Thursday 17 November 2011

CINTA ITU MEMBAKARKU IV


“Azza!!!!” Suara Datuk Nabilah yang memetir di belakangnya membuat Dary Azzalfa terpegun. Tak sempat mengakhiri perbualan telefonnya dengan Anis.

***

“Azza. Cakap!” Jerit Farid Atallah memecah kesunyian rumah banglo Datuk Nabilah.
“Tak payah dengar apa dia cakap Farid. Mommy dah dengar semuanya. Perempuan gila. Kaki kikis.”
“Azza bagitahu abang betul ke apa yang Mommy cakap tu?” Hampir pecah dada Farid Atallah mendengar kata – kata Datuk Nabilah. Perkahwinan ini hanyalah lakonan semata – mata? Setelah separuh nyawa diserahkan kepada Dary Azzalfa?
“Kau ceraikan dia Farid. Ceraikan dia.”
“Azza. Cakap sayang semuanya tak benar. Please...” Farid Atallah merayu. Kedua – dua bahu Dary Azzalfa di pegang. Air mata yang mengalir di wajah mulus Dary Azzalfa disapu lembut.
“Dahlah tak tahu keturunan mana. Memang aku dah agak kau ni perempuan tak guna. Mak bapak kau dulu tak ajar ke hah jangan menyusahkan orang!”
“Mommy.....” Hanya itu yang terkeluar dari mulut Dary Azzalfa sambil memandang Datuk Nabilah sayu.
Sebaknya tidak terkira. Air matanya mengalir laju tidak tertahan. Sekali pun dia tidak pernah mengenali kedua ibu bapanya, dia tetap menyanjung mereka. Tetap berterima kasih kerana kasih sayang mereka, Dary Azzalfa lahir ke dunia ini. Dia tahu betapa arwah ibunya menyayanginya sepenuh hati. Kalau tak tak akan ibu susah payah memilih nama secantik Dary Azzalfa. Sepotong nama yang sentiasa mengingatkannya akan kedua orang tuanya. Satu – satunya kenangan bahawa kehadirannya disambut dengan penuh kasih sayang.
“Azza. Abang merayu. Cakap. Cerita kat abang hal sebenar.” Farid Atallah merenung si isteri dengan penuh kasih sayang tapi Dary Azzalfa tetap berdiam diri. Hanya air mata yang terus mengalir.
“Abang. Azza mintak ampun bang.” Dary Azzalfa sujud di kaki Farid Atallah.
“Bangun Azza. Bangun.” Farid Atallah memaut bahu Dary Azzalfa menyuruhnya bangun. Namun Farid Atallah sendiri terduduk di samping Dary Azzalfa.
“Nah, Farid tengok sini.” Helaian – helaian resit bukti duit sebanyak RM8000 yang dimasukkan kepada Anis setiap bulan dilayangkan ke muka Dary Azzalfa dan jatuh di hamparan karpet tebal. Farid Atallah mengutip setiap helaian dan menuntut penjelasan Dary Azzalfa. Sampai hati Datuk Nabilah menyelongkar barang peribadinya. Pasti Datuk Nabilah naik ke bilik semata – mata untuk membuktikan kata – katanya di hadapan Farid Atallah adalah benar belaka.
“Azza terpaksa bang.” Dary Azzalfa sudah terjelepuk di lantai. Tak mampu memandang suami yang mula dicintainya sepenuh hati.
“Apa yang terpaksanya? Hah perempuan? Farid jangan dengar cakap perempuan ni. Yang Farid berminggu – mingu kena buatan perempuan yang Ustaz cakap tu. Entah – entah buatan perempuan ni . Dasar perempuan bertopengkan syaitan.”
“Azza..” Farid Atallah yang masih memeluk Dary Azzalfa merayu sebuah penjelasan membulat matanya seakan tidak percaya.
“Kau ceraikan dia Farid sebelum kau ada zuriat dengan perempuan sihir ni.” Berapi – api Datuk Nabilah. Dary Azzalfa terdiam. Perutnya diusap perlahan. Matanya galau dengan air mata yang tak berhenti – henti mengalir dari tadi. Suara hati yang tiba – tiba berbisik ditekadkan menjadi azam.
“Walau pun semua ini benar sekali pun, bagitahu abang yang Azza kahwin dengan abang sebab Azza cintakan abang. Sebab Azza benar – benar cintakan abang.”
“Abang....”


***

My dear Dary Azzalfa,
Today I have taken the matured decision and have listened to my heart. My heart is always full of your thoughts so much that I can’t put anything else in it. This has really been bothering me for some days now. So I have decided to make my feelings known for you.

We have been close to each other for quite some time now and I was toying with the idea of proposing you for marriage. I have spent some great moments with you and you have always been my best friend. I want this friendship to turn into a lifetime commitment and wish you to become a part of my life.

I know probably you were expecting me to pop the question in a grand fashion but I am too shy to propose you in public. But I am true about my feelings for you. Please let me know your answer. I promise that if your answer is ‘yes’ then I’ll be yours truly forever.

Lots of love,
Farid Atallah


Dary Azzalfa tergamam. Rancangan aku berjaya secepat ini? Sumpah dengan nama Allah coklat yang diberi setiap hari kepada Farid Atallah tidak pernah dijampi. Farid Atallah terpikat hanya kerana usahanya yang tak seberapa dan sikap tak tahu malunya? Oh! Mana nak sorok muka kat anak cucu kalau diceritakan aku yang memulakan langkah.
Sampai ke situ pula fikiran Dary Azzalfa melayang – layang. Great moment yang dimaksudkan Farid Atallah tu tiap kali terserempak dalam lift tu ke? Aku rasa macam nak pengsan!
Surat yang dibaca sekian kalinya di saat Dary Azzalfa merindui Farid Atallah disimpan kemas. Sewaktu mengandungkan Fahmi Ammar, hampir setiap kali selepas Subuh Dary Azzalfa merenung bait – bait yang dituliskan oleh Farid Atallah sewaktu melamarnya dulu. Ayat – ayat tersebut diulang – ulang umpama air mawar menyirami kalbu hatinya yang terbakar.
Aku, Dary Azzalfa adalah insan yang tidak patut kau bawa mengembara ke alam cintamu yang tulus ikhlas.

***

jika teringat tentang dikau
jauh di mata dekat di hati
apakah sama yang kurasa
ingin jumpa walau ada segan
tak ada niat untuk berpisah denganmu
jika memang masih bisa mulutku berbicara
satu kata yang ingin terucap
kan kudengar caci dan puji dirimu padaku
kita masih muda dalam mencari keputusan
maafkan daku ingin kembali
seumpama ada jalan untuk kembali
Suara merdu Melly Goeslow dan Ari Lasso membawa Dary Azzalfa ke alam khayalan. Betapa indahnya kalau dia masih bergelar isteri Farid Atallah. Kadang – kadang Dary Azzalfa marah dengan dirinya sendiri kerana tidak mempertahankan dirinya. Dan yang paling penting mempertahankan hak Fahmi Ammar bin Farid. Namun Dary Azzalfa yakin kalau dia masih bersama Farid Atallah sekali pun hak Fahmi Ammar pasti diketepikan oleh Datuk Nabilah.
“Mengelamun nampak.” Tegur Sarah di sebelahnya. Sarah satu – satunya sahabat yang bersamanya di saat dia ditinggalkan oleh Farid Atallah. Sarah adalah sepupu Farid Atallah tetapi menjadi sahabat yang amat karib selama tempoh 3 bulan perkahwinannya. Selama 3 bulan mereka sama – sama bekerja di bawah satu bumbung Maxwell Berhad.
“Aku risaukan Fahmi.”
“Aku kan ada. Dan sekarang Fahmi ada Datuk.”
I think I should tell his Daddy.”
“Kau rasa Farid dengar ke? Dia ikut bontot mak dia je.” Geram juga Sarah dengan Mak Long nya. Baginya Si Ariana bukanlah hebat mana pun. Lebihnya Ariana hanyalah disebabkan asal keturunan yang jelas sedangkan gadis yang bersamanya sekarang ini hanya sebatang kara. Dibela dan dibesarkan oleh keluarga yang tak bermoral.
“Kau tak faham. Aku kesiankan Fahmi nanti.”
“Aku faham dan aku sentiasa ada untuknya.”
Thank you Sarah, I can never repay you.”
“Hah ni, aku nak tegur. Apesal Fahmi sepatah haram pun tak pandai cakap Melayu?”
“Hahhaa...ya ke? Boleh lah sikit – sikit. Nanti pandailah.”
“Teruklah parenting skill kau ni.”
“Biar orang pandang dia tinggi nak – nak Mak Long kau tu.”
“Oh! Konon cakap omputih cayo lah?”
“Eh! Cayolah. Mesti. Tapi jangan lupa pulak dia aku ajar cakap Bahasa Arab, bahasa Quran. Mana lagi penting daripada Bahasa Melayu?”
“Yalah. Tadi dia cakap Arab apa ntah dengan aku. Tak paham dowh!”
“Dia cakap, anta qabihah. Apa tu?” Tanya Sarah lagi.
Auntie, you are ugly.” Balas Dary Azzalfa.
Pecah ketawa Sarah mendengarnya. Sarah tahu Dary Azzalfa mempersiapkan Fahmi untuk hidup berdikari di masa hadapan. Bahkan Sarah kagum dengan cara Dary Azzalfa menerapkan nilai – nilai agama dalam diri Fahmi. Kecik – kecik lagi dah pandai baca ayat – ayat lazim yang pendek – pendek.
“Sarah.”
“Apa dia?” Sarah memandang Dary Azzalfa tajam. Kalau perlahan je suara ni mesti benda tak best.
“Kau tau maksud nama anak aku?”
“Tak tahulah. Mana lah aku pernah belek buku nama – nama bayi ni.”
The boy who has an understanding and strong faith.”
“Wow! Cantiknya maksud nama dia.”
“Ya? Kau pun suka?” Tanya Dary Azzalfa dengan mata bercahaya. Penat pilih tu dahlah nak kena match dengan nama Daddynya. Hasilnya yang berbunyi Fahmi Ammar bin Farid amatlah tidak mengecewakan.
“Dary, aku faham.” Sarah sebak tiba – tiba.
Thank you. Make sure he understand and always remain strong.”
I will.” Janji Sarah.
And I have one wish.”


  
 p/s: Final epi will be published after lunch. Go get healthy meal first & get a box of tissue too.

12 comments:

  1. after lunch...ala lamenyer tunggu..takut tak lalu nak makan laa cik KL hehehe, nak pi wong solo ni..kang dok tenung jep nasik kang hehehehe....best2 XD

    ReplyDelete
  2. Kesian dary, jadi lilin untuk orang lain....tapi cinta dia kuat....

    ReplyDelete
  3. apasal la manusia ni suka memandang darjat eh...
    manusia sume sama di sisi allah...

    ReplyDelete
  4. kenape kene prepare a box of tissue??kak,u jahaatttt...elakkn lps lunch banjir lak opis neh...

    ReplyDelete
  5. tuan tanah, my aftr lunch is around 12.30 pm... by that time, jari jemari kemetot sy nie akan klik refresh kt dashboard dozens of time... hahaha....

    ReplyDelete
  6. uwaarrrrgggghhhh.. napa rasa mcm dary ni nak mati jek... siap pesan bagai ngan sarah...tak mo laaa nak dia rujuk ngan farid balik...sian fahmi tauu..

    ReplyDelete
  7. Sabar menanti.…………huhu

    ReplyDelete
  8. alaa,,
    xnk laa sad ending..
    fairytales should be hapilly everafter..
    they deserved each other what..

    ReplyDelete
  9. best.... betul-betul terbaikkk..
    Baik betul Datuk kan.... memang bagus Datuk kahwin lain...

    ReplyDelete
  10. oh my, jangan kata ada yang mati dalam cerita ni..

    ReplyDelete
  11. best....x sabar tunggu..hihi..
    ksian dary, slmt ada datuk ngan sarah..
    cite dia ni mcm unexpected ending je nnt..huhu
    -lida-

    p/s: sy mmg suka "MACAM" kot..haha

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...