Thursday, 26 January 2012

Jejaka Edisi Terhad Bab 1

            Sehol!!!” jerit Sara sebaik keluar dari bilik Bos.
            Tangannya penuh dengan kertas – kertas A4 siap berconteng hikayat terbaru Mr Boon Praraks.
            “Tak boleh bawak bersabar ke Sara?” Tegur Sheena sambil menjeling ke arah Ainul yang turut terkejut dengan jeritan Sara.
            “Tak boleh lah tu.” Celah Ainul.
            Tak ada yang pelik pun kalau siapa – siapa yang keluar bilik Bos meroyan. Kalau tak meroyan tu peliklah. Orang dah besar panjang dan masing – masing berkelulusan tinggi dilayan macam budak hingusan. Bercakap macam bagus, dia punya kelulusan entah ijazah dalam bidang sains pekebende. Ada hati nak tunjuk lagak dengan pekerja yang merangkap tiga dara pingitan yang sememangnya lulusan kejuruteraan. Cuma kira terpaksa sekapal dengan Mr Boon Praraks kerana mereka bertiga ni antara yang bertuah campur malang ditawarkan bekerja di Praraks Acoustic Sdn Bhd. Zaman yang tak boleh nak memilih kerja. Apa ada kat depan mata, terima dengan hati yang terbuka namun Sara yang paling tidak dapat menerima kenyataan. Nampak sangat Sara teramat tak suka dengan bidang yang terpaksa diceburinya. Bidang yang langsung tak glamour dan penat dan bosan yang amat.
            Sheena dan Ainul sahabat baik yang sama – sama pemegang Ijazah Kejuruteraan Elektrikal manakala Sara baru menyertai Praraks Acoustic berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal. Zaman sekarang mana senang nak dapat kerja. Sara mengimpikan gelaran jurutera perunding mekanikal dan bukannya perunding akustik.
            Acoustic consultant? Err..pardon?
            Dah berkali – kali Sara kena macam tu. Maklumlah orang tak tahu pun kewujudan jawatan kehormat Acoustic Consultant di pasaran pekerjaan Malaysia. Syarikat yang menawarkan khidmat perunding akustik pun tak sampai 15 buah syarikat. Tak kira lagi mana syarikat yang benar – benar menawarkan perkhidmatan terbaik dan teliti. Kebanyakannya hanya sebagai syarikat ali baba, jual barang, peralatan dan kelengkapan akustik dan berlagak pandai di hadapan pelanggan.
            “Sara, sehol tu macam best arghh  nak kutuk orang kat dalam tu. Pinjam ayat eh.”
            “Nah, take it.” Sara buat – buat tangkap perkataan dari mulutnya dan membaling penumbuk kepada Ainul. Hahaha..nak kutuk Bos kena penuh adab, sehol tu alkisahnya bermaksud asshole. Segan jugak kalau nak mengamuk sebut bukan – bukan jadi kenalah pandai improvise sikit.
            “Keluar pergi mana ni?”
            “Rumah pelanggan baru. Sri Carcosa.”
            Owh.” Sheena menyambung kerja tapi terkejut apabila disambung Sara dengan jeritan.
            “Sri Carcosa Seremban 2 lah bukan Bukit Tunku!”
            “Hah?” Sheena dan Ainul ternganga.
            Mahu tak melopong. Jam dah pukul berapa ni? Pukul 4 petang dah. Tak kan tak boleh tunggu esok kalau nak ke rumah pelanggan sekali pun.
            “Sara, no comment.” Sheena mengangkat tangan tanda menyerah diri.
            Mereka dah biasa kena buat kerja bodoh. Semalam Ainul yang kena bertapa semalaman di pejabat semata – mata nak siapkan kerja urgent nak bagi pelanggan katanya. Bila esok paginya Ainul serahkan dokumen, Bos boleh cakap, “It’s okay. Next week baru I jumpa dia.”
            Tak rasa macam nak cekik – cekik dapat Bos macam tu? Sara kembali ke tempat duduknya. Tak sempat nak tengok keratan – keratan iklan kerja daripada The Star yang baru dipotongnya. Kalau dulu setiap hari Ahad Sara wajib bertapa di MPH untuk memborong segala jenis majalah hiburan, sekarang dengan status gadis miskin yang baru disandangnya, hanya surat khabar The Star yang wajib dibelinya setiap hari Ahad. Maklumlah golongan miskin tegar. The Star pun terpaksa dibelinya kerana setiap hari Ahad memang berlambak iklan kerja dikeluarkan. Kalau harapkan Kelly, Jobstreet dan JobsDB semata – mata entah bila agaknya dia berpeluang nak dapat pekerjaan idamannya. Sumpah tak nak jadi Acoustic Consultant sampai ke tua.
            Sara mengemaskan meja kerjanya dan beg besar Victoria Secret disumbat dengan measuring tape, clipboard dan checklist standard untuk membuat pengiraan asas di tapak. Kalau rumah pelanggan tu automatiklah akan dipanggil tapak kerja. Sara bergerak ke bilik air dan menghadap cermin sekadar menambah bedak dan mengoles sedikit lipsheer. Kalau pergi rumah pelanggan gaya orang baru lepas keluar hospital nampak sangat tak berkarisma. Walau macam mana bencinya Sara dengan profession yang disandangnya sekarang, dia tetap bekerja bersungguh – sungguh. Kalau gaji baru RM1800, kerja pula main –main, rezeki yang berkat baru berapa sen sebenarnya yang tinggal? Tak boleh. Tak boleh. Dia kena juga berusaha sehingga berjaya dan membuktikan dia mampu hidup berdikari. Sara kembali ke meja dan menyandang handbag di bahu dan tangan kiri membimbit beg besar Victoria Secret. Kunci kereta dikeluarkan siang – siang. Senang. Tak adalah depan kereta baru terhegeh – hegeh.
            Sara melambai ke arah Sheena dan Ainul dan terus melangkah turun. Pejabat ni terletak di tingkat satu di deretan rumah kedai yang terletak di SS2, Petaling Jaya. Jadi dekatkan nak pergi Seremban 2 dari sini? Sara melangkah ke arah parking yang terletak di seberang jalan. Gaji ciput, parking pun kena bayar RM50 tiap – tiap bulan. Seksa betul. Rungut Sara tak habis - habis.
            “Sara! Sara!Sara! Sara!”
            Sara meneruskan langkahnya. Menonong je buat tak tahu. Peduli apa dia orang menjerit nama Sara sepuluh kali pun. Bukan dia je nama Sara kat muka bumi ni.
            “Sara Nabila Saidin!”
            Sreettt....
            Okay dia terpaksa brek. Tu memang orang panggil nama dia. Sara berpaling. Ceh, si Ainul rupanya. Suara tak komersial, mana dia nak cam. Hahaha...mati kalau Ainul tahu dia kutuk ni. Sara pegun di kaki jalan. Tunggu je Ainul yang berlari mendapatkannya.
            “Nak terkeluar anak tekak aku panggil. Selamba je kau buat tak dengar kan.”
            “Err..sorry.” Balas Sara tak berdosa.
            Apesal?” Tanya Sara buat – buat prihatin. Kasihan juga tengok Ainul terjerit – jerit dan berlari dengan selipar Jepun mendapatkannya.
            “Ni, alamat rumah pelanggan kau. Kau nak pergi ketuk semua rumah ke kat Sri Carcosa tu?”
            Aigoo...my bad.” Sara menepuk dahi.
            Punya sakit hati sampai alamat rumah pelanggan pun dia tak mintak dengan Bos. Nombor telefon je dia ambik. Tak kan nak telefon pelanggan mintak alamat. Buat malu je.
            Thanks Ainul.” Sara tersenyum.
            Ainul terus cair. Maklumlah susah nak tengok si Sara tersenyum macam ni.  Asyik memuncung 24 jam. Tak pun muka stone kat depan laptop. Kadang – kadang muka vinegar pun ada. Bagi Ainul muncung itik ke, stone ke, vinegar sekali pun, dia tetap nak pandang muka sahabat yang baru dikenalinya ini. Comel macam baby doll. Rambut pendek lurus paras bahu dan rambut depan menutupi dahi menampakkan matanya yang bulat besar.
            “Sara, yang saya dan Sheena recommend kat awak semalam tu, awak dah fikir ke?” tanya Ainul lembut.
            “Hmmm...” Sara berdehem.
            Tak tahu macam mana nak mulakan kata. Serba salah pun ada. Sape suruh gatal merungut kat depan kawan – kawan. Kan dah susah. Sheena dan Ainul ajak duduk rumah flat sekali dengan mereka. Sara tak nak sebab dia tak suka kongsi barang, kongsi rumah dan kongsi privasi dengan orang. Sengalnya dia ialah sibuk membebel sewa rumah apartment di Puchong Permata mahal. RM600. Mahal la kan? Tapi masalahnya dia dah laburkan duit bayar deposit siang tadi. Maksudnya esok dia dah tak akan menumpang di rumah flat mereka. Patutnya dia berjimat dengan gaji seciputnya ini tapi apabila mengenangkan duit simpanan yang masih berbaki, bolehlah tahan lagi.
            “Ainul, segannya nak bagitau awak tapi saya kena tolak. Saya sewa di Puchong sebab senang saya nak ulang alik rumah anak murid saya. Kalau saya tak pindah nanti saya takut jauh sangat balik kerja terkejar – kejar nak pergi mengajar.” Sara menjawab dengan berat tapi dia tak suka berbohong.
            Bercakap benar biar pun pahit memang menjadi polisi hidupnya. Yang paling benar dan paling besar rahsia hidupnya tu tak apa tak bagitau. Hahaha....
            It’s okay lah. Saya dan Sheena ingat boleh jimat kalau awak tonton sekali tapi if you have decided so, malam karang kitaorang tolong awak kemas barang okay.” Ainul memegang tangan Sara memberi kelegaan kepada sahabat. Mengerti perasaan bersalah Sara. Lagi pun murid – murid Sara memang ramai kawasan Puchong dan Bangi. Mereka memang dah maklum kerja sampingan Sara sebagai cikgu tuisyen.
            Bye.”
            Ainul melangkah pergi dan Sara meneruskan langkahnya dengan perasaan yang agak bersalah. Nak tonton macam mana kalau perkataan tonton yang bermaksud kongsi tu pun dia baru kenal. Nampak sangat seumur hidupnya tak pernah dia nak tonton – tonton dengan orang. Kadang – kadang memang kena pentingkan diri sendiri.
            Sampai di kawasan Sri Carcosa, Sara berpusing – pusing mencari rumah mengikut alamat yang diberikan oleh Ainul.
            22 Jalan S2 J2, Sri Carcosa, Seremban 2
            Itu je alamat. Bos ni tak tahu ke kawasan ni penuh dengan alamat S2? Yang membezakan alamat cuma D10, D9,D3, D4, D11 dan bla..bla... Habislah minyak Viva aku macam ni. Sara mula bengang. Duduk hujung dunia macam ni pun nak buat studio kat rumah. Bukan ni kawasan elit orang yang dah pencen ke? Orang tua pun nak buat studio jugak kat rumah ke? Sara, Sara jangan buruk sangka. Nanti kot orang tua dah pencen tu nak buat bilik tadarus gred A, amacam? Berdosa je buruk sangka. Sara mententeramkan diri sendiri.
            Sara mendail nombor pelanggan yang diberi. Encik Zafril namanya. Profil pelanggan langsung dia tak tanya. Sakit hati punya pasal. Sara tak suka buat studio. Sara lagi suka projek berprofil tinggi. Kalau buat projek kerajaan atau projek komersil nanti dia boleh bercampur dengan jurutera perunding yang lain. Yang lagi berpengalaman. Bolehlah nak timba pengalaman dan ilmu. Ini menghadap orang kaya yang tak tahu nak habis duit ke mana. Bosan!
            “Hello.” Sara memulakan kata.
            Yes.”
            Aik. Tu je jawab. Sara pelik. Suara tak gaya pak cik – pak cik pun atau pelanggan dia ni omputih? Alamak, ni yang lemah sangat. Nanti tanya macam – macam. Sara punya style, pergi tengok tempat, tanya kehendak pelanggan, bagi option sikit – sikit dan terus blah. Kalau omputih banyak cekadak. Nanti siap ajak tea la, kalau pergi tengah hari, ajak lunch lah. Mesra alam lebih – lebih kalah adab orang Melayu.
            I think I’ve lost. Where is your house to be exact? There are S2 roads everywhere.” Sara bertanya ringkas. Siap cakap kenapa dia sesat. Semua jalan ada S2, macam mana nak cari.
            You think or you really lost?”
            I am.” Balas Sara bengang. Sempat dia ni nak perli – perli.
            It’s J2. S2 J2. Cari betul – betul cik adik.”
            Pap!
            Kurang asam punya olang! Ada terus letak telefon macam tu. Eh, cakap Melayu. Melayu lah tu. English accent pekat tak hengatt. Ke dah lama duduk Malaysia. Sara menala ke arah kertas yang bertulis alamat sekali lagi. Alahai besarnya huruf J2 ni. Jalan yang dia nampak tadi pula semua S2, D bla..bla.. Macam mana boleh tak perasan ni. Bikin malu Sara Nabila je. Sara membuat pusingan U dan mata melilau mencari nombor jalan. Okay, ni pun rumah Encik Zafril kita. Sara melilau sekitar halaman rumah banglo dua tingkat. Ringkas. Tak ada lanskap langsung. Dia memang dah tak hairan dah tengok rumah besar – besar dan masuk ke rumah orang kaya ni. Maklumlah kalau orang tak kaya, tak kan ada duit nak buat studio. Kat garaj yang terpacak cuma sebuah motosikal berkuasa besar. R6? Gulp! Sara menelan air liur.


***

           
            Come in.”
            Que Zafril nak tergelak tengok awek kat depan dia ni terkocoh – kocoh nak bukak kasut tumit tinggi yang dipakainya. Apa ingat ni rumah Mat Salleh masuk aci terjah tak payah buka kasut. Selamba betul awek ni.
            “Hai, Sara.” Sara memperkenalkan dirinya dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
            “Mr Boon Praraks sends you here?”
            Yes. I’m an Acoustic Consultant. We should start on your project by giving me some directions.” Sara menghulurkan kadnya.
            Saringan pertama Sara dengan sekilas pandang;
1.      Mudanya! Anak ayam ke apa ni kaya semacam.
2.      Berlagak sikit gayanya. Tangan asyik dalam poket jeans je.
3.      Mix blood kot. Ayah expatriate kot.
            Banyaklah kau punya kot Sara. Malu cakaplah malu. Muka mamat ni sebijik macam orang putih tapi jelas berbangsa Melayu. Putih okay! Fair gilerrr! Memang terus out dari senarai dialah. Dia punya taste macam yang describe kat novel. Tall, dark, handsome pasti. Kalau dua – dua putih, anak keluar karang orang ingat bukan Melayu pula. Tak boleh. Tak boleh. Tak mampu nak describe rupa lelaki di hadapannya yang arghh..tak nak pandang lebih – lebih. Malu jadi tak boleh nak review lagi tahap kekacakan lelaki di hadapannya ini. 3 kali malu!!!

1.      Sesat sebab dengan bijaknya huruf J2 macam tiba – tiba hilang kat kertas apabila Sara baca. Siap kena perli.
2.      Sara dengan selamba bataknya masuk rumah tak bukak heels. Dah sekali jenguk rumah macam kat Beverly Hills. Tuan rumah pun pakai selipar. Tak payahlah nak bukak – bukak kasut kan?
3.      Dia hulur salam mamat ni boleh buat derk je.

            Are you Encik Zafril?” Sara bertanya.
            “Que Zafril. Can call me Que or Zafril or anything excites you.
            Gila apa nak panggil apa – apa. Anything excites you? Fullamak ayat memang tahap flamboyant. Saja je Sara tanya kot penat membebel – bebel rupanya ni orang gaji dalam rumah ni ke? Bukan boleh harap. Tengok muka nakal lelaki di hadapannya ini memang Sara boleh jangka kalau betul ini pelanggannya memang hidupnya bakal haru biru. Pasti! Sara membuka beg dan mengeluarkan buku notanya dan beberapa helai kertas lakaran.
            “Sara, sorry. Saya dah bagitau Mr Boon saya nak keluar sekarang. Boleh datang lusa tak? Mr Boon cakap awak dah on the way jadi saya tunggu jugak. Saya nak keluar dah ni.” Melihat Acoustic Consultant yang dengan tak segannya duduk di sofa tanpa dipelawa mula mengeluarkan bahan – bahan kerja, Que mula rasa bersalah.
            What?” Sara terjerit kecil. Ingat rumah dia ni kat belakang Puchong tu ke?
            “Nak saya repeat ke?” Que menayangkan senyuman mautnya. Tak sangka awek comel yang dihantar. Tau ke buat kerja ni? Hatinya berbolak - balik.
            Are you okay with it?” Que buat – buat prihatin.
            Sure but...” Ayat Sara mati di situ.
            Pandangannya jatuh ke arah cue snooker yang bersusun dalam almari yang melekat di dinding cermin berbingkai kayu. Koleksi ke betul – betul pandai main ni? Langkahnya cepat – cepat dihala kembali keluar rumah. Penat pun tak hilang lagi. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Nasibnya malang betul sejak kebelakangan ini. Dua benda dalam rumah ni membawanya ke zaman bahagianya. Lupakan Sara. Lupakan. Sara memujuk hatinya sendiri.
            Yeah, anything wrong?” Que yang melangkah ke arah pintu untuk menghantar Sara balik terus memotong.
            “There’s nothing wrong with me, there’s a lot wrong with the new world I live in.” Sara tiba – tiba hiba. Melihat Que memegang tombol pintu mengiringi pemergiannya mengingatkan Sara akan seseorang yang cukup bermakna dalam hidupnya. Nyawa Sara!
            “Pardon?” Pelik kenapa tiba – tiba wajah masam awek ini tiba – tiba berubah menjadi sedih.
            Apa yang dibebelkan Sara dia tak dengar. Perlahan sangat. Marah lah tu. Patut ke dia rasa bersalah? Dah dapat telefon cakap ada van dah dalam perjalanan nak ambil krew. Nak buat macam mana. Malaslah nak fikir.
            “Sara Nabila.” Panggil Que sambil melihat nama yang tertera pada kad yang dihulurkan Sara sebentar tadi.
            “Ya Encik Zafril.” Sara berhenti melangkah.
            “Macam kenal lah awak.”
            Yeah right....” Sara terus menonong pergi. Maaflah ayat macam tu tak laku dah kat pasaran masa kini. 



p/s: TGIF!! Untuk peminat tegar CC-FF & Joe-Nina, tiada paksaan untuk mengikuti kisah cliche Que-Sara. 
First TGIF for JET!!
Good day all :)
 

I got a pocket,
got a pocket full of sunshine
I've got a love and I know that it's all mine
oh.oh,oh
Do what you want,
but you're never gonna break me,
sticks and stones are never gonna shake me
oh,oh,oh

Take me away (take me away)
A secret place (a secret place)
A sweet escape (a sweet escape)
Take me away (take me away)
Take me away (take me away
To better days (to better days)
Take me away (take me away)
A hiding place (a hiding place)


I got pocket,
Got a pocket full of sunshine
I've got a love and I know that it's all mine
oh,oh,oh

Wish that you could,
but you ain't gonna own me
do anything you can to control me
oh,oh,oh

There's a place that I go
That nobody knows
Where the rivers flow
And I call it home
And there's no more lies
And the darkness is light
And nobody cries
there's only butterflies


The sun is on my side
Take me for a ride
I smile up to the sky
I know I'll be alright

The sun is on my side
Take me for a ride
I smile up to the sky
I know I'll be alright
           

35 comments:

  1. baca je...walaupun mood arluna dan GET tak hilang lagi..hihi

    ReplyDelete
  2. mech eng? ehem.. :P

    1st time jugak dengar nama accoustic consultant. a new exposure nih. :)

    haiya, sara ni remind me of my younger days la. memula grad memang takleh la nak memilih kerja sangat kan?

    ReplyDelete
  3. waiting for next n3 :)

    ReplyDelete
  4. hrp2 Que & Sara akan akan kahwin cpt2 mcm.. nina-joe ye..hiks2..

    ReplyDelete
  5. kita ok jep as long it's from u my dear ~ enjoy my reading ^_^

    ReplyDelete
  6. woish! Gilerr la best! Best la KL ! Nak lagik.. nak lagik .. hu hu . sara tu pun kiut gile . ha ha . boleh pula dia fikir Que sewaktu dngan anak ayam ... Nak lagi~ wuuwuw...

    ReplyDelete
  7. Sara advanced la...
    Baru jer jumpa kat depan rumah...
    Dah boleh terfikir dah nak keluar anak yang mcm mana...

    Kuat berangan nampaknya heroin kali nih...

    w.t

    ReplyDelete
  8. nim
    hahha..GET & Arluna tu mmg in memory lah. Tak boleh nak buat apa dah.


    Hajar
    Mine pun. Suffer gilerr babe! Awk mech ke? wahhh...info kna penuh hati2 neh :)

    Anonymous
    awk jgn ckp mcm tu nti sy cpat jatuh kasihan tau org tgu..hehehe


    Anonymous
    aigooo..lagi advance. Bdk lagi tu nk kawen2...ohooo. We'll c.

    TLC
    ok lah..tmpat release tension kan?

    RinsyaRyc
    Sara cute..tiba2 tbayang Ariana Mikhail tgah buat watak Sara ni.
    x janji n3 bila tp smbgn ada ok. Fahamlah kan sy mmg x commit time sbb x nk korg tgu2. lepak2 shout kat sini bolehlah.

    w.t
    betul. cpat awk tangkap. Nti tgk asyik ckp sorg2 je dia ni..haula punya heroine

    ReplyDelete
  9. Hi KL.

    Again< bila Kl mention Seremban saya dah senyum2 since I live in Seremban so very familiar lah tempat2 gini. hehehe.

    Sara ni macam ada simpan rahsia besar je? Anyway, gdluck in evrythg you do KL. :)

    ReplyDelete
  10. ok la utk permulaan kan....
    hero dah jumpa ngan heroin...
    menanti epi yg setrusnya

    ReplyDelete
  11. eh tak. saya bukan budak engine. :)

    ha'ah, memang suffer. tu kalau bebudak junior @ intern dok bising2 psl kerja or gaji etc memang kena tazkirah je. lol

    ha'ahla, baru perasan. sara ni mesti jenis yang hidup dalam dunia sendiri je. tu yang suka sgt cakap sendiri kot?

    ReplyDelete
  12. BEST....SANGAT2

    ReplyDelete
  13. Mana ade banyak ... awak lagik la banyak . dah la best-2 .. uhuk . Saya dah admire awak la .. Macam boleh menandingi Hlovate di hati saya .. ^___^

    Arluna Best gilo gilo !!

    ReplyDelete
  14. bilik tadarus grade A? hehehehehehe.. lawak la..
    herm.. suke2! nii sara ni mcm de rahsia jerp.. ni yg wat semangat berkobar2 nak tau ni.. ngah bygkan cmne ek rope babydoll ni.. :)
    anyway KL, saya suke je sume citer KL.. :)

    ReplyDelete
  15. kenapa minah sara tu sedih ek.. apa citer yg tragis dah berlaku kat diri dia..adakah dia anak jutawan yg kematian bapanya sungguh tragis atau dia telah dihalau oleh kedua ibubapa nya sebab tak mau kawen..banyaknya spekulasikan .. akak hrp ia akan terjawap di next E3..

    ReplyDelete
  16. starting dh best ... kat end n3 Que tanya mcm kenal? ke betul they know each other?
    right! citer memang ada MAGNET - wanna 2 know further ... jeng..jeng..

    -ImAn ar-RahmaAn

    ReplyDelete
  17. owh..setuju ngan RinsyaRyc boleh setanding ngan hlovate ni (:..

    ReplyDelete
  18. Aikk??
    KL, tgh stress ke??
    cptnyer release n3...kate isn dpn...hehe

    sara ni jnis yg clumsy ke??
    sy rse klam kbut ble 'bce' situasi si babydoll masam ni...hehe
    anyway, I loike it...

    -fathmumtaz- (*_*)

    ReplyDelete
  19. pity Sara don like her job .... alaa sara kn glamour coz peps will ask u twice n pardon when u mention ur job's title .... ahaaksss!!!

    hmm true true Iman .... sume citer KL ni ada strong magnet property - x leh blaahh :)

    nex n3 could be flashback sara? looks 'quesara' have history ... budak kecik relationship ..... !!! ?

    KL, congratz for d 1st n3 n tq .... awesome

    ~Jazmeen@Melor

    ReplyDelete
  20. apa eh dua benda tu? hehehe cpt sambung!

    ReplyDelete
  21. Kay
    hahha..Seremban 2 tu awk tau ke? Sri Carcosa tu ihsan kwn sy punya rumah. Terpaksa pinjam rumah dia jd set br boleh bayangkan. Hahhaha...Tq

    ryana
    epi x mcm GET, GET lmbt jmpa. Ini trus jmpa 1st n3.


    Hajar
    oh awk kira senior yg slalu ingatkan adik2 la..biasalah bdak zaman skang, pandai blajar, msk keje x de xp pun nk demand...hehhe


    anonymous
    hurup besar, baru 1st n3 ni dik..jgn judge dulu.


    RinsyaRyc
    auww...kalau sy menandingi HLOVATE di hati awk, di hati sy siapa pula sbb HLOVATE pun di hati sy...x boleh nk minat tulisna sdiri, in fact x reti nk feel tulisan sdiri...tak..tak..HLOVATE tetap dicarta teratas.

    mizz acu
    tadarus grad A, Sara suka koya tau..
    jgn suka sume nti kalau dh lama, idea pun sama je..trust me.Suka biasa2 je..hahahha


    idA
    okay..tak lah tragis mana. Cuma ada story je. Akak ni pandai speculate tau.

    ImAn
    hahha..mcm kenal? Kenal ke? Magnet peti ais je nie.


    Anonymous
    eh no - no


    fathmumtaz
    mana ada stress. hidup sy riang ria je. Positif manjang. Sara yess clumsy. Nti look at her past mmg taulah apesal.


    Jazmeen@Melor
    nobody will like tat job lah..hehe..
    Magnet peti ais lawa. Holiday kat Dubai x belike?
    Okay i always hate when u start guessing next n3 so I always prepare my storyline in advance. takut terpengaruh dgn shouting readers. I will always want to stick with mine but u always read my mind. Bravo girl!

    ReplyDelete
  22. mr.bon bon peraks,ur such an a*****e..hangin kan kalau dpt bos cmni..

    errr btl la hajar,saye pon 1st tme dgr acoustic const. selalu lpk studio jamming xtrfikir pon bnde2 alah tuh hahaha.

    *belum ape2 hal dh jtuh chenta golek2 dgn que,aci x? -____-"

    ReplyDelete
  23. KL... magnet peti-ais .... hohooo dats my hubby punyer collection... n offcourse d 1st sov'nr he is looking 4-those magnetsss...dh crowded board kt umah..let alone d refg!!!
    alaa ... we 'girls' are chasing 4 smthing different right!!!

    ReplyDelete
  24. okay ... JET dh on since y'terday!!! ingt on monday :(
    dh ketinggalan akak ...
    tp aura best is always there-a kind of 'attention grabbing' story!!!
    TQ KL ... :)


    -Lysa M R

    ReplyDelete
  25. KL- wah BEST le!
    kesiannya sara - dok jauh drive tetiba que lak nk kuar ishhh ....
    x kira lh citer cliche ke x - yg penting cara di smpaikn pd pembaca yg mbuat pembace mcm x cliche .... ehh apa-apalh ayat saya ni...
    apa yg terang lagi nyata & bersuluh citer ni sngt menarik - even d first ayat dh menarik de bomb!!!! awesome osem ... osem ..

    -lovely lady

    ReplyDelete
  26. sour babydoll sara .... at first tbayang ngan 'myself' ugly betty ... hmm ok le sara x bkacamata ... rambut dh fringe ...
    suke citer ni lengkap ngan Que ... pramugara kot! ..... lol sara dh berangan psal anak!fullmark-
    nk lagi nk lagi!

    -!uglybetty malaya!

    ReplyDelete
  27. KL,

    If Paroi teman saya main, seremban 2 tempat saya membesar. Seremban tak besar mana pun KL. hehhe. Ur friend ulang-alik Seremban to KL ke everyday must be hectic.

    Tapi true story la sis. Seremban 2 ni ramai je orang keje dkt KL beli lagi2 yang keje dengan MAS and AirAsia. Memang dekat gila dengan airport if ikut jalan belakang. So no wonderlah Que duduk Carcosa. hehe

    ReplyDelete
  28. syira
    uishh..bos awk sehol jugak ke?
    by the time JET hbs, awk akn tau nk komen studio yg awk pegi tu cap ayam ke gred A...cewah!!
    nasib baik awk keje, kalau x Isnin le jwbnya awk layan QueSara nie. Harus jatuh cinta. Awak sy paksa!!


    Jazmeen
    sure & so definite it's more expensive than magnet. Magnet? Wat? hahhaa

    Lysa MR
    attention grabbing story: boleh pinjam x nk bg kat sara attention grabbing girl!


    lovely lady
    okay osem. okay x cliche..hahha kalau tiba2 menghampakan anda..leave the page immediately!! hahahha....Que biasalah crew on call gak mcm Dr kan.


    !uglybettymalaya!
    okay, i've reader with komersial name here.
    fullmark Sara berangan. oiii...x boleh blah la gitu...bdak2 lagi tu.

    ReplyDelete
  29. Kay
    so sy conclude awk ank lord..hahha sorry.
    Kat sana sume org ada2 je. Ahaks. Nti beli GET 10 bijik yea. *lariksss

    ReplyDelete
  30. Dear KL,

    Apa nama si bos Sara ni ? Bangsa apa ni...
    sekali sebut pun dah nak tergelak...lawak laaa...jangan marah yea KL...sorry ek kak fadz just joking...
    FYA, please update this novel asap tauuuu....
    i'm waitinggggg.....

    - kak fadz -

    ReplyDelete
  31. Writer KL dak engine gak ke?? ptut laa baca cete mst ad EE engineer..hehe..p kan...saya sangat suke baca cete2 kat sni! best smpai saya leh meroyan sbb sengih sorang2 pastu gelak sorang2.....hehe

    ReplyDelete
  32. kak fadz
    ala nk kna ckp kat sini ke bos dia bangsa apa.
    Tamo la..tgu next2 n3 okeh.
    Jgn gelak, ni almost real punya nama.
    akak mmg dh siap tp material yg sy nk attach, kuli sy lmbt buat. Geramm neh..grrrr


    zarah
    yippie bdk engine but not EE & titik. My imagination is very wild...hahaha & thanx to my little experienced with engineering world.
    hahha..okay sy igt sy je meroyan time menulis, yg tukang baca pun meroyan..uihh

    ReplyDelete
  33. ha ha . nak anggap diri sndiri hlovate pun x pe Rin, <----kantoi nama Rin , terdetect dkat p2u msa nak bca story kt sana . ha ha .

    bile nak smbung JET ? kwan-2 I dah tanya tau .. (saya pun nak baca new bab .. uhuk ..)

    ReplyDelete
  34. RinsyaRyc
    x kantoi pun sbb mmg kat sini dorg panggil Rin. Ishh nama betul harus kena diglamerkan jugak. Kesian mother I bg nama lawa2 tu.

    InsyaAllah 2morrow.

    ReplyDelete
  35. KL..i dak engine gak p bukan EE...
    sape xmeroyan xgila xsengih sorang2 baca jalan cete u mmg xtau laa...Arluna i mmg baca ulang2...best! ahahaaaa!!
    thanks for cete yg sangat best! n mana bab len JET??hehe

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...