Tuesday, 6 September 2011

Aku Hanya Gadis Biasa

Khayra melangkah keluar Porsche Cayenne sambil matanya ralit memerhati sekeliling. Kyle must be kidding! Is this what he called cream of the crop school? My Gosh! Bisik hati Khayra.
“Assalamualaikum. Tumpang tanya. Tempat pendaftaran kat mana?”
Steel yang dari tadi memerhati sahaja jejak Khayra tersenyum. Another spoil brat is coming! “Jalan terus,belok kanan, ada signboard Dewan Makan. Naik tangga. Tempat pendaftaran kat situ.”
          “Terima kasih.”
          My pleasure.”
Okay. 10 markah untuk Kyle. Peramah juga budak – budak kat sekolah ni. Tak seburuk yang kusangka. Mahu nak pengsan juga Khayra apabila Daddy membelok masuk ke perkarangan sekolah tadi. Papan tanda bertulis Maktab Rendah Sains MARA Teluk Cempedak dengan warna cat yang agak lusuh dan bangunan petak yang dari kejauhan ala tangki air jer rupanya menurunkan mood Khayra. Spoil!
          Jauh juga nak mengheret beg pakaiannya walaupun beroda.  Beg Louis Vuitton yang boleh memuatkan satu almari pakaian Khayra ditarik malas. Sampai di hujung tangga Khayra terdiam. Macam mana nak tarik naik ni? Berat dowh beg ni. Khayra menjeling sekeliling. Bayangan seseorang di sebalik tangga menggamit perhatian Khayra.
          “Hello, ada orang ke? Boleh tumpang tanya?” Khayra kerisauan. Perkarangan sekolah tadi kemain bising. Takkan tempat pendaftaran sunyi sepi pula.
          “Ya. Adik nak pergi mana? ”
          “Saya nak daftar masuk. Form 4. ”
          “Sape yang suruh datang sini? ”
          “Abang yang kat depan tadi.”
          “Yang pakai glass bingkai hitam ke?”
          “Yup.
Ni mesti Steel punya kerja. Berapa kerat saje senior yang ada hari pendaftaran ni. Orang lain bertugas, dia sibuk dok mengacau junior. Form 5 esok baru masuk asrama. Adilla berdesis sendiri. Adoi! Karang kalau tolong dengan aku – aku kena tiaw dengan Steel. Sape tak kenal Steel kat Maktab ni. King of the Conquerer. Nama je presiden MPP. Dengan rambut potongan askar, dari jauh kalau cara jalan tu gaya macho tapi dengan kepala yang ditundukkan sikit memang semua orang tahulah Steel tengah ukur tanah jajahan. Kalau jalan ditegapkan badan lagi macho, desis Adilla menyimpang. Menang bertanding harapkan rupa je handsome. Perangai mengalahkan ’Seth Tan’. Depan cikgu cover macam hero. Harap kan pointer gempaq, paling teruk pun 3.8. Cikgu mana tak sayang oii.
          “Naik la. Betulla kat atas. Akak jaga beg adik jap. Berat nak usung naik tu.“ Terpaksa-rela Adilla menyokong pakatan Steel. Kantung sendiri perlu dijaga dulu pak! Khayra melangkah naik dengan membawa beg sandang posmen Mulberry snakeskin.
          Sebaik sahaja Khayra berada di tangga teratas. Dia tergamam. Sunyi sepi dan yang kelihatan hanya deretan baldi. Kosong sahaja tingkat atas. Khayra berubah rupa. Memerah mukanya menahan marah. Cinabeng au senior! Main taktik kotor. Terlupa pula aku dan turun status super junior. Kalau kat ISKL memang jangan haraplah. Siapa berani usik Khayra Jalal. Kyle!!! Tolak 100 markah terus!Khayra meneruskan langkah menuju satu – satunya bilik yang tertutup kemas di situ. Oh, dobi rupanya. Patutla berderet baldi kat luar ni. Khayra melangkah turun.
          “Sorry.”
          “Kenapa akak tak cakap saya kena tipu?”
          Line tak clear la dik.” Adilla mendekatkan dirinya dan perlahan berbisik. Khayra hanya mengangguk dan tersenyum nipis namun cepat – cepat ditutup mulutnya. Riak wajahnya di kawal serius.
          Urusan pendaftaran selesai. Khayra dapat Blok D. 2 orang satu bilik. Khayra dapat room- mate yang cool tak hengat. Dorin, orang Perak. Betulla orang cakap Ipoh mali tarak sombong. Khayra tersenyum girang sambil melipat pakaiannya ke dalam almari. Ni lah dunia yang Khayra idamkan. Dunia biasa. Dunia riang kanak – kanak berumur 16 tahun yang tugasnya belajar, bersuka ria. Bercampur dengan budak – budak di ISKL amat tak rasi dengan dirinya.
Susah payah Khayra merayu Kyle memujuk Daddy menguruskan perpindahannya. Menggunakan alamat Opah kat pelusuk Kampung Bukit sudah tentu dia dikategorikan anak miskin yang bijak memerlukan bantuan Majlis Amanah Rakyat! Kyle yang cakap semua kawan – kawannya yang sama belajar di Purdue asal budak MRSM tak pun budak sekolah sains. Semua otak geliga walau pun mereka bukanlah berasal daripada keluarga senang. Walau pun rata – rata Khayra merumuskan kawan – kawan yang dia nampak pada masa pendaftaran tadi bukanlah miskin sangat, lebih kepada golongan sederhana. Tak ada pun yang terjojol biji mata tengok Khayra mengusung Louis Vuitton dan menyandang Mulberry. Educated kiddo really super cool!  Dan Khayra cuba menyelami dunia idamannya. And she likes it!

* * *  
          “Eh, apa hal dekat – dekat ni. Jauh sikit. Kau tu bukan mahram aku.” Steel menjauhkan diri, mengengsot beberapa inci. Menyesal aku jadi PA Fizik Miami Qunut ni. Dekat sangat dah dengan minah Miami Qunut ni. Menggesel macam kucing Siam. Budak IS memang rosak. Desis Steel. Si Khayra ni dengan mandat Steel mendapat gelaran istimewa pada hari orientasi. Miami Qunut! Miami kononnya Khayra kategori budak sesat – barat, qunut pula sebab Khayra tergagap masa kena baca doa qunut masa orientasi. Khayra memang selalu miss pun baca doa qunut masa Subuh.
Bukannya Si Khayra tak tahu pun tapi kalau kat sebelah orang tengah ketuk ketampi, kat depan orang tengah poco – poco, kat belakang Steel dengan rotan ala Pengetua, cuciter sape yang mampu nak baca lancar doa qunut masa tu. Nak feel pun tak boleh. Dan dendam Khayra meningkat lagi satu takuk.
“Kata Ustaz, dekat sikit pun tak kan dah goyah iman. ” Teringat kata Adilla bahawa Steel ni pantang gadis gedek. Potong terus mood hitler dia. Tak lalu Steel nak mengusik kategori minah gedik, diarahkan je konco – konconya mengajar minah – minah gedik ni.
“Kau baca topik momentum ni. Jap lagi aku datang aku bagi satu soalan. Then we are done for today’s session. ” Steel melangkah keluar bilik . Apalah malang nasib Khayra, disebabkah keputusan Fizik semester pertamanya hancuss, dia terpaksa diletakkan di bawah bimbingan Pembimbing Akademik a.k.a Peer Aide dan PA nya tak lain tak bukan Steel the King of Conquerer!
According to the principle of conservation of momentum,
m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2.
When 2 objects attached together, they move with same speed. Nak aplikasikan teori ni dengan Steel  boleh tak? Khayra tersengih – sengih.

* * *                 
                    
          “Khayra darling. Jom lunch dengan abang. ”
          “Jap, Khayra nak report duty. ” Speed dial nombor telefon Syed Fiqri ditekan.
Kyle membuat pesanan rutin. Filet Medallions untuknya dan Caeser Salad untuk Khayra. Khayra menyerahkan menu kepada pelayan. Tony Roma’s penuh dengan orang yang mengambil peluang makan tengah hari sambil bersantai.  
          “Lama tak balik rumah. Mommy dah bising rindu kat anak menantu.
          “Fiq sibuklah bang. Macam mana nak balik. ”
          Anything should I know girl?”
          “Semua okay. Khayra dah besar la bang. Don’t gegirl me anymore.
          “La Khayra kan my only little girl, my little sister. Fiq okay tak? Abang takut abang tersalah recommend je. ”
          He is soo perfect.” Sempurna sangat sampai Khayra rasa serba kekurangan bergelar isteri kepada Syed Fiqri. Perkahwinan mereka baru menginjak usia 6 bulan. Proses saling mengenal sudah berlalu setahun yang lalu. Laju dia mengangguk apabila Kyle sibuk mengenenkan Syed Fiqri. Padanya Syed Fiqri cukup pakej untuk bergelar seorang suami pada seorang Khayra binti Jalal. Pada seorang Khayra? There is an emptiness.
* * *    
          “Kita duduk kat kondo I je okay.” Syed Fiqri memandang mengharapkan persetujuan Khayra. Dia bukan kisah pun. Kondo mewah  Syed Fiqri ni pun lebih kurang je dengan banglo mewah yang Daddy hadiahkan. Khayra mengangguk.
Sepanjang perkenalannya dengan Syed Fiqri amat mengasyikkan. Syed Fiqri melayannya seperti seorang puteri. Setiap hari Syed Fiqri tidak pernah lupa mengirimkan bunga kesukaannya. Pink rose! Kalau disimpan semua bunga pemberiannya rasanya tanah seluas 2 ekar diperlukan nak buat storage.  Meal time memang tak payah cakap semua mengikut selera Khayra. Paling membuat Khayra terharu ialah semasa bulan madu mereka. Bila sahaja mereka menjejak bumi Amsterdam, Khayra rindukan sos steak kegemarannya yang dibuat dengan air tangan Mommy. Syed Fiqri sanggup menelefon Mommy dan menguruskan penghantaran ke hotel tempat mereka bulan madu! Semata – mata untuk menjaga hati Khayra.
Berada di samping Syed Fiqri seakan membawa Khayra ke dunia indahnya. Renungan Syed Fiqri umpama ombak laut yang mampu mengubah pasir pantai, mampu menggetarkan hati seorang Khayra.
Namun selepas bulan madu, sebaik menjejakkan kaki ke Malaysia, semuanya berubah. Syed Fiqri terlalu sibuk dengan kerjanya. Blackberry Khayra nyaring melagukan Grenade Bruno Mars. Terhenti lamunannya. Punat ditekan.
“Khayra. I tak balik hari ni.”
“Okay.”
* * *  
          “Weii..buatla akaun facebook. Kau dok zaman apa ni Khayra tak ada facebook.”
          Ala malaslah Dorin. Kat facebook tu orang sibuk nak tayang life progress diaorang je. Aku tak lalu la nak re- connect balik.”
          “Orang guna facebook untuk kebaikan la Puan Khayra. Kau kahwin pun tak ajak kawan – kawan maktab. Kahwin buat resepsi tertutup. Mana boleh. Kawan – kawan pun nak kenal suami handsome kau. Kad pun tak nak hantar. Kau upload je lah gambar korang laki bini kat facebook. Senang.”
          Selepas perbualan ringkasnya dengan Dorin, kawan lama di maktabnya, dengan gigihnya Khayra membuka laman facebook dan membuat akaun baru. Bukannya sengaja tak dijemput semua kawan – kawan lama. Tapi Syed Fiqri dan Khayra masing – masing mempunyai keluarga besar. Seluruh keluarga sahaja sudah memenuhi dewan hotel. Janji Syed Fiqri, majlis resepsi akan diadakan sekali lagi untuk menjemput semua kawan – kawan dikedua belah pihak namun kesibukan Syed Fiqri mengatasi segalanya.  Tengah asyik Khayra memilih – milih gambar bulan madunya untuk di upload ke facebook. Telefonnya berdering.
          Honey, I  balik lambat.”
          “Fiq, you jarang luangkan masa untuk I sekarang ni. I mean today is Sunday. Can we just spend time at home together? I’m thinking of breaking fast outside and do some shopping for Raya.”
          “Khayra. Listen. I am not Jalal’s daughter neither nor Kyle who has everything without having to move their butt. I have to work hard to feed our family. We’ll go shopping when I am free. Promise.”
          It just you and me Fiq. We have more than enough.”
          Sooner we will have a big growing family Khayra. Please understand.”
          I don’t ask nothing much Fiq. I just want you.”
          Honey, action speaks louder than words.”
Dan Syed Fiqri terbayang Giusseppe Zannoti, Christian Louboutin, Lanvin, Marc Jacob, Bally, Brian Atwood, Jimmy Choo dan pelbagai lagi jenama yang terbelit lidah Syed Fiqri menyebutnya. Koleksi kasut Khayra sahaja mencecah puluhan ribu usah dikira segala keperluan Khayra yang lain. Standard yang telah disetkan oleh usahawan terkenal Jalal bin Ahmad! Mana mungkin Syed Fiqri bersenang - lenang tanpa berusaha menambah baik lagi ekonomi mereka. Mana mungkin Syed Fiqri membiarkan Khayra binti Jalal hidup susah semata – mata mengahwininya. Pertama kali berjumpa dengan Kyle, seniornya semasa di Purdue, pertama kali terlihat wajah manis Khayra di samping Kyle di gambar yang tergantung di bilik Kyle menumbuhkan satu azam baru dalam diri Syed Fiqri. Teori momentum yang mesti dibalas dan cinta pandang pertama yang mula mengembang.
* * *  
          Honey, wake up. Subuh sayang.” Syed Fiqri mengelus rambut Khayra yang terurai.
          “Jap okay.”
          Give me morning kiss and go take your ablution. Comot sangat pagi – pagi ni.” Khayra tersenyum manis.
          Ala, mana ada comot. ” Khayra mencium pipi Syed Fiqri yang bersilang kaki menghadapnya di atas katil. Tangan Khayra mencapai remote air cond di meja sisi. Remote air cond dimatikan.
          “Sejuk. Off jap tau. Nanti lepas Subuh Khayra pasang balik. ” Khayra melangkah ke bilik air. Usai Subuh, Khayra memanjatkan doa agar dikekalkan jodohnya bersama Syed Fiqri dan dilimpahi rahmat dan kebahagiaan. Khayra berkalih ke arah katil dan memandang Syed Fiqri yang juga ralit memandangnya.
          “Tak aci, Subuh tak tunggu Khayra pun.”
          “Sayang lambat bangun. I dah lambat nak pergi kerja. Hari ni last day kerja. Esok dah Raya. Malam ni dah nak balik rumah Mommy. I want you to have a good rest. Nanti Raya kan sibuk.” Khayra melipat telekung dan sejadah. Diambil tuala dan diletakkan di riba Syed Fiqri.
          “Jom join me.”
          “Larat nak kena denda kifarah?” Khayra membalas sambil tersenyum manja.
* * *
          “Kawan you ada nak datang beraya ke?”
          “Tak kot. I tak invite pun.”
          My friends are coming. You dah siapke?”
          “Siap apanya. Macam ni je la. Baju raya apa ni.” Khayra sibuk melayan adik Syed Fiqri, Sharifah Auni meletakkan biskut – biskut dalam bekas. Selepas sembahyang raya dan beraya di rumah Khayra. Mereka bergegas ke rumah Syed Fiqri. Tak jauh pun. Khayra duduk Damansara. Syed Fiqri duduk Kajang. Tak payah berebut – rebut walau pun ini hari raya pertama mereka suami isteri.
          “Kak long dok depanlah. Kawan abang dah sampai.”
          “Eh tak pelah. Kak Long tolong Auni kat dapur ni.”
          “La pergilah. Boleh kenal kawan – kawan abang.”
Khayra mengalah. Balang yang siap berisi biskut mama cherry diletakkan di atas meja. Selendang dibetul – betulkan dan langkah di atur ke ruang tamu. Khayra menjenguk ruang tamu di sebalik langsir. Macam pernah tengok lelaki berbaju Melayu kuning air dan hitam tu. Desis Khayra. Jantungnya mula berirama senandung malam. Telinga dilekapkan ke dinding.
          “Mana wife kau bro.” Tanya lelaki memakai baju Melayu kuning air.
          “Lama tak jumpa Khayra. Mesti makin cun.” Tambah yang memakai baju hitam pula. Sah la ni konco - konco King the Conquerer. Mana Steel? Takkan konco je. Boss tak ada ke? Khayra menggaru kepala.
          “Bisness okay? Banyak tender masuk ke?”
          “Okaylah. Nak jaga Khayra binti Jalal ni kenalah kerja keras sikit.”
          “Standardla orang sayang bini bro.”
          “Layan la gua tengok Steel pakai baju Melayu colour silver siap samping colour pink.” Yang pakai baju Melayu warna silver bersamping pink tu suami aku. Steel? Syed Fiqri? What kind of game is this? Aku tak siapkan check list ke sebelum kahwin dengan Syed Fiqri ni? Where do I miss? Grad Purdue check. Kawan Kyle check. Ex- Sekolah Sains Ahmad Shah check. Tak pakai spec check. Rambut sekarang panjang paras bahu check. Jalan tegap gaya romeo check. Where do I miss?
          Wife pilihkan. Kena pakai la. Jap aku panggil Khayra.”

* * *
          “Khayra, you ikut I pergi dinner tonight.”
          “No.”
          “Yes.”
          “No.”
          “Yes and full stop. I fetch you from office at . You have plenty of time to get ready then.”
          “Steel…”
          “Yes.”
          “I don’t want Steel. I want my only Fiq.”
          “Enough of that. I am both. Take it Khayra. That’s the reason why you should never know”.
* * *
Sebaik Steel membuka pintu bilik 3A berdentum bunyi rak buku terhempas ke lantai. Teori momentum Khayra failed! When 2 objects attached together, they move with same speed. Sedang elok Khayra meletakkan kipas ke atas troli, hajat di hati merencanakan teori momentum Steel dengan troli kipas tergolek di luar koridor bilik 3A tapi belum sempat Khayra menolak troli ke luar bilik, tak dijangkanya Steel muncul lagi awal dan troli yang diikatkankan sementara pada almari tertarik bersama almari.
          Troli dan Steel did not attached together but they did! Gosh! Jerit Khayra dalam hati apabila sedar – sedar Steel elok berada di atas tubuhnya, Keduanya bergolek apabila masing – masing cuba mengelakkan rak buku yang berdentum di belakang Khayra. Steel pegun memandang Khayra. Muka Steel hanya sejengkal daripada muka Khayra. Khayra menutup muka ketakutan dan terkejut.
          “Apa korang buat ni?” Belum sempat masing – masing bangun membetulkan posisi, Ustaz Rahim, warden yang bertugas menjaga prep malam itu berdiri tegak di pintu.

* * *
          Khayra melangkah lemah menuju ke bilik Sharifah Auni. Kenapa Khayra tak pernah perasan Syed Fiqri ialah Steel? Kenapa jauh benar rupa Syed Fiqri dan Steel. Ialah kan dulu Steel mamat speki, Syed Fiqri sekarang siap pakai contact lense. Steel dulu jalan tunduk sikit, Syed Fiqri sekarang siap gaya jalan tegap penuh karisma. Steel dulu rambut ala askar, Syed Fiqri sekarang kemas dengan rambutnya yang dibela separa bahu. Khayra mengeluh sendiri. Yang dia tahu semuanya fizikal tentang Steel. Mana mungkin dia membezakan Steel dengan Syed Fiqri sementelah perkenalannya dengan Steel tak sampai pun 6 bulan.
Steel yang hidup dalam hati Khayra ialah Steel yang mencuri hatinya dengan gaya selambanya. Steel yang membuat hidupnya selama 6 bulan di MRSM huru - hara. Steel yang mengajarnya erti hidup tanpa layanan yang istimewa. Steel yang membuat hatinya kental untuk membuktikan dia mampu bebas bergaul dengan dengan golongan biasa.
Khayra umpama anak ayam kehilangan ibu apabila sekembalinya ke maktab selepas cuti denda, Steel terus hilang dalam hidupnya. Sepanjang hidupnya perasaan bersalah menghantui hidup Khayra. Menyalahkan dirinya Steel dibuang sekolah atas tuduhan cubaan mencabul. Khayra tidak mampu bersuara ketika itu kerana rasanya berdiam diri adalah yang terbaik ketika itu. Tidak disangka sejauh itu tindakan disiplin diambil ke atas Steel. Khayra pasrah apabila Steel hilang tanpa jejak.
“Kenapa monyok je ni? Tak best ke kawan abang long tu?”
“Auni kenal ke?
“Ish mestilah. Kuzi dengan Maman tu kawan abang sejak Form 1 lagi. ”
“Dorang semua sekolah Ahmad Shah ke dulu?”
“Abang masuk mid Form 4 la Kak Long kat Ahmad Shah. Form 1 sampai Form 4 kat MRSM Teluk Cempedak. Abang cakap Kak Long pun junior dia masa kat maktabkan  cuma Kak Long masuk Form 4. Kenal sekejap je korang dah jatuh cintakan.” Auni tergelak kecil. Khayra terdiam. Sahla Steel tu Syed Fiqri.
“Kitaorang baru lah bercinta. Sape nak tackle Steel kat maktab tu, tengok pun takutlah.”
“Hahha…Kak Long tahu tak kenapa abang transfer pergi Ahmad Shah? Abang kan popular mesti semua orang tahu kenapa. ”
“Tak tahu pula. Kak Long tak ambil port sangatla.” Khayra diam tak sabar mendengar cerita Auni.
Ada budak Form 4 ni nak dajal abang. Masa tu boleh dia buat derk masa orang tanya dia apa sebenarnya berlaku. Semua orang ingat abang nak aniaya budak tu. Mentang – mentang anak orang kaya sesuka je dia buli. Ayah dan Mak masa tu kat London tengah sambung belajar. Dua – dua tengah exam, buat master tajaan KPM, mana boleh nak balik sesuka hati nak pertahankan abang. Tapi abang rilek je, dia minta tolong pak cik mohon Ahmad Shah. Abang cakap janji dapat ambil SPM.”
“Mengamuk tak abang?”
“Tak pun. Dia macam tak heran je. Tu yang ayah dengan mak pelik. ” Steel tak marah walau pun sikit? Khayra pelik.
“Tapi abang cakap nanti bila – bila pun boleh balas dendam. SPM dan tempat baru kena jaga dulu. ” Naaa..see. Mesti selama ni Syed Fiqri beragenda sendiri mengahwininya.
“Abang tak cakap nama perempuan tu? Kot Kak Long kenal. ”
“Nama glamer je, Miami Qunut. Nama betul tak tau. ” Ciss ingat lagi pula Auni dengan gelaran buruk tu. Malu je.Okay tang nama ni, musykil pula aku mana suami tercinta aku ni dpat gelaran Steel. Tak berciri kemanusiaan betul nama.
“Auni. Kenapa orang panggil abang Steel? ”
“La Kak Long tak tahuke? ”
“Tak. ” In fact I never know my husband is Steel.
“Abang ramai sangat girlfriend la kak tapi tak pernah serius tu yang orang panggil Steel. Kononnya tak pernah cair. Rasanya sejak dia balik US kot baru nama tu dah tak melekat sangat. Auni rasa sebab hati abang dah cair jumpa balik Kak Long kot masa tu.” Auni tersengih memandang Khayra sambil tangannya laju menguatkan volume radio. Khayra diam sahaja sambil membaringkan dirinya ke katil Auni. Hmm best pula lagu yang berkumandang dalam bilik Syarifah Auni ni. Syahdu. Sebijik macam perasaan aku sendiri.
“Lagu ni very sad. Lagu apa ni?”
“Kisah dongeng. Stacy. Auni tujukan untuk Kak Long. Tapi tak relevanlah Kak Long kan tengah berbahagia.” Dan Khayra hanya terdiam melayani lagu Kisah Dongeng.
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu
sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin
cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng
saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah
kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

* * *  
          “Fiq. ”
          “Ya sayang. ”
          “Awak marah saya tak sebab saya awak kena keluar maktab? ”
          “Marah.” Khayra berubah riak. Mukanya dipalingkan ke luar tingkap kereta.
          “Marah lagi sampai sekarang? Kata nak balas dendam. Is this marriage sort of your revenge?”
          “Boleh tanya soalan cerdik sikit tak? Soalan gaya budak grad Oxford perhaps. Don’t tell me your father buy your degree.” Khayra mencubit lengan Syed Fiqri. Syed Fiqri menarik tangan Khayra, membawa ke dalam genggaman tangan kirinya sambil sebelah tangan lagi tenang memegang steering kereta.
          “Sebab Khayra cerdik la Khayra maintain lagi ni tau. Kalau tak susah Khayra nak satukan Steel dan Syed Fiqri dalam hidup Khayra.”
“Kenapa kahwin dengan Khayra?”
Because you are My Khayra. And you should ask this a minute before you accept my proposal not now.” Syed Fiqri menarik tangan kanan Khayra dan menciumnya lembut.
And the day I miscarriage, fell from stair last month? Was that your failed momentum theory?”
“Khayra!” TInggi Syed Fiqri menekankan suaranya.
“That was an accident. You know that! The baby is mine too. Why should I?” Dan kenangan pahit sewaktu terjatuh dari tangga di rumah Kajang terbayang di ingatan. Khayra tahu memang bukan salah Syed Fiqri pun. Khayra yang cuai terlanggar toolbox yang Syed Fiqri letakkan sementara di tepi tangga.  Air mata Syed Fiqri yang menitis melihat Khayra meraung kesakitan jelas membuktikan kasih sayangnya terhadap Khayra. Mana mungkin Khayra meragui suami sendiri. Cuma hati Khayra masih sangsi. Masih sangsi akan seorang bernama Syed Fiqri.
“Khayra. Jangan fikir yang bukan – bukan sayang. I love so much. I will never do such stupid momentum theory semata nak balas dendam. I am not 17 Khayra.”
But you hate me so much that time.”
I hate Khayra binti Jalal. I always like Khayra.”
“Samalah tu. Bezanya Jalal tu father I. You hate my father?” Khayra keliru.
No sayang. Finally I come to realize that bukan salah you pun dibesarkan dengan penuh kemewahan. Kali pertama I pandang you melangkah keluar kereta pada hari pendaftaran. Looking at Louis Vuitton and Mulberry that you carried, I am so afraid that I fall for the wrong person.”
“Itu yang you pandang? Materialistiknya.”
“Tu bukan materialistik sayang. Tu namanya mengukur baju di badan sendiri. My parent lecturer je. Mana nak sampai level Encik Jalal sayang ooi.”
But you just disappear.”
Yeah because I really thought Khayra binti Jalal will never be mine.”
And when Kyle introduced me, was that your plan to get me? You were like head over heels with me? Tak nampak pun macam orang yang anti orang kaya.”
“I tak cakap pun I anti orang kaya. That is so shallow. Masa tu I dah yakin dengan diri I Khayra. Kaya ke tak yang penting ialah I tau cara dia membawa diri. Khayra pandai je bawa diri. Survive je kat sekolah orang kebanyakan sampai SPM.”
You judge me within 6 months? ”
“Heyy I ada la my own reliable source. ”
Tell me. ”
“Rahsia. Okay kita dah sampai. ” Khayra memandang sekeliling. Cakap dinner kat Mandarin Hotel. Tukar buat kat KDE pula ke? Dah tukar tempat ke?
“Tak payah pergi pun tak apa annual dinner tu. Yang penting malam ni kita habiskan masa berdua. ”
Ala tak nak la tengok you praktis kat driving range ni. Bosanla Khayra. ”
“Sekejap je please. Sebakul je.” Khayra memuncung sambil membontoti Syed Fiqri. Dalam satu bakul tu ada 50 biji bola golf. Kalau setiap kali nak pukul ambil mood, berapa lama nak habis? Bukannya dia nak layan rajuk kita. Mana aci teman main golf kira habiskan masa bersama. Bosan! Bosan! Khayra mengambil tempat duduk di hujung kafe sambil membelek – belek majalah.
“Khayra! Come! ” jerit Syed Fiqri macam penting sangat. Khayra dengan malas berjalan menuju ke arah Syed Fiqri.
“Tak nak pukul. Khayra tak pandai la. Fiq ajarla banyak kali pun. Mesti fail.” Syed Fiqri mendekati Khayra dan menarik tangannya ke hujung range.
“Tak suruh pukul pun, Suruh tengok tu. ” Syed Fiqri menunjukkan jari telunjuknya ke atas. Serentak dentuman bunga api bergemerlapan penuh warna warni di angkasa.
“Suka tak? ”
“Suka sangat. ”
“Jangan sedih – sedih lagi. Percayakan Fiq. I will never hurt you. Trust me with all your heart. ”
I love you Fiq. ”
I love you Khayra. Khayra binti Jalal. ”
But
What? ”
Promise me stop listening to Kisah Dongeng. Merepek sangat. Tak relevan dengan hidup you. ”
How do you know? ”
“Kalau CD tu ada kat semua tiga – tiga kereta kita, kat rumah kita, kat rumah Kajang, kat rumah Damansara. Tak ke nampak sangat you overdose layan lagu tu? ” Muka Khayra memerah.
You really know how to STEAL my heart STEEL. ”
And you melt me. ”
“Hahha..and with Steel, my heart empty no more. ”
“Oops..nak pecahkan rahsia ni. ”
What? ”
Those firecrackers. ”
Yes
“Bukan I yang sediakan. KDE celebrate their anniversary today. I tumpang sekaki jer. ”
Fiqqqqqqqqqqq!”

19 comments:

  1. adela: sy sgt suka awak!!!!

    ReplyDelete
  2. cerpen ni hr2 kite layan..tak pernah bosan..tak tau nape..haha....berhantu kut cerpen ni...btw kalo ade butang like nk like 100x ni...hehe

    ReplyDelete
  3. eh.. i xde komen kt cni yer.. pdhal da byk kali bc daa.. suke citer ni sweet ajerr.. tgh bygkan cmane repu steel tu ms rmbt ala askar.. :)

    ReplyDelete
  4. best , style mcm hlovate . i like hlovate !

    ReplyDelete
  5. Adehh
    napela ada org komen gak cerpen nie.
    Sy x minat buat cerpen..hehehe
    so kalau mcm hlovate ke,
    mcm sesape lg, serius ni percubaan pertama & lpas cerpen ke-2 mcm dh surrender.
    Agaga....ampun!!

    ReplyDelete
  6. likeeeeee :P

    ReplyDelete
  7. BEST...mcm citer hlovate skit..

    ReplyDelete
  8. mcm mana bole x perasan cerpen ni huhuhu. br ptg td tgk n bc. ni lg skali khatam hehehe. bestttt

    ReplyDelete
  9. walau pun cerpen..but still got the sweetness in it. Suka Steel yg steal Khayra's heart..Eh mcm mana x perasan kan Steel 17 thn ms mula2 tackle tu langsung jd somi dia.

    Best!!!1000x likeee

    ReplyDelete
  10. Baru baca .. BEST !!!

    ReplyDelete
  11. sweet la cerita nih..jatuh cinta dgn khayra and steel :)

    ReplyDelete
  12. So sweet Steel Fiq ni.... macamana Khayra boleh x perasaan kan...
    tapi apa-apa pun terbaikkkkk.... kak sue suka cara Khayra yang x terus marah-marah.... terbaikkkk...

    ReplyDelete
  13. so sweet.. like it..

    ReplyDelete
  14. Wah ini cerpen pertama saya...huahuahua...
    saya sendiri baca pun nak tergelak...hehehe
    anyway thanx sudi baca :))

    ReplyDelete
  15. perangai steel ni macam joe lah.. first time layan.. wohoho

    ReplyDelete
  16. saya suke la sume karya kat blog ni.. ade cara yg tersendiri.. :)..-hidayah

    ReplyDelete