Tuesday, 14 June 2016

LOVE, LILA - CHAP 2





            “AKU nak boyfriend macam Tarabas.”
            “Mimpilah. Orang tak siuman je nak bad boy jadi laki. Kalau kau bajet kau Fantaghiro kau akan pilih stok Romualdo.”

            “Pasha, aku main – mainlah. Aku tak pernah pun tengok Cave of Golden Roses tu. Kak Long yang kategori baby boomers tu yang duk berangan tak habis – habis nak cari pak we macam Tarabas. Ni dah zaman 2.6 billion kot. Bukan zaman paleolitik. Tak wujud laki macam Tarabas. Jahat dan bad boy kategori budak zaman sekarang cuma tahap ‘playboy’. Bagilah tahap serial killer ke, witch ke, vampire ke. Baru thrill. Playboy tu bukan bad boy tapi gatal tau tak.”

            Pasha cuma gelak. Mangkuk dia dah meningkat tinggi, setinggi harapan nak kahwin cepat. Mereka berdua dah masuk kategori anak dara tua. Kalau balik rumah, mak ayah masing – masing bising takut sangat anak dara dorang tak laku. Mereka berdua bukan tak pernah ada kekasih tapi nak cari yang boleh diangkat jadi calon suami yang nan hado. Sekarang tekanan Pasha kurang sikit sebab kekasih hati dah ada, yang kat depan dia ni yang baru naik taraf single – mingle tak nampak cahaya nak dapat kekasih baharu. Sibuk kerja satu, memilih yang paling utama dan serik jumpa stok yang salah ialah faktor paling kritikal. Pasha tahu Alila dah serik. Nak yang ada x - factor. Nak yang tengok dah ada aura. Kalau tengok ter’jatuh’ cinta dengan suami orang? X – factor lah sangat.

            “Sekurang – kurangnya lega aku dengar kau dah move on. Dah boleh berangan pasal Tarabas segala tu okay lah.”
            Alila senyum tapi mata ralit ke meja. Ya, hidup mesti diteruskan. Kali ni dia nak ikut sahaja gerak nalurinya. Apa yang paling utama ialah jangan mengada – ngada nak cari kekasih yang kaya - raya macam Amar lagi. Sayang tak ke mana kalau dah nyata tak sekufu. Alila terpaksa akur dengan kenyataan bahawa masih wujud manusia berfikiran jumud di zaman ini.
            “Kau tengok apa macam tak berkelip?” Mulut penuh mee pun gigih Pasha tanya soalan. Bukannya Boat Noodle ni pakai mangkuk jenama Portmeirion pun. Corak ada lah seciput ala – ala tapi memang seratus peratus Pasha yakin bukan.
            “Mangkuk – mangkuk yang dorang guna ni hah, macam tak cukup sifat lah. Tajam – tajam aje hujung. Silap haribulan ada yang terluka tak pun berderai…..”

            “Darah…darah…omaigod!”

            Tak sempat habis ayat dan belum pun lagi Alila letak mangkuk yang dah licin ke meja, terdengar jeritan dari pelanggan yang duduk di belakangnya. Kan dah cakap, mangkuk yang dorang hidangkan ni kualiti rendah sangat. Nasiblah tempat makan hipster. Makanan Thai kena dengan selera ramai jadi memang meletuplah nama restoran Boat Noodle. Restoran ni menawarkan menu paling popular iaitu rice noodle dengan 2 jenis kuah. Satu soy sauce (masin pedas sikit) tapi sangat best. Satu lagi kuahnya agak manis. Nama pun pelik, janggal nak sebut. Ada daging dan ayam. Saiz mee dalam satu hidangan sikit je. Dua kali telan, selamat masuk perut. Harga semangkuk mee ialah RM1.90. Biasanya paling sikit orang pesan 3 mangkuk. Dah jadi kegilaan pula kalau boleh susun mangkuk mee setinggi yang boleh. Menjadi sangat kot pemasaran Boat Noodle. Letak secoet mee semangkuk pastu nak bagi kenyang kena pesan tiga belas juta mangkuk.
Okay, over kau Alila! Macam – macam Alila sempat fikir sebelum pandang ke meja belakang. Nak tengok betulkah tekaannya tadi. Tepat pun dan mujurlah si gadis yang berteriak minta tolong sebentar tadi tu dah siap ada Mr Saviour.

“X marks the spot.” Laju mulut Alila berkata apabila terpandang Mr Saviour.   Alila cepat – cepat menutup mulut. Kuat sangatkah dia bercakap sampai mata redup si dia mencari sepasang matanya dan akhirnya pandangan mereka bersabung. Alila mengalah seraya merendahkan pandangan matanya.

“Lila…darah macam banyak tu. Tolonglah. Kau kan nurse.” Terjerit pula Pasha dalam restoran ni apabila melihat suasana dah agak kelam kabut. Restoran memang tengah penuh. Kawan kat depan ni nama aje jururawat terlatih tapi boleh dia buat derk aje.
Alila angkat jari telunjuk cepat minta Pasha diam. Hanya dengan mimik muka, Alila mengajuk “Omaigod..omaigod…”
Pasha gelak hampir nak tersembur makanan. Tengah kritikal macam ni boleh pula Alila buat kelakar.

Shhhh….” Alila berpaling ke belakang sekali lagi tapi apabila melihat Mr Saviour yang sudah bergerak dari tempat duduk dan kini betul – betul berada di belakangnya, yang terkeluar dari mulut sungguh dia sendiri tak sedar.
“Aku takut darah.” Alila terus tunduk sambil mengacau straw dalam air kegemarannya iaitu Ice Blended Green Tea. Sahlah mamat ni sibuk duk tolong awek tu, buat apa dia nak jadi tukang sibuk.
“Kau ni kan.” Pasha geram tengok muka tak bersalah Alila.
Alila angkat tangan, lambai tanda ‘Peace’.
“Aku baru lepas shift kot. Bagi muka lah sikit.” Balas Alila dalam nada berbisik.
Alila kembali meneruskan kunyahan yang terhenti. Dalam hati kagum sedetik jugaklah dengan ke ‘coolness’ Mr Saviour sebab punyalah awek tu gelabah tapi dia punya reaksi macam awek tu kena gigit semut aje. Darah banyak juga menitik ke meja sebab mangkuk tu pecah berlaga pula dengan mangkuk lain yang bersusun kat depan mereka tu. Meja makan dorang boleh bajet macam site perang laki – bini. Pekerja restoran riuh di meja belakang mula menghulurkan bantuan. Kembang telinga Alila buka nak dengar suara Mr Saviour tapi sepatah haram pun tak dengar. Tengah buat ‘silent treatment’ dengan awek atau memang stok lelaki istimewa? Orang cacat pekak, bisu kan jatuh dalam kategori istimewa.

Atas kesedaran sivik yang sangat minima tapi semangat ingin tahu yang tinggi, malas – malas Alila selongkar beg tangan dan keluarkan sekeping plaster warna neon pink. Kalau warna – warni macam ni jangan sangka dia cilok hospital punya ya. Ini hak milik peribadi.
“Nah, cukup tak satu?” Jiwa kejururawatan menyerlah juga akhirnya.
Mr Saviour angkat jari telunjuk dan tengah. Maknanya nak dua la tu. Huh! Nyesal tanya. Alila ambil satu lagi plaster dari dalam beg dan hulur.
“Terima kasih.” Yang cakap terima kasih ialah budak perempuan tu. Hadoi! Misi nak ‘move on one more step’ tak berjaya. Mesti hantu raya Mommy Amar merayap dalam Boat Noodle kacau line dia. Alila merungut, masih belum melupakan sepenuhnya kisah cinta terlarangnya.


AMAR memandang sekeliling. Mencari kelibat Soraya. Dari jauh dia nampak Soraya ayu melangkah dengan skirt labuh berjalur menegak dipadankan dengan baju ala kimono berwarna coklat gelap. Anggun dan sopan. Jauh bezanya dengan Alila yang ringkas orangnya. Nak tengok Alila berskirt siap kena buat permintaan. Bagusnya Alila pula, dia layankan sahaja walau pun merungut sedikit. Orang dah biasa beruniform agaknya memang tak suka melawa lebih – lebih.
Kisah mereka nampaknya benar berakhir di bumi bersejarah Melaka.
“Hai…”
“Assalamualaikum Dr Soraya.” Amar membetulkan sapaan Soraya.
Yeah…my bad. Waalaikumussalam Amar. Jangan nak berdoktor dengan I ya. Berapa kali I dah pesan ni.”  Soraya menegur dengan senyuman yang masih meleret.
Amar terus memecut kereta ke destinasi.
“I tukar siaran boleh? Light FM ni mengantuk sangat. Mix FM okay tak?”
Amar angguk sahaja dan tangan Soraya terus menekan punat radio mencari siaran Mix FM.
“Daddy dengan Mommy you sihat?”
“Sihat semua. I ingat you selalu jumpa Mommy?”
“I terperuk dalam OT tak pun ICU atau CICU, mana nak keluar merayap ke lain kalau tak ada urusan. Jarang sangatlah jumpa.”
Amar angguk sahaja. Dia kagum juga dengan Soraya yang memilih bidang yang kurang popular ini. Tak ramai doktor yang memilih untuk menjadi pakar anesthesiologi atau pakar bius ini. Malaysia sangat kekurangan tenaga mahir dalam bidang ini. Peratusan pakar bius dengan pesakit memang tak seimbang.
“You antara ‘budak OT’ yang sempat menikmati kehidupan yang normal contohnya pergi dating.”
Soraya gelak mendengar komen daripada Amar. Faham sangat persepsi ramai orang, baik kategori doktor, jururawat atau kerani yang bekerja dalam kompleks OT jawabnya memang dilabel tak ada ‘life’ walau hakikatnya itulah kehidupan normal mereka. Orang cakap, alah biasa tegal biasa. Siapa yang cakap pakar bius tak menikmati kehidupan normal tu salah sangat. Tengok sahaja isteri kepada angkasawan negara tu, hidup meriah bukan main. Follower kat Instagram pun cecah 205 ribu orang. Memang kalahlah artis sendu nak lawan. Ramai lagi lah doktor perempuan yang sempat aje buat OOTD (Outfit Of The Day) tempek di Instagram setiap hari. Persepsi versus realiti selalu berbeza kerana kehidupan seseorang ditentukan oleh tuan punya badan. Dalam kes ni Soraya terkejut kerana Amar berfikiran begitu. Agaknya bagaimana penampilan bekas kekasih separuh nyawanya dulu? Cantikkah? Bergayakah? Pucuk pangkalnya, sudahkah Amar melepaskan segalanya pergi?



“HANDSOME kot Tarabas. Patutlah Kak Long suka sangat. Kau agak Pasha….” Alila membongkokkan badan ke tengah meja sambal berbisik, “Mr Saviour belakang ni lagi handsome ke Tarabas?” Alila sengih nakal sambil menghulurkan telefon yang skrin terpapar wajah Nicholas Rogers pembawa watak Tarabas. Sempat dia Google!
Pasha tersedak.
“Gila kau ni. Ini zaman apa? Kau bandingkan manusia zaman kuno dengan manusia zaman kontemporari buat apa?”
Shhh….” Alila pantas menegakkan jari telunjuk ke bibir.
“Huh! Muka persegi dengan rahang bersudut jelas, alis pulak elok terbentuk, hidung dah sama mancung, mata mamat tu tak sesepet Tarabas dan kulit pun tak secerah Tarabas jadi aku rasa mamat belakang kau tu lelaki Melayu kontemporari yang lagi kacak daripada Tarabas. Tak ada makna nya nak banding dengan Tarabas yang dah sebaya Abah kau.” Gigih Pasha membuat perbandingan.
Tarabas tua pun zaman mudanya kacak kot. Alila senyum sendiri. Gilakan Tarabas umpamanya gila di abun – abun. 

5 comments:

  1. Haha..finally, somebody mentioned tarabas... My favorite hero..yg versi bad boy.. Haha.. N yes tarabas tu hensem..anyway, Lil agaknya Mr saviour tu sape ek? Hero sejati dlm cite ni ye? Can't waittttt

    ReplyDelete
  2. Assalam KL,

    Hmmm Soraya n Ammar? Is she mommy or ammar ‘choice’ - episode mcm ni buat ‘anxiety juice’ aka adrenaline x stabil nih, …
    Still not knowing the details of the ‘mr. saviour’ yg lebih ensem dr Tarabas tu – kinda feel ‘sadis’ jugak tengok Ammar berkepit ngan Soraya. Mcm my heart is wishing Ammar shud b wit Alila. And ofkos curious if character ammar will still flowing in this story or FULL STOP up this chapter?

    ♡♡♡ Happy fasting dear,

    ~Jazmeen

    ReplyDelete
  3. D mysterious Mr saviour... Ehmmmm soundda yummeh...
    But kindda sad to see ammar moved on?? Or not??
    Or forced to??

    ReplyDelete
  4. Sis..ada juga 2.6b

    Fadz

    ReplyDelete
  5. Tarabas n ramuoldo tu zmn i sekolah rendah.. RA ms tu tgh primary ke secondary school ek? (Cara halus to know if u are just RA or kak RA 😉 sbb in google u looks young) terlupa dh muka tarabas smpai kna google td hahaha. Nice en3 as usual, TQVM 👍

    ReplyDelete

Sweet short story: Something about you

  Cover writing by: Farah Husain DANIELLA dah tak mampu nak tahan gelak. Boleh si adik menyakat kat Instagram selepas dia memuat naik gamba...