Sunday, 25 September 2011

HAK MILIK KEKAL PART IV

Tajam mata Arif Mikhail mengekori setiap pergerakan Ayra Maya yang sedang bersiap di hadapan cermin.
Please, percayakan saya Mikhail.”
“Saya percayakan awak. Yang saya tak percaya Tengku Ashraff tu.”
Uncle kan ada. He’ll be my guardian angel.”
Terbayang raut muka Uncle Ayra Maya yang garang dan jarang tersenyum. Setiap masa asyik serius. Hai! Cepat tualah kau pak cik kalau hidup tak ceria macam tu sampai ke tua. Pada pandangan Arif Mikhail hidup mesti seimbang. Seperti kehidupannya juga. Arif Mikhail tenggelam dalam dunianya sendiri disaat tangannya menarikan berus dan warna di kanvas. Berhari – hari Arif Mikhail boleh terperap di rumah semata – mata untuk menyiapkan sesebuah lukisan. Namun sebaik dia berpuas hati dengan hasil lukisannya, Arif Mikhail tetap menghabiskan masa lapangnya dengan kawan – kawannya. Bersantai, berhibur dan backpacking ke serata pulau adalah aktiviti hiburan yang berada disenarai teratasnya.
Still, I’m not comfortable with this arrangement.”
“Awak nak pasang CCTV bergerak ke?”
I think that is not necessary but...
But...
Ayra Maya berpaling menghadap Arif Mikhail yang menghampirinya.
But I’ll attach latest CCTV gadget with you.”
Impossible!
Jerit Ayra Maya sambil tergelak mendengar gurauan Arif Mikhail walau pun gaya Arif Mikhail menuturkannya serius bunyinya.
Here.”
Kotak empat segi panjang yang bertutup rapat dibuka.
“Kecik nya CCTV ni. Gadget baruke?”
Balas Ayra Maya polos apabila melihatkan kotak di tangan Arif Mikhail yang agak kecil saiznya.
“Awak ni kan. Slow sangat. Macam mana nak jadi Board of Director macam ni. Betullah sangkaan saya, anak orang kaya ni pergi kerja sebab nak pakai baju – baju cantik dan tunjuk kuasa je.”
“Heyy..ayat tu bagi sopan sikit ya. Isteri awak ni bukan macam perempuan lain ya. Penat arwah Atuk ajar saya selok belok perniagaannya. Dari zaman universiti lagi tau saya mesti turun pejabat buat kerja. Itukan semua harta arwah Papa. Mestilah saya jaga betul – betul.”
This is your anniversary present cum your CCTV.”
Arif Mikhail mengelus lembut leher jinjang Ayra Maya. Rambut Ayra Maya telah disanggul kemas gaya korporat untuk memulakan hari pertama di pejabat menyerlahkan lehernya yang jinjang dan kulitnya yang putih bersih. Seutas rantai bersalut emas putih dipakaikan ke leher Ayra Maya.
                Sorry, that night terlupa. Better late than never right baby.”
Ayra Maya terpana. Malam ulang tahun pertama mereka sepatutnya berakhir dengan indah bertukar menjadi kelam kabut dengan pemergian Atuk. Arghh!! Nampaknya setiap tahun pada tarikh yang sama akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup Ayra Maya. Nasib baiklah Arif Mikhail setia bersama Ayra Maya sepanjang majlis pengkebumian sehinggalah sesi pembacaan wasiat. Seperti yang dijangkakan, Ayra Maya akhirnya terpaksa juga menggalas tanggungjawab arwah Papa yang selama ini digalas oleh Atuk.
                Finally, I can see your wife every day. In fact we will spend time together more than you do.” Ucapan sinis Tengku Ashraff  tempoh hari sedikit sebanyak menggugat perasaan Arif Mikhail. Namun di hadapan Tengku Ashraff sudah pasti Arif Mikhail hanya berlagak tenang. Tanpa membalas kata – kata Tengku Ashraff yang menyakitkan hati, Arif Mikhail menarik Ayra Maya yang berdiri disebelahnya. Dirapatkan lingkaran tangan kanannya ke bahu Ayra Maya. Dicium pula kepala Ayra Maya yang diselubungi selendang ketika itu sambil matanya memberi jelingan maut kepada Tengku Ashraff seakan berkata ‘Ayra Maya hak milik kekal aku!’
                “Mikhail! Mikhail!”
Suara Ayra Maya yang halus kedengaran dicuping telinga menyedarkan Arif Mikhail dari lamunannya.
                Thank you. I like this so much but this ain’t CCTV baby.”
Senyuman yang dihadiahkan Ayra Maya mencairkan hati Arif Mikhail.
                This is your finest charm baby. I’ll be with you forever. Wherever you go, you know that I’m with you.”
                “Hee..scary than CCTV, at least I’m alone in the loo before. Now not anymore!”
Ceria sahaja Ayra Maya mendapat hadiah. Tangannya masih membelek – belek loket yang ditempah khas oleh Arif Mikhail. Rantai emas putih itu dihiasi loket berbentuk hati yang diikat oleh berlian disekelilingnya. Di tengah – tengah loket tersebut gah tergantung ukiran AM yang beralun mengikut alunan kaki Ayra Maya.
                I need your help.”
                Anything for my wife.”
                “Tolong pergi kedai beli balik semua barang yang saya senaraikan hari tu. Yang saya nampak kat dapur tu cuma anggur, peaches dan milo je. I want to cook tonight.”
Arif Mikhail hanya tersengih. Sangkanya Ayra Maya sudah lupa akan barang yang sengaja tidak dibelinya. Arif Mikhail sendiri yang menetapkan peraturan di rumah itu. No heavy cooking! Alasannya sudah pasti amat bernas kerana rumahnya hanya dilengkapi dengan dry kitchen sahaja. Keseluruhan ruang di tingkat bawah telah diubahsuai seratus peratus menjadi ruangnya bekerja. Hanya satu sudut kecil dikhaskan untuk memasak. Itu pun untuk masak air dan masak maggi bolehlah. Microwave, electric pan dan slow cooker sudah pasti tetap membataskan Ayra Maya daripada memasak berbagai – bagai jenis masakan.
“Erm...tang tu saya pening sikit. Do we agree on no heavy cooking rule in the house?”
I know but I’m insisting of doing, so that you’ll put into priority of organizing my kitchen. My proper kitchen.”
Perkataan proper yang ditekankan oleh Ayra Maya disambut dengan hilaian Arif Mikhail. Ini bukanlah kali pertama Ayra Maya memberi tanda – tanda untuk memiliki sebuah dapur yang lengkap namun masih tidak dihiraukan oleh Arif Mikhail.
                I’ll put that into priority if you give my anniversary present now.”
                Nope. Alang – alang lambat, biar lambat terus.”
Acah Ayra Maya. Hadiah istimewa kena lah ada compensation. Sengaja ingin melihat kesabaran Arif Mikhail kerana selama setahun mengenali hati seorang suami, memang ternyata kesabaran Arif Mikhail melayaninya tidak pernah luntur.
“Awak dah lambat ni. Jom! I can wait even it takes the rest of my life.
Semua lelaki sama bagi Ayra Maya. Spesis yang tak kisah nak ingat tarikh – tarikh istimewa dan langsung tak kisah dengan hadiah. Rasanya kalau dihadiahkan sticker untuk ditampal di kereta kesayangan Arif Mikhail pun boleh membuat lelaki itu menjerit kegembiraan. Kenal sangat Ayra Maya dengan perangai si suami yang langsung tidak banyak kerenah.
Arif Mikhail menutup pintu bilik dan mengekori Ayra Maya ke pintu. Kerisauan mula menerjah membiarkan Ayra Maya keluar bekerja pada hari pertamanya.
***
Warna – warna yang siap dibancuh dibiarkan seketika di atas bangku yang terletak di tepi kanvas. Rambut Arif Mikhail yang sedikit panjang diikat kemas dengan getah rambut Ayra Maya. Sempat dicapainya di atas almari tadi apabila getah bungkus nasi lemak yang biasa bersepah di dalam laci dapur tidak dijumpainya. Pink pun pink lah! Berus dicapai. Dicelupkan ke dalam warna yang siap dipilih tadi. Cadangnya untuk menyiapkan lukisan terbaru untuk Winter Collection di galeri Jonathan. Lagu nyanyian Barry White menemani Arif Mikhail yang khusyuk menarikan berus di kanvas.
Don’t go changing, trying to please me
You never let me down before
I don’t imagine you are too familiar
And I don’t see you anymore
I would not leave you in times of trouble
Bait – bait lagu nyanyian Barry White menerjah ingatan terhadap Ayra Maya. Berus diletakkan. Jari jemarinya menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal tapi berserabut dan gelisah. Pintu utama dibuka. Kunci Evo tersayang diambil.
***
                “Sayang jom pergi lunch.”
Ayra Maya yang sedang khusyuk meneliti slide Power Point untuk persembahan projek pertamanya esok mendongak. Dasar lelaki tak tahu malu. Bisik hati kecil Ayra Maya. Sejak melangkah masuk ke pejabat tak habis – habis Tengku Ashraff mengganggu Ayra Maya.
                “Aku dah makan pagi tadi.”
                “Ayra, agaknya you dah biasa hidup ikat perut dengan Arif Mikhail ya. Itu yang you tak nak makan tengah hari. Sedih kalau Atuk tahu kan.”
Perlian Tengku Ashraff tidak menjadi kudis bagi Ayra Maya. She knows Arif Mikhail more than anyone else does!
                “Kau jangan buat hal kat bilik aku boleh tak?”
                “Kalau kau tak nak aku kacau kau sampai esok, ikut aku pergi makan. Lunch kat Cozy Corner Great Eastern Mall dekat je. Lepas hantar kau balik janji aku tak kacau kau dah.”
Tengku Ashraff mula menghampiri Ayra Maya. Langkahnya makin hampir ke meja Ayra Maya.
                Mind your step Ashraff!”
Jerit Ayra Maya bengang. Dasar lelaki keparat. Dasar lelaki kaki perempuan. Kenapalah aku ada sepupu perangai tak senonoh macam ni. Namun jauh di sudut hati, Ayra Maya bersyukur kerana kebodohannya mempercayai Zack Ahmad untuk melepaskan diri daripada Tengku Ashraff menemukannya dengan Arif Mikhail.
***
Evo diparking di sebelah kereta Ayra Maya. Isteri tersayang masih di pejabat nampaknya. Alang – alang dah sampai baik diajak isteri tersayang keluar makan tengah hari. Telefon diseluk daripada saku seluar. Sedang menunggu panggilan berjawab, dari jauh kelihatan Ayra Maya berjalan disamping Tengku Ashraff menuju ke parking.
Ayra Maya terkocoh – kocoh menggeledah handbag mencari telefon bimbitnya yang sedang berdering. Tengku Ashraff dengan selamba meletakkan tangannya di bahu Ayra Maya.
Arif Mikhail menyaksikan keghairahan Tengku Ashraff dengan perasaan yang membara.  Pedal Evo ditekan laju.  Ayra Maya yang menyedari sebuah kereta yang sedang menderum laju ke arahnya dan Tengku Ashraff kaku tidak bergerak.


 p/s: Tgah suspens? X pe relax jap layan Barry White. All time fav!


5 comments:

  1. knp la masih ada org yg mcm ni kat dunia ni lg kan....hidup untuk menyusahkan org je...
    sabar arif....sabarkan separuh dari iman...
    apa pun best
    lagi......

    -ryana-

    ReplyDelete
  2. Tg Ashraff ni mmg bikin panass je kan :)

    ReplyDelete
  3. aaa......tidak!!! huhuhu..

    ReplyDelete
  4. pinkytulip17/8/12 5:47 pm

    w;pon dean tau last part dh ade
    p x sabo nk klik TAMAT ...yehaa

    ReplyDelete