Sunday, 22 April 2018

CARPE DIEM - A VERY SHORT STORY




KAKI dihayunkan mengikut rentak perbualan. Bosan jangan ceritalah. Dah dekat setengah jam dia melepak kat hentian bas tepi jalan kecil Kg Pinang ni. Takut nak balik rumah punya pasal. Telefon pun dah rasa panas di telinga duk bergosip dengan kakak sendiri. Dia stok tak ada kawan baik kategori BFF sebab social skill dia tak semantap si kakak. Sebab tu jugak dia yang terdampar kat kampung ni teman Opah dan bukannya si kakak. Tak adil betul.

“Along pinjam baju yang warna emerald green tu boleh tak?”
“Oit…baru beli tu.” Dia tak puas hati. Tahulah awak nak pergi jumpa crush tapi tak payahlah beria sangat. Lagi pun masa dia beli baju tu, Along pun ada beli baju baru juga.
“Bolehlah…tengah pakai ni. Kena pulak kat badan Along. Please….”
“Okay. Whatsapp Video Call jap. Orang nak tengok.” Voice Call ditukar kepada Video Call sebab dia nak tengok sendiri rupa si kakak tengah melaram baju barunya.
“Cantik tak?”
“Tak….” Geram punya pasal. Dia ni baru nak cari kerja, duit poket tak ada nak suka – suka beli baju baru. Lainlah Along yang dah stabil tapi almari dia juga yang selalu jadi mangsa. Dalam hati terpaksa mengakui si kakak sangat menawan dengan baju miliknya. Maklumlah Along memang manis orangnya. Macam Opah selalu cakap, dia ni stok muka garang sikit. Along tak senyum pun dan nampak manis. Whatever! Daripada duduk, dia mula berdiri dan membelakangkan pancaran cahaya matahari terbenam yang menyilaukan mata. Apalah malang, nak balik rumah takut kena marah. Janji Opah nak balik pukul berapa, sekarang dah pukul berapa. Ingat Opah dah pergi surau barulah dia nak menyelit masuk rumah.

“Tayang pak we baru ke? Kata baru je declare dengan si A.”
“Ishh…A apanya. Belum serius lah. Budak kampung mana Along boleh terfikir orang nak tayang kat Along? Agak – agaklah.” Dia dah tersipu – sipu diusik si kakak dan lembap pulak nak menangkap situasi yang dimaksudkan.
“Kat belakang tu.” Along dah gelak pecah perut. Nampak sangat si adik leka.
Makhluk mana pula yang buat cameo dalam panggilan video dia ni?

“Hmm…..budak kampung ni nak tanya, buat apa tepi jalan sorang – sorang? Dah nak Maghrib.”
“Opss.”
“Buat apa kat sini? Tak pernah dibuat orang tengok sunset kat bus stop. I hantar you balik, jom.”
“Hantar balik? How?”
“Kalau ikut logik. I naik basikal, you jalan or either way. Pandai bawak basikal?”
Okay, 10 markah. Gentleman!
Potong balik 10 markah, berani sungguh mamat ni. Mati kena rembat dengan Opah lah jawabnya. Dah lah balik lambat, selamba berteman dengan anak bujang orang pula.

“Cepat lah. Orang nak pergi surau lagi ni.”
“Eh, pergilah. Tak da pun suruh berhenti lepak dengan kita kat sini.”

“Bahayalah duduk sini. Apa masalah tak nak balik rumah? Keluar pergi town lepas tu balik lambat. Sekarang takut kena marah? Dah besar kot. Berani buat, berani tanggung.” Malas – malas Effi keluarkan telefon bimbit dari poket jeans. Keluar petang macam ni pun terpaksa. Mak suruh beli santan. Nak bawak kereta rasa macam dekat sangat. Naik basikal ajelah dan boleh pula dari jauh dia nampak awek ni sekejap duduk, sekejap berdiri dah macam berumah kat hentian bas ni pula. Tak manis sungguh jika nampak dek orang kampung.

“Lia, datang kat bus stop ni jap. Abang lupa bawak duit. Malas nak patah balik.”
Eh, muslihat apakah? Lia? Lia yang satu kumpulan dengan dia tadi ke?
“Lia? Tadi dia ada daki bukit tu kan?”
“La….you join Lia ke tadi? Lepas tu takut nak balik? Cakap je lah Opah, jalan kan licin lepas hujan, memang turun lambat sikit, small matter.” Dia pun risaukan Lia sampai rumah agak lambat tadi tapi tahu adiknya dah biasa bawa orang berkumpulan naik gunung atau bukit – bukit di sekitar daerah ni. Patutlah lengkap dengan kasut sukan yang tadi dia tak scan pun budak ni dari atas sampai bawah. Sekarang baru rasa nak scan. Hmm…boleh tahanlah. Nak cakap lawa giler tu tak adalah tapi sedap mata memandang.

“Abang….nah!” Lia menjerit sambil kaki tekan brek basikal dan sebelah hulur duit.
“Lia tolong hantar Ezra balik rumah. Nanti cakaplah kat Opah Lang Mak ajak Ezra singgah rumah tadi.” Effi harap si adik pandailah beralasan nanti. Opah Lang tu memang garang pun jadi dia faham sangat situasi Ezra.
“Macam mana tau nama I?” Soalannya bagai angin petang lalu agaknya di telinga kedua beradik ni.
“Ezra buat apa kat sini? Date dengan abang Lia ke? Gatal lah abang ni.”
Ezra cepat - cepat gelengkan kepala. Kenal pun baru 15 minit. Dating apa?

“Jangan melencong, Lepas hantar Ezra terus balik rumah tau Lia and by the way Ezra….” Effi Danial senyum sebelum menyambung. Aura garang seorang abang dah terbang berganti dengan sepasang mata nakal yang selamba mengusiknya, “…orang nama start huruf E ni special tau. Dah balik rumah dan jangan risau sangat. Sometime you need to lose yourself. Break the rules is fine or else you miss the fun part of your life.”

Dang! Tiba – tiba terasa nak ada abang dan bukannya ada kakak yang asyik kaki paw baju aje.

tbc......

p/s: Assalamualaikum. Hi! Perghh...lamanya tak melepak. Rindu. Buat konon - konon masterpiece for #pbakl2018 lah ya. Bahaha.... Miss you all blog readers.

13 comments:

  1. Best best!!
    Miss u more #KL. #RA

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. giler tak rindu, zaman dulu blog happy - happy. Tulis happy - happy. Sekarang dah suram sikit.

      Delete
  3. huhuh mcm 2019 aje rin keluar, missing u too dearie.. but I have my Jude & Alila + Org Kg jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish tak lah. Pendek je ni.
      2019 citer lain la pula (kalau ada). Haha...

      Delete
  4. saya hari hari menyinggah mananti entry baru.. after 3 months hahah yeayy

    ReplyDelete
  5. Wow.. Cerita kat kampung...
    Btw, where is this kg pinang, again.

    ReplyDelete
  6. Always came back here ... And now I'm blessed with u new entry ... Love u writing kak rin ❤❤

    ReplyDelete
  7. It's been a long year.. Haha miss you..

    ReplyDelete
  8. hi Rin. best la ada citer baru. I like..

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...