Thursday 17 November 2011

CINTA ITU MEMBAKARKU I


“Macam mana?”
“Eh! Tengok kakilah. Budak kampung macam aku pun boleh  dapatlah lelaki kaya macam Farid.”
“Sekarang  macam mana?”
“Macam mana apa. Dah selamat jadi laki aku. Pandailah aku kikis.”

Dary Azzalfa tersenyum bangga. Farid Atallah akhirnya rebah ke pangkuannya. Padan muka sepupunya Anis yang selalu memperkecilkannya, yang selalu dengki dengan segala keistimewaan yang Allah kurniakan kepadanya. Tahukah Anis bahawa hidup sebatang kara di dunia amat memeritkan? Tahukan dia bahawa Dary Azzalfa sanggup mengorbankan segala keistimewaan yang ada dalam dirinya, kecantikannya dan kepandaiannya semata – mata untuk mengecapi kasih sayang seorang ibu dan ayah? Cabaran Anis  5 tahun yang lalu disambut dengan ketawa. Kacang kononnnya. Maka dengan kecantikan yang Allah kurniakan kepadanya, Farid Atallah dengan mudah menyerahkan cintanya terhadap Dary Azzalfa. Kerana Anis, kerana desakan hidup, kerana ketamakannya, kerana cinta Farid Atallah yang tulus, Dary Azzalfa tercampak di sini. Membina kembali sisa hidupnya. Mengutip kembali cinta yang telah membakar dirinya.

***

Ambang Jati Sdn Bhd

“Cik Dary.”
Ketukan di pintu menyedarkan Dary Azzalfa dari lamunan. Entah mengapa, kebelakangan ini kerap benar bayang Farid Atallah menemani hari – harinya yang sepi.
“Cik Dary ada temujanji pukul 3 nanti.”
Okay, get me a car. I don’t want to drive.”
Suzi terus melangkah keluar bilik. Tak betah berlama – lama di bilik yang dihias hanya dengan kombinasi warna hitam putih. Kadang – kadang dia tak faham kenapa Boss nya ini amat dingin. Hampir setahun Cik Dary Azzalfa menjadi Pengurus Besar Ambang Jati Sdn Bhd tetapi tak pernah sekali pun dia lihat Boss nya ini hendak bermesra dengan pekerja. Siapalah dia untuk memberi komen murahan sebegini kerana sedingin mana pun Cik Dary Azzalfa, kerjanya memang tip top. Malah menjadi kesayangan Datuk Iqbal, pemilik syarikat. Berbeza betul cara Datuk Iqbal melayan Cik Dary Azzalfa dengan Pengurus Besar yang lama iaitu Encik Hisham. Kalau dulu, Datuk Iqbal kerap turun padang untuk memantau perjalanan syarikat tetapi sekarang, hampir seratus peratus diharapkan pada Cik Dary Azzalfa.
“Boss ada kat dalam?” Sergah Syakir mengejutkan Suzi daripada lamunan.
“Ada. Sekejap lagi dah nak keluar dah. Apa hal?”
“Aku nak tunjuk costing Dataran Maybank yang aku buat ni.”
“Masuklah tapi kamus bawak tak?”
“Heh, kau ingat aku ni macam handyman kat site ke tak paham minah celup tu cakap?”
“Jangan nak mengatalah. Karang dia dengar susah aku.” Suzi menurunkan nada suaranya beberapa oktaf.
Bukannya Suzi tak tahu ramai pekerja Ambang Jati ni takut nak menghadap Ice Queen kat dalam tu. Bukan takut kena smash ke apa tapi takut nak bersoal – jawab dalam Bahasa Inggeris. Cik Dary Azzalfa ni mana pernah nak cakap Melayu dengan budak – budak. Kadang – kadang Suzi kesian jugak tengok budak – budak kat pejabat ni tergagap – gagap nak menjawab soalan Cik Dary Azzalfa. Walau pun Cik Dary Azzalfa tak pernah marah apabila budak – budak bertanya atau menjawab dalam Bahasa Melayu tapi segan babe! Kalau level pengurus , eksekutif atau jurutera memang tak ada masalah tapi yang level kuliketif ni, mak ngaiii seksanya nak susun ayat. Nak pahamkan pun dah cukup terseksa. Aku ni kerani cabuk so kira kategori kuliketiflah. Kuliketif yang penguasaan Bahasa Inggerisnya masih di bawah par! Kisahlah kan janji hujung bulan masyukk.
Queen Boss kau ni tak pandai cakap Melayu ke?” Sambung Syakir lagi.
“Pandailah. She’s Melayu what cuma ermm...entah tak tahu.” Suzi betul – betul tak pasti tetapi teorinya senang sahaja. Orang kaya memang suka cakap omputih!
“Masuklah.” Gesa Suzi apabila melihat Syakir yang masih tercegat di hadapannya.

***

Maxwell Power Berhad

“Farid The Boss ni tak pernah senyum ke?” Tanya Hilman yang baru melangkah keluar dari bilik Farid Atallah. Ketat je muka Hilman. Pasti sesi berurusan dengan Farid Atallah membuatnya tertekan.
“Pernah, bila dapat projek baru. Tadi dapat tender HUKM. Sengih lebar je aku tengok.” Kathy menyedapkan hati Hilman, Pegurus HR Maxwell Berhad.
Kathy sendiri pun pelik, sejak bercerai, jarang sekali senyuman terhias di wajah kacak Farid Atallah. Kecewa benarkan Boss aku tu? Kebelakangan ini walau pun heboh berita mengatakan Farid Atallah akan menamatkan zaman dudanya dengan Ariana tetapi yang Kathy peliknya ialah, bersama Ariana pun Kathy tak pernah nampak Bossnya itu tersenyum riang. Bergurau senda apatah lagi.
Berbeza sewaktu Bossnya dengan Dary Azzalfa. Dengan Dary Azzalfa, Bossnya sentiasa ceria dan selalu memintanya membuat bermacam – macam kejutan untuk isteri tercinta. Booking pergi bercutilah, booking hotellah, booking romantic dinner lah. Booking flight pergi balik semata – mata nak makan tengah hari di Kota Kinabalu pun Bossnya pernah buat. Gila betul. Dary Azzalfa, perempuan pengikis duit itu turut mengikis senyuman Farid Atallah!
“Boss, Ariana tunggu nak makan tengah hari dengan Boss. Dah lama dia tunggu kat depan. Saya suruh dia masuk dulu ya.” Kathy masuk ke bilik Farid Atallah sebaik Hilma beredar.
Farid Atallah mengangkat muka. Memandang jam di mejanya dan beralih ke arah Kathy yang berdiri tegak di pintu. Farid Atallah mengangguk. Air mukanya garang sahaja.
“Makan kat Sunway ya. Lepas tu I nak layan skate kejap.” Ujar Ariana sebaik duduk di hadapannya.
Whatever. Kau memang suka menyusahkan orang kan.” Main skate? Susah couple dengan budak bawah umur ni. Farid Atallah tak lepas membandingkan Ariana dengan Dary Azzalfa. Baginya kata – kata manisnya hanya untuk Dary Azzalfa. Dulu, kini dan selamanya.
Farid Atallah masih serius memandang skrin komputer. Langsung tidak menghiraukan Ariana yang sedang berceloteh di sebelah.
“You.”
“Apa?” Balas Farid kasar.
“You dengar tak?”
“Apa?”
“You ni, I penat cerita tau. Mommy dah tempah pelamin kita tau. Wedding kita nanti Mommy cakap mesti buat besar – besaran.”
“Ya. Suka hati you lah nak buat apa pun. Jangan susahkan I je.”
Farid lebih senang mengikut sahaja rentak Ariana dan Mommy. Tak sanggup lagi rasanya mengecewakan Mommy. Kononnya berkahwin dengan pilihan hati sendiri membahagiakannya rupanya dia buta menilai Dary Azzalfa. Dia terpukau dengan kecantikan yang dimiliki Dary Azzalfa. Dia tertipu dengan kelembutan palsu Dary Azzalfa. Walau pun perit untuk menelan perpisahan dengan Dary Azzalfa namun dia terpaksa melepaskan Dary Azzalfa pergi.
Azza, di mana Azza sekarang? Apa khabarmu sayang? Abang teramat rindukan Azza.
“Lagi satu, Mommy suruh you pergi cari Daddy. Nanti Mommy cakap tak kan Daddy tak nak datang kahwin kita. Malulah Mommy nanti.”
“Ya lah.” Malas nak bercakap dengan Daddy sebenarnya. Sejak Daddy berkahwin lagi satu, jarang betul nak nampak muka Daddy kat rumah.
Datuk Nabilah dan Datuk Abdullah. Pasangan suami isteri yang berkahwin hanya kerana penyatuan perniagaan dua keluarga. Mereka cuba sedaya upaya untuk mempertahankan rumah tangga yang dirancang oleh orang tua masing – masing namun kehadiran Farid Atallah tetap tidak mampu mencantumkan dua hati tersebut. Akhirnya Datuk Abdullah memutuskan untuk berkahwin juga dengan kekasih hatinya kerana rumah tangga yang dibina bersama Datuk Nabilah langsung tidak bercahaya.
Sayangnya Farid terhadap Daddy hanya kerana Daddy menyokong perkahwinannya dulu dengan Dary Azzalfa berbeza dengan Mommy yang menentangnya. Apabila Dary Azzalfa hilang dari hidupnya, Farid juga menghilangkan diri dari Datuk Abdullah. Alasannya kerana keputusan yang diambil untuk meninggalkan Dary Azzalfa ditentang keras oleh Datuk Abdullah. Datuk Abdullah berpendapat Dary Azzalfa patut diberi peluang untuk menebus kesilapan.

***

What a nice name.” Puji lelaki di hadapannya.
Let’s start our negotiation Sir.” Balas Dary Azzalfa tanpa apa – apa perasaan dipuji begitu. Terlalu biasa dan muak dengan pujian. Kalau tak mengenangkan kontrak UNIKL yang benar – benar penting untuk digenggamnya sudah pasti Dary Azzalfa tidak betah melayan lelaki ulat bulu di hadapannya ini. Projek ini margin keuntungannya amat tinggi jadi peluang harus digapai sebaik mungkin.
I’ll give you this project but let’s have dinner first.” Dary Azzalfa ternganga. Susah rupanya untuk hidup senang.

6 comments:

  1. aaaaa.
    dah agak dah..

    cite ni ada pasal kawen-kawen.
    tp tak expect pulak dah cerai.

    n that ammar pasti anak dary n farid kan?
    mungkinkah?

    next puh-leaseee.

    ReplyDelete
  2. hmm, jarang jumpa heroin watak hitam ni. mesti ada sebabnya kan?

    ReplyDelete
  3. knp diaorg bercerai...

    ReplyDelete
  4. Read next plss...x yah jwb sbb back to back epi..heheh but drop comment at final epi!!!

    ReplyDelete
  5. Rin.. nak bace arluna but i cant find the link.. :(

    puh~leaseeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear,
      Arluna sy pnah htr kat p2u long time ago. Kat sini sy delete sbb ada benda salah sikit. Dulu infinity pool zmn construction x block but now they do so kat situ mcm slh. (sorry hehhe org x perasan pun kot)
      tapi sy x sedap hati & sy akn ltak blk kat blog lpas GET published ya :)
      Now kalau nk baca boleh type nama Rin Ahmad atau tajuk cter Arluna kat p2u.

      Delete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...