Thursday, 12 May 2016

Miss Nightingale

“Don’t do that to her.”
“Perempuan yang merosakkan ikatan orang lain patut diajar.”
You don’t know her. Mungkin apa yang kita nampak tak sama dengan realiti.”
He smiles.
She smiles back.
Memang dah sah pakej suka sama suka.
And I saw it twice.
And now, with a bouquet of flowers.

*******


Thank you.” Amelia mengucapkan terima kasih kepada Dr Izwan. Kuntuman bunga lili yang harum memenuhi ruang lif. Hanya mereka berdua.
Dr Izwan mencapai tangan Amelia, serentak pintu lif terbuka dan Amelia menjarakkan kedudukan. Seorang lelaki yang tingginya melebihi Dr Izwan melangkah masuk dan memandang mereka berdua tanpa riak. Pelawat agaknya sebab nampak sihat walafiat dan sangat sempurna di matanya. Tak ada langsung ciri – ciri orang sikit. Amelia mula membuat tafsiran sendiri.
Sampai di tingkat 2, Dr Izwan melangkah keluar. Amelia tak jadi keluar. Dia pun memang nak ke tingkat 2 tapi dengan bunga sejambak di tangan, memang boleh jadi bahan.
“Lunch?” Sempat Dr Izwan menahan pintu lif.
“Tak bolehlah Doktor. Saya ada meeting lunch nanti.” Amelia mengelak.
Pintu lif tertutup.
“Awkward. Boyfriend ke office - affair tu?”
Amelia tersentak.
Who the hell are you to ask me that?
“Awak tak tekan tingkat mana nak pergi, saya rasa awak segan nak turun tingkat yang sama lepas dapat bunga ni. Nak keluar sama floor dengan saya?”
Amelia pandang butang lif. Ya Allah, malunya.
“Tak adalah Encik. Today is Nurses Day. This is just a token of appreciation.”
“Of course.”
Kenapa aku rasa intonasi mamat ni ‘menganjing’ gila? Amelia memberanikan diri memandang wajah lelaki di sebelahnya.
“Encik nak datang melawat siapa ni?”
“My mother.”
“Okay, semoga Mak Encik cepat sembuh.”
“How do I celebrate nurse day with a beautiful nurse like you, perhaps a dinner?”
Lif terbuka di ting 8 dan Amelia terus keluar. Tak jawab sepatah pun dan tak toleh kiri – kanan.
He is married.
She is a bimbo.



*******

“Jomlah naik tempat aku.” Hezza bersungguh – sungguh mengajak Amelia ke kawasan jajahannya.
Handsome sangat ke?” Amelia agak skeptical. Maklumlah Hezza dah kahwin. Selera orang dah kahwin bukan boleh percaya. Nanti yang sangat bercirikan ‘kebapaan’ yang tulah dorang duk cakap stok handsome.
Handsome siott. Lagi lama Mak dia sakit lagi bagus.”
“Mulut kau ni. Teruk betul tapi aku dengar budak – budak kau tak suka pun dia kan. Asyik mengarah 24 jam macam Mak dia sorang yang sakit.” Amelia tetap tak bersetuju dengan komen Hezza.
Sister Alila kat A&E selalu cakap kat hospital ni staffs kena kurangkan buat ‘gallows humour’. Memang pekerjaan mereka menuntut pengorbanan yang bukan sedikit dan mereka kerap juga berjenaka yang melibatkan penyakit atau perangai pesakit. Sister Alila cakap wajib pastikan segala benda bahan jenaka tak boleh sampai ke telinga waris pesakit, pelawat atau pesakit itu sendiri. Bagi Amelia pula, depan ke, belakang ke, seboleh – boleh dia nak elakkan semua kategori ‘gallows humour’ ni. Di zaman ini, perangai netizen semakin teruk. Orang buat lawak atas penderitaan orang lain, atas sesuatu bencana atau paling teruk kematian adalah sesuatu yang biasa kelihatan di media social dan gejala ini boleh membunuh masyarakat.

“Ala, budak – budak cakap aje, bajet ayu tapi kalau bunyi nurse call dari bilik tu aku rasa semua yang ada di kaunter berebut nak masuk.”
Hezza bersungguh – sungguh nak kenalkan anak pesakit yang tengah ‘hot’ di wad mereka. Selalu dapat penjaga pesakit yang cerewet dan menjengkelkan. Rasanya dalam 30% sahaja dapat penjaga pesakit yang baik. Ragam pesakit jangan cerita lagilah macam – macam kena hadap tapi masuk bab nak layan karenah penjaga pesakit yang lagi haru.
Mana ada yang sopan santun hormat kategori cik – cik misi macam mereka ni.
“Sekejap je tau. Aku tak boleh lama.” Amelia mengelat.
“Tak payah nak cari alasan. Onkologi kosong kan hari ni. Bukan hari busy pun. Oncologist semua attend ASCOMOS. Kau jangan nak temberang.”
Amelia cuma sengih. Kat bunker sana ramai saja walk – in patient jadi tak bolehlah dia nak merayau sangat. Sekejap bolehlah.
Sampai di kaunter wad Hezza, jururawat - jururawat yang sedang bertugas dan kerani yang ada tersenyum ke arah mereka. Tengah borak – borak, Dr Ng datang. Miza kena assist. Datang Dr Apek, Shila pulak yang kena assist. Jen, Mimi dan Kana turut beredar. Masa pusing tengok pesakit dari bilik ke bilik. Hospital yang tak sampai 300 katil memang tak kecoh sangat. Elok tinggal kerani dan mereka berdua sahaja kat kaunter tu, Hezza dipanggil oleh CNO (Chief Nursing Officer).
Oitt, kau ajak aku naik pastu nak blah. Mamat tu batang hidung pun tak nampak.”
“KIV.” Hezza bagi isyarat potong leher dan terus berlari ke luar pintu utama. Tinggal Amelia bercekak pinggang kat wad orang. Baik dia turun bunker lepak kat kawasan jajahan sendiri.
“Sister nak turun ke nak tunggu Sister Hezza?” Oja berbasa – basi. Seronok tengok Sister kat hospital ni. Cun – cun semua. Maklumlah hospital swasta, yang berpangkat tak dalah tua kerepot.
“Saya turun dululah.”
“Naik sebab nak tengok relative handsome tu ya.” Usik Oja.
“Eh, taklah.” Memang tak sempat nak melangkah keluar tiba – tiba nurse call kat panel menyala. Nombor bilik 001 terpampang.
“Tolong…tolong…” Suara meminta tolong dari bilik yang dekat dengan kaunter kedengaran serentak dengan lampu nurse call menyala. Amelia dah tak sedar dia di tanah jajahan orang. Berlari macam lipas kudung ke bilik 001. Oja pun sibuk sekali.
Nampak lah keadaan patient yang sedang terbaring.
His mother?
“Encik? Saya tolong…” Amelia terus berlari ke katil. Tak sempat nak buat teori ‘la mak kau ke, la kau ke yang kecoh handsome sangat tu’ kerana dalam kepala macam – macam meneka history pesakit. Ya lah kalau pesakit dia sendiri, tahulah nak buat apa. 
“Oja, activate Code Blue.”

***********

“Semalam adik saya cakap Nurse yang bantu selamatkan Mak. Dia suruh bagi hadiah, eh bukan. Why I can’t remember what he wants me to say now.”
Amelia tengok sahaja apabila si dia mengeluarkan kertas yang hampir lunyai di tangan. Hakikatnya, semalam tu dia hanya membantu. Doktor datang sedang elok pernafasan Mak mereka berdua ni dah stabil. Bagi Amelia, sedikit pun dia tak terdetik nak harapkan kredit daripada sesiapapun. Dah biasa, yang dihargai sepenuh jiwa dan raga ialah doktor. Mereka ni sekadar pencacai.
“Ah…bukan hadiah tapi ‘a token of appreciation.’”
Berderau darah Amelia mendengar ayat yang sedang di baca di kertas. Kurang asam betul.
Okay satu, Amelia nak sangat angkat tangan dan ucap syukur kat mak dengan ayah mamat – mamat ni sebab lahirkan anak macam ni, abang dan adik dua – dua handsome.
Dah ala versi Liam Hemsworth dengan Chris Hemworth.
Okay dua, dah apakehal aku jadi laughing stock adik beradik ni?
Nurse kerja bahagian mana sebenarnya?”
“Sinilah. Tempat yang awak cari ni tak berapa ramai orang nak datang.” Amelia merujuk ke bahagian onkologi. Khas untuk pesakit kanser, memanglah tak ramai kalau bandingkan dengan bahagian lain yang bercampur segala jenis penyakit.
“Dorang tatau kat sini ada nurse cantik.”
Amelia senyum. Kalau kantoi dia naik bilik nak skodeng si adik memang dia angkat kaki cabut.
“Encik nama apa? Adik nama apa?”
“Saya dah kahwin. Adik single.”
Oh my God! Tak faham soalan ke apa ni?
 “Sister, Dr Kwan panggil. Dia nak minta explain procedures and charges untuk pesakit baru dia. Dia tak nak orang lain assist.”
Siapa yang cakap nurse punya skop kerja hanya ‘nursing care’ memang salah besar.
Got to go ya Encik…”
“Adam.”
Amelia melangkah pergi. Hadiah di tangan belum lagi bukak. Nanti sajalah. Hari ke dua berlalu dan nama si adik masih misteri.


********


 “Amy, hai. Boleh interrupt?”
Liam Hemsworth?
Chris Hemsworth?
Matanya agak kabur dengan air mata yang ditahan tapi tumpah jua.
 “Kak Ima jalan dulu ya Amy.”
 “What happened?”
Dengar suara, oh si adik dan baru Amelia perasan yang si adik berwajah lebih matang dari si abang. Macam mana mamat ni jumpa cari dia tersorok di hujung ‘bunker’. Tempat rahsia budak – budak onkologi. Jalan shortcut nak keluar dari onkologi dan kawasan pet ct.
Amelia menyapu air mata yang bersisa.
“Nothing, I just got carried away with my routine.”
“Share. Saya boleh je dengar.”
This 16 years old girl. Chemo treatment dia tinggal last cycle je lagi and everything look promising yet she collapsed. In front of me. There.” Amelia tunjuk ke arah lobi onkologi.
“Okay, bukan tu normal untuk you all ke.
“Patients dying every now and then but I feel so attached to her.  After 45 minutes of trying to resuscitate her, the code team stopped. I just can’t believe. She looks so healthy. So happy and I keep on asking was it cancer or what?
“Kalau nak emosi sentiasa saya rasa banjir hospital ni. Chill okay.”
Amelia termalu sendiri ditegur begitu. Macam pertama kali posting pulak perasaannya sekarang. First case. First patient died. Semua memori selama dia bertugas.
“Awak dah Amy kan Amelia, yet your name?”
“Aaron.”
Amelia senyum. Nasib baik tak ada Daddy figure macam pelakon terkenal tu. Aaron di hadapannya tinggi lampai, tegap dan sedap mata memandang.
“Hadiah saya, awak terus buat tak tahu ya. The only reason I am here now is because of you.
Amelia gelak. Memang dia buat lupa. Balik kerja saja, Dr Izwan dah tunggu. Sibuk sangat nak belanja makan malam. Balik rumah terus tidur. Tak larat dah nak layan hadiah tiket tengok midnight movie. Dah lah baru kenal. Memang berjela alasan Amelia untuk buat tak kisah. Kalau Hezza dengan budak – budak kat General Ward tu tau mamat pujaan mereka ada kat sini, memang habislah.
“Amelia, if it was really just I am a nurse, you are a doctor, then I am single, would you date me?”

****

Amelia melirik ke arah jam di tangan. Sungguh dia marah. Lambat sangat dah ni. Nampak kelibat kereta Aaron, Amelia terus masuk.
“Lambat sangat lah awak ni.” Sandwich telur dengan cheese yang dibuat khas untuk Aaron dihulurkan walau mulut bising membebel.
Tak da lah lambat sangat sayang oi.” Aaron menjawab soalan Amelia dengan senyum - simpul. Kadang – kadang dia pelik dengan rasa sendiri.

Attraction versus mission.

Genap setahun perkenalan mereka. Terasa nak noktahkan perhubungan ini ke setakuk lagi tapi nak hidupkan kepercayaan yang pernah punah sangat payah. Cuba buka mata luas – luas, cuba pandang Amelia. Cari keikhlasan. Cari kebenaran. Suara Adam kerap bermain di kepala.
Daya tarikan Amelia – superb
Everything about heramazing

Selama setahun rasanya Aaron berperang dengan perasaan sendiri. Sayangkan Amelia, sayangkan masa depan sendiri yang tak pernah pasti. Mak selalu ingatkan diri saat hampir tersasar. Takut tindakannya tersasar sehingga jauh menyimpang dari sifat orang beriman. Kalau boleh nak saja dia kahwin cepat tapi segalanya tak pasti.
Semalam Aaron memuat naik status Facebook sebelum tidur. Sengaja membiarkan sahabat di media sosial berdiskusi. Kalau topiknya bagus, tak salahkan?

Bagaimanakah caranya ingin sentiasa mengingati Allah, dan hanya Allah?
Gusta:  " Awaluddin makrifatullah " awal - awal agama adalah mengenal ALLAH swt.
Haziq: There's a say (i've once heard before) :
Perbezaan antara kawan dan sahabat itu adalah apabila kita kita bersama sahabat (even bila kita tengok sahaja beliau) kita terasa dekat dengan Allah. Kawan biasa  sekadar boleh borak.
How does it works? 
It means sahabat tu kerap ingatkan kita bila lagho.Bila jumpa, dia ingtkan kita, nasihat kita. Bantu in all aspects dalam buat kebaikan dan lain - lain.
So,choosing a 'soleh/solehah' sahabat boleh make us closer to Allah in some ways..
*sekadar berkongsi.
Mira: I remember reading that Uthman al Khatab ra would always asked himself...'what would Allah says'.. everything he did he thought of what would he answer in front of Allah. Hence all the good deeds. Something I always fail to do. Regardless we can try and try and keep trying as Allah loves those who try
Rin: This is so true. I am at the point where nothing in this world matter anymore. That is the only thing I want now. Just that. To impress Him.
Jaguh Pak Wan: Setiap perkara yang terjadi kerana izin Allah.. Jika kenyang sebut Alhamdulillah. Jika nk mencari sesuatu... selawat ke atas Nabi Muhammad dan berdoa kepada Allah Jika marah istigfar kepada Allah Dan lain - lain lagi...




Semalam dia nampak Amelia berbual – bual dengan Dr Izwan. Aaron senyum sinis.
Cheap girl.
Bimbo.

(1)
Lagi buat dia rasa sakit hati dan susah nak percaya ialah jawapan Amelia sendiri.
“Lambat. Straight from your department atau dari tempat lain?”
“Meeting. Turun dari pejabat tadi. Minggu depan nak buat fire drill kat department onkologi so we need to start planning the scenario.”

(2)
“Sejak kita kenal dan ‘official’ ni, doktor yang tak berapa nak handsome tu ada bagi bunga lagi tak?”
“Nope.”

(3)
“Selalu tak doktor tu call ke, cari kat bunker tu ke?”
He is not an oncologist. Jarang jumpa bab kerja.”
Semalam dengan tak sengaja, Aaron nampak 5 missed call daripada Dr Izwan kat telefon Amelia. Sempat dia skodeng WhatsApp.
“I tinggalkan burger favourite you kat meja.”
Aaron dah rasa nak tunggang – terbalikkan dunia tapi dia sabarkan hati. Kau pun nak mainkan dia je kan.

(4)
“Awak tak payah keluar, saya nak jemput betul – betul depan pintu bilik.”
“Tak boleh. Saya tengah sibuk.”
Aaron baru sahaja nampak Amelia campakkan bunga tu di bawah meja. Pasti Amelia tak sangka Aaron akan jejak sampai ke depan pintu bilik dalam tempoh tak sampai 5 saat.
Orang cakap, ‘tell a lie once and all your truth are questionable.’

Aaron, ask yourself. Kau cintakan dia ke tak?
Amelia, ask yourself. Kalau kau cintakan Aaron, sampai bila nak menipu?
Istigfar. Istigfar. Aaron meraup muka dengan kedua – dua belah tangan.

***

Suasana riuh di perkarangan department Onkologi. Rasa macam dah tak tahu Amelia nak letak muka kat mana.
Sampai hati Dr Izwan tak pernah cakap pun dia dah beristeri. Walau pun Amelia tak melayan tapi sedikit sebanyak dia malu diserang oleh si isteri. Dah lah baru bulan lepas gosip budak OT baru kerja sebulan terus sangkut kahwin dengan doktor Anaes.
“Amelia, kalau awak tak salah, defend yourself.” RN, Kak Ima lembut memberi nasihat.
“I will just ignore.”
“Why?”
Amelia dah terang banyak kali dia tak pernah keluar dan minta isteri Dr Izwan bagi apa – apa bukti  yang menyokong tuduhannya dan none! None! Sebab memang dia tak salah. Salah Dr Izwan yang sukakan Amelia. Salah Dr Izwan kalau terlebih bercerita atau memuji dirinya. Salah Dr Izwan kalau tahap angau sampai ditangkap oleh isteri sendiri.
“Dia tahu saya tak salah tu yang penting. Pandangan orang saya tak mampu kawal Kak Ima."
“Bersabar ya Amy.”
Dr Izwan yang masih tak berhenti mengejar dan kerana Amelia berdiam diri, inilah penghujungnya.

What is happening here?” Suara Aaron terasa dekat di telinga Amelia. Marah yang bercampur simpati melihat Amelia sedang mengawal situasi.
Nothing. Can you just send me home?” Amelia tersangat malu. Benda yang dia paling tak suka ialah apabila Aaron selalu datang ke tempat kerja. Tak profesional baginya. Kalau bos – bos nampak, konsultan nampak, tak cun imej.


 “Puan, saya rasa Puan salah orang. Amelia is my special. We are getting married soon. Saya kenal Dr Izwan. Dia tak kan mungkin ada apa – apa dengan Amelia. Dorang bukan selalu jumpa pun.” Aaron pinjam kata – kata Amelia. Walau pun apa yang terjadi sekarang sangat menyakitkan tapi wajah bersahaja Amelia mencabar tinggi egonya.

Dalam kereta, Amelia yang memulakan kata.
“I’m sorry.”
“I think we should break up. First because I never love you. Second, because I know what kind of person you are since beginning. “
Amelia bungkam. Kenapa sekarang? Out of 365 days?
Amelia pejamkan mata. Ya Allah, berilah aku kekuatan.
You know what. Sebelum kita bawa haluan masing – masing, saya tanya awak ikhlas. Tak cukupkah keikhlasan yang saya tunjuk? Tak cukupkah colourful life we shared and how transparent I am with you?”
Everything that just happened, cukup untuk buktikan segalanya. Lies, one after another. I know everything.” Aaron melepaskan keluhan panjang.
 “That my silence is an evidence of I am having an affair with Dr Izwan?” Amelia mengasak.
Aaron mengeluh.
Aaron memberhentikan kereta di hujung stesen minyak. Tak tahu nak pergi mana. Tak ada tempat tujuan. Kalau lapar sangat boleh redah Petronas cari donut. Setakat ni, sounds like a good plan.

 “Awak nak tahu kenapa saya diam kena serang macam tu because I think it just not right. First she accused me then attacked my personal life. My job. Dia cakap apa, saya tak profesional kat tempat kerja? Dia tak da hak nak judge saya macam tu.”
“Amy, okay stop.”
“No. Listen. Please understand me and believe me at least once. Person who lost just want to win again by pissing winner. But if winner just smile and doesn’t accept the attack, there’s no attack.
“You are not smiling now.” Aaron sempat buat lawak. Kritikal kot saat – saat ni.
“I just got dumped.” Amelia membalas sarkastik.
“Amy, should we or shouldn’t we?”
“Tanya diri awak sendiri Aaron. Whatever your answer gonna be, I’m leaving.” Amelia keluar dari kereta. Tak ada teksi lalu, Grab banyak.
“Amy, please. Saya hantar awak balik.”
“Aaron. Sebab hubungan kita bertahan sampai kini hanya kerana 2 sebab. Awak terlalu gentleman dan saya terlalu mencintai awak.”
“We need space.” Aaron menukar ayat. ‘We should break up’ umpama membunuh jiwa dan perasaan sendiri.
“You need forever to trust yourself. That is your biggest challenge and good luck.” Amelia berlalu. Sekeras – keras ayatnya mempertahankan prinsip diri, dia tewas. Air mata tetap mengalir perlahan di pipi.

****

 “You only have yourself to blame.”
“Kau bagitau dia? Everything?
Adam angguk.
“Dia tahu dan dia tetap nak kan aku?”
“Kau handsome sangat to resist kot.” Adam buat lawak.
“I want her back.”
“Pergilah buat – buat sakit.”
“Itu kena buat sakit kanser kalau nak jumpa dia. Demam orang tak pergi bunker sana tu.” Aaron pun dah pandai tiru guna istilah bunker.
“Just call her and set a date. Tak payah nak drama sangat.”

****

“Amy, bukan awak patut buang – buang gelas, pinggan ni semua kat saya.” Aaron sengih.
“Adalah jugak rasa nak buat macam tu tapi kejap lagi nak masuk hospital balik. Saya on call shift malam.”
“Amy….”
“If you love me, I will pretend nothing had happened. If you still struggling with trust and betrayal issue, hands up.” Amelia angkat tangan.
“Am I the luckiest guy? Perangai macam sotong, chicken, you name it. I deserve all that.”
Amelia gelak.
“Semua orang ada battle dia sendiri. Thanks to Adam. Kalau orang lain nampak tunang sendiri tengah buat hal live, saya rasa dua nyawa dah melayang. At least, awak masih beriman.”
Aaron tunduk.
“Saya patut bagi awak peluang.”
“Saya salah jugak. Saya tipu tapi percayalah sebab saya dah tahu niat awak dan apa yang awak pernah harungi. Saya cuma nak jaga hati awak. Gaya Adam cakap awak saja nak hancurkan hidup saya yang kononnya perempuan sejenis yang awak pernah jumpa tu mati – mati saya ingat one day saya ni kena bunuh agaknya but Aaron, awak rasa awak teruk tapi percayalah. You treat me with respect all along. You are a great man. You deserve to be happy. I have seen all kind of life challenges, pain and misery so I took this risk.
“I will only be happy when I am with you.”

Amelia senyum. Saat diri sendiri rasa nak rebah ke bumi, pergi kerja nampak penderitaan orang lagi teruk daripada diri sendiri. Saat rasa nak mati apabila cintanya yang ikhlas mengalir dipersoalkan, kematian hampir setiap hari disaksikan. Saat rasa nak tinggalkan saja Aaron, setiap hari berapa ramai yang datang keseorangan. Amelia tak nak rasa hidup bersendiri lagi sejak Aaron mengajar erti bahagia hidup berpasangan.

“Saya cuma nak bagitau, I will forever stuck with Dr Izwan. Kerja saya ni ikut post basic yang saya ada. Ikut apa yang saya pandai, bukan mudah nak tukar – tukar hospital sebab hal peribadi macam ni. Harap awak faham.”
We will get married as I said before. He will understand.” Lembut sahaja Aaron meyakinkan Amelia.
Do you know that today is Nurses Day? Kita pertama kali jumpa?”
“Tau and actually bukan pertama kali pun. Dari awal lagi saya tahu Dr Izwan dah kahwin. Saya pernah terserempak dengan dia dan isteri. Saya pernah nampak awak kat kafe. Saya pernah nampak dia kejar awak. My mother was hospitalized for almost two weeks and there are a lot of dramas going on around. Kalau fikir balik, saya seriously into you since beginning. I just have trust issue and fear.”
“And you know what Nightingale said? How very little can be done under the spirit of fear. It almost cost you true love.”
“Nightingale tu jiran sebelah rumah awak ya?” Aaron tanya dengan muka tak beriak.
Amelia gelak.
“Cik – cik misi tak celebrate Nurses Day ni kalau tak ada Nightingale. Queen of modern nursing.”
Bahagia? Ya, seperti yang selalu Nightingale sebut untuk setiap kejayaan;

“I attribute my success to this - I never gave or took any excuse.”

So Amelia, love life or work wise, no excuse!
Saat semua orang meraikan Nightingale dan segala jasanya, jauh di sudut hati Amelia, sekali pun dia tak kan lupa kisah jururawat pertama dalam Islam, Rufaidah binti Sa’ad.


Nota kaki: Assalamualaikum. Good day! Yeay! projek melepak pertama di tahun 2016. Ameen. Berjaya walau pun kelam kabut sebab this year memang jadual agak hectic. Ada idea pun kena peram, nak sunting pun macam eh, tak payahlah. Kasi je lah. Peram nanti basi :p
xoxo 





18 comments:

  1. Wow!!! As usual, a piece fr Rin Ahmah mmg suberb.
    Sangat setuju dengan konsep ikhlas & that great somebody tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha....

      nasib ada lagi org enjoy reading cerita saya.
      Alhamdulillah.
      Thank you Mk.

      Delete
    2. Ada jer KL....
      saya selalu jer jenguk2 kut2 tuan rumah pasang langsir baru...
      klu x der, belek jer langsir lama berulang2:)

      Delete
    3. oke...semangat wirawati melepak kembali dgn kata - kata semua. Whoa!

      Delete
  2. Lps rindu bc ni,pokok krismas jgn Lupa ye update. Nmpk x ambik ksemptan dsitu ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha....PKB hak milik KLFP. Kena bertabah tunggu dia update.

      Delete
  3. Assalam my dear KL,

    Yeahhh ... As usual oweys sink in joy n thrill whenever reading your pieces
    Yes Exactly sister Alila cakap - kena kurangkan buat ‘gallows humour’ and ofkos lg better as Amelia said elakkan semua kategori ‘gallows humour’.
    Indeed, netizens manners in the cyber world particularly on social media is so scary … more scary than the ghost thingy!

    Cool Amelia n kinda plastered heart of Aaron who was fairly struggling with trust and betrayal issue! But both do complement n accompaniment each other.

    Yeah why not just settled the title of the cerpen as RUFAIDAH BINTI SA’AD instead of Miss Nightingale! :D anywhere to all nurses out there belated wish - Happy Nurses Day.

    Loads of thanks dear writer for giving us another ‘classy’ reading.

    See u around Sister Alila – she mcm ada something exceptional when she talks of tat ‘gallows humour’ thingy…

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam

      Alaaa....Miss Nightingale tu kan bunyi commercial sikit. Kan..kan... I always have issue with the title.

      Alila - yes. I booked dah nama ni :p

      Delete
  4. keeping it for tonight RIN, now have to start with mundane work life :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D hope this cerpen helps!

      Delete
  5. Great great work ! Suka baca every piece from youuuu 😘😘😘 penat taww hari hari bukak tapi tak de hupdatee. Huuuu



    Thank you again rin !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome dear.

      jangan lah bukak hari - hari sebab confirm saya melepak tak sekerap dulu dah.
      But I hope that I can consistently be around.
      Doakan ya.

      Delete
  6. membuat kita berfikir akan tanggungjawab seorg nurse yg berkorban diri utk masyarakat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ida

      how i wish i can write more about them, their work and their contribution to the society.

      I hope one day...

      Delete
  7. WOW !!!!! Bagus sangat...you know what , I'm learning so many things from this story

    ReplyDelete
  8. Rindunya :) Terima kasih untuk pengubat rindu!

    ReplyDelete
  9. Bila baca cerpen ni baru rasa ada mood nak wish happy nurses day dekat diri sendiri..
    Thank you cik penulis
    -noriatul asimah-

    ReplyDelete