Tuesday, 31 January 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 3

            Sara bergelumang dengan kulit – kulit telur di dapur. Telur putih dan telur kuning dah siap asing. Memang tak puas hati. Memang salah dia buat tak tahu lepas langgar pelanggan di bilik VVIP tu. Mana dia tahu pelanggan tu sewa bilik VVIP. Pakai selipar jepun dengan seluar pendek dan t-shirt warna hijau ingat geng – geng mat rempit lain. Tak kuasa lah dia nak beramah mesra. Ni bukan kali pertama Sara buat tak layan kalau dia buat silap tapi tak pernah jadi isu besar. Kali ni agaknya sebab pelanggan tu melawan dan ugut nak ambil tindakan kot. Sara pun tak tahu kenapa Sean marah betul. Sean memang tak suka kalau ada benda remeh – temeh macam ni. Kalau betul Sean nak layan pun bagilah major kes sikit. Dah tu Sara la kena marah bagai nak rak.
            “Indah, tolong hulurkan aku cheese tu.” Sara mengarah Indah, sahabat karib yang dipaksa menjadi chef assistant nya hari ini. Semua sebab nak ambil hati Sean balik. Mana Sara sanggup bagi Sean marah lama – lama.
            “Apesal tak pakai philadelphia? Ni brand apa ni?” Bising Indah bertanya melihat tulisan yang bertulis Creme de la Gruyere di pembungkus keju yang diambilnya dari peti ais gedabak.
            “Dopplerahm, double cream. Lagi sedap dan lagi buat kau cepat gemuk.” Tukas Sara sambil menenyeh pisau swiss ke dalam bekas keju untuk mengeluarkannya. Kasar je tangannya mengerjakan keju tersebut.
            “Seramlah kalau cepat gemuk. Buat sopan – sopan sikit tak bolehke?” Indah memanjat table top dan menjuntaikan kakinya.
            Seram pula melihat tangan Sara yang ligat memutar pisau swiss. Macam tak boleh guna pemutar keju je. Dalam fikiran Indah hanya satu, berapalah agaknya harga keju yang Sara guna ni. Mesti mahal. Mahal lepas tu menggemukkan. Buat apa? Siapa nak gemuk tengah muda remaja ni. Agaknya itu yang bikin cheese cake yang Sara buat meletup. Sedap sangat. Mak kat rumah kalau nak beli Philadelphia cheese pun bising cakap mahal. Berbeza betul hidup Indah dengan Sara. Bagai langit dengan bumi.
            “Baik kasar janji siap sedap daripada engkau buat pun tak tahu.” Sara membebel.
            Siapa nak ajar dia tatasusila dan segala adab dan peraturan kat dapur ni. Beli pad pertama kali pun terkial – kial. Hampir nak terbeli pad orang bersalin siap tali. Buat malu je. Nak tanya kawan, dia memang tak reti berkawan. Belajar sendirilah jawabnya. Dah lepas PMR barulah Sean bagi dia bercampur gaul sikit. Kalau tak jadi puteri kataklah jawabnya. Duduk je bawah tempurung.
            Sara rajin jugak turun ke dapur pun sebagai tanda menghargai Sean. Apa yang dia nak Sean mesti turutkan jadi dia nak Sean ingat hasil tangannya. Bermula dari tak pandai langsung masak hinggalah dia dah pro sikit. Bermula dari muka Sean berkerut – kerut menahan masin, masam masakannya hinggalah muka Sean puas siap bertambah – tambah. Semua hasil try and error.
            Sara mengeluarkan tiga bekas loyang yang berisi lapisan biskut yang telah dimampatkan dan disejukkkan dari peti ais. Tiga bekas loyang maksudnya tiga biji cheese cake yang Sara buat hari ini. Gila meroyan. Kena grounded punya pasal.
            “Indah, tolonglah.” Sara bengang melihat Indah bergoyang kaki sahaja. Kalau tak suruh, tak tolong.
            “Ya lah.” Indah mula mengikut rentak Sara yang memasukkan adunan yang telah siap ke dalam loyang kemudian dimasukkan ke dalam oven.
            “Dah siap nanti kau tolong hantar kat SS.” Sara memberi arahan. SS tu singkatan Sean Snooker. Indah selalu juga melepak dengan Sara di sana. Sean pun dah kenal Indah jadi tak ada masalah takat tolong hantar.
            “Suruh je lah Jijie datang ambil.” Cadang Indah walau pun hatinya berbunga riang bakal berjumpa dengan Sean.
            Lagi bagus daripada harapannya sebelum tiba di penthouse mewah ni. Ingat sambil – sambil tolong Sara buat kerja, boleh melepak sambil jeling – jeling tengok abang Sara yang kacak. Kacak dan macho, memang gaya jantan habis. Rasa Indah, air muka Sean jauh lagi manis daripada Sara yang sentiasa masam. Harap muka je lawa macam baby doll tapi serius dan masam 24 jam. Kalau tanya mak-ayah orang mana mesti ingat datang dari planet hubsch. Adik – beradik masing – masing muka macam Barbie – Ken pada hal mak – ayah asal Pekan je.
            “Memanglah Jijie datang tapi datang ambil kau. Ni special delivery. Tadi kau cakap sanggup je tolong aku.” Sara mengingatkan kembali janji Indah di telefon pagi tadi.
            “Apa yang special?” Indah buat muka pelik cuba menyorok keterujaannya yang sebenar.
            “Dah bawak nanti, tengok ni. Dua kotak ni letak kat kafe, kotak special ni letak kat pejabat. Kalau boleh bagi kat tangan Sean. Pastu ayat sikit dia. Kau puji – pujilah sikit aku baik kat depan dia. Mintak dia ampunkan aku ke.” Pandai Sara mengajar Indah.
            Ni betullah orang panggil friend with benefit tapi yang Sara tak tahu, rancangan Indah jauh lagi besar kalau nak dibandingkan dengan sikap Sara yang sering mempergunakan Indah ni. Apalah sangat takat permintaan Sara ni.
            Sejam kemudian, Sara sibuk menghias cheese cake yang amat wangi baunya. Huh! Macam nak ambil sebiji, tak nak hantar semua kat SS. Malangnya Kak Hanim dah siap pesan tadi, cheese cake yang menjadi signature cake SS dah tinggal suku. Kenalah buat. Sara rajin nak buat sendiri. Bukan tak boleh ditempah tapi saja nak buat aktiviti terapi minda. Kat rumah ni, selain pergi kelas, balik duduk rumah, kemas rumah sikit – sikit, masak untuk dia dan Sean, apa lagi yang dia buat. Sara bukan suka merambu walau pun dia masih muda remaja. Dia lagi suka melepak di rumah. Tempat merambu Sara kat SS je. Kalau duduk kat dapur sekurang – kurangnya boleh dijadikan aktiviti terapi minda. Nanti malam mesti buat Add maths laju sikit. Yalah tu.
            Dua biji kek untuk kafe siap dihias dengan topping jem strawberi. Manakala untuk Sean, Sara buat topping istimewa. Topping buah – buahan cocktail dan siap ada flag bertulis I’m sorry bro. Yang penting ada 3 biji strawberi yang amat segar dan merah meranum disusun di tengah – tengah. Faham – faham je lah maksud 3 biji strawberi tu. Kasih adik terhadap seorang abang terutamanya adik macam Sara yang tak beribu dan berayah ni memang tak bertepi. Sebentar kemudian loceng pintu berbunyi dan Sara mengarah Indah mengangkut kotak berisi cheese cake. Tangannya sendiri penuh kiri – kanan menjinjit dua buah kotak.

***

            “Berapa lama abang nak grounded Sara?” Indah memulakan kata. Berdebar melihat pandangan Sean yang macam nak tak nak je pandang dia. Kek yang Sara suruh bagi diletakkan di atas meja pejabat.
            “Sebulan. Not negotiable.” Sean mengesan niat Sara menghantar Indah ke sini.
            Siap bawa kek bagai, nak bagi rasuah lah tu. Bukan Sean tak faham perangai Sara. Nak – nak hari ni hari Sabtu. Mesti Sara bosan duduk rumah. Peliknya bukan Sean tak bagi Sara keluar pun tapi Sara sendiri yang tak suka berlibur di pusat membeli – belah. Perangai Sara dua hari lepas memang tak boleh nak dimaafkan. Layan pelanggan VVIP macam tu.
            Memang budak nama Que yang baru diketahuinya melalui Jijie baru berumur 18 tahun tapi kalau dah budak tu berani sewa bilik VVIP, siap pegang cue limited edition yang harga mencecah ribuan ringgit, tak kan tak boleh teka anak siapa. Tak payah tanya pun Sean dah boleh agak mesti anak big shot. Kalau takat mat rempit Sara nak buat macam tu memang dia tak marah sangat, setakat tegur gitu – gitu je tapi ni lain. Tak kan Sean nak suruh Jijie tanya awak ni anak siapa? Anak orang besar ke? Sendiri mahu ingatlah. Kalau anak gangster senang pula nak diuruskan.
            Sean memang tak masuk campur, dia tengok je dalam CCTV Jijie uruskan budak tu. Kalau kena anak orang majlis tak ke susah? Baik sentiasa berhati – hati. Kalau cari pasal dengan orang majlis silap haribulan bungkus pusat snooker ni. Modal dah hampir sejuta dilaburkan, tak kan nak lebur sebab perangai kebudak – budakan Sara.
            “Tapi bukan ke setiap hari Ahad Sara datang siram pokok bunga Azalea dia tu.” Indah memuncungkan mulut mengarah kepada pasu – pasu putih di segenap pelosok premis yang dihiasi dengan pokok bunga Azalea berwarna pink terang yang sedang berkembang.
            Pokok bunga Azalea yang dipilih Sara untuk menceriakan suasana pusat snooker yang sinonim dengan suasana kusam dan gelap. Bukan Indah tak tahu susah untuk menjaga pokok Azalea di dalam kawasan tertutup tapi Sara punya pasal, semua pekerja disuruh jaga pokok – pokok kesayangannya.
            “Kak Hanim boleh buat, lagi pun awak dan Sara kan SPM tahun ni. Duduk rumah diam – diam belajar.” Sean berdiri dan di saat matanya terpandang monitor CCTV di pintu utama, tangannya gatal nak membesarkan imej yang menarik perhatiannya.
            “Que.” Sean menyebut perlahan.
            Datang lagi pun. Ingat dah kena sembur dengan air tak jadi datang. Semalam pun Que datang. Bilik VVIP 1 juga yang ditempahnya. Sean membesarkan lagi imej. Cue lain pulak yang budak ni angkut. Pandai sangat ke main? Semalam Que sewa bilik untuk kawan – kawannya tapi dia sendiri main pool kat hujung premis. Sean menarik walkie – talkie di meja. Indah di sebelah tidak dihiraukan.
            “Don, tahan budak pakai t-shirt ultraman tu.”
            “Okay bos.” Don yang sedang berdiri di muka pintu menghalang langkah sekumpulan anak muda yang baru nak melangkah keluar.
            “Sekejap, Sean nak jumpa.” Don memandang Que yang santai dengan t – shirt putih gambar ultraman dan jeans paras lututnya.
            Que hanya tersenyum. Tak habis lagi ke drama dua hari lepas? Nasib baik hari ni Que pakai kasut edisi terhad supra goldie warna emas menambahkan gayanya. Kalau pakai selipar jepun orang ingat mat rempit macam hari tu, mahu kena tumbuk lagi sekali. Sean ni siapa la pulak?
            Owh!
            Sean Snooker. Owner???

***
           
            Baru Que nak memegang bahu cik adik kurang ajar yang tumpahkan airnya, bahunya dulu yang ditepuk orang.
            “Excuse me.” Jijie memegang bahu Que.
            Bukk! Lepas tepuk, terus muka handsome dia kena penumbuk sebijik. Nasib baik penumbuk ala – ala manja. Yalah, tak tahu hujung pangkal terus dapat hadiah penumbuk.
            “Bro, apesal ni?” Que tenang mengusap pipinya yang pijar.
            Nak marah, tanah jajahan orang, kalau pusat snooker sendiri bolehlah nak tunjuk hero. Ni pusat snooker gangster Cina mana ni? Ingat Melayu punya siap ada surau kat dalam ni. Suasana pun nampak elit je. Haishh....ni yang beta murka ni. Tak bagi salam, tak cakap hai terus tumbuk orang. Que sempat mengerling ke arah pintu bilik yang berkatup kemas. Sah dorang ingat aku yang nak menggatal dengan pekerja dorang. Aduh! Bala betul.
            “Bro, dengar dulu eyy...cik adik sardin tu yang bla..bla..bla..Daddy saya bla..bla..bla..” Que mengarang cerita senafas.
            Entah bila Daddy terlibat dalam dunia sukan cue dan hiburan ni pun Que tak tahu. Main belasah je nak selamatkan diri.
            “Okay, esok datang main free. Nanti aku suruh cik adik tu datang minta maaf. Dia tu memang sardin sikit. Tunggu jap. Nanti aku suruh dia jumpa kau kat bilik.” Jijie tumpang kutuk.
            Perkataan minta maaf tak ada dalam kamus hidup dia. Ganti je dengan main free. Senang. Mati kalau Sean dan Sara tahu ni tapi tadi dari jauh, mati – mati dia ingat budak ni tengah nak mengorat Sara.
            Jaga Sara dah termasuk dalam skop kerja semua pekerja di pusat snooker ni. Adik bos katakan. Sara tak pernah pun menimbulkan hal – hal yang menyesakkan jiwa pekerja di premis ni tapi kadang – kadang ada juga kerenah dia yang boleh buat semua orang pening kepala. Jijie masuk melaporkan kejadian pada Sean. Kalau Sean tak ada, pandai je dia adjust tapi tadi Sean dah nampak jadi kena bagi laporan lengkap. Benda yang melibatkan Sara, isu kecil pun jadi besar kat mata bos dia ni.
            “Sara mana?” Sean perasan Sara menghilangkan diri sebaik Jijie masuk ke pejabat.
            “Tandas bos.” Feena gadis pelayan yang sedang menatang coke untuk Sean memberitahu.
            “Berkurung lah tu.” Sean merungut.
            “Mana ada.” Sara tiba – tiba mencelah.
            “Grounded and go say sorry to him now.”
            “No way.” Bantah Sara.
            “Yes way or never ever come here.”
            “Okay.” Lirih pula suara Sara yang membuat Sean kalah.
            “Sara, look. You must be very careful of your actions. Your actions may become your habits one day. I can’t always be around for you Sara.” Sean berleter senafas.
            “Yalah.” Sara menarik tangan Feena keluar.
            Keluar dari bilik pejabat, Sara menapak ke Rest Hall dan Feena hanya setia mengekori. Kertas dan sebatang pen yang diselit di poket skirt dikeluarkan.
            “Ni, tolong bagi kat mamat kat dalam bilik VVIP 1.”
            “Yang mana? Rupa macam mana?” Tanya Feena blur.
            “Mana aku tahu muka dia macam mana. Pakai baju warna hijau. Kalau 2-3 orang pakai baju warna hijau tanya je lah yang mana kena langgar tadi.” Langgar terus pecut, mana sempat dia nak scan muka mamat tu.
            “Okay bos.” Feena mengambil kertas yang dilipat menjadi kapal dari tangan Sara.

***

            “Sean.”
            “Que.”
            Mereka berjabat tangan. Que memandang Sean atas bawah. Yang dia bayangkan ialah mamat muka warna kelabu asap siap tattoo rata – rata kat lengan tak pun siap curut kat hujung bibir tapi mamat kat depan dia ni lain betul dari bayangan. Smart dengan faded jeans biru muda, t – shirt putih kosong yang amat putih, jam Tag Huer besar dengan muka berwarna hijau, sneaker Adidas warna putih belang hijau-kuning dan rambut macam Brad Pitt dalam cerita Tree of Life. Kemas siott. Yang menampakkan aura tauke mungkin rantai tali hitam dengan loket sempoa dan badan yang sasa berketul – ketul dan lengan yang terkeluar urat – urat hijau. Err ganaske macam tu? Macam tak relevan je tapi sekali Sean lempang orang, boleh melekat tapak tangan kat pipi kot. Okay, kesimpulannya brother ni smart tapi air muka boleh tahan seriusnya.
            “Semalam tu kau okay?” Sean memulakan kata. Bukan niat nak minta maaf pun. Bukan dia lah tu benda kecik macam ni pun nak minta maaf.
            “No hal. Settle.” Que menarik nafas lega dalam hati. Ingat apa lah lagi tapi matanya tak lepas memandang loket sempoa di leher Sean. Adakah sebagai tanda saya ahli perniagaan berjaya? Kira duit 24jam?
            “Bagus.”
            “Pelayan abang dah minta maaf. Perkara kecik je.” Langsung Que ber’abang’ dengan tuan punya pusat snooker ni. Kaya nya mamat ni. Ingat kalau bukan jutawan boleh ke nak bukak pusat snooker macam ni. Kabel jangan ceritalah kena kebal dan kuat kalau nak senang hidup. Kalau tak mahu kena ambush hari – hari.
            “Minggu depan turun, ada tournament. Nak join?” Sean mempelawa anak muda yang dirasakan berbakat di hadapannya ini. Sara dia cakap pelayan? Huishh...selamba je tapi lantaklah. Serve her right. Siapa suruh buat perangai macam budak tak sekolah.
            “Tak boleh la bang. Saya dah pergi UK next week. Sambung belajar. Itu yang sekarang hari – hari turun ni. Nak lepas gian sebelum pergi main kat tempat orang pula. Hari ni pun last datang ni.”
            “La... tapi just in case you’re still here. Just drop by.”
            “Okay.”
            “Nah, ni amik. Lain kali bawak lagi kawan – kawan datang.” Sean menghulurkan kek yang dibuat Sara khas untuknya kepada Que.
            Entah kenapa aura budak ni kuat sekali. Macam kelakar pula mengenangkan Sean boleh beramah – tamah dengan pelanggan semesra ini. Sara punya pasal!
            “Apa ni bang?” Que teragak – agak hendak menerima pemberian Sean.
            “Budak yang langgar kau bagi.” Selamba Sean cakap dan terus beredar.
            “Bang, tunggu jap. Saya okaylah. Jap abang tolong bagi ni kat budak tu. Berapa hari saya datang, tak nampak pula dia. Abang jangan pecat dia pula.” Que cepat – cepat menarik kad nama entah siapa – siapa dalam wallet dia dan menulis sesuatu.
            “Okay.” Kad bertukar tangan. Sean terus beredar dan ayat di namecard tersebut membuat Sean tersenyum sendiri.
           
Di sini
            Sara memandang Sean tajam. Saja buat – buat protes. Pagi Ahad yang hening ni ada ke patut Sean suruh dia belajar. Hilang akal ke? SPM lambat lagilah. 5 bulan lagi kot. Nasi lemak lauk paru dan sambal meletup Kak Kiah ditolak ke tepi. Pagi – pagi lagi Sean keluar beli nasi lemak lepas tu sambung membuta.
            “Sara, kenapa tak breakfast?” Sean yang baru melangkah masuk ke dapur pelik melihat nasi lemak tak berusik.
            “Diet.”
            “Dahlah kena grounded, berlapar pula. Kasihan budak comel itu.” Sean mula mengayat. Saja nak mengusik adik kesayangannya.
            “Tak makan pun tak apa janji dapat ikut abang.” Tukas Sara memuncung.
            “No means no Sara. Tolong buat air horlicks.” Sean mengarah. Dera je si Sara ni. Bagi muka karang manja sangat pula.
            “Nakk ikutt...” Sara menghentakkan kaki ke lantai.
            “Sara.” Sean meninggikan suara. Pantang tengok Sara macam tu.
            “Okay.” Sara laju membancuh horlicks siap hembus kot Sean berubah hati walau pun Sara hampir pasti jawapan Sean tak akan berubah. Sara hanya duduk di hadapan Sean, langsung tak menjamah apa pun. Lagi pun dah tengah hari, nak makan pun tak lalu nasi lemak yang dah sejuk tu.
            “Ni ada orang bagi.” Sean menghabiskan air horlicks dan berdiri.
            Sara menarik namecard buruk yang dihulurkan Sean kasar. Nak tunjuk protes tapi langsung tak jadi apabila ayat dengan tulisan pen biru di belakang namecard membuat Sara ternganga.

            Dear Cik adik masam@sardin,
            Play fair. Don’t hit and run people. Say you’re sorry when you’re wrong.


Di sana

            Que menarik jeans yang dipakainya semalam. Semua benda yang ada dalam poket diseluk keluar. Dah berapa hari pakai ni, tak kan tak reti – reti nak campak masuk bakul. Beg duit, kunci kereta hadiah keputusan SPM gempak, telefon bimbit, kapal kertas dan duit syiling yang berterabur dalam poket semuanya di kumpul setempat. Kertas dilipat menjadi bentuk kapal dihulurkan oleh gadis bernama Feena dibaca seimbas.

            Bro,
            Tak basah kan? Tak sakit kan? Datang lagi ya :)

            Ayat gaya macam adik gangster. Langsung tak nak minta maaf tapi Feena cakap budak ni tak nak masuk jumpa minta maaf sebab mata bengkak. Tengah nangis sebab teruk kena marah dengan bos. Kasihan juga Que dengar tapi kalau kecik – kecik dah kurang ajar, kerja kat tempat tak senonoh pula, bila masa karektor nak berubah? Hishh..kesian. Mesti orang susah kena kerja tempat macam tu. Kena gelak sebakul dengan Dino, Syed dan Goku sebab dapat hadiah penumbuk. Okay apa, kalau kena tumbuk hari – hari, dapat main free hari – hari. Que meletakkan kapal kertas tersebut di atas rak yang menempatkan koleksi minyak wanginya. Ini tak payah angkut. Kat sana boleh beli baru semua.
            Sebentar kemudian Que keluar dari bilik dengan menyarungkan Levi's® x Futura Limited Edition dan polo shirt biru air. Kat Jepun je ada jeans ni.

            “Que, turun makan. Mommy tunggu kat bawah.” Dato’ Abdullah menegur anak yang baru keluar bilik.
            “Daddy?”
            “Daddy makan kat luar. Nak keluar pergi main golf ni. Kamu nak ikut ke?”
            “Boleh gak. Nanti Daddy dah tak ada caddy bertauliah macam Que.” Que sempat mengusik Dato’ Abdullah. Aktiviti membodek jugak tu bab teman – meneman Daddy main golf ni. Karang duduk sana duit sampai ciput macam mana nak enjoy. Tak kan 24 jam nak menghadap buku kot.
            “Mommy, assalamualaikum and a very good day to you.” Sapa Que mesra dan with correct accent please...nanti Mommy mengamuk kalau dengar English berterabur. Ayat berterabur Manglish tak apa tapi bunyi kena pure macam yang Mommy dengar kat kampung halaman dia.
            “Tak jawab Mommy ee..” Usik Que.
            “Emm..Mommy jawab dalam hati. Ni kek girlfriend kamu yang bagi ke?”
            “Tak lah, ada awek terlanggar Que then yesterday she gave me that cake. Minta maaf kot.” Cepat Que menidakkan kata – kata Mommy.
            She must have done that in purpose then.” Datin Annie menolak kek yang siap diletakkan di atas tray kristal kek.
            Yeah..looks yummy!” Jerit Que belum menangkap maksud Datin Annie.
            She knows your taste.”
            “Kebetulan je lah Mommy.” Que mula memotong cheese cake topping fruit cocktail yang nampak amat sedap. Kalau topping lain memang Que tak sentuh.
            “Que tahu tak this girl letak tiga biji strawberri dan siap letak this tag.”
            Que buat tak dengar sebab dia tak nampak pun strawberries kat topping ni. Yang dah siap potong – potong kombinasi fruit cocktail adalah. Que mula menyudu cheese cake ke mulut.
            There you go. They are like roses. 3 mean I love you.”
            Mata Que membulat melihat tiga biji strawberi yang Mommy siap asingkan di piring kecil. Siap strawberi kat tengah dicucuk tag yang Mommy maksudkan.

I’m sorry bro

            What? Nasib baik sudu yang baru disua ke mulut tak ditelannya sekali.
            Mommy, it could be I am sorry.” Que buat – buat tak reti walau pun terkejut.
            Yeah right. Only crazy girl would bake cake for boy just to say sorry.”
            Gulp!
           


           
 p/s: Pjg........sgt n3 ni sbb next n3 last week unless kalau sy available nk melepak kat sini.
Lev....Que white guy         





Monday, 30 January 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 2


            Sara ralit memerhatikan monitor CCTV yang di ruang pejabat. Maklumlah pusat snooker yang besar seperti ini harus dilengkapi dengan kemudahan CCTV untuk memantau aktiviti di setiap meja dan segenap penjuru pusat. Sara yang sibuk meyuruh Sean memasang CCTV dulu. Awal – awal cadangannya langsung tidak diendahkan tetapi setelah beberapa kes yang berlaku di dalam pusat snooker ini, Sean akhirnya mengalah. Sekarang memang belum ada lagi syarat wajib oleh pihak berkuasa bagi pemasangan CCTV atau sistem kamera litar tertutup ini tetapi Sara yakin suatu hari nanti pasti pihak berkuasa akan mewajibkannya.
            Terdapat 10 monitor dan setiap monitor memaparkan 5 imej daripada CCTV yang dipasang di seluruh hotspot pusat snooker ini. Tangan Sara laju menekan mouse di tangan dan membesarkan imej di monitor satu demi satu. Inisiatif Sara sendiri menyediakan checklist apabila dia membuat pemeriksaan kesemua CCTV ini. Tak payah susah – susah nak panggil orang periksa tiap – tiap bulan. Dia dah belajar cara – cara nak buat penyelenggaraan mudah. Jimat sikit duit. Kalau rosak major baru Sara panggil kontraktor.
            “Sara, buat apa kat sini? Bukan malam ni ada tuisyen ke?” Sean yang tiba – tiba berdiri di belakang Sara menyergah.
            “Ada, tu. Cikgu kat dalam. Break ni jap.” Sara buat muka seposen.
            Tangannya ligat menekan mouse membesarkan imej CCTV di dua buah bilik VVIP. Di sebuah bilik VVIP, Sara dapat melihat muka Cikgu Nadia yang agak bosan menunggu dia. tadi cakap bagi break, tunggulah. Bisik Sara sendiri. Bilik VVIP di sebelah pula masih kosong.
            “Sara!!!”
            “Okay...babai...” Sara berlari meninggalkan Sean terkulat – kulat.
            Sean duduk di kerusi yang ditinggalkan oleh Sara dan matanya membulat melihat meja snooker di bilik VVIP 2 sudah di transform menjadi meja belajar. Sean menggelengkan kepala. Nak buat macam mana, salah dia juga yang membuat Sara terjebak ke kancah hiburan yang sebenarnya amatlah tidak bagus bagi remaja yang tengah membesar seperti Sara Nabila. Kini Sean hanya mampu mengharapkan keputusan SPM Sara cemerlang dan rancangannya ialah untuk menghantar Sara belajar ke luar negara. Tak kira Sara ni anak manja, anak bongsu atau anak itik sekali pun, walau pun Sean hampir seratus peratus pasti Sara akan menentang keputusannya, yang penting dia tak nak Sara hari – hari menempel di pusat snooker ini. Selagi ada kat Malaysia ni jawabnya tak payah nak cakap jangan datang, nanti datang juga dia. Perkataan jangan bagi Sara dah macam maksud suruh. Kelibat Sara yang tekun menulis dan kadang – kadang terangguk – angguk mendengar cikgu tuisyen di hadapan mengajar membuat Sean sedikit lega. Sekurang – kurangnya ada juga arahannya yang didengar Sara.
            Sean menjeling jadual tuisyen Sara yang ditampal diboard bersebelahan dengan jadual tournament dan jadual kerja pekerja – pekerja di pusar snooker ini. Hari ni Sara tuisyen Fizik. Sean pun tak ingat jadual Sara. Rasanya Sara minta tuisyen tiga subjek, Add Maths, Physic dan Chemistry. Sean lebih daripada boleh ajar tapi malas nak menghadap muka toya Sara. Bukannya boleh diharap Sara ni. Tengok mukanya yang cantik tapi kerap dihiasi dengan muncung yang masam mencuka memang boleh buat orang baran. Potong mood 50%.
            Mata Sean jatuh pula pada kertas – kertas checklist di meja. Aishh, sempat masa break tuisyen dia check status kamera kat sini. Mesti Jijie yan mengadu ada kamera yang rosak ni. Sara memang konsisten dengan kerjanya. Walau pun baru berumur 17 tahun tapi amat berdisiplin. Kalau dia yang sibuk nak suruh Sean pasang CCTV di premis ni maka tanpa disuruh Sara sendiri menjadi tukang jaga sistem ini. Bukan tak boleh Sean suruh TYCO iaitu kontraktor yang memasang CCTV ini datang untuk membuat penyelenggaraan tapi dah memang Sara sendiri membantah, Sara siap ajar Jijie sebagai pelapis kalau dia tak ada.
            “Sean, jom turun bawah belanja cikgu tu makan. Pretty lady bro.” Sara tiba – tiba muncul kembali. Pejabat ni letaknya sebelah je bilik VVIP.
            “Sara! Your break time is more than your study time. Go back or I’ll send you home now.”
            Sean mula marah dengan sikap sambil lewa Sara. Subjek Fizik patutlah main – main. Tak suka benar Sara dengan subjek yang satu ni. Cikgu tuisyen pun dah bertukar tiga kali. Sara yang tak boleh pick – up tapi cikgu pula yang disalahkan. Sara cakap kalau dalam kelas Fizik dia memang tidur je. Maklumlah tak faham apa pun maka terpaksalah Sara mengambil inisiatif sendiri, hometuition.
            “Jap, lagu ni ditujukan khas untuk Sean Norman yang kacak lagi bergaya.” Sara sempat menyanyi sambil menghadap cermin.
            Dah cikgu tu bagi dia break 5 minit sebab dia boleh jawab 2 soalan dengan jayanya maka cepat – cepatlah dia keluar. Dahlah bilik VVIP 1 di sebelah tiba – tiba dipenuhi dengan orang. Bising pulak tu. Biasanya bilik VVIP hanya disewa oleh pemain snooker yang agak serius bukannya oleh remaja – remaja atau anak muda yang datang sekadar menjadikan snooker sebagai hobi maka mereka hanya senyap sahaja waktu bermain. Macam omputih main, serius sahaja. Tak macam mat rempit main. Terkinja – kinja sahaja. Tujuan Sara masuk pejabat pun nak tengok CCTV, siapa kat dalam bilik VVIP 1 tu tapi tengok Sean masih bertapa kat pejabat ni langsung potong.

So don't you worry about
People hanging around
They ain't bringing us down
I know you and you know me
And that's all that counts
So don't you worry about
People hanging around
They ain't bringing us down
I know you and you know me
And that's why I say

            Sara memang suka lagu The Pussycat Dolls ni. Maklumlah penyanyi berkumpulan yang tengah hangat di pasaran masa kini. Sara menyikat rambut panjangnya dengan jari. Rambut depan Sara yang panjang diselak dan disikat kembali menutupi separuh dahi dan mukanya. Memang serabai si Sara ni. Ingat muka cacat sebelah ke nak main tutup – tutup muka macam tu tapi memang Sara sengaja pun. Segan juga kalau terjumpa dengan kawan – kawan sekolah atau cikgu sendiri kat sini. Kat sekolah Sara tetap nak dikenali sebagai Sara Nabila Saidin, gadis biasa dan bukannya adik gangster Sean Norman yang memegang kawasan Sri Rampai dan Setapak ni. Huhuhu...tak adalah orang nak tackle dia kalau tahu dia adik Sean Norman.
            “Sean, part lyric making love tu abaikan ya. Tak sesuwei.” Sara tersengih macam kerang busuk dan mula melangkah keluar.
            “Sara.” Sean menggeleng kepala melihat telatah Sara.
            “Pergi amik air dengan hotdog ke apa kat kafe bagi cikgu makan. Cakap tauke belanja.” Sean tersengih juga.
            Sara mencebik. Gatal ada tapi serius tamo. Susah kalau ada abang man with no heart macam Sean ni. Tak cair – cair hatinya. Kasihan awek terkejar – kejar dia buat bodoh je. Siapalah agaknya kakak ipar aku nanti. Harap – harap best macam Sean jugak. Nyawa Sara tu Sean Norman. Tu je darah daging yang ada kat dunia ni. Opps! Darah daging terdekat yang tinggal. Sara pasti saudara bau bacang atau bau kacang nya masih ada tapi kalau Sean tak mengajaknya balik kampung, macam mana dia nak balik berkenal – kenalan dengan mereka kan? Alasan!
            “Cikgu, minum. Saya belanja.” Sara meletakkan sepotong cheese cake dan segelas ice lemon tea di hadapan Cikgu Nadia. Tak kuasa Sara nak cakap ni Sean yang suruh.
            “Terima kasih Sara. Ni last topic for today. It’s Boyle’s Law. Bla..bla..bla...”
            “Okay.” Fikiran Sara mula menerawang ke lain. Bukan Boyle’s Law tapi Boy’s Law.
            Tadi baru Jijie, pengawal peribadi Sean merapu dengan dia semata – mata ada beberapa orang budak lelaki yang datang ke pusat snooker ini semata – mata untuk meng‘usha  Sara tapi Sara buat – buat tak layan. Wehh..gilerr? Aku baru nak amik SPM lah. Tak kan sibuk nak menggatal kot. Jijie cakap ‘A boy is a magical creature, you can lock him out of your snooker centre but you can’t lock him out of your heart.’
            Buat apa nak kunci – kunci sebab yang masuk dalam hati dia tak ada pun lagi. Rasanya macam tak kan ada kot tapi ada seseorang yang mula membuat hatinya berdebar – debar dengan hanya mengingatinya. Lupakan Sara. Lupakan. Sara mendengus dan mula fokus kepada ayat – ayat Cikgu Nadia di hadapan.  

***

            “Mana awek yang kau nak usha tu?” Que Zafril menepuk bahu Syed Azfi.
            Beria kawan dia ajak datang pusat snooker yang baru dibuka kat Wisma Sri Rampai ni semata – mata nak usha awek pelayan kat sini. Nasib baik Syed Azfi cakap awek tu pelayan, kalau dia cakap awek tu GRO kat sini? Fullamak, tak ke malu ada kawan layan GRO?
            “Tak nampaklah. Tak pe lah. Layan game dulu.”
            “Layan lah ni. Aku je yang jalan. Kau punya turn berapa bijik je bola masuk. Fokus lah sikit. Baik aku main sorang – sorang je kalau macam ni.”  Que mula geram.
            Kalau dengan orang lain dia memang nak sekali jalan dia je yang habiskan bola tapi kalau dengan geng sendiri tak fightlah. Dah separuh bola kat meja dia je yang sumbat. Dah bagi muka kat Syed ni pun dia boleh main – main ayam pula. Berlagak nak meja VVIP. Main macam ayam.
            “Eh, mana Goku dengan Dino tadi?” Que pelik.  
            Tadi main ramai – ramai suasana riuh. Sekarang melayan Syed yang main – main ayam ni menyakitkan hati sahaja.  Lama sangat dorang ni keluar. Cakap nak pergi beli air dan makanan je. Bilik VVIP ni best sebab siap kat tepi meja snooker ada set sofa. Boleh layan borak sekali masa break. Tadi memang Que perasan kat tengah – tengah pusat snooker yang menempatkan beberapa buah meja VIP tengah kecoh dengan kehadiran pemain - pemain  dari Johor Billiards and Snooker Council.  Entah – entah Goku dan Dino melekat jadi spectator kat situ. Bukan selalu boleh tengok orang pro turun main tapi Syed cakap tempat Sean Snooker ni memang tengah naik. Tengah jadi perhatian penggemar sukan cue di Malaysia. Mahu tak naik kalau premis besar sangat sampai ada 50 meja.
            “Aku tengah pening ni. Aku tak nak pergi Ireland lah.” Syed Azfi membuka cerita.
            Dahi Que berkerut. Lorh...itu pun susah. Kalau dia dah tak nak pergi, blah je lah. Cakap je terang – terang dengan orang tua. Que memang tak suka pening – pening. Jangan berani masuk campur urusan dia. Biar baru lepas SPM pun tapi urusan hidup dia, dari awal dia yang tentukan. Tunggu keputusan  SPM ni dia malas nak ikut kakaknya pergi New York, duduk merambu – rambu kat bumi sendiri lagi bagus.
            Ni bulan tiga, memang laut kat sebelah pantai timur memang tengah best. Dua minggu dia menghilangkan diri ke pulau – pulau. Habis diredahnya Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Gemia dan Pulau Lang Tengah. Mommy - Daddy nasib baik tak buat laporan polis sebab Que main aci keluar rumah tak tinggal pesan. Hahaha...tak patut, tak patut tapi balik je Que terus pergi Travel Agency. Apa yang dia buat? Belanja Mommy – Daddy pergi bercuti di Club Med Phuket. Balik rumah, buat muka selamba. Mommy – Daddy nak marah pun tak jadi. Macam tu lah nak psiko orang tua. Nak hidup riang ria, akal kena panjang.
            “Cakap je lah kat dorang kau nak buat medic local je.” Que memberi pendapat sengalnya. Tak kuasa nak tolong fikir masalah orang.
            “Macam tak kenal je Daddy aku.”
            “Sebab kenal lah aku cakap macam tu. Cuba kau belajar sikit macam mana nak amik hati orang tua kau tu. Kena ada skill bro. Belajar sikit ilmu tu. Susah memang susah tapi sekali kau dapat catch weakness dorang, hidup kau senang woo.” Que mula mengajar ajaran sesat kepada Syed Azfi.
            Memang leceh agaknya berketurunan konon pelik ni. Setakat ni, kawan – kawan dia yang kat depan ada je pangkal nama yang bermula dengan pangkat baik Syed, Megat, Nik atau Tengku, sah dalam keluarga banyak drama. Lainlah keturunan marhaen macam dia. Taklah drama sangat. Keturunan dia semua sibuk berniaga. Bagus, ikut syariat Rasulullah s.a.w cuma dia je yang dalam hati tak tertanam langsung impian untuk meneruskan legasi keluarga. Setakat inilah. Que menanam impian untuk belajar dalam bidang kejuruteraan dan wajib di England tetapi kerja, boleh tak nak kerja yang senang – senang je? Tamo kerja pakai otak macam jurutera? Hahaha...Kenapa England? Kerana di sana adalah port snooker paling terbaekk.
Mari Mengenali Keturunan Marhaen Que Zafril bin Abdullah;
1.      Sulung – Ariffin – Pak Long - adalah seorang doktor pakar berjaya. Bukan seorang ahli perniagaan tetapi melahirkan bakal ahli perniagaan berjaya kerana sepupunya Johan Arif sedari awal menanam minat. Lagi dua orang sepupunya anak Pak Long ialah Hanna dan arwah Hanni.
2.      Nombor dua - Fauziah – Auntie Yah - Suri rumah berjaya kerana berjaya mengahwini ahli perniagaan.  Berjaya juga lah tu. Nazra Armani, anak perempuan tunggal Auntie Yah.
3.      Nombor tiga – Abdullah – Pak Lang ( Daddy lah tu) – Ahli perniagaan hartanah yang berjaya. Sebab kahwin dengan minah salleh yang kaya raya. Banyak duit nak buat modal. Ada anak perempuan sulung Nelly Zarith (kakak lah tu)  yang ikut jejak langkah Daddy, kahwin dengan mamat salleh. Hessy....Jodoh aku adakah wanita bermata biru juga?
4.      Bongsu - Farhan – Pak ucu yang paling best dan sempoi. Seorang Jeneral yang menunggu masa untuk bersara tetapi tengah aktif dalam bidang perniagaan. Kabel besar, harus cepat naik. Jasmeen anak sulung Pak Ucu dan Ferhad teman sepermainannya, anak bongsu Pak Ucu.

            Mereka best pada pandangan Que kerana hidup dalam kesederhanaan kecuali hobi Jasmeen mengumpul semua barang edisi terhad yang mula mengjangkitinya. Virus!! Boleh muflis jugak Pak Ucu dengan hobi anak daranya ini. Virus yang menjangkiti Que dikesan semasa percutian mereka sekeluarga ke Amsterdam tahun 2001.
            “Mug je Meen?” Tanya Que pelik apabila melihat beg kertas Jasmeen hanya berisi sebiji mug.
            Yes.” Jasmeen terus berpaling ke arah Kak Nazra Armani menyambung perbualannya.
            “Dia pengumpul setia mug edisi terhad Hard Rock Cafe kalau kau nak tahu. Lagi – lagi sekarang Hard Rock tengah celebrate 30th Anniversary.” Sampuk Ferhad.
            “Kau? Shot je?” Tanya Ferhad lagi.
            “Aaa..aku suka shot ni comel. So far baru ada 20. Tahun ni baru pergi Jepun dan Australia jadi shot yang 30th Anniversary ni baru ada shot Tokyo, Fukuoka, Kobe, Nagoya, Osaka, USW Osaka, Yokohama, Melbourne, Surfers Paradise, Sydney dan Quenstown.”
            “Kau jelajah semua Hard Rock ni ke Que?” Tanya Ferhad kagum sebab ada lagi orang lagi gila daripada kakak kesayangannya.
            “Yang dekat – dekat dengan tempat hotel aku duduk pergilah. Yang jauh aku upah orang belilah.” Que mengajak Ferhad bergerak ke arah Joe. Sepupu lelaki sulung yang mengajar dia mengenali shot. Bukan ajar budak bawah umur minum shot ya.



            Break jap.” Syed Azfi meletakkan cue di meja. Malas nak main. Tak ada mood. Kata – kata Que sebentar tadi meresap juga ke otak. Boleh pakai jugak idea sesat Que.
            “Okay.” Que kembali ke alam nyata, memegang cue kesayangannya dan dibawa ke sofa.
            Memang hobi Que membelek –belek cue tiap kali waktu rehat. Maklumlah dia mula mengumpul cue sejak tingkatan 4. Koleksinya belum banyak lagi tapi cukuplah untuk membuat dia teragak – agak lagi untuk memilih cue yang mana satu yang paling sesuai tiap kali nak bawa keluar main. Cue atau kayu snooker biasanya diperbuat daripada kayu atau fibreglass. Cue yang dipegangnya ini ialah edisi terhad Parris Cue yang pernah digunakan oleh Marco Fu, pemain professional snooker dunia. Susah nak dapat tapi Mommy yang suruh kenalannya tolong bid di sebuah majlis kenamaan di Birmingham.
            “Aku pergi beli minum jap.” Que mula bosan melihat telatah Syed Azfi yang sibuk bercakap di telefon. Stress nak main konon, layan awek tak stress.
            Que melangkah keluar bilik VVIP 1. Kaki dihala ke arah kafe. Matanya menangkap Dino dan Goku yang sedang menonton orang bermain di bahagian meja VIP di tengah – tengah ruang premis. Teringin dia nak join tapi tekak ni haus benar.
            “Lemon juice. Big Glass.” Que berdiri di kaunter kafe dan pandangannya di tala ke seluruh ruang premis.
            Wah, tempat ni memang best! Lengkap serba serbi. Meja pool pun ada. Meja VIP dan VVIP pun ada. Yang best tak adalah dorang berkira sangat. Asal ada duit, bukan pemain Negara pun boleh main di bilik VVIP. Kalau kat Bukit Jalil, jangan harap boleh main kat bilik VVIP. Istimewanya bilik meja di bilik VIP dan meja VVIP ialah meja dan cue yang disediakan adalah gred yang bagus. Aksesori lain seperti extension, rest, rest head adapter, hook rest, spider dan macam – macam lagilah memang tersedia di dalam bilik. Kalau main kat meja biasa, aksesori tersebut perlu diambil sendiri di ruang khas tiap kali hendak menggunakannya.

***

            “Sara, homework semua saya check next week okay. Kelas next week kat sini ke kat rumah?” Nadia tegas sahaja bersuara.
            Kalau tak mengenangkan muridnya yang comel tapi sentiasa berwajah masam membayar yuran double, memang jangan harap dia nak redah pusat snooker ni semata – mata nak mengajar Fizik.
            “Tengok lah cikgu. Nanti saya telefon bagitau.” Sara menghantar Cikgu Nadia keluar ke pintu utama premis yang terletak di sebelah kaunter utama.
            “Bye cikgu.” Sara melambai – lambai Cikgu Nadia. Tak payah Sara nak hantar sampai parking macam biasa kerana tunang Cikgu Nadia siap datang jemput di muka pintu premis.
            “Bye Sara.”
            Sara melangkah ke Rest Hall. Semak mata dia melihat kusyen – kusyen kecil yang tadi elok tersusun cantik di sofa mula bersepah. Buku Fizik dan kotak pensil masih dikepit di ketiak. Laju tangannya menyusun kusyen – kusyen kecil di sofa. Semua tengah kecoh kat ruang VIP nampaknya malam ni. Kejap lagi boleh join tengok. Desis Sara. Pandangan dua – tiga orang lelaki yang sedang bersantai di sofa Rest Hall tidak dihiraukan. Dah biasa. Sara bergerak ke kafe. Panas. Sebelah tangan mengepit buku dan sebelah tangan lagi sibuk mengikat rambutnya yang panjang. Wah, bahaya di depan. Tepi Sara!!!
            “Cik adik, mata letak mana?” Que Zafril bengang apabila gelas berisi lemon juice habis tumpah di karpet. Nasib baik tak kena baju. Lagi dia bengang, cik adik yang langgar dia boleh buat bodoh dan berjalan ke arah pejabat. Tak guna! Tu aku cakap baik – baik. Nak kena maki apa cik adik ni. Rambut tutup muka macam hantu. Sepatah suara minta maaf pun tak keluar. Memang hantu pun. Desis Que tak puas hati.
            “Cik adik! Oooi cik adik!” Que menjerit memanggil cik adik yang selamba melanggarnya dan terus blah. Memang dasar pelayan tak ada sivik. Daripada belakang, cik adik yang melanggar Que memakai t – shirt hitam bertulis Sean Snooker yang dituck-in pada skirt khakis warna krim paras lutut. Gaya jalan skema. Lurus tak berlenggok sangat tapi mata gatal Que macam tak nak lepas pandang.
            Que mula bengang apabila panggilannya langsung tidak diendahkan. Buat malu nama premis je. Kata high class sport center tapi servis pelayan cap sardin. Cik adik pekak di hadapannya dikejar.
            Excuse me.”

       drawn by: Rin's hubster    

Dear readers,
Sorry lambat update. Saya memang macam ni. Ada masa melepak banyak maka lajulah n3 saya. N3 sy memang tak akan lmbt dr yg sy janji tp kemungkinan awal ada. Kalau tak slow lah. Lagi laju kalau time saya meroyan. Hiks.
Thank u for stick with me

(pakai kanta nk baca autocad dwg tuh. Sy x tau nk convert autocad ke jpeg. Ampun!)  

p/s: watak Nelly & Nazra ada dlm sambg GET. Saja bg korang teruja. Hahha KL jahat...





           

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...