Thursday 17 November 2011

CINTA ITU MEMBAKARKU BAB AKHIR


“Sedap tak?” Ariana yang berada di sebelah ghairah menuntut pujian. Beria dia belajar nak buat hand made chocolate ni. Entah sejak bila Ariana tak pasti Farid Atallah hanya akan memakan coklat buatan sendiri.
“Tak.” Farid Atallah meletak kembali ke bekas di atas meja. Ariana hampa. Farid Atallah mengambil tempat di ruang tamu. Datuk Nabilah hanya mencebik. Tak sampai hati nak bagitahu Ariana yang dulu Dary Azzalfa yang rajin membuat coklat berinti nenas untuk kudapan Farid Atallah.
“Mommy, Sarah ada datang sini tadi?”
“Ada. Dia nak jumpa kamu. Penting katanya. Dia minta kamu cari dia atau telefon dia.”


***

Pertemuan selepas hampir lima tahun terasa amat kekok.
“Abang. Apa khabar?” Dary Azzalfa menyapa Farid Atallah yang dingin penuh hormat. Fahmi Ammar yang dibawanya bersama dipegang kejap.
“Ni anak dengan lelaki kaya mana ni?” Soalan Dary Azzalfa berbalas soalan.
“Fahmi, salam please.” Fahmi Ammar menghulurkan salam. Takut – takut melihat wajah garang Farid Atallah.
Is he my daddy?” Fahmi Ammar berbisik ke telinga Dary Azzalfa. Sudah dipesan agar menjaga tingkah di hadapan lelaki yang akan diperkenalkan sebagai Daddynya. Soalan itu pun hanyalah untuk mengesahkan sahaja agaknya kerana Fahmi Ammar sedari kecil hari – hari ditadahkan dengan gambar Farid Atallah. Mengajar si kecil mengenali darah dagingnya sendiri.
Yes.” Bisik Dary Azzalfa perlahan juga.
You are very handsome.” Puji Fahmi Ammar ikhlas. Teruja pertama kali bersua muka dengan Daddynya. Farid Atallah hanya menjeling.
Sit Fahmi.” Fahmi Ammar akur dengan arahan Mommynya. Farid Atallah menghulurkan menu. Cuba meneka juga kenapa Dary Azzalfa meminta untuk berjumpa. Budak lelaki yang dibawa Dary Azzalfa dikerling sekilas. Sebijik muka Dary Azzalfa. Kalau yang berbeza pun hanya jantina. Apatah lagi raut Dary Azzalfa yang jelita itu sebenarnya kalau diperhatikan betul – betul mempunyai air muka yang amat tegas.
“Kenapa nak jumpa?”
“Azza dah nak pergi. Ingat nak minta maaf dengan abang. Azza harap sangat perkara yang dah lama tu abang boleh lupakan.”
“Hai...lama tunggu?” Sarah yang tiba – tiba muncul ceria sahaja dengan kamera yang tergantung di leher. Biasalah budak – budak gila fotografi zaman sekarang ni. Zaman networking yang semua berlumba nak publish gambar yang paling cun. Kenalah 24 jam dengan kamera.
“Kau ajak Sarah sekali ke?” Tanya Farid Atallah.
“Fahmi, can you seat there? I want to sit beside Mommy.” Arah Sarah agar Fahmi Ammar bergerak duduk ke sebelah Farid Atallah.
“Okay.” Farid Atallah membantu si kecil yang terkapai – kapai menarik kerusi ke meja. Tangan Farid Atallah yang memegang bahu Fahmi Ammar, senyuman yang terukir secara tidak sengaja di bibir Farid Atallah semuanya dirakamkan ke dalam memori kamera yang tergantung di leher Sarah.
“Kak Dary ajak Sarah temankan. Takut abang Farid makan dia kot. Apa yang ditakutkan sangat entah.” Sarah menjawab selamba.
It’s almost 5 years Azza. I move on. You move on. And I’m getting married next month.” Umum Farid Atallah. Cemburu juga melihat kebahagiaan Dary Azzalfa. Dah siap ada anak yang comel pula tu.
“Korang dah order ke?” Sarah mencelah apabila melihat suasana yang mula bertukar muram. Kesian pula dengan Fahmi Ammar yang diam tak berkutik dan tak lepas memandang Farid Atallah.
“Dah. Aku orderkan kau Chicken Cordon Bleu.” Balas Dary Azzalfa.
Mommy I want that cake.” Fahmi Ammar meminta dari Dary Azzalfa. Tangannya ditunjukkan ke arah rak peti yang berisi pelbagai jenis kek di Secret Recipe ini. Tapi sebelah tangan lagi memegang tangan Farid Atallah. Mengajak Farid Atallah memilih kek yang menarik minatnya.
Please...” Fahmi Ammar mengajak Farid Atallah menemaninya. Seronok tak terkata Fahmi Ammar apabila dilayan oleh Daddynya. Sebaik menu yang dipesan tiba, Sarah menyuruh Fahmi Ammar untuk duduk di tengah – tengah antara Dary Azzalfa dan Farid Atallah. Farid Atallah hanya tunduk makan tidak mempedulikan sarah yang sibuk mengambil gambar mereka. Cuma kadang – kadang dia tersenyum apabila si cilik bergurau dengannya. Tersentuh juga hatinya.


***


“Puas hati awak Nabilah?” Datuk Abdullah mencerlung tajam ke arah Datuk Nabilah yang sedang mengesat air mata. Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anak kesayangan terjelepuk tidak berkata. Hanya Fahmi Ammar sahaja yang dilayan oleh Farid. Memandang Mommy sendiri pun Farid tidak sudi.
“Abang Farid.” Sarah menghampiri Farid Atallah yang memangku si kecil Fahmi.
“Ada orang nak jumpa.” Sambung Sarah lagi.
“Saya minta maaf abang. Bukan salah Dary. Saya yang jahat. Saya yang jahat. Saya yang jahat. Saya berdosa.” Anis meraung – raung di hadapan bilik pembedahan Dary Azzalfa. Farid Atallah diam tak berkata. Semua cerita Sarah semalam umpama mimpi ngeri. Mimpi ngeri yang tidak pernah dia bayangkan. Sangkanya Dary Azzalfa sudah jauh membina kehidupan baru. Rupanya dia bergelut dengan nyawa di dalam sana.
“Aku tak kenal kau.” Farid Atallah yakin perempuan inilah yang dimaksudkan Sarah tapi hatinya sudah mati. Mati menunggu berita Dary Azzalfa di dalam sana. Yang dia tahu perempuan ini jugalah yang menemukannya dengan Dary Azzalfa, menemukannya dengan cinta pertamanya.
“Abang Farid, ampunkan saya. Sebab saya Kak Dary hidup menderita.” Anis meraung – raung lagi. Sarah menenangkan Anis. Tidak mahu menakutkan Fahmi Ammar yang makin kuat memeluk Daddynya.
I’m scared Daddy.”
Shhh..I’m here baby.” Kepala Fahmi Ammar dirapatkan di dada. Ubun – ubun si kecil dicium berkali – kali.


***


“Azza...Azza jangan tinggalkan abang. Jangan tinggalkan Fahmi.” Farid Atallah menangis teresak – esak di tepi katil hospital. Dary Azzalfa yang baru keluar dari menjalani pembedahan arteriovenus malfunction tersenyum lemah. Walau pun risikonya untuk menjalankan pembedahan amat besar tetapi Dary Azzalfa tetap berharap untuk terus berjuang demi Fahmi Ammar.
“Abang dah maafkan Azza?” Tanya Dary Azzalfa lemah. Farid Atallah mengangguk.
“Abang akan jaga Azza sepanjang hidup abang. Abang tak akan tinggalkan Azza lagi.”
“Azza berdosa besar mempermainkan kasih sayang abang.”
“Abang dah ampunkan. Abang cuma nak Azza dan Fahmi dalam hidup abang.” Lirih sahaja suara Farid Atallah. Air mata mula mengalir di pipi mulus Dary Azzalfa.
“Abang. Ni nanti simpankan untuk Fahmi ya.” Dary Azzalfa mengambil bingkai gambar di bawah bantalnya. Gambar mereka bertiga yang sedang tersenyum memandang Fahmi Ammar. Entah bila Sarah mengambilnya pun Dary Azzalfa tidak pasti. Tapi itulah permintaannya dengan Sarah tempoh hari. Dary Azzalfa mahu Fahmi Ammar mempunyai kenangannya bersama Mommy dan Daddy. Dary Azzalfa tidak mahu Fahmi Ammar melalui kehidupan sendirian sepertinya. Dia mahu Fahmi Ammar mempunyai sebuah keluarga walau pun hanya dalam kenangan.
“Azza...” Farid Atallah merenung gambar di tangan sedih. Silapnya tidak mendengar kata Datuk Abdullah dan memberi Dary Azzalfa peluang dulu.
“Janji Azza bahagiakan Fahmi. Selama abang tak ada, Azza cuba beri yang terbaik untuknya tetapi sekarang.” Terhenti – henti Dary Azzalfa berkata – kata. Badannya terasa teramat lemah.
“Sekarang abang yang kena jaga pula. Azza minta maaf bang.” Suara Dary Azzalfa tenggelam timbul dengan air mata yang mengalir di pipi.
“Abang tunggu Azza sembuh. Kita jaga sama – sama.”
“Abang.”
“Azza.”
“Jangan tunggu Azza.”
“Tak abang akan tunggu sampai bila – bila pun. Hidup abang hanya untuk gadis bernama Dary Azzalfa.”
“Abang.”
“Ada apa sayang?” Farid Atallah sudah tidak hiraukan lagi status hubungan yang tinggal. Dia hanya mahu Dary Azzalfa tahu betapa dia sayangkan Dary Azzalfa sepanjang hidupnya. Hanya Dary Azzalfa!
Your name means the gift from Allah that has nothing to compare with it right?”
“Azza. Jangan cakap apa – apa lagi sayang.” Farid Atallah mengangguk dengan air mata yang masih bersisa.
“Abang. Azza sayangkan abang dan sepanjang menjadi isteri abang, Azza benar – benar bahagia. You really are gift from Allah.” Bisik Dary Azzalfa lemah.
You are a gift too. I always miss you, your chocolate, your everything Azza.” Farid Atallah gagal mengawal perasaannya. Dia tidak mampu mengawal rasa hiba yang bertandang apabila melihat sekujur tubuh Dary Azzalfa lemah terbaring di katil.
“Abang. Ada orang ni. Dia banyak dosa dengan abang. Abang maafkan dia ya.” Dary Azzalfa pandang tepat ke mata Farid Atallah. Amat berharap mendengar kata maaf dari mulut bekas suaminya itu.
“Shuuu...abang dah maafkan Azza.” Farid Atallah menyuruh Dary Azzalfa diam. Dia hanya mahu gadis kesayangannya berehat. Dia mahu Dary Azzalfa kembali cergas seperti dulu. Seperti saat pertama dia terpandang Dary Azzalfa yang jatuh di hadapan lift bagunan Vomax.
“Bukan Azza bang. Saudara Azza. Kalau suatu hari nanti abang berjumpa dengan Anis. Abang janji Azza, abang maafkan dia ya.” Rayu Dary Azzalfa. Farid Atallah mengangguk sekadar menggembirakan Dary Azzalfa. Seluruh jiwa dan raganya hanya mahukan Dary Azzalfa.
“Abang maafkan. Azza jangan bimbang. Rehat sayang.” Pujuk Farid Atallah. Hubungan mereka yang bukan lagi suami isteri membataskan luahan perasaannya. Kalau mahu diikutkan hatinya yang walang dan hiba saat ini, mahu sahaja tangan Dary Azzalfa digenggam erat dan tubuh yang bergelumang menahan sakit melahirkan zuriat untuknya tanpanya di sisi dipeluk seperti malam –malamnya bergelar isteri. Masih terasa kehangatan pelukan Dary Azzalfa. Sentuhan manjanya. Urutan saktinya dan layanan istimewa yang dihadiahkan kepadanya.
“Abang.”
“Ya sayang.”
“Azza nak jumpa Fahmi. Azza nak peluk Fahmi.”
“Okay sekejap sayang. Abang panggilkan Fahmi kat luar ya.” Farid Atallah menyapu air mata yang basah di pipi dan bergerak ke pintu. Farid Atallah mendukung Fahmi Ammar yang memegang erat lehernya sambil tersengih dengan kereta robot Bumble Bee di tangan.
“Mommy! Mommy!”
“Azza!!!!”


***

Fahmi’s Daddy,

I may not have empathized when you were crying out for understanding. And I may not have done the right things to make you feel loved.
If you are going to judge me on these things alone, I know I have failed miserably. But if only you could look through my heart to see who it is beating for, you would know the depth of my love for you.

Fahmi’s Mommy.

Kad yang bertulis tulisan tangan Dary Azzalfa dilipat kemas.

My baby you
Are the reason I could fly
And 'cause of you
I don't have to wonder why
Baby you

Daddy..daddy..This is Mommy’s favourite.”
This song?” Tersentak Farid Atallah. Tangan Fahmi Ammar digenggam erat.
Yes. She sang to me always.” Fahmi Ammar tersenyum teruja benar tiap kali menyebut Mommy.
Now, this is Daddy’s favourite too.” Tangan Fahmi Ammar dikucup lama.

I will soothe you if you fall
I’ll be right there if you call
You’re my greatest love of all
you are the reason I could fly
and 'cause of you
I don't have to wonder why
My baby you
there's no more just getting by
'cause you're the reason I feel so alive

Pusara Dary Azzalfa ditinggalkan dengan hiba dan semangat baru. Kalau dulu hidupnya hanya untuk Dary Azzalfa, kini hidup Farid Atallah hanya untuk Fahmi Ammar. Ariana? No! Dalam hidupnya hanya Dary Azzalfa yang bertakhta dulu, kini dan selamanya.

True love stories never have endings.


Much Love ^ KL

51 comments:

  1. uwaaahhhhhhh...betul kan akak ckp..dary ni mati..alaaa lain kali tak mo ckp2 lagi ler...kan dah masin mulut nih...sedihhhhh...hajat tak kesampaian nak tengok dorang satu famili bersama...KL no no no cite sedih pas nih..akak tak sanggup nangis lagik...

    ReplyDelete
  2. sob sob sob.. mujur dah ready sekotak tisu atas meja nih. hehe. percubaan yang menjadi. tahniah! =)

    lumrah la kan, tak semua berakhir dengan kegembiraan. but at least fahmi tu dapat juga kenal ngan ayah dia.

    sob sob sob. uwaaaa.. :'(

    ReplyDelete
  3. kak nora
    tu lah sy x nak komen dulu sbb masin mulut akak.
    :(

    Hajar
    Hehhe nasib baik dgr kata suh stanby tissue...
    Jadi ke hajar? Lama terperam kat folder sbb x pandai nk mengexpresskan sadness ni maklumlah hidup joyous memanjang :(

    Syira dearie...
    (T_____T)

    ReplyDelete
  4. kak kenapa matikan heroin ni....
    sedihnyer.....
    ya right...true love never end....

    ReplyDelete
  5. i cried when i read it..

    ReplyDelete
  6. ryana
    nak sambung ke next episode konon2 mimpi?
    hahhaha....jgn sedih tgu next n3 GET next wk yea..

    True love stories never have endings.
    eh boleh lah smbg buat2 mimpi. kah3x

    ReplyDelete
  7. huwaaaa sad ending ....berjuraian air mata ni.... lagu my baby u menambahkan perasa bila baca n3 ni...huwaaaaa KL sangat sedih cerita ini :((

    ReplyDelete
  8. Anonymous
    ala x mo la cry2 baby...
    tissue ada x?

    TLC
    betul lah korang teka sad ending kan?
    Bday saya hari Jumaat. Moral untuk saya, umur meningkat tapi persiapan utk ajal yg x tau bila
    lg sy kena pentingkan.

    Simbolik gilerr kan. Huaaa...nak nanges jugak!

    ReplyDelete
  9. patut lah gambar air mata...
    ending sad loh...
    nak nangis sama lah...
    huhuhu....

    ReplyDelete
  10. sue

    Jom!!Kita banjirkan opis masing2..

    Kalau bos tegur jwb ingat hari mati :(

    ReplyDelete
  11. uwaaaaa.....tak sanggup bace yg last2 tu..huhu...best2..hehe

    ReplyDelete
  12. huaaaaaaaaaaaaaa..
    sedih ni.
    alahaii.
    gudjob KL. !

    ReplyDelete
  13. Zura Zatie
    aiseh nama berirama LOL!

    Jgn sedih2 la kwn2 sekelian. Amik feel sket2 je.
    Berdosa plak rasa menjuraikan air mata orang nih :(

    ReplyDelete
  14. besday jumaat ni ke? happy besday KL, nak taw yg ke berapa yup hehehehe XD tula dh jangka mmg sad ending :(( moral utk saya jugak KL, insyallah sama2 la kita ingat mengingati XD

    ReplyDelete
  15. TLC
    Thank you
    Eh! Baru 21. kah3x.

    ReplyDelete
  16. Huwaa..sedihnya:(
    X t'kata apa dh..huhu

    ReplyDelete
  17. iffahnazifa

    ckp i love you kat cik writer eh :(

    ReplyDelete
  18. zahirahzaidi18/11/11 4:11 am

    huwaa!!x berape nak happy endinglah..sedihni!!btw gudjob:)

    ReplyDelete
  19. Xbley tukr jd epi ending ke?:)

    ReplyDelete
  20. zahirahzaidi

    alalala....sekali - skala tkar genre.
    Hari menanges seblog!
    thanx for making an effort to shout!

    ReplyDelete
  21. ice_coolz
    itu lah komen b4 ni pun request..buat2 la Farid mimpi.
    Sedar2 kawen balik dgn Dary.
    Hepi ending :)

    thanx for making an effort to shout oso!

    ReplyDelete
  22. sedihnyer...waa~~x sgka dary mati..igtkn die hidup..rupanyer Allah lg sayang die..wlupun cter ni short, tetap best!!!

    ReplyDelete
  23. aisy
    sob3x....tq for droping tears!!!

    ReplyDelete
  24. menyayat ati.. Huhu sdih... Xsgka dlm cite nie heroin mati... Shadu2.. Anyway...cite awk mmg best..

    ReplyDelete
  25. eija
    Time kasih sudi melayan kisah Dairy Milk nie...hehe.
    Kalau ada n3 menarik minat awk lg, rajin2 ya lepak kat sini :)

    ReplyDelete
  26. sedeynyerr..!!

    ReplyDelete
  27. yunk,
    sedihnye..
    b'genang air mata gwe.. adoi..

    ReplyDelete
  28. Anonymous
    nanges ke? hehe...

    Pyja Aziz
    awk kan jgnlah sedih2
    adoi

    ReplyDelete
  29. sedih la.
    ni br bace cerpen.
    blum bace arluna lg ni

    ReplyDelete
  30. pyja
    hesyy camne tue?

    ReplyDelete
  31. aiyooooo....mata sudah bengkak cam mane mau gi opis...sudah tak nampak jalan dah....huhuuhuhu
    tp ..citer mmg best...suka dgn nama2 watak yg digunakan...
    KL....tak de rancangan ke nak buatkan dlm versi novel...leh kembangkan watak2 ke maksimumnya...
    neway...thanks for the story...love it..walau habis satu kotak tisu...

    ReplyDelete
  32. suzie

    aiyo..abess tisu? z de org warning ke suh sedia bakul skali...hahhaha...
    dlm novel kepala kena pecah lg nk kembangkan watak.
    Tapi 1 fine day x tau lah.
    w'come....gi keje kene tepek foundation labih la sket tu :)

    ReplyDelete
  33. sedih btl la citer ni. cari gak kot2 ade special entry tapi takde. maknenya mmg btl la dh ending ni. huaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh sedihnye. baru ingat nk layan feeling. sekali sad ending la plak

    ReplyDelete
  34. sedeynyer.. xtau da baper kali bace ni.. ttp sedey gak.. terharu ade lelaki cm farid ni.. huhuhu

    ReplyDelete
  35. anonymous
    hahahha..ni tempat org test air mate..tgk air mate kaler ape tue...hahaha...org nangis, sy gelak :(


    mizz acu
    X dpt mcm Farid pun bygkan je lah. Life is what we created & work for!!
    Chaiyokkk...err jgn sedey2 & baca bnyk2 kali pun x pe..sila2 (hahaha)

    ReplyDelete
  36. sedihnye...nape azza mati..huhu..

    ReplyDelete
  37. waaa ... start reading this mini novel this morning! ... coz all this while not sure if i can take the sad ending as commented by readers earlier!
    really the vr SAD - sadiss tersangat! could not control my tears sob sob ... huhuhuu
    KL - sedih gilerrr - congrats!citer ni sgt menyentuh perasaan & my jiwa-raga !!! still nangis neh!
    so sad for Fahmi to lose his beloved mommy -
    oh no ... BUT so glad tat mommy hv brought up n taught Fahmi so well n to me she hv done d very BEST for Fahmi - there is nothing more to regret leaving Fahmi to his dad! a vr admirable character of Dary Azzalfa!*n also tat coklat inti nenas :)
    Sedih but vr acceptable - again & again i always & will say this:
    "KL you are amazing with ur wild imagination - all stories rendered are admirable, excellent and superb!"

    *Buat lh lagi mini enovel!dh addicted! caye x dr pagi i reread this 3X- now lega sket nk wat komen!

    ReplyDelete
  38. oh my my my......

    banjir :'(

    oh tidak!

    oh nak tidur macam mana ni :'(

    ReplyDelete
  39. Sal x pnah sangka Rin leh buat cite sedih mcm ni..OMG!!!u made me cry..
    My Baby You..my old time favvy of coz!
    Tq Rin..

    ReplyDelete
  40. hahha tetiba terajin nk reply;

    Zierwal Zainal
    Azza mati :( Tak apalah. First time heroine mati kat cini :(

    Jazmeen
    hahahha..igt ni baca awal2 lg rupa2 dia memilih jgak tp samalah kita. Sy sanggup tdo dr layan bende yg x kna dijiwa :(

    gygy
    x yah tdo. Esk bergaya je dgn mata bengkak gi jenjalan :(

    sal
    hahahha...1st attempt. percayalah jiwa sy x sesuram jiwa Azza. Tu yg cter sy agak lah slalunya riang ria :))

    ReplyDelete
  41. huhuhu sedihnya.. xtau nk kata tulis apa.. but gud job writer!

    ReplyDelete
  42. salam ..dik..U really make me cry..eventhough it's just a story!!!

    ReplyDelete
  43. why? why?
    hahaha kalau cerita dh lama publish mmg sy lembap nak membalas tp amat appreciate all the comments & all the ayaq mata...
    x mo sedih2 k!

    ReplyDelete
  44. Waa best!!! Ni bru best :)
    Lain ckit dr yg lain ;)

    ReplyDelete
  45. SEDIIIHHHHHH GILE CRITE NIE T_T Rase mcm nk nangis je :'( Anyway, god job :)

    ReplyDelete
  46. Waaaa patut suruh ready dengan tisu

    ReplyDelete
  47. Ngerrrrrrr tisu xde!!! Sob sob

    ReplyDelete
  48. this is d first sad2 story i read from rin ahmad kan kak meen? sadissssnya bila 2 jiwa tidak dapat bersatu semula ... sob sob sobbbbb

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.....cerpen bolehlah sadd...sad...novel nanti tak habis cetakan pertama :p

      Delete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...