PART III
EZRA menarik tali pinggang keledar dan
bersandar tenang. Mata dikerling ke rantai siap berloket nama yang disangkut di
rear mirror.
‘DAN’
“Nama you apa? Dani? Daniel?”
“The last
one.” Effi malas nak sebut. Bila dia tahu aje nama budak ni Ezra yang
sebutan lagi macho dari namanya yang manja dan euww….dia rasa cukuplah Ezra kenal dengan nama Daniel dan bukan
Effi Daniel.
“Oh…”
“Kenapa tak amik Grab je? Tak ada dah orang
naik teksi zaman sekarang.”
“Adalah. Sayalah tu. Tak sampai hati bila turun
nampak teksi berderet tapi duk terpacak tunggu Grab.”
Effi kerutkan kening. Nak cakap budak ni baik
ke naif tak bertempat?
“Tak tanya pun alamat rumah? Tak ada pun kan
barang I tertinggal kat kampung. Excuse sajakan?”
Ezra pelik sebab mamat ni tahu alamat tempat kerja dan tadi pelawa nak hantar
balik rumah tanpa bertanyakan pun di mana dia tinggal. Dan nampak sangat saja
cari alasan nak jumpa dia. Dia bukan budak innocent
tahap tadika untuk menelah.
“Opah Lang dah bagi semua. Kalau tak manalah I tahu
alamat ofis you ni.” Pasal barang tertinggal tu Effi buat pekak saja.
“Gayanya best
friend sangat keluarga you dengan Opah ni.”
“Geng surau, biasalah.” Effi gelak. Mungkin Ezra
ni jenis balik kampung musim raya sahaja kot tak macam dia pantang cuti balik.
Nak buat macam mana, rumah kat kampung lagi best
dari rumah sendiri yang kosong tak ada apa – apa. Lumrah orang bujang yang
baru nak kumpul harta.
“Singgah surau PETRONAS jap. Jalan macam sesak
teruk je kalau ikut Waze ni.” Ezra kerling telefon si pemandu yang baru dipacak
di tengah dashboard. Menyesal tak solat Asar siap – siap kat pejabat tadi.
“Tak nak solat dalam kereta ke? Dah nak jadi trend baru ni kat Malaysia tau.” Effi
senyum sinis. Agaknya cuba menebak pendapat Ezra dengan isu yang sedang hangat
diperkatakan.
“Husnuzon je lah dengan kes terpencil tu. Harap
kita ni jangan lah jadi orang bagi betis nak peha. Cukup dah pengorbanan
Rasulullah nak mudahkan umat dia daripada solat berpuluh fardu kali kepada 5 fardu
sehari. Itu pun nak cari alasan nak mudahkan ibadat lagi ke? Saya nak balik
rumah je. Lambat tak apa. Kes tu mungkin dia ada alasan sendiri dan tak sama macam kes saya ni.”
Effi angguk. Suka dengan pendapat Ezra yang tak
berlebih mengutuk dan faham mana yang lebih penting. Mereka memberhentikan
kereta di stesen minyak. Effi keluar masuk ke kedai Mesra dan Ezra ke surau di
belakang. Dia habis mesyuarat tadi masuk je Asar terus dia langsaikan dulu baru
pergi mencari alamat pejabat Ezra. Dah alang – alang pun kan. Teringat
bagaimana Effi terusik dengan ‘seorang’ Ezra.
Lia: Dah tak cantik sangat lah bang air terjun
ni. (Lia memusing kamera telefon 360 darjah sebab si abang sibuk nak tengok.
Mendaki sendiri malas.)
Effi: Ramai ke ikut?
Lia: Ramai jugak. (Fokus kamera kepada semua
peserta.)
Effi: Budak kat belakang Lia tu buat apa?
Tangkap ikan? (Sambil gelak)
Lia: Eh, mana? (Sambil mencari figura
dimaksudkan si abang.)
Effi: Dah kenapa tak fokus kat situ? Kot lah
dapat ikan duyung, nak tengok juga. (Gelak tahap syaitan lagi.)
Lia: Dia tengah ambil wuduklah. Tak sopan nak
tunjuk kat abang. Punyalah tersorok tempat dia cari, boleh abang nampak. Gatal
tau.
Effi: (Gulp)
Lia: Okay bang. Nak join Ezra sekali.
Effi: Cop, nama dia Ezra?
Lia: Yup!
Effi: (Gigih playback IG story Lia
semata – mata nak tengok balik ada tak awek tudung pink bunga – bunga kecil
yang bernama Ezra dalam tu.)
“Jom.”
Effi terkejut. Botol air mineral di tangan
dihulurkan kepada Ezra.
“Jom.”
“Eh, tak nak balik rumah dululah. Kita dinner dulu nak tak? Lapar.” Ezra buat
senyum menagih simpati.
“I okay je tapi bagitaulah dulu orang kat
rumah. Nanti rugi your mom dah masak
sedap – sedap.” Effi dah senyum lebar. Dia memang ada terfikir nak ajak Ezra
makan malam tapi rasa macam tak manis sebab baru kenal dan ini hanya pertemuan
kali kedua mereka. Segan takut Ezra tak sudi pun satu.
“My mom
punya menu ada dua jenis je. Take it or
leave it. Harap lah skill tak
pandai masak tu tak menurun kat I. Amin.” Ezra buat – buat berdoa dan
disambut dengan gelak besar oleh Effi. Bagi Ezra realitinya memang Mommy tak
pandai masak tapi sepuluh markah untuk usaha dan secara automatik semua anak
akan terbiasa dengan masakan si ibu. Tak sedap pun rasa sedap jugak tapi
kenyataan tetap kenyataan walau pun pahit.
“Lawak betul. Alasan lain?”
Ezra menghulurkan telefon bimbitnya dan menala
skrin untuk dibaca oleh orang sebelah.
Then that’s it...an after taste depends on the
entertaining values.
That’s how my bonus feels like. Singgah
sebentar cuma. Then dibawa angin lalu. Bonus you all rasa macam mana?
“Dapat bonus terus ghaib. Dia janji nak belanja
I makan best – best hari ni tapi
sibuk nak pergi dating dengan boyfriend lepas tu update status macam tu. Eeii…sakitnya hati.”
“Status Facebook siapa ni? Macam kenal. Boleh
tengok gambar dia yang lain tak?” Effi minta izin untuk meneroka profile.
“Okay, tengoklah. She is my sister.”
“Eh, I kenal lah your sister. Girlfriend baru my officemate
ni.” Perkataan ‘baru’ ditarik 7 harakat penuh makna.
“What?”
“Keciknya dunia. Its, okay but promise me, jangan buat perangai asyik tak nak balik
rumah ya. Ini dah kali kedua you melencong tak nak balik. Next time if I jumpa you tak nak balik rumah lagi, tak teragak –
agak I bawak you balik rumah jadi my wife
terus.” Dalam hati gigih berdoa janganlah Ezra ni perangai sama macam si kakak.
wahhh ... like to d max
ReplyDeletei mean ezra character! i like her way so much!
cakap watever in her mind but not over judgemental over wat's happening around!
Those current trending issue hmmmm ...
Agreed ... at first i oso tot nama effi tuh a bit manja tahap snow on d ground!
n rupanya Effi pon felt d same. hope Ezra called him Daniel instead of Effi
Thanks
❤️
~Jazmeen ~
Miss you kak Jaz....
Deletejanganlah tahap snow. I tiba - tiba teringat my coursemate dulu. Nama Effi Macho dan handsome. Tengok berita last few days ex dia kahwin dengan politician #demampru14 tu yang tiba - tiba petik buat nama hero.
OK i got 3 episodes to keep me not missing you Rin... :) :)
ReplyDeleteso will re-read always
haha....simple story boleh repeat. Tak sakit kepala.
DeleteYeay~ dah beli love lila... But xdpt g pbakl.. 😔
ReplyDelete