papa to accept Azri’s proposal to marriage rupenyer … dh dari awal …

    First impression of Lisa – she doesn’t mind at all – tho’ she loathe Lili so much! But her action speaks up tat she is ‘u ok wit me – me ok wit u’

    …. is it bcoz of her ‘way of living of too much éxposê’ back in KL tat made her ignorance of all these! Hence, typical for Lisa to say … Kaya tu babe! Tak kan nak pandang sepi kot. Ni namanya friends for benefit!

    All this while thought Lisa & Azri were house-mates … but they are actually room-mate!

    Looks like the chemistry between these two “Sharifah Azrina & Kuntum Renjong” is too much at an early stage … passion & enmity? … bermula kisah hidup Lisa … SSB Azri might said,

    Option 1: “Lisa … here in this room … at Pasing, Munich away fr home … let’s share … %^!%@&%££….!!!”

    Option 2: “Lisa jom MENJALA kat sungai Wuerm depan tuh!”

    Option 3: “Lisa awak tido atas sofa sy tido atas katil” – ayat skema dlm novel kawen paksa/tangkap basah/cinta/kawen kontrak lorrrrr ….

    P/s btw loike this :“Between men and women there is no friendship possible. There are passion, enmity, worship, love but no friendship.” TQVM KL ... ♥♥♥

    ReplyDelete
  36. sesubuh hari baca yr blog. first time drop comment. mmg akan jd pelepak tegar lepas nie. mmg best. gaya bahasa yg ringkas dan mantap, superb.

    dania

    ReplyDelete
  37. Liya Zafrina
    Lili apa x berani pastu buat bodoh. Ni stok gabungan nyamuk & udg galah & Indah water. 3 in 1 ni.


    guest melepak
    blur la tu...babab bos bg keje banyk sgt kat staff smpai ke laut dh fikir ni..hehhe gurau je bos!


    sal
    kempunan la Hanif. Jeles sudah pasti. Bdk engine selamba giler? hahahha...no comment.


    Dear kak fadz
    aigoo SA ni x lah kaki mana tp stok kalau dh ada dpan mata tu...x kn nk pandang sepi kot..
    Lisa..kuatkan iman? hahahha...


    lara
    hahhaha...kna buat Lisa pandai masak lah mcm ni ya. Baru best. Tp speku ttap x tepat..oloolo...jom speku lagi.


    zyfhyr
    nama glamer korg mmg buat lidah sy terbelit nk sebut. Sayangilah jari anda. Jgn rfresh lebih 50 x yoo!! Turun saham jari bengkok nanti :))


    Jazmeen
    Option 3 tu x leh blah. Do u really expect i'll write that????
    Hahahha..LOL!
    Option 1 part %^^&$ yg ambiguous tu boleh consider.
    I still wnt to read yg korg speku kat SB, mcm mana nk baca? Is it our zm?
    Lili punya perangai yg da bomb mesti ramai org suka. Maklumlah watak org yg gigih berusaha nk dptkan sesuatu :p
    Rooma mate even worse kan? ish ... Jumaat ni. Insaf sket Lisa Azri oii...

    dania
    hahaha..mcm sy jgak skrang kna publish sesubuh hari :) Kalau siang rush, mlm sibuk family activity :))

    ReplyDelete
  38. phew..
    meroyan tunggu entry baru .
    haha .
    harap si lisa cool semedang jek sambil smash lipat balik dengan request azri tuh .
    baru gempak . oh yeah . haha

    ReplyDelete
  39. hurmmm ok.....

    1. saya x benci lili, nasib la siapa yg lemah dia la kena tindas n dibuli....
    2. syed azri pun ok juga, xder la nmpak mcm lemau semacam.....
    3. ehem2 tengku akhbar, please jgn guder2 hati saya ni... haipppp dh hampir2 nk trpesong ni.....
    4. ZM!!!!!!! sila pokus hero... buat2 x nampak jer tengku akhbar tu
    5. tq kl, sory lmbt komen, bz...... hikhik i miss u

    ReplyDelete
  40. dear KL,

    if you choose to accept tat option 3 ... tell u honestly:
    - u are a fallen star *sorry sgt!
    - x nk lagi layan ur writings *Kejam me!
    - hv to say goodbye to karyalepak.com *will not be my default homepage!

    .... waaaa ... but KL u r always different fr other rite! ...
    tat's why readers keep on refreshing ur page be it early morning, breakfast, tea-break, lunch hr, high tea .... even at working places ... midnight ... oppss ... am i praising u too much!!! ♥♥♥

    ReplyDelete
  41. Hi KL..1st time drop comment,da lama follow dis blog as a silent reader je,luv u writing syle & all ur karya's...luv KL manyak2 cuz ur new enovel...Einen schönen tag:))
    ~Lyry~

    ReplyDelete
  42. Yeahh! leh blaja bhasa german g..skrg ni ngh amek intermediate german..best ad cete yg ad ckp2 german..hihi

    Kuntum Renjong! what a best name ever! hahaha...

    Syed Azri n Lisa...another best couple!

    Thanks Kl for this n3..

    ReplyDelete
  43. minz
    jgnlah tgu sgt sbb lately masa mencemburui sy.. ayat ptuii...hahahahaa
    but shall update more frequent kalau sy free. Doakan :))


    zm
    haiii...rindunyaaa
    1. wahh ni bangkit dr semangat Nur Indah. harap Nur Lisa x bongok sgt mcm ank2 Saidin tuh.
    2. Syed Azri hmm baru sgt nk komen pun..hehehe
    3. Indeed! Tg Akhbar bakal mengguder awk nih sy rasa.
    4. hahaha pokus jgn x pokus
    5. x der paksaan nk drop komen & follow USD tp kalau awk ada, pastinya lg meriah. Ur frens here miss u tau...

    Jazmeen
    hahhaa...so I would say that this will still be ur default homepage...hahahha....
    jgn kejam sgt okay :))
    Ich liebe dich immer noch, auch wenn du mich nicht mehr liebst.( i'll still love u even if u don't anymore)

    Lyry
    hahhaa...another student fr Germany ke ni? adoi...lebam sy nk igt & refresh blk neh.
    einen schonen tag :))(have a nice day)
    and
    vielen dank (many thanks)


    zarah
    hehe bab bahasa German tu basic bolehlah. Kalau nk power kna blaja dgn Syed Azri. Bdk degree dgn Master jauh beza :p
    Kuntum Renjong tu exactly contoh kejam sifu sy tau. Sng nk igt katanya.

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...