Arif Mikhail bergegas naik ke atas apabila berkali – kali nama Ayra Maya dilaung dari tingkat bawah tidak bersahut. Jam dinding dikerling. Jarum panjang hampir menginjak nombor 9. Tak kerja ke isteri aku hari ni. Rambut yang berserabut sedikit diselak ke belakang. Sebelah tangan memusing tombol pintu bilik tidur mereka. Suara Barry White berkumandang di seluruh ruang bilik.
I can't get enough of you baby
I can't get enough of you baby
Right or wrong
Baby right or wrong
Compact Disc player dituju. Volume diperlahankan.
“Ayra.”
Serta merta riak muka Arif Mikhail berubah melihat Ayra Maya masih belum bersiap dan sedang bermalasan di atas katil.
“I’m not feeling well. MC lah hari ini. Tak pun berhenti kerja terus.
“Kenapa tak bagi tahu awak rasa tak sihat. Jom pergi klinik.
“Mikhail, saya nak rehat kat rumah je. Please…just stay here with me.
Ayra Maya menarik tangan Arif Mikhail yang sedang duduk menghadapnya agar berbaring di sisinya. Arif Mikhail akur. Kepala Ayra Maya dipangku. Tangan kanannya yang berotot menjadi alas kepala Ayra Maya. Tangan kiri Arif Mikhail lembut memeluk tubuh Ayra Maya yang lesu.
“I’m sorry about yesterday.”
***
Evo dirembat laju. Lamborghini Gallardo milik Tengku Ashraff yang diparking di sisi jalan dirempuh dengan sengaja. Arif Mikhail membrek Evo dengan mengejut. Bonet belakang dibuka. Sebatang kayu golf five wood ditarik.
Prangggg!!! Cermin hadapan kereta Tengku Ashraff berkecai. Sekuat tenaga Arif Mikhail menghayunkan kayu golf tersebut. Kalau setakat kereta buatan Malaysia, sekali hayun pun boleh berkecai tapi ini Lambo bhai!!! Nak terkeluar urat – urat hijau Arif Mikhail.
“Mikhail!!!”
Mendengarkan jeritan Ayra Maya, Arif Mikhail yang sedang membayangkan cermin kereta Tengku Ashraff sedang berkecai tersentak. Cermin Lamborghini sah – sahlah bullet proof. Bukan setakat terkeluar urat hijau Arif Mikhail menghayun wood five, uratnya pecah pun belum tentulah cermin tu pecah. Jadi daripada buat kerja yang sia – sia baik kepala Tengku Ashraff ni yang bersepai. Langkah Arif Mikhail laju diatur ke arah Ayra Maya pula. Tangan kanan masih erat memegang kayu golf five wood sementara tangan kiri menarik Ayra Maya kasar. Tengku Ashraff tergamam melihat tindakan spontan Arif Mikhail.
“Woii..kau gila ke?”
Jerit Tengku Ashraff melihat Evo Arif Mikhail yang remuk di hadapan dan badan kereta Lamborghini Gallardonya yang bercalar dan kemek sedikit dibahagian sisi.
“Ni amaran pertama dan terakhir aku! Ayra, hak milik aku seorang!”
“Woi...kau ingat kau hebat? Tu Evo, ini Lamborghini la bhai!”
“Lamborghini ke, Bugatti Veyron ke aku tak peduli. Kalau kau tak nak muka kau remuk macam kereta tu, cubalah kau usik Ayra lagi.”
Tinggi suara Arif Mikhail menjawab sambil wood five masih kejap di tangan . Tangan Ayra Maya dilepaskan. Jari Arif Mikhail laju menaip SMS.
“What the fuck! This 270k lambo is not comparable to some stupid 85k evo!”
Berang Tengku Ashraff tidak terkawal. Kakinya laju menuju sisi keretanya yang kemek.
“Since you mention that. Listen here! Your car is a race car in definite an F1 car but mine not. Mine is just a street car. But my Evo would smoke your Gallardo on an uphill race, off road, through cones and curves.”
“Are you crazy?”
Tengku Ashraff bengang apabila Arif Mikhail memperlekehkan Lamborghini Gallardo miliknya.
“Lambo menang kat trek race je bhai! Jalan lurus je bolehlah. Bukak lah mata sikit. Aku nak cakap sekali lagi, kau jangan nak buat Ayra, isteri aku ni macam kat trek sebab dia ni hak aku! Kalau kau nak race, bukan dengan aku, kau cari orang lain! Dasar lelaki tak tahu malu.“
Ayra Maya yang tidak pernah melihat baran Arif Mikhail hanya dia tidak berkutik. Salahnya juga, sepatutnya orang macam Tengku Ashraff tidak boleh diberi muka.
***
“Saya tak pernah nampak suami saya macam serigala jadian. Sampai demam ni hah.”
Ayra Maya bergurau namun tengkingan Arif Mikhail semalam masih terngiang – ngiang di kepala. Kereta kesayangannya sanggup dikorbankan demi mengajar sepupu tak tahu malu seperti Tengku Ashraff. Itu baru letak tangan kat bahu, kalau lebih daripada tu Tengku Ashraff buat. Ayra Maya menutup matanya. Tak mampu nak difikirkan. Nasib baik juga Azif Mizwan cepat sampai, membawa Arif Mikhail dan Ayra Maya pergi.
“Okaylah tak demam lagi ni. Terkejut sikit je. Isteri nombor dua saya yang luka parah kat bengkel tu lagi kesian.“
Arif Mikhail meletakkan telapak tangan di dahi Ayra Maya. Memeriksa suhu badan isteri tercinta.
Ayra Maya mencebik. “Risau lagi Miss Evo dia daripada Ms Ayra ya. Merajuk karang.”
Arif Mikhail tersenyum.
“Betulke tak nak pergi kerja ni?”
“Tak kot. Lagi pun saya dah bincang dengan Uncle. I think I wanna quit.“
“Sayang, saya marah macam terlebih sikit je semalam tu sebab betul – betul nak mengajar Tengku Ashraff. Saya bukanlah suami yang pendek akal fikirannya. Saya izinkan awak kerja. Saya yakin Tengku Ashraff already got his lesson. It’s better to teach him earlier than it’s too late. I’ll never do that again.”
Arif Mikhail memujuk. Salahnya juga kerana berkasar dengan Ayra Maya semalam. Bukannya dia tak sedar betapa kasarnya dia menarik tangan Ayra Maya. Namun misi utama untuk mengajar Tengku Ashraff lebih menjadi keutamaan.
“That was sikit ? Kalau marah banyak macam mana ya?”
“Kalau banyak..hmmm..macam apa ya. Aaa..macam Hulk Hogan, spender koyak pastu jadi besar, jadi hijau..eeiiii…”
Arif Mikhail membuat – buat rupa menakutkan Ayra Maya. Pecah ketawa Ayra Maya melihat gelagat suami tercinta.
“Mikhail, saya serius ni. Saya betul – betul dah buat keputusan nak berhenti kerja.”
“Kelakarlah. Kerja baru sehari dah nak berhenti? ”
“For our own good baby. Uncle can handle everything. The company will not collapse without me. I want to be a housewife. I am comfortable that way. ”
“Kalau mem besar dah cakap macam tu, takkan Mike nak marah kan? Lagi lah suka. ”
“Okay let’s celebrate.”
“Wake up. Get ready. Kita keluar jalan – jalan. Makan angin dan makan best – best! ”
Arif Mikhail berdiri di sisi katil. Tangan Ayra Maya ditarik menyuruhnya berdiri.
“Jap.”
“Apa lagi sayang. Nak kena dukung ke? Ke nak saya mandikan?”
“Nak bungkus hadiah ni.”
Ayra Maya bergolek – golek membungkus dirinya dengan comforter Jean Perry yang putih bersih.
“My lazy girl. Come.”
Arif Mikhail menarik Ayra Maya yang enak berbungkus dalam comforter.
“Open me!“
Jerit Ayra Maya.
“Don’t play around lah. Nanti lambat.“
“Come get your present.”
Ayra Maya menjerit lagi. Arif Mikhail geram. Katil dipanjat dan Ayra Maya yang berbungkus dalam comforter ditarik.
“Nak kena dukung ni.“
Balas Arif Mikhail manja. Kepala Ayra Maya yang tersembunyi di sebalik comforter ditarik ke dadanya yang bidang.
“This is your present.”
Ayra Maya menunjukkan perutnya yang masih kempis dengan jari telunjuk sambil tersenyum manis.
“Mikhail, Happy Anniversary.”
I can't get enough of you baby
I can't get enough of you baby
Yes it's true
Baby yes it's true
Whenever we kiss I get a feeling like this
I get to wishin' that there was two of you
My heart cries out more baby
It feels so nice I want your arms to wrap around me twice
I can't get enough of you baby
I can't get enough of you baby
Right or wrong
Baby right or wrong
When you had to go I hated the thought
I always wish the night was twice as long
My heart cries out more baby
I love you so much
I wish that there was more of you to touch
I can't get enough of you baby
Can't get enough of you baby
I can't get enough of you baby
Yaaaaa
Whenever we kiss I get a feeling like this
I get to wishin' that there was two of you
My heart cries out more baby
I love you so much
I wish that there was more of you to touch
I can't get enough of you baby
Can't get enough of you baby
I can't get enough of you baby
Can't get enough of you baby
I can't get enough of you baby
Can't get enough of you baby
I can't get enough of you baby
Can't get enough of you baby
I can't get enough of you baby
p/s: Finally tamat. Terima kasih yang menyokong saya yang baru belajar nak menulis. Terima kasih kepada pembaca yang request HMK disambung. Yang baru lepak kat sini, dulu cerita ni sampai Part II sahaja. Sebab dah janji nak sambung maka saya tunaikan juga walau pun hasilnya tak seberapa.
Tajam mata Arif Mikhail mengekori setiap pergerakan Ayra Maya yang sedang bersiap di hadapan cermin.
“Please, percayakan saya Mikhail.”
“Saya percayakan awak. Yang saya tak percaya Tengku Ashraff tu.”
“Unclekan ada. He’ll be my guardian angel.”
Terbayang raut muka Uncle Ayra Maya yang garang dan jarang tersenyum. Setiap masa asyik serius. Hai! Cepat tualah kau pak cik kalau hidup tak ceria macam tu sampai ke tua. Pada pandangan Arif Mikhail hidup mesti seimbang. Seperti kehidupannya juga. Arif Mikhail tenggelam dalam dunianya sendiri disaat tangannya menarikan berus dan warna di kanvas. Berhari – hari Arif Mikhail boleh terperap di rumah semata – mata untuk menyiapkan sesebuah lukisan. Namun sebaik dia berpuas hati dengan hasil lukisannya, Arif Mikhail tetap menghabiskan masa lapangnya dengan kawan – kawannya. Bersantai, berhibur dan backpacking ke serata pulau adalah aktiviti hiburan yang berada disenarai teratasnya.
“Still, I’m not comfortable with this arrangement.”
“Awak nak pasang CCTV bergerak ke?”
“I think that is not necessary but...”
“But...”
Ayra Maya berpaling menghadap Arif Mikhail yang menghampirinya.
“But I’ll attach latest CCTV gadget with you.”
“Impossible!”
Jerit Ayra Maya sambil tergelak mendengar gurauan Arif Mikhail walau pun gaya Arif Mikhail menuturkannya serius bunyinya.
“Here.”
Kotak empat segi panjang yang bertutup rapat dibuka.
“Kecik nya CCTV ni. Gadget baruke?”
Balas Ayra Maya polos apabila melihatkan kotak di tangan Arif Mikhail yang agak kecil saiznya.
“Awak ni kan. Slow sangat. Macam mana nak jadi Board of Director macam ni. Betullah sangkaan saya, anak orang kaya ni pergi kerja sebab nak pakai baju – baju cantik dan tunjuk kuasa je.”
“Heyy..ayat tu bagi sopan sikit ya. Isteri awak ni bukan macam perempuan lain ya. Penat arwah Atuk ajar saya selok belok perniagaannya. Dari zaman universiti lagi tau saya mesti turun pejabat buat kerja. Itukan semua harta arwah Papa. Mestilah saya jaga betul – betul.”
“This is your anniversary present cum your CCTV.”
Arif Mikhail mengelus lembut leher jinjang Ayra Maya. Rambut Ayra Maya telah disanggul kemas gaya korporat untuk memulakan hari pertama di pejabat menyerlahkan lehernya yang jinjang dan kulitnya yang putih bersih. Seutas rantai bersalut emas putih dipakaikan ke leher Ayra Maya.
“Sorry, that night terlupa. Better late than never right baby.”
Ayra Maya terpana. Malam ulang tahun pertama mereka sepatutnya berakhir dengan indah bertukar menjadi kelam kabut dengan pemergian Atuk. Arghh!! Nampaknya setiap tahun pada tarikh yang sama akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup Ayra Maya. Nasib baiklah Arif Mikhail setia bersama Ayra Maya sepanjang majlis pengkebumian sehinggalah sesi pembacaan wasiat. Seperti yang dijangkakan, Ayra Maya akhirnya terpaksa juga menggalas tanggungjawab arwah Papa yang selama ini digalas oleh Atuk.
“Finally, I can see your wife every day. In fact we will spend time together more than you do.” Ucapan sinis Tengku Ashraff tempoh hari sedikit sebanyak menggugat perasaan Arif Mikhail. Namun di hadapan Tengku Ashraff sudah pasti Arif Mikhail hanya berlagak tenang. Tanpa membalas kata – kata Tengku Ashraff yang menyakitkan hati, Arif Mikhail menarik Ayra Maya yang berdiri disebelahnya. Dirapatkan lingkaran tangan kanannya ke bahu Ayra Maya. Dicium pula kepala Ayra Maya yang diselubungi selendang ketika itu sambil matanya memberi jelingan maut kepada Tengku Ashraff seakan berkata ‘Ayra Maya hak milik kekal aku!’
“Mikhail! Mikhail!”
Suara Ayra Maya yang halus kedengaran dicuping telinga menyedarkan Arif Mikhail dari lamunannya.
“Thank you. I like this so much but this ain’t CCTV baby.”
Senyuman yang dihadiahkan Ayra Maya mencairkan hati Arif Mikhail.
“This is your finest charm baby. I’ll be with you forever. Wherever you go, you know that I’m with you.”
“Hee..scary than CCTV, at least I’m alone in the loo before. Now not anymore!”
Ceria sahaja Ayra Maya mendapat hadiah. Tangannya masih membelek – belek loket yang ditempah khas oleh Arif Mikhail. Rantai emas putih itu dihiasi loket berbentuk hati yang diikat oleh berlian disekelilingnya. Di tengah – tengah loket tersebut gah tergantung ukiran AM yang beralun mengikut alunan kaki Ayra Maya.
“I need your help.”
“Anything for my wife.”
“Tolong pergi kedai beli balik semua barang yang saya senaraikan hari tu. Yang saya nampak kat dapur tu cuma anggur, peaches dan milo je. I want to cook tonight.”
Arif Mikhail hanya tersengih. Sangkanya Ayra Maya sudah lupa akan barang yang sengaja tidak dibelinya. Arif Mikhail sendiri yang menetapkan peraturan di rumah itu. No heavy cooking! Alasannya sudah pasti amat bernas kerana rumahnya hanya dilengkapi dengan dry kitchen sahaja. Keseluruhan ruang di tingkat bawah telah diubahsuai seratus peratus menjadi ruangnya bekerja. Hanya satu sudut kecil dikhaskan untuk memasak. Itu pun untuk masak air dan masak maggi bolehlah. Microwave, electric pan dan slow cooker sudah pasti tetap membataskan Ayra Maya daripada memasak berbagai – bagai jenis masakan.
“Erm...tang tu saya pening sikit. Do we agree on no heavy cooking rule in the house?”
“I know but I’m insisting of doing, so that you’ll put into priority of organizing my kitchen. My proper kitchen.”
Perkataan proper yang ditekankan oleh Ayra Maya disambut dengan hilaian Arif Mikhail. Ini bukanlah kali pertama Ayra Maya memberi tanda – tanda untuk memiliki sebuah dapur yang lengkap namun masih tidak dihiraukan oleh Arif Mikhail.
“I’ll put that into priority if you give my anniversary present now.”
“Nope. Alang – alang lambat, biar lambat terus.”
Acah Ayra Maya. Hadiah istimewa kena lah ada compensation. Sengaja ingin melihat kesabaran Arif Mikhail kerana selama setahun mengenali hati seorang suami, memang ternyata kesabaran Arif Mikhail melayaninya tidak pernah luntur.
“Awak dah lambat ni. Jom! I can wait even it takes the rest of my life.”
Semua lelaki sama bagi Ayra Maya. Spesis yang tak kisah nak ingat tarikh – tarikh istimewa dan langsung tak kisah dengan hadiah. Rasanya kalau dihadiahkan sticker untuk ditampal di kereta kesayangan Arif Mikhail pun boleh membuat lelaki itu menjerit kegembiraan. Kenal sangat Ayra Maya dengan perangai si suami yang langsung tidak banyak kerenah.
Arif Mikhail menutup pintu bilik dan mengekori Ayra Maya ke pintu. Kerisauan mula menerjah membiarkan Ayra Maya keluar bekerja pada hari pertamanya.
***
Warna – warna yang siap dibancuh dibiarkan seketika di atas bangku yang terletak di tepi kanvas. Rambut Arif Mikhail yang sedikit panjang diikat kemas dengan getah rambut Ayra Maya. Sempat dicapainya di atas almari tadi apabila getah bungkus nasi lemak yang biasa bersepah di dalam laci dapur tidak dijumpainya. Pink pun pink lah! Berus dicapai. Dicelupkan ke dalam warna yang siap dipilih tadi. Cadangnya untuk menyiapkan lukisan terbaru untuk Winter Collection di galeri Jonathan. Lagu nyanyian Barry White menemani Arif Mikhail yang khusyuk menarikan berus di kanvas.
Don’t go changing, trying to please me
You never let me down before
I don’t imagine you are too familiar
And I don’t see you anymore
I would not leave you in times of trouble
Bait – bait lagu nyanyian Barry White menerjah ingatan terhadap Ayra Maya. Berus diletakkan. Jari jemarinya menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal tapi berserabut dan gelisah. Pintu utama dibuka. Kunci Evo tersayang diambil.
***
“Sayang jom pergi lunch.”
Ayra Maya yang sedang khusyuk meneliti slide Power Point untuk persembahan projek pertamanya esok mendongak. Dasar lelaki tak tahu malu. Bisik hati kecil Ayra Maya. Sejak melangkah masuk ke pejabat tak habis – habis Tengku Ashraff mengganggu Ayra Maya.
“Aku dah makan pagi tadi.”
“Ayra, agaknya you dah biasa hidup ikat perut dengan Arif Mikhail ya. Itu yang you tak nak makan tengah hari. Sedih kalau Atuk tahu kan.”
Perlian Tengku Ashraff tidak menjadi kudis bagi Ayra Maya. She knows Arif Mikhail more than anyone else does!
“Kau jangan buat hal kat bilik aku boleh tak?”
“Kalau kau tak nak aku kacau kau sampai esok, ikut aku pergi makan. Lunch kat Cozy Corner Great Eastern Mall dekat je. Lepas hantar kau balik janji aku tak kacau kau dah.”
Tengku Ashraff mula menghampiri Ayra Maya. Langkahnya makin hampir ke meja Ayra Maya.
“Mind your step Ashraff!”
Jerit Ayra Maya bengang. Dasar lelaki keparat. Dasar lelaki kaki perempuan. Kenapalah aku ada sepupu perangai tak senonoh macam ni. Namun jauh di sudut hati, Ayra Maya bersyukur kerana kebodohannya mempercayai Zack Ahmad untuk melepaskan diri daripada Tengku Ashraff menemukannya dengan Arif Mikhail.
***
Evo diparking di sebelah kereta Ayra Maya. Isteri tersayang masih di pejabat nampaknya. Alang – alang dah sampai baik diajak isteri tersayang keluar makan tengah hari. Telefon diseluk daripada saku seluar. Sedang menunggu panggilan berjawab, dari jauh kelihatan Ayra Maya berjalan disamping Tengku Ashraff menuju ke parking.
Ayra Maya terkocoh – kocoh menggeledah handbag mencari telefon bimbitnya yang sedang berdering. Tengku Ashraff dengan selamba meletakkan tangannya di bahu Ayra Maya.
Arif Mikhail menyaksikan keghairahan Tengku Ashraff dengan perasaan yang membara.Pedal Evo ditekan laju.Ayra Maya yang menyedari sebuah kereta yang sedang menderum laju ke arahnya dan Tengku Ashraff kaku tidak bergerak.
p/s: Tgah suspens? X pe relax jap layan Barry White. All time fav!
Tombol dipulas. Arif Mikhail melangkah masuk ke dalam rumah. Ruang tamu gelap gelita dan sunyi. Suis lampu ditekan. Arif Mikhail melangkah ke dapur meletakkan barang – barang yang dipesan oleh Ayra Maya. Kertas yang bertulis senarai barang yang dipesan oleh Ayra Maya dikeluarkan daripada kocek dan dibaca kesekian kalinya.
1.Cili kering
2.Lada merah
3.Petai
4.Udang kertas sekilo
5.Bawang merah rose
6.Bawang besar
7.Belacan
8.Santan
9.Daun Pandan
10.Milo 3 in 1
11.Seedless grape
12.Sliced peach HOSEN
Arif Mikhail merenung ke arah 2 plastik Cold Storage yang sederhana besar sambil menggeleng kepala. Kertas senarai barang dicampak ke dalam tong sampah. Langkah diatur ke tingkat atas. Hanya lampu downlight yang terpasang menyebabkan suasana di tingkat atas rumah suram sekali.
“Ayra. Saya dah balik.”
Arif Mikhail mula cemas. Kereta Honda City Ayra Maya elok terparking di hadapan rumah namun keadaan rumah umpama diserang garuda. Sunyi sekali. Arif Mikhail memanjat anak tangga dengan lebih laju sambil memanggil – manggil nama isteri tercinta.
“Ayra!Ayra! I’m home baby.”
Tiada jawapan. Pintu bilik tidur mereka dikuak.
“Surprise!!!!”
Ayra Maya yang seksi hanya berseluar pendek jeans paras peha dan baby-T bertulis I love You Baby mendepangkan tangan dan meluru ke arah Arif Mikhail. Arif Mikhail dipeluk erat. Ayra Maya membenamkan mukanya di dada Arif Mikhail yang bidang.
“Happy Anniversary.”
Arif Mikhail tergamam mendengar ucapan Ayra Maya. Macam mana boleh lupa ni. Patutlah sebelum keluar petang tadi Ayra Maya sibuk berpesan supaya balik awal. Jam Tag Huer di tangan kiri ditala. Baru pukul 8 malam. Nasib baik awal lagi.
“Macam mana boleh lupa ni.”
Desis Arif Mikhail dalam hati. Rambut Ayra Maya yang berbau haruman Lavender diusap dan dikucup dengan penuh kasih sayang.
“Thank you baby.”
Romantis suara Arif Mikhail memecah kesunyian. Tangan Ayra Maya yang melingkari pinggangnya ditarik supaya Ayra Maya memandangnya. Pipi Ayra Maya diusap perlahan.
“Kenapa susah – susahkan diri? I’m the one who should throw the rose petals.”
“I’m happy to do this for you, for us.”
Balas Ayra Maya riang.
“We can just go celebrate outside. I’ll bring you anywhere you want to go.”
“I want to celebrate here, in our own sweet place. Saya tahu awak mesti lupa tarikh ni. Maklumlah tahun lepas, pada tarikh yang sama, orang tu muka masam je kena kahwin paksa-rela. I forgive you this year but never in future.”
Manja Ayra Maya menuturkan ayat sambil menarik Arif Mikhail ke tengah bilik.
“ Sorry baby but seriously this is wonderful. Amazing!”
Pandangan Arif Mikhail ditala ke seluruh ruang bilik tidur yang dipenuhi oleh lilin – lilin yang wangi dan ditabur rose petals berwarna merah dan pink di atas katil. Kalau diimbas setahun yang lalu, bilik ini hanya dihiasi set perabot modenditutupi set cadar berwarna putih bersih. Namun hari ini, bilik ini indah dengan taburan rose petals, bantal – bantal hiasan kecil berwarna merah di atas katil, lilin – lilin yang disusun berbentuk hati di tengah – tengah bilik dan sejambak mawar segar yang diletakkan oleh Ayra Maya di dalam pasu kaca amat mengghairahkan suasana.
“I feel like in heaven.”
Ayra Maya tersenyum mendengar kata Arif Mikhail.
“Heaven must be grandee than this baby because that is a dream place for all. This room is only for us.”
“Than this is our heaven may I re-phrase it Your Highness.”
Balas Arif Mikhail sambil tangannya mengangkat Ayra Maya menuju ke katil.
“Your baju tonight..” sambil telunjuk Arif Mikhail diluruskan ke arah baby-T Ayra Maya.
“Kenapa saya rasa macam I’m dating a school teenager. Where goes my princess?”
“Alaa..potonglah awak ni Mikhail. Tak sempat nak tukar baju saya dah dengar awak naik atas tadi.”
Ayra mula memuncungkan bibir. Merajuk!
“You still look cute baby.” Arif Mikhail memeluk bahu Ayra Maya cuba memujuk.
“I don’t want to look cute tonight, I want to look sexy.”
“Then go change.”
Arah Arif Mikhail walau pun matanya sudah tidak mampu difokuskan ke lain. Matanya hanya menangkap keseluruhan figura Ayra Maya.
“Tak nak sebab awak tak bagi hadiah.”
“Sorry sangat - sangat. I’m totally an asshole to forget this okay but I’ll get everything you want tomorrow.”
“Promise? Promise?”
“Yes.”
“Okay.”
“Cakap orang je pandai. Hadiah saya mana?”
“Let me go change first.”
“Meaning that saya dapat hadiahke?Yeay!!!”
“Yes baby.”
Ayra Maya melangkah menuju ke bilik air sementara Arif Mikhail berlagu riang. Hatinya gembira dan amat bersyukur dikurniakan isteri yang amat menyayanginya. Blackberry Ayra Maya yang sedang berkelip – kelip di atas meja menarik perhatian. Arif Mikhail menuju ke meja solek. Blackberry diambil.
10 missed call.
1 message.
Inbox dibuka. Arif Mikhail berubah menjadi pucat. Arif Mikhail berlari ke pintu bilik air. Pintu diketuk kuat.
“Ayra, hurry up! Emergency. Come out baby.”
p/s: Rasanya plg pjg smbg pun smpai part V je kot sbb nk concentrate Arluna & Gadis Edisi Terhad. HMK ni kan karya main2 jer. Jgn boring - boring lepak sini yea! Lev my readers!
Khayra melangkah keluar Porsche Cayenne sambil matanya ralit memerhati sekeliling. Kyle must be kidding! Is this what he called cream of the crop school? My Gosh! Bisik hati Khayra.
“Assalamualaikum. Tumpang tanya. Tempat pendaftaran kat mana?”
Steel yang dari tadi memerhati sahaja jejak Khayra tersenyum. Another spoil brat is coming! “Jalan terus,belok kanan, ada signboard Dewan Makan. Naik tangga. Tempat pendaftaran kat situ.”
“Terima kasih.”
“My pleasure.”
Okay. 10 markah untuk Kyle. Peramah juga budak – budak kat sekolah ni. Tak seburuk yang kusangka. Mahu nak pengsan juga Khayra apabila Daddy membelok masuk ke perkarangan sekolah tadi. Papan tanda bertulis Maktab Rendah Sains MARA Teluk Cempedak dengan warna cat yang agak lusuh dan bangunan petak yang dari kejauhan ala tangki air jer rupanya menurunkan mood Khayra. Spoil!
Jauh juga nak mengheret beg pakaiannya walaupun beroda. Beg Louis Vuitton yang boleh memuatkan satu almari pakaian Khayra ditarik malas. Sampai di hujung tangga Khayra terdiam. Macam mana nak tarik naik ni? Berat dowh beg ni. Khayra menjeling sekeliling. Bayangan seseorang di sebalik tangga menggamit perhatian Khayra.
“Hello, ada orang ke? Boleh tumpang tanya?” Khayra kerisauan. Perkarangan sekolah tadi kemain bising. Takkan tempat pendaftaran sunyi sepi pula.
“Ya. Adik nak pergi mana? ”
“Saya nak daftar masuk. Form 4. ”
“Sape yang suruh datang sini? ”
“Abang yang kat depan tadi.”
“Yang pakai glass bingkai hitam ke?”
“Yup.”
Ni mesti Steel punya kerja. Berapa kerat saje senior yang ada hari pendaftaran ni. Orang lain bertugas, dia sibuk dok mengacau junior. Form 5 esok baru masuk asrama. Adilla berdesis sendiri. Adoi! Karang kalau tolong dengan aku – aku kena tiaw dengan Steel. Sape tak kenal Steel kat Maktab ni. King of the Conquerer. Nama je presiden MPP. Dengan rambut potongan askar, dari jauh kalau cara jalan tu gaya macho tapi dengan kepala yang ditundukkan sikit memang semua orang tahulah Steel tengah ukur tanah jajahan. Kalau jalan ditegapkan badan lagi macho, desis Adilla menyimpang. Menang bertanding harapkan rupa je handsome. Perangai mengalahkan ’Seth Tan’. Depan cikgu cover macam hero. Harap kan pointer gempaq, paling teruk pun 3.8. Cikgu mana tak sayang oii.
“Naik la. Betulla kat atas. Akak jaga beg adik jap. Berat nak usung naik tu.“ Terpaksa-rela Adilla menyokong pakatan Steel. Kantung sendiri perlu dijaga dulu pak! Khayra melangkah naik dengan membawa beg sandang posmen Mulberry snakeskin.
Sebaik sahaja Khayra berada di tangga teratas. Dia tergamam. Sunyi sepi dan yang kelihatan hanya deretan baldi. Kosong sahaja tingkat atas. Khayra berubah rupa. Memerah mukanya menahan marah. Cinabeng au senior! Main taktik kotor. Terlupa pula aku dan turun status super junior. Kalau kat ISKL memang jangan haraplah. Siapa berani usik Khayra Jalal. Kyle!!! Tolak 100 markah terus!Khayra meneruskan langkah menuju satu – satunya bilik yang tertutup kemas di situ. Oh, dobi rupanya. Patutla berderet baldi kat luar ni. Khayra melangkah turun.
“Sorry.”
“Kenapa akak tak cakap saya kena tipu?”
“Line tak clear la dik.” Adilla mendekatkan dirinya dan perlahan berbisik. Khayra hanya mengangguk dan tersenyum nipis namun cepat – cepat ditutup mulutnya. Riak wajahnya di kawal serius.
Urusan pendaftaran selesai. Khayra dapat Blok D. 2 orang satu bilik. Khayra dapat room- mate yang cool tak hengat. Dorin, orang Perak. Betulla orang cakap Ipohmali tarak sombong. Khayra tersenyum girang sambil melipat pakaiannya ke dalam almari. Ni lah dunia yang Khayra idamkan. Dunia biasa. Dunia riang kanak – kanak berumur 16 tahun yang tugasnya belajar, bersuka ria. Bercampur dengan budak – budak di ISKL amat tak rasi dengan dirinya.
Susah payah Khayra merayu Kyle memujuk Daddy menguruskan perpindahannya. Menggunakan alamat Opah kat pelusuk Kampung Bukit sudah tentu dia dikategorikan anak miskin yang bijak memerlukan bantuan Majlis Amanah Rakyat! Kyle yang cakap semua kawan – kawannya yang sama belajar di Purdue asal budak MRSM tak pun budak sekolah sains. Semua otak geliga walau pun mereka bukanlah berasal daripada keluarga senang. Walau pun rata – rata Khayra merumuskan kawan – kawan yang dia nampak pada masa pendaftaran tadi bukanlah miskin sangat, lebih kepada golongan sederhana. Tak ada pun yang terjojol biji mata tengok Khayra mengusung Louis Vuitton dan menyandang Mulberry. Educated kiddo really super cool! Dan Khayra cuba menyelami dunia idamannya. And she likes it!
* * *
“Eh, apa hal dekat – dekat ni. Jauh sikit. Kau tu bukan mahram aku.” Steel menjauhkan diri, mengengsot beberapa inci. Menyesal aku jadi PA Fizik Miami Qunut ni. Dekat sangat dah dengan minah Miami Qunut ni. Menggesel macam kucing Siam. Budak IS memang rosak. Desis Steel. Si Khayra ni dengan mandat Steel mendapat gelaran istimewa pada hari orientasi. Miami Qunut! Miami kononnya Khayra kategori budak sesat – barat, qunut pula sebab Khayra tergagap masa kena baca doa qunut masa orientasi. Khayra memang selalu miss pun baca doa qunut masa Subuh.
Bukannya Si Khayra tak tahu pun tapi kalau kat sebelah orang tengah ketuk ketampi, kat depan orang tengah poco – poco, kat belakang Steel dengan rotan ala Pengetua, cuciter sape yang mampu nak baca lancar doa qunut masa tu. Nak feel pun tak boleh. Dan dendam Khayra meningkat lagi satu takuk.
“Kata Ustaz, dekat sikit pun tak kan dah goyah iman. ” Teringat kata Adilla bahawa Steel ni pantang gadis gedek. Potong terus mood hitler dia. Tak lalu Steel nak mengusik kategori minah gedik, diarahkan je konco – konconya mengajar minah – minah gedik ni.
“Kau baca topik momentum ni. Jap lagi aku datang aku bagi satu soalan. Then we are done for today’s session. ” Steel melangkah keluar bilik . Apalah malang nasib Khayra, disebabkah keputusan Fizik semester pertamanya hancuss, dia terpaksa diletakkan di bawah bimbingan Pembimbing Akademik a.k.a Peer Aide dan PA nya tak lain tak bukan Steel the King of Conquerer!
According to the principle of conservation of momentum,
m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2.
When 2 objects attached together, they move with same speed. Nak aplikasikan teori ni dengan Steelboleh tak? Khayra tersengih – sengih.
* * *
“Khayra darling. Jom lunch dengan abang. ”
“Jap, Khayra nak report duty. ” Speed dial nombor telefon Syed Fiqri ditekan.
Kyle membuat pesanan rutin. Filet Medallions untuknya dan Caeser Salad untuk Khayra. Khayra menyerahkan menu kepada pelayan. Tony Roma’s penuh dengan orang yang mengambil peluang makan tengah hari sambil bersantai.
“Lama tak balik rumah. Mommy dah bising rindu kat anak menantu.”
“Fiq sibuklah bang. Macam mana nak balik. ”
“Anything should I know girl?”
“Semua okay. Khayra dah besar la bang. Don’t gegirl me anymore.”
“La Khayra kanmy only little girl, my little sister. Fiq okay tak? Abang takut abang tersalah recommend je. ”
“He is soo perfect.” Sempurna sangat sampai Khayra rasa serba kekurangan bergelar isteri kepada Syed Fiqri. Perkahwinan mereka baru menginjak usia 6 bulan. Proses saling mengenal sudah berlalu setahun yang lalu. Laju dia mengangguk apabila Kyle sibuk mengenenkan Syed Fiqri. Padanya Syed Fiqri cukup pakej untuk bergelar seorang suami pada seorang Khayra binti Jalal. Pada seorang Khayra? There is an emptiness.
* * *
“Kita duduk kat kondo I je okay.” Syed Fiqri memandang mengharapkan persetujuan Khayra. Dia bukan kisah pun. Kondo mewah Syed Fiqri ni pun lebih kurang je dengan banglo mewah yang Daddy hadiahkan. Khayra mengangguk.
Sepanjang perkenalannya dengan Syed Fiqri amat mengasyikkan. Syed Fiqri melayannya seperti seorang puteri. Setiap hari Syed Fiqri tidak pernah lupa mengirimkan bunga kesukaannya. Pink rose! Kalau disimpan semua bunga pemberiannya rasanya tanah seluas 2 ekar diperlukan nak buat storage.Meal time memang tak payah cakap semua mengikut selera Khayra. Paling membuat Khayra terharu ialah semasa bulan madu mereka. Bila sahaja mereka menjejak bumi Amsterdam, Khayra rindukan sos steak kegemarannya yang dibuat dengan air tangan Mommy. Syed Fiqri sanggup menelefon Mommy dan menguruskan penghantaran ke hotel tempat mereka bulan madu! Semata – mata untuk menjaga hati Khayra.
Berada di samping Syed Fiqri seakan membawa Khayra ke dunia indahnya. Renungan Syed Fiqri umpama ombak laut yang mampu mengubah pasir pantai, mampu menggetarkan hati seorang Khayra.
Namun selepas bulan madu, sebaik menjejakkan kaki ke Malaysia, semuanya berubah. Syed Fiqri terlalu sibuk dengan kerjanya. Blackberry Khayra nyaring melagukan Grenade Bruno Mars. Terhenti lamunannya. Punat ditekan.
“Khayra. I tak balik hari ni.”
“Okay.”
* * *
“Weii..buatla akaun facebook. Kau dok zaman apa ni Khayra tak ada facebook.”
“Ala malaslah Dorin. Kat facebook tu orang sibuk nak tayang life progress diaorang je. Aku tak lalu la nak re- connect balik.”
“Orang guna facebook untuk kebaikan la Puan Khayra. Kau kahwin pun tak ajak kawan – kawan maktab. Kahwin buat resepsi tertutup. Mana boleh. Kawan – kawan pun nak kenal suami handsome kau. Kad pun tak nak hantar. Kau upload je lah gambar korang laki bini kat facebook. Senang.”
Selepas perbualan ringkasnya dengan Dorin, kawan lama di maktabnya, dengan gigihnya Khayra membuka laman facebook dan membuat akaun baru. Bukannya sengaja tak dijemput semua kawan – kawan lama. Tapi Syed Fiqri dan Khayra masing – masing mempunyai keluarga besar. Seluruh keluarga sahaja sudah memenuhi dewan hotel. Janji Syed Fiqri, majlis resepsi akan diadakan sekali lagi untuk menjemput semua kawan – kawan dikedua belah pihak namun kesibukan Syed Fiqri mengatasi segalanya. Tengah asyik Khayra memilih – milih gambar bulan madunya untuk di upload ke facebook. Telefonnya berdering.
“Honey, Ibalik lambat.”
“Fiq, you jarang luangkan masa untuk I sekarang ni. I mean today is Sunday. Can we just spend time at home together? I’m thinking of breaking fast outside and do some shopping for Raya.”
“Khayra. Listen. I am not Jalal’s daughter neither nor Kyle who has everything without having to move their butt. I have to work hard to feed our family. We’ll go shopping when I am free. Promise.”
“It just you and me Fiq. We have more than enough.”
“Sooner we will have a big growing family Khayra. Please understand.”
“I don’t ask nothing much Fiq. I just want you.”
“Honey, action speaks louder than words.”
Dan Syed Fiqri terbayang Giusseppe Zannoti, Christian Louboutin, Lanvin, Marc Jacob, Bally, Brian Atwood, Jimmy Choo dan pelbagai lagi jenama yang terbelit lidah Syed Fiqri menyebutnya. Koleksi kasut Khayra sahaja mencecah puluhan ribu usah dikira segala keperluan Khayra yang lain. Standard yang telah disetkan oleh usahawan terkenal Jalal bin Ahmad! Mana mungkin Syed Fiqri bersenang - lenang tanpa berusaha menambah baik lagi ekonomi mereka. Mana mungkin Syed Fiqri membiarkan Khayra binti Jalal hidup susah semata – mata mengahwininya. Pertama kali berjumpa dengan Kyle, seniornya semasa di Purdue, pertama kali terlihat wajah manis Khayra di samping Kyle di gambar yang tergantung di bilik Kyle menumbuhkan satu azam baru dalam diri Syed Fiqri. Teori momentum yang mesti dibalas dan cinta pandang pertama yang mula mengembang.
* * *
“Honey, wake up. Subuh sayang.” Syed Fiqri mengelus rambut Khayra yang terurai.
“Jap okay.”
“Give me morning kiss and go take your ablution. Comot sangat pagi – pagi ni.” Khayra tersenyum manis.
“Ala, mana ada comot. ” Khayra mencium pipi Syed Fiqri yang bersilang kaki menghadapnya di atas katil. Tangan Khayra mencapai remote air cond di meja sisi. Remote air cond dimatikan.
“Sejuk. Off jap tau. Nanti lepas Subuh Khayra pasang balik. ” Khayra melangkah ke bilik air. Usai Subuh, Khayra memanjatkan doa agar dikekalkan jodohnya bersama Syed Fiqri dan dilimpahi rahmat dan kebahagiaan. Khayra berkalih ke arah katil dan memandang Syed Fiqri yang juga ralit memandangnya.
“Tak aci, Subuh tak tunggu Khayra pun.”
“Sayang lambat bangun. I dah lambat nak pergi kerja. Hari ni last day kerja. Esok dah Raya. Malam ni dah nak balik rumah Mommy. I want you to have a good rest. Nanti Raya kan sibuk.” Khayra melipat telekung dan sejadah. Diambil tuala dan diletakkan di riba Syed Fiqri.
“Siap apanya. Macam ni je la. Baju raya apa ni.” Khayra sibuk melayan adik Syed Fiqri, Sharifah Auni meletakkan biskut – biskut dalam bekas. Selepas sembahyang raya dan beraya di rumah Khayra. Mereka bergegas ke rumah Syed Fiqri. Tak jauh pun. Khayra duduk Damansara. Syed Fiqri duduk Kajang. Tak payah berebut – rebut walau pun ini hari raya pertama mereka suami isteri.
“Kak long dok depanlah. Kawan abang dah sampai.”
“Eh tak pelah. Kak Long tolong Auni kat dapur ni.”
“La pergilah. Boleh kenal kawan – kawan abang.”
Khayra mengalah. Balang yang siap berisi biskut mama cherry diletakkan di atas meja. Selendang dibetul – betulkan dan langkah di atur ke ruang tamu. Khayra menjenguk ruang tamu di sebalik langsir. Macam pernah tengok lelaki berbaju Melayu kuning air dan hitam tu. Desis Khayra. Jantungnya mula berirama senandung malam. Telinga dilekapkan ke dinding.
“Mana wife kau bro.” Tanya lelaki memakai baju Melayu kuning air.
“Lama tak jumpa Khayra. Mesti makin cun.” Tambah yang memakai baju hitam pula. Sah la ni konco - konco King the Conquerer. Mana Steel? Takkan konco je. Boss tak ada ke? Khayra menggaru kepala.
“Bisness okay? Banyak tender masuk ke?”
“Okaylah. Nak jaga Khayra binti Jalal ni kenalah kerja keras sikit.”
“Standardla orang sayang bini bro.”
“Layan la gua tengok Steel pakai baju Melayu colour silver siap samping colour pink.” Yang pakai baju Melayu warna silver bersamping pink tu suami aku. Steel? Syed Fiqri? What kind of game is this? Aku tak siapkan check list ke sebelum kahwin dengan Syed Fiqri ni? Where do I miss? Grad Purdue check. Kawan Kyle check. Ex- Sekolah Sains Ahmad Shah check. Tak pakai spec check. Rambut sekarang panjang paras bahu check. Jalan tegap gaya romeo check. Where do I miss?
“Wife pilihkan. Kena pakai la. Jap aku panggil Khayra.”
* * *
“Khayra, you ikut I pergi dinner tonight.”
“No.”
“Yes.”
“No.”
“Yes and full stop. I fetch you from office at . You have plenty of time to get ready then.”
“Steel…”
“Yes.”
“I don’t want Steel. I want my only Fiq.”
“Enough of that. I am both. Take it Khayra. That’s the reason why you should never know”. * * *
Sebaik Steel membuka pintu bilik 3A berdentum bunyi rak buku terhempas ke lantai. Teori momentum Khayra failed! When 2 objects attached together, they move with same speed. Sedang elok Khayra meletakkan kipas ke atas troli, hajat di hati merencanakan teori momentum Steel dengan troli kipas tergolek di luar koridor bilik 3A tapi belum sempat Khayra menolak troli ke luar bilik, tak dijangkanya Steel muncul lagi awal dan troli yang diikatkankan sementara pada almari tertarik bersama almari.
Troli dan Steel did not attached together but they did! Gosh! Jerit Khayra dalam hati apabila sedar – sedar Steel elok berada di atas tubuhnya, Keduanya bergolek apabila masing – masing cuba mengelakkan rak buku yang berdentum di belakang Khayra. Steel pegun memandang Khayra. Muka Steel hanya sejengkal daripada muka Khayra. Khayra menutup muka ketakutan dan terkejut.
“Apa korang buat ni?” Belum sempat masing – masing bangun membetulkan posisi, Ustaz Rahim, warden yang bertugas menjaga prep malam itu berdiri tegak di pintu.
* * *
Khayra melangkah lemah menuju ke bilik Sharifah Auni. Kenapa Khayra tak pernah perasan Syed Fiqri ialah Steel? Kenapa jauh benar rupa Syed Fiqri dan Steel. Ialah kan dulu Steel mamat speki, Syed Fiqri sekarang siap pakai contact lense. Steel dulu jalan tunduk sikit, Syed Fiqri sekarang siap gaya jalan tegap penuh karisma. Steel dulu rambut ala askar, Syed Fiqri sekarang kemas dengan rambutnya yang dibela separa bahu. Khayra mengeluh sendiri. Yang dia tahu semuanya fizikal tentang Steel. Mana mungkin dia membezakan Steel dengan Syed Fiqri sementelah perkenalannya dengan Steel tak sampai pun 6 bulan.
Steel yang hidup dalam hati Khayra ialah Steel yang mencuri hatinya dengan gaya selambanya. Steel yang membuat hidupnya selama 6 bulan di MRSM huru - hara. Steel yang mengajarnya erti hidup tanpa layanan yang istimewa. Steel yang membuat hatinya kental untuk membuktikan dia mampu bebas bergaul dengan dengan golongan biasa.
Khayra umpama anak ayam kehilangan ibu apabila sekembalinya ke maktab selepas cuti denda, Steel terus hilang dalam hidupnya. Sepanjang hidupnya perasaan bersalah menghantui hidup Khayra. Menyalahkan dirinya Steel dibuang sekolah atas tuduhan cubaan mencabul. Khayra tidak mampu bersuara ketika itu kerana rasanya berdiam diri adalah yang terbaik ketika itu. Tidak disangka sejauh itu tindakan disiplin diambil ke atas Steel. Khayra pasrah apabila Steel hilang tanpa jejak.
“Kenapa monyok je ni? Tak best ke kawan abang long tu?”
“Auni kenal ke?”
“Ish mestilah. Kuzi dengan Maman tu kawan abang sejak Form 1 lagi. ”
“Dorang semua sekolah Ahmad Shah ke dulu?”
“Abang masuk mid Form 4 la Kak Long kat Ahmad Shah. Form 1 sampai Form 4 kat MRSM Teluk Cempedak. Abang cakap Kak Long pun junior dia masa kat maktabkan cuma Kak Long masuk Form 4. Kenal sekejap je korang dah jatuh cintakan.” Auni tergelak kecil. Khayra terdiam. Sahla Steel tu Syed Fiqri.
“Kitaorang baru lah bercinta. Sape nak tackle Steel kat maktab tu, tengok pun takutlah.”
“Hahha…Kak Long tahu tak kenapa abang transfer pergi Ahmad Shah? Abang kan popular mesti semua orang tahu kenapa. ”
“Tak tahu pula. Kak Long tak ambil port sangatla.” Khayra diam tak sabar mendengar cerita Auni.
“Ada budak Form 4 ni nak dajal abang. Masa tu boleh dia buat derk masa orang tanya dia apa sebenarnya berlaku. Semua orang ingat abang nak aniaya budak tu. Mentang – mentang anak orang kaya sesuka je dia buli. Ayah dan Mak masa tu kat London tengah sambung belajar. Dua – dua tengah exam, buat master tajaan KPM, mana boleh nak balik sesuka hati nak pertahankan abang. Tapi abang rilek je, dia minta tolong pak cik mohon Ahmad Shah. Abang cakap janji dapat ambil SPM.”
“Mengamuk tak abang?”
“Tak pun. Dia macam tak heran je. Tu yang ayah dengan mak pelik. ” Steel tak marah walau pun sikit? Khayra pelik.
“Tapi abang cakap nanti bila – bila pun boleh balas dendam. SPM dan tempat baru kena jaga dulu. ” Naaa..see. Mesti selama ni Syed Fiqri beragenda sendiri mengahwininya.
“Abang tak cakap nama perempuan tu? Kot Kak Long kenal. ”
“Nama glamer je, Miami Qunut. Nama betul tak tau. ” Ciss ingat lagi pula Auni dengan gelaran buruk tu. Malu je.Okay tang nama ni, musykil pula aku mana suami tercinta aku ni dpat gelaran Steel. Tak berciri kemanusiaan betul nama.
“Auni. Kenapa orang panggil abang Steel? ”
“La Kak Long tak tahuke? ”
“Tak. ” In fact I never know my husband is Steel.
“Abang ramai sangat girlfriend la kak tapi tak pernah serius tu yang orang panggil Steel. Kononnya tak pernah cair. Rasanya sejak dia balik US kot baru nama tu dah tak melekat sangat. Auni rasa sebab hati abang dah cair jumpa balik Kak Long kot masa tu.” Auni tersengih memandang Khayra sambil tangannya laju menguatkan volume radio. Khayra diam sahaja sambil membaringkan dirinya ke katil Auni. Hmm best pula lagu yang berkumandang dalam bilik Syarifah Auni ni. Syahdu. Sebijik macam perasaan aku sendiri.
“Lagu ni very sad. Lagu apa ni?”
“Kisah dongeng. Stacy. Auni tujukan untuk Kak Long. Tapi tak relevanlah Kak Long kan tengah berbahagia.” Dan Khayra hanya terdiam melayani lagu Kisah Dongeng.
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
* * *
“Fiq. ”
“Ya sayang. ”
“Awak marah saya tak sebab saya awak kena keluar maktab? ”
“Marah.” Khayra berubah riak. Mukanya dipalingkan ke luar tingkap kereta.
“Marah lagi sampai sekarang? Kata nak balas dendam. Is this marriage sort of your revenge?”
“Boleh tanya soalan cerdik sikit tak? Soalan gaya budak grad Oxfordperhaps. Don’t tell me your father buy your degree.” Khayra mencubit lengan Syed Fiqri. Syed Fiqri menarik tangan Khayra, membawa ke dalam genggaman tangan kirinya sambil sebelah tangan lagi tenang memegang steering kereta.
“Sebab Khayra cerdik la Khayra maintain lagi ni tau. Kalau tak susah Khayra nak satukan Steel dan Syed Fiqri dalam hidup Khayra.”
“Kenapa kahwin dengan Khayra?”
“Because you are My Khayra. And you should ask this a minute before you accept my proposal not now.” Syed Fiqri menarik tangan kanan Khayra dan menciumnya lembut.
“And the day I miscarriage, fell from stair last month? Was that your failed momentum theory?”
“Khayra!” TInggi Syed Fiqri menekankan suaranya.
“That was an accident. You know that! The baby is mine too. Why should I?” Dan kenangan pahit sewaktu terjatuh dari tangga di rumah Kajang terbayang di ingatan. Khayra tahu memang bukan salah Syed Fiqri pun. Khayra yang cuai terlanggar toolbox yang Syed Fiqri letakkan sementara di tepi tangga.Air mata Syed Fiqri yang menitis melihat Khayra meraung kesakitan jelas membuktikan kasih sayangnya terhadap Khayra. Mana mungkin Khayra meragui suami sendiri. Cuma hati Khayra masih sangsi. Masih sangsi akan seorang bernama Syed Fiqri.
“Khayra. Jangan fikir yang bukan – bukan sayang. I love so much. I will never do such stupid momentum theory semata nak balas dendam. I am not 17 Khayra.”
“But you hate me so much that time.”
“I hate Khayra binti Jalal. I always like Khayra.”
“Samalah tu. Bezanya Jalal tu father I. You hate my father?” Khayra keliru.
“No sayang. Finally I come to realize that bukan salah you pun dibesarkan dengan penuh kemewahan. Kali pertama I pandang you melangkah keluar kereta pada hari pendaftaran. Looking at Louis Vuitton and Mulberry that you carried, I am so afraid that I fall for the wrong person.”
“Itu yang you pandang? Materialistiknya.”
“Tu bukan materialistik sayang. Tu namanya mengukur baju di badan sendiri. My parent lecturer je. Mana nak sampai level Encik Jalal sayang ooi.”
“But you just disappear.”
“Yeah because I really thought Khayra binti Jalal will never be mine.”
“And when Kyle introduced me, was that your plan to get me? You were like head over heels with me? Tak nampak pun macam orang yang anti orang kaya.”
“I tak cakap pun I anti orang kaya. That is so shallow. Masa tu I dah yakin dengan diri I Khayra. Kaya ke tak yang penting ialah I tau cara dia membawa diri. Khayra pandai je bawa diri. Survive je kat sekolah orang kebanyakan sampai SPM.”
“You judge me within 6 months? ”
“Heyy I ada la my own reliable source. ”
“Tell me. ”
“Rahsia. Okay kita dah sampai. ” Khayra memandang sekeliling. Cakap dinner kat Mandarin Hotel. Tukar buat kat KDE pula ke? Dah tukar tempat ke?
“Tak payah pergi pun tak apa annual dinner tu. Yang penting malam ni kita habiskan masa berdua. ”
“Ala tak nak la tengok you praktis kat driving range ni. Bosanla Khayra. ”
“Sekejap je please. Sebakul je.” Khayra memuncung sambil membontoti Syed Fiqri. Dalam satu bakul tu ada 50 biji bola golf. Kalau setiap kali nak pukul ambil mood, berapa lama nak habis? Bukannya dia nak layan rajuk kita. Mana aci teman main golf kira habiskan masa bersama. Bosan! Bosan! Khayra mengambil tempat duduk di hujung kafe sambil membelek – belek majalah.
“Khayra! Come! ” jerit Syed Fiqri macam penting sangat. Khayra dengan malas berjalan menuju ke arah Syed Fiqri.
“Tak nak pukul. Khayra tak pandai la. Fiq ajarla banyak kali pun. Mesti fail.” Syed Fiqri mendekati Khayra dan menarik tangannya ke hujung range.
“Tak suruh pukul pun, Suruh tengok tu. ” Syed Fiqri menunjukkan jari telunjuknya ke atas. Serentak dentuman bunga api bergemerlapan penuh warna warni di angkasa.
“Suka tak? ”
“Suka sangat. ”
“Jangan sedih – sedih lagi. Percayakan Fiq. I will never hurt you. Trust me with all your heart. ”
“I love you Fiq. ”
“I love you Khayra. Khayra binti Jalal. ”
“But”
“What? ”
“Promise me stop listening to Kisah Dongeng. Merepek sangat. Tak relevan dengan hidup you. ”
“How do you know? ”
“Kalau CD tu ada kat semua tiga – tiga kereta kita, kat rumah kita, kat rumah Kajang, kat rumah Damansara. Tak ke nampak sangat you overdose layan lagu tu? ” Muka Khayra memerah.
“You really know how to STEAL my heart STEEL. ”
“And you melt me. ”
“Hahha..and with Steel, my heart empty no more. ”
“Oops..nak pecahkan rahsia ni. ”
“What? ”
“Those firecrackers. ”
“Yes”
“Bukan I yang sediakan. KDEcelebrate their anniversary today. I tumpang sekaki jer. ”