Thursday, 17 November 2011

CINTA ITU MEMBAKARKU II


“Encik Farid. Ni ada orang bagi.” Ikutkan hati Jaki, pemandu Farid Atallah malas dia nak melayan kerenah Dary Azzalfa.
Mengenangkan janji Dary Azzalfa untuk memperkenalkan Jaki dengan kawan serumahnya Hilda, dia mengalah. Wajah manis Hilda sejak kebelakangan ini membuat Jaki angau. Setiap petang Jaki mesti mengintip gerak langkah Hilda yang sentiasa bersama Dary Azzalfa yang menunggu bas di hadapan Bangunan Vomax ini. Suka sangat Jaki tengok Hilda yang manis berbaju kurung. Berbeza dengan gaya Dary Azzalfa yang lebih moden dan seksi. Tak kira lagi rambut Dary Azzalfa yang panjang ke pinggang siap berwarna copper. Tak naklah Jaki nanti dapat saham busuk kalau dapat bini macam Dary Azzalfa. Kalau bagi kat Farid Atallah yang baik ni bolehlah dibentuk Minah Salleh celup tu. Harap muka je macam Miss World tapi memang bukan taste peon macam Jaki lah. Tak lepas nak bawak balik kampung!
“Siapa bagi?” Farid Atallah menyambut bungkusan yang dihulurkan Jaki. Rasanya ni dah kali kelima Farid dapat bungkusan yang sama. Bungkusan yang bertulis ‘Mulakan dengan Bismillah...’ ringkas sahaja berbalut kertas polka dot hitam putih.Tak tengok isi kat dalam pun dia dah tahu. Bah kan sekarang Farid Atallah bagai  ternanti – nanti bungkusan tersebut. Cuma apabila berhadapan dengan Jaki, kenalah cover. Buat – buat tanya!
“Dary Azzalfa.” Jaki mengerling dari sebalik cermin belakang. Khusyuk dia tengok Farid Atallah membelek – belek bungkusan yang dikirimkan Dary Azzalfa. Nak jugak dia tahu perempuan tak tahu malu macam Dary Azzalfa tu bagi apa kat Bos tersayang yang handsome lagi beriman ni. Bukannya Jaki tak tahu Dary Azzalfa mengejar harta kekayaan yang dimiliki Farid Atallah tetapi nak cakap apa, dia pun ada kepentingannya sendiri. Takat jadi tukang hulur hadiah je. Bukannya Dary suruh dia paksa Farid Atallah kahwin dengan dengan dia pun. Jaki percaya setakat PA macam Dary pasti tidak akan mendapat tempat di hati Farid Atallah.
“Dia orang mana?” Hari ini ringan mulut Farid Atallah mengorek perihal gadis bernama Dary Azzalfa. Kali pertama mendapat bungkusan tersebut, Farid Atallah hanya buat tak tahu. Kali kedua, dia masih buat tak tahu lagi. Balik sahaja dia terus meletakkan bungkusan tersebut di atas meja di dapur. Kali ketiga mendapat bungkusan tersebut, teringin Farid Atallah mengetahui nama si pemberi yang tidak berputus asa walau pun pemberiannya tidak berbalas. Jangankan nak membalas, ucap terima kasih pun tidak. Sebaik Jaki memberitahu nama si pemberi, Farid Atallah terus menggoogle nama tersebut. Dary bermaksud orang yang bijaksana. Azzalfa bermaksud permukaan mutiara. Jatuh minat Farid Atallah dengan dua potong nama yang mempunyai makna yang sebegitu cantik.

Kali keempat bungkusan tersebut sampai ke tangannya, hati Farid Atallah meronta – ronta untuk mengenali empunya nama. Melalui Jaki, Farid Atallah menjejak si pemberi yang juga bekerja di bangunan yang sama. PA kepada Tan Sri Farhan pemilik Axis Berhad rupanya.  
Balik dari pejabat, Farid Atallah menyelongkar almari yang bersusun dengan hadiah daripada peminat – peminatnya. Maklumlah sebagai tunggak Maxwell Berhad yang masih bujang, kacak dan kaya-raya, sudah pasti berduyun gadis yang mengejar. Pembungkus dibuka. 5 biji coklat buatan sendiri dibuka. Ishh..nak rasa ke tak ni? Karang kena bomoh tak pasal je. Coklat yang comel akhirnya diambil satu. Ngap! Hmm..sedapnya inti nenas coklat ni.
Farid Atallah tersenyum sendiri. Sedap coklat tu. Perisa nenas yang diletakkan dalam coklat bukan jem tapi kenyal macam jem. Apa ya tapi rasanya sah nenas. Pelik tapi sedap. Kombinasi manis coklat tone down dengan rasa nenas. Apa nak dihairankan kalau tukang buat ni nama pun Dary Azzalfa. Salah sebut jadi Dairy Milk!
Farid Atallah memandang kotak tersebut yang bertulis ‘Mulakan dengan Bismillah...’. Bukan setakat Bismillahirrahmanirrahim yang dibaca, semua doa yang diajar oleh Ustaz untuk mengelakkan sihir dibaca. Dan kini kali kelima mendapat bungkusan yang sama, hati Farid Atallah meronta pula untuk mengenali rupa paras si pemberi. Sekarang Farid Atallah dalam misi mengorek maklumat.
“Orang Parit Bisu. Tapi anak yatim piatu.” Siap ada maklumat tambahan yang Farid Atallah tak tahan tu.
“Orangnya macam mana?” Soal Farid Atallah lagi.
“Ba..baik.” Errr..tak sampai hati pula Jaki nak memberitahu hal sebenar. Walau pun Jaki tak pernah nampak Dary Azzalfa dengan mana – mana lelaki lain tetapi dari gaya Dary Azzalfa, Jaki yakin perempuan itu hanya mengejar kemewahan dunia.
Farid Atallah mula membayangkan rupa si empunya badan. Jawapan Jaki pendek. Tak nak pulak dia describe muka si pemberi ni. Nak jugak tahu. Duduk je kan Parit Bisu, asalkan jangan bisu sudah.

***

Ting!
Pintu lif terbuka di tingkat 20. Dary Azzalfa yang sedang berdiri dengan sebeban dokumen yang dipeluk di dada pegun. Farid Atallah yang segak membimbit briefcase memandangnya tak berkelip. Eh! Masuk je lah. Bukannya dia kenal aku pun. Bisik hati Dary Azzalfa. Sampai di tingkat 1, pintu lif terbuka. Kan aku dah cakap bukannya dia tahu pun aku tengah gigih nak menjerat ni.
Buk!
“Ya Allah!” Dary Azzalfa tunduk mengutip dokumen yang berselerak di hadapan pintu lif. Gara – gara nak cepat lari dari Farid Atallah, dia terpijak kain baju kurungnya. Hari Jumaat kan, haruslah ayu! Dary Azzalfa menjeling ke depan, dia nampak Farid Atallah menapak meninggalkan dia menanti kedatangan Jaki menjemputnya. Dah jadi rutin Dary Azzalfa sebenarnya mengsekodeng Farid Atallah di bilik pengawal yang dilengkapi CCTV. Maklumlah dia memang kamceng dengan security Vomax dan geng – geng budak maintenance yang selalu melepak di bilik pengawal. Jadi pantang free, pagi atau petang pasti dia menebeng di hadapan CCTV mencari jejak Farid Atallah.
Kereta Pak Hassan muncul di lobi. Terkocoh – kocoh Dary Azzalfa mengangkat kesemua dokumen dan diletakkan ke dalam kereta. Pheww! Sebaik kereta dipandu Pak Hassan, pemandu kepada bos nya Tan Sri Farhan beredar, Dary Azzalfa menguak rambutnya yang panjang ke belakang. Rambutnya dibelah dua di tengah. Rambut sebelah kiri yang tadi dibiarkan lepas di depan dikuak ke belakang membiarkan rambutnya bebas lepas mengikut rentak langkahnya.
Gulp!
Mana Jaki tak datang – datang amik bos dia lagi ni. Kasihan pula dia melihat Farid Atallah yang lama menanti. Cepat – cepat Dary Azzalfa melintasi Farid Atallah buat – buat tak kenal. Bukan style dialah tu menjerat terang – terangan. Sedang Dary Azzalfa menanti lif terbuka, bahunya dicuit.
“Dary Azzalfa?” Oh ni empunya nama. Cantik siottt. Dahlah dengan baju kurung warna merah jambu yang tersarung di badannya yang langsing tu memang sekali tengok persis perempuan Melayu terakhir. Nasib baik nama dekat access kad yang tergantung di leher gadis ini besar gedabak. Berdiri sebatu pun boleh nampak nama tertera. Kalau tahu ni Dary Azzalfa pasti tak segan – segan Farid Atallah membantu si gadis yang terjatuh tadi.
 “Bukan. Encik salah orang.” Dary Azzalfa berdebar – debar. Ishh..mana boleh tahu sekarang. Dahlah tengah pakai baju kurung macam budak kampung ni.
“Kalau awak bukan Dary Azzalfa, access card tergantung kat leher siap muka awak tu palsu ke?”
Cess!!
***

Evening.”
Evening.” Balas Dary Azzalfa malu – malu. Bukan apa sejak Jaki bagitahu Farid Atallah sibuk bertanya perihal dirinya tiba – tiba sahaja berhadapan dengan jejaka handsome ini membuat lututnya menggeletar. Tapi yang paling best, dia hantar jugak coklat hasil tangannya kepada Farid Atallah hari - hari. Suka hati dialah nak makan ke nak buang ke janji perancangan jangka masa panjang sampai ke gol.
“Lambat balik?” Farid Atallah buat – buat jeling ke jam di tangan Dary Azzalfa.
“Banyak kerja.”
“Sedap coklat. Mana belajar?”
“Err..” Dary Azzalfa tergagap – gagap nak menjawab. Macam tak percaya pun ada tengah berdua – duaan dalam lif dengan lubuk emas idaman Anis ini.
“Google.” Aiyohh! Habis hilang skrip. Kononnya jawapan yang patut diberi mesti menunjukkan sifat – sifat kewanitaan. Belajar kat internet? Sah – sahlah aku terus jatuh dalam kategori perempuan bekerjaya yang tak tahu masak. Kalau tahu aku budak kampung lagi lah malu. Coklat bukan masakan orang kampung LOL! Dary Azzalfa menyedapkan hati.
Cool. Nice try. I like it. Send it every day please.”
What?”
Walau pun terkejut dengan kata – kata yang keluar dari mulut Farid Atallah, sebaik sang jejaka melangkah keluar lif dan pintu tertutup, Dary Azzalfa terasa macam nak melompat.
“Gol!!!”


4 comments:

  1. ouh, PA ayah Meen. teehee.

    bagus punya stalker minah ni. bolehla blajar ngan dia. :P

    ReplyDelete
  2. wah dapat coklat buatan sendiri ....
    nak gak...blh dpt x...

    ReplyDelete
  3. syira
    bagi glamer sikit TSF.

    Hajar
    hahha...bole2


    ryana
    nak resipi boleh bagi. Ting!!!

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...