Thursday 17 November 2011

CINTA ITU MEMBAKARKU III


“Dary, our next target is to grab all UMW branches.” Datuk Iqbal memberi arahan ringkas. Maksudnya kau fikir lah sendiri Dary Azzalfa macam mana nak dapatkan projek tu janji tau – tau nanti dalam tangan Ambang Jati Sdn Bhd.
“Okay.” Pendek sahaja balasan Dary Azzalfa. Bertambah pening kepalanya mendengar arahan kerja terbaru Datuk Iqbal.
The key person is Mr Haidrin. Meet him at MS Garden.”
“Kuantan?” Dary Azzalfa tersenyum. Hilang pening kepala sekejap. Okaylah. Boleh bawak Fahmi jalan – jalan. Kesian jugak aku asyik je kerja sampai tak sempat nak bawak buah hati tersayang jalan – jalan.
Dary, I’ve been waiting to ask you one personal question but I always forgot to ask. How do you know Datuk Abdullah?” Dary Azzalfa yang sedang mengira kos keseluruhan manpower untuk projek UMW tersebut mendongakkan kepalanya. Hatinya berdebar – debar apabila nama bekas mentuanya disebut. Seluruh lehidupan lalu yang memusnahkan dirinya, menghancurkan hatinya.
“My ex-boss.” Datuk Iqbal menangguk berpuas hati. Patutlah Datuk Abdullah mencadangkannya memberi pangkat dan gaji yang paling bagus kepada Dary Azzalfa. Memang tak salah pun cadangan Datuk Abdullah. Dary Azzalfa really deliver her works excellently!
Dary Azzalfa teringat kisahnya dihalau seperti kucing kurap dari Maxwell Power. Datuk Nabilah menghalaunya semasa ketiadaan Datuk Abdullah. Datuk Nabilah mencampakkan kotak yang berisi barang – barangnya dan menjerit di hadapan semua orang ‘Aku tak ada menantu kaki kikis macam kau!’
Kalau Datuk Abdullah ada ketika itu, Dary Azzalfa yakin dia tidak akan dimalukan seperti itu. Selepas berkahwin, Farid Atallah menyuruhnya bekerja di syarikatnya. Dengan senang hati Dary Azzalfa berhenti dari Axis Berhad. Sedih benar Tan Sri Farhan dengan keputusannya. Dary Azzalfa lagi lah sedih.  Apatah lagi Tan Sri Farhan sudah dianggap juga seperti seorang bapa yang tidak pernah dimiliknya namun demi suami, Dary Azzalfa turutkan.
Keluar dari Maxwell Berhad dengan morning sickness yang mula menjadi – jadi membuatkan Dary Azzalfa tidak mampu bekerja. Muntah seharian kadang – kadang sampai hampir pitam. Nak tumpang rumah sewa lama bersama Hilda, segan pula. Mujurlah ada Sarah yang sanggup menjaganya sepanjang tempoh mengandung. Hampir habis wang simpanannya menanti kelahiran Fahmi Ammar namun nasib baik selepas pantang sahaja, Datuk Iqbal menawarkannya pekerjaan dengan jawatan yang tinggi dan gaji yang besar pula. Tanpa Dary Azzalfa menyedari Datuk Abdullah yang menjejaknya.
Dan sejak itu Dary Azzalfa tidak pernah menoleh. Hidupnya hanya untuk Fahmi Ammar. Dary Azzalfa bertekad akan melimpahkan sepenuh kesenangan kepada Fahmi Ammar walau pun tanpa Farid Atallah. Sedikit pun Dary Azzalfa tidak akan membiarkan Fahmi Ammar mengenali erti hidup susah.

***

“Fahmi, jangan lari.” Jerit Dary Azzalfa sambil mengejar Fahmi Ammar. Si cilik berusia 4 tahun yang tengah lasak membesar. Nasib baiklah dia bertolak awal dari Kuala Lumpur. Boleh berehat dan melayan Fahmi Ammar dahulu. Sepanjang perjalanan pun Fahmi Ammar pun diam melayan CD Special Agent OSO yang dipasang dalam kereta. Senang Dary Azzalfa menjaga Fahmi Ammar.
Mommy, what time we want to see Atuk?” Fahmi Ammar berlari pula ke dalam dakapan Dary Azzalfa.
Darling...soon okay.” Takut pula Dary Azzalfa nak berjanji. Kalau – kalau Datuk Abdullah lambat tiba di Kuantan, kasihan pula Fahmi ternanti – nanti.
Let’s go swimming.” Ajak Dary Azzalfa memancing si anak.
“Hooray!!!” Bersorak girang Fahmi Ammar memanjat katil dan melompat – lompat.

***

“Fahmi, come.” Datuk Abdullah memanggil cucu kesayangan dan meribanya. Dipeluk dan dicium Fahmi Ammar tanpa henti. Sayang benar. Dary Azzalfa duduk di sebelah bini muda bapa mertuanya. Ayu sahaja isteri baru bekas mertuanya ini. Berbeza dengan Datuk Nabilah yang tidak pernah mahu memandangnya.
“Kenapa baru sekarang Azza nak bagitahu?” Tanya Datuk Abdullah. Matanya ditala seketika ke arah Dary Azzalfa dan beralih pula ke arah Fahmi Ammar yang riang bermain PSP. Baru jumpa terus dapat hadiah si Fahmi ni. Bukan Dary Azzalfa tak tahu betapa terkejutnya Datuk Abdullah apabila Dary Azzalfa menelefon dan meminta untuk berjumpa dengannya.
“Fahmi dah besar. Azza cuma nak bagi Fahmi dikelilingi oleh darah dagingnya sendiri.” Dary Azzalfa menunduk. Biarlah sebab sebenar pertemuan antara Datuk Abdullah dan Fahmi Ammar yang dirancangnya ini menjadi rahsianya seorang. Kerap benar soalan mana Daddy keluar dari mulut Fahmi Ammar yang makin membesar kebelakangan ini.
“Farid tahu?” Dary Azzalfa tersentak.
“Tak.”
“Tak nak bagitahu ke?”
“Tak payah lah Daddy.” Lirih sahaja suara Dary Azzalfa.
“Tapi dia tetap berhak.”
“Dah lama berlalu. Farid dah ada kehidupannya sendiri. Azza tak nak ganggu.”
“Azza masih marahkan Farid?” Perlahan Datuk Abdullah memandang bekas menantunya. Kesian dengan nasib yang menimpa Dary Azzalfa.
Dary Azzalfa hanya menggeleng. Memang salahnya pun. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya.

***

“Macam mana?” Anis di hujung talian bertanya. Sepupu tak guna yang mencabarnya sehingga terikat dalam ikatan cinta Farid Atallah yang tidak bertepi ini.
“Eh! Tengok kakilah. Budak kampung macam aku pun boleh dapatlah lelaki kaya macam Farid.” Suara bangga yang dibuat – buat Dary Azzalfa untuk menyakitkan hati sepupunya nun di hujung talian. Dia tidak mahu Anis mengetahui bahawa kini cintanya terhadap suami tersayang benar – benar ikhlas. Dalam hati Dary Azzalfa amat terkilan dengan sikap Anis yang tidak pernah berubah.
“Sekarang  macam mana?” Tanya Anis lagi. Barang kali hendak mengorek perjalanan perkahwinan Dary Azzalfa dan Farid Atallah yang hanya baru menjejak ke bulan ketiga.
“Macam mana apa. Dah selamat jadi laki aku. Pandailah aku kikis.” Meninggi suara Dary Azzalfa hendak menambahkan iri di hati Anis. Bayangan penderitaan hidupnya tak pernah berhenti mengekori tidur malamnya. Bagaimana ibu bapa Anis melayannya seperti orang gaji. Kadang – kadang kerana berjaga malam, kerap benar sakit kepala datang menjengah sampaikan beberapa kali Dary Azzalfa pernah pengsan di sekolah. Apatah lagi apabila setiap malam dia terpaksa bersengkang mata menyiapkan kerja sekolah Anis. Kalau karangan Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia lagi lah Dary Azzalfa terseksa. Terpaksa membuat dua karangan yang berbeza takut dimarahi guru.
Mujurlah berkat usaha gigihnya walau hidup terseksa berjaya juga dia menghabiskan pelajaran walau pada peringkat Diploma sahaja. Mujurlah dia cekap berbahasa Inggeris, maka layak lah dia menyandang jawatan sebagai PA di Axis Berhad. Dia bertapak di Axis Berhad perlahan. Mencari pengalaman buat menjamin kerjaya yang lebih bagus.
Namun kehadiran Anis yang meminta kesemua duit simpanannya kononnya untuk menebus tanah yang tergadai di Parit Bisu mengubah segalanya. Anis mengugut untuk memberitahu di mana dia tinggal kepada ibu bapanya. Ibu Anis ialah anak saudara arwah ibunya. Mereka yang membesarkannya setelah pemergian orang tuanya. Dia mahu memulakan hidup baru. Seminggu Anis menumpang di rumah Dary Azzalfa bersama Hilda merubah segalanya. Anis merayu – rayu agar dicari kerja untuknya. Diugutnya lagi Dary Azzalfa. Pertama kali Anis mengikut Dary Azzalfa ke Vomax, ketika itulah tragedi yang membakar dirinya ini bermula.
Anis jatuh cinta dengan Farid Atallah. Jatuh cinta pandang pertama yang membuat Anis lupa hukum Allah. Anis sebenarnya lebih tergila – gilakan kekayaan Farid Atallah. Suatu hari ketika Dary Azzalfa mengemas biliknya yang dikongsi sementara dengan Anis, sebuah bungkusan kain kuning dijumpainya di bawah katil. Terketar – ketar tangan Dary Azzalfa membuka bungkusan tersebut.
“Apa ni?” Tempik Dary Azzalfa mengejutkan Anis yang sedang menonton TV di rumah sewanya. Nasib baiklah Hilda tiada ketika itu.
“La, aku punyalah.” Anis menarik anak patung yang diikat dengan reben merah dan dibungkus di dalam kain kuning tersebut.
“Kau hantar ni untuk siapa?” Manik – manik peluh merecik ke dahi Dary Azzalfa.
“Farid Atallah.” Jawab Anis selamba.
“Kau tahu tak syirik kerja kau ni? Ini berdosa besar hukumnya.” Dary Azzalfa terduduk. Tak sangka sampai ke tahap menyantau orang sepupunya sanggup lakukan.
“Kau cintakan dia ke?”
“Tak lah sangat. Aku cuma nak dia jatuh ke tangan aku. Lepas tu aku nak duit dia je. Hisam kat kampung tu aku nak letak mana.”
“Kau gila ke? Buang patung tu.”Arah Dary Azzalfa berang.
“Tak akan. Aku nak hidup senang. Aku dah tak sanggup hidup miskin kat kampung.”
“Okay. Okay. Kau cakap kau nak berapa tiap – tiap bulan. Aku bagi.” Dary Azzalfa memujuk. Tak sanggup melihat darah daging mencari jalan ke neraka. Sejahat – jahat Anis pun, Anis tetap memberinya makan sewaktu dia dikurung atau tidak diberi makan oleh ibu bapanya. Anis tetap sayangkannya.
“8 ribu.”
“What???”
“Kau buang patung tu. Aku bagi kau duit.”
“Gaji kau berapa sangat.”
“Aku boleh buat part time. Aku boleh jual nasi lemak.”
“Tak. Aku cuma nak duit Farid Atallah.”
“Kau gila?”
“Aku cabar kau. Kau dapat Farid Atallah. Aku berhenti perbuatan syirik aku ni. Sekarang ni pun aku rasa mamat tu dah lesu tak boleh nak pergi kerja ni.”
“Okay!Okay! Janji kau jangan buat orang macam tu.” Walau pun tidak pernah mengenali Farid Atallah.
Dary Azzalfa menyahut sahaja cabaran sepupunya itu. Demi menjaga akidah seorang saudara dan demi nyawa seorang yang tidak pernah dikenalinya. Bukannya Dary Azzalfa tak tahu yang orang yang disantau boleh membawa maut kalau tidak terkawal.
Dan bermulalah episod Dary Azzalfa mengejar Farid Atallah. Episod yang mengajarnya erti cinta yang membakar Dary Azzalfa.


15 comments:

  1. aaa
    mood sedih sekejap

    ReplyDelete
  2. KL .. aku baru je nak marah kaki kikis , terus tak jadik...

    ReplyDelete
  3. oowwhhhh begitu kesahnya hidup si Dary ni..semua ni trjadi sbb salah faham n fitnah anis la yer...hishhh farid mesti kena tau semua nih sblum dia kawen ngan riana...yesss dato abdullah jek orgnya yg boleh tolong...

    ReplyDelete
  4. terus x jd marah ke? hahaha...

    ReplyDelete
  5. kak nora

    farid dpt tau ke? ceh confident yea..mcm x jerr

    ReplyDelete
  6. diya = anis ...same je perangai....

    ReplyDelete
  7. best la citer ni...hmmm igtkan si Dary ni jahat sgt...rupanya ade kisah disebalik tirai kamar hehehehe... lawak pulok staff si dary takut lau nk jumpa dia coz kena berbahasa inggeris ...lain dr yg lain novel ni...kita suke ^_^

    ReplyDelete
  8. syira
    tlg gi snatau diya dgn anis tuh! ishh3x

    TLC
    hehhe kisah dary kesian sgt. Tgu part IV & Final auto publish t hari yea.

    ReplyDelete
  9. ouh, takdelah jahat sangat Azza nih. sedih pulak baca part ni. sob sob..

    ReplyDelete
  10. kalau sini dah sedih, final nti banjir la...

    ReplyDelete
  11. salh siapa ye...sehingga mereka berceraikan...
    farid tau x yg dia ada anak dgn dary...
    dary nak balas dendam ke.....

    ReplyDelete
  12. Hahaha..... sampai sini diya kena kutuk..... sian ko... tu lah buat lagi perangai tu.....

    ReplyDelete
  13. aaaaa sedih....ooooo tidak...x lalu nak mkn ni XD

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...