Tuesday 7 June 2016

LOVE, LILA - CHAP 1





            “Ali…Ali…you okay ke tak ni?”
            Alila yang sedang asyik melayan perasaan mencari suara yang menegur. Badan ditegakkan.
            “Maaf, susahkan awak. Terima kasih juga kat habit awak yang suka check-in tempat tu. Ada faedah juga akhirnya.”
            Amar senyum lebar. Sepanjang hubungannya dengan Alila, salah satu perangainya yang Alila cukup tak suka ialah menggunakan aplikasi check – in di Facebook. Bagi Alila, tak payah sibuk nak bagitau orang kat mana mereka berada. Bagi Amar pula, semua tu tak ada makna apa pun. Bukan luak pun orang tahu dia dan Alila di mana. Malah tanpa Alila pun Amar sering menggunakan aplikasi check – in. Gerak lakunya tiada yang perlu dirahsiakan.
            “Niat kita yang penting Ali.”
            Alila angguk. Amar yang sering berada di jalan yang lurus, yang sentiasa ikhlas dan yang sentiasa menambat hatinya. Malangnya, Amar di hadapannya bukan lagi miliknya.
            “Ali, kita pergi makan dulu? Awak mesti penat dan masih terkejut. Laporan polis tadi simpan elok – elok. Itu je harta paling berharga sekarang tu. Hmm…nasib baik telefon tak kena rembat sekali. Tengah bercakap dengan boyfriend baru ke sampai kena ragut tu?”
            Alila menepuk bahu Amar tanda beria menidakkan tekaan Amar.
            “Sorry.” Cepat – cepat Alila tersedar. Dia bukan lagi sesiapa dalam hidup Amar.
            Amar melontarkan senyuman. Reaksinya seperti tiada apa – apa yang berlaku antara mereka. Umpama semuanya baik – baik sahaja.
            Alila mengekori Amar ke kereta dan seakan dapat membaca gerak langkah Amar yang seharusnya seperti kebiasaan cepat – cepat Alila bersuara, “Please, jangan layan I macam ni. It just not right.”
            Amar gelak.
Alila terdiam. Aku ada buat lawak ke?
            “You ingat I nak bukak untuk you ke?”
            Alila angguk. Eh, bukan ke?
            “Ali…..,” dengan slang Inggeris yang pekat, sebutan nama Ali kedengaran sebagai Eli di telinga Alila dan sesungguhnya dia rindu. Hanya Amar yang memanggilnya begitu. Hanya Amar.
            “I nak bagi you ini. Masuklah. You nak buka pintu sendiri kan?” Amar dengan gelak kecil menghulurkan sapu tangan yang baru dikeluarkan dari poket kepada Alila dan terus bergerak ke tempat penduduk pemandu.
            Alila bungkam. Kenapa mesti begini Amar? Kenapa masih prihatin seperti dulu.
            “Kita makan kat tempat yang selesa sikit, kemudian I hantar mana you nak pergi. You nak balik KL terus pun I boleh hantar.”



            “CANTIK tempat ni.” Alila memuji. Rasa macam pasangan sedang berkasih. Sungguh keadaan sekelilingnya sekarang buatnya rasa hiba. Amar memilih meja makan yang paling tepi. Pandangan boleh ditebar ke sepelusuk Melaka tanpa halangan. Mahu ditanya apa perasaan sebenar Amar sekarang kerana Amar langsung tak nampak kekok. I’m not your girlfriend anymore Amar, I’m not.

            Amar, you kat Melaka? I need help.

            Tak sampai setengah jam selepas WhatsApp dihantar dan berbalas, Amar terus berada di depannya dan kini masih tenang duduk setentang menikmati hidangan makanan barat di The Shore. Keluar dari perut kereta, Alila hanya menurut dan tak banyak cakap. Sungguh dia tak mampu nak mengarah dan memilih tempat seperti dulu – dulu. Mulut terkunci dan saat Amar menekan butang lif 41, peluh mula merenik di dahi.
            “Sedap?”
            “Bolehlah.” Alila menjawab ala kadar. Pemandangan yang terhidang di hadapan mata tak setanding dengan makanan yang dihidangkan di atas meja. Terlalu banyak restoran makanan barat di Kuala Lumpur yang biasa Alila lewati, menjadikan hidangan di restoran Pampas Sky Dining Steakhouse biasa – biasa sahaja.
            “Tempat kerja baru macam mana?”
            “Bolehlah.” Masih terlalu awal untuk Alila menilai.
            Amar meletakkan pisau dan garfu ke pinggan.
            “Look, Ali…”
            Alila membalas renungan Amar.
            “Ya.”
            Amar menarik nafas dalam. Dia kenal dengan renungan Alila yang ini. Dia tahu apa maknanya.
            “You nak dengar jawapan macam mana? I okay. I bahagia. Nak – nak lepas baru clash dengan boyfriend. Lepas tu kena pindah tempat kerja pulak. Oh, yes….I’m so freaking happy. You know….like the world is mine.” Suara Alila agak meninggi. Straw di dalam gelas dimain – mainkan.
            “I minta…”
            “Don’t.” Alila memintas. Kita berkasih. Kita berpisah. Ucapan maaf tak relevan untuk situasi begini.
            “Amar, makanan kat sini sedap. Sunset view with you sound so rhyme. Terima kasih sebab you tolong I, terima kasih sebab you buktikan yang you memang lelaki yang baik sehingga saat ini. Semua ni, make me feel so good. I don’t feel like a loser at least for a moment. At least, when I am with you.”

            Alila menarik nafas. Lega. Terngiang – ngiang suara Mama saat ini.
            “Berapa kali Mama cakap Amar tak sesuai dengan Lila. Kita ni siapa, dia tu siapa. Sekarang ke Lila baru nak sedar?”
            Mama, sampai mati Lila akan ingat pesanan Mama dan Lila janji, Lila tak akan melakukan kesilapan yang sama sekali lagi.

            “Ali, kita lepak kat atas dulu? Jom!” Amar seakan tidak mahu membiarkan senja yang menjelma berlalu tanpa Alila di sisi.
            “I nak balik.”
            “I hantar you balik sampai KL terus lepas Maghrib. I janji.” Amar angkat tangan seakan bersumpah.

            You janji you cintakan I tapi you lupa.
            You janji you akan setia tapi you alpa.

            Alila senyum sinis. Ada apa dengan janji?
Alila menimbang – nimbang pelawaan Amar. Hendak terus balik ke KL, Alila umpama orang hendak memandang pulau, perahu ada, pengayuh tiada. Alila memegang telefon di tangan kejap. Satu – satunya harta yang dia ada di saat ini. Dengan terpaksa, Alila menurut sahaja.
“Okay tak ni?” Amar memandang Alila di belakangnya.
“Okay.”
“Buat senaman sikit bagi cergas.”
Righto! Alila menjawab dalam hati. Anak tangga demi anak tangga dipijak dengan penuh hati – hati. Jantung Alila berdebar bagai nak rak.
“You bukan acrophobia tapi kenapa berpeluh dan pucat ni?” Amar turun satu anak tangga untuk menyaingi Alila. Acrophobia ialah rasa takut kepada ketinggian. Jauh panggang dari apilah kerana pekerjaan sampingan Alila menuntut keberanian berada di tempat tinggi.
“Just follow me.”
Amar menggenggam erat telapak tangan Alila. Sampai ke kaunter di tingkat 42, sebelah tangan menggagau mencari dompet untuk membeli tiket dan sebelah tangan masih memegang tangan Alila. Tiket berharga RM 18 seorang, mahal atau setimpal semata – mata nak mengecapi keindahan pemandangan Melaka dari puncak belum dapat Alila nilaikan.
“I’m okay.” Alila meloloskan genggaman tangan Amar. Kedua belah telapak tangan digosokkan.
“Let’s go.” Amar kelihatan bersemangat. I know you are okay Dear Alila. Tadi Amar sempat mengira denyutan nadi Alila, dari telapak tangan, tangannya beralih ke pergelangan tangan mencari nadi. Mujurlah semuanya normal. 70 – 90 kali dalam tempoh seminit adalah normal dan Alila dalam kiraannya tadi 85 kali per minit. Perfect!
Berada di atas puncak The Shore yang digelarkan Sky Tower di Melaka adalah perkara yang menggembirakan Amar dan Alila. Di celah semua permasalahan sekurang - kurangnya mereka berdua menghargai nikmat keindahan alam.
“Melaka ni kadang – kadang tak faham saya kenapa ramai sangat orang suka datang.”
“Sebab sejarah lah kot. Makanan pun ya.” Alila menjawab polos. Pandangan ditebar ke arah lautan di hujung daratan Melaka. Wah! Pemandangan sama macam naik cable car di Langkawi. Bangunan dan daratan yang dipagari oleh bukit bukau dan lautan. Memang pemandangan dari puncak sungguh indah. Tambah – tambah lagi, matahari mula menyembunyikan diri. Pancaran warna senja teramat indah.
“Jadi betullah orang kita suka ingat sejarah lama. Kalau jantung kita berdegup laju, berpeluh dan wajah agak pucat selain dari sebab perubatan yang lain, memang sah lah sebab adrenaline rush. A history between us. Itu yang sedang berlaku terhadap you sekarang ni Ali. You love history as much as they do.”
“Amar…” Alila duduk bersila di sebelah Amar. Terasa tamparan hebat kerana gagal menyembunyikan gerak laku. Terasa amat murah kerana mencari bekas kekasih saat diduga begini. Alila patut dapatkan bantuan Superman, Batman atau Ironman dan bukannya Amar! Kedua – dua belah kaki diangkat dan dipeluk. Dagu ditongkatkan ke lutut.
“Ali…I harap dan doa you akan hidup bahagia tanpa I. Kalau you nak I ada dengan you sehingga you boleh lupakan ‘kita’, I akan ada untuk you. Just ask or….”
“…just forget.” Alila menyambung.
“Ali, cinta dan jodoh adalah perkara yang berbeza, at least dalam konteks kita. I always want you to come back, berlagak tak ada apa yang pernah berlaku dan kita akan hidup bahagia selamanya.”
“Saya akan jumpa orang yang cintakan saya, saya pun cintakan dia dan dialah juga jodoh saya. Don’t worry Amar because if I come back, I might not be the same Ali.”
Melihat lambaian senja seakan melihat semua yang pernah terjadi antara Amar dan Alila menjadi sebuah lembaran sejarah yang baru. Cinta ini biar pergi tapi hidup ini jangan ibarat seperti negeri berubah resam, ibarat tahun berubah musim.
                                    


Nota kaki: 
Salam Ramadhan. Yes! I'm a day late; first Ramadhan is Karyalepak' annie. Semoga semangat saya untuk tingkatkan ibadah di bulan mulia ini melempiaskan sedikit semangat untuk menulis.

Selamat berpuasa readers and happy reading ya!

Love,
KL@RA
xoxo

13 comments:

  1. yeayyy thank you RA ! imma happy girl today sebab dapat baca cerita baru from your blog ! hik . keepp writing ! :*

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa kak rin..yeay..cite baru..best!!!!

    ReplyDelete
  3. Best2..tapi starting dah rase aura sedih..harap de magis la..heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....sedih la jugak tapi biasalah; citer saya moderate kot.

      Delete
  4. Wow!! Br semlm duk wish for yr 'more to come.
    Nampknye x sia2 & as usual, yr n3 mmg secukup rasa. Xde yg kurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mk...i'm glad u r still enjoying reading my piece.
      competition is very tough, writers are everywhere, almost all kind of story line are on wattpad, so to come out with something new and relax but special almost impossible :(

      Delete
  5. Salam Ramadhan KL

    Lila take a break n keep urself away from Amar for the time being unless for this case u need his help but don go further. Once u r 'settled' then may b u can lepak2 again wit Amar without those ‘feelings’ but as a real true friend. It’s nice to maintain the wonderful friendship even if he was an EX.

    For sure u can do it Move on.

    *don keep this story for long ... siap kn mss promptly ♥♥♥

    ~ Jazmeen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Kak Jaz

      wahhh suka i baca reminder translates to stay 'melepak' and write consistently....

      I wonder that who knows that at the end of the road; Amar is still there, waiting for her.#dangerousthought

      Delete
  6. Salam ramadhan kareem Rin & Jaszmeen
    Hum ali have a history with amar but still calls him hurmmmmm

    ReplyDelete
  7. boleh kata hari2 intai blog rin....akhirnya. thanks. awal2 mata dah masuk abuk ni..camna?

    ReplyDelete
  8. Nk komen jugak wp dh tertinggal keretapi 😅 Hi K Ra, tqvm for a new story ☺👍

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...